Tanggungjawab persekitaran-dan-keselamatan

27
TANGGUNGJAWAB PERSEKITARAN DAN KESELAMATAN RUWALFINDI BIN ABU BAKAR YOGARAJU A/L BATHUMALA

Transcript of Tanggungjawab persekitaran-dan-keselamatan

Page 1: Tanggungjawab persekitaran-dan-keselamatan

TANGGUNGJAWAB PERSEKITARAN DAN KESELAMATAN

RUWALFINDI BIN ABU BAKARYOGARAJU A/L BATHUMALA

Page 2: Tanggungjawab persekitaran-dan-keselamatan

PENTADBIR Pengetua sekolah sebagai pemimpin perlulah

mengamalkan ketelusan, mudah dihubungi, menggunakan piawai disiplin yang adil, pengharapan yang tinggi terhadap tingkah laku para pelajar dan kakitangah, inovatif, mengadakan latihan dalam perkhidmatan dan menyediakan ruang untuk kakitangan dan pelajar menyelesaikan masalah dan menghapuskan konflik (Hussein Mahmood, 1993).

Kepimpinan efektif yang diamalkan oleh pengetua dan pengurus sekolah akan mewujudkan budaya sekolah yang harmonis.

Page 3: Tanggungjawab persekitaran-dan-keselamatan

Mewujudkan hubungan dengan keluarga dan masyarakat

• Sekolah juga perlu mewujudkan hubungan yang baik, rapat dan telus dengan masyarakat atau komuniti sekolah.

• Ini termasuklah ibu bapa pelajar, masyarakat sekitar sekolah, polis, pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan.

• Apabila jalinan pertalian ini semakin lemah, risiko keganasan akan semakin bertambah dan peluang untuk membantu pelajar yang berisiko tinggi akan semakin menurun.

• Pihak sekolah boleh mendapatkan kerjasama daripada pihak polis, RELA dan ibu bapa untuk membuat rondaan di kawasan-kawasan yang difikirkan berisiko dari segi keselamatan.

• Dari semasa ke semasa sekolah perlu memaklumkan kepada ibu bapa atau penjaga mengenai perkembangan persekolahan.

Page 4: Tanggungjawab persekitaran-dan-keselamatan

Menekankan perhubungan yang positif antara pelajar dan staf

• Hubungan yang baik antara guru dengan pelajar perlu dipupuk dan dijadikan sebagai amalan untuk mewujudkan iklim sekolah yang selamat.

• Kajian-kajian mendapati bahawa perhubungan pelajar dengan orang dewasa di sekolah yang bersedia memberikan sokongan apabila diperlukan adalah satu daripada faktor kritikal dalam pencegahan keganasan pelajar (Watson, 1995).

Page 5: Tanggungjawab persekitaran-dan-keselamatan

Membincangkan isu keselamatan secara terbuka

• Penekanan tentang aspek keselamatan diri pelajar perlulah dididik melalui pengajaran, peraturan, latihan, bimbingan dan amalan-amalan di sekolah.

• Pelbagai program boleh dijalankan seperti ceramah, pameran, demonstrasi, dan lain-lain aktiviti, mempamerkan poster dan peraturan mengenai keselamatan membantu memberi kefahaman dan kesedaran pelajar mengenai keselamatan sekolah.

• Pengetua juga mesti menggunakan apa sahaja ruang seperti perhimpunan mingguan, pemakluman oleh guru kelas, dan warden asrama, mesyuarat staf, mesyuarat pengawas dan seumpamanya sebagai saluran bagi memperingatkan semua warga sekolah tentang pentingnya menjaga keselamatan dan kebajikan diri masing-masing.

Page 6: Tanggungjawab persekitaran-dan-keselamatan

Mewujudkan sistem pelaporan dan aduan

• Pengetua sekolah juga perlu mewujudkan tatacara yang jelas mengenai cara membuat pelaporan tentang insiden atau orang-orang yang berniat jahat.

• Oleh itu, sistem aduan dalaman boleh diwujudkan untuk memberi peluang kepada warga sekolah seperti guru, staf sokongan dan pelajar selain masyarakat luar sekolah untuk membuat aduan, komen, dan pandangan-pandangan mengenai sekolah kita.

• Maklumat-maklumat yang diperolehi boleh dijadikan panduan untuk menambahbaikkan lagi pengurusan aktiviti-aktiviti yang melibatkan sekolah.

Page 7: Tanggungjawab persekitaran-dan-keselamatan

PROSEDUR KESELAMATAN 1.) Bertujuan mewujudkan budaya selamat di sekolah dan persekitaran secara berterusan dengan sokongan warga sekolah dan komuniti setempat.

2.) Mementingkan aspek keselamatan diri murid semasa perjalanan pergi dan balik sekolah.

