Mubarak Rancangan Pelajaran Harian Bdp

9
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN ( SLOT PENGAJARAN / RPS) Kelas : Prasekolah Cemerlang Tarikh : 19.9. 2015 Masa : 11.00-11.30 Bilangan Pelajar : 24 orang ( 12L & 12P) Modul : Asas Tema / Tajuk : Warna / Objek Sekeliling Kita Tunjang Utama : Tunjang Kreativiti dan Estetika- Kreativiti Standard Kandungan : 2.1 Menghasilkan lukisan dan Kraf Standard Pembelajaran : 2.1.4 Mengenal dan membezakan Warna Kesepaduan Tunjang : Tunjang Kreativiti dan Estetika – fizikal Tunjang Sosioemosi Objektif Pengajaran : Pada akhir pelajaran murid dapat : 1. Membezakan warna --- dengan betul 2. Menghasilkan …dengan baik dan menarik. Pengetahuan Sedia Ada : Murid sudah mengetahui tentang pelbagai jenis warna asas

description

RPH Kepelbagaian Budaya bagi Pra sekolah

Transcript of Mubarak Rancangan Pelajaran Harian Bdp

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN( SLOT PENGAJARAN / RPS)

Kelas : Prasekolah CemerlangTarikh : 19.9. 2015Masa : 11.00-11.30Bilangan Pelajar : 24 orang ( 12L & 12P)Modul : AsasTema / Tajuk : Warna / Objek Sekeliling KitaTunjang Utama : Tunjang Kreativiti dan Estetika- KreativitiStandard Kandungan : 2.1 Menghasilkan lukisan dan KrafStandard Pembelajaran : 2.1.4 Mengenal dan membezakan Warna Kesepaduan Tunjang : Tunjang Kreativiti dan Estetika fizikal Tunjang SosioemosiObjektif Pengajaran : Pada akhir pelajaran murid dapat :1. Membezakan warna --- dengan betul2. Menghasilkan dengan baik dan menarik.Pengetahuan Sedia Ada : Murid sudah mengetahui tentang pelbagai jenis warna asas ( merah,biru dan kuning ) yang ada di sekeliling kita.Kemahiran Berfikir (KB) : Membanding beza, menjana idea, metakognitif dan kemahiran mendengar, membuat urutan, dan membaca. Penerapan Nilai : Berkerjasama, semangat bermasyarakat, tolong-menolong, prihatin dan berani.

Bahan Bantu Mengajar : Video nyanyian, gambar, kertas warna, lembaran kerja, power point, video tentang warna.Fokus MI/KP : Verbal Linguistik, Kosa kata : Hijau, jingga, ungu, coklat, merah, biru dan kuning.

LANGKAH/ MASAISI PENGAJARANAKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANCATATAN(BBM, Kesepaduan, KB, Nilai dan dll.)

Aktiviti GuruAktiviti Murid

Set induksi ( 5 Minit) Nyanyian laguPelangi-PelangiPelangi-pelangi,Alangkah indahmu,Merah,kuning,hijau,Di langit yang biru,PenciptaMu Agung,Siapakah dia?Pelangi-pelangi Ciptaan Tuhan.

1. Guru mengajak murid-murid yang terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa untuk menyanyikan lagu warna sambil melakukan pergerakkan berdasarkan video.2. Guru memberitahu murid-murid bahawa hari ini kita akan mengenal warna.3. Guru menunjukkan beberapa contoh objek yang berwarna merah, kuning dan biru.1. Murid-murid yang terdiri daripada pelbagai kaum akan menyanyi lagu warna bersama-sama guru sambil melakukan pergerakkan berdasarkan video. 2. Murid-murid yang berlainan bangsa melihat bersama-sama objek yang ditunjukkan oleh guru yang terdiri daripada pelbagai warna asas.

BBM :Video, Speaker, LaptopKBKK :Membanding beza, danKemahiran mendengar .FKP/ MI :Verbal LinguistikNILAI : Kerjasama

Langkah 1( 10 minit )Mewarna Kad.Contoh :1) Guru memberi kad warna kepada murid-murid yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India dan Bumiputera Sabah dan Sarawak. Warna tersebut terdiri daripada (merah, kuning, hijau, biru)

2) Kemudian, guru meminta murid-murid bercampur dan duduk dalam kumpulan berdasarkan kertas warna yang mereka dapat.

