Module ELM 3101 Topik 6

download Module ELM 3101 Topik 6

of 11

Transcript of Module ELM 3101 Topik 6

  • 7/27/2019 Module ELM 3101 Topik 6

    1/11

    Topik 6 Teori Perkembangan Moral Kanak-kanak

    1.1 Sinopsis

    Perbincangan mengenai Perkembangan Moral tertumpu kepada tiga aspek iaitu

    perkembangan pemikiran moral, perkembangan perasaan moral serta

    perkembangan tingkah laku moral. Perkembangan dalam ketiga-tiga aspek ini

    mampu membawa kepada kematangan moral kanak-kanak. Apabila

    membincangkan mengenai perkembangan moral, terdapat tiga teori yang boleh

    dijadi rujukan utama. Teori tersebut ialah Teori Perkembangan Moral Kognitif,

    Teori Perkembangan Sosial Dan Teori Pembelajaran Humanistik.

    1.2 Hasil Pembelajaran

    1. Mengenalpasti teori-teori perkembangan moral

    2. Membezakan teori-teori perkembangan moral

    3. Menjelaskan mengenai kepentingan teori-teori perkembangan moral

    4. Menghubungkaitkan teori perkembangan moral dengan pembentukan insan

    bermoral

    1.3. Kerangka Kursus

    Rajah 1: Ringkasan Isi Kandungan

    Teori Perkembangan Moral Kanak-kanak

    Teori PerkembanganMoral Kognitif

    Teori PerkembanganSosial

    Teori PembelajaranHumanistik

  • 7/27/2019 Module ELM 3101 Topik 6

    2/11

    1.4 Pendahuluan

    Kursus ini bertujuan untuk memberi peluang kepada para pelajar untuk

    memahami dan menghayati sumbangan teori dalam menentukan perkembangan

    moral kanak-kanak. Unit ini akan memberi penumpuan kepada setiap teori

    perkembangan moral yang dinyatakan di atas. Tavecchio, Stams, Brugman dan

    Thomeer-Bouwens (1999) menjelaskan salah satu matlamat jangka panjang

    mengkaji perkembangan moral adalah untuk memahami serta menjangka

    tingkah laku moral, termasuk salah laku. Secara empirikal, hubungan antara

    kecekapan pertimbangan moral atau penaakulan moral dan salah laku

    merupakan cabang kajian yang terbukti penting pada dekad ini (Gregg, Gibbs

    dan Basinger, 1994).

    1.5 Teori Perkembangan Moral Kognitif

    Pakar-pakar perkembangan kognitif seperti Jean Piaget dan Lawrence

    Kohlberg mendakwa bahawa perkembangan moral bersifat universal dalam dua

    perkara:

    i. Setiap individu dalam semua kebudayaan melalui peringkat-

    peringkat perkembangan moral yang sama.

    ii. Perkara yang mendasari setiap peringkat perkembangan moral

    adalah konsep-konsep moral yang serupa seperti kewajipan,

    keadilan dan tanggungjawab.

    1.5.1 Teori Perkembangan Moral Kognitif Piaget.

    Kanak-kanak membina maklumat secara aktif semasa meneroka dunia

    sekelilingnya Mereka mengadaptasikan pemikiran dengan memasukkan idea-

    idea baru bagi menambahkan lagi kefahaman tentang sesuatu perkara.

  • 7/27/2019 Module ELM 3101 Topik 6

    3/11

    Piaget menyatakan, perkembangan kanak-kanak dan remaja mempunyai dua

    peringkat:

    i. Peringkat heteronomus (umur 4 hingga 7 tahun).

    Pada peringkat ini, beliau menganggap kanak-kanak memandang

    perundangan sebagai tidak dapat diubah.

    ii. Peringkat kedua adalah autonomus (10 tahun ke atas)

    Pada peringkat ini, mereka sedar peraturan yang dikenakan ke

    atas mereka dikuatkuasakan oleh manusia juga.

