My presentation
-
Upload
nurhayati-ibrahim -
Category
Education
-
view
2.017 -
download
0
description
Transcript of My presentation
KUMPULAN 1:
SEJARAH PERKEMBANGAN SOSIOLOGI, TEORI SOSIOLOGI &
SOSIOLOGI PENDIDIKAN
AHLI KUMPULAN:
1. NUR IZZATI ZARIN (P56489)
2. NURHAYATI IBRAHIM (P69735)
SEJARAH PERKEMBANGAN SOSIOLOGI
Ilmu sosiologi diperkenalkan oleh pemikir Islam seperti Ibnu Khaldun.
Pada abad ke-18 dan 19, sosiologi dikemudi oleh pemikir barat seperti Auguste Comte, Karl Marx ,
Emile Durkheim, Herbert Spencer, Max Weber dan George Herbert Mead.
Istilah ‘Sosiologi’ terbentuk pada tahun 1839 apabila Auguste Comte menggabungkan dua
perkataan Latin, iaitu ‘socio’ dan ‘logos’
Ilmu sosiologi menjadi satu disiplin apabila berlaku revolusi perindustrian di Eropah dan Amerika.
Terbahagi kepada dua cabang
TOKOH-TOKOH SOSIOLOGI
Ibnu Khaldun (1332 -1406)
i. Mengkaji masyarakat berpandukan unsur ketuhanan.
ii. Menghubungkan pemikiran sosiologi dengan pemerhatian sejarah.
iii. Membezakan antara masyarakat primitif dengan moden serta mengkaji perkaitan antara institusi-institusi sosial seperti politik dan ekonomi.
iv. Memperkenalkan konsep penting sosiologi seperti perbandingan desa dan kota, asabiyah atau solidariti sosial, perubahan sosial serta bidang-bidang berkaitan sosiologi politik, ekonomi dan sejarah.
v. Mengiktiraf kewujudan masyarakat yang berstratifikasi tetapi menolak ketidakadilan.
Auguste Comte (1797 – 1857)
i. Mengasaskan perkataan ‘sosiologi’.
ii. Pengkajian masyarakat dibuat secara saintifik dan sistematik.
iii. Membahagikan pengkajian masyarakat kepada statik sosial dan dinamik sosial.
iv. Mengemukakan pendapat dalam Law of the Three Stages (Undang-undang Tiga Peringkat) 3 peringkat perkembangan intelektual: Teologikal Metafizikal Positif
v. Mengutamakan faktor-faktor intelektual dalam perkembangan dunia.
TOKOH-TOKOH SOSIOLOGI
Karl Marx ( 1818 – 1883)
i. Mengaitkan idea-idea ekonomi dengan institusi sosial.
ii. Pemikiran berasaskan materialisme sejarah.
iii. Menganggap ekonomi sebagai asas atau struktur masyarakat.
iv. Menumpukan kajian kepada perubahan-perubahan yang berlaku pada zaman moden.
v. Menurut Marx, sejarah keseluruhan manusia adalah dipenuhi oleh perjuangan antara kelas. Kelas pemerintah (borjuis) dan kelas pekerja (proletariat). Kedua-dua pihak akan memperjuangkan kepentingan masing-masing dan dari situ timbulnya konflik kelas.
TOKOH-TOKOH SOSIOLOGI
Emile Durkheim (1858 – 1917)
i. Menekankan fakta sosial adalah sama seperti mengkaji benda.
2 jenis fakta sosial: a) Fakta sosial material (peraturan dan birokrasi)
b) Fakta sosial bukan material (budaya dan institusi sosial)
ii. Menekankan penggunaan statistik dalam menganalisis teori-teori sosial.
iii. Mengemukakan penganalisisan terhadap perkembangan pembahagian tugas dalam masyarakat.
iv. Menyatakan pandangan bahawa perubahan sosial membawa kepada masalah sosial - fenomena anomie
v. Membicarakan perimbangan antara keperluan kepada peraturan dan kebebasan.
TOKOH-TOKOH SOSIOLOGI
Herbert Spencer (1820 – 1903)
i. Menerangkan sistem laissez-faire, kapitalisme, mementingkan individualisme, persaingan dan dasar tidak campur tangan kerajaan.
ii. Sependapat dengan Comte mengenai statik sosial dan dinamik sosial.
iii. Menyamakan masyarakat dengan organisma biologi.
iv. Proses perkembangan sosial adalah dipengaruhi oleh perjuangan untuk wujud dan keupayaan untuk terus hidup.
v. Masyarakat berkembang melalui 2 cara: a)penggandaan anggota b)penyatuan kumpulan
TOKOH-TOKOH SOSIOLOGI
Max Weber (1864 – 1920)
i. Menolak konsep materialisme sejarah Marx kerana Weber berpendapat idea dan nilai turut mempunyai kesan yang sama seperti faktor ekonomi.
ii. Tidak setuju dengan revolusi dan mengkritik sosialisme.
iii. Mengemukan teori mengenai proses rasionalisasi.
iv. Menyumbang konsep ideal type (ciri unggul) kepada sosiologi moden.
v. Menjelaskan bahawa tidak tepat mengkaji manusia sama seperti mengkaji sains fizikal.
