Unit 8 Modul 1 Advance Organizer V2

16
Pendekatan Penyusun Awal (Advance Organizer) dalam Pengajaran / 119 UNIT 8 PENDEKATAN PENYUSUN AWAL (ADVANCE ORGANIZER) DALAM PENGAJARAN HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Memberi takrifan konsep Penyusun Awal (Advance Organizer) 2. Memberi contoh-contoh penggunaan Penyusun Awal dalam pengajaran 3. Mengguna Penyusun Awal dalam pengajaran satu topik PENGENALAN I lmu pengetahuan dan maklumat amat banyak dan luas sekali untuk diajar kepada murid-murid kita. Walaupun ilmu pengetahuan ini telah dipilih dan dijadikan kurikulum rasmi atau sukatan pelajaran untuk diajar di sekolah, banyak ilmu dan maklumat yang berkembang pesat dan murid kita perlu sentiasa belajar, faham dan gunakan. Bagaimanakah kandungan ilmu pengetahuan dan maklumat ini hendak disusun supaya memudahkan guru menyampainya kepada ramai murid? Inilah cabaran yang memangkinkan David Ausubel (1960) menggubal satu teknik untuk memudahkan lagi pengajaran guru dan pembelajaran murid. Beliau mencadangkan pendekatan mengajar yang berasaskan konsep ‘Advance Organizer’. Pada pendapat Ausubel dan juga J. S. Brunner, dalam mana-mana subjek atau disiplin ilmu, seperti matematik, sains, geografi, sejarah, kemahiran hidup dan sebagainya, atau dalam sesuatu topik, terdapat susunan struktur ilmunya yang tersendiri, yang terdiri daripada; Idea besar atau utama Teori, prinsip, dan hukum Konsep Kaedah dan prosedur Bukti, fakta, dan contoh-contoh berhubung dengan sesuatu teori dalam sesuatu topik Ausubel memberi perhatian tentang bagaimana guru harus menyusun maklumat yang banyak dalam sesuatu mata pelajaran atau topik, dan bagaimana guru harus menyampainya supaya mudah, berkesan dan bermakna kepada murid-muridnya. Mengikut Ausubel, untuk memberi asas pengetahuan yang kukuh kepada murid-murid dalam sesuatu mata pelajaran, konsep, teori dan generalisasi berhubung dengan mata pelajaran itu hendaklah
  • Upload

    -
  • Category

    Documents

  • view

    1.336
  • download

    9

Transcript of Unit 8 Modul 1 Advance Organizer V2

Page 1: Unit 8  Modul 1  Advance  Organizer V2

Pendekatan Penyusun Awal (Advance Organizer) dalam Pengajaran / 119

UNIT 8 PENDEKATAN PENYUSUN AWAL (ADVANCE ORGANIZER)

DALAM PENGAJARAN

HASIL PEMBELAJARANPada akhir unit ini, anda diharap dapat:

1. Memberi takrifan konsep Penyusun Awal (Advance Organizer)2. Memberi contoh-contoh penggunaan Penyusun Awal dalam pengajaran3. Mengguna Penyusun Awal dalam pengajaran satu topik

PENGENALAN

Ilmu pengetahuan dan maklumat amat banyak dan luas sekali untuk diajar kepada murid-murid kita. Walaupun ilmu pengetahuan ini telah dipilih dan dijadikan kurikulum rasmi atau sukatan pelajaran untuk diajar di sekolah, banyak ilmu dan maklumat yang berkembang pesat dan murid kita perlu

sentiasa belajar, faham dan gunakan.

Bagaimanakah kandungan ilmu pengetahuan dan maklumat ini hendak disusun supaya memudahkan guru menyampainya kepada ramai murid? Inilah cabaran yang memangkinkan David Ausubel (1960) menggubal satu teknik untuk memudahkan lagi pengajaran guru dan pembelajaran murid. Beliau mencadangkan pendekatan mengajar yang berasaskan konsep ‘Advance Organizer’.

Pada pendapat Ausubel dan juga J. S. Brunner, dalam mana-mana subjek atau disiplin ilmu, seperti matematik, sains, geografi, sejarah, kemahiran hidup dan sebagainya, atau dalam sesuatu topik, terdapat susunan struktur ilmunya yang tersendiri, yang terdiri daripada;

• Idea besar atau utama• Teori, prinsip, dan hukum• Konsep• Kaedah dan prosedur • Bukti, fakta, dan contoh-contoh berhubung dengan sesuatu teori dalam sesuatu topik

Ausubel memberi perhatian tentang bagaimana guru harus menyusun maklumat yang banyak dalam sesuatu mata pelajaran atau topik, dan bagaimana guru harus menyampainya supaya mudah, berkesan dan bermakna kepada murid-muridnya.

Mengikut Ausubel, untuk memberi asas pengetahuan yang kukuh kepada murid-murid dalam sesuatu mata pelajaran, konsep, teori dan generalisasi berhubung dengan mata pelajaran itu hendaklah

Page 2: Unit 8  Modul 1  Advance  Organizer V2

120 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2

diajar terlebih dahulu. Setelah itu barulah diajar bukti, data dan contoh-contohnya. Inilah cara murid dapat memahami dan menguasai ilmu dalam sesuatu disiplin itu dengan cepat. Ini boleh dilakukan menggunakan pendekatan Penyusun Awal.

Apakah maksud Penyusun Awal?

Pada pendapat Ausubel, guru hendaklah mengenal pasti konsep, teori atau idea utama dalam sesuatu topik itu, dan menyusunnya sebagai satu rangka Penyusun Awal. Rangka Penyusun Awal ini boleh dianggap sebagai satu rangka konseptual dan idea utama sesuatu subjek atau

topik yang menjadi kerangka atau ‘scafolding’ asas untuk murid melihat hubungan bahagian-bahagian yang lebih kecil dan maklumat berhubung dengan idea utama itu. Kemudian guru menjadikan Penyusun Awal atau rangka konseptual ini sebagai pengenalan untuk mengajar murid belajar topik berkenaan, dan kemudian barulah guru menghurai dan menerangkan bahagian-bahagian dalam rangka penyusun itu, menjalankan aktiviti seterusnya, seperti menghuraikan isi dan fakta yang berhubung dengannya. Ini akan memudah murid memahami kandungan sesuatu topik itu. Rajah 8.1 menunjukkan satu contoh rangka Penyusun Awal.

