Murid Dan Alam Belajar Teori Sosial Humanis

download Murid Dan Alam Belajar Teori Sosial Humanis

of 12

Transcript of Murid Dan Alam Belajar Teori Sosial Humanis

PENDAHULUAN Menurut Mok Song Sang dalam Psikologi Pendidikan dan pedagogi Murid dan Alam Belajar teori pembelajaran merujuk kepada prinsip-prinsip dan hukum-hukum pembelajaran yang dihasilkan daripada kajian-kajian ahli-ahli psikologi pembelajaran. Melalui teori ini para pendidik dapat memahami tentang cara bagaimana pelajarnya belajar. Selain itu, pendidik dapat menghubung kait prinsip dan hukum pembelajaran dengan kaedah dan teknik yang akan digunakan berdasarkan pelbagai teori-teori yang telah dikemukakan oleh ahli-ahli psikolgi pembelajaran yang terkemuka. Terdapat empat mazhab teori pembelajaran yang utama iaitu behavioris, kognitif, sosial dan humanistik. Tokoh bagi setiap mazhab adalah berbeza iaitu bagi tokoh teori pembelajaran mazhab behavioris ialah Pavlov, Thordike dan Skinner. Bagi teori pembelajaran mazhab kognitif ialah Gagne, Ausubel dan Bruner. Manakala bagi teori pembelajaran sosial ialah Albert Bandura dan yang terakhir bagi teori pembelajaran humanistic ialah Carl Rogers. PERBANDINGAN TEORI SOSIAL DAN TEORI HUMANISTIK KONSEP Choong Lean Keow (2008) menegaskan bahawa, menurut ahli teori pembelajaran sosial, kebolehan kognitif individu dan faktor-faktor seperti ciri-ciri fizikal, personality, kepercayaan dan skap mempengaruhi tingkahlaku seseorang atau individu serta persekitaran di mana seseorang itu berada. Dengan lebih jelas, dapat dikatakan bahawa teori pembelajaran sosial ini mengutamakan kepada pembelajaran yang berlaku dalam lingkungan persekitaran atau sosial dengan mempertimbangkan bagaimana seseorang individu belajar melalui pemerhatian. Menurut Choong lean Keow (2008), pembelajaran pemerhatian ialah pembelajaran yang berlaku apabila tingkah laku individu berubah akibat melihat tingkah laku individu lain model.

Berbeza dengan teori pembelajaran mazhab humanis, ia menyatakan pembelajaran bagi setiap individu adalah berbeza. Mok Soon Sang (2010) menegaskan bahawa Strategi pengajaran dan pembelajaran hendaklah mengikut kehendak danperkembangan emosi pelajar. Hal ini kerana kajian ahli psikologi mazhab humanis menyatakan bahawa pembelajaran manusia bergantung kepada emosi dan perasaannya. Ahli-ahli psikologi terkemuka mazhab humanis seperti Carl Rogers dan Maslow berkata bahawa setiap individu mempunyai potensi dan keinginan untuk mencapai kecemerlangan kendiri. Tetapi menurut A.H Maslow dalam Mok Soon Sang (2010) menegaskan bahawa konsep asas teori keperluan

