MUKA 5 – MUKA 4 – MUKA 2 Kadar menganggur, henti kerja … · 2017-08-01 · bantu rumah asing....

2
MCI (P) 082/09/2016 70 sen Sebuah penerbitan SPH - kumpulan media yang diyakini BH dicetak 9.30 malam. Edisi digital BH di BeritaHarian.sg Kejayaan berganda bagi pasangan kembar – MUKA 4 Sikap jujur amalan terbaik bagi pegawai Certis Cisco – MUKA 5 KALAU ikut rasa hati, bersara awal mungkin menjadi pi- lihan ramai. Namun ada juga yang memilih sebaliknya. Seperti Encik Sharif Ali, 83 tahun, yang masih terus me- nabur bakti kepada majikannya sejak kali pertama bekerja di Hospital Tan Tock Seng (TTSH) – 60 tahun lalu! Sehingga kini, bapa tujuh anak yang sudah bercicit ini masih terus setia dengan satu-satu majikannya itu. Kesetiaannya diiktiraf apabila beliau diberi Anugerah Khidmat Berlian oleh TTSH dalam satu majlis beberapa minggu lalu. Semasa ditemu ramah, Encik Sharif, yang kini seorang atendan kesihatan sambilan, berkata beliau tiada masalah menyesuaikan diri dengan keadaan masa ini – meskipun jumlah pesakit bertambah. Antara lain pekerjaannya memerlukan beliau menokok perkakas yang diperlukan dalam bilik klinik seperti alat menyuntik dan pembalut luka. Dianggarkan beliau akan menokok perkakas dalam seki- tar 30 bilik klinik sehari dan setiap kali bekerja, beliau berdi- ri sekitar lima jam lamanya. “Alhamdulillah saya bersyukur kerana pengiktirafan ini. “Yang lebih penting lagi, saya masih diberi kesihatan dan kekuatan yang membolehkan saya terus bekerja,” ujarnya yang hanya menghidap masalah darah tinggi sahaja pada masa ini. Berita lanjut di Muka 17. Hukuman penjara bagi pemandu mabuk ditetapkan – MUKA 2 BEBERAPA tanda positif dalam pasaran buruh terlihat dalam suku kedua tahun ini, dengan kadar pengangguran dan pemberhentian kerja lebih rendah berbanding suku sebelumnya. Namun, kadar pengambilan kerja secara keselu- ruhan terus mengecil. Kadar pengganguran, yang disesuaikan mengikut musim bagi warga Singapura, adalah 3.3 peratus pada Jun, turun daripada 3.5 peratus pada Mac, mengikut anggaran awal yang dikeluarkan oleh Kementerian Tenaga Manusia (MOM) se- malam. Digabungkan warga Singapura dengan pen- duduk tetap, kadar penganggurannya ialah 3.1 pera- tus pada Jun, turun daripada 3.2 peratus pada Mac. Kadar keseluruhannya pula kekal tidak berubah iaitu 2.2 peratus. “Namun, kadar ini tetap ‘lebih tinggi’,” kata MOM. Ia 0.1 hingga 0.2 mata peratusan lebih tinggi berbanding setahun lalu. Jumlah pekerja yang diberhentikan antara April dengan Jun tahun ini juga telah turun, berbanding pada suku sebelumnya, dengan 3,500 pekerja diber- hentikan – kebanyakannya daripada sektor pengi- langan dan penyedia khidmat. Jumlah ini lebih rendah daripada jumlah 4,000 bagi suku pertama dan lebih rendah daripada 4,800 pekerja yang diberhentikan dalam suku kedua tahun lalu. Pengambilan kerja secara keseluruhan merosot bagi suku kedua berturut-turut, dengan jumlah pe- kerja merosot sebanyak 8,400, tidak termasuk pem- bantu rumah asing. MOM berkata bahawa kemerosotan itu disebab- kan jumlah pemilik permit kerja yang berkurangan dalam sektor binaan dan marin kerana harga miny- ak yang rendah dan kegiatan binaan lemah yang berterusan. Kemerosotan itu lebih kecil berbanding jumlah 9,400 pada suku pertama, tetapi satu kebalikan pu- la dengan pertumbuhan pengambilan kerja sebany- ak 2,100 setahun lalu. Sektor pengilangan juga telah memberhentikan pekerja sepanjang hampir tiga tahun, dengan pen- gambilan kerja di sektor itu turun 2,500 bagi suku ke-11 berturut-turut. Dalam sektor binaan, pengambilan kerja turun 9,500 bagi suku keempat berturut-turut, sementara dalam sektor perkhidmatan, ia meningkat sebanyak 3,400 pekerja, tidak termasuk pembantu rumah. Secara keseluruhan, 3,631,300 pekerja diambil bekerja di Singapura sehingga Jun. Dalam kenyataannya, MOM menekankan baha- wa ramalan bagi pasaran buruh kekal tidak setara dari sektor ke sektor. Masih kerja di Tan Tock Seng pada usia 83 SOLAT Subuh 5.45 Syuruk 7.06 Zuhur 1.13 Asar 4.35 Maghrib 7.17 Isyak 8.30 Kadar menganggur, henti kerja turun dalam suku kedua TERUS SIHAT: Encik Sharif merupakan pekerja tertua dan paling lama bertugas bersama Hospital Tan Tock Seng. Bersamanya ialah anaknya Cik Noraini Sharif. – Foto KHALID BABA SABTU, 29 JULAI 2017 (5 ZULKAEDAH 1438) Kilauan Sempurna Wawancara Eksklusif Bersama Ong Ye Kung... Majikan Kian Utamakan Kemahiran Laporannya Esok dan Isnin

