my proposal.docx
-
Upload
muni-fauzi -
Category
Documents
-
view
78 -
download
2
Transcript of my proposal.docx
my proposal
1.0 Pengenalan Kajian
Dewasa ini dengan kemajuan terkini teknologi maklumat dan telekomunikasi dalam
dunia perniagaan telah memberi impak terhadap pengguna dalam membuat pilihan pembelian
sesuatu produk yang terdapat dipasaran. Pengguna merupakan aset yang penting bagi
sesebuah organisasi perniagaan. Oleh itu firma perniagaan berusaha untuk memenuhi
kehendak dan keperluan bagi memaksimumkan kepuasan pengguna. Prestasi perkhidmatan
yang tinggi merupakan asas untuk sesuatu organisasi perniagaan (Freenan dan Dart, 1993).
Secara amnya, kajian ini adalah untuk mengenalpasti persepsi pengguna terhadap
promosi jualan murah (sales) dan pengaruhnya dalam pengulangan pembelian. Seperti yang
kita ketahui, jualan murah dilakukan adalah untuk membuat penghabisan stok, menarik minat
pelanggan ke premis perniagaan dan banyak lagi. Terdapat pelbagai persepsi pengguna
terhadap produk jualan murah seperti produk jualan murah adalah tidak berkualiti, harga
yang ditawarkan selepas promosi tidak jauh berbeza dari harga sebenar dan bermacam lagi.
Oleh itu pengkaji ingin mengetahui sejauh mana promosi jualan murah dapat mempengaruhi
proses pembelian pengguna. Dalam kajian ini, pengkaji telah memilih satu premis perniagaan
untuk dijadikan sampel dalam kajian awal dan telah membuat kaijian soal selidik kepada 20
orang responden.
1.1 Rasional Kajian
Rasional utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti hubungan promosi
jualan murah dan pengaruhnya terhadap pengulangan pembelian. Ini adalah kerana promosi
telah sinonim terhadap para pengguna. Namun sejauh mana keberkesanan promosi ini dapat
mempengaruhi pengguna untuk membuat pengulangan pembelian disamping untuk menjaga
hubungannya dengan pengguna. Selain itu, kajian ini juga dijalankan untuk mengetahui
faktor lain yang mempengaruhi proses pembelian dan selepas pembelian. Tambahan lagi,
kajian ini adalah untuk mengetahui persepsi pengguna terhadap kualiti dan kepuasan
pengguna.
1.2 Pernyataan Masalah
Dalam kajian ini, pengkaji ingin mengetahui bagaimana hubungan promosi jualan
murah dapat mengekalkan pengulangan pembelian, kesetiaan pengguna dan pada masa yang
sama pengkaji ingin mengetahui persepsi pengguna terhadap barang, kualiti barangan jualan
murah serta kepuasan pengguna terhadap organisasi perniagaan tersebut. Antara persoalan
yang akan dibincangkan adalah seperti berikut:
i. Bagaimana promosi jualan murah dapat mengekalkan hubungan pengguna kepada firma
tersebut?
ii. Sejauhmanakah persepsi pengguna terhadap kualiti barangan jualan murah?
iii. Adakah promosi jualan murah mampu mempengaruhi kepuasan pengguna terhadap
pengulangan pembelian?
iv. Adakah harga mempengaruhi persepsi pengguna terhadap kualiti barang?
1.3 Masalah Kajian
Kajian ini dilakukan kerana ingin mengenalpasti sejauhmanakah keberkesanan
hubungan promosi jualan murah dapat mempengaruhi pengguna untuk mengulangi
pembelian. Jika dilihat apabila tiba musim perayaan semua premis perniagaan akan bersaing
untuk membuat promosi jualan murah (sales). Hal ini adalah untuk menarik perhatian
pengguna supaya singgah di premis mereka. Penyelidik berpendapat, terdapat pelbagai jurang
antara produk yang di tawarkan dengan penerimaan pengguna. Kebanyakan masalah yang
wujud lebih tertumpu kepada aktiviti pemasaran produk seperti strategi peletakan harga,
kualiti barangan selepas harga promosi lebih jauh berbeza daripada harga asal, dan hubungan
pengguna dengan premis perniagaan tersebut.
Pada masa kini pengguna semakin bijak dalam membuat keputusan pembelian kerana
pengguna didedahkan dengan pelbagai kempen atau iklan agar menjadi pengguna yang bijak.
