Modul_4-Asas_Internet.pdf

9
ASAS PENGGUNAAN INTERNET Disediakan oleh PIDMAMS SMART FARMING SDN BHD 1 MODUL 4 Asas Penggunaan Internet Disediakan Oleh: PIDMAMS SMARTFARMING SDN BHD

Transcript of Modul_4-Asas_Internet.pdf

  • ASAS PENGGUNAAN INTERNET

    Disediakan oleh PIDMAMS SMART FARMING SDN BHD 1

    MODUL 4

    Asas Penggunaan Internet

    Disediakan Oleh:

    PIDMAMS SMARTFARMING SDN BHD

  • ASAS PENGGUNAAN INTERNET

    Disediakan oleh PIDMAMS SMART FARMING SDN BHD 2

    1.0 APA ITU INTERNET?

    Perkataan Internet berasal daripada gabungan perkataan Inter dan networking. Internet

    merujuk kepada rangkaian yang dibina dengan menyambungkan rangkaian komputer diantara satu

    sama lain. Internet merupakan gabungan rangkaian kecil yang membentuk sebuah rangkaian yang

    sangat besar dengan menggunakan protokol yang sama.

    2.0 BAGAIMANA INTERNET BERMULA?

    Internet bermula pada tahun 1969 dari keperluan Jabatan Pertahanan amerika Syarikat yang pada masa itu masih lagi terasa tidak selamat kerana perang dingin dengan blok Soviet. Mereka mahukan satu rangkaian komputer strategik tentera dimana komputer-kmputer utama yang digunakan untuk tujuan penyelidikan dapat berhubung antara satu sama lain walaupun sebahagian dari komputer ini mungkin dibom oleh musuh. Rangkaian terawal yang dinamakan ARPAnet ini menghubungkan empat lokasi iaitu Stanford University, UCLA, UC Santa Barbara dan University of Utah dimana keempat lokasi ini ditadbirkan secara nyah pusat ('decentralised'), iaitu tanpa ada penempatan utama yang mengawal penempatan lain. Rangkaian ini kemudian berkembang dengan banyak lagi universiti lain turut berhubung. Ini menjadi lebih rancak pada tahun 1987 apabila Yayasan Sains Kebangsaan Amerika membina rangkaiannya NFSnet yang juga menggunakan protokol yang sama dan dihubungkan dengan ARPAnet. NFSnet merupakan tulang belakang Internet sehingga diakhir-akhir ini barulah ia diambil alih oleh gabungan syarikat perdagangan.

    3.0 SIAPA YANG MENGAWAL INTERNET?

    Tiada siapa atau badan tertinggi yang bertugas menjaga operasi harian Internet. Setiap rangkaian yang berhubung dengan Internet hendaklah ditadbirkan sendiri oleh pentadbir rangkaian tempatan mengikut etika dan nilai masing-masing. Peraturan-peraturan atau penunjuk dibuat secara konsenses dimana mereka yang mempunyai buah fikiran menghantar idenya kepada badan yang mengumpul 'request for comment ' yang kemudian mendapat maklum balas dari individu atau kumpulan lain sehingga menjadi piawai. Walaupun ketiadaan penguasa pusat beberapa pertubuhan yang dinamakan Kumpulan Teknikal Internet yang cuba mengadakan struktur asas Internet tanpa mengenakan banyak kawalan. Antara badan-badan terlibat ialah IETF ('Internet Engineering Task Force') menyelaras operasi, pengurusan dan evolusi Internet. IRTF ('Internet Research Task Force') mengkaji masalah jangka panjang dan isu teknikal yang mungkin akan dihadapi dalam jangka masa 5 hingga 10 tahun. Badan utama dalam mengawasi IETF dn IRTF ialah IAB (Internet Architecture Board) yang antara lain mengkaji piawai Internet, mengurus penerbitan dokumen 'Request for Comment (RFC)' dan juga bertindak sebagai wakil masyarakat Internet di peringkat teknikal antarabangsa. Sebuah lagi badan sukarela yang memayongi badan-badan ini ialah 'Internet Society'.

  • ASAS PENGGUNAAN INTERNET

    Disediakan oleh PIDMAMS SMART FARMING SDN BHD 3

    4.0 BAGAIMANA INTERNET BEROPERASI?

    Komputer-komputer dalam Internet ini berhubung antara satu sama lain menggunakan satu bahasa piawai atau protokol yang dinamakan TCP/IP (singkatan dari 'Transmission Control Protocol/Internetworking Protocol'). Ia merupa satu persetujuan cara pesanan atau maklumat dihantar dan diterima supaya semua dapat memahaminya dengan pengertian yang sama.Setiap komputer dalam Internet mempunyai alamat masing-masing yang unik yang dinamakan alamat IP. Rangkaian JARING di Malaysia mempunyai alamat bermula dengan 161,142.*.* dalam bentuk w.x.y.z dimana setiapnya nombor tertinggi adalah 255. Alamat pelayan mel kita ialah 161.142.76.3 yang mana hanya satu sahaja komputer dari berjuta yang mempunyai alamat demikian. Walaupun komputer berkomunikasi menggunakan alamat ini, ia adalah agak sukar untuk diingati oleh manusia. Lagi pun alamat ini bergantung kepada rangkaian fizikal komputer dan berkemungkinan akan berubah. Contohnya dulu pelayan mel kita pada alamat 161.142.76.1. Satu lagi jenis alamat yang lebih popular adalah alamat nama domain. Nama Domain Berkelayakan Penuh (atau 'Fully qualified domain name FQDN') untuk pelayan mel di USMKCK adalah kb.usm.my, juga merupakan nama unik seantaro dunia. Nama domain my adalah dikhaskan untuk Malaysia dan dikendalikan oleh MIMOS, sementara USM dikhaskan untuk USM oleh MIMOS. Komputer-komputer dalam rangkain dihubungkan menggunakan 'router', 'bridge', 'hub', 'modem' dan beberapa lagi perkakasan rangkaian. Router pada masa ini merupakan perkakasan terpenting yang mengetahui alamat-alamat IP rangkaian dan menghantar mesej-mesej ke rangkaian yang betul walaupun terpaksa melalui berpuluh router lain.