Rajah 8.1 Contoh rangka Penyusun Awal

Ausubel menganggap minda manusia adalah sebagai satu sistem memproses dan menyimpan maklumat (information-processing and information-storing system). Struktur kognitif mempunyai heiraki atau susunan idea. Woolfolk (2001) pula berpendapat rangka konseptual begini membantu memberi fokus, perhatian dan pemikiran murid terhadap apa yang penting untuk dipelajari.

terlebih dahulu. Setelah itu barulah diajar bukti, data dan contoh-contohnya. Inilah cara murid dapat memahami dan menguasai ilmu dalam sesuatu disiplin itu dengan cepat. Ini boleh dilakukan menggunakan pendekatan Penyusun Awal. Apakah maksud Penyusun Awal?

ada pendapat Ausubel, guru hendaklah mengenal pasti konsep, teori atau idea utama dalam sesuatu topik itu, dan menyusunnya sebagai satu rangka Penyusun Awal. Rangka Penyusun Awal ini boleh dianggap sebagai satu rangka konseptual dan idea utama sesuatu subjek atau

topik yang menjadi kerangka atau ‘scafolding’ asas untuk murid melihat hubungan bahagian-bahagian yang lebih kecil dan maklumat berhubung dengan idea utama itu. Kemudian guru menjadikan Penyusun Awal atau rangka konseptual ini sebagai pengenalan untuk mengajar murid belajar topik berkenaan, dan kemudian barulah guru menghurai dan menerangkan bahagian-bahagian dalam rangka penyusun itu, menjalankan aktiviti seterusnya, seperti menghuraikan isi dan fakta yang berhubung dengannya. Ini akan memudah murid memahami kandungan sesuatu topik itu. Rajah 8.1 menunjukkan satu contoh rangka Penyusun Awal.

Rajah 8.1 Contoh rangka Penyusun Awal

Ausubel menganggap minda manusia adalah sebagai satu sistem memproses dan menyimpan maklumat (information-processing and information-storing system). Struktur kognitif mempunyai heiraki atau susunan idea. Woolfolk (2001) pula berpendapat rangka konseptual begini membantu memberi fokus, perhatian dan pemikiran murid terhadap apa yang penting untuk dipelajari.

Idea Utama

Sub-idea 1

Huraian 1 dengan contoh

Sub-idea 2

Huraian 2 dengan contoh

P

Page 3: Unit 8  Modul 1  Advance  Organizer V2

Pendekatan Penyusun Awal (Advance Organizer) dalam Pengajaran / 121

Bagaimanakah Penyusun Awal ini digunakan dalam pengajaran?

Dalam sesuatu mata pelajaran atau topik, penyusun idea utama hendaklah dikenal pasti dan disusun oleh guru. Idea ini disampaikan terlebih dahulu pada permulaan pengajaran, dan kemudian beransur-ansur guru menghuraikan pecahan daripada idea besar itu kepada murid.

Mayer (2003), berpendapat murid akan mudah memahami sesuatu jika mereka diberi rangka Penyusun Awal terlebih dahulu bagi membolehkan minda mereka menyusun maklumat yang akan dihurai oleh guru. Dengan berbuat demikian, maklumat baru dengan mudah dapat ‘dimasukkan’ ke dalam kategori baru atau ‘skema’ baru murid-murid.

Mengikut Mayer pendekatan rangka Penyusun Awal Ausubel ini boleh disesuaikan dengan kaedah deduktif. Pendekatan deduktif ialah kaedah di mana teori, prinsip atau generalisasi diberi dahulu, dan kemudian huraian dibuat dengan mengguna bukti atau data yang relevan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 8.2. Kaedah ini adalah bertentangan dengan kaedah induktif, di mana prinsip atau teori dibina atau disimpul daripada data atau contoh spesifik. Lihat Unit 10 untuk huraian lebih terperinci perbezaan antara kaedah deduktif dengan induktif dalam konteks pembelajaran Inkuiri.

Rajah 8.2 Pendekatan deduktif

Mari kita lihat beberapa contoh dalam mata pelajaran tertentu bagaimana pendekatan deduktif diaplikasi dalam pengajaran.

Matematik

1. Guru menerangkan kepada murid cara mencari luas empat segi empat tepat dengan mengguna formula Panjang x Lebar (P x L).

2. Guru memberi beberapa contoh ukuran panjang dan lebar untuk guru bersama murid mencari luas segi empat tepat

10 m panjang 5 cm lebar 25 m panjang 10 cm lebar

Bagaimanakah Penyusun Awal ini digunakan dalam pengajaran?

alam sesuatu mata pelajaran atau topik, penyusun idea utama hendaklah dikenal pasti dan disusun oleh guru. Idea ini disampaikan terlebih dahulu pada permulaan pengajaran, dan kemudian beransur-ansur guru menghuraikan pecahan daripada idea besar itu kepada murid.

Mayer (2003), berpendapat murid akan mudah memahami sesuatu jika mereka diberi rangka Penyusun Awal terlebih dahulu bagi membolehkan minda mereka menyusun maklumat yang akan dihurai oleh guru. Dengan berbuat demikian, maklumat baru dengan mudah dapat ‘dimasukkan’ ke dalam kategori baru atau ‘skema’ baru murid-murid. Mengikut Mayer pendekatan rangka Penyusun Awal Ausubel ini boleh disesuaikan dengan kaedah deduktif. Pendekatan deduktif ialah kaedah di mana teori, prinsip atau generalisasi diberi dahulu, dan kemudian huraian dibuat dengan mengguna bukti atau data yang relevan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 8.2. Kaedah ini adalah bertentangan dengan kaedah induktif, di mana prinsip atau teori dibina atau disimpul daripada data atau contoh spesifik. Lihat Unit 10 untuk huraian lebih terperinci perbezaan antara kaedah deduktif dengan induktif dalam konteks pembelajaran Inkuiri.

Rajah 8.2 Pendekatan deduktif

Mari kita lihat beberapa contoh dalam mata pelajaran tertentu bagaimana pendekatan deduktif diaplikasi dalam pengajaran. Matematik

1. Guru menerangkan kepada murid cara mencari luas empat segi empat tepat dengan mengguna formula Panjang x Lebar (P x L).