Laporan Bernama bertarikh 4 Semptember 2008 yang lalu melaporkan pengguna di Malaysia
semakin bijak mencari maklumat terutama pada label makanan. Dalam kajin yang di lakukan
ini menunjukkan 27% pengguna di Malaysia mengamalkan sikap ini semasa membuat
pembelian. Hal ini memperlihatkan bahawa pengguna lebih berhati-hati dalam setiap
pembelian khususnya produk makanan.
Berbalik kepada promosi jualan murah, pengguna juga semakin bijak membuat
perbandingan harga dan tidak mudah tertipu dengan ‘sales’ yang di adakan. Pada
kebiasaannya ketika promosi jualan murah di adakan, kebiasaanya harga yang ditawarkan
adalah tidak jauh berbeza dengan harga yang sebenar bagi produk tersebut. Umumnya,
premis perniagaan akan membuat psikologi harga terhadap produk mereka bagi
memanipulasi pemikiran pengguna ketika proses pembelian produk. Disamping itu kajian ini
juga adalah untuk membuktikan pemboleh ubah yang d kaji dapat mempengaruhi gelagat
pengguna kepada pengulangan pembelian. Selain itu pengkaji juga ingin mengenal pasti
sejauhmana pemboleh ubah yang di kaji ini dapat mempengaruhi persepsi pengguna terhadap
kualiti produk jualan murah serta kepuasan pelanggan terhadap hubungan promosi yang di
adakan.
1.4 Persoalan Kajian
Merujuk kepada pernyataan masalah dan isu yang di bangkitkan, terdapat beberapa
persoalan dibangkitkan dalam penyelidikan ini.
i. Adakah terdapat hubungan antara promosi jualan murah dengan pengulangan pembelian
pengguna?
ii. Adakah terdapat hubungan dimensi antara strategi peletakan harga dengan kualiti produk
terhadap pengulangan pembelian pengguna?
iii. Adakah terdapat hubungan dimensi antara persepsi pengguna terhadap promosi jualan
murah dan pengulangan pembelian?
iv. Adakah terdapat hubungan dimensi antara gelagat pengguna dalam pembelian produk jualan
murah?
1.5 Objektif Kajian
Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti hubungan promosi jualan
murah terhadap pengaruh pengulangan pembelian pengguna dalam organisasi perniagaan
serta faktor-faktor lain yang mempengaruhi proses pengulangan pembelian.
1.6 Objektif Khusus
i. Untuk mengenal pasti persepsi kualiti produk mempengaruhi pengguna untuk membuat
pengulangan pembelian.
ii. Untuk mengenalpasti keberkesanan peletakan harga produk jualan murah seterusnya dapat
menarik pengguna untuk membuat pengulangan pembelian.
iii. Untuk mengakaji kepuasan pelanggan dalam mengekalkan hubungan kesetiaan pengguna
untuk mengulang pembelian
iv. Untuk mengkaji sejauh mana faktor demografi mempengaruhi keputusan dan minat dalam
pembelian yang dibuat oleh pengguna ketika promosi jualan murah.
1.7 Pembetukan Hipotesis
i. Persepsi terhadap kualiti produk mempunyai hubungan positif dengan pengulangan
pembelian.
ii. Harga produk mempunyai hubungan positif dengan pengulangan pembelian.
iii. Kepuasan pelanggan mempunyai hubungan positif dengan pengulangan pembelian.
iv. Terdapat perbezaan yang positif antara jantina dengan pengulangan pembelian.
v. Terdapat perbezaan yang positif antara pendapatan bulanan dengan pengulangan pembelian.
vi. Terdapat perbezaan yang positif antara umur dengan pengulangan pembelian.
vii. Terdapat perbezaan yang positif antara tahap pendidikan dengan pengulangan pembelian.
viii. Terdapat hubungan yang positif antara tahap pekerjaan dengan pengulangan pembelian.
1.8 Limitasi Kajian
Beberapa faktor yang menghadkan penggunaan kajian yang bakal di perolehi iaitu:
i. Kajian ini hanya melibatkan para pengguna/pembeli produk di kawasan Kota Samarahan
Kuching Sarawak (Desa Ilmu).
ii. Kajian ini tidak melibatkan lain-lain pengguna di kawasan lain selain kawasan Kota
Samarahan.
iii. Premis perniagaan yang terlibat dalam kajian ini ialah UNACO cawangan Kota Samarahan
sahaja.
iv. Respondan yang terlibat dalam skop kajian ini adalah pengguna/pembeli di kawasan Kota
Samarahan yang berumur dalam lingkungan 20 tahun hingga 36 tahun dan ke atas termasuk
faktor-faktor demografi yang lain dan kajian ini juga melibatkan respondan daripada pelajar
UNIMAS itu sendiri.