dalam mazhab humanis. Konsep asas dalam teori ini menghuraikan konsep asas yang pertama ialah motivasi intrinsic iaitu kuasa dalaman yang berada dalam perkembangan fisiologi dan psikologikal manusia. Konsep yang kedua ialah perkaitan motivasi di antara hierarki keperluan. Hal ini bermaksud apabila seseorang mendapat kepuasan dan keinginan yang telah dipenuhi dalam sesuatu hierarki, keperluan di kedudukan yang lebih tinggi secara semula jadinya akan berlaku. Yang terakhir ialah, Maslow menyatakan bahawa kebanyakan orang mendapat kepuasan pada kedudukan hierarki yang rendah dan hanya sedikit sahaja yang mendapat kepuasan pada hierarki yang tinggi.Kedua teori sosial dan humanis memberi satu persepsi yang berbeza daripada soal pembelajaran kanak-kanak. Bagi mazhab sosial, mazhab ini lebih menekankan pembelajaran melalui pemerhatian atau lebih kepada pemusatan guru jika berada didalam situasi pembelajaran didalam kelas. Manakala bagi mazhab humanis, teori ini lebih mementingkan ciri yang terdapat pada setiap individu yang dinyatakan bahawa mempunyai potensi berbeza dalam pembelajaran dan corak yang berlainan dalam hal ehwal cara belajar. Dengan kata lan, ianya lebih menumpukan kepada pembelajaran berpusatkan murid-murid.

PRINSIPSetiap teori mempunyai prinsip asas yang menjadikan sesuatu teori itu kukuh dan berpandukan kepada satu pegangan serta matlamat yang tersendiri. Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying & Sharifah Fakhri Syed Ahmad (2009) menggariskan empat langkah atau prinsip yang menjadi pegangang atau tunjang kepada mazhab sosial. Yang pertama ialah tumpuan perhatian, dalam perilaku pembelajaran secara pemerhatian, indivdu perlulah member tumpuan serta perhatian perilaku sesuatu model. Seterusnya ialah penyimpanan dalam ingatan. Setelah memberi tumpuan dan pemerhatian, perkara tersebut akan disimpan dalam ingatan dan inilah yang dikatakan pembelajaran melalui pemerhatian. Jika sekadar melihat tetapi tidak diingati, bukan satu cara pembelajaran. Proses mental ini melibatkan proses mengenkod, menyimpan dan mendekod. Prinsip yang seterusnya ialah pengeluaran, segala maklumat dan pembelajaran pemerhatian yang telah disimpan akan dikeluarkan dalam bentuk perlakuan. Yang terakhir yang telah digariskan oleh Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying & Sharifah Fakhri Syed Ahmad (2009) ialah motivasi dan peneguhan. Pembelajaran yang diterima melalui pemerhatian mestilah sesuatu yang menarik seterusnya akan membuatkan seseorang berasa seronok dan berjaya lalu akan mendapat peneguhan daripada individu yang lain. Tigkah laku yang berjaya di terima melalui proses pembelajaran pemerhatian akan diulangi dan setrusnya akan dikukuhkan. Berbanding dengan Teori humanis, teori ini pula menggariskan lima prinsip asas menurut Gagne dan Berliner (1991) dalam Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying & Sharifah Fakhri Syed Ahmad (2009) berbanding sosial yang merangkumkan satu prinsip tetapi menggambarkan keseluruhan teori pembelajaran sosial. Prinsip pembelajaran humanis yang pertama ialah pembelajaran berlaku jka murid tidak berasa terancam. Hal ini kerana teori pembelajaran humanis menegaskan bahawa pembelajaran manusia bergantung kepada emosi dan perasaannya. Oleh sebab itu, salah satu prinsip utama dalam mazhab humanis ialah, pembelajaran hanya berlaku jika murid tidak berasa terancam kerana berasa terancam merupakan satu gangguan emosi dan perasaan yang boleh mengganggu gugat suasana pembelajaran murid-murid mengikut teori pembelajaran humanis. Prinsip seterusnya ialah belajar apa yang dikehendaki dan yang ingin diketahui. Bersesuaian dengan konsep pembelajaran humanis yang lebih menekankan kepada pemusatan murid, prinsip ini mementingkan kehendak murid sendiri berbanding yang diaturkan individu lain untuk keperluan individu atau murid sendiri. Hal ini kerana, konsep pembelajaran

humanis adalah bersifat terbuka kepada individu itu sendiri untuk menentukan apa yang dikehendaki oleh diri sendiri. Selain itu, prinsip dalam mazhab humanis turut menyenaraikan bahawa keinginan untuk belajar lebih penting daripada pemerolehan fakta-fakta. Hal ini kerana berpandukan prinsip ini, emosi atau perasaan berkait rapat dengan keinginan, dan oleh sebab itu jugalah bagi mazhab humanis mengatakan bahawa pembelajaran bergantung kepada emosi dan perasaan dan ianya temaktub dalam konsep mazhab humanis itu sendiri.