2. Guru memberi beberapa contoh ukuran panjang dan lebar untuk guru bersama murid mencari

luas segi empat tepat 10 m panjang 5 cm lebar 25 m panjang 10 cm lebar

D

Pemerhatian/Data

HipotesisTeori

Page 4: Unit 8  Modul 1  Advance  Organizer V2

122 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2

3. Kemudian murid diberi soalan-soalan mencari luas segi empat tepat untuk mereka mencari jawapannya.

4. Guru juga boleh menyuruh murid mengukur panjang dan lebar buku mereka dan mencari luas kulit buku mereka itu; atau mengukur panjang dan lebar meja mereka, bilik darjah mereka bagi mencari keluasan meja dan bilik mereka.

Sains

1. Guru mererangkan teori bahawa semua hidupan perlukan air untuk hidup. Tumbuhan-tumbuhan adalah satu jenis hidupan; jadi tumbuh-tumbuhan perlukan air.

2. Kemudian guru menerangkan bagaimana air itu diguna oleh pokok untuk membuat ’makanan’ melalui proses fotosintesis, untuk pokok itu membesar dan terus hidup.

3. Murid berbincang dan bertanya ’berapa banyak airkah sesuatu pokok itu perlukan?’

4. Murid boleh membuat satu eksperimen melihat kesan kepada pokok yang disiram banyak air (mengikut sukatan) setiap pagi, pokok yang diberi sedikit air dan pokok yang tidak disiram air lansung.

Ekonomi

1. Dalam mata pelajaran ekonomi terdapat teori pelaburan. Guru menerang teori ini, dengan memberi beberapa contoh.

2. Guru menerangkan beberapa jenis pelaburan.

3. Guru dan murid berbincang peluang-peluang dan cara melabur dalam beberapa sektor seperti dalam Amanah Saham, saham dalam syarikat swasta yang disenaraikan dalam Bursa Kuala Lumpur, atau pelaburan dalam sektor hartanah, dan sebagainya.

4. Perbincangan tentang pelaburan dalam pendidikan. Mengapa seseorang itu belanja wang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi? Contohnya teori ‘bahawa tingkahlaku manusia dipengaruhi oleh insentif’.

5. Selepas itu kajian empirikal atau pemerhatian dibuat untuk mencari data menguji sama ada teori ini ‘boleh diterima’ atau ‘tidak’?

Apakah langkah-langkah utama menggunakan Penyusun Awal?

Baiklah. Melalui contoh-contoh di atas anda diharap dapat memahami dengan jelas apakah yang dikatakan pendekatan deduktif itu kerana perbincangan seterusnya adalah langkah-langkah menggunakan Penyusun Awal yang merupakan satu kaedah deduktif. Prosedur utama

pengajaran mengguna pendekatan Penyusun Awal ini adalah sebagai berikut:

Page 5: Unit 8  Modul 1  Advance  Organizer V2

Pendekatan Penyusun Awal (Advance Organizer) dalam Pengajaran / 123

1. Idea utama dan idea kecil lain serta contoh-contoh dalam sesuatu topik itu dikenal pasti dan disusun oleh guru untuk pengajaran.

2. Guru membentang rangka konseptual atau idea utama mengenai sesuatu topik, dahulu secara keseluruhan, kepada murid.

3. Kemudian guru menerangkannya secara lebih teliti bahagian-bahagian dalam rangka konsep itu, dengan memberi contoh-contoh yang sesuai;

4. Guru mengadakan perbincangan dengan murid: murid bertanya, memberi pendapat dan hujah mereka, dan contoh-contoh yang relevan berhubung dengan idea utama itu.

5. Guru bersama murid merancang satu projek penyelidikan atau inkuiri berasaskan rangka konseptual, teori atau idea utama itu, (iaitu melalui ‘guided inquiry’’). Projek berkumpulan ini mungkin dalam bentuk satu eksperimen sains, mengkaji satu masalah sosial; dan pengumpulan data berdasarkan soal selidik, pemerhatian, bacaan bahan dalam internet, dan sebagainya.

Buat satu carta alir untuk menggambarkan langkah-langkah utama pendekatan Penyusun Awal. Catatkan ringkasan langkah-langkah tersebut dalam Rajah 8.3 di bawah.

Rajah 8.3 Ringkasan langkah-langkah menggunakan Penyusun Awal

Struktur atau teknik Penyusun Awal

Perbincangan kita di atas menerangkan prosedur Penyusun Awal secara amnya. Terdapat beberapa struktur atau teknik yang boleh kita ikuti bagi memudahkan kita menggunakan Penyusun Awal secara lebih sistematik. Antaranya ialah:

1. Teknik penyataan umum sesuatu idea, prinsip atau teori. 2. Struktur pecahan mudah topik utama kepada beberapa sub-topik.

1. Idea utama dan idea kecil lain serta contoh-contoh dalam sesuatu topik itu dikenal pasti dan disusun oleh guru untuk pengajaran.

2. Guru membentang rangka konseptual atau idea utama mengenai sesuatu topik, dahulu secara keseluruhan, kepada murid.

3. Kemudian guru menerangkannya secara lebih teliti bahagian-bahagian dalam rangka konsep itu,

dengan memberi contoh-contoh yang sesuai;

4. Guru mengadakan perbincangan dengan murid: murid bertanya, memberi pendapat dan hujah mereka, dan contoh-contoh yang relevan berhubung dengan idea utama itu.

5. Guru bersama murid merancang satu projek penyelidikan atau inkuiri berasaskan rangka konseptual, teori atau idea utama itu, (iaitu melalui ‘guided inquiry’’). Projek berkumpulan ini mungkin dalam bentuk satu eksperimen sains, mengkaji satu masalah sosial; dan pengumpulan data berdasarkan soal selidik, pemerhatian, bacaan bahan dalam internet, dan sebagainya.

Buat satu carta alir untuk menggambarkan langkah-langkah utama pendekatan Penyusun Awal. Catatkan ringkasan langkah-langkah tersebut dalam Rajah 8.3 di bawah.

Rajah 8.3 Ringkasan langkah-langkah menggunakan Penyusun Awal

Struktur atau teknik Penyusun Awal

erbincangan kita di atas menerangkan prosedur Penyusun Awal secara amnya. Terdapat beberapa struktur atau teknik yang boleh kita ikuti bagi memudahkan kita menggunakan Penyusun Awal secara lebih sistematik. Antaranya ialah:

1. Teknik penyataan umum sesuatu idea, prinsip atau teori. 2. Struktur pecahan mudah topik utama kepada beberapa sub-topik.

