Muzik Era Klasikal2

9
Muzik Era Klasikal (1750 – 1825) Pengenalan Pada era klasikal, idea-idea baru telah mula bercambah da buda!a barat mula beruba biasa mula mem$ers%alka kemam$ua &%l%&a istaa da mem$er'ua&ka hak idi idu" *merika +tara, K%l%i ritish melalui kesatua %st% ea Part! me&adaka $r%tes cukai" #e %lusi di *merika +tara da Peracis serta $e$era&a .a$%le% me!ebabka keadaa $%litik da ek%%mi tidak stabil" /ei muzik da$at diikmati ke$ada rak!at 'elata" Ke&iata muzik ber$usat di iea k%m$%ser ber$elua& beker'a secara $ersediria serta berkar!a di ba ah au&a &%l%&a ba&sa a" Kar!a-kar!a mereka di$e&aruhi %leh muzik rak!at da muzik $%$ular $ada itu" Persembaha muzik buka saha'a terhad di istaa malaha di tem$at-te $remis-$remis $ersediria" Ciri-ciri muzik era klasikal muzik era klasikal adalah lebih merdu da sea& di!a!ika mel%di!a 'u&a berusur simetri da seimba&" muzik era klasikal ka!a de&a $elba&ai c%rak irama" $e&&uaa sik%$asi, ermatta luar'a&kaa, $erubahailai %t meambahka ke$elba&aia c%rak irama dalam muzik era klasikal" muzik era klasikal mem$u!ai tekstur h%m% %i" erda$at $erubaha dari$ada satu tekstur ke tekstur !a& lai sama ada secara berasur-asur atau medadak" mud muzik era klasikal setiasa berubah-ubah da mem$u!ai ke$elba&aia" Peru mud 'u&a b%leh berlaku secara berasur-asur atau medadak" muzik era klasikal tidak la&i me&&uaka bass% c%tiu% se$erti !a& terda$a bar%3ue" muzik era klasikal lazim!a berbetuk s%ata, r%d%, tema da ariasi serta m tri%" 'eis muzik era klasikal terdiri dari$ada muzik istrumetal da muzik kamar" 4%t%h!a, sim %i, c%cert% da s%ata" Muzik kamar era klasikal terdiri dar 3uartet, $ia% tri%, $ia% s%ata da clariet 3uitet" %rkestra era klasikal terdiri dari$ada em$at seks!e iaitu seks!e alat berta tiu$ ka!u, seks!e alat brass da seks!e alat $erkusi" ila&a $emuzik lebi berbadi& %rkestra era ar%3ue" alam %rkestra era klasikal, alat

description

Muzik dunia

Transcript of Muzik Era Klasikal2

Muzik Era Klasikal (1750 1825)PengenalanPada era klasikal, idea-idea baru telah mula bercambah dan budaya barat mula berubah. Rakyat biasa mula mempersoalkan kemampuan golongan istana dan memperjuangkan hak individu. Di Amerika Utara, Koloni British melalui kesatuan Boston Tea Party mengadakan protes berkenaan cukai. Revolusi di Amerika Utaradan Perancis serta peperangan Napoleon menyebabkan keadaan politik dan ekonomi tidak stabil.

Seni muzik dapat dinikmati kepada rakyat jelata. Kegiatan muzik berpusat di Vienna. Komposer-komposer berpeluang bekerja secara persendirianserta berkarya di bawah naungan golongan bangsawan. Karya-karya mereka dipengaruhi oleh muzik rakyat dan muzik popular pada masa itu. Persembahan muzik bukan sahaja terhad di istana malahan di tempat-tempat awam dan premis-premis persendirian.

Ciri-ciri muzik era klasikal muzikera klasikal adalah lebih merdu dan senang dinyanyikan

melodinya juga berunsur simetri dan seimbang.

muzik era klasikal kaya dengan pelbagai corak irama.

penggunaan sinkopasi, fermatta luar jangkaan, perubahan nilai not menambahkan kepelbagaian corak irama dalam muzikera klasikal.

muzikera klasikal mempunyai tekstur homofoni. Terdapat perubahan daripada satu tekstur ke tekstur yang lain sama ada secaraberansur-ansur atau mendadak.

mud muzikera klasikal sentiasa berubah-ubah dan mempunyai kepelbagaian. Perubahan mud juga boleh berlaku secara beransur-ansur atau mendadak.

muzikera klasikal tidak lagi menggunakan basso continuo seperti yang terdapat pada era baroque.

muzik era klasikal lazimnya berbentuk sonata, rondo, tema dan variasiserta minuet dan trio.

jenis muzik era klasikal terdiri daripada muzik instrumental dan muzik kamar. Contohnya, simfoni, concerto dan sonata. Muzik kamar era klasikal terdiri daripada string quartet, piano trio, piano sonata dan clarinet quintet.

orkestra era klasikal terdiri daripada empat seksyen iaitu seksyen alat bertali, sekyen alat tiup kayu, seksyen alat brass dan seksyen alat perkusi. Bilangan pemuzik lebih ramai berbanding orkestra era Baroque. Dalam orkestra era klasikal, alat bertali merupakan seksyen yang paling dominan kerana alat bertali lebih banyak memainkan melodi. Alat tiup kayu menghasilkan warna ton yang kontras. Alat ini kerap memainkan bahagian solo. Alat tiup kayu membantu melengkapkan harmoni. Timpani merupakan alat perkusi yang popular dalam orkestra era klasikal.