3) Guru akan menyebut satu jenis warna dan kumpulan yang mewakili warna tersebut akan menunjukkan kad warna mereka dan jika betul, mereka di minta untuk mewarna gambar yang terdapat di komputer.

4) Kemudian, guru akan menyebut warna yang lain (ulang langkah 3 sehingga habis)

1) Murid-murid yang berlainan kaum dan bangsa akan mendapat kad warna daripada guru.

2) Murid-murid akan bercampur dan duduk di dalam kumpulan masing-masing berdasarkan warna yang mereka perolehi.

3) Apabila guru menyebut satu jenis warna, kanak-kanak yang mewakili warna tersebut akan berdiri dan mewarna di hadapan.

4) Ulang langkah 3 sehingga habis.

BBM:Kad warna, lembaran kerja, dan pensil warna.KBKK :Membanding bezaMenjana ideaMembuat urutanMetakognitifKemahiran mendengarPKP / MI :Verbal LinguistikNILAI Kerjasama Prihatin Tolong-menolong

Langkah 2 (5 minit)

Membezakan warna.Contoh :

1) Guru menunjukkan beberapa gambar dengan menggunakan power point kepada murid-murid.

2) Guru meminta murid-murid untuk membezakan warna yang terdapat dalam gambar tersebut.

3) Guru memilih beberapa orang murid yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina, India dan Bumiputra Sabah dan Sarawak untuk menyebutkan warna pada gambar tersebut, kemudian murid-murid menyebutnya secara beramai-ramai pula.

1) Murid-murid melihat gambar yang ditunjukkan oleh guru.

2) Murid-murid yang terdiri daripada pelbagai bangsa cuba mengecam dan mengenalpasti warna yang terdapat pada gambar dan dibantu oleh ahli kumpulan.

3) Wakil murid yang dipilih akan menyebut warna pada gambar yang ditunjukkan oleh guru. Kemudian diikuti dengan murid-murid menyebut secara beramai-ramai.

BBM:Paparan Power pointKad warnaKBKK :Membanding bezaMenjana ideaMembuat keputusanMetakognitifPKP / MI :Verbal LinguistikNILAI :KerjasamaTolong-menolong Semangat Bermasayarakat Berani

Langkah 3 (5 minit)

Memadankan objek dengan warna

1) Guru mengajak murid-murid yang terdiri daripada pelbagai bangsa untuk bermain bersama-sama dengan dengan warna.

2)Guru meminta murid-muird untuk memadankan objek yang mempunyai warna yang sama.

1) Murid-murid bercampur dan melakukan aktiviti memadankan objek yang mempunyai warna yang sama.

BBM:Kad warnaLembaran kerjaKBKK :Membanding bezaMenjana ideaMembuat keputusanMetakognitifPKP / MI :Verbal LinguistikNILAI KerjasamaTolong-menolong Semangat Bermasayarakat

Penutup (5 minit)

Menyebut warna.Video lagu :

1) Guru menunjukkan beberapa objek kepada murid-murid dan meminta murid-murid untuk menyebut warna objek tersebut.

2) Kemudian, guru menyebut warna dan meminta murid-murid untuk menyebut objek di dalam kelas yang mempunyai warna yang sama dengan warna yang disebut tadi.

3) Akhir sekali, guru mengajak murid-murid untuk menonton video yang berkaitan dengan warna.

1) Murid-murid akan menyebut warna objek yang ditunjukkan oleh guru.

2) Kemudian, murid-murid akan menyebut objek yang berada di dalam kelas yang sama dengan warna yang disebut oleh guru. 3) Murid-murid menonton video yang ditayangkan oleh guru. 4) Murid-murid mengulang semula apa yang telah dipelajari pada hari ini. Oleh itu, guru dapat mengetahui sama ada mereka sudah boleh mengecam warna atau tidakBBM:Video, speaker, laptopKBKK :Membanding bezaMenjana ideaMembuat keputusanMetakognitifPKP / MI :Verbal LinguistikNILAI KerjasamaTolong-menolong Semangat Bermasayarakat

Refleksi Pelatih :

Ulasan Pensyarah / Guru pembimbing:

Penilaian / pentaksiran :

Nama Murid :

BilIndikatorYatidak

1.Dapat membezakan pelbagai jenis warna

2.Dapat mengenali warna asas

3Dapat bekerjasama dalam kumpulan

4.Dapat memberi cadangan dan pendapat

5. Dapat menghubungkaitkan dengan persekitaran