Modul Unit 4

download Modul Unit 4

of 17

Transcript of Modul Unit 4

  • 8/2/2019 Modul Unit 4

    1/17

    K o k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 65

    UNIT PELAJARAN 4

    OLAHRAGA

    HASIL PEMBELAJARAN

    Di akhir unit ini, anda diharap dapat:1. Mengenalpasti berbagai jenis sukan olahraga yang ditawarkan kepada individu

    berkeperluan khas di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.2. Menjelaskan tentang peringkat- peringkat pemilihan atlit bagi sukan olahraga ini.3. Membincangkan tentang syarat dan peraturan sukan olahraga di peringkat kebangsaan

    dan antarabangsa.

    PENGENALAN

    Terma olahraga merangkumi acara sukan dan permainan yang melibatkan kemahiran fizikaldan sistem latihan yang menyediakan atlet untuk mengikuti sesebuah kejohanan. Kejohanaolahraga yang memerlukan kualiti stamina, kecerdasan dan juga kemahiran. Olahraga inimempelbagai lagi sukan yang popular dalam bentuk sukan permotoran, sukan yangmemerlukan ketepatan dan juga sukan yang melibatkan haiwan. Menurut sumber Wikipedia,olahraga mula disertakan dalam sukan Olimpik yang pertama iaitu pada tahun 1896 dan masihditeruskan hingga sekarang. Penglibatan wanita dalam sukan dibenarkan bagi acara trek danacara padang bermula tahun 1928. Kejohanan sukan untuk atlet yang mengalami kekuranganupaya secara umumnya dibahagikan kepada tiga kategori; masalah pendengaran, kekuranganfizikal dan masalah interlektual. Setiap jenis kategori ini mempunyai sejarah, organisasi,

    pertandingan dan pendekatan yang tersendiri.

    Kejohanan rasmi bagi golongan yang masalah pendengaran yang pertama pada 1924,di Paris, Perancis yang dinamakan Paris Silent Games yang dianjurkan oleh JawatankuasaSukan untuk Pekak Antarabangsa, CISS ( Comit International des Sports des Sourds ).Kejohanan ini merupakan pelopor kepada deaflimpik moden yang dikelolakan oleh CISS. CISSini memantau dari kejohanan ini berdasarkan jumlah peserta, cara berkomunikasi yang khas dipadang dan juga interaksi sosial. Deaflimpik ini dianjurkan setiap 4 tahun. Kejohanan yangpertama di Paris pada 1924 merupakan kejohanan pertama bagi golongan masalahpendengaran ini dan golongan kurang upaya ini secara amnya. Kejohanan ini dianjurkan setiapempat tahun kecuali pada Perang Dunia Kedua. Dalam pada itu juga, kejohanan deaflimpikmusim sejuk mula dianjurkan pada 1949. Kejohanan ini bermula daripada seramai 148 atlit

    daripada sembilan buah negara eropah pada 1924 dan sekarang, mendapat penyertaandaripada seluruh dunia.

    DEFINISI OLAHRAGA

    Sukan ialah segala bentuk fizikal aktiviti yang mana penyertaan secara kasual ataupunpertandingan yang menyasarkan untuk meningkat ataupun mengekalkan tahap kecergasanfizikal dan menyediakan hiburan kepada peserta. Sukan juga merupakan sesebuah

  • 8/2/2019 Modul Unit 4

    2/17

    K o k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 66

    pertandingan mahupun kejohana yang mana pemenangnya diiktiraf dan juga memerlukantahap kemahiran yang tinggi. Pelbagai jenis sukan wujud termasuklah acara individu dan jugaberpasukan.

    Olahraga pula bermaksud acara sukan yang melibatkan kejohanan berlari, melompat,melontar dan berjalan. Acara olahraga yang paling biasa ialah acara balapan dan acara

    padang, merentas desa dan juga lumba jalan kaki. Acara yang ringkas dan tidak memerlukanperalatan sukan yang mahal menjadikan olahraga merupakan sukan yang paling selaludipertandingkan. Perkataan olahraga berasal daripada perkataan Greek athlos yangmembawa maksud bertanding.

    BALAPAN UNTUK OLAHRAGA

    Pihak penganjur sukan hendaklah memastikan supaya semua acara yang akandipertandingkan dalam sesuatu perjumpaan olahraga dapat dijalankan dengan baik dansempurna. Persediaan awal yang merangkumi peralatan dan kemudahan untuk setiap acarahendaklah diberi perhatian. Salah satu kemudahan yang utama ialah balapan yang bakaldiadakan dalam perjumpaaan itu. Biasanya balapan diadakan di padang besar seperti stadiumbola.