3.) Semasa pergi ke sekolah murid-murid boleh– Melintas kawasan letak kereta menggunakan laluan pejalan kaki yang disediakan

sahaja.– Murid-murid harus masuk ke sekolah melalui pintu masuk di tepi dewan sekolah

atau pintu tepi Blok F.– Murid-murid yang berbasikal perlu menolak basikal mereka melalui pintu masuk

utama. – Ibubapa/penjaga memberi kerjasama supaya tidak membuat pusingan di hadapan

pintu utama. Ini adalah untuk mengelakkan kemalangan dan kesesakan jalanraya.

Page 8: Tanggungjawab persekitaran-dan-keselamatan

4.) Untuk murid-murid yang balik awal atas sebab-sebab tertentu, sokongan ibubapa/penjaga adalah penting supaya mengikut tatacara keselamatan murid semasa membawa anak mereka keluar dari sekolah.

– Murid perlu mengisikan borang kebenaran keluar kawasan.– Ibubapa mendaftar nama murid di buku Pendaftaran Murid

Balik Awal.– Ibubapa mendapat tandatangan pihak pentadbir.

5.) Membangunkan kesedaran terhadap aspek keselamatan untuk melahirkan iklim sekolah yang kondusif untuk perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu.

Page 9: Tanggungjawab persekitaran-dan-keselamatan

Video Keselamatan Di Sekolah

Page 10: Tanggungjawab persekitaran-dan-keselamatan

Tatacara Pengurusan Polisi Sekolah Selamat

1. Setiap aduan hendaklah diambil perhatian serius.

2. Setiap aduan hendaklah diambil tindakan serta merta.

3. Perasaan setiap orang yang terlibat harus diambil kira.

4. Semua pihak yang terlibat dengan aduan hendaklah dilayan secara adil/saksama dan tidak ada pihak yang teraniaya.

5. Sesuatu kes tidak dianggap selesai selagi kedua-dua pihak belum berdamai dan diterima semula oleh warga sekolah.

6. Maklumat tentang dasar dan tatacara seharusnya mudah dirujuk.

7. Tatacara seharusnya boleh difahami oleh semua pihak yang terlibat.

Page 11: Tanggungjawab persekitaran-dan-keselamatan

TATACARA MEMBUAT ADUAN

• Sesiapa yang ingin membuat aduan, dia atau ibu bapa/penjaga atau wakil boleh memilih satu atau beberapa tatacara berikut :-

1. Berbincang terus dengan pihak yang terlibat.

2. Dapatkan khidmat orang tengah yang sesuai contohnya kaunselor. 3. Berjumpa dengan Pengetua/Guru Besar atau wakilnya untuk memastikan aduan itu disiasat. Jika aduan itu terbukti, hukuman yang setimpal dikenakan dan dimaklumkan kepada pengadu.

Page 12: Tanggungjawab persekitaran-dan-keselamatan

Penyiasatan Kemalangan

• Aduan atau laporan yang diterima oleh Unit Persekitaran, Keselamatan & Kesihatan murid akan dipanjangkan kepada Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan murid sekolah

• Ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan murid sekolah akan menjalankan siasatan berhubung kejadian/aduan tersebut sebaik sahaja menerima aduan atau laporan tersebut dan seterusnya langkah susulan serta tindakan akan diambil.

• Ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan murid sekolah juga akan mengambil gambar-gambar dan bahan-bahan bukti di tempat kejadian untuk dikaji.

• Maklumat serta keterangan daripada mangsa kemalangan, saksi kemalangan, Pentadbir atau mereka yang berkenaan akan diambil dan diisi ke dalam Borang Laporan Kemalangan.

Page 13: Tanggungjawab persekitaran-dan-keselamatan

Mesyuarat Keselamatan

• Hasil penyiasatan kemudian akan dilapor dan dibincangkan pada Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Murid yang akan datang untuk tindakan selanjutnya/ sebagai maklumat dan tindakan seterusnya oleh Ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Murid dan pihak dari bahagian atau unit yang terlibat.

Page 14: Tanggungjawab persekitaran-dan-keselamatan

Laporan Pemeriksaan Keselamatan

• Laporan seterusnya akan dihantar kepada Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Murid di sekolah tersebut serta guru besar.

• Contoh laporan

Page 15: Tanggungjawab persekitaran-dan-keselamatan

GURU DAN STAFF SOKONGAN

- Tanggungjawab guru dan staff sokongan dalam menjaga :

PERSEKITARAN DAN

KESELAMATAN

Page 16: Tanggungjawab persekitaran-dan-keselamatan

Guru perlu sentiasa mengingati pelajar agar berhati-hati semasa berada di kawasan sekolah dan di luar sekolah.