    Piaget (1965) telah memberi tumpuan kepada Perkembangan Kognitif kanak-

    kanak yakni dengan memberi penekanan mengenai bagaimana manusia berfikir

    dan memahami. Dengan melihat kepada anak-anaknya sendiri beliau cuba

    memahami bukan sahaja apa yang mereka fahami tetapi juga bagaimanamereka memberi makna kepada dunia. Pemerhatian secara teliti menunjukkan

    kanak-kanak menjadi matang secara biologi dan juga melalui pengalaman sosial.

    Menurut Piaget setiap manusia melalui empat tahap perkembangan kognitif iaitu

    tahap deria motor, tahap praoperasi, tahap operasi konkrit dan tahap operasi

    formal (Sakhilah Shahkat Ali, 2009).

    Perkembangan moral pula ditentukan dalam tiga tahap. Tahap pertama adalah

    tahap pramoral. Pada tahap ini kanak-kanak berminat dengan diri sendiri sahaja

    dan mengutamakan pandangan sendiri. Pada peringkat kedua iaitu peringkat

    heteronomous, kanak-kanak lebih berhati-hati dan berminat pada orang lain.

    Pada peringkat ini perasaan hormat kepada pihak yang berkuasa serta berupaya

    menerima peraturan. Kanak-kanak juga berupaya membuat pertimbangan moral

    iaitu menentukan baik buruk atau betul salah melakukan sesuatu perkara.

    Peneguhan dalam bentuk ganjaran dan hukuman diambil kira dalam peringkat ini

    (Sakhilah Shahkat Ali, 2009).

    Peringkat yang terakhir pula ialah kemoralan autonomous. Pada peringkat inikanak-kanak mengambil berat tentang kebajikan dan minat masing-masing.

    Perasaan hormat pada orang lain juga mula dititikberatkan. Piaget menjelaskan

    pada peringkat ini kanak-kanak menganggap peraturan boleh berubah-ubah

    berdasarkan kerjasama dan rasa hormat pada orang lain. Keputusan moral tidak

    lagi pada kehendak undang-undang autoritarian tetapi segala aspek boleh

    diambil kira. Keupayaan melihat sesuatu perkara daripada pelbagai sudut

  • 7/27/2019 Module ELM 3101 Topik 6

    4/11

    bertambah, ini meningkatkan keupayaan seseorang menkonseptualisasi dilema

    moral (Kurtines & Greif, 1974, Shaffer, 1993).

    Sumbangan Piaget terhadap perkembangan moral telah dikembangkan oleh

    Kohlberg (1963, 1964, 1969, 1976,1981, 1984). Pada kali ini kajian-kajian oleh

    Kohlberg telah mengambil kira semua peringkat umur dari golongan kanak-

    kanak sehinggalah golongan dewasa.

    1.5.2 Teori Perkembangan Moral Kohlberg.

    Selepas kajian secara intensif oleh teori Piaget, Kohlberg (1969) telah

    memperkembang peringkat perkembangan moral kepada enam di mana setiapperingkat mewakili cara tertentu seseorang berfikir mengenai dilema moral.

    Selama tiga puluh tahun melakukan kajian, Kohlberg telah mengenal pasti

    terdapatnya tiga tahap penaakulan moral. Setiap tahap dibahagikan kepada dua

    peringkat. Menurut Kohlberg (1976), enam peringkat moral yang telah

    dibahagikan kepada tiga tahap utama. Ini dikenali, tahap prakonvensional

    (peringkat 1 dan 2), tahap konvensional (peringkat 3 dan 4), dan tahap

    pascakonvensional (peringkat 5 dan 6). Menurutnya peringkat yang lebih tinggi

    dalam setiap tahap adalah lebih baik dan tersusun dan mampu menggambarkan

    perspektif umum setiap tahap tersebut. Menurutnya lagi untuk memahami

    peringkat-peringkat ini adalah lebih baik untuk memahami ketiga-tiga tahap

    terlebih dahulu.

    Tahap prakonvensional, merupakan tahap bagi kebanyakan kanak-kanak

    berusia kurang sembilan tahun, sedikit golongan remaja, dan banyak bagi

    golongan dewasa dan remaja yang terlibat dengan jenayah. Tahap konvensional

    pula merupakan tahap bagi kebanyakan remaja dan golongan dewasa dalam

    masyarakat dunia. Manakala tahap pascakonvensional pula paling kurangdicapai oleh dewasa dan selalunya dicapai oleh mereka yang telah berusia lebih

    dua puluh tahun.