    Di negara kita boleh dikatakan di setiap stadium disediakan balapan mengelilingipadang bola. Ini memudahkan mana-mana pihak untuk menganjurkan sesuatu kejohanan atauperjumpaan olahraga. Biasanya balapan yang mengandungi lapan lorong disediakan. Balapandiperbuat daripada bitumen dan ada pula daripada tar. Setiap lorong balapan sejauh 400 meter..

    Bincangkan konsep dan definisi olahraga dalam konteks pendidikan khas dan

    bagaimanakah pengubahsuaian peraturan dan undang-undang olahraga pendidikan khas

    dilaksanakan.

  • 8/2/2019 Modul Unit 4

    3/17

    K o k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 67

    JENIS-JENIS ACARA BALAPAN

    Pelbagai acara yang terdapat dalam sukan olahraga, walaupun olahraga merupakan salah satuacara sukan sejak berabad-abad lagi. Perbezaan yang ketara antara olahraga dengan jenissukan lain ialah bilangan acara yang banyak dan menyebabkan banyak jumlah pingat yang

    boleh dimenangi menerusi olahraga, berbanding hanya satu pingat dalam sukan bola sepakatau hoki. Secara logiknya, adalah lebih mudah jika penumpuan diberi kepada sukan olahragakalau pungutan pingat dijadikan ukuran tidak rasmi dalam menentukan keupayaan sesebuahpasukan atau negara.

    Seperti yang dinyatakan terdahulu, acara-acara olahraga dibahagikan kepada tigakategori, iaitu larian, lompatan dan lontaran. Terdapat acara-acara yang dikhaskan untuk lelakisahaja, dan ada pula acara yang boleh disertai oleh lelaki dan wanita. Setiap acara mempunyaiundang-undang dan peraturan tersendiri, yang harus dipatuhi oleh semua peserta yang terlibat.Dengan itu, penentuan pertandingan adalah mengikut penyertaan dalam sesuatu acara danbukan olahraga secara keseluruhannya. Justeru itu, pemenang dalam sesuatu acara dipilihdaripada kalangan peserta yang mengambil bahagian dalam acara itu sahaja. Penganjur

    sesuatu perjumpaan olahraga boleh menentukan jenis atau bilangan acara yang mereka akanpertandingkan. Faktor-faktor seperti bilangan peserta, kemudahan peralatan, keupayaan pihakpenganjur, kewangan, keselamatan, keupayaan pegawai dan kaki tangan pengelola dantempoh pertandingan akan menentukan bilangan dan jenis acara yang akan dipertandingkandalam sesuatu perjumpaan yang diadakan. Seperti di peringkat sekolah, bilangan acara sukansudah tentu berkurangan daripada jumlah acara untuk sukan-sukan seperti Sukan SEA, SukanAsia, Sukan Kornanwel atau Sukan Olimpik. Dalam Sukan Olimpik, walaupun dianggapmempunyai jumlah acara olahraga yang maksimum, tetapi ianya masih belum lengkapsepenuhnya. Biasanya dalam Kejohanan Balapan dan Padang Antarabangsa, semua acaraolaharaga akan dipertandingkan, termasuk untuk wanita.

    Senarai lengkap acara-acara olahraga yang sering dipertandingkan diperingkat

    antarabangsa,dan juga kebangsaan adalah seperti berikut :