Perasaan adalah sama penting dengan fakta merupakan salah satu daripada lima prinsip yang telah digariskan dalam Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying & SharifahFakhri Syed Ahmad (2009). Pembelajaran berlaku daripada tindakan pemikiran dan perasaan. Pembelajaran dan perasaan walaupun dua perkara berbeza namun ianya merupakan tempat utama dalam soal pembelajaran menurut prinsip mazhab humanis. Keduanya sama penting dan perlu seimbang jika berkeinginan untuk suasana dan pembelajaran yang sempurna. Prinsip terakhir ialah penilaian yang dibuat oleh murid sendiri lebih bermakna buat dirinya, Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying & Sharifah Fakhri Syed Ahmad (2009). Penilaian dibuat setelah murid mencapai tahap pencapaian yang ditetapkan. Hal ini kerana, dengan menilai kerja sendiri, murid akan lebih faham di mana kesalahan yang mereka lakukan dan sterusnya akan membetulkannya melalui cara yang telah diajarkan kepadanya. Kelemahan yang telah dikenalpasti dapat dibaiki setelah penilaian yang dilakukan murid sendiri.

Perbandingan yang dapat kita lihat disini ialah bagaimana setiap mazhab yang berlainan menggariskan dan menetapkan prinsip mereka tersendiri yang menjadi sesuatu teori itu bergerak dengan berlandaskan prinsip mereka dan identity mereka sendiri. Bagi mazhab sosial, teori mazhab ini ialah pemerhatian, lalu prinsip yang dinyatakan adalah berdasarkan pemerolehan dan proses setelah pemerhatian dilakukan. Berbeza dengan prinsip teori bagi mazhab humanis yang telah menggariskan lima prinsip yang menyatakan lebih kepada emosi dan perasaan yang berperanan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bagaimana ahli psikologi mazhab humanis memperkaitkan kepentingan kedua aspek emosi dan perasaan sebagai elemen bagi memperkemas pembelajaran murid-murid.

APLIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI BILIK DARJAH BERDASARKAN MODEL PENGAJARAN, STRATEGI PENGAJARAN DAN KAEDAH YANG BERSESUAIAN DENGAN TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL DAN HUMANIS Berdasarkan teori yang telah saya pilih iaitu sosial dan humanis, saya telah membuat pembacaan dan rujukan mengenainya, justeru aplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah ke atas teori sosial dan humanis adalah berbeza. Model Pembelajaran Yang Sesuai Bagi Teori Sosial Bagi teori pembelajaran sosial, model pengajaran yang sesuai untuk di aplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah ialah model sosial. Menurut teori sosial dalam Choong Lean Keow (2008) menegaskan bahawa ahli psikologi sosial menyatakan tingkah laku koperatif bukan sahaja merangsangkan murid secara sosial, tetapi juga secara intelek. Hal ini bermakna interaksi atau pergaulan murid secara tidak langsung merangsang minda murid-murid. Menurut Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying & Sharifah Fakhri Syed Ahmad (2009) modelsosial melatih pelajar agar berkebolehan menyusun maklumat serta merta dan mensintesis maklumat untuk menyelesaikan masalah. Model sosial yang di laksanakan sebenarnya