    Kohlberg (1976) telah menyarankan agar ketiga-tiga tahap dilihat dalam tiga

    bentuk yang berlainan iaitu dalam hubungannya antara diri, masyarakat dan

    jangkaan, iaitu:

  • 7/27/2019 Module ELM 3101 Topik 6

    5/11

    Tahap l: golongan prakonvensional, di mana undang-undang dan jangkaan

    sosial adalah bersifat luaran pada diri seseorang.

    Tahap ll: golongan konvensional, di mana diri mereka dikenal pasti menurut

    peraturan dan jangkaan terhadap orang lain terutama pihak berkuasa.

    Tahap lll: golongan pascakonvensional, golongan ini berupaya membezakan diri

    daripada undang-undang dan jangkaan-jangkaan orang lain dan memberi makna

    pada nilai-nilai dalam bentuk prinsip pilihan sendiri (self-chosen prinsipal).

    Enam Peringkat Perkembangan Moral Kohlberg

    ______________________________________________________________

    Prakonvensional Peringkat 1. Orientasi Hukuman dan Kepatuhan(Might makes right)

    Peringkat 2. Orientasi Timbal balik

    (Scratch my back, Ill scratch yours)

    ________________________________________________________________

    Konvensional Peringkat 3. Orientasi Persetujuan Antara Individu

    (Good boy, nice girl approval)

    Peringkat 4. Orientasi Undang-undang dan Peraturan

    (Fixed rules, right behavior consists indoing ones duty)

    ________________________________________________________________

    Pascakonvensional Peringkat 5. Orientasi Kontrak Sosial

    (Standards critically examined and

    agreed upon by whole society)

    Peringkat 6. Orientasi Prinsip Etika Sejagat

    (Universal justice, equality)

    ________________________________________________________________

    Dipetik daripada Traviss, 1985.

    Latihan 1

    Bincangkan dalam kumpulan, tentang tahap-tahap dan peringkat-peringkat perkembangan moral Kohlberg. Jelaskan pemahaman

    anda mengenai perkara tersebut.

  • 7/27/2019 Module ELM 3101 Topik 6

    6/11

    1.6. Teori Perkembangan Sosial

    Idea tentang perkembangan atau pembelajaran sosial telah dipelopori oleh Miller

    dan Dollard pada tahun 1941 tetapi Albert Bandura dan R.H Walter (1963) telah

    menghalusi dan mendalami kajian ini. Bandura mendapati bahawa dalam

    kehidupan seharian terdapat banyak tingkah laku yang dipelajari melalui contoh,

    tauladan, tiruan dan penggunaan bahasa.

    Tiruan ini boleh dibahagikan kepada dua bentuk iaitu tiruan mudah dan

    identifikasi seseorang supaya ditirui. Peniruan ini berlaku dalam tiga bentuk iaitu:

    i. Tiruan secara langsung, ia merujuk kepada meniru seseorang atau

    model dengan melihat kepada orang itu

    ii. Peniruan melalui sekat lakuan dan tidak sekat lakuan, sekat lakuan

    merupakan tingkahlaku yang sesuai pada satu masa tetapi tidak

    sesuai dalam situasi yang lain. Tidak sekat lakuan merujuk kepada

    seseorang yang terus meniru amalan tingkah laku dalam sesuatu

    situasi ke situasi yang lain.

    iii. Peniruan secara elisitasi, proses ini menunjukkan seseorang itu

    terus melakukan apa sahaja yang orang lain lakukan setelah

    individu tahu melakukannya. Tiruan ini merupakan aktiviti

    mengulangi gerak geri tindakan orang lain.

    Dengan idea tiruan ini maka moral kanak-kanak banyak dibentuk atau

    diperoleh dengan meniru ibu bapa, guru atau orang sekeliling secara

    formal atau tidak formal.

  • 7/27/2019 Module ELM 3101 Topik 6

    7/11

    Aktiviti 2

    Berdasarkan pembacaan dan perbincangan dalam kumpulan berikan

    contoh-contoh kepada tiga bentuk peniruan di atas.