5

4

3

2

1

P

Page 6: Unit 8  Modul 1  Advance  Organizer V2

124 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2

3. Struktur ringkasan atau rangka cerita 4. Teknik K W L (Know, What you want to know, Learnt) 5. Rangka konseptual berbentuk visual grafik:

• Teknik carta alir • Peta sesuatu kawasan • Peta konsep• Peta minda

1. Sruktur penyataan umum sesuatu idea, prinsip atau teori

Penyataan umum sesuatu idea, prinsip, atau teori utama dalam sesuatu topik dibentang oleh guru. Ia menjadi asas untuk guru menerangkan bahagian kecil, contoh, fakta atau bukti berhubung dengan idea atau teori utama itu. Berikut adalah beberapa contoh:

Sejarah Langkah 1: Idea utama atau tesis utama seperti berikut dibentang dahulu oleh guru kepada murid: Bahawa kolonalisme atau imperialisme Inggeris ke atas Tanah Melayu telah beransur-ansur mengubah sistem pemerintahan, sistem ekonomi dan corak sosio-budaya negara ini dalam abad ke 19 dan 20.

Langkah 2: Guru menerangkan erti konsep ’kolonialisme’ dan ’imperialisme’ dan teori kolonalisme dan imperialisme dan pendekatannya, terutama yang bersabit dengan imperialisme British dalam abad ke 19 dan awal 20.

Langkah 3: Kemudian guru menerangkan bagaimana British mengguna berbagai strategi dan kaedah untuk menakluk dan menguasai sistem perintahan dan sistem ekonomi Tanah Melayu. Guru boleh membahagikan huraian dan perbincangannya berdasarkan beberapa aspek dan konsep kecil seperti

• konsep dan kaedah pemerintahan indirect (indirect rule) ’campur tangan’ secara tidak lansung; • pecah dan perintah; • peranan dan kuasa ’penasihat’ British; • sistem ekonomi dan perdagangan yang dikawal oleh penjajah British; • dasar imigrasi yang terbuka untuk mendapat boroh dan pekerja murah, dan sebagainya.

Langkah 4: Guru bersama murid membuat projek mengkaji ‘campur tangan’ dan ‘pecah dan perintah’ penjajah Inggeris di beberapa negeri di Tanah Melayu, seperti di Perak, Selangor, Negeri Sembilan, dan sebagainya.

Langkah 5: Guru boleh membincang perbandingan corak kolonialisme dan imperialisme British di India, di Burma, di West Indies, dan sebagainya.

Pelajaran sejarah di atas boleh dibuat dalam beberapa siri pelajaran atau projek meliputi satu semester.

Page 7: Unit 8  Modul 1  Advance  Organizer V2

Pendekatan Penyusun Awal (Advance Organizer) dalam Pengajaran / 125

GeografiLangkah 1: Guru membentang dahulu idea utama atau tesis iaitu ‘persekitaran semulajadi dan persiktaran budaya buatan manusia mempengaruhi corak kehidupan manusia di sesuatu tempat.’

Langkah 2: Guru menerang dan berbincang bersama murid secara kasar perbezaan konsep ’persekitaran semula jadi’ dan ’persekitaran budaya buatan manusia’.

Langkah 3: Guru menerangkan konsep ’persekitaran semula jadi’ dengan lebih teliti memberi aspek dan contoh jenis-jenis alam semula jadi seperti cuaca, keadaan fizikal muka bumi dan tanah, perairan, hasil bumi dan tumbuh-tumbuhan. Guru dan murid boleh berbincang contoh-contoh lain yang pernah mereka baca, tonton dalam TV atau lihat sendiri.

Langkah 4: Guru menerang pula konsep ’persekitaran budaya buatan manusia’ dan contoh jenis-jenisnya seperti perumahan, bandar raya, sistem perhubungan dan pengangkutan moden seperti jalan raya, kereta api, perkapalan dan pelabuhan, sistem pengairan dan perparitan, kawasan industri dan sebagainya.

Langkah 5: Guru bersama murid berbincang, dengan memberi bukti, hipotesis bahawa persekiataran semula jadi mempengaruhi corak dan aktiviti kehidupan manusia di sesuatu tempat; misalnya bagaimanakah corak kehidupan manusia di padang pasir berbeza dengan corak kehidupan manusia yang tingal dalam hutan tropika seperti di Malaysia, di Brazail dan sebagainya.

Langkah 6: Kemudian guru bersama murid boleh berbincang hipotesis bahawa ’persekitaran budaya buatan’ mempengaruhi corak aktiviti dan kehidupan orang yang tinggal di sesuatu tempat yang telah membina ‘persekitaran budaya’ buatan manusia, misalnya di bandar berbanding dengan di kampung luar bandar. Guru dan murid berbincang corak kehidupan di bandar-bandar seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Kucing dan Kuala Terengganu dan bandar kecil seperti Tapah, Kuala Selangor atau Balik Pulau.

Langkah 7: Murid dalam kumpulan kecil (4 orang) boleh membuat projek melayari internet untuk mendapat maklumat membanding persamaan dan perbezaan antara corak kehidupan di bandar Kuala Lumpur dengan di New York, London, Moscow, Beijing, atau Los Angeles. Selai daripada itu murid boleh juga mengumpul maklumat corak kehidupan nelayan di Pulau Pangkor dengan nelayan di Kerala, India dan nelayan di New Foundland di Amerika Syarikat.

Semua pelajaran di atas boleh dibuat dalam beberapa siri projek sepanjang satu semester dalam satu satu tempoh masa yang agak panjang.

Page 8: Unit 8  Modul 1  Advance  Organizer V2

126 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2

Bahasa MelayuLangkah 1: Guru menerangkan dahulu prinsip umum ‘bahawa setiap ayat biasanya mengandungi ‘subjek dan predikat’. Kemudian guru memberi beberapa contoh ayat mudah dan membahagikan ayat-ayat itu kepada subjek dan predikat.

Langkah 2: Guru kemudian menyuruh murid membuat latihan mengenalpasti subjek dan predikat dalam beberapa ayat.

Langkah 3: Daripada contoh-contoh analisis ayat tadi, guru dan murid berbincang sejauh manakah prinsip ini di atas boleh diterima, atau adakah terdapat kekecualian?

Pilih satu topik dalam mata pelajaran yang anda ajar. Kenal pasti idea utama atau ‘tesis’ atau hujah utama dalam topik itu, idea sokongan dan bukti-buktinya.