berobjektifkan bagi membantu murid untuk lebih mengasah kemahiran berfikir melalui interaksi dengan sekeliling dan bekerjasama dengan individu lain secara proaktif. Didalam model sosial terdapat tiga aspek strategi pembelajaran dan kaedah yang telah digariskan iaitu pembelajaran koperatif, main peranan dan simulasi. Bagi pembelajaran koperatif dalam model sosial, perkara yang dapat di aplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran didalam kelas ialah belajar secara berkumpulan. Belajar melalui kumpulan melalui menguasai pelbagai maklumat carian bersama, idea yang difikirkan dan diluahkan serta kemahiran selain penyelesaian segala masalah yang timbul. Dengan interaksi yang berlaku, secara tidak langsung pergerakan maklumat daripada indivdu ke individu yang lain akan berlaku. Hal ini kerana, dengan berkomunikasi, murid dapat berkongsi idea serta pemikiran dalam sesuatu masalah atau perkara yang dihadapi.

Bagi pembelajaran main peranan dan simulasi, pembelajaran ini membantu murid untuk memahami sesuatu watak. Menurut Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying &Sharifah Fakhri Syed Ahmad (2009) main peranan merupakan satu situasi yang melibatkan pelajar memegang sesuatu peranan sama ada sebagai dirinya mahupun individu lain. Mok Soon Sang (2008) Simulasi merupakan suatu situasi pembelajaran dalam keadaan terkawal dan sengaja diwujudkan sama dengan situasi sebenar dengan tujuan menjalankan latihan penyelesaian masalah tertentu. Dengan model main peranan dan simulasi, murid dapat berinteraksi serta berbincang bagaimana untuk melakonkan watak yang mereka perolehi, secara tidak langsung, mereka akan berkomunikasi dan cuba mengaplikasikan watak yang berlainan berbeza daripada diri mereka yang sebenar. Dengan melakonkan sesuatu watak, mereka dapat memahami tingkah laku orang lain. Aktivti yang boleh diaplikasikan dalam bilik darjah menerusi pengajaran dan pembelajaran ialah menggunakan teknik simulasi dengan membolehkan murid-murid berlatih sendiri aktivti lakonan dalam keadaan yang teratur dan terkawal dengan objektif untuk menemukan jalan penyelesaian bagi sesuatu masalah. Masalah di sini daripada segi kajian yang kompleks, dengan kata lain dengan teknik simulasi dan main peranan ini, murid akan melaksanakan aktiviti pembelajaran dengan cara berlakon sesuatu situasu secara berpura-pura dalam suatu keadaan yang telah dirancang. Dengan itu, murid dapat menemukan penyelesaian masalah yang ditimbulkan. Terdapat jenis-jenis simulasi yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Antaranya ialah sosiodrama. Menurut Mok Soon Sang (2010) sosiodrama merupakan aktiviti lakonan yang menarik. Sosiodrama merupakan satu situasi yang perlu dialkonkan oleh murid yang kebiasaanya menggambarkan satu situasai yang berkonflik. Dengan itu, ia akan mengajar murid berfikir bagaimana cara atau kaedah menyelesaikan masalah melalui lakonan. Didalam kelas, aktiviti lakonan bermula apabila murid terlebih dahulu membaca skrip yang telah disediakan kemudian masing-masing akan memainkan peranan mengikut situasi yang telah digambarkan. Selesai aktiviti berlakon, perbincangan bolehlah dilakukan sebagai satu refleksi atau rumusan bagi menganalisis dan menilai watak dalam situasi drama yang telah dialkonkan oleh murid-murid.