2.0 Ulasan Karya
2.1 Kepentingan soalan ditanya
Soalan yang diajukan adalah sangat penting untuk membina hipotesis. Melalui persoalan itu
pengkaji dapat mengatahui tentang masalah yang akan dikaji.
2.2 Status Semasa Topik
2.21 Pengulangan Pembelian
Ulangan pembelian ialah Pembelian produk oleh pengguna terhadap jenama yang
sama sebelum ini yang dibeli di masa yang lain. Pembelian ulangan sering menjadi ukuran
kepada kesetiaan pengguna terhadap sesuatu produk/ jenama dan sering diambil kira oleh
profesional penyelidikan pemasaran untuk menilai perniagaan. Secara umumnya, niat
pembelian seseorang pengguna dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti dorongan dan
pertimbangan-pertimbangan tertentu. Menurut Dodds, Monroe dan Grewal (1991), jika
seseorang menginginkan sesuatu produk dan merasa tertarik untuk memiliki produk tersebut
maka mereka akan berusaha untuk membeli produk tersebut, selain itu faktor lain yang
mempengaruhi proses pembelian ialah cadangan dari pihak lain juga dapat mempengaruhi
proses pembelian. Minat membeli merupakan dorongan pengguna untuk melakukan
pembelian atau mengulang pembelian. Niat beli yang terdapat pada diri seseorang untuk
melakukan sesuatu pembelian dipengaruhi oleh pemboleh ubah lain. Minat pengulangan
pembelian dapat dibentuk melaui tiga pemboleh ubah iaitu frekuensi pembelian, komitmen
pelanggan dan rekomendasi positif.
Sumber: Hawkins, Best, dan Coney 1998 dikembangkan dalam kajian ini
2.22 Persepsi kualiti
Kualiti juga merupakan salah satu elemen yang penting dalam produk. Dari sudut
pengguna, kualiti ialah kapasiti sesuatu produk yang dapat memberikan kepuasan kepada
pengguna. Terdapat beberapa ciri produk yang berkualiti antaranya termasuklah maklumat
berkaitan penggunaan produk, Kebolehan produk tersebut berubah bergantung pada keadaan
semasa serta kepentingan produk pada pengguna yang berbeza. Kajian yang dilakukan turut
menunjukkan terdapat hubungan antara kualiti produk dengan pengguna (Yoon dan Kijewski,
1997). Menurut Morse, Roth dan Poston (1987) Kualiti merupakan suatu set nilai (piawaian)
yang membolehkan produk atau strategi pemasaran memenuhi jangkaan atau harapan
pengguna. Selagi piawaian terhadap kualiti diikuti, selagi itulah pengguna akan mencapai
tahap kepuasan yang relatif tinggi.
2.23 Harga
Harga merupakan suatu yang bernilai dalam sesuatu pertukaran yang dibuat untuk
satu urus niaga. Pengguna menukarkan sesuatu yang bernilai ini untuk mendapatkan
kepuasan yang dingini dari sesuatu produk. Harga yang sanggup dibayar oleh pengguna
bergantung kepada kepuasan yang akan di perolehi dengan produk yang akan dibayar dengan
harga tersebut.
Harga bermaksud sejumlah wang atau nilai yang boleh diambil kira sebagai
pertukaran untuk mendapatkan produk atau perkhidmatan (Kerin, Hartley dan Rudelius,
2009). Pengguna sentiasa inginkan harga yang setimpal dalam setiap pembelian produk dan
perkhidmatan. Sekiranya harga yang ditetapkan tidak menggambarkan nilai sesuatu produk,
pelanggan berkemungkinan tidak akan berpuas hati.
Peletakan harga penting kerana ianya menyebabkan sesuatu barang atau perkhidmatan
itu diterima oleh pengguna. Pada kebiasaannya, pemasaran berorentasikan untung akan
meletakkan harga yang dapat meberi untung maksima kepada pengeluar manakala pengguna
pula akan mencari produk yang murah dan berkualiti. Harga selalunya akan dikaitkan dengan
kualiti. Tanggapan umum akan menyatakan lebih tinggi harga sesuatu produk itu, maka nilai
kualitinya juga adalah lebih baik.