2. Struktur pecahan mudah topik utama kepada beberapa sub-topik

Topik utama dan sub-topiknya disenaraikan dahulu sama ada mengikut keutamaan pentingnya sub-topik itu atau senarai mengikut turutan masa, tempat, dan sebagainya. Kaedah ini kerap diguna dalam ceramah atau syarahan umum kepada ramai murid atau peserta.

Pendidikan Islam (Rukun Islam) Pelajaran Rukun Islam ini dirancang dan diajar kepada murid Tahun 5 dalam satu siri dalam satu semester

Langkah 1: Guru membentang senarai utama Lima Rukun Islam, mengikut susunan yang kerap ditulis dalam buku teks dan dalam kitab-kitab Islam seperti dalam Jadual 8.1.

Jadual 8.1 Rukun Islam yang lima

1. Mengucap dua kalimah syahadah

2. Mengerjakan solat lima waktu sehari

3. Berpuasa dalam bulan Ramdan

4. Memberi zakat dan fitrah

5. Mengerjakan Haji di Mekah

Langkah 2: Guru menerangkan setiap satu rukun itu secara kasar dahulu, untuk memperkenalkan beberapa prinsip penting di dalam setiap rukun itu.

Page 9: Unit 8  Modul 1  Advance  Organizer V2

Pendekatan Penyusun Awal (Advance Organizer) dalam Pengajaran / 127

Dalam pelajaran lain guru mengambil Tajuk 1: Mengucap dua kalimah syahadah. Guru mungkin boleh pecahkan tajuk ini kepada beberapa sub-tajuk, misalnya:

• Kenapa wajib mengucap dua kalimah syahadat oleh seorang Islam• Cara mengucapnya• Latihan mengucap dan menulisnya• Apa yang membatalnya.

Dalam pelajaran yang lain guru ambil pula tajuk ’solat wajib lima waktu sehari’.

• Guru memberi dahulu rangka susunan pengajaran tentang solat.• Guru senaraikan dahulu prinsip dan rukun solat.• Guru menerangkan prinsip dan rukun solat dan bersoal-jawab bersama murid untuk menguji

kefahaman mereka.• Guru melatih murid membaca bacaan-bacaan dalam solat • Guru menerangkan makna setiap bacaan dalam solat.• Bersoal-jawab bersama murid. • Guru memberi latihan bertulis untuk menguji kefahaman erti bacaan mereka.

Dalam pelajaran berikutnya, guru menyambung pelajaran tentang solat.

• Dengan mengguna carta alir, guru menerangkan cara melakukan solat. • Guru boleh buat demonstrasi cara melakukan solat. • Murid melakukan solat secara praktikal, dengan dibimbing dan dibetulkan oleh guru. • Melaksanakan solat berimam.

Pengajaran Rukun Islam akan dibuat secara bersiri selama satu semester.

Pilih satu topik dalam mata pelajaran yang anda akan mengajar. Pecahkan topik itu kepada beberapa sub-topik penting untuk dijadikan siri pengajaran-pembelajaran.

3. Struktur ringkasan atau rangka cerita

Dalam pengajaran kesusasteraan, misalnya pengajaran sebuah novel, guru memberi rangka cerita novel ini untuk memberi gambaran kasar tentang plot, watak, peristiwa, situasi, konflik dan konteks masa yang berlaku dalam cerita itu. Kemudian murid membacanya dengan lebih teliti, untuk;

• mengenalpasti contoh-contoh setiap kategori yang dinyatakan pada awal pelajaran• murid membuat komen atau kritikan aspek-aspek berkenaan.

Page 10: Unit 8  Modul 1  Advance  Organizer V2

128 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2

Pilih satu cerita pendek, novel, puisi atau biografi atau sejarah sesuatu tempat. Buat rangka kriteria penting untuk anda menkaji hasil sastera atau penulisan ini.

4. Teknik K W L (Know, What you want to know, Learnt) Teknik ini memerlukan murid mengisi tiga ruang seperti di bawah:

• Apa yang anda sudah ketahui tentang topik itu• Apa yang anda ingin pelajari lagi tentang topik itu.• Apakah yang telah anda pelajari setelah menjalankan pembelajaran di bawah panduan guru,

atau secara sendiri atau bersama kawan.

Misalnya dalam topik ‘cara melabur’ tiga ruang ini di isi seperti dalam Jadual 8.2.

Jadual 8.2 Penggunaan teknik KWL dalam pelajaran cara melabur

Apakah yang anda sudah tahu (tentang cara melabur)

Apa yang anda ingin tahu/pelajari (tentang cara melabur)

Apa yang anda pelajari (tentang cara melabur)

Sebagai permulaan topik ‘pelaburan’ guru meminta setiap murid mengisi dahulu lajur 1 dan 2. Bertolak dari ini guru menyusun pengajaran dan aktiviti dan latihan untuk murid. Selesai menjalankan aktiviti memahami cara melabur, murid akhirnya akan mengisi pula lajur terakhir, iaitu ‘apa yang anda pelajari’ bagi menunjukkan kefahaman mereka.

Pilih satu topik dalam mata pelajaran yang anda akan mengajar. Mulakan pelajaran anda dengan meminta murid mengisi ruang 1 dan 2 dalam jadual di atas.

5. Rangka konseptual berbentuk visual grafik. a. Teknik carta alir

Carta alir prosedur menjalankan sesuatu perkara memudahkan murid melihat langkah-langkah menjalankankannya, merancang dan membuat analisis dan memperbaiki prosedur itu. Rajah 8.4 menunjukkan satu contoh carta alir.

Page 11: Unit 8  Modul 1  Advance  Organizer V2

Pendekatan Penyusun Awal (Advance Organizer) dalam Pengajaran / 129

Rajah 8.4 Carta alir

Buat carta alir prosedur untuk menjalankan pengajaran satu topik dan satu kajian atau tugasan anda.

b. Peta sesuatu kawasan Peta sesuatu tempat atau negeri berkesan sekali untuk guru dan murid menggunanya bagi melihat jarak dan jalan antara pekan, bandar dan perkampungan penduduk dan bentuk muka di tempat itu. Pelajaran geografi banyak mengguna peta. Di mana sesuai, pelajaran lain seperti sejarah, ekonomi, dan perniagaan juga boleh mengguna peta bagi mengajar setengah topik. Contoh menggunakan peta ialah untuk murid;

• merancang perjalanan, misalnya perjalanan dari Kuala Lumpur ke Langkawi mengikut jalan darat.