    1.6.1 Ciri-Ciri Teori Pemodelan Bandura

    i. Unsur pembelajaran utama ialah pemerhatian dan peniruan.

    ii. Tingkah laku model boleh dipelajari melalui bahasa, misalan dan

    teladan.

    iii. Pelajar meniru sesuatu kemahiran daripada kecekapan demontrasi

    guru sebagai model.

    iv. Pelajar memperoleh kemahiran jika memperoleh kepuasan dan

    Peneguhan yang berpatutan.

    v. Proses pembelajaran meliputi pemerhatian, peringatan, peniruan

    dengan tingkah laku atau gerak balas yang sesuai, diakhiri dengan

    peneguhan positif.

    1.6.2 Prinsip Pembelajaran Melalui Pemerhatian/ Permodelan

    Bandura (1986) mengenal pasti empat unsur utama dalam proses pembelajaran

    melalui pemerhatian atau pemodelan iaitu pemerhatian, mengingat, reproduksi

    dan peneguhan atau motivasi.

    (i) Pemerhatian

    Untuk belajar melalui pemerhatian, kita mesti menumpukan perhatian. Biasanya

    kita memberi perhatian kepada orang yang menarik, popular, cekap atau

    disanjungi. Untuk kanak- kanak kecil ini mungkin merujuk kepada ibu bapa,

    abang atau kakak atau guru-guru. Bagi pelajar yang lebih tua ia mungkinmerujuk kepada rakan sebaya yang popular dan artis pujaan. Faktor- faktor yang

    mempengaruhi perhatian ialah ciri-ciri model termasuk nilai, umur, jantina, status

    dan perhubungan dengan pemerhatian. Dalam pengajaran kita perlu pastikan

    pelajar menumpukan perhatian kepada ciri-ciri penting pelajaran dengan

    pengajaran yang jelas dan menekankan isi-isi penting.

  • 7/27/2019 Module ELM 3101 Topik 6

    8/11

    (ii) Mengingat

    Untuk belajar melalui pemerhatian, kita mesti menumpukan perhatian. Biasanya

    kita memberi perhatian kepada orang yang menarik, popular, cekap atau

    disanjungi. Untuk kanak-kanak kecil ini mungkin merujuk kepada ibu bapa,

    abang atau kakak atau guru-guru. Bagi pelajar yang lebih tua ia mungkin

    merujuk kepada rakan sebaya yang popular dan artis pujaan. Faktor-faktor yang

    mempengaruhi perhatian ialah ciri-ciri model termasuk nilai, umur, jantina, status

    dan perhubungan dengan pemerhatian. Dalam pengajaran kita perlu pastikan

    pelajar menumpukan perhatian kepada ciri-ciri penting pelajaran dengan

    pengajaran yang jelas dan menekankan isi- isi penting.

    (iii) Reproduksi

    Pemerhatian harus berupaya melakukan semula tingkah laku yang ditirunya.

    Apabila seseorang tahu bagaimana sesuatu tingkah laku ditunjukkan dan

    mengingat ciri-ciri atau langkah-langkah dia mungkin belum boleh melakukannya

    dengan lancar. Sesorang itu memerlukan latihan yang banyak, mendapat

    maklum balas dan bimbingan tentang perkara-perkara penting sebelum boleh

    menghasilkan tingkah laku model. Di peringkat penghasilan latihan menjadikantingkah laku lebih lancar dan mahir.

    (iv) Peneguhan/Motivasi

    Kita mungkin telah memperoleh satu kemahiran atau tingkah laku baru melalui

    pemerhatian, tetapi kita mungkin tidak dapat melakukan tingkah laku itu

    sehingga ada sesuatu bentuk motivasi atau insentif untuk melakukannya.

    Peneguhan boleh memainkan beberapa peranan dalam pembelajaran

    pemerhatian. Seandainya kita mengharapkan untuk mendapat peneguhan

    dengan meniru tindakan seseorang model, kita mungkin menjadi lebih

    bermotivasi untuk menumpukan perhatian, mengingat dan menghasilkan semula

    tingkah laku. Selain itu, peneguhan penting untuk mengekalkan pembelajaran.