Bagi Cravens (1997) keputusan peletakan harga adalah dipengaruhi oleh beberapa faktor
iaitu:
i. Sasaran Pengguna
ii. Permintaan Pengguna
iii. Pesaing
2.24 Kepuasan Pengguna
Kepuasan pengguna telah banyak dibincangkan oleh penyelidik terdahulu (White dan
Yu, 2005). Menurut Mathews (2001) ‘kepuasan’ wujud hasil daripada proses yang dialami
daripada aktiviti harian pengguna. Kepuasan juga adalah proses penilaian yang wujud melalui
jurang antara hasil yang pengguna terima dan apa yang mereka jangkakan sebenar (Tse dan
Wilton, 1988). Dari semasa ke semasa, terdapat pelbagai pengukuran digunakan bagi
mengukur kepuasan pengguna. Menurut Giese dan Cote (2000) sepanjang tahun 1969 hingga
1997 kepuasan pengguna diukur berdasarkan kepada tiga elemen utama iaitu reaksi
(response), fokus (focus) dan masa (time).
Namun begitu, dari masa ke semasa, terdapat perubahan terhadap pengukuran
kepuasan pengguna. Kajian lanjut pada tahun 1990an menunjukkan terdapat perubahan
terhadap skala pengukuran kepuasan pengguna. Andreassen (2000) memperkenalkan
pengukuran kepuasan pengguna berdasarkan kepada faktor emosi pengguna. Pendapat ini
turut disokong melalui kajian yang dilakukan oleh Schroder et al. (2000). Namun begitu,
masalah yang wujud adalah terdapat pelbagai emosi yang ada pada pengguna, pemilihan
emosi apakah yang sesuai digunakan dalam menentukan kepuasan pengguna (White dan Yu,
2005). Hasil kajian yang dilakukan oleh White dan Yu (2005) menunjukkan emosi
memainkan peranan penting dalam mempengaruhi kepuasan pengguna. Kepuasan dari segi
emosi boleh dibahagikan kepada tiga iaitu positif, negatif dan‘bi-directional’. Hasil kajian
juga mendapati pengukuran dari segi emosi dapat membantu dalam segmentasi, pengukuran
terhadap pengguna.
Berdasarkan kepada takrif kepuasan pengguna, konsep kepuasan dan nilai pengguna
merupakan dua konsep yang saling melengkapi. Walau bagaimanapun, pemasar perlu melihat
kepuasan pengguna daripada perspektif yang berbeza daripada konsep nilai pengguna. Ini
kerana, untuk mengukur kepuasan pengguna, pemasar perlu mengukur perbezaan atau jurang
antara harapan pengguna dengan apa yang diperoleh pengguna daripada pemasar. Walaupun
berbeza dari segi perspektif pengukuran, hasil kedua-dua konsep berkenaan tetap sama, iaitu
tindakan pengguna. Sama seperti semasa mengukur nilai pengguna, pemasar juga berhadapan
dengan kesukaran mengukur kepuasan pengguna akibat pengaruh persepsi individu dan
kumpulan. Bagaimanapun, pengukuran kepuasan pengguna lebih mudah kerana tindakan
membeli atau tidak (membuat pembelian ulangan atau tidak) merupakan petunjuk yang boleh
menerangkan tahap kepuasan pengguna.
3.0 Metodologi Kajian
Bab ini akan membincangkan metodologi kajian yang telah digunakan semasa
melakukan kajian. Dalam bab ini pembaca akan dapat mengetahui reka bentuk kajian yang
digunakan, sampel, instrumen kajian, teknik analisis data dan penentuan kebolehpercayaan
kajian.
3.1 Reka Bentuk Kajian
Terdapat tiga reka bentuk kajian dalam menjalankan penyelidikan
iaitu exploratory,descriptive and conclusive dan casual design (Hair et al., 2007). Kajian ini
adalah untuk member gambaran sebenar sesuatu fenomena (Hair et al. , 2007).
Kajian descriptive bersesuaian dengan penyelidikan ini kerana kajian ini membantu
memberikan gambaran bagi penyelidikan pada masa hadapan (Sekaran, 2003). Disamping itu
kaedah ini juga merupakan kaedah paling sesuai di praktikkan dalam penyelidikan ini bagi
memahami isu secara lebih sistematik dengan menggunakan teknik pengumpulan data
berstruktur ( Cavana, Delahaya dan Sekaran 2001).