Tchaikovsky Pyotr llyich Tchaikovsky (1840-1893)

Karya terkemuka Symphonies Nos. 4 & 5 Piano concerto No.1 Violin concerto in D The nutcracker Swan Lake Romeo and Juliet Serenade for strings Eugene Onegin Latar belakang Tchaikovsky dibesarkan dalam keluarga kelas atasan. Bapanya seorang pegawai kerajaan dalam bidang perlombongan di St. Petersburg. Minat Tchaikovsky terhadap muzik mula timbul setelah belajar bermain piano. Namun begitu, bapanya lebih menggalakkannya menceburi bidang undang-undang. Pada umur 19 tahun, Tchaikovsky mendapat pekerjaan di Ministry Of Justice, St. Petersburg. Sambil itu, dia menyambung pelajarannya dalam bidang muzik di St. Petersburg Conservatoire. Akhirnya, dia membuat keputusan untuk berhenti kerja dan belajar muzik sepenuh masa. Pada tahun 1865, Tchaikovsky telah dilantik sebagai professor of harmony di New Moscow Conservatoire.

Karyanya, Eugene Onegin (1878), Fourth Symphony dan Violin concerto dicipta khas untuk kawan rapatnya, Nadezhda von Meck. Tchaikovsky menjelajah Eropah hampir setiap tahun sejak 1870. Pejelajahan sebagai konduktor buat pertama kalinya pada tahun 1888 dan kali kedua pada tahun 1889. Dia telah bertemu Brahms, Dvorak, Greig dan komposer-komposer lain di London dan melengkapkan karyanya, Fifth Symphony dan karya balletnya yang agung, The Sleeping Beauty.

Sumber : Stanley,J.(2005).Classical Music.London:Octopus Publishing Group Ltd.

Muzik Klasik BaratZaman Klasikal (1750-1820)PengenalanPada zaman Klasikal, stail Baroque yang serius telah beranjak kepada stail yang lebih mudah dan ringan. Perubahan ini dipengaruhi oleh seni reka, seni bina dan seni lukis orang Greek dan orang Rom. Revolusi di Amerika dan Perancis serta peperangan Napoleon mengakibatkan kuasa politik dan ekonomi diambilalih oleh golongan rakyat jelata. Berikutan dengan itu, seni muzik juga menjadi terbuka kepada rakyat jelata. Pada masa itu kegiatan muzik berpusat di Vienna. Komposer-komposer berpeluang bekerja secara persendirian atau di bawah naungan golongan bangsawan. Karya-karya mereka dipengaruhi oleh muzik rakyat dan muzik popular pada masa itu. Persembahan muzik bukan sahaja terhad di istana malahan di tempat-tempat awam dan di rumah-rumah persendirian.

Ciri-ciri muzik zaman Klasikal adalah seperti berikut : - Muzik zaman Klasikal adalah lebih merdu dan senang dinyanyikan - Melodinya juga berunsur simetri dan seimbang. - Muzik zaman Klasikal kaya dengan pelbagai corak irama. -Penggunaan sinkopasi, fermata luar jangkaan, perubahan nilai not menambahkan kepelbagaian corak irama dalam muzik zaman Klasikal. - Muzik zaman Klasikal pada asasnya mempunyai tekstur homofoni. - Teksturnya fleksibel di mana ia boleh beranjak daripada satu tekstur ke tekstur yang lain sama ada secara lancar atau mendadak. - Mud muzik zaman Klasikal berubah-ubah dan pelbagai. Perubahan mud boleh berlaku sama ada secara beransur-ansur atau mendadak. - Muzik zaman Klasikal mempunyai dinamik yang berubah secara beransur-ansur atau mendadak. Untuk menghasilkan dinamik sedemikian, piano digunakan. - Muzik zaman Klasikal tidak lagi menggunakan basso continuo. - Muzik zaman Klasikal lazimnya berbentuk sonata, rondo, theme and variations dan minuet and trio.

