MTE3143-Kerja Kursus (Pelajar)

5
1 / 3 Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman TUGASAN PROJEK PROGRAM : PISMP (Matematik PR) NAMA PELAJAR : KURSUS : MTE3143 Aplikasi Matematik SEMESTER : 8 (Tahun 4) AMBILAN : Jan 2011 Tarikh Mula Tugasan 1: 23/6/2014 Tugasan 2 & 3: 11/9/2014 Tarikh Hantar Tugasan 1: 7/7/2014 Tugasan 2 & 3: 2/10/2014 Hasil Pembelajaran Kursus 1. Meneroka peranan matematik dalam teknologi moden. 2. Menyiasat matematik sebagai kegiatan budaya yang berterusan. 3. Mendemonstrasikan kefahaman terhadap kod dan kriptografi. 4. Mengaplikasi model matematik dalam biologi dan ekologi. 5. Mendemonstrasikan kefahaman terhadap beberapa idea utama matematik berkaitan dengan kalkulus. Kerja kursus ini menilai hasil pembelajaran 1, 3, dan 5. Objektif Kerja Kursus Pelajar melaksanakan tugasan yang ditentukan bagi mencapai objektif berikut: 1. Meneroka dan memahami aplikasi matematik dalam kehidupan harian khasnya dalam teknologi moden 2. Menyiasat dan mengulas secara kritikal kekuatan kod sifer klasik dan kriptografi moden 3. Menunjukkan pemahaman konsep beberapa idea utama matematik berkaitan dengan kalkulus Komponen Penilaian Kursus Pelajar dalam kursus ini dinilai melalui komponen-komponen berikut No. Komponen Penilaian Kursus Wajaran Kerja Kursus Wajaran 1. Tugasan 1: Laporan Penyiasatan: Aplikasi Matematik 30% 2. Tugasan 2: Ulasan Kritikal: Kod Sifer dan Kriptografi 40% 3. Tugasan 3: Laporan Penyiasatan: Idea-idea Kakulus 30% 60% 4. Peperiksaan Akhir - 40% Tugasan 1, 2, dan 3 dilaksanakan seiring dengan pelaksanaan kuliah bagi tajuk-tajuk berkenaan.

description

MTE3143-Kerja Kursus (Pelajar)

Transcript of MTE3143-Kerja Kursus (Pelajar)

  • 1 / 3

    Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim

    08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman

    TUGASAN PROJEK

    PROGRAM : PISMP (Matematik PR) NAMA PELAJAR :

    KURSUS : MTE3143

    Aplikasi Matematik

    SEMESTER : 8 (Tahun 4)

    AMBILAN : Jan 2011

    Tarikh Mula

    Tugasan 1: 23/6/2014

    Tugasan 2 & 3: 11/9/2014

    Tarikh Hantar

    Tugasan 1: 7/7/2014

    Tugasan 2 & 3: 2/10/2014

    Hasil Pembelajaran Kursus

    1. Meneroka peranan matematik dalam teknologi moden.

    2. Menyiasat matematik sebagai kegiatan budaya yang berterusan.

    3. Mendemonstrasikan kefahaman terhadap kod dan kriptografi.

    4. Mengaplikasi model matematik dalam biologi dan ekologi.

    5. Mendemonstrasikan kefahaman terhadap beberapa idea utama matematik berkaitan dengan

    kalkulus.

    Kerja kursus ini menilai hasil pembelajaran 1, 3, dan 5.

    Objektif Kerja Kursus

    Pelajar melaksanakan tugasan yang ditentukan bagi mencapai objektif berikut:

    1. Meneroka dan memahami aplikasi matematik dalam kehidupan harian khasnya dalam

    teknologi moden

    2. Menyiasat dan mengulas secara kritikal kekuatan kod sifer klasik dan kriptografi moden

    3. Menunjukkan pemahaman konsep beberapa idea utama matematik berkaitan dengan kalkulus

    Komponen Penilaian Kursus

    Pelajar dalam kursus ini dinilai melalui komponen-komponen berikut

    No. Komponen Penilaian Kursus

    Wajaran

    Kerja Kursus Wajaran

    1. Tugasan 1: Laporan Penyiasatan: Aplikasi Matematik 30%

    2. Tugasan 2: Ulasan Kritikal: Kod Sifer dan Kriptografi 40%

    3. Tugasan 3: Laporan Penyiasatan: Idea-idea Kakulus 30%

    60%

    4. Peperiksaan Akhir - 40%

    Tugasan 1, 2, dan 3 dilaksanakan seiring dengan pelaksanaan kuliah bagi tajuk-tajuk berkenaan.