3.2 Jenis dan Sumber Data
Terdapat dua sember data yang diperolehi sepanjang menjalankan kajian ini iaitu data
primier dan data sekunder.
3.2.1 Data Primier
Sepanjang kajian ini di jalankan, kaedah kuantitatif telah digunakan. Kaedah ini
dipilih kerana ianya sesuai dengan soal selidik yang di edarkan kepada 20 responden setakat
ini bagi memenuhi proposal awal penyelidikan ini. Data yang diperolehi adalah data primier
yang di dapati terus dari responden.
3.2.2 Data Sekunder
Data sekunder pula di perolehi daripada laman web, jurnal, buku dan majalah. Jurnal
diperolehi melalui laman sesawang perpustakaan UNIMAS yang menyediakan kemudahan
bagi para pelajar mencari maklumat (artikel) iaitu melalui sistem database online atau jurnal
online.
3.3 Lokasi Kajian
Lokasi kajian ini adalah dikawasan Kota Samarahan (Desa Ilmu) yang mana
respondennya terdiri daripada penduduk sekitar kawasan Kota Samarahan dan pelajar
UNIMAS.
3.4 Reka Bentuk Persampelan
Dalam menentukan saiz sampel, terdapat banyak faktor yang perlu di ambil kira
termasuklah masa, jangkaan ketepatan dan asas keyakinan (Hair et al. ,2007). Populasi dalam
kajian ini adalah kesemua pengguna yang membeli produk di premis perniagaan tersebut.
Oleh kerana jumlah populasi adalah besar (ketika kajian yang sebenar dijalankan), maka
bilangan sampel yang mewakili populasi sukar di kenal pasti. Bilangan sampel sebenarnya
tidak mewakili hasil keputusan yang tepat dalam sesuatu kajian menurut (Hair et al. ,2007).
Dalam kajian ini penyelidik menggunakan kaedah persampelan cluster (Hair et al; Sekaran,
2003). Melalui kaedah ini, populasi pengguna merupakan daripada kumpulan yang berbeza
(heterogeneous). Sebagai contoh, bagi kaedah ini adalah berdasarkan kepada etnik, jantina,
jumlah pendapatan, tahap pendidikan, umur dan sebagainya. Responden dipilih secara rawak
yang terdiri daripada pelajar di UNIMAS dan orang ramai dikawasan Kota Samarahan.
Faktor responden ini dipilih kerana mempunyai ciri-ciri daripada populasi pengguna yang
akan membeli/menggunakan produk daripada premis perniagaan tersebut dan mereka juga
mempunyai cirri-ciri demogarfi yang berbeza. Dalam kajian awal yang telah dilaksanakan
seramai 20 orang responden telah diambil untuk dijadikan sampel yang terdiri daripada
golongan pelajar dan orang ramai di kawasan Desa Ilmu Kota Samarahan.
3.5 Reka Bentuk Instrumen Kajian
Instrumen kajian ini ialah soal selidik mengenai persepsi pengguna terhadap promosi
jualan murah dan pengaruh pengulangan pembelian. Kaedah ini paling sesuai digunakan
kerana faktor lokasi responden yang terbatas di sebuah kawasan sahaja. Selain itu, penyelidik
dapat mengumpulkan data-data kaji soal selidik di kawasan tersebut dalam tempoh masa
yang singkat (Sekaran, 2003). Melalui cara ini, penyelidik berpeluang memperoleh maklumat
dengan lebih tepat kerana para responden boleh bertanyakan secara langsung sekiranya
terdapat keraguan terhadap soal selidik yang di edarkan.
Borang soal selidik terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B.
Bahagian A mengandungi maklumat demografi responden seperti jantina, etnik, umur, tahap
pendidikan, status perkahwinan, pendapatan bulanan, pekerjaan dan kekerapan berbelanja.
Bahagian B adalah berkaitan gelagat pembelian pengguna yang berkaitan dengan promosi
jualan murah. Aspek yang dinilai ialah persepsi pengguna terhadap kualiti barangan, harga,
kelakuan pengguna dan pengulangan pembelian. Responden dikehendaki menjawab
berdasarkan skala Likert 5 mata iaitu sangat setuju, setuju, tidak pasti, sangat tidak setuju,
tidak setuju. Skala Likert digunakan bagi menguji aras kecenderungan responden terhadap
sesuatu item yang diuji (Sekaran, 2009). Skala ini paling sesuai dipilih menilai gelagat dalam
kajian yang dilakukan (Salkind, 2009).