• melihat taburan penduduk di sesuatu kawasan• mengkaji sistem pengangkutan di kawasan itu.

Pilih peta sebuah negeri di Malaysia. Cari nama tempat-tempat penting (bandar, pekan atau kawasan) yang anda minat. Berapa jauhkah di antara dua tempat itu? Bagaimanakan cara pengangkutan di tempat-tempat itu? Buat satu rancangan untuk melawat dari tempat A ke tempat B. Apakah alternatifnya? Apakah yang anda akan lihat dalam perjalanan dari tempat A ke tempat B?

c. Peta konsepSesuatu idea dan pecahannya boleh digambar secara visual dalam bentuk ‘peta konsep’ (concept map). Peta konsep ialah satu teknik bentuk visual yang menunjuk hubungan antara beberapa konsep, atau antara konsep utama dengan beberapa sub-konsep. Hubungan itu ditunjuk dengan anak-panah atau garisan.

Peta konsep yang terkandung dalamnya susunan teori atau prinsip dan pecahannya yang menjadi asas untuk mentafsir dan menyusun maklumat baru. Dengan itu mudahlah maklumat atau fakta baru diterima, disusun dan disimpan.

Sebagai permulaan topik ‘pelaburan’ guru meminta setiap murid mengisi dahulu lajur 1 dan 2. Bertolak dari ini guru menyusun pengajaran dan aktiviti dan latihan untuk murid. Selesai menjalankan aktiviti memahami cara melabur, murid akhirnya akan mengisi pula lajur terakhir, iaitu ‘apa yang anda pelajari’ bagi menunjukkan kefahaman mereka.

Pilih satu topik dalam mata pelajaran yang anda akan mengajar. Mulakan pelajaran anda dengan meminta murid mengisi ruang 1 dan 2 dalam jadual di atas.

5. Rangka konseptual berbentuk visual grafik.

a. Teknik carta alir Carta alir prosedur menjalankan sesuatu perkara memudahkan murid melihat langkah-langkah menjalankankannya, merancang dan membuat analisis dan memperbaiki prosedur itu. Rajah 8.4 menunjukkan satu contoh carta alir.

Rajah 8.4 Carta alir

• Apakah yang telah anda pelajari setelah menjalankan pembelajaran di bawah panduan guru, atau secara sendiri atau bersama kawan.

Misalnya dalam topik ‘cara melabur’ tiga ruang ini di isi seperti dalam Jadual 8.2.

Jadual 8.2 Penggunaan teknik KWL dalam pelajaran cara melabur

Apakah yang anda sudah tahu (tentang cara melabur)

Apa yang anda ingin tahu/pelajari (tentang cara

melabur) Apa yang anda pelajari (tentang cara melabur)

Langkah 2

Langkah 1

Tajuk

Page 12: Unit 8  Modul 1  Advance  Organizer V2

130 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2

Peta konsep ini dijadikan panduan untuk guru menerangkan hubungan antara konsep-konsep utama dan kemudian huraian yang lebih terperinci tentang setiap konsep dan hubungannya dengan bahagian-bahagian lain.

Rajah 8.5 Peta konsep

Terdapat beberapa variasi bentuk rangka konsep yang digubah dalam bentuk grafik, rajah dan gambar visual ini. Rujuk Unit 7, Modul 2 untuk melihat Peta Konsep mengikut idea Novak. Dalam pengajaran guru atau syarahan, idea utama dan bahagian-bahagian dalam idea utama itu dibentang dahulu, kemudian huraian dibuat tentang setiap konsep atau idea itu secara teliti.

Pilih satu topik dalam mata pelajaran yang anda mengajar. Buat peta konsep idea utama, sub-idea dan bahan sokongan, maklumat atau data mengenai sub-idea dan idea utama

d. Peta minda (mind map)Idea ‘peta konsep’ digubah semula dan diperkembang oleh beberapa pakar lain, terutama Tony Burzan dan menjadikannya teknik berfikir yang dinamik yang dinamakannya ‘peta minda’ (mind map).

Peta minda merupakan satu teknik grafik untuk memudah dan meningkatkan keupayaan berfikir. Ia menggabungkan beberapa ciri seperti perkataan, gambar, logik, warna dalam satu kaedah secara tersusun dan menarik. Peta minda sesuatu ‘konsep’ atau ‘topik’ dapat memberi gambaran secara menyeluruh berkenaan sesuatu topik, projek atau idea dan pecahan-pecahannya. Peta minda lebih bebas untuk dibentuk berbanding dengan ‘peta konsep’. Rujuk Unit 7, Modul 2 untuk penerangan Peta Minda dalam konteks merangsang pemikiran analitikal dan kreatif.

Cara membuat peta mindaContoh satu peta minda tentang ’TUJUAN HIDUP SAYA’

Lukis satu bulatan bujur di tengah sekeping kertas. Tulis perkataan ’TUJUAN HIDUP SAYA’ di dalam bulatan bujur itu. Buat enam garisan tebal dari bulatan bujur itu, tiga di kanan dan tiga di kiri. Bagi setiap cabang tulis enam tujuan hidup anda.

Garis dua lagi garisan dari setiap enam cabang itu. Tulis lagi apa jua idea di hujung setiap garisan itu, menjadikan 12 idea semuanya. Rajah 8.6 menggambar rangka Peta Minda ini.

Rajah 8.5 Peta konsep

Terdapat beberapa variasi bentuk rangka konsep yang digubah dalam bentuk grafik, rajah dan gambar visual ini. Rujuk Unit 7, Modul 2 untuk melihat Peta Konsep mengikut idea Novak. Dalam pengajaran guru atau syarahan, idea utama dan bahagian-bahagian dalam idea utama itu dibentang dahulu, kemudian huraian dibuat tentang setiap konsep atau idea itu secara teliti.

Pilih satu topik dalam mata pelajaran yang anda mengajar. Buat peta konsep idea utama, sub-idea dan bahan sokongan, maklumat atau data mengenai sub-idea dan idea utama

d. Peta minda (mind map)

Idea ‘peta konsep’ digubah semula dan diperkembang oleh beberapa pakar lain, terutama Tony Burzan dan menjadikannya teknik berfikir yang dinamik yang dinamakannya ‘peta minda’ (mind map). Peta minda merupakan satu teknik grafik untuk memudah dan meningkatkan keupayaan berfikir. Ia menggabungkan beberapa ciri seperti perkataan, gambar, logik, warna dalam satu kaedah secara tersusun dan menarik. Peta minda sesuatu ‘konsep’ atau ‘topik’ dapat memberi gambaran secara menyeluruh berkenaan sesuatu topik, projek atau idea dan pecahan-pecahannya. Peta minda lebih bebas untuk dibentuk berbanding dengan ‘peta konsep’. Rujuk Unit 7, Modul 2 untuk penerangan Peta Minda dalam konteks merangsang pemikiran analitikal dan kreatif.

