Muffin Pisang Walnut

2
MUFFIN PISANG WALNUT Bahan A 4 biji pisang masak ranum (jika saiz pisang agak besar, gunakan 3 biji sahaja). 1 biji telur - Gred A 3/4 cawan gula kastor 1/3 cawan mentega yang di cairkan (lebih kurang 75gm) Pisang yang masak ranum begini memang sesuai untuk di buat muffin Bahan B (Ayak semuanya) 1 sudu teh baking soda 1 sudu teh baking powder secubit garam 1 1/2 cawan tepung gandum Bahan C 1/2 cawan walnut - di cincang (boleh lebihkan sedikit jika suka) Cara membuatnya: 1. Panaskan oven 180'c dan isikan loyang muffin dengan cawan kertas. (Saya gunakan cawan muffin kertas). 2. Sementara itu, kupas pisang dan lenyek hingga hancur dan ketepikan. 3. Dalam sebuah mangkuk, campurkan gula dengan mentega cair dan pukul hingga sebati dan gula hancur dengan menggunakan 'hand whisk'. Masukkan telur, pukul lagi dan masukkan walnut cincang. 4. Masukkan pula bahan kering (bahan A) ke dalam adunan tersebut dan kacau sekadar adunan bercampur dengan menggunakan spatula. (Jangan terlebih kacau kerana muffin akan menjadi keras). 5. Tuang adunan tadi ke dalam cawan muffin (kira-kira 3/4 cawan), dan taburkan lebihan walnut cincang ke atasnya. 6. Bakar kira 20minit atau sehingga masak dan bolehlah di hidangkan. Tips : Untuk mencairkan mentega dengan mudah, sila gunakan kaedah 'double boiler'. Boleh juga gantikan mentega dengan minyak jagung atau sayuran.

description

J

Transcript of Muffin Pisang Walnut

Page 1: Muffin Pisang Walnut

MUFFIN PISANG WALNUT

Bahan A

4 biji pisang masak ranum (jika saiz pisang agak besar, gunakan 3 biji sahaja).

1 biji telur - Gred A

3/4 cawan gula kastor

1/3 cawan mentega yang di cairkan (lebih kurang 75gm)  

Pisang yang masak ranum begini memang sesuai untuk di buat muffin  

Bahan B (Ayak semuanya)

1 sudu teh baking soda

1 sudu teh baking powder

secubit garam

1 1/2 cawan tepung gandum 

Bahan C

1/2 cawan walnut - di cincang (boleh lebihkan sedikit jika suka)

Cara membuatnya:

1. Panaskan oven 180'c dan isikan loyang muffin dengan cawan kertas. (Saya

gunakan cawan muffin kertas).

2. Sementara itu, kupas pisang dan lenyek hingga hancur dan ketepikan.

3. Dalam sebuah mangkuk, campurkan gula dengan mentega cair dan pukul

hingga sebati dan gula hancur dengan menggunakan 'hand whisk'. Masukkan

telur, pukul lagi dan masukkan walnut cincang.

4. Masukkan pula bahan kering (bahan A) ke dalam adunan tersebut dan kacau

sekadar adunan bercampur dengan menggunakan spatula. (Jangan terlebih

kacau kerana muffin akan menjadi keras).

5. Tuang adunan tadi ke dalam cawan muffin (kira-kira 3/4 cawan), dan

taburkan lebihan walnut cincang ke atasnya.

6. Bakar kira 20minit atau sehingga masak dan bolehlah di hidangkan.

Tips : Untuk mencairkan mentega dengan mudah, sila gunakan kaedah 'double

boiler'. Boleh juga gantikan mentega dengan minyak jagung atau sayuran.

Page 2: Muffin Pisang Walnut

SAVOURY MUFFINS

Sumber : cupcake_queen (BestRecipes.com.au)

(Bahan kering)

2 cawan tepung naik sendiri 

1/2 cawan sosej yang - di hiris nipis

1/2 cawan keju - di parut

1/4 cawan cendawan butang - di hiris nipis

1 biji lada benggala warna merah (saiz kecil) - di cincang halus

1 sudu besar daun parsley - di cincang halus

Bahan Basah  

125gm mentega di cairkan 

1 cawan susu segar

1 biji telur - di pukul ringan.

Cara membuat :

1. Panaskan oven 180'c dan lengserkan tin muffin.

2. Campurkan semua adunan kering di dalam mangkuk besar.

3. Buatkan lubang di tengah-tengah adunan kering tersebut, tuang mentega cair, susu dan

telur dan kacau sehingga adunan sekata. Jangan over mix kerana muffin akan menjadi

keras. 

 4. Masukkan kedalam acuan muffin dan bakar selama 20minit (bergantung pada oven)

atau sehingga masak dan  warna keemasan.