Memastikan persekitaran pembelajaran kondusif

Menyediakan kemudahan untuk keberkesanan aktiviti PdP

Meletakan tanda-tanda amaran pada tempat-tempat merbahaya seperti tangga, lantai licin dan sebagainya.

Memastikan alat keselamatan seperti pemadam api berfungsi dengan baik dan tarikh penyelenggaraan masih valid

Semua guru adalah guru disiplin, oleh itu guru perlu sentiasa menegur pelajar yang membuat kesalahan atau lakuan yang tidak sepatutnya

Page 17: Tanggungjawab persekitaran-dan-keselamatan

Selain itu, tanggungjawab guru memastikan keselamtan murid ketika aktiviti di luar bilik darjah

Keprihatinan guru terhadap sebarang perubahan persekitaran sama ada dari segi fizikal bilik darjah atau secara emosi pelajar.

Perubahan yang berlaku perlu diambil tindakan segera untuk mematikan keselamatan pelajar terjamin

Guru perlu prihatin terhadap perubahan sikap dan emosi pelajar terutama pelajar perempuan yang mungkin putus cinta, kemurungan, mengandung dan sebagainya

Guru bertugas di pintu masuk dan kawasan bangunan sebelum dan selepas persekolahan

Warga sekolah dapat membuat jangkaan awal apa jua masalah yang akan timbul

Page 18: Tanggungjawab persekitaran-dan-keselamatan

Warga sekolah diminta membantu menjaga trafik dimdalam kawasan persekolahan semasa dan selepas sekolah.

Warga sekolah digalakkan mengawasi makan di kantin sekolah

Guru diminta berada bersama pelajar dalam setiap program dan aktiviti sekolah

Warga sekolah perlu memantau tandas, bilik-bilik khas dan kawasan persekitaran sepanjang masa

Guru perlu membantu pelajar semasa dan selepas waktu persekolahan

Warga sekolah dilatih mengatasi sebarang krisis yang berlaku dan memahami tanggungjawab terhadap pencegahan dan menghadapi kecemasan

Guru berbincang dalam kelas dan setiap program dalam menerapkan kesedaran dan keselamatan di sekolah

Warga sekolah bertanggungjawab melaksanakan polisi untuk menentukan keselamatan dalam setiap aktiviti kokurikulum sepanjang masa persekolahan

Page 19: Tanggungjawab persekitaran-dan-keselamatan

Peranan Guru Dan Staf Sokongan Dalam Keselamatan Murid-Murid

Page 20: Tanggungjawab persekitaran-dan-keselamatan

Peranan guru dalam menceriahkan bilik darjah

Page 21: Tanggungjawab persekitaran-dan-keselamatan

Tanda larangan

Page 22: Tanggungjawab persekitaran-dan-keselamatan
Page 23: Tanggungjawab persekitaran-dan-keselamatan

Bahan keselamatan

Page 24: Tanggungjawab persekitaran-dan-keselamatan

PELAJAR DAN ORANG AWAM

- Tanggungjawab pelajar dan orang awam dalam menjaga :

PERSEKITARAN DAN

KESELAMATAN

Page 25: Tanggungjawab persekitaran-dan-keselamatan

Pelajar perlulah menjaga adab ketika berada di kawasan sekolah sepert ;

Menghormati guru dan staff sokongan serta rakan-rakan

Menghormati alam sekitar sekolah dengan cara menghargai persekitaran tanpa melakukan kerosakan dan kemusnahan

Pelajar perlulah sentiasa menjaga keselamatan diri sendiri di samping juga rakan-rakan yang lain

Antara perkara –perkara yang perlu diberi perhatian oleh pelajar seperti :

Tidak melanggar peraturan sekolah seperti bergaduh, vandalisme

Tidak bermain-main ketika waktu PdP, sehingga boleh mengganggu rakan lain yang hendak belajar

Sentiasa mendengar arahan dari guru agar tidak berlaku sebarang kemalangan yang boleh menimbulkan masalah lain

Page 26: Tanggungjawab persekitaran-dan-keselamatan

Peranan guru, staff sokongan dan masyarakat dalam keselamatan murid-murid

Page 27: Tanggungjawab persekitaran-dan-keselamatan

Rujukan• http://www.utm.my/oshe/laporan-kemalangan/• http://www.utem.edu.my/canselori/index2.php?option=com_docman&task=doc_view&gid=

50&Itemid=58• http://www.smksgpusu.net/bahan/sekolah%20selamat.pdf• Journal : KONSEP DAN PELAKSANAAN SEKOLAH SELAMAT Oleh Shamsiah Bt. Mohd. Amin

Shahrulbanun Bt. A.Ghani Azaiah Bt . Ab. Latib Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.15 Okt 2005.• KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Konsep Sekolah selamat