    Kategori Acara Peserta

    1. Lari Jarak dekat 100 m200 m400 m

    Lelaki / WanitaLelaki / WanitaLelaki / Wanita

    2. Lari Jarak Sederhana 800 m1500 m

    Lelaki / WanitaLelaki / Wanita

    3. Lari Jarak Jauh 3000 m5000 m

    10,000 m

    WanitaLelaki / Wanita

    Lelaki4. Lari berhalangan 3000 m Lelaki5. Lari berpagar 100 m

    110 m400 m

    WanitaLelakiLelaki / Wanita

    6. Lari berganti-ganti 4 x 100 m4 x 400 m

    Lelaki / WanitaLelaki / Wanita

    7. Marathon Lelaki / Wanita8. Heptatlon 7 acara Wanita

  • 8/2/2019 Modul Unit 4

    4/17

    K o k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 68

    9. Dekathlon 10 acara Lelaki10. Berjalan kaki 5000 m

    10,000 m20,000 m50,000 m

    WanitaLelaki / Wanita

    Lelaki

    SPECIAL OLYMPICS

    Special Olympics atau dikenali juga sebagai Olimpik Khas adalah kejohanan sukan terbesarbagi kanak-kanak dan orang dewasa yang menghadapi masalah intelektual. Kejohanan OlimpikKhas ini mempunyai atlet seramai 3.1 juta di dalam 175 negara. Kejohanan Olimpik Khas jugadianjurkan 2 tahun sekali dan sejak tahun 1975, Olimpik Khas ini diadakan pada 4 tahun sekali.Kejohanan Olimpik Khas pada musim panas peringkat antarabangsa yang pertama telahdiadakan di Soldier Field, Chicago pada tahun 1968. Anne McGlone Burke, seorang gurupendidikan fizikal merupakan pelopor kepada idea kejohanan olahraga bagi golonganberkeperluan khas. Burke kemudiannya telah memperkenalkan idea ini kepada Eucine

    Kennedy Shriver, iaitu ketua di Joseph P. Kennedy Jr. Foundation untuk membiayai kejohananini. setelah itu, lebih daripada 1000 atlet daripada seluruh Amerika Syarikat dan Kanadameyertai kejohanan ini. Ketika kejohanan itu sedang berlangsung, Shiver telah mengumumkanpembentukkan kejohanan Olimpik Khas .

    Pada Jun 1962, Eunice Kennedy Shriver telah menganjurkan kem yang dikenali sebagaiKem Shriver, untuk kanak-kanak yang mengalami masalah intelektual di rumahnya di Potomac,Maryland. Dengan menggunakan Kem Shriver sebagai panduan, Shriver telahmemperkenalkan konsep penglibatan di dalam aktiviti fizikal serta peluang bagi golongan yangmengalami masalah intelektual. Kem Shriver telah menjadi acara tahunan dan YayasanKennedy yang mana Shriver menjadi naib presiden yang membenarkan university, pusatrekreasi dan pusat komuniti untuk menganjurkan kem yang serupa tanpa apa-apa bantahan.

    Pada tahun 1971, Jawatankuasa Olimpik Amerika Syarikat telah membenarkan penggunaannama Olimpik di dalam Olimpik Khas. Kejohanan Olimpik Khas Musim Sejuk telah dianjurkanpada Februari 1977 di Steamboat Spring, Colorado, Amerika Syarikat. Pada 1988, OlimpikKhas diiktiraf secara rasmi oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa..

    Lebih daripada 3 juta atlet merangkumi semua peringkat usia yang terlibat dalam latihansukan Olimpik Khas dan pertandingan bersama lebih daripada 170 negara. Pertubuhan OlimpikKhas ini juga menawarkan setahun latihan dan juga penyertaan di dalam 31 acara yang bakaldipertandingkan. Kebanyakan peserta digalakkan menyertai Olimpik Khas ini kerana ianyamendatangkan faedah seperti mengurangkan kadar penyakit kardiovaskular dan obesiti dalamkalangan golongan yang menghadapi masalah intelektual. Mereka juga akan memperolehifaedah dari segi emosi dan mental seperti meningkatkan keyakinan diri dan menggalakkan

    persaingan sosial secara sihat dalam kalangan masyarakat.

    Syarat-syarat penyertaan

    Bagi sesiapa sahaja yang berumur 8 tahun dan keatas boleh menjadi alet Olimpik Khas ini.Sebagai kelayakan untuk menyertai Olimpik Khas ini seseorang itu mesti mempunyai masalahintelektual, perkembangan kognitif yang lambat, serta masalah dalam perkembangan sepertiperkembangan adaptif dan pembelajaran. Bagi kanak-kanak yang berusia 2-7 tahun, merekaboleh menyertai program pembangunan atlet muda.

  • 8/2/2019 Modul Unit 4

    5/17

    K o k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 69

    Ahli keluarga juga tidak terkecuali dan boleh melibatkan diri dalam penganjuran OlimpikKhas ini. Keluarga sememangnya merupakan sumber galakan dan dapat membantu atlet untukmencapai tahap yang terbaik serta menjadi sukarelawan dalam kejohanan ini. Ini juga bolehmeningkatkan tahap keyakinanan diri di dalam diri setiap ahli. Selain ahli keluarga, merekayang lain seperti jurulatih, sukarelawan dan penaja juga boleh terlibat dalam Olimpik Khas ini.