TOKOH-TOKOH SOSIOLOGI
George Herbert Mead ( 1863 – 1931)
i. Memperkenalkan teori interaksionisme simbolik (simbol yang signifikan atau mempunyai makna)
ii. Konsep yang terkenal: kendiri, minda dan masyarakat.
iii. Menumpukan perhatian kepada menganalisis proses sosial bersaiz kecil.
iv. Beliau menghuraikan hubungan antara aksi manusia dengan konsep simbol.
v. Bentuk-bentuk simbol: perkataan, perlakuan, objek dan bahasa.
TOKOH-TOKOH SOSIOLOGI
TEORI SOSIOLOGI
MAKRO
TEORI FUNGSIONALISMESTRUK
TUR MASYARAKAT YANG BERFUNGSI
TEORI KONFLIKSTRUK
TUR MASYARAKAT YANG
BERKONFLIK
MIKRO
TEORI INTERAKSIONIS
MEAKSI & INTERAKSI INDIVIDU DALAM
MASYARAKAT
INTEGRASI TEORI MAKRO & MIKRO
Teori Fungsionalisme
Berasaskan pandangan tokoh-tokoh awal seperti Comte, Spencer dan Durkheim.
Tokoh moden: Talcott Parsons dan Robert K. MertonMengkaji fungsi perlakuan sosial dalam kegiatan-
kegiatan yang menyumbang kepada penerusan masyarakat.
Masyarakat dianalogikan seperti organisma yang mempunyai bahagian-bahagian tertentu.
Bahagian masyarakat (dikenali sebagai ‘struktur’, terdiri daripada ekonomi, politik, agama, pendidikan & sebagainya).
Kajian seterusnya dilakukan untuk melihat bagaimana bahagian atau struktur masyarakat berfungsi
Berdasarkan teori, struktur-struktur sosial akan menentukan kelancaran perjalanan atau keharmonian masyarakat.
Menekankan kepentingan persefahaman anggota-anggota masyarakat atau ‘konsensus’ untuk mencapai keharmonian dan kestabilan masyarakat.
Brinkerhoff & White (1989): 3 andaian utama ahli-ahli fungsionalisme
i. Stabiliti ii. Harmoni iii. Evolusi
Teori Fungsionalisme
Teori Konflik Aliran Marx
Tidak bersetuju dengan konsep konsensus kerana konflik tidak dapat dihindarkan untuk berubah
Perubahan boleh berbentuk revolusi ataupun adaptasi, namun ia mestilah dimulai oleh konflik
konsep dialektik, determinisme ekonomi & aktivisme sosial.
Pembentukan masyarakat baru adalah hasil konflik kelas sosial untuk menguasai ekonomi.
Ekonomi adalah struktur asas masyarakat
Kelas sosial adalah faktor penting dalam menentukan kedudukan individu dalam masyarakat.
Aliran WeberMengkritik pandangan determinisme
ekonomi Marx.
Menghalusi konsep Marx mengenai kuasa dan kelas.
Tidak setuju dengan Marx yang mengatakan perubahan sosial adalah semata-mata kerana konflik kelas.
3 dimensi konsep yang digunakan Weber: i. kelas ii. status iii. parti
Teori Konflik
Teori Interaksionisme Simbolik
Dipengaruhi oleh ahli sejarah sosial Jerman
Setiap individu perlu memahami dunia masyarakat daripada sudut individu
Symbolic interactionisme (George Herbert Mead)
Simbol digunakan oleh manusia untuk berinteraksi
Konsep makna oleh Blumer (1969) Memahami konteks penggunaanSimbolik untuk menambah kemesraan hubunganSimbolik untuk rundingan
Prinsip asas teori interaksi simbolik menurut Ritzer (1992)
Keupayaan berfikir manusia dibentuk dari interaksi sosial
Manusia mempelajari makna dan simbol untuk berinteraksi
Simbol dan makna boleh diubahsuai mengikut situasi
Manusia boleh menjangkakan kemungkinan kesan tindakan dan membuat penilaian
Jalinan aksi dan interaksi membentuk kumpulan dan masyarakat
Teori Interaksionisme Simbolik
Integrasi Makro dan Mikro
Empat perkara pokok
Aksi individu atau struktur sosial
Konsensus dan konflik
Perkembangan sosial moden
Persoalan gender
Teori strukturasi Giddens (1984)
Agensi dan struktur sebagai dualiti
Persekitaran sosial tempat adalah gabungan peristiwa dan aksi rawak dan berstruktur
Ciri-ciri struktur diikut, dibina, diubah suai dan dicipta semula
Integrasi Makro dan Mikro
Teori Pendidikan Moden
Teori sosiologi dari sudut pendidikan:
• Teori Makro Aspek pendidikan luas iaitu menghubungkan pendidikan dengan keseluruhan masyarakat.