3.6 Pembentukan Ukuran
Skala yang digunakan dalam kajian ini adalah skala nominal dan interval.
3.6.1 Skala Nominal
Skala nominal membolehkan pengkaji menetapkan subjek kepada kategori atau kumpulan
tertentu. Contoh skala nominal yang digunakan ialah:
Jantina
Lelaki Perempuan
Maklumat dari skala ini boleh digunakan untuk mengira peratusan/frequensi responden lelaki
dan perempuan.
3.6.2 Skala Interval
Skala interval mengumpulkan satu kumpulan atau objektif kepada satu kategori. Skala
ini dapat menentukan sejauh mana kekuatan objek tersebut berbanding dengan yang lain.
Contoh skala interval yang di gunakan dalam kajian ialah skala likert 5 mata di bahagian B
iaitu:
1 2 3 4 5Sangat Tidak
SetujuTidak Setuju Tidak Pasti Setuju Sangat Setuju
3.7 Ujian Rintis ( pilot test )
Ujian rintis dijalankan terlebih dahulu sebelum borang soal selidik di edarkan.
Tujuannya adalah untuk memastikan kefahaman bakal responden terhadap soalan-soalan
yang akan dikemukakan dan juga untuk mendapatkan pandangan dari responden kajian rintis
ini mengenai boring soal selidik secara keseluruhannya. Pandangan dan pendapat dari mereka
amat berguna untuk memperbaiki dan mengubah suai boring soal selidik untuk kesenangan
responden sebenar. Menurut Hair et. al. ( 2007 ), bagi tujuan kajian rintis, jumlah subjek
yang paling sedikit adalah antara empat atau lima individu dan jumlah yang paling maksima
adalah tidak lebih daripada tiga puluh. Ujian rintis ini dijalankan ke atas 20 orang responden
yang terdiri daripada pelajar UNIMAS dan pengguna di kawasan Kota Samarahan. Tahap
realibiliti yang di perolehi adalah baik (Cronbanch alpha=0.82)
3.8 Penganalisaan Data
Maklumat yang diperolehi daripada borang soal selidik dikod dan dimasukkan
kedalamstatistical package for social science (SPSS). Kesemua pengiraan dan maklumat
statistik diproses dalam program ini. Diantara analisa-analisa yang dibuat ialah analisa mean,
sisihan piawai, peratusan, ujian-T dan ANOVA. Data-data yang di analisa membantu
pengkaji menjawab persoalan kajian ini.
3.81 Keputusan Demografi Data
Pemboleh Ubah Bilangan Responden
Peratus
JantinaLelakiPerempuan
1010
0.500.50
EtnikMelayuLain-lain
164
0.800.20
Umur20-25 tahun26-30 tahun31-35 tahun36 tahun keatas
13412
0.650.200.050.10
Tahap PendidikanSarjana MudaDiplomaSTPMSPMLain-lain
102251
0.500.100.100.250.05
PekerjaanPelajarSector SwastaSector AwamBekerja SendiriSurirumahLain-lain
1231112
0.600.150.050.050.050.10
Pendapatan BulananRM100-RM900RM1000-RM1900RM2000-RM2900RM3000 dan keatas
15112
0.750.050.050.10
Tiada pendapatan 1 0.05Status PerkahwinanBujangBerkahwin
155
0.750.25
Kekerapan BerbelanjaSeminggu sekaliDua minggu sekaliSatu bulan sekali
1262
0.600.300.10
Jadual di atas menunjukkan demografi responden. Secara keseluruhannya responden terdiri
daripada lelaki dan perempuan yang majoriti adalah pelajar dengan tahap pendidikan di
sarjana muda berumur 20-25 tahun yang berbangsa Melayu dan mempunyai pendapatan
bulanan sebanyak RM100-RM900 dan masih bujang.