    Tugas jurulatih ialah membantu atlet untuk mencapai tahap terbaik walaupun merekamenghadapi pelbagai kekurangan. Jurulatih yang terlibat tidak memerlukan pengalaman untukmenjadi jurulatih kerana sesebuah pertubuhan sukan akan melatihnya dahulu sebelum diberipeluang untuk melatih atlet. Bagi sesiapa yang berusia 10 tahun dan keatas boleh menjadisukarelawan. Terdapat beberapa acara yang dipertandingkan dalam sukan Olimpik Khas ini.Antara acara yang dipertandingkan ialah seperti olahraga, akuatik, bola keranjang, boling, hoki,golf, gimnastik, angkat berat, bola sepak, bola lisut, tenis, bola tampar dan sebagainya. Inimerupakan sebahagian daripada sukan yang dipertandingkan dalam Olimpik Khas ini. Sukan-sukan yang dipertandingkan adalah berbeza mengikut musim olimpik itu dianjurkan iaitu samaada pada musim panas dan musim sejuk. Olimpik musim panas yang baru dinjurkan pada 2011di Athens, Greece dan musim sejuk pada 2010 di Boise, Amerika Syarikat. Olimpik Khas musimpanas akan diadakan pada 2015 di Los Angeles, Amerika Syarikat dan Olimpik Khas musimsejuk akan diadakan pada 2013 di Pyeongchang, Korea Selatan.

    Logo Special Olympics

    Olahraga Dalam Special Olympics

    Biasanya, acara-acara olahraga dibahagikan kepada dua bahagian utama, iaitu acara balapanatau acara trek dan acara padang. Sukan olahraga yang kini dikenali sebagai acara balapandan padang merupakan sejenis sukan yang menarik dan amat berlainan daripada sukan-sukanyang lain. Hal ini disebabkan, di dalam olahraga, terdapat banyak acara untuk lelaki dan wanita.Acara-acara ini juga adalah secara perseorangan ataupun secara berpasukan.

    DEAFLYMPIC

    Sukan Deaflympic merupakan sejenis sukan yang berada dibawah naungan JawatankuasaOlimpik Antarabangsa dan juga sukan yang kedua tertua selepas Sukan Olimpik. Sebelumtahun 1924, sukan antarabangsa menyediakan penglibatan yang terhad untuk orang yangpekak. Walau bagaimanapun, pada tahun 1924 semua ketua sukan pekak berkumpul dansebulat suara membuat keputusan untuk membentuk sebuah organisasi yang dikenali sebagai

  • 8/2/2019 Modul Unit 4

    6/17

    K o k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 70

    Comit International des Sports des Sourds (CISS) yang kemudiannya dinamakan Le ComitInternational des Sukan des Sourds(Jawatankuasa Antarabangsa Sukan Orang Pekak), ICSD.

    Tujuan organisasi ini adalah untuk menyatukan semua pertubuhan Sukan Kebangsaanbagi golongan pekak disamping menggubal undang-undang untuk organisasi ini mengelolakan

    sukan ini empat tahun sekali. Mesyuarat ini secara sekaligus telah menandakan bermulanyaperkembangan dalam Sukan Deaflympic. Sukan ini merupakan cadangan yang dihasilkan olehseorang Presiden Persekutuan Pekak Perancis iaitu Eugne Rubens-Alcais yang mana beliau

    juga merupakan seorang yang mempunyai masalah pendengaran. Beliau mempunyai ilhammembentuk sukan ini melalui pemerhatiannya terhadap masyarakat yang sering memandangrendah golongan pekak dari segi intelektual dan linguistic. Dengan itu, beliau merasakanbahawa kejohanan seperti Deaflympic ini mampu menaikkan lagi pandangan masyarakatterhadap orang pekak dan menjadi medium untuk menghapuskan andaian-andaian yang tidakbaik dalam kalangan masyarakat sekeliling.

    Antara sukan dunia yang berkembang dengan pesat dan mendapat sambutan yangmenggalakkan ialah Deaflympic Musim Panas dan juga Deaflympic Musim Sejuk yang manapada kejohahan Deaflympic Musim Panas 20 di Melbourne, Australia, telah mencatatakanbahawa lebih daripada 3200 atlet pekak termasuk pegawai daripada 67 buah negara telahmengambil bahagian pada kejohanan ini pada bukan Januari 2005. Deaflympic Musim Panasyang pertama telah diadakan di Paris pada tahun 1924 dan Deaflimpic Musim Sejuk yangpertama pula telah dimasukkan ke dalam kejohanan ini sejak tahun 1949. Keperluan yangdigunakan bagi atlket pekak berlainan dengan keperluan atlet biasa.Mereka dapat dilihat perbezaannya melalui keperluan yang mereka gunakan untukberkomunikasi semasa bersukan. Hanya golongan yang pekak sahaja layak berkhidmat dalamlembaga ICSD dan badan-badan eksekutif. Semasa kejohanan Deaflympic yang pertama,hanya sembilan buah negara sahaja yang menghantar wakil atau peserta. Pada hari ini,bilangan negara yang menyertai kejohahan ini meningkat sehingga mecapai 104 buah negara.

