Moral Project Tugasan Harian 3

download Moral Project Tugasan Harian 3

of 4

Transcript of Moral Project Tugasan Harian 3

  • 8/12/2019 Moral Project Tugasan Harian 3

    1/4

    Sekolah Menengah KebangsaanBandar Utama Damansara (3)

    Petaling Jaya

    Tugasan Harian 3

    Tajuk :Sikap remaja suka lari dari rumah semasa menghadapi masalahadalah satu sikap negatif yang harus dielakkan. Jelaskan nilai

    yang patut diamalkan oleh remaja dalam menangani masalah

    yang dihadapi mereka.

    Nama : Hiew Yi Sa

    No. Kad Pengenalan : 971215-08-5315

    No. Angka Giliran :

    Tingkatan/ Tahun : 4 Orkid/ 2013

    Nama Guru : Cik Siti Nor Hafizah Binti Mohd Saleh

    Tandatangan Guru :

    Tandatangan Pelajar :

  • 8/12/2019 Moral Project Tugasan Harian 3

    2/4

    Tajuk :Sikap remaja suka lari dari rumah semasa menghadapi masalah

    adalah satu sikap negatif yang harus dielakkan. Jelaskan nilai

    yang patut diamalkan oleh remaja dalam menangani masalah

    yang dihadapi mereka.

    Pendahuluan

    Dewasa ini, negara kita telah dipengaruhi oleh budaya Barat dan

    budaya kuning. Hal ini pun menyebabkan pelbagai kesan negatif kepada

    negara seperti gangsterisme, merompak, merogol dan sebagainya. Salah

    satu kesalahan yang dihadapi oleh remaja kini ialah lari dari rumah.

    Sikap ini telah menjadi budaya pelajar kini. Ramai ibu bapa pun tidak

    boleh membuat sebarang tindakan yang serius kerana kerajaan pun tidak

    menghirau perkara ini sebagai perkara yang serius. Namun, Dato SeriNajib Tun Razak pun mengeluarkan rasa bimbangnya tentang perkara

    ini. Terdapatnya beberapa nilai-nilai yang patut diamalkan oleh remaja.

  • 8/12/2019 Moral Project Tugasan Harian 3

    3/4

    Isi-isi

    Nilai yang patut diamalkan oleh remaja dalam menangani masalah

    yang dihadapi mereka ialah harga diri. Remaja harus memuliakan

    maruah diri dengan tidak melarikan diri dari rumah semasa menghadapi

    masalah. Remaja sepatutnya mendapatkan nasihat daripada ibu bapamasing-masing. Demi menjaga maruah, remaja tidak menyelesaikan

    masalah dan melaksanakan tindakan yang bodoh seperti lari dari rumah.

    Mereka sepatutnya menyelesaikan masalah dengan pertolongan pakar

    seperti kaunselor.

    Selain itu, remaja harus mengamalkan nilai toleransi dalam

    menangai masalah yang dihadapi. Mereka mesti mengawal diri dengan

    tidak mengikut emosi apabila menghadapi masalah. Remaja sepatutnyamenyenangkan diri untuk membolehkan diri berfikir dengan lebih waras.

    Mereka mesti bertolak ansur dengan tidak membuat perkara yang tidak

    berfaedah apabila menghadapi tekanan.

    Di samping itu, remaja mesti mengamalkan nilai rasional dalam

    menangani masalah yang dihadapi. Mereka mesti boleh berfikir dan

    mencari jalan penyelesaian masalah yang terbaik. Mereka sepatutnya

    berfikir jalan bukti yang nyata sebelum bertindak. Remaja yang rasional

    dapat mengambil tindakan berasaskan pertimbangan yang wajar demi

    menyelesaikan masalah dengan sempurna. Mereka sepatutnya

    menimbangkan kesan-kesan tindakan mereka sebelum bertindak.

  • 8/12/2019 Moral Project Tugasan Harian 3

    4/4

    Penutup

    Kesimpulannya, masalah ini tidak boleh diabaikan kerana masalah

    ini membawa pelbagai kesusahan dan kesan buruk kepada semua pihak.

    Para pihak harus berganding bahu bagi membanteras masalah ini keranabersatu teguh, bercerai roboh.