Transcript of MUKA 5 – MUKA 4 – MUKA 2 Kadar menganggur, henti kerja … · 2017-08-01 · bantu rumah asing....

Page 1: MUKA 5 – MUKA 4 – MUKA 2 Kadar menganggur, henti kerja … · 2017-08-01 · bantu rumah asing. MOM berkata bahawa ... pital kerana sakit perut. Demam biasa juga biasa dialami,

MCI (P) 082/09/2016 70 senSebuah penerbitan SPH - kumpulan media yang diyakini

BH dicetak 9.30 malam. Edisi digital BH di

BeritaHarian.sg

Kejayaan berganda bagi pasangan kembar– MUKA 4

Sikap jujur amalan terbaik bagi pegawaiCertis Cisco– MUKA 5

KALAU ikut rasa hati, bersara awal mungkin menjadi pi-lihan ramai.

Namun ada juga yang memilih sebaliknya.

Seperti Encik Sharif Ali, 83 tahun, yang masih terus me-nabur bakti kepada majikannya sejak kali pertama bekerja di Hospital Tan Tock Seng (TTSH) – 60 tahun lalu!

Sehingga kini, bapa tujuh anak yang sudah bercicit ini masih terus setia dengan satu-satu majikannya itu.

Kesetiaannya diiktiraf apabila beliau diberi Anugerah Khidmat Berlian oleh TTSH dalam satu majlis beberapa minggu lalu.

Semasa ditemu ramah, Encik Sharif, yang kini seorang atendan kesihatan sambilan, berkata beliau tiada masalah

menyesuaikan diri dengan keadaan masa ini – meskipun jumlah pesakit bertambah.

Antara lain pekerjaannya memerlukan beliau menokok perkakas yang diperlukan dalam bilik klinik seperti alat menyuntik dan pembalut luka.

Dianggarkan beliau akan menokok perkakas dalam seki-tar 30 bilik klinik sehari dan setiap kali bekerja, beliau berdi-ri sekitar lima jam lamanya.

“Alhamdulillah saya bersyukur kerana pengiktirafan ini.“Yang lebih penting lagi, saya masih diberi kesihatan dan

kekuatan yang membolehkan saya terus bekerja,” ujarnya yang hanya menghidap masalah darah tinggi sahaja pada masa ini.

Berita lanjut di Muka 17.

Hukuman penjara bagi

pemandu mabuk

ditetapkan– MUKA 2

BEBERAPA tanda positif dalam pasaran buruh terlihat dalam suku kedua tahun ini, dengan kadar pengangguran dan pemberhentian kerja lebih rendah berbanding suku sebelumnya.

Namun, kadar pengambilan kerja secara keselu-ruhan terus mengecil.

Kadar pengganguran, yang disesuaikan mengikut musim bagi warga Singapura, adalah 3.3 peratus pada Jun, turun daripada 3.5 peratus pada Mac, mengikut anggaran awal yang dikeluarkan oleh Kementerian Tenaga Manusia (MOM) se-malam.

Digabungkan warga Singapura dengan pen-duduk tetap, kadar penganggurannya ialah 3.1 pera-tus pada Jun, turun daripada 3.2 peratus pada Mac.