    Acara olahraga yang dipertandingkan dalam Deaflympic

    Dalam Deaflympic, permainan yang dipertandingkan adalah kebanyakkannya sama sepertipermainan yang dimainkan dalam kejohanan bagi orang biasa. Walau bagaimanapun, setiapacara yang dipertandingkan akan diubahsuai mengikut kepada kesesuaian yang bolehdimainkan oleh golongan pekak. Antara acara yang dipertandingkan dalam acara DeafympicMusim Panas ialah olahraga, Bola Keranjang,Bola tampar pantai, Bowling, Berbasikal, Judo,Karate, Menebak, Renang, Ping Pong, Polo Air, Gusti Greco-Roman danTaekwaondo.Manakala Musim sejuk ialah acara Alpine Skiing, Curling, Cross Country dan HokiAis

  • 8/2/2019 Modul Unit 4

    7/17

    K o k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 71

    Acara lelaki Acara wanita

    100 m 200m 400m

    800m 1 500m 5 000m 10 000m 110m halangan 400m halangan 3000m lari berhalangan Maraton Lompat tinggi Lompat jauh Lompat kijang Lompat bergalah

    Lontar peluru Lempar cekera Rejam lembing Baling tukul besi

    Berganti-ganti 4x100m 4x400m

    100 m 200m 400m

    800m 1 500m 5 000m 10 000m 100m halangan 400m halangan 3000m lari berhalangan Maraton Lompat tinggi Lompat jauh Lompat kijang Lompat bergalah

    Lontar peluru Lempar cekera Rejam lembing Baling tukul besi

    Berganti-ganti 4x100m 4x400m

    Acara gabung: 1) Decathlon2) Heptathlon

    Senarai acara olahraga dalam sukan Deaflympic

    Syarat-syarat penyertaan

    Sebelum menyertai sukan deaflympic, seseorang individu tersebut perlulah menepati syaratuntuk menyertai acara ingin dipilih. Syarat-syarat untuk menyertai acara ini merangkumi limaaspek iaitu peraturan penyertaan, peraturan pertandingan, pelan pertandingan, pegawai-pegawai dan yangterakhir ialah kawalan dan sekatan

    Peraturan Penyertaan

    Untuk menyertai acara olahraga dalam Deaflympic, individu tersebut seharusnya menepatiperaturan yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Deaflympic sendiri. Terdapat lima perkaraakan diambil kira bagi mengukur kelayakan seseorang itu untuk menyertai acara olahraga iaituUmur kelayakan, Acara individu, Acara individu (Pemain simpanan), Acara ganti-ganti,Standard kemasukan pertandinganMasa/Jarak

  • 8/2/2019 Modul Unit 4

    8/17

    K o k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 72

    Peraturan Pertandingan

    Untuk melayakkan diri menjadi peserta dalam acara olahraga dalam sukan Deaflympic, individutersebut seharusnya menepati beberapa kriteria yang telah ditetapkan dalam: Syaratpertandingan, Peralatan pertandingan dan Pakaian semasa pertandingan. Syarat pertandingan

    bagi acara olahraga yang akan dipertandingkan dalam sukan Deaflympicakan dijalankan mengikut Peraturan Pertandingan IAAF (versi 2008/09). Insiden yang tidakdiduga yang tidak dilindungi oleh Peraturan-Peraturan hendaklah diuruskan mengikut kepadaketetapan yang telah dirangka. Kes-kes bersifat umum akan diselesaikan mengikut kepadabeberapa rujukan seperti merujuk kepada Peraturan-Peraturan Deaflympics, berdasarkankepada keputusan muktamad Ketua Teknikal Peraturan bagi Deaflympic Musim Panasdan Peraturan-Peraturan Teknikal Olahraga. Bagi aspke peralatan pertandingan dankelengkapan dan alat-alat yang digunakan semasa pertandingan perlu mematuhiPeraturan Pertandingan IAAF. Jawatankuasa Penganjur akan menyediakan peralatan dan alat-alat untuk pertandingan, memanaskan badan dan latihan kecuali tiang lompatan.Jawatankuasa Penganjur tidak akan menyediakan tiang untuk atlet. Tiang lompatan yang telahdibawa untuk pertandingan hendaklah diserahkan ke bilik teknikal pada sehari sebelum

    pertandingan. Kelengkapan yang digunakan semasa pertandingan haruslah menepati berat dan jenama yang disenarai oleh Jawatankuasa Penganjur. Berikut merupakan berat dan jenamayang boleh digunakan semasa pertandingan.