Cara membuat peta minda Contoh satu peta minda tentang ’TUJUAN HIDUP SAYA’ Lukis satu bulatan bujur di tengah sekeping kertas. Tulis perkataan ’TUJUAN HIDUP SAYA’ di dalam bulatan bujur itu. Buat enam garisan tebal dari bulatan bujur itu, tiga di kanan dan tiga di kiri. Bagi setiap cabang tulis enam tujuan hidup anda. Garis dua lagi garisan dari setiap enam cabang itu. Tulis lagi apa jua idea di hujung setiap garisan itu, menjadikan 12 idea semuanya. Rajah 8.6 menggambar rangka Peta Minda ini.

Idea Utama

Sub-idea 1

Huraian 1 dengan contoh

Sub-idea 2

Huraian 2 dengan contoh

Page 13: Unit 8  Modul 1  Advance  Organizer V2

Pendekatan Penyusun Awal (Advance Organizer) dalam Pengajaran / 131

Rajah 8.6 Rangka Peta Minda

Perhatikan, dengan cepat sahaja anda dapat menyatakan ’tujuan hidup’ anda. Anda boleh mengguna apa saja gambar, huruf besar, warna, ikon, simbol dalam peta minda itu untuk membantu anda mengambar tentang ‘tujuan hidup anda’.

Dari peta minda ini murid akan dapat menghuraikan bahagian-bahagian di dalamnya dengan lebih cepat dan menarik. Ia sesuai sekali untuk mengajar murid ‘mengarang’ dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, atau menghurai konsep, fakta dan peristiwa dalam Sejarah, Geografi, Sains dan sebagainya.

Aplikasi peta mindaTeknik peta minda boleh diguna untuk membina dan menyusun kandungan apa saja subjek yang anda ingin fikirkan atau belajar. Peta minda dapat memberi gambaran secara menyeluruh berkenaan sesuatu projek atau idea dalam masa yang sangat singkat.

Contohnya, anda boleh mengajar murid membuat peta minda untuk

• mencatat isi pelajaran yang guru ajar.• memudahkan mengingat semula (recall) apa yang dipelajari dengan cepat tanpa perlu

merujuk kepada buku atau sebagainya.• mencari isi untuk menulis satu karangan, misalnya tentang ‘pencemaran sungai’, ‘laporan

lawatan ke sebuah kilang sabun’.• membuat nota atau catatan maklumat bahan yang diperolehi sama ada dari buku, jurnal,

internet, atau maklumat lisan dan menyusunnya bagi mudah difahami.• merancang untuk melaksanakan sesuatu projek, program atau aktiviti. • mencipta idea dan memperluaskan idea; merangsang cetusan idea secara kreatif untuk

menyelesaikan sesuatu masalah.• Membantu murid untuk membuat ucapan atau syarahan dengan lancar dan tersusun.

Rajah 8.6 Rangka Peta Minda

Perhatikan, dengan cepat sahaja anda dapat menyatakan ’tujuan hidup’ anda. Anda boleh mengguna apa saja gambar, huruf besar, warna, ikon, simbol dalam peta minda itu untuk membantu anda mengambar tentang ‘tujuan hidup anda’. Dari peta minda ini murid akan dapat menghuraikan bahagian-bahagian di dalamnya dengan lebih cepat dan menarik. Ia sesuai sekali untuk mengajar murid ‘mengarang’ dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, atau menghurai konsep, fakta dan peristiwa dalam Sejarah, Geografi, Sains dan sebagainya.

Aplikasi peta minda Teknik peta minda boleh diguna untuk membina dan menyusun kandungan apa saja subjek yang anda ingin fikirkan atau belajar. Peta minda dapat memberi gambaran secara menyeluruh berkenaan sesuatu projek atau idea dalam masa yang sangat singkat. Contohnya, anda boleh mengajar murid membuat peta minda untuk • mencatat isi pelajaran yang guru ajar. • memudahkan mengingat semula (recall) apa yang dipelajari dengan cepat tanpa perlu

merujuk kepada buku atau sebagainya. • mencari isi untuk menulis satu karangan, misalnya tentang ‘pencemaran sungai’, ‘laporan

lawatan ke sebuah kilang sabun’. • membuat nota atau catatan maklumat bahan yang diperolehi sama ada dari buku, jurnal,

internet, atau maklumat lisan dan menyusunnya bagi mudah difahami. • merancang untuk melaksanakan sesuatu projek, program atau aktiviti. • mencipta idea dan memperluaskan idea; merangsang cetusan idea secara kreatif untuk

menyelesaikan sesuatu masalah. • Membantu murid untuk membuat ucapan atau syarahan dengan lancar dan tersusun.

Page 14: Unit 8  Modul 1  Advance  Organizer V2

132 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2

Baca satu bab dalam buku teks yang anda mengajar. Buat peta minda untuk menunjukkan idea dan maklumat penting dalam bab itu. Buat peta minda berdasarkan konsep ‘pengajaran kreatif’.

Kesimpulannya, teknik peta konsep dan peta minda boleh diguna oleh guru dan murid untuk menyusun idea dan maklumat mengikut beberapa kriteria. Sesuatu topik atau idea utama boleh dibahagi kepada beberapa bahagian atau aspek kecil berdasarkan beberapa kriteria. Tony Buzan mencadang cara menyusun idea atau maklumat oleh guru dan murid yang dipanggil ’Basic Ordering Ideas’ (BOI) seperti berikut:

Basic Ordering Ideas (BOI) 1. Soalan dasar: apa, bila, di mana, siapa, mengapa dan bagaimana2. Pembahagian: contohnya satu bab dalam buku atau satu tema3. Sifat: ciri sesuatu perkara4. Struktur: Bentuk sesuatu perkara5. Sejarah: Urutan kronologi sesuatu peristiwa6. Fungsi: apa yang dilakukan sesuatu perkara7. Proses: bagaimana sesuatu perkara berfungsi8. Penilaian: sejauh mana sesuatu perkara itu baik, berguna, dan bermanfaat9. Definisi10. Personaliti

Rajah 8.7 Basic Ordering Ideas (BOI)

Rajah 8.7 menggambarkan BOI. Ada berbagai-bagai lagi kriteria untuk guru dan murid menyusun idea, maklumat atau kandungan sesuatu topik. Berdasarkan kriteria ini murid boleh menjalankan projek mereka: misalnya pembahagian kerja projek berdasarkan jenis masalah. Contohnya susunan maklumat atau idea boleh dibuat berdasarkan teori-teori atau model utama. Misalnya susunan pengajaran kandungan psikologi pendidikan boleh dibuat berdasarkan teori-teori pembelajaran utama. Pengajaran

Baca satu bab dalam buku teks yang anda mengajar. Buat peta minda untuk menunjukkan idea dan maklumat penting dalam bab itu. Buat peta minda berdasarkan konsep ‘pengajaran kreatif’.