  • Tugasan Projek MTE3143

    2 / 3

    Penerangan Komponen Tugasan

    Tugasan 1: Laporan Penyiasatan - Aplikasi Matematik dalam Kehidupan Seharian

    Matematik mempunyai banyak aplikasi dalam aktiviti manusia seharian. Dalam tugasan ini anda akan

    menyiasat bagaimana matematik digunakan dalam teknologi moden.

    Secara khusus, anda dikehendaki

    (a) mengenal pasti satu bidang teknologi moden yang melibatkan aplikasi matematik (misalnya

    teknologi Maklumat, telefon pintar, Internet, kad pintar/kredit, barcode/QR code,

    perbankan atas talian, telekomunikasi, dsb)

    (b) menyiasat bagaimana matematik digunakan untuk merealisasikan teknologi tersebut

    Di akhir penyiasatan anda , anda perlu membentangkan hasil dapatan di dalam kelas dan

    mendokumentasikan hasil penyiasatan anda dalam satu laporan bertulis.

    Tugasan 2: Ulasan Kritikal - Kod Sifer dan Kriptografi

    Keperluan untuk merahsiakan mesej (encryption) dalam penghantarannya telah wujud sejak manusia

    mula berkomunikasi antara satu sama lain. Dalam masa yang sama, usaha untuk memecahkan mesej

    rahsia juga giat berlaku. Matematik memainkan peranan penting dalam usaha kedua-dua pihak ini.

    Dalam tugasan ini, anda akan menyiasat dan mengulas secara kritikal perkembangan kod sifer dari

    zaman klasik sehingga ke zaman moden ini. Spesifikasi tugasan ini adalah seperti berikut:

    (a) Dalam amali Topik 2 (Kod Klasik dan Sifer), anda menyiasat bagaimana menggunakan teknik

    analisis kekerapan abjad untuk memecahkan pelbagai kod klasik dan sifer. Laporkan hasil siasatan

    anda serta berikan ulasan kritikal terhadap kekuatan dan kelemahan setiap kod klasik dan sifer

    yang anda siasat.

    (b) Dalam amali Topik 3 (Kod dan Kriptografi), anda menyiasat samada teknik analisis kekerapan

    abjad dapat digunakan untuk memecahkan sifer yang berasaskan sistem RSA. Laporkan hasil

    siasatan anda serta berikan ulasan kritikal terhadap kekuatan dan kelemahan sistem RSA.

    (c) Selamatkah sistem RSA hari ini? Beri ulasan anda dengan membincangkan kemungkinan suatu

    sistem RSA dapat dipecahkan.

    Setiap ulasan kritikal anda di atas hendaklah memaparkan dua tema berikut dengan jelas.

    (i) Kekuatan dan kelemahan sifer

    (ii) Aplikasi matematik dalam perkembangan kriptografi

    Tugasan 3: Laporan Penyiasatan Idea-idea Kalkulus

    Perkembangan pelbagai idea matematik adalah hasil dari usaha ahli-ahli matematik sepanjang zaman

    berzaman. Dalam tugasan ini, anda akan mengulangi usaha-usaha beberapa orang ahli matematik

    dalam menyiasat dan memperkembangkan idea-idea kalkulus berikut:

    Idea 1. Penghampiran nilai oleh Archimedes

    Idea 2. Penentuan luas bulatan oleh Archimedes

    Idea 3. Paradoks Zeno dan Penyelesaiannya

    Idea 4. Penyiasatan lengkung kubik oleh Newton

    Secara khusus, anda dikehendaki mengulangi siasatan dua idea dari senarai di atas seperti yang dilalui

    oleh ahli-ahli matematik berkenaan. Di akhir penyiasatan anda, buat satu rumusan mengenai

    sumbangan idea ahli matematik berkenaan dalam sejarah perkembangan matematik.