Jenis muzik zaman Klasikal terdiri daripada muzik instrumental dan muzik kamar. Contoh muzik instrumental zaman Klasikal adalah seperti simfoni, concerto dan sonata. Contoh muzik kamar zaman Klasikal adalah seperti string quartet, piano trio, piano sonata dan clarinet quintet. Orkestra zaman Klasikal merupakan orkestra standard yang terdiri daripada empat seksyen iaitu seksyen alat bertali, sekyen alat tiup kayu, seksyen alat bras dan seksyen perkusi. Bilangan pemain muzik adalah lebih ramai berbanding dengan orkestra zaman Baroque. Dalam orkestra zaman Klasikal, alat bertali merupakan seksyen yang paling penting kerana alat bertali lebih banyak memainkan melodi. Alat tiup kayu menghasilkan warna ton yang kontras. Alat ini kerap memainkan bahagian solo. Alat tiup kayu membantu melengkapkan harmoni dan juga mengukuhkan kelantangan bunyi.Timpani merupakan alat perkusi yang popular dalam orkestra zaman Klasikal. Alat ini digunakan unutk memain irama.

Tokoh Muzik Zaman Klasikal

Tingkatan Dua Wolfgang Amadeus Mozart Ludwig Van Beethovenhttp://jessmusicroom.wikispaces.com/Muzik+Klasik+BaratMuzik klasikal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Muzik klasikal (atau bahasa Melayu negara Malaysia, "Muzik klasik") ialah satu istilah yang memberi tiga makna yang berbeza:

Muzik tradisi eropah yang berkaitan dengan kebudayaan yang sangat tinggi nilainya; yang amat berbeza dengan muzik popular moden atau muzik tradisi lama (termasuk muzik-muzik tradisi di negara bukan Eropah).

Tradisi Eropah begitu juga yang hampir sama dengan sesetengah tradisi bukan eropah.

Satu bahagian yang terperinci dalam pembangunan tradisi muzik seni eropah yang berakar umbi dari akhir kurun ke-18.

Istilah muzik klasikal tidak muncul sehingga awal abad ke-19. Ia diperkenalkan di dalam usaha untuk membawa era Bach hingga ke Beethoven sebagai salah satu "seni" di dalam zaman kegemilangan seni ukiran arca, seni bina dan antikuiti klasik. Ini adalah kerana, kebiasaannya seni muzik tidak kekal hayatnya. Semenjak dari itu, istilah ini digunakan sebagai penggunaan genre muzik yang bermaksud bukan muzik popular atau muzik tradisi lama.

Bahasa Inggeris memberi penjelasan terperinci mengenai perbezaan classic dan classical; di mana classic ialah istilah umum untuk semua bidang (barang lama bermutu tinggi) seperti "motor klasik", "rekod klasik", "lagu klasik", "lampu klasik", "perabot klasik" dan sebagainya, manakala "classical" ialah istilah yang spesifik merujuk kepada muzik simfoni orkestra sahaja.

Oleh kerana sesetengah negara memilih untuk menterjemahkan "Classical music" sebagai "Muzik Klasik", pemahaman sebenar perlu dibuat secara terperinci agar pengguna-pengguna bahasa negara tersebut tidak menyamakan muzik klasikal sebagai muzik ciptaan lama seperti "lagu-lagu tradisi", "lagu-lagu rakyat" atau "lagu-lagu evergreen" . Muzik klasikal dan opera masih digubah sehingga ke hari ini.

Secara ringkasnya, Muzik klasikal adalah muzik-muzik yang berakar-umbikan tradisi muzik eropah, penggubahan muzik orkestra simfoni dan opera opera dari akhir kurun ke-18 sehingga ke hari ini.

Terdapat banyak penjelasan mengenai ini di dalam internet yang separuhnya tidak tepat dan mengelirukan. Para pengguna atau para penyelidik yang berminat dinasihati menggunakan buku-buku atau kamus-kamus istilah yang diiktiraf antaranya Concise Oxford Dictionary of Music, The Oxford English Dictionary on Historical principle , The Harvard Dictionary of Music bagi mendapatkan maksud yang tepat.

Penggunaan istilah muzik klasikal juga merangkumi muzik teks suci kristian (sacred text) dan muzik konsert (yang menggunakan muzik instrumen orkestra).

Muzik era klasikal - Pada 1750 1820; adalah era muzik terpenting yang melahirkan banyak gubahan-gubahan muzik, gaya dan persembahan yang dterima hingga ke hari ini. Era muzik klasikal juga menandakan pengakhiran zaman penggunaan alat muzik hapsikord dan klavikord; digantikan dengan piano yang menjadi alat muzik terpenting untuk gubahan yang kekal sehingga kini.

Muzik klasikal sebagai "Muzik pada era atau zaman klasikal"Rencana utama: Muzik era klasikalDi dalam pengajaran atau perbincangan "sejarah muzik", definasi untuk "muzik klasikal" atau "muzik klasik" kebiasaannya diberi maksud yang lain; iaitu "muzik-muzik yang merangkumi gubahan Carl Philipp Emanuel Bach hingga Ludwig van Beethoven dari sekitar tahun 1730 1820". Apabila digunakan untuk tujuan ini, istilah berkenaan kebiasaan dibuat di dalam tulisan besar untuk mengelakkan kekeliruan.

