MyRokan Buku Bergambar Percuma 2

5

Transcript of MyRokan Buku Bergambar Percuma 2

Page 1: MyRokan Buku Bergambar Percuma 2
Page 2: MyRokan Buku Bergambar Percuma 2

Giant Pacific Octopus merupakan sotong

kurita terbesar dan boleh mencapai

sehingga 9.1 meter (30 ft) dengan berat

melebihi 272 kilogram (600 lb). Makanan

utamanya adalah haiwan-haiwan kecil

seperti udang, ketam, kerang-kerangan

mahupun ikan. Bagaimanapun ia

dikatakan pernah memakan ikan jerung

dan juga burung (jagi ia boleh

menjadikan apa sahaja makanannya).

Sotong betina akan mengeramkan

telurnya selama enam bulan tanpa

makan dan ia akan mati apabila telurnya

menetas (baca seterusnya..)

Atlantic Bluefin Tuna (Thunnus thynnus)

merupakan spesis tuna terbesar dan

telah diburu secara berlebihan sehingga

mengalami penurunan jumlah yang

ketara di habitat asal mereka. Ia juga

dikenali sebagai northen bluefin tuna

atau giant bluefin tuna (bagi yang

mencapai saiz melebihi 150 kilogram).

Walaupun harga ini adalah berbeza

mengikut saiz, jenis dan kualiti harga

seekor ikan bersaiz sederhana adalah

antara $10,000 hingga $20,000. Industri

pemakanan terutamanya sushi dan

sashimi di Jepun menjadikan tuna

sebagai pilihan dengan harga yang

tinggi. (baca seterusnya..) Ikan frogfish iaitu kumpulan ikan-ikan dari

family (Batrachoididae) walaupun tidalk

mampu berenang dengan baik, ia

mempunyai keunikan lain iaitu berjalan. Keunikan utama ikan frogfish yang juga

adakalanya dikenali sebagai

‘anglerfishes’ juga ‘toadfish’ ini adalah ia

mempunyai sirip yang lebih berfungsi

sebagai ‘kaki’ berbanding digunakan

untuk berenang. Sesetengah frogfish

juga mempunyai keupayaan untuk

menukar warnanya bagi menambahkan

lagi keupayaan penyamarannya. (baca

seterusnya..)

Mutiara adalah sejenis bahan yang

dihasilkan bukan sahaja oleh tiram

sebenarnya, tetapi oleh kebanyakan

hidupan yang sejenis dengan tiram.

Proses pembentukan mutiara

semulajadi adalah sukar ditemui. Maka

hari ini mutiara yang dihasilkan adalah

melalui industri penternakan tiram yang

dipelajari sejak ribuan tahun dahulu.

(baca seterusnya..)

Page 3: MyRokan Buku Bergambar Percuma 2

Keunikan haiwan yang mampu menukar

warna samada mengikut persekitaran

mahupun dalam berhadapan dengan

sesuatu situasi amat menarik untuk

diperhatikan. Banyak perkara yang boleh

dipelajari dari haiwan-haiwan ini dan

manfaatnya kepada manusia di masa-

masa akan datang. Walaupun haiwan

sesumpah antara haiwan yang mampu

bertukar warna, terdapat banyak lagi

hidupan lain yang mempunyai kebolehan

ini. Siapakah juaranya?... (baca

seterusnya..)

Kerang unik yang kelihatan pelik ini

merupakan antara makanan yang

mendapat tempat tertinggi di restoran-

restoran Asia terutama di China, Jepun

dan di mana sahaja terdapat ramai

masyarakat Cina termasuklah di Malaysia.

Hidupan bercengkerang ini, kelihatan jauh

berbeza kerana tidak seperti kerang-

kerangan yang lain kerana sebahagian

besar isinya berada di luar. Mengapa ia

pelik? Kenali haiwan istimera ini Geoduck.

(baca seterusnya..)

Clownfish merupakan ikan terumbu

karang yang cantik dan terkenal sebagai

ikan hiasan yang paling digemari. Ikan

kecil yang tinggal bersama dengan

anemone ini jarang meninggal tempat

tinggalnya dan saling membantu antara

satu sama lain dalam bentuk penjagaan

dan perlindungan. Bukan itu sahaja ikan

clownfish ini boleh menukar jantinanya

apabila perlu.. (baca seterusnya..)

Page 4: MyRokan Buku Bergambar Percuma 2

ISS atau lebih dikenali sebagai

International Space Station

merupakan makmal yang berada di

ruang angkasa yang dibangunkan

secara berperingkat-peringkat dengan

penglibatan banyak negara seperti

Rusia, Amerika Syarikat, Canada,

Europe, Jepun dan negara-negara lain

terletak 400 km daripada permukaan

bumi. Ia seberat 400 tan dan menelan

belanja sehingga USD150 billion.

(baca seterusnya..)

Teleskop Hubble dilancarkan pada

April 1990 kini satu lagi teleskop akan

dilancarkan untuk terus meneroka

angkasa yang luas dan teleskop

tersebut dinamakan James Webb

Space Telescope (JWST). Walaupun

Teleskop James Webb ini mempunyai

kaca prima yang jauh lebih besar,

namun terdapat perbezaan yang jauh

ketara di antara kedua-dua teleskop

angkasa ini.. (baca seterusnya..)

Tidak seperti teleskop-teleskop

angkasa yang lain MOIRE juga

merupakan teleskop angkasa namun

ia tidak memerhatikan bintang atau

galaksi, sebaliknya memandang ke

arah bumi. Teleskop ini sendiri di bina

dengan pembiayaan oleh DARPA dan

sudah tentunya digunakan untuk

tujuan intipan. (baca seterusnya..)

Page 5: MyRokan Buku Bergambar Percuma 2

Teknologi VR (Virtual Reality) adalah

antara teknologi paparan terbaru yang

mampu memberikan pemandangan

360° berbanding teknologi paparan 2D

biasa. Terdapat banyak peluang

penggunaan teknologi ini selain

daripada permainan video,

pendidikan, perfileman dan mungkin

juga pelancongan maya. (baca

seterusnya..)

Adakalanya filem hanyalan sekadar

hiburan semata, namun sesetengah

filem sains fiksyen seperti Jurassic Park

yang ditayangkan pada tahun 1995 ini

menceritakan kemungkinan yang

mungkin akan berlaku di dalam dunia

sains akan datang. Ya, beberapa

haiwan pupus mungkin akan dihidupkan

semula menggunakan teknologi

tersebut. (baca seterusnya..)