    Berat dan jenama

    Peralatan Lelaki Wanita

    Lontar peluru 7.260kg Bhalla, Nelco, Nordic, Polanik& USC

    4.000kg Nelco, Nordic,& UCS

    Cekera 2.000kg Nelco, Nordic, & UCS 1.000kg Gill, Nelco, &NordicLembing 800g Gill, Nemeth, & Nordic 600g Gill, Nemeth,

    & NordicTukul besi 7.260kg Anand, Nelco, & Nordic 4.000kg Anand, Nelco,

    & Nordic

    Pakaian semasa pertandingan Atlet berdaftar hendaklah memakai pakaian seragam yang telahdireka bagi mewakili Sukan yang mereka sertai. Nombor pertandingan akan diberikan kepadasetiap pemain. Dua helai kain bernombor akan diberi kepada pemain dan nombor tersebutperlu dipakai pada bahagian hadapan dan belakang pakaian seragam dengan melekatkannya

    menggunakan pin. Pin seharusnya tidak kurang daripada 4 pin supaya seluruh nombor danmaklumat tajaan boleh dibaca dengan mudah.

  • 8/2/2019 Modul Unit 4

    9/17

    K o k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 73

    KAWALAN DAN SEKATAN

    Bagi melancarakan perjalanan setiap acara yang dipertandingkan, kawalan dan sekatan turutdikenakan dalam acara olahraga tidak kira dalam acara trek atau acara padang. Kawalan dansekatan ini diambil kira berdasarkan dua perkara iaitu: Alat bantuan pendengaran dan Kawalanperubatan

    Alat bantuan pendengaran

    Semasa pertandingan, sebarang penggunaan alat pendengaran atau implant bahagian luarkoklea tidak di benarkan di zon kawasan terhad. Zon kawasan terhad adalah semasa atlet telahmemasuki bilik panggilan dan sepanjang kawasan pertandingan termasuklah semasamemanaskan badan dan juga masa pertandingan. Pelanggaran dan penalty juga akandikenakan jika terdapat peserta atau atlet yang tidak mematuhi Undang-undang audiogram,artikel 8: Pelanggaran dan Penalti. 4.1. setiap persekutuan mempunyai satu salinan senaraiatlet yang pernah menyerahkan keputusan audiogram dan atlet yang telah mengemukakanaudiogram, mereka tidak perlu mengemukakan audiogram yang baru.atlet yang tiada tersenaraidalam salinan tersebut perlu mengemukakan audiogram kepada urus setia dengan mengisiborang yang boleh didapoati di ICSD melalui laman web. Atlet yang berdaftar untuk Deaflympicmusim panas juga perlu untuk mengambil ujian pendengaran tambahan semasa pertandingantersebut. Selain itu juga, semua atlet dikehendaki untuk menjalani ujian doping.Seorang atlet yang gagal mana-mana ujian di atas, atlet tersebut akan dibuang penyertaan

    serta merta. Dalam kes di mana seseorang atlet adalah seorang ahli pasukan dan dibawakeluar permainan , atlet tersebut akan hilang kelayakan untuk seluruh permainan dan bolehdigantikan dengan pemain simpanan.

    Kawalan perubatan

    Seorang atlit yang menggunakan ubat-ubatan atau bahan-bahan yang diharamkan disebabkanoleh penyakit yang berkekalan seperti alergi, asma atau epilepsi perlu memohon untukmendapatkan borang pengesahan.

    a. Huraikan perbezaan kejohanan olahraga antara deaflympic dengan special

    Olympics.b. Bincangkan acara-acara olahraga yang sesuai dipertandingan disekolah anda

    untuk kategori bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan

    bermasalah penglihatan.

    c. Nyatakan dan huraikan peralatan dan kemudahan yang perlu diubahsui dalam

    kejohanan olahraga yang melibatkan kanak-kanak berkeperluan khas.

  • 8/2/2019 Modul Unit 4

    10/17

    K o k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 74

    KEPENTINGAN PENYERTAAN OKU DALAM SUKAN OLAHRAGA.

