Muamalat, jenis jual beli haram serta tidak sah.

2
JENIS JUAL BELI HARAM SERTA TIDAK SAH . Jual air benih binatang ternakan. Jualan bentuk itu tidak sah kerana ia tidak dapat diketahui kadar dan tidak dapat ditentukan penyerahannya. Sebagaimana Hadith yang diriwayatkan daripada Jabir : ل ح ف ل ا ب س ع ع ي ب ن ع له ل ول ا س ى ر ھ ن ال : ه ق ن ع له ل ى ا ض ر ر ب ا ج ن ع; Rasulullah s.a.w telah menegah daripada menjual benih binatang. Walau bagaimanapun, dalam keadaan lain hukumnya adalah sunat bagi sesiapa yang mempunyai binatang jantan untuk dipinjamkan kepada orang lain supaya mengawan dengan tujuan untuk membiakkan ternakan. Jual anak binatang yang masih dalam kandungan ibunya. Sebagaimana Hadith riwayat Ibn Umar : ل ب ج ع ي ب ن ع ى ھ ن ى ب ن ل ا ل : ان ا ما ق ھ ن ع له ل ى ا ض ر ر م ع ن ب ا ن ع له ب ح ل ا; Rasulullah s.a.w telah melarang menjual anak yang masih dalam kandungan ibunya. Jual buah yang masih di atas pokok, kecuali setelah nyata kadar dan baiknya. Sebagaimana Hadith Nabi riwayat Bukhari : لاحه ص د ب; ب ى ب ج ر م< ث ل وا ا ع ي ن ته لا ل ل ول ا س ال ر ق; Jangan kamu menjual buah-buahan sehingga jelas masaknya.

description

nota syariah tingkatan enam.

Transcript of Muamalat, jenis jual beli haram serta tidak sah.

Page 1: Muamalat, jenis jual beli haram serta tidak sah.

JENIS JUAL BELI HARAM SERTA TIDAK SAH. Jual air benih binatang ternakan. Jualan bentuk itu tidak sah kerana ia tidak dapat

diketahui kadar dan tidak dapat ditentukan penyerahannya.

Sebagaimana Hadith yang diriwayatkan daripada Jabir :

عن جابر رضى الله عنه قال : نھى رسول الله عن بيععسب الفحل

; Rasulullah s.a.w telah menegah daripada menjual benih binatang.

Walau bagaimanapun, dalam keadaan lain hukumnya adalah sunat bagi sesiapa yang mempunyai binatang jantan untuk dipinjamkan kepada orang lain supaya mengawan dengan tujuan untuk membiakkan ternakan.

Jual anak binatang yang masih dalam kandungan ibunya.Sebagaimana Hadith riwayat Ibn Umar :

عن ابن عمر رضى الله عنھما قال : ان النبى نھىعن بيع جبل الحبله

; Rasulullah s.a.w telah melarang menjual anak yang masih dalam kandungan ibunya.

Jual buah yang masih di atas pokok, kecuali setelah nyata kadar dan baiknya.Sebagaimana Hadith Nabi riwayat Bukhari :

قال رسول الله ال تبيعوا الثمر حتى يبد صالحه; Jangan kamu menjual buah-buahan sehingga jelas masaknya.

Tidak boleh jual benda yang tidak boleh dilihat atau tidak boleh diterima, seperti menjual burung di udara atau ikan dalam lautan.

Tidak berjual syarat, seperti berkata, “aku jual rumahku ini dengan syarat engkau jual kereta engkau kepadaku.”

Tidak sah menjual daging, hati atau limpa dan sebahagiannya dengan binatang lain, sama ada sama jenis atau tidak.

Contohnya : tidak sah menjual hati lembu dengan kambing atau lainnya.

Tidak sah dan haram jual sesuatu dengan syarat hutang.

Tidak sah dan haram menjual sesuatu barangan yang baru dibeli tetapi belum diterima kerana barangan itu belum lagi menjadi milik sempurna.

Page 2: Muamalat, jenis jual beli haram serta tidak sah.

Sebagaimana Hadith Nabi yang bermaksud : Janganlah kamu jual sesuatu yang yang kamu beli sebelum kamu terimanya.