Model Pembelajaran Yang Sesuai Bagi Teori Humanis Bagi teori pembelajaran mazhab humanis, mazhab ini berbeza dengan mazhab sosial di mana model pembelajarannya lebih berfokuskan kepada sifat manusia itu sendiri.Setiap individu adalah berbeza, dan mempunyai cara belajar yang berbeza. Strategi

pengajaran dan pembelajaran perlulah mengikut kehendak dan perkembangan emosi pelajar. Ahli mazhab humanis seperti Carl Rogers dan Maslow mengatakan bahawa setiap individu mempunyai potensi dan keinginan untuk mencapai kecermelangan kendiri. Oleh itu, guru hendaklah menjaga kendiri murid dan memberi bimbingan yang setimpal supaya potensi mereka dapat dikembangkan. Oleh itu, model pembelajaran yang saya rasakan sesuai untuk digandingkan bersama teori pembelajaran humanis ini ialah model personal. Bertepatan dengan teori pembelajaran humanis yang lebih mengutamakan emosi dan perasaan dalam pembelajaran. Model pembelajaran personal sebenarnya bermula dai perspektif kendiri seseorang individu, Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying & Sharifah FakhriSyed Ahmad (2009). Model ini sebenarnya dapat melatih murid untuk lebih mengenali diri mereka dengan lebih baik. Objektif utama yang digariskan dalam model pembelajaran ini ialah untuk membentuk personality yang kompeten, bersepadu dan berkeyakinan diri menurut Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying & Sharifah Fakhri Syed Ahmad (2009) dalam Murid dan Alam Belajar. Untuk di aplikasikan di dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, model ini dapat meningkatkan kualiti dan mutu peribadi selain perasaan dan mewujudkan satu situasi dan suasana pengajaran dan pembelajaran yang berbeza iaitu suasana pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan komunikasi sesama murid di dalam kelas. Model personal secara terperinci berfokuskan kepada konsep serta teori ahli mazhab humanistik. Antaranya konsep kendiri dan harga diri, arah kendiri positif dan sifat berdikari, kreativiti dan sifat ingin tahu dan perkembangan domain afektif dan emosi. Kaedah projek merupakan salah satu cabang model pengajaran dalam model personal yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Kaedah ini yang disyorkan oleh Professor William Kilpatrick (1871-1965) dalam Mok Soon Sang (2010) dengan pengubahsuaian daripada kaedah penyelesaian masalah yang dikemukakan oleh Dewey. Kaedah projek adalah berdasarkan teori pembelajaran yang mengatakan bahawa hasil pembelajaran murid akan lebioh berkesan jika mereka menaruh minat dan bersedia untuk

melaksanakan aktiviti pembelajaran yang dirancang (Mok soon Sang, 2010). Bersesuaian dan bertepatan dengan kehendak teori pembelajaran humanis yang mementingkan kehendak individu dalam pembelajaran iaitu berdasarkan minat. Antara aktiviti yang boleh dilakukan atau dipraktikkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas ialah aktiviti permainan, kerja praktik, kajian dan lawatan. Dengan kaedah ini, murid dapat merasakan pembelajaran secara seronok kerana perhatian mereka tertarik dengan aktiviti yang dijalankan yang dapat menjadikan murid belajar dengan penuh minat dan perhatian. Kaedah projek akan dilangsungkan setelah murid menguasai kemahiran tertentu atau setelah mereka mempelajari sesuatu topik. Sebagai contoh, di dalam proses pengajaran matematik, setelah murid menguasai kemahiran mengira pukul rata atau purata. Mereka boleh diberi projek dengan dikehendaki menjalankan satu kajian soal selidik yang ringkas. Melalui kerja projek ini, murid akan dapat pengalaman yang mendalam selain dapat memperkembangkan potensi mereka daripada segi intelek, jasmani dan sosial. Secara individu dan berkumpulan boleh diaplikasikan dalam kaedah projek untuk aktivti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, Namun, untuk melancarkan lagi sesuatu aktiviti dalam kaedah projek ini, beberapa perkara atau aspek perlulah diberi perhatian yang khusus oleh guru sebelum memulakan model pembelajaran ini. Yang pertama ialah menurut Mok Soon Sang ( 2010) ialah objektif haruslah jelas dan ditentukan berdasarkan kecenderungan dan kemahiran murid. Hal ini penting kerana, tanpa minat murid, aktivti ini tidak akan mendatangkan apa-apa kesan terhadap perkembangan murid-murid. Yang seterusnya ialah guru harus menyediakan bahan-bahan yang diperlukan untuk melaksanakan aktiviti. Dengan itu, aktiviti akan berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah kerana penyediaan yang rapi sebelum aktiviti dimulakan, seterusnya ialah perancangan yang sistematik dan lengkap perlu untuk menjamin kelicinan pelaksanaannya. Untuk lebih menampakkan berdikari dalam kalangan murid, tentukan kerja yang mana memerlukan bimbingan guru dan kerja yang memerlukan kepimpinan daripada murid sendiri. Terakhir ialah menentukan cara mempamerkan hasil-hasil kerja murid, cara menyimpan dan penggunaannya sebagai alat bantu mengajar pada masa akan datang. Dengan memenuhi kriteria dan ketetapan yang telah digariskan bagi kaedah projek. Sudah pastinya murid akan lebih gembira dan mudah untuk menerima pembelajaran dan pengajaran daripada guru.