3.82 Keputusan bahagian B: Gelagat Pembelian (*soalan sila rujuk dibahagian appendix)
Kualiti barangan :
No.Soalan Sangat tidak setuju
Tidak Setuju Tidak Pasti Setuju Sangat Setuju
1. 1 0 1 6 122. 0 1 1 6 123. 1 4 7 7 14. 2 8 8 2 05. 1 2 14 2 06. 3 6 4 6 1
Jawapan daripada 20 responden
Kelakuan Pengguna:
No.Soalan Sangat tidak setuju
Tidak Setuju Tidak Pasti Setuju Sangat Setuju
1. 2 1 3 6 72. 3 3 5 5 43. 0 1 2 7 104. 1 0 9 9 15. 1 0 4 13 26. 2 7 6 4 1
Jawapan daripada 20 responden
Harga:
No.Soalan Sangat tidak setuju
Tidak Setuju Tidak Pasti Setuju Sangat Setuju
1. 1 2 10 5 22. 1 1 2 15 13. 0 3 9 2 24. 3 3 9 3 1
5. 1 1 4 9 5
Jawapan daripada 20 responden
Pengulangan Pembelian
No.Soalan Sangat tidak setuju
Tidak Setuju Tidak Pasti Setuju Sangat Setuju
1. 2 4 3 8 32. 1 1 0 14 43. 1 2 8 6 34. 0 8 8 3 15. 1 1 7 8 36. 1 3 3 6 77. 1 2 10 5 2
Jawapan daripada 20 responden
4.0 Limitasi kajian dan cadangan kajian akan datang
Kajian ini dilaksanakan hanya dalam beberapa minggu sahaja. Penyelidik tidak
mendapat banyak maklumat untuk meyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Pada masa yang
sama penyelidik masih tidak faham tentang kaedah metodologi yang patut di gunakan
disamping penyelidik juga masih kurang faham untuk membuat literature review bagi
proposal awal ini. Oleh yang demikian harapan penyelidik pada masa akan datang,
penyelidik-penyelidik diberi pendedahan awal tentang kaedah-kaedah untuk membuat
proposal ini supaya memudahkan penyelidik untuk menyiapkan tugasan mereka.
RUJUKAN
Paul. M., Gremler. D. D, Gwinner. K. P & Wierts. C. (2009). Toward a
theory of repeat purchases drivers for consumer services. Journal of the
academic marketing science, 37, 215-237.
Alexander, W.M. (2010). A model for assessing repeat purchase
behavior. Journal of the Academic of Marketing Studies, 5(2), 5-11.
Paul, m., Thurau, T.H., Gremler, D.D., Gwinner, K.P., & Wierts, c. (2009).
Toward a theory of repeat purchase drivers for consumer
services. Journal of the Academy of Marketing Science, 37, 215-237.
Abdul, M.A.G (2001). Repeat purchase intentions in online shopping the
role of satisfaction attitude and online retailer’s performance. Journal
of International Consumer Marketing, 23, 5-20.
Wansink, B., Kent, R.J., & Hoch, S.J. (February 1998). An anchoring and
adjustment model of purchase quantity decisions. Journal of
Marketing Research, 34, 71-81.
Diana puspitasari. (2006). Analisis pengaruh persepsi kualitas dan
kepuasan pelanggan terhadap minat beli ulang. Tesis program
Pascasarjana Majister Manajemen Pascasarjana Universitas Dipongoro.
Ida Nadia Hamidon. (2009). Hubungan strategi campuran pemasaran
dalam perusahaan kecil dan sederhana dengan kepuasan
pengguna. Projek program Ijazah Sarjana Sains Pengurusan,
Universiti Utara Malaysia.
Zaidu akma mustaffa. (2004). Pemasaran produk keluaran persatuan
nelayan kawasan. Tesis Program Ijazah Sarjana Sains Pengurusan,
Universiti Utara Malaysia.
Lampiran soalan kaji selidik
FACULTY OF ECONOMIC AND BUSINESSSEMESTER 2 2011/2012
PERSEPSI PENGGUNA TERHADAP PROMOSI JUALAN MURAH DAN PENGARUH PENGULANGAN PEMBELIAN
NAMA: NORHERMAYANTI BTE LOPA (27419)
Responden yang dihormati,Penyelidikan ini dilakukan bagi mengkaji hubungan promosi jualan murah dan pengaruh pengulangan pembelian terhadap kepuasan pengguna terhadap premis perniagaan (UNACO). Anda diminta menjawab semua soalan yang terdapat dalam kaji selidik ini. Segala maklumat yang diperolehi adalah untuk tujuan penyelidikan semata-mata dan tidak akan disebarkan kepada mana-mana pihak yang tidak berkenaan. Saya menjamin bahawa jawapan daripada soal-selidik ini adalah sulit. Segala bantuan dan kerjasama yang diberikan sangat saya hargai. Sekian, terima kasih.