Potret Beethoven dilukis oleh Joseph Karl Stieler 1820Ludwig van Beethoven

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ludwig Van Beethoven (dibaptiskan 17 Disember 1770 26 Mac 1827) ialah seorang penggubah Jerman dan juga seorang tokoh unggul dalam sejarah muzik klasikal. Beliau juga merupakan seorang ahli muzik terpenting dalam tempoh peralihan antara muzik era klasikal dan muzik era romantis di dalam muzik barat. Muzik dan reputasinya banyak memberi inspirasi dan juga memberi tekanan dan cabaran kepada ramai penggubah-penggubah untuk generasi-generasi berikutnya, begitu juga kepada ahli-ahli muzik dan para pendengar. [1] Walaupun beliau pada hari ini dikenali sebagai seorang penggubah, Beethoven adalah juga seorang pemain piano yang dikagumi.

Beethoven berpindah ke Vienna, Austria, ketika berumur awal 20-an, dan menetap di situ. Beliau belajar muzik di bawah bimbingan penggubah ternama, Joseph Haydn dan dengan pantasnya, mencapai kemasyhuran sebagai seorang pemain piano yang amat cemerlang.

Walaupun pendengaran beliau mula beransur-ansur hilang pada akhir 20-an, Beethoven terus gigih menghasilkan karya-karya agung di sepanjang hidupnya. Karya beliau terus dibuat walaupun setelah pendengaran beliau telah hilang sama sekali dan menjadikan beliau pekak.

Beethoven juga seorang penggubah bebas pertama dengan membuat penggubahan muzik untuk konsert-konsert, menjual gubahan muziknya untuk penerbit-penerbit dan mendapat bantuan kewangan daripada sebilangan pelanggan-pelanggan kaya. Beliau memilih kerja bebas daripada mencari pekerjaan tetap di gereja atau tempat bangsawan sepertimana pemuzik atau penggubah lain.

BiografiBeethoven dilahirkan di Bonn, Jerman pada tahun 1770 anak kepada Johann van Beethoven (17401792), seorang pemain muzik berketurunan Flemish dan Maria Magdalena Keverich (17441787), anak kepada ketua dapur di kubu Festung Ehrenbreitstein.

Beethoven merupakan salah seorang dari tujuh adik beradik tetapi hanya beliau dan dua adik-adiknya yang hidup. Beethoven dibaptiskan pada 17 disember 1770. Walaupun tarikh lahir beliau tidak diketahui secara pasti, namun keluarganya (dan kemudian, gurunya Johann Georg Albrechtsberger) menyambut hari jadi beliau pada 16 Disember.

Ibu Beethoven meninggal dunia pada 17 Julai 1787, ketika beliau berusia 16 tahun. [2] Disebabkan ketagihan alkohol ayahnya menjadi teruk, Beethoven terpaksa memikul tanggung jawab menjaga ke-dua adik-adiknya. Beethoven berpindah ke Vienna pada tahun 1972, di mana beliau beliau belajar muzik untuk seketika bersama dengan Joseph Haydn, walaupun sebenarnya beliau berminat untuk belajar muzik dengan Mozart yang meninggal dunia setahun sebelumnya,

Beethoven menerima latihan tambahan dalam bidang muzik daripada seorang kaunterpoin terkemuka Vienna, Johann Georg Albrechtsberger dan juga penggubah dan konduktor muzik terkenal Itali, Antonio Salieri. Pada tahun 1793, Beethoven mula terkenal dan bertapak sebagai pemain piano cemerlang di Vienna. [3]Antara karya-karya beliau yang pertama adalah gubahan opus untuk sebuah set tiga penyanyi dan tiga piano berkumpulan pada tahun 1795.

Piano perseoranganMoonlight SonataPiano Sonata No. 14 dalam C-sharp minor, pergerakan pertamaPathetique SonataPiano Sonata No. 8 dalam C-sharp minor, pergerakan pertama dan ke-2

Opus 111, pergerakan 1Piano Sonata No. 32 dalam C-sharp minor, pergerakan pertama

Opus 111, pergerakan 2Piano Sonata No. 32 dalam C-sharp minor, pergerakan ke-2

Laendler dalam C MinorHess 68

AppassionataPiano Sonata No. 23 dalam F minor, pergerakan pertama (Allegro assai)

Simfoni orkestraSimfoni 5, pergerakan 1Dari simfoni No. 5

Simfoni 5, pergerakan 2Dari simfoni No. 5

Simfoni 5, pergerakan 3Dari simfoni No. 5

Simfoni 5, pergerakan 4Muzik kamar