Kelancaran dan persiapan yang dilakukan sebelum aktivti amat penting sebagai satu platform dimana guru menjaga imej dan profesionalisme seorang guru di mata murid-muridnya. IMPLIKASI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI BILIK DARJAH Berdasarkan model yang telah dipilih berdasarkan kesesuaian teori pembelajaran sosial dan humanis, ternyata implikasi terhadap model pembelajaran yang dipilih member impak yang berbeza antara satu sama lain. Implikasi yang jelas bagi model pembelajarn sosial ialah melalui pemerhatian yang dilakukan berdasarkan watak-watak yang dialkonkan. Perkara ini dalam kata lainnya ialah peniruan melalui main peranan dan simulasi yang dilakukan oleh murid sendiri didalam proses pembelajaran di dalam kelas. Berbanding dengan implikasi yang dapat dinyatakan melalui model personal menerusi kaedah projek ialah murid akan lebih lebih berdikari dan melakukan aktiviti dengan sendiri tetapi dengan pemantauan, tidak seperti model sosial dimana berlaku proses peniruan, tetapi bagi implikasi model personal, murid akan lebih belajar daripada pengalaman yang mereka timba sepanjang berlaku proses pembelajaran mengikut kaedah projek. Dalam kata lain, penggunaan model dalam pengajaran dan pembelajran tidak dipreskripsi, tetapi ditentukan oleh murid. Dengan melakukan aktiviti pembelajaran dengan sendiri, ianya lebih bermakna dan pelajar mudah memahami sesuatu topic atau perkara. Implikasi yang kedua yang boleh di bandingkan ialah menerusi model sosial ialah guru sebagai rol model yang harus memastikan dan mempunyai tingkah laku dan perwatakan yang positif supaya pelajar melihat dan dapat menjadikan guru sebagai subjek utama atau contoh teladan yang baik kepada mereka. Harus diingat bahawa, teori sosial berkaitan dengan pembelajaran melalui pemerhatian, oleh itu, segala gerak geri dan pergerakan guru di dalam kelas menjadi tumpuan utama kepada murid untuk dijadikan contoh. Berbeza pula kepada model personal, guru tidak menjadi sebagai satu subjek untuk pemerhatian, sebaliknya guru perlu proaktif dengan menyediakan suatu iklim sosial yang bersesuaian untuk pelajar meluahkan perasaan dan bebas untuk mengekspresi perasaan mereka. Guru sebagai pakar rujuk atau kaunselor untuk murid meminta nasihat dan kata-kata pembakar semangat. Pelajar perlu diberikan peluang untuk menjadikan sekolah mahupun kelas bukan sahaja untuk belajar, namun sebagai tempat rujukan utama dalam menyelesaikan masalah dan meluahkan perasaan dalam perbincangan indivdu atau kumpulan.