Kadar keseluruhannya pula kekal tidak berubah iaitu 2.2 peratus.

“Namun, kadar ini tetap ‘lebih tinggi’,” kata MOM. Ia 0.1 hingga 0.2 mata peratusan lebih tinggi berbanding setahun lalu.

Jumlah pekerja yang diberhentikan antara April dengan Jun tahun ini juga telah turun, berbanding pada suku sebelumnya, dengan 3,500 pekerja diber-hentikan – kebanyakannya daripada sektor pengi-langan dan penyedia khidmat.

Jumlah ini lebih rendah daripada jumlah 4,000 bagi suku pertama dan lebih rendah daripada 4,800

pekerja yang diberhentikan dalam suku kedua tahun lalu.

Pengambilan kerja secara keseluruhan merosot bagi suku kedua berturut-turut, dengan jumlah pe-kerja merosot sebanyak 8,400, tidak termasuk pem-bantu rumah asing.

MOM berkata bahawa kemerosotan itu disebab-kan jumlah pemilik permit kerja yang berkurangan dalam sektor binaan dan marin kerana harga miny-ak yang rendah dan kegiatan binaan lemah yang berterusan.

Kemerosotan itu lebih kecil berbanding jumlah 9,400 pada suku pertama, tetapi satu kebalikan pu-la dengan pertumbuhan pengambilan kerja sebany-ak 2,100 setahun lalu.

Sektor pengilangan juga telah memberhentikan pekerja sepanjang hampir tiga tahun, dengan pen-gambilan kerja di sektor itu turun 2,500 bagi suku ke-11 berturut-turut.

Dalam sektor binaan, pengambilan kerja turun 9,500 bagi suku keempat berturut-turut, sementara dalam sektor perkhidmatan, ia meningkat sebanyak 3,400 pekerja, tidak termasuk pembantu rumah.

Secara keseluruhan, 3,631,300 pekerja diambil bekerja di Singapura sehingga Jun.

Dalam kenyataannya, MOM menekankan baha-wa ramalan bagi pasaran buruh kekal tidak setara dari sektor ke sektor.

Masih kerja di Tan Tock Seng pada usia 83

SOLAT Subuh 5.45 Syuruk 7.06 Zuhur 1.13 Asar 4.35 Maghrib 7.17 Isyak 8.30

Kadar menganggur, henti kerja

turun dalamsuku kedua

TERUS SIHAT: Encik Sharif merupakan pekerja tertua dan paling lama bertugas bersama Hospital Tan Tock Seng. Bersamanya ialah anaknya Cik Noraini Sharif. – Foto KHALID BABA

SABTU, 29 JULAI 2017 (5 ZULKAEDAH 1438)

K i l a u a n S e m p u r n a

Wawancara Eksklusif Bersama Ong Ye Kung...

Majikan Kian Utamakan KemahiranLaporannya Esok dan Isnin

Page 2: MUKA 5 – MUKA 4 – MUKA 2 Kadar menganggur, henti kerja … · 2017-08-01 · bantu rumah asing. MOM berkata bahawa ... pital kerana sakit perut. Demam biasa juga biasa dialami,

EFARID [email protected]

LANGKAHNYA mungkin tidak selincah zaman mudanya dulu. Na-mun, Encik Sharif Ali, 83 tahun, masih berdaya menjalankan kerja yang dilakukan sejak hari pertama bertugas.

Bapa tujuh anak itu sudah beker-ja di Hospital Tan Tock Seng (TT-SH) sebagai atendan kesihatan sela-ma 60 tahun.

Encik Sharif, juga datuk 30 cucu dan moyang 20 cicit, masih ingat di mana alat menyuntik, jarum sunti-kan dan tiub perlu disimpan di kli-nik. Beliau pun masih bertenaga me-nolak kerusi roda pesakit.

“Saya masih ingat tarikh saya mula bekerja di TTSH – 2 April 1957. Sejak itu, tidak pernah saya bertukar kerjaya atau tempat kerja kerana amat selesa bekerja di hospi-tal,” katanya.

Encik Sharif berkata beliau tiada masalah menyahut permintaan juru-rawat yang memerlukan pesakit

duduk di kerusi roda.Baginya, selagi bertenaga dan si-

hat, beliau akan terus menumpukan perhatian kepada pekerjaan.