    Dokumentasikan hasil penyiasatan anda dalam satu laporan bertulis, dan bentangkan di dalam kelas.

  • Tugasan Projek MTE3143

    3 / 3

    Panduan Pelaksanaan

    1. Semua tugasan adalah berbentuk individu. Anda boleh berbincang sesama rakan tetapi hasil kerja

    akhir hendaklah dibuat secara berasingan. Sebarang persamaan hasil kerja dengan pelajar lain yang

    melebihi kebarangkalian kebetulan (probabilities of coincidence) akan dianggap telah melakukan

    kesalahan plagiarism. Kedua-dua pihak yang terlibat akan didenda mengikut peraturan yang

    berkuatkuasa.

    2. Semua tugasan hendaklah hasil penulisan sendiri dan tidak boleh diterjemah terus menggunakan apa-

    apa penterjemah termasuk Google Translate.

    3. Semua tugasan hendaklah ditaip menggunakan MS Word dengan spesifikasi berikut:

    (a) Fon Arial saiz 11 dan langkau 1.5 baris.

    (b) Format penulisan hendaklah mengikut garis panduan APA (http://www.apastyle.org/)

    (c) Setiap satu Laporan Penyiasatan dan Ulasan Kritikal hendaklah tidak melebihi 10 muka surat

    dan mengandungi senarai rujukan yang digunakan.

    3. Setiap tugasan hendaklah disempurnakan mengikut tarikh yang ditetapkan dan diserahkan secara

    berasingan. Sebarang kelewatan dari tarikh yang ditetapkan akan ditolak 10% dari markah yang

    diperolehi, kecuali mendapat kebenaran pensyarah terlebih dahulu.

    4. Anda boleh berbincang dengan pensyarah mengenai masalah atau kemusykilan yang dihadapi semasa

    melaksanakan tugasan dalam kerja kursus ini. Walau bagaimanapun, penilaian tidak akan dibuat

    terhadap hasil kerja atau jawapan anda. Penilaian hanya akan dibuat selepas hasil kerja diserahkan.

    5. Hasil kerja yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut:

    (a) Setiap keperluan dan spesifikasi tugasan dipatuhi sepenuhnya

    (b) Organisasi dan persembahan maklumat teratur, logikal dan koheren

    (c) Penerangan mengenai aspek aplikasi matematik adalah jelas, tepat dan menunjukkan

    kefahaman yang mendalam

    (d) Penulisan laporan dan ulasan menepati gaya APA serta mengikut format penulisan akademik

    Disediakan oleh:

    (PN. WAH MONG WEH)

    Penyelaras Kursus

    Disemak oleh:

    (DR. NG KOK FU)

    Pakar Bidang (SME) Matematik

    Disahkan oleh:

    (PN. NORHANA ABU BAKAR)

    Ketua Jabatan Matematik

    * Salinan tugasan ini tidak memerlukan tandatangan.