    Menurut Persatuan Jantung Amerika, penyakit-penyakit seperti kardiovaskular adalah salahsatu penyebab kepada 34.6 peratus kematian di Amerika Syarikat. Oleh itu, orang dewasa yangsihat mestilah bersenam sekurang-kurangnya 30 minit aktiviti fizikal selama 5 hari dalam

    seminggu. Namun begitu, tidak terkecuali juga bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU).Aktiviti olahraga ini sangat penting kepada semua golongan termasuklah golongan OKU keranadengan aktiviti fizikal, golongan OKU juga dapat menjaga kesihatan jantung mereka denganbaik. Hal ini demikian kerana penjagaan jantung merupakan satu perkara yang penting danharus dititikberatkan terutamanya bagi golongan OKU yang disebabkan pergerakan merekayang terhad.

    Koordinasi merupakan salah satu aspek yang sangat penting dalam kehidupanmanusia. Masa tindakbalas juga sangat penting untuk mengelakkan sebarang kecederaan yangtidak diingini daripada berlaku. Sesetengah sukan juga memerlukan koordinasi repetasi dan

    juga latihan tindakbalas yang tepat dan betul. OKU juga memerlukan koordinasi yang betuldalam kehidupan mereka. Aspek keselamatan haruslah diutamakan. Salah satu contoh aktiviti

    harian yang melibatkan koordinasi bagi golongan OKU adalah seperti menuang air ke dalamgelas. Oleh itu, jelaslah bahawa dengan penyertaan OKU dalam olahraga, OKU dapat melatihkoordinasi dengan betul.

    Aktiviti fizikal juga boleh mengurangkan kemungkinan untuk menghidapi penyakit yangparah dan meningkatkan jangka hayat manusia. Begitu juga golongan OKU tidak terkecualidalam mengelakkan diri dari sebarang penyakit. Antara penyakit yang dapat dielakkan adalahseperti tekanan darah tinggi, osteoporosis dan sebagainya. Sepertimana yang kita ketahui,golongan OKU paling senang untuk mendapat penyakit. Justeru itu, mereka haruslah diberiperhatian yang sewajarnya. Dengan aktiviti fizikal juga, golongan OKU dapat menjagakesihatan mereka dengan berkesan.Bersenam dan bersukan juga meningkatan pengaliran darah kepada semua bahagian badan

    termasuklah otak. Bersukan secara berkala dapat mengurangkan kemurungan, kerisauan danmeningkatkan kualiti tidur yang sepatutnya. Aktiviti fizikal juga merangsang otak merembeskanhormone endorphin yang membantu menangani kesakitan fizikal dan stress. Aktiviti yangberpasukan adalah salah satu cara meningkatkan kerjasama dan meningkat keyakinan diri.Walaupun golongan OKU serba kekurangan dan pergerakan juga terhad, tetapi semuanya tidakboleh dijadikan alasan supaya tidak melakukan senaman walaupun sedikit.

    RUMUSAN

    Sukan adalah medium bagi golongan kurang upaya atau OKU menunjukkan kebolehanserta kemampuan mereka dalam bidang sukan. Ketidakupayaan bukanlah penghalangatau alasan bagi mereka untuk tidak bergiat aktif dalam aktiviti yang berbentuk fizikal.

    Penglibatan mereka dalam bidang sukan bukan sahaja membantu mereka dalam prosespemulihan malah membantu mereka dalam penjagaan kesihatan tubuh badan.Disamping itu, dapat membantu mereka melibatkan diri dengan masyarakat tanpa rasarendah diri atas kekurangan yang mereka miliki tidak kira kekurangan daripada aspekfizikal mahupun mental.

    Tidak kira apa jenis sukan yang mereka ceburi atau tahap mana pencapaian merekadalam bidang sukan dalam peringkat kebangsaan atau antarabangsa, usaha dankesungguhan mereka harus dipuji serta diberi penghargaan kerana sanggup dan berani

  • 8/2/2019 Modul Unit 4

    11/17

    K o k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 75

    mencabar kemampuan diri sendiri dalam melaksanakan misi negeri atau negaramasing-masing.

    Golongan OKU juga mempunyai hak dan peluang dalam menentukan kerjaya dankehidupan mereka, dan mereka mendapat kebebasan beraksi dalam sukan disampingmemberi peluang kepada meraka untuk berfungsi sebagai anggota masyarakat

    walaupun mereka mempunyai kecacatan atau kekurangan anggota. Sebagai anggota masyarakat yang prihatin, haruslah kita sama-sama memberi

    sokongan serta kata-kata semangat yang sewajarnya kepada golongan OKU sertamenyokong usaha kerajaan dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepadagolongan OKU agar mereka terus menyumbang kudrat serta keringat mereka dalamsama-sama menjayakan bidang sukan negara.