    5.0 APLIKASI PENGGUNAAN INTERNET

  • ASAS PENGGUNAAN INTERNET

    Disediakan oleh PIDMAMS SMART FARMING SDN BHD 4

    6.0 APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PELAYAR WEB (WEB BROWSER)

    Web Browser ialah program yang digunakan untuk memaparkan halaman untuk berhubung.

    Terdapat berbagai jenis Web Browser yang ada pada masa kini, antaranya seperti :

    Mozilla Firefox

    Internet Explorer

    Netscape

    Chrome

    7.0 APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN SEARCH ENGINE

    Search Engine merupakan perisian yang berbeza dengan Web Browser.

    Contoh nya seperti Google, Yahoo dan sebagainya.

    8.0 KEPERLUAN SAMBUNGAN KEPADA INTERNET

    Sebuah komputer

    Modem

    Sambungan telefon bagi yang menggunakan sambungan internet seperti Streamyx, Jaring,

    TMNet dan sebagainay.

    Pada masa kini terdapat jenis rangkaian yang tanpa menggunakan telefon. Tetapi menggunakan

    rangkaian mudah aliah seperti Broadband. Contohnya syarikat telekomunikasi yangmenawarkan

    perkhidmatan Broadband seperti Celcom, Maxia dan Digi.

    Satu perkara yang utama ialah peisian untuk melayari internet seperti Internet Explorer.

    9.0 ISTILAH PENTING DALAM INTERNET

    URL

    o Ia merupakan satu format arahan yang digunakan untuk mengarahkan pelayar web

    menghubungi sesuatu pelayan aplikasi yang dikehendaki.

    o Ia juga merupakan alamat sesuatu laman web.

    o Contohnya: www.tv3.com.my

  • ASAS PENGGUNAAN INTERNET

    Disediakan oleh PIDMAMS SMART FARMING SDN BHD 5

    10.0 PENGGUNAAN INTERNET EXPLORER

    SIMBOL DAN FUNGSINYA

    Ikon ini membawa anda ke skrin sebelumnya. Jika anda telah melawat

    beberapa lokasi laman web, dengan mengklik simbol ini, senarai alamat lokasi

    yang telah ditunjukkan.

    Ikon ini berfungsi berlawanan dengan ikon belakang.

    Menghentikan laman web daripada dipaparkan sepenuhnya.

    Ikon ini akan membawa anda ke muka laman yang pertama

    Ikon ini memuatkan semula laman web. Kadang-kala, sesebuah muka laman

    web tidak akan dipaparkan sepenuhnya, tetapi dengan mengklik ikon Refresh,

    akan memuatkan semula seluruh muka laman web.

    Melabelkan laman web yang menjadi kegemaran pengguna tersebut

    Membenarkan pengguna melihat kembali apakah laman web yang pernah

    dilawati

    Ikon ini membenarkan anda untuk mencari laman web yang dikehendaki

    Ikon ini untuk mencetak laman web yang dilayari

    Untuk masuk ke laman e-mail

    Bar Tajuk Bar Menu Kotak alamat

  • ASAS PENGGUNAAN INTERNET

    Disediakan oleh PIDMAMS SMART FARMING SDN BHD 6

    11.0 MENCARI LAMAN WEB

    Apabila pengguna sudah memasukkan pekataan yang dikehendaki, tekan butang Yahoo

    Search . Search Engine akan memaparkan senarai yang dikehendaki memalui percarian

    perkataan Utusan

    Taipkan

    Utusan disini

  • ASAS PENGGUNAAN INTERNET

    Disediakan oleh PIDMAMS SMART FARMING SDN BHD 7

    12.0 PENGENALAN KEPADA E-MAIL

    MENDAFTAR E-MAIL BARU

    o Taipkan pada alamat http://www.mail.yahoo.com pada ruangan alamat URL di

    dalam Internet Explorer. Paparan seperti di bawah akan kelihatan.

    o Klik pada Sign Up Now untuk membuat e-mail baru. Paparan dibawah akan keluar.

  • ASAS PENGGUNAAN INTERNET

    Disediakan oleh PIDMAMS SMART FARMING SDN BHD 8

    o Kemudian pilih Free! Sign Up for Yahoo! Mail Now

    o Pengguna dikehendaki megisi untuk mengisi butir-butir pengenalan diri didalam

    borang pendaftaran membuka e-mail baru.

  • ASAS PENGGUNAAN INTERNET

    Disediakan oleh PIDMAMS SMART FARMING SDN BHD 9

    o Setelah itu, klik pada Submit This Form untuk menghantar boring membuka e-mail

    tersebut.

    o Sekiranya Berjaya, dan tiada kesalahan mengisi borang, paparan dibawah akan

    kelihatan.

    o Sekiranya pengguna tidak Berjaya, paparan seperti dibawah akan kelihatan.

    o Pengguna boleh menggunakan terus e-mail yang baru dibina dengan klik butang

    Continue to Yahoo! Mail. Paparan seperti di bawah akan terhasil diman pengguna

    boleh menghantar, membaca, membuang mesej di dalam akaun persendirian

    tersebut