BAHAGIAN A: Demografi Pengguna
Arahan: sila tandakan (/) pada kotak yang berkenaan.
1. Jantina
Lelaki Perempuan
2. Etnik
Melayu Lain-lain (nyatakan):
Cina
India
3. Umur
20-25 tahun 36 tahun ke atas
26-30 tahun
31-35 tahun
4. Pendidikan
Sarjana muda Spm
Diploma Lain-lain (nyatakan):
Stpm
5. Pekerjaan
Pelajar Sektor swasta
Suri rumah Bekerja sendiri
Sektor awam Lain-lain (nyatakan):
6. Pendapatan bulanan
RM100-RM900 RM2000-RM2900
RM1000-RM1900 RM3000 dan keatas
7. Status perkahwinan
Bujang Berkahwin
8. Kekerapan Berbelanja
Seminggu sekali Sebulan sekali
Dua minggu sekali Lain-lain (nyatakan):
BAHAGIAN B: SOAL SELIDIK GELAGAT PEMBELIAN
Arahan: Bahagian ini mengandungi siri soalan berkaitan promosi jualan
murah iaitu kelakuan pengguna, persepsi pengguna terhadap kualiti
barangan, harga dan pengulangan pembelian. Bulatkan satu
nombor yang menggambarkan pendapat anda.
1 2 3 4 5Sangat Tidak
SetujuTidak Setuju Tidak Pasti Setuju Sangat Setuju
Kualiti barangan :
1.
Bagi saya, mendapatkan kualiti yang terbaik adalah amt penting 1 2 3 4 5
2.
Saya sentiasa berusaha untuk memilih produk dengan kualiti yang terbaik
1 2 3 4 5
3.
Semakin mahal harga sesuatu produk,kualitinya semakin tinggi 1 2 3 4 5
4.
Bagi saya produk jualan murah tidak mempunyai kualiti yang baik 1 2 3 4 5
5.
Produk Jualan murah mempunyai kualiti yang baik 1 2 3 4 5
6.
Saya tidak kisah terhadap kualiti sesuatu produk yang saya sangat sukai
1 2 3 4 5
Kelakuan Pengguna :
1.
Saya sangat suka membeli produk bila ada jualan murah 1 2 3 4 5
2.
saya akan membeli sebanyak yang boleh ketika promosi jualan murah diadakan
1 2 3 4 5
3.
Kebanyakan premis membuat promosi jualan murah ketika musim perayaan
1 2 3 4 5
4.
saya mengetahui tentang promosi jualan murah yang di adakan di premis perniagaan melalui orang ketiga
1 2 3 4 5
5.
Saya mengetahui promosi jualan murah tersebut secara tidak sengaja ketika melalui premis perniagaan tersebut
1 2 3 4 5
6.
Saya tidak terpengaruh dengan promosi jualan murah 1 3 4 5
Harga :
1.
Saya merasakan harga produk sebelum dan selepas promosi di adakan adalah tidak jauh berbeza
1 2 3 4 5
2.
Harga yang ditawarkan semasa promosi jualan murah adalah sangat berpatutan
1 2 3 4 5
3.
Bagi saya harga yang di tawarkan adalah sangat wajar 1 2 3 4 5
4.
Harga yang murah mempunyai kualiti yang baik 1 2 3 4 5
5.
Bagi saya harga mencerminkan kualiti sesuatu produk 1 2 3 4 5
Pengulangan pembelian:
1.
Saya akan membeli seesuatu produk itu walaupun tiada promosi 1 2 3 4 5
2.
Promosi hanya untuk menarik pelanggan ke permis tersebut 1 2 3 4 5
3.
Saya akan mengajak rakan yang lain pergi ke premis perniagaan tersebut walaupun promosi tidak dibuat pada premis tersebut
1 2 3 4 5
4.
Saya pengguna yang setia kepada sesuatu premis perniagaan 1 2 3 4 5
5.
Saya suka membeli produk di premis perniagaan yang menawarkan promosi jualan murah
1 2 3 4 5
6.
Saya tidak tertumpu kepada satu premis sahaja 1 2 3 4 5
7.
Saya tidak suka membeli sesuatu produk di premis perniagaan yang sama.
1 2 3 4 5
-Soalan Tamat-
TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA YANG ADA BERIKAN. SAYA SANGAT
MENGHARGAINYA.