  • 7/27/2019 Module ELM 3101 Topik 6

    9/11

    Seseorang yang mencuba menunjukkan tingkah laku baru tidak akan

    mengekalkanya tanpa peneguhan.

    Aktiviti 3

    Cuba fikirkan cara menggunakan prinsip pembelajaran melaluipemerhatian dalam pengajaran dan pembelajaran

    1.7 Teori Perkembangan Sosial Emile Durkheim

    Durkheim sangat mementingkan isu mengenai bagaimana sesebuah

    masyarakat dapat mengekalkan integriti mereka dalam dunia moden,

    apabila perkara-perkara seperti perbezaan agama da latar belakang

    ethnic tidak dapat dipastikan. Menurutnya kesedaran tanggungjawab

    moral lahir daripada perasaan yang terasa dekat dengan masyarakat.

    Masyarakat adalah sumber bagi semua pengetahuan moral dan authority

    yang mengesahkan moralti (Durkheim, 1906). Moral mempunyai kuasa

    kerana keupayaannya mengawal kelakuan manusia sebagai satu jenis

    ikatan sosial atau kontrak. Menurut Durkheim, kanak-kanak perlu

    memahami peraturan yang memelihara hubungan sosial yang dikenakanoleh orang dewasa terhadap mereka. Peraturan yang dikenakan di rumah

    adalah secara tidak formal sebaliknya peraturan di sekolah adalah formal.

    Maka guru mempunyai autoriti sosial dan bertindak sebagai orang tengah

    antara masyarakat dan kanak-kanak.

    1.8 Teori Perkembangan Moral Humanis

    Teori pemebelajaran humanis member tumpuan kepada apa yang berlaku

    dalam diri seseorang individu seperti perasaan dan emosinya. Pendekatan

  • 7/27/2019 Module ELM 3101 Topik 6

    10/11

    humanis menekankan cara pemikiran, pengamatan dan cara

    mengintepritasi seseorang individu terhadap sesuatu tindakan dan tingkah

    laku moral. Ahli psikologi humanis mempercayai bahawa seseorang

    individu sedar dan bertanggungjawab terhadap segala tingkahlakunya.

    1.8.1 Teori Konsep Kendiri Carl Rogers

    Carl Rogers (1950) mendefinisikan konsep kendiri sebagai pesepsi diri

    sendiri tentang minat, sikap dan nilai dan kebolehan melihat pesepsi orang

    lain terhadap diri sendiri dengan persekitaran. Konsep kendiri positif adalah

    perrcaya dan yakin kepada diri sendiri secara fizikal, mempunyai minat

    yang objektif dan tidak terlalu sensitif.

    Carl roges berrpendapat pembentukan moral yang baik adalah melalui

    model yang boleh dicontohi dan berpengalaman seperti ibu bapa, rakan

    sebaya, orang dewasa dan dirinya sendiri. Pemupukan nilai dan keyakinan

    diri melalui didikan ini akan membentuk konsep kendiri yang positif. Selain

    itu alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam perkembangan

    moral khasnya sebaran am, budaya dan penilaian masyarakat terhadap

    sesuatu tingkah laku. Akhirnya, penilaian individu terhadap keperluanasasinya seperti keselamatan , fizikal, kasih saying dan penghormatan diri

    akan mempengaruhi penaakulan moral.

    Cara- cara membina konsep kendiri yang positif adalah memberi galakan

    bantuan dan sokongan kepada kanak-kanak. Ibu bapa harus berpuas hati

    dengan hasil kanak-kanak dan member pujian atau ganjaran. Ibu bapa

    juga perlu memupuk nilai moral dan agama yang baik di dalam jiwa kanak-

    kanak sejak mereka masih kecil lagi.

    Laman web yang boleh dilayari:

    1. Education Resources Infromation Center:

  • 7/27/2019 Module ELM 3101 Topik 6

    11/11

    http://www.eric.edu.gov/

    2. Moral Education Journals:

    http://www.moraleducation-journals.html

    http://library.thinkquest.org/25459/learning/problem/http://www.moraleducation-journals.html/http://www.moraleducation-journals.html/http://library.thinkquest.org/25459/learning/problem/