Nabi Ibrahim Dengan Raja Namrud

3
Nabi Ibrahim Dengan Raja Namrud Dahulu kala hiduplah Raja Namrud dengan kezaliman dan kemungkarannya . Sehari-hari beliau selalu menyembah berhala .Dianggapnya berhala itulah yang dapat membuatnya ber jaya dalam memerintah selama ini .Dibuatnya kuil-kuil tempat berhala .Setiap tahun Raja Namrud menyelenggarakan perayaan menghormati berhala-berhalanya Kerana kemungkaranya itu maka Allah mengutus Nabi Ibrahim (as) untuk menginsafkan Raja Namrud , tetapi semua seruan-seruan Nabi Ibrahim tidak dihiraukan langsung .Pernah pada suatu hari Nabi Ibrahim (as) merosak semua berhala di kuil pemujaan .Tentu sahaja raja itu murka sekali .Lalu Raja Namrud pun memerintahkan para pembesarnya untuk menangkap Ibrahim (as) .Pengejaran dan pencarianya dilakukan di mana-mana . Akhirnya tertangkaplah Nabi Ibrahim (as) dengan mendapat seksaan yang berat sekali .Beliau dimasukkan ke dalam api yang sedang menyala- nyala .Tetapi berkat mukjizat yang dikurniakan ke atas Nabi Ibrahim (as) , beliau selamat dari amukan api itu . Orang-orang yang menyaksikan kejadian ini tentu sahaja menjadi kagum . Walaupun demikian kerana memang keangkuhan , kedegilan dan kemungkaran Raja Namrud , dia tetap menolak untuk beriman kepada Allah (swt) .

Transcript of Nabi Ibrahim Dengan Raja Namrud

Page 1: Nabi Ibrahim Dengan Raja Namrud

Nabi Ibrahim Dengan Raja Namrud

Dahulu kala hiduplah Raja Namrud dengan kezaliman dan kemungkarannya . Sehari-hari beliau selalu menyembah

berhala .Dianggapnya berhala itulah yang dapat membuatnya ber jaya dalam memerintah selama ini .Dibuatnya kuil-kuil tempat berhala .Setiap tahun Raja Namrud menyelenggarakan perayaan menghormati berhala-

berhalanya

Kerana kemungkaranya itu maka Allah mengutus Nabi Ibrahim (as) untuk menginsafkan Raja Namrud , tetapi semua seruan-seruan Nabi Ibrahim

tidak dihiraukan langsung .Pernah pada suatu hari Nabi Ibrahim (as) merosak semua berhala di kuil pemujaan .Tentu sahaja raja itu murka

sekali .Lalu Raja Namrud pun memerintahkan para pembesarnya untuk menangkap Ibrahim (as) .Pengejaran dan pencarianya dilakukan di mana-

mana .

Akhirnya tertangkaplah Nabi Ibrahim (as) dengan mendapat seksaan yang berat sekali .Beliau dimasukkan ke dalam api yang sedang menyala-

nyala .Tetapi berkat mukjizat yang dikurniakan ke atas Nabi Ibrahim (as) , beliau selamat dari amukan api itu . Orang-orang yang menyaksikan

kejadian ini tentu sahaja menjadi kagum . Walaupun demikian kerana memang keangkuhan , kedegilan dan kemungkaran Raja Namrud , dia

tetap menolak untuk beriman kepada Allah (swt) .

Pada suatu hari Nabi Ibrahim (as) dipanggil oleh Namrud .Raja dengan murka sekali berkata Nabi Ibrahim (as) “Hai Ibrahim ! Berkali-kali aku

memperingatkanmu , tetapi mengapa tidak engkau hentikan ajaranmu itu ? Hai Ibrahim , mengapa tidak malaikat sahaja diturunkan ke sini jika

betul Tuhanmu mempunyai malaikat .Ayuh,katakana kepada Tuhanmu bahawa aku akan memerangi mailakat-malaikat itu .” Demikian ejekan

Namrud yang angkuh ituSetelah mendengar kelancangan Raja Namrud itu , Nabi Ibrahim (as) pun lalu berdoa kepada Allah (swt) : “ Ya Allah ! Sesungguhnya Raja Namrud

Page 2: Nabi Ibrahim Dengan Raja Namrud

telah melampaui batas ! Dia telah terang-terang menentang-Mu Ya Allah .Oleh itu turunkanlah kepadanya makhlukmu yang paling lemah sebagai tenteramu . Turunkanlah azab seksa kepadanya .” Demikianlah

Nabi Ibrahim (as) berdoa .

Permohonan beliau dikabulkan oleh Allah (swt) .Pada suatu petang keadaan menjadi gelap serta merta . Angin mula bertiup dengan kencang sekali .Seiring dengan datangnya angin ,bertebangan pula nyamuk dengan banyak sekali .Semakin lama nyamuk itu semakin banyak .Tidak seorang

pun yang mapu menahan arus nyamuk itu yang berbondong-bondong itu .Maka dalam sekejap masa sahaja nyamuk-nyamuk tersebut telah

memenuhi seluruh negeri dan kerajaan Namrud .

Nyamuk-nyamuk itu mulai menggigit manusia .Susahlah bagi Raja Namrud untuk membanteras nyamuk yang terus datang secara

berterusan itu . Tambahan pula sudah ramai manusia yang menjadi korban kepada serangan nyamuk itu .Dimana-mana sahaja terdapat

bangkai haiwan dan manusia bergelimpangan kerana serangan nyamuk itu.Penduduk negeri yang tidak beriman itu menjadi ketakutan.Lebih-

lebih lagi serangan nyamuk itu bukan setakat hanya menggigit dan menghisap darah sahaja .Tetapi nyamuk-nyamuk itu makin

ganas,mencarik-carik daging manusia .

Demikianlah akhirnya ramai penduduk yang menjadi korban .Bangkai-bangkai bergelimpangan dengan hanya tinggal tulan-tulang

sahaja.Keadaan menjadi ngeri sekali.Raja Namrud menjadi ketajutan ,lari pontang-panting ke sana ke mari.Tetapi setiap tempat dan sudut yang dia

masuki tetap penuh dengan nyamuk .Tinggalah dia sekarang sendirian tanpa pengikut.Pengikut-pengikutnya telah musnah semua.Dengan rasa

ngeri mencekam akhirnya matilah Raja Namrud yang sombong dan angkuh itu .Badanya menjadi rebutan nyamuk yang bermaharajelala .

Demikiankah seksaan Allah (swt) terhadap orang-orang yang zalim , angkuh dan sombong .Akhirnya mati dalam kehinaan dan tidak

terpelihara