Mutu Sukan Negara Kita Belum Cukup Membanggakan

4
MUTU SUKAN NEGARA KITA BELUM CUKUP MEMBANGGAKAN Pencapaian atlet negara kurang memberangsangkan berbanding dengan zaman kegemilangan Tan Aik Huang(badminton), Mokhtar Dahari (bola sepak) dan M Jegathesan (olahraga) dahulu. Tiada sebarang pingat diperoleh dalam Sukan Komanwel di Australia baru-baru ini. Kita hanya gah pada peringkat Sukan SEA tetapi tidak mencapai pencapaian membanggakan dalam kejohanan yang lebih besar. Sebab-Sebab Pencapaian Tidak Membanggakan 1. Kekurangan atlet yang cemerlang kesan daripada kurang galakan daripada ibu bapa. Menurut majalah Mastika (2000), sebanyak 85% daripada ibu bapa kurang menggalakkan anak mereka menceburi bidang sukan. Ibu bapa lebih mempercayai bahawa kecemerlangan dalam bidang akademik lebih penting dalam menentukan kejayaan masa depan. Ibu bapa menganggap sukan tiada jaminan masa depan. Tidak banyak atlet cemerlang yang menyinar selepas aktif dalam bidang sukan. Ibu bapa melarang anak mereka kerana kekangan agama dan adat. Sebagai contoh, sukan renang dan olahraga dianggap kurang sesuai untuk anak gadis mereka. 2. Amalan rasuah masih berleluasa dalam sukan. Rasuah sukan yang pernah menyerang sukan bola sepak pada tahun 1995 dahulu menggemparkan rakyat Malaysia dan Singapura. Hampir 100 orang pemain bola sepak telah ditahan dan 80 orang daripada mereka dikenakan tahanan reman dan 16 orang lagi dibuang daerah. Kes terbaharu , ada jurulatih yang bersubahat dengan bookie atau kaki judi untuk menentukan perlawanan. Peminat dan ahli sukan mula menjauhi sukan dan menganggap sukan sebagai kotor . Kesannya, mutu sukan bola sepak merosot sehingga sekarang biarpun pelbagai program dilaksanakan oleh Majlis Sukan Negara dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

description

1

Transcript of Mutu Sukan Negara Kita Belum Cukup Membanggakan

Page 1: Mutu Sukan Negara Kita Belum Cukup Membanggakan

MUTU SUKAN NEGARA KITA BELUM CUKUP MEMBANGGAKAN

Pencapaian atlet negara kurang memberangsangkan berbanding dengan zaman

kegemilangan Tan Aik Huang(badminton), Mokhtar Dahari (bola sepak) dan M

Jegathesan (olahraga) dahulu.

Tiada sebarang pingat diperoleh dalam Sukan Komanwel di Australia baru-baru

ini.

Kita hanya gah pada peringkat Sukan SEA tetapi tidak mencapai pencapaian

membanggakan dalam kejohanan yang lebih besar.

Sebab-Sebab Pencapaian Tidak Membanggakan

1. Kekurangan atlet yang cemerlang kesan daripada kurang galakan daripada ibu

bapa.

Menurut majalah Mastika (2000), sebanyak 85% daripada ibu bapa kurang

menggalakkan anak mereka menceburi bidang sukan.

Ibu bapa lebih mempercayai bahawa kecemerlangan dalam bidang akademik

lebih penting dalam menentukan kejayaan masa depan.

Ibu bapa menganggap sukan tiada jaminan masa depan.

Tidak banyak atlet cemerlang yang menyinar selepas aktif dalam bidang sukan.

Ibu bapa melarang anak mereka kerana kekangan agama dan adat. Sebagai

contoh, sukan renang dan olahraga dianggap kurang sesuai untuk anak gadis

mereka.

Page 2: Mutu Sukan Negara Kita Belum Cukup Membanggakan

2. Amalan rasuah masih berleluasa dalam sukan.

Rasuah sukan yang pernah menyerang sukan bola sepak pada tahun 1995 dahulu

menggemparkan rakyat Malaysia dan Singapura.

Hampir 100 orang pemain bola sepak telah ditahan dan 80 orang daripada

mereka dikenakan tahanan reman dan 16 orang lagi dibuang daerah.

Kes terbaharu , ada jurulatih yang bersubahat dengan “bookie” atau kaki judi

untuk menentukan perlawanan.

Peminat dan ahli sukan mula menjauhi sukan dan menganggap sukan sebagai

“kotor”.

Kesannya, mutu sukan bola sepak merosot sehingga sekarang biarpun pelbagai

program dilaksanakan oleh Majlis Sukan Negara dan Persatuan Bola Sepak

Malaysia (FAM).

3. Kemudahan sukan belum mencukupi.

Negara kita masih kekurangan gimnasium, dan kompleks sukan bertaraf dunia

untuk membolehkan atlet berlatih dengan selesa.

Kita juga kekurangan jurulatih yang berkaliber, pakar pemakanan (diet), ahli

fisioterapi dan pakar psikologi untuk membantu meningkatkan prestasi atlet.

Peralatan untuk latihan sudah usang dan aspek penyelenggaraan agak lemah.

Pegawai sukan dan jurulatih kurang bersungguh-sungguh untuk merencanakan

program pembangunan sukan.

Page 3: Mutu Sukan Negara Kita Belum Cukup Membanggakan

4. Ciri-ciri fizikal atlet tempatan.

Atlet tempatan kita bersaiz kecil dan tidak dapat menandingi atlet negara lain

yang bersaiz besar. Keadaan fizikal ini tidak memberikan kelebihan kepada atlet

negara dalam bidang sukan seperti bola sepak, bola keranjang, ragbi dan

sebagainya.

Atlet kita kurang stamina kerana corak pemakanan kita berbeza.

Keadaan cuaca dan persekitaran juga menjejaskan persiapan atlet.

5. Krisis kewangan

Kegawatan ekonomi pada tahun 1997 dan 1998 dahulu menjejaskan program

pembangunan sukan negara.

Akhir-akhir ini sahaja kita mempunyai dana yang mencukupi untuk merangka

perancangan jangka panjang. Hasilnya belum lagi menampakkan hasil dalam

setahun dua ini.

Kita juga kekurangan sumber untuk menghantar atlet berlatih di luar negara.

Krisis ekonomi negara turut menyebabkan tidak banyak syarikat yang sanggup

menaja persatuan sukan dan atlet negara kita. Hakikat ini berbeza dengan atlet

luar negara yang mendapat penajaan besar daripada syarikat-syarikat

konglomerat.

Banyak usaha dan perancangan tidak dapat dilaksanakan kerana kurang

peruntukan.

Page 4: Mutu Sukan Negara Kita Belum Cukup Membanggakan

6. Faktor Luaran

Prestasi atlet luar lebih pesat berbanding dengan atlet negara.

Program pembangunan sukan mereka lebih agresif dan berkesan.

Mereka mendapat sokongan yang padu daripada pemimpin dan rakyat.

Mereka mempunyai kemudahan dan teknologi sukan yang lebih canggih.

Sukan menjadi sumber pendapatan mereka.

Penglibatan atlet asing dalam bidang sukan sudah lama sedangkan kita baru

belajar bertatih dalam sukan tertentu seperti tenis, lumba kereta, golf dan tinju.

Masa belum lagi terlewat untuk kita meningkatkan inisiatif bagi meningkatkan

kecemerlangan mutu sukan negara.

Komitmen haruslah bermula daripada kerajaan, dan disokong oleh rakyat,

khusunya ibu bapa dan sekolah.

Kerjasama daripada semua pihak amatlah diperlukan dalam usaha

memartabatkan kembali imej negara khususnya dalam sukan tertentu seperti

renang, boling, badminton, sepak takraw dan bola sepak.

Harapan kita agar lebih ramai atlet seperti Nicol David dapat dilahirkan oleh

negara kita.

Punca-punca Kemerosotan Mutu Sukan Negara

Pendahuluan:

Page 5: Mutu Sukan Negara Kita Belum Cukup Membanggakan

Arena sukan - membantu Malaysia memahat nama di mata dunia - saban tahun atlet

Malaysia menyertai pelbagai kejohanan/acara sukan bertaraf antarabangsa - tidak

dapat dinafikan prestasi mutu sukan negara masih rendah/merosot meskipun banyak

wang telah dibelanjakan

Isi-isi:

Antara puncanya termasuklah latihan yang dijalankan kurang berkesan untuk

menyerlahkan prestasi atlet - atlet gagal mengatur strategi yang baik/ gaya permainan

mudah dibaca oleh pihak lawan.

Atlet kurang latihan - berlatih hanya apabila menjelang sesuatu perlawanan - tidak

konsisten - kurang persefahaman atau keserasian (terutama bagi atlet berpasukan) -

tidak dapat memberi persembahan yang terbaik

Pemain/atlet negara kurang semangat patriotisme - bermain dan mewakili negara

hanya kerana telah dibayar gaji dan elaun - semangat untuk mengharumkan nama

negara seolah-olah tiada - sikap sebegini harus dikikis

Kurang disiplin dalam diri atlet - boleh mencetuskan masalah yang lebih besar -

sukan memerlukan disiplin yang tinggi - mudah berputus asa dan kurang semangat

kesukanan - perlu motivasi yang tinggi [Beri contoh atlet negara yang berdisiplin

tinggi - Datuk Nicol Ann David dan Datuk Lee Chong Wei]

Kurang pendedahan baik di dalam mahupun luar negeri - perlu diberi lebih banyak

Page 6: Mutu Sukan Negara Kita Belum Cukup Membanggakan

pendedahan melalui latihan atau penyertaan pertandingan peringkat antarabangsa

untuk timba lebih banyak pengalaman

Sistem ganjaran dan penghargaan membuatkan atlet mudah alpa dan berpuas hati

berada di takuk yang sama - sistem ini perlu dikaji agar atlet mahu terus berusaha

untuk memberi yang terbaik.

Penutup:

Demi meningkatkan mutu sukan negara - langkah-langkah yang praktikal perlu

diambil segera - atlet kita mampu memberi saingan hebat kepada atlet luar jika

masalah-masalah di atas ditangani sebaiknya