Beliau bekerja sambilan sebagai atendan kesihatan sebanyak empat hari seminggu, selama tujuh sete-ngah jam sehari.

Encik Sharif perlu berdiri seku-rang-kurangnya lima jam sehari.

Menurut beliau, sejauh ini kerja tidak menjejas lututnya.

Dalam sehari, beliau dapat me-nguruskan hingga 30 bilik doktor, misalnya membersihkan dan meno-kok jumlah perkakas.

Mungkin juga gaya hidup sihat yang diamalkan sejak muda mem-bantunya pada usia senja.

Menurutnya, semasa muda, be-liau aktif bermain sepak takraw dan badminton.

“Alhamdullilah, sejauh ini saya terus diberi kesihatan baik, melain-kan perlu makan ubat sedikit bagi masalah darah tinggi,” katanya, yang juga baru dimasukkan ke hos-pital kerana sakit perut.

Demam biasa juga biasa dialami, tambahnya.

Encik Sharif tinggal bersama anaknya, Cik Latifah, suri rumah berusia 52 tahun, dan suaminya En-cik Osman Abdullah, juga 52 tahun. Pasangan itu mempunyai tiga anak dewasa.

Isteri Encik Sharif pula me-ninggal dunia tujuh tahun lalu.

Encik Osman, yang bekerja se-bagai penolong pejabat, berkata ba-

pa mentuanya itu gemar menonton filem lama karya P. Ramlee.

“Apabila isteri saya pergi ke pa-sar, beliau akan ikut. Bagi kami, itu-lah cara terbaik beliau mengekalkan kesihatan jasmani dan minda,” ujar Encik Osman.

Apa pula rahsia Encik Sharif mengekalkan pekerjaan dan beker-ja dengan satu majikan selama lebih 60 tahun? “Tiada rahsia sebenarn-ya. Yang penting, kuatkan sema-

ngat, kerja dengan jujur, berikan ko-mitmen, berdisiplin dan akhir sekali, amalkan gaya hidup sihat,” ujarnya.

Encik Sharif juga sering menanti-kan kehadiran anak cucu setiap hu-jung minggu.

Apabila mereka melawat, beliau akan menyelitkan nasihat tentang

amalan pekerjaan yang dilaluinya hingga dapat kekal lama.

“Mereka masih muda, jadi apa ju-ga pengalaman yang saya lalui, saya cuba kongsi dengan mereka agar kita semua meraih pengajaran,” ujar En-cik Sharif, sambil menambah bahawa beliau tidak tahu bila akan bersara.

SEJURUS mencecah usia 62 tahun, kakita-ngan Hospital Tan Tock Seng (TTSH) ditawar-kan kontrak pascapersaraan, bergantung pada keadaan kesihatan dan kelakonan kerja.

Sekiranya kesihatan kakitangan dan kelako-nan kerja membolehkannya bekerja hingga berusia lebih 67 tahun, mereka akan terus di-tawarkan pekerjaan.

Antaranya ialah Encik Sharif Ali, 83 tahun.

Jurucakap TTSH berkata pihaknya terus me-nilai skop dan merombak pekerjaan agar institu-si itu dapat terus memanfaatkan pengalaman dan pengetahuan kakitangan usia lanjut pada tahun-tahun mendatang.

“Dasar sumber manusia dan proses di tem-pat kerja juga mesra usia. TTSH juga meman-faatkan teknologi untuk menjadikan kerja bersi-fat lebih fizikal kurang membebankan bagi te-

naga kerja yang lanjut usia,” ujarnya.Contohnya, jurucakap itu berkata pihaknya

memperkenal sistem konveyor makanan, sis-tem elektronik pesanan hidangan, troli yang boleh memanaskan makanan dan mesin pencu-ci sebagai sebahagian usahanya memanfaatkan teknologi.

“Teknologi dan mesin ini mengurangkan keperluan kerja berat atau kerja berulang yang membebankan,” katanya.

Moyang20 cicit

pekerja TTSH paling lama

TTSH permudah kerja kakitangan usia senja,manfaatkan pelbagai mesin dan teknologi

KERJA PENUH DEDIKASI: Encik Sharif menerima penghargaan sebagai pekerja paling lama berkhidmat di Hospital Tan Tock Seng (TTSH).– Foto HOSPITAL TAN TOCK SENG

Berita Harian | Sabtu, 29 Julai 2017 17

Gah!