Kesimpulannya, teknik peta konsep dan peta minda boleh diguna oleh guru dan murid untuk menyusun idea dan maklumat mengikut beberapa kriteria. Sesuatu topik atau idea utama boleh dibahagi kepada beberapa bahagian atau aspek kecil berdasarkan beberapa kriteria. Tony Buzan mencadang cara menyusun idea atau maklumat oleh guru dan murid yang dipanggil ’Basic Ordering Ideas’ (BOI) seperti berikut: Basic Ordering Ideas (BOI)

1. Soalan dasar: apa, bila, di mana, siapa, mengapa dan bagaimana 2. Pembahagian: contohnya satu bab dalam buku atau satu tema 3. Sifat: ciri sesuatu perkara 4. Struktur: Bentuk sesuatu perkara 5. Sejarah: Urutan kronologi sesuatu peristiwa 6. Fungsi: apa yang dilakukan sesuatu perkara 7. Proses: bagaimana sesuatu perkara berfungsi 8. Penilaian: sejauh mana sesuatu perkara itu baik, berguna, dan bermanfaat 9. Definisi 10. Personaliti

Rajah 8.7 Basic Ordering Ideas (BOI)

Rajah 8.7 menggambarkan BOI. Ada berbagai-bagai lagi kriteria untuk guru dan murid menyusun idea, maklumat atau kandungan sesuatu topik. Berdasarkan kriteria ini murid boleh menjalankan projek mereka: misalnya pembahagian kerja projek berdasarkan jenis masalah. Contohnya susunan maklumat atau idea boleh dibuat berdasarkan teori-teori atau model utama. Misalnya susunan pengajaran kandungan psikologi pendidikan boleh dibuat berdasarkan teori-teori pembelajaran utama. Pengajaran

Basic Ordering Ideas (BOI)

Page 15: Unit 8  Modul 1  Advance  Organizer V2

Pendekatan Penyusun Awal (Advance Organizer) dalam Pengajaran / 133

setiap teori boleh dipecahkan kepada unit-unit kecil dan huraian dibuat tentang setiap unit itu dengan contoh-contohnya.

Peranan guru dalam menggalakkan murid membentuk Penyusun Awal

Peranan guru sangat penting dalam usaha untuk memperluaskan penggunaan Penyusun Awal kepada para murid. Guru boleh:

• menunjukkan beberapa cara dan contoh membuat Penyusun Awal kepada para murid dalam sesi pengajaran mereka.

• memberi peluang murid berbincang dalam kumpulan kecil, empat orang satu kumpulan, membina Penyusun Awal dan membentang hasil masing-masing. Mereka kemudian boleh memperbaiki dan menyusun semula idea mereka.

RUMUSAN1. Pendekatan Penyusun Awal memerlukan guru menyusun dan menyediakan idea utama kandungan

sesuatu topik untuk pengajarannya dan kemudian menghurai bahagian-bahagian kecil dari idea utama itu dan contoh-contoh yang relevan kepada muridnya. Proses ini merupakan pendekatan deduktif.

2. Melalui Pendekatan Penyusunan murid boleh diberi latihan untuk mengenal pasti idea utama dan garisnya dalam bentuk rajah Peta Konsep atau Peta Minda apa yang difahaminya. Ini satu cara untuk melatih murid supaya mereka dapat membezakan idea utama dengan idea sokongan dalam sebuah rencana atau buku. Kemudian suruh murid membentangkan peta mindanya dan menerangnya kepada rakan-rakan dalam kelas.

3. Setelah murid memahami idea utama atau teori dalam sesuatu topik, mereka boleh menjalankan projek inkuiri atau penyelidikan dengan membaca buku tambahan lain, melayari Internet untuk mendapat maklumat dan data tambahan, atau membuat eksperimen untuk menguji hipotesis mereka.

4. Kesemua aplikasi teknik Penyusun Awal dapat meningkatkan keberkesanan daya fikir, membuatkan proses belajar atau mengajar lebih mudah, lancar dan menarik.

Page 16: Unit 8  Modul 1  Advance  Organizer V2

134 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2

KATA KUNCI1. Penyusun Awal 6. KWL2. Carta alir3. Peta konsep4. Peta minda5. Basic Ordering Ideas (BOI)

PENILAIAN KENDIRI1. Apakah yang dimaksudkan dengan Penyusun Awal (Advance Organizer) oleh Ausubel?

2. Huraikan langkah-langkah am bagaimana menggunakan Penyusun Awal?

3. Apakah perbezaan antara Peta Konsep dengan Peta Minda?

4. Bagaimana proses melukis Peta Konsep dan Peta Minda mengaplikasi cara menyusun menggunakan teknik BOI?

RUJUKANAusubel, D. (1963). The psychology of meaningful verbal learning. New York: Grune & Stratton.

Ausubel, D. P. (1960). The use of advance organizers in the learning and retention of meaningful verbal material. Journal of Educational Psychology, 51, 267-272.

Bromley, K., Irwin-DeVitis, & Modlo, M. (1995). Graphic organizers. Scholastic Professional Books: New York.

Joyce, B., Weil, M., & Calhoun, E. (2008). Models of teaching, 8th Edition, Boston: Allyn and Bacon.

Mayer, R. (2002). The promise of educational psychology. New Jersey: Pearson Education, Inc.

Mayer, R. (2003). Learning and instruction. New Jersey: Pearson Education, Inc.

Woolfolk, A. (2001). Educational psychology, 8th ed. Boston: Allyn and Bacon.