    RUJUKANSpecial Olympics. Retrieved 11 2011, 1, from Special Olympics:

    http://en.wikipedia.org/wiki/Special_OlympicsDeaflympics. Retrieved 11 2011, 1, from Deaflympics: http://en.wikipedia.org/wiki/Deaflympics

    Paralympic Games. Retrieved 11 2011,1 , from Paralympic Games:http://www.paralympic.org/Paralympic_Games/About Deaflympics. Retrieved 11 2011, 1, from Deaflympics: http://www.deaflympics.com/about/History. Retrieved 11 2011, 1, from Spesial Olympics:

    http://www.specialolympics.org/history.aspxICSD (2009). General Technical Rules - Summer Deaflympics. Diperoleh pada 14 Oktober

    2011.http://www.deaflympics.com/sports/regulations.asp?ID=526 .ICSD (2009). Competition Entry Standards Athletics. Diperoleh pada 15 Oktober 2011.

    http://www.deaflympics.com/sports/regulations.asp?ID=5 .ICSD (2009). Audiogram regulation. Diperoleh pada 15 Oktober 2011.

    http://www.deaflympics.com/pdf/AudiogramRegulations.pdf .IPC(2011). IPC athletics rules and regulation. Diperolehi pada 20 oktober 2011

    http://ipcathletics.paralympic.org/export/sites/ipc_sports_athletics/Rules/2011_2012_Final_IPC_Athletics_Rules_Regulations.pdf

    IPC(2009). London 2012 paralympic games qualification guide. Diperolehi pada 20 Oktober2011http://www.paralympic.org.my/mpc/doc/London2012PGQualificationGuide_NEW.pdf

    MPM. Paralimpiad Malaysia. Peraturan Tetap Sukan Paralimpiad Malaysia. Diperolehi pada 21Oktober 2011

    International Paralympic Committee. IPC atheletic: about the sport. Diperolehi pada 5 Disember2011http://ipcathletics.paralympic.org/About_the_Sport/

    _______. Kamus Dewan edisi ke empat. Dewan bahasa dan pustaka. Kuala Lumpur

    http://www.deaflympics.com/sports/regulations.asp?ID=526http://www.deaflympics.com/sports/regulations.asp?ID=526http://www.deaflympics.com/sports/regulations.asp?ID=526http://www.deaflympics.com/sports/regulations.asp?ID=5http://www.deaflympics.com/sports/regulations.asp?ID=5http://www.deaflympics.com/pdf/AudiogramRegulations.pdfhttp://www.deaflympics.com/pdf/AudiogramRegulations.pdfhttp://ipcathletics.paralympic.org/export/sites/ipc_sports_athletics/Rules/2011_2012_Final_IPC_Athletics_Rules_Regulations.pdfhttp://ipcathletics.paralympic.org/export/sites/ipc_sports_athletics/Rules/2011_2012_Final_IPC_Athletics_Rules_Regulations.pdfhttp://ipcathletics.paralympic.org/export/sites/ipc_sports_athletics/Rules/2011_2012_Final_IPC_Athletics_Rules_Regulations.pdfhttp://www.paralympic.org.my/mpc/doc/London2012PGQualificationGuide_NEW.pdfhttp://www.paralympic.org.my/mpc/doc/London2012PGQualificationGuide_NEW.pdfhttp://ipcathletics.paralympic.org/About_the_Sport/http://ipcathletics.paralympic.org/About_the_Sport/http://ipcathletics.paralympic.org/About_the_Sport/http://ipcathletics.paralympic.org/About_the_Sport/http://www.paralympic.org.my/mpc/doc/London2012PGQualificationGuide_NEW.pdfhttp://ipcathletics.paralympic.org/export/sites/ipc_sports_athletics/Rules/2011_2012_Final_IPC_Athletics_Rules_Regulations.pdfhttp://ipcathletics.paralympic.org/export/sites/ipc_sports_athletics/Rules/2011_2012_Final_IPC_Athletics_Rules_Regulations.pdfhttp://www.deaflympics.com/pdf/AudiogramRegulations.pdfhttp://www.deaflympics.com/sports/regulations.asp?ID=5http://www.deaflympics.com/sports/regulations.asp?ID=526
  • 8/2/2019 Modul Unit 4

    12/17

    K o k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 76

  • 8/2/2019 Modul Unit 4

    13/17

    K o k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 77

  • 8/2/2019 Modul Unit 4

    14/17

    K o k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 78

  • 8/2/2019 Modul Unit 4

    15/17

    K o k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 79

  • 8/2/2019 Modul Unit 4

    16/17

    K o k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 80

  • 8/2/2019 Modul Unit 4

    17/17

    K o k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 81