Rumusan Teori Pembelajaran Sosial yang dikemukakan oleh Bandura telah memberi penekanan tentang bagaimana perilaku kita dipengaruhi oleh persekitaran. Hal ini bermaksud melalui peneguhan dan pembelajaran pemerhatian, cara memandang dan cara berfikir yang kita miliki terhadap sesuatu maklumat dan juga sebaliknya, iaitu bagaimana tingkah laku kita mempengaruhi persekitaran dan menghasilkan peneguhan dan peluang untuk diperhatikan oleh orang lain. Teori pembelajaran humanisme pula lebih melihat pada sisi perkembangan keperibadian manusia. Pendekatan teori ini melihat kepada kejadian iaitu bagaimana manusia mendorong dirinya untuk melakukan hal-hal yang positif. Kemampuan bertindak positif ini yang disebut sebagai potensi manusia. Dapat dilihat disini bahawa kedua teori yang telah dikemukakan mampu untuk digunakan di dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Namun terdapat kelemahan dan kelebihan setiap teori di mana guru perlu kenal pasti kehendak dan kesesuaian penggunaan teori kepada murid-murid. Tidak semua teori sesuai dengan tahap dan pencapaian murid. Oleh itu, teori yang telah digariskan perlu digunakan dan dijadikan panduan untuk mendidik murid denga lebih berkesan dan memberi impak yang positif kepada guru mahupun pelajar sendiri.

REFLEKSI Pembacaan yang saya lakukan amat membantu saya dalam menulis tulisan ilmiah Murid dan Alam Belajar iini. Perbandingan teori pembelajaran memerlukan pemikiran kreatif dan kritis dalam mengolah maklumat dan member respon berkaitan teori yang dinyatakan. Walaupun sukar, namun saya rasakan ini merupakan satu proses mengulang kaji sebelum menduduki peperiksaan akhir semester ini. Perbincangan juga saya laksanakan bersama rakan-rakan untuk menambah baik pemerolehan maklumat berkaitan teori yang dipilih. Rujukan turut saya perbanyakkan dengan bertukar-tukar buku rujukan dengan rakan-rakan. Saya dapat rasakan pengetahuan saya bertambah dengan menjalankan banyak pembacaan berkenaan teori. Sejak mulanya membuat tugasan, daripada memilih teori yang ingin di bandingkan, sedikit sebanyak mampu menambahbaik pengetahuan sedia ada berkenaan teori-teori pembelajaran. Walaupun sukar pada mulanya namun dengan kegigihan yang saya cuba motivasikan pada diri saya sendiri, akhirnya mampu untuk melaksanakan tugasan ini dengan jayanya. Pensyarah pembimbing bagi subjek ini Encik Tarmizi sedikit sebanyak membantu sepanjang proses menyiapkan tugasan ini. Saya turut pergi ke perpustakaan di kampus saya dan Alhamdulillah berjaya menjumpai buku yang dapat saya jadikan rujukan selain internet yang pada hari ini merupakan sumber bahan dalam menyiapkan sebarang tugasan. Kerja kursus ini sedikit sebanyak membantu dalam menambahkan lagi pemahaman saya berkaitan subjek ini. Walaupun tidak mencakupi semua aspek, tetapi cukup sebagai persediaan untuk menjadi seorang guru yang mempunyai ilmu pengetahuan yang baik. Saya berharap tugasan ini dapat menjadi tugasan yang baik di mata penilai tugasan serta mendapat pemarkahan yang baik bersesuaian dengan criteria yang telah ditetapkan.

RUJUKAN

Buku Noriati A, Rashid, Boon Pong Yin, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2009).Siri Pendidikan Guru Murid dan Alam Belajar. Shah Alam, Selangor: Oxford Fajar Sdn.Bhd.

Mok Soon Sang (2010).Murid dan Alam belajar .Ipoh, Perak: Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.

Choong Lean Keow (2008).Murid dan Alam belajar Untuk program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian Empat Tahun .Shah Alam, Selangor: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.