Nabi Muhammad

27
MUKHTASAR RINGKASAN RIWAYAT HIDUP NABI MUHAMMAD SAW

description

ok

Transcript of Nabi Muhammad

Page 1: Nabi Muhammad

MUKHTASARRINGKASAN RIWAYAT HIDUP

NABI MUHAMMAD SAW

Riwayat Hidup Lengkap Nabi Muhammad Saw  

Page 2: Nabi Muhammad

Nabi Muhammad s.a.w. adalah anak kepada Abdullah bin Abdul Muttalib. Ibunya bernama Aminah binti Wahab.

Nama MUHAMMAD telah diberikan kepada nabi oleh Datuk baginda Abdul Mutolib.

Kedua orang tuanya itu berasal dari suku Quraisy yang dihormati dan mulia.

Nabi Muhammad s.a.w. lahir pada hari Isnin, 12 Rabi’ul Awwal tahun Gajah (atau, 20 April 571 Masehi).

Dinamakan tahun Gajah, kerana ketika baginda lahir, kota Makkah telah diserang oleh Tentera Bergajah milik Raja Abrahah dan tentaranya dari negeri Habasyah dengan menunggang gajah. Mereka hendak menghancurkan Ka’bah kerana iri hati terhadap berita gembira kelahiran baginda Rasulullah. Tetapi Allah melindungi Kaabah dan seluruh penduduk Makkah, dengan mengarahkan sekumpulan burung “ Ababil “ menjatuhkan batu-batu dari Sijjil (dari neraka) yang amat panas kepada tentara itu hingga menyebabkan tembus perut tentera dan gajah. Maka binasalah mereka semuanya.

Ketika Nabi Muhammad s.a.w. masih di dalam kandungan ibunya, Abdullah, ayahnya, pergi ke negeri Syam (Siria) untuk berdagang. Tetapi, sepulang dari sana, ketika sampai di kota Madinah, ia menderita sakit dan wafat dalam usia 18 tahun. Abdullah dimakamkan di kota Madinah. Maka, Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan ke dunia dalam keadaan yatim, di tengah-tengah masyarakat jahiliyah penyembah berhala, penindas kaum lemah, perampas hak orang, dan bahkan membunuh kaum wanita.

HALIMAH AS-SA’DIYAH MENJADI IBU SUSU NABI

Sudah menjadi adat bangsa Arab ketika itu, bahawa setiap bayi setiap qabilah akan diserahkan kepada keluarga qabilah lain untuk disusukan kepada wanita lain. Begitu pula halnya Nabi Muhammad s.a.w. Beliau disusukan kepada seorang wanita dusun bernama Halimah as-Sa’diyah.Ketika mana Halimatussa,diah dan suami menerima bayi yang merupakan baginda nabi,halimah dan suami berasa sangat sedih kerana menrima soerang bayi yang yatim dan miskin .kerana setiap qabilah ketika itu sentiasa mengharapkan untuk mendapat bayi yang kaya untuk disusukan dengan harapan dapatlah menumpang kekanyaan bayi tersebut.Akan tetapi halimah dan suami tetap menerima rasulullah untuk disusukan dan yakin dengan rezeki.

Kerana keberkatan yang ada pada bayi yang bernama Muhamad itu, ternakan mereka membiak dengan bayak,susu yang bayak serta tanaman juga menjadi sangat subur. Empat tahun lamanya beliau tinggal di kampong Qabilah Bani Sa’ad bersama ibu susunya itu.

Page 3: Nabi Muhammad

Menjelang usia lima tahun, Halimah as-Sa’diyah mengembalikan Nabi Muhammad s.a.w. kepada ibunya kerana telah berlaku satu peristiwa ke atas baginda nabi yang mencemaskan hatinya. Ketikamana Rasulullah sedang bermain bersama kawan-kawannya, Nabi Muhammad s.a.w. tiba-tiba didatangi dua laki-laki berpakaian serba putih,lalu membawanya ke satu tempat teduh membaringkannya, kemudian melakukan satu pembedahan atas dada anak tersebut.Dada Nabi dibedah ,hati nabi di keluarkan lalu dicuci dengan air zamzam. Meskipun tidak sesuatu pun terjadi atas Nabi Muhammad s.a.w. setelah peristiwa itu, namun Halimah as-Sa’diyah amat khawatir. Maka segera ia bawa Nabi Muhammad s.a.w. kembali kepada keluarganya di Makkah.

IBU NABI MENINGGAL DAN DIJAGA OLEH DATUKNYA ABDUL-MUTTALIB

Baginda kembali bersama ibunya. Aminah merupakan seorang yang amat saying dan setia terhadap suaminya. Sering kali ia bersama anaknya pergi ke Madinah untuk berziarah ke makam suaminya, sekaligus berjumpa dengan keluarganya, Bani Najjar, di sana.