• Teori Mikro Melihat pendidikan dalam skop lebih kecil seperti kumpulan tertentu dalam masyarakat.
Penelitian pendidikan dibuat dalam 3 perspektif:
• Fungsionalisme, Konflik & Interaksionisme
Pendidikan mengikut perspektif Fungsionalisme
Menganalisis hubungan pendidikan untuk memenuhi keperluan masyarakat
Fungsi pendidikan: Merekrut dan menempatkan manusia dalam kedudukan masyarakat
Durkheim (1956)Perkembangan pendidikan berkait secara
langsung kepada perubahan idea dan keperluan masyarakat
Membezakan ciri-ciri pengeluaran masyarakat moden dan sebelumnya (solidariti organik dan puak)
Pendidikan berfungsi untuk mengekalkan masyarakat
Berasaskan konsensus, tidak bersifat individualisme
Pendidikan berfungsi untuk mengisi kekosongan bidang-bidang pengkhususan dan kepakaran
Masyarakat dididik mengikut kehendak dan nilai masyarakat (sosialisasi secara teratur generasi muda)
Peluang yang sama dalam pendidikan - mobiliti sosial.
Konflik bersifat sementara – hasil dari perubahan
Pendidikan Moral dan Masyarakat Moden
Sosialisasi dan anomie
Pendidikan moral diajar untuk menyelamatkan manusia dari anomie
Moraliti sebagai fakta (Durkheim)
Konsep disiplin diri, ikatan dalam kumpulan sosial dan autonomi diri
Terapan pendidikan moral melalui disiplin
Mematuhi peraturan sekolah – disiplin diri
Fungsi hukuman – pelajar memahami kesan (consequences )
Sekolah berfungsi untuk menerapkan semangat hidup dalam kumpulan
Peranan Guru besar: mengintegrasikan sekolah dengan persekitaran masyarakat
Agama?
Pendidikan mengikut perspektif Teori Konflik
Tidak bersetuju dengan fungsionalisme: pendidikan moden memporak perandakan masyarakat
Proses sosialisasi: mengikut kelas-kelas sosial yang berbeza
Pendidikan untuk mengekalkan atau melebarkan ketidaksamaan sosial
Pendidikan digunakan dalam sistem kapitalis untuk tujuan ekonomi.
Pendidikan menyebelahi satu pihak
Kejayaan tidak bergantung kepada inteligen atau IQ tetapi kedudukan – jurang ekonomi
Pendapat Bowles dan Gintis:Pendidikan mempertahan struktur kelas
dan kedudukan melalui kemahiran berdasarkan pendidikan
Pendidikan menyediakan tempat untuk golongan muda memperoleh tempat dalam kelas sosial
LegitimasiSistem pendidikan mengesahkan ideologi peluang
pendidikan yang saksama dan ideologi meritokrasi
SosialisasiPembentukan kesedaran di kalangan individu yang
mereka berada dalam sistem sosial yang perlu dikekalkan
Fungsi sekolah: membentuk sifat autoriti, hormat dan mempunyai kualiti perkerja sektor industri
Tujuan ujian - meletakan pelajar dalam kelas industri
Ivan Illich (1971) berpendapat:Sistem sekolah perlu dihapuskan (deschooling)Diganti dengan convivial
Pendidikan mengikut perspektif Interaksionisme
Tertumpu kepada kumpulan-kumpulan dalam masyarakat
Mengkaji fenomena kumpulan masyarakat melalui pemerhatian dan rekod dan turut serta dalam aktiviti subjek yang diselidiki
Sangat sesuai untuk mengkaji kumpulan-kumpulan kecil
Menolak fahaman fungsiolansime dan konflik yang tidak menekan aspek makna dan individu
Andaian menurut perspektif mikro menurut Blackledge dan Hunt (1985):
Aktiviti harian
Kebebasan
Makna
Interaksi
Rundingan
Pendekatan subjektif
Contoh:Guru membuat kesimpulan mengenai
peribadi murid melalui cara dia berinteraksi
ArgumenKetepatan pemerhatianRefleksi pemerhatian
COMMENTS OR QUESTIONS??
THE END..