  • 1 of 2

    Rubrik Pemarkahan Holistik TUGASAN PROJEK

    MTE3143 Aplikasi Matematik

    Skala Deskriptor

    Amat

    Cemerlang

    90 100

    Kandungan

    - menunjukkan pengetahuan matematik yang amat luas dan tepat

    - kandungan menepati semua keperluan tugasan

    - organisasi maklumat yang amat sistematik

    Aplikasi Matematik

    - contoh teknologi moden menunjukkan aplikasi matematik amat sesuai

    - penerangan aplikasi matematik yang amat jelas dan tepat

    Ulasan Kritikal

    - ulasan terhadap sifer klasik dan sistem RSA amat kritikal dan amat tepat

    - aplikasi matematik dalam sifer diterangkan dengan amat jelas dan tepat

    Penyiasatan Idea Kalkulus

    - penyiasatan idea amat menyeluruh dan tepat

    - rumusan sumbangan amat relevan

    Kamahiran Rujukan

    - pembacaan yang sangat luas dan rujukan yang amat relevan

    - laporan dan ulasan amat menepati format APA serta penulisan akademik

    Pembentangan

    - struktur persembahan yang amat berkesan

    - penerangan yang amat jelas dan tepat

    Cemerlang

    80 89

    Kandungan

    - menunjukkan pengetahuan matematik yang luas dan tepat

    - kandungan menepati semua keperluan tugasan

    - organisasi maklumat yang amat sistematik

    Aplikasi Matematik

    - contoh teknologi moden menunjukkan aplikasi matematik yang sesuai

    - penerangan aplikasi matematik yang jelas dan tepat

    Ulasan Kritikal

    - ulasan terhadap sifer klasik dan sistem RSA kritikal dan tepat

    - aplikasi matematik dalam sifer diterangkan dengan jelas dan tepat

    Penyiasatan Idea Kalkulus

    - penyiasatan idea menyeluruh dan tepat

    - rumusan sumbangan relevan

    Kamahiran Rujukan

    - pembacaan yang luas dan rujukan yang relevan

    - laporan dan ulasan menepati format APA serta penulisan akademik

    Persembahan

    - struktur persembahan yang berkesan

    - penerangan yang jelas dan tepat

    Kepujian

    65 79

    Kandungan

    - menunjukkan pengetahuan matematik yang memuaskan

    - kandungan menepati keperluan tugasan

    - organisasi maklumat yang sistematik

    Aplikasi Matematik

    - contoh teknologi moden menunjukkan aplikasi matematik yang sesuai

    - penerangan aplikasi matematik yang memuaskan

    Ulasan Kritikal

    - ulasan terhadap sifer klasik dan sistem RSA kurang kritikal atau kurang tepat

    - aplikasi matematik diterangkan dengan kurang jelas atau kurang tepat

    (bersambung...)

  • Rubrik Pemarkahan MTE3143

    2 of 2

    Skala Deskriptor

    (sambungan)

    Kepujian

    65 79

    Penyiasatan Idea Kalkulus

    - penyiasatan idea memuaskan

    - rumusan sumbangan relevan

    Kamahiran Rujukan

    - pembacaan yang memuaskan dan rujukan yang relevan

    - laporan dan ulasan menepati format APA serta penulisan akademik

    Persembahan

    - struktur persembahan memuaskan

    - penerangan yang memuaskan

    Lulus

    40 64

    Kandungan

    - menunjukkan pengetahuan matematik yang terhad

    - kandungan menepati sebahagian keperluan tugasan

    - organisasi maklumat yang kurang sistematik

    Aplikasi Matematik

    - contoh teknologi moden menunjukkan aplikasi matematik yang kurag sesuai

    - penerangan aplikasi matematik yang kurang jelas dan kurang tepat

    Ulasan Kritikal

    - ulasan terhadap sifer klasik dan sistem RSA kurang kritikal dan kurang tepat

    - penerangan aplikasi matematik dalam sifer kurang jelas dan kurang tepat

    Penyiasatan Idea Kalkulus

    - penyiasatan idea kurang menyeluruh dan kurang tepat

    - rumusan sumbangan kurang relevan

    Kamahiran Rujukan

    - pembacaan yang terhad dan rujukan yang kurang relevan

    - laporan dan ulasan kurang menepati format APA serta penulisan akademik

    Persembahan

    - struktur persembahan yang kurang berkesan

    - penerangan kurang jelas dan kurang tepat

    Gagal

    0 39

    Kandungan

    - menunjukkan pengetahuan matematik yang rendah

    - kandungan kurang lengkap dan tidak menepati keperluan tugasan

    - organisasi maklumat yang tidak sistematik

    Aplikasi Matematik

    - contoh teknologi moden menunjukkan aplikasi matematik yang tidak sesuai

    - penerangan aplikasi matematik yang tidak jelas dan tidak tepat

    Ulasan Kritikal

    - ulasan terhadap sifer klasik dan sistem RSA tidak kritikal atau tidak tepat

    - penerangan aplikasi matematik dalam sifer tidak jelas atau tidak tepat

    Penyiasatan Idea Kalkulus

    - penyiasatan idea tidak menyeluruh atau tidak tepat

    - rumusan sumbangan tidak relevan

    Kamahiran Rujukan

    - kurang atau hampir tiada rujukan atau pembacaan

    - laporan dan ulasan tidak menepati format APA serta penulisan akademik

    Persembahan

    - struktur persembahan tidak berkesan

    - penerangan yang tidak jelas dan tidak tepat