Suatu ketika, dalam perjalanan pulang dari Madinah, setelah selesai ber-ziarah, Siti Aminah jatuh sakit di desa Abwa’ (antara Makkah dan Madinah). Beberapa saat kemudian, ia wafat di sana, meninggalkan Nabi Muhammad s.a.w. yang ketika itu baru berusia 6 tahun. Maka jadilah Nabi Muhammad s.a.w. yatim-piatu.

Bersama Ummu Aiman, pembantunya, Nabi Muhammad s.a.w. kembali ke Makkah. Beliau kemudian dipelihara oleh datuknya, Abdul Muttalib, hingga menjelang 9 tahun.

Walaupun ketika itu umur Abdul Muttalib mencecah 78 tahun, dia tidak pernah terasa terbeban dengan memelihara Nabi saw. Bahkan dia sangat kasih dan sayang pada cucunya itu seperti dia sayangkan anak-anaknya yang lain. Maka tinggallah Nabi bersama datuknya dan juga bapa-bapa saudaranya dan juga ibu-ibu saudaranya dalam keadaan yang baik. ketika itu juga Abdul Muttalib mempunyai anak yang lebih kurang sebaya dengan Nabi saw iaitu Hamzah dan al-Abbas. Nabi tidak terasa terlalu terasing kerana mempunyai rakan sebaya untuk bermain-main. walaupun mereka itu sebenarnya adalah pangkat bapa saudaranya.

Abdul Muttalib sangat sayang kan Rasulullah saw, sehingga jika dia memanggil Nabi, dia memanggil "anakku" dan bukannya "cucuku".

pernah diriwayatkan dalam satu kisah dimana menunjukkan layanan datuk Nabi saw terhadapnya sangat istimewa. Dalam seminggu atau sebulan sekali, Abdul Muttalib akan duduk disisi Baitillah untuk memberi nasihat sambil dikelilingi oleh 10 orang anaknya lelakinya. Disitu

Page 4: Nabi Muhammad

disediakan hamparan yang istimewa untuk Abdul Muttalib dan kemudian di sediakan juga hamparan-hamparan untuk anak-anak lelakinya yang 10 orang itu. Dan anak-anaknya tidak pernah duduk di atas hamparan yang disediakan untuk Abdul Muttalib. 

Pada suatu hari, Nabi masuk ke Masjidil Haram dan terus ke tempat duduk atau hamparan yang di khaskan untuk datuknya, disebabkan hamparan yang lain telah pun dipenuhi oleh bapa-bapa saudaranya yang lain.Nabi terus saja duduk di atas hamparan itu, dengan segera bapa-bapa saudaranya menegah perbuatan Nabi itu.Tapi dengan cepat Abdul Muttalib berkata pada anak-anaknya yang menegah perbuatan cucunya itu...

"Biarlah anakku ini, dia suka kepada kebesaran..."

Abdul Muttalib sangat sayang pada Nabi hingga terubat sedikit sebanyak penderitaan Nabi atas kehilangan Ayah dan ibunya. Dia telah di pelihara oleh datuknya untuk tempoh 2 tahun iaitu dari umur 6 hingga 8 tahun.

Setelah Nabi merasai kasih sayang Datuknya seperti tiada bandingnya itu. tiba-tiba meninggal lah pula Abdul Muttalib. Betapa sedihnya Nabi saw mengenangkan nasibnya yang tak sudah-sudah di timpa derita. Kesedihannya terhadap pemergian datuknya lebih pedih jika di bandingkan dengan kematian Ayahnya.

Abdul Muttalib sempat mewasiatkan supaya cucunya itu dipelihara oleh Abu Talib saudara seibu dan sebapa dengan Abdullah ayah Nabi saw.

DI PELIHARA OLEH ABU TOLIB

Selama lebih kurang 2 tahun bersama datuknyanya, Nabi Muhammad s.a.w. akhirnya dipelihara oleh bapa saudaranya, Abu Tolib, Abu Tolib merupakan seorang pemimpin kaum Quraisy yang disegani . Meskipun demikian, dia bukanlah tergolong orang yang kaya. Abu Tolib hanyalah seorang pedagang biasa yang selalu merantau ke negeri Syam bersama serombongan kafilah dagangnya.

Page 5: Nabi Muhammad

Ketika berusia 12 tahun, Nabi Muhammad s.a.w. diajak oleh Abu Tolib pergi berdagang, ke Syam. Sampai di suatu kawasan di sempadan Syam, Abu Tolib bersama baginda singgah di rumah seorang pemimpin Nasrani yang bernama Bahira. Dari kitab Taurat dan Injil yang dipelajarinya, pendeta Bahira dapat mengetahui ciri-ciri kenabian yang ada pada diri Nabi Muhammad yang masih kecil itu. Maka, dengan serta-merta, pendeta Bahira memberitahu hal itu kepada Abu Tolib lalu berkata: “Wahai saudaraku, sesungguhnya anakmu ini adalah manusia pilihan Allah, calon pemimpin umat manusia di clunia ini. Maka jagalah ia balk-balk. Bawalah ia kembali, sebab aku khawatir ia diganggu oleh orang-orang Yahudi di negeri Syam. Bahkan, jika sekiranya kaum Yahudi itu mengetahui bahwa ia adalah calon Rasul -Allah, maka tentulah ia akan membunuhnya.” Maka pulang-lah Abu Tolib ke Makkah bersama Nabi Muhammad s.a.w. sebelum mereka sampai ke negeri Syam.

BERDAGANG KE NEGERI SYAM

Setelah Nabi Muhammad s.a.w. berusia hampir 25 tahun, Abu Tolib merasa bahawa baginda nabi telah cukup dewasa. Maka dipanggilnya Nabi Muhammad, lalu ditawarkanlah kepadanya pekerjaan yang menguntungkan, lalu berkata: “Wahai anakku, sesungguhnya kita bukanlah keluarga yang senang. Bahkan, akhir-akhir ini seolah2 semakin susah. Alangkah baiknya jika engkau pergi kepada Khadijah untuk meminta izinnya membawa barang-barang dagangannya ke negeri Syam. Mudah-mudahan dari usaha itu engkau akan beroleh keuntungan yang besar.”

Nabi Muhammad s.a.w. bersetuju lalu bersegera beliau berjumpa Siti Khadijah untuk meminta izinnya memperdagangkan barang-barangnya. Siti Khadijah adalah seorang janda kaya di Makkah. la dikenal sebagai wanita Quraisy yang mulia karena keturunan dan akhlaknya. la adalah wanita budiman, gemar membantu sesamanya, dan senantiasa menjaga kehormatan dirinya, sehingga mendapat gelar At-Thahirah (Wanita Suci).

Menanggapi permohonan Nabi Muhammad s.a.w., Siti Khadijah tanpa pikir panjang terus menerima cadangan Nabi itu dengan senang hati, kerana ia telah cukup mengenal Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pemuda yang ramah , jujur, dan sopan-santun. Maka berangkatlah Nabi Muhammad s.a.w. ke negeri Syam, ditemani oleh Maisarah, pekerja kepada Siti Khadijah. Pulang dari Syam, Nabi Muhammad memperoleh keuntungan amat besar, yang belum pernah dicapai oleh para pedagang lain. Siti Khadijah amat kagum terhadap Nabi Muhammad. Lebih-lebih ketika ia mendengar sendiri dari Maisarah, bagaimana baiknya perangai Nabi Muhammad selama di perjalanan maupun ketika berdagang. Maka berubahlah rasa kagum itu menjadi rasa cinta.

Page 6: Nabi Muhammad

PERKAWINAN NABI MUHAMMAD DENGAN SITI KHADIJAH

Hubungan perdagangan antara Nabi Muhammad s.a.w. dengan Siti Khadiiah akhirnya diteruskan ke jenjang perkawinan. Rupanya, Allah SWT menghendaki demikian, karena ada banyak hikmah di batik itu. Dalam suatu upacara yang sederhana, dilangsungkannya akad nikah antara keduanya, suatu pernikahan yang telah menoreh lembaran sejarah Islam. Ketika itu, Nabi Muhammad s.a.w. berusia 25 tahun, sementara Siti Khadijah telah berusia hampir 40 tahun. Perkawinan ini membuahkan empat anak putri dan dua orang putra, masing-masing Zainab, Ruqayyah, Ummu Kaltsum, Fatimah, Qasim, dan Abdullah. Tetapi, atas kehendak Allah SWT, kedua anak laki-laki beliau wafat ketika masih kanak-kanak.

MEMPEROLEH GELAR “AL-AMIN”

Ketika Nabi Muhammad berusia 35 tahun,di Makkah terjadi bencana banjir besar sehingga merosakkan sebahagian dinding Ka’bah. Setelah pulih dari bencana, kaum Quraisy beramai-ramai memperbaiki dinding Ka’bah yang runtuh itu. Apabila telah selesai dan tinggal Hajar al-Aswad (batu hitam) yang mesti dikembalikan di tempatnya semula, terjadilah perselisihan di antara mereka. Masing-masing suku ingin memperoleh kehormatan dengan meletakkan Hajar al-Aswad itu di tempatnya. Hampir saja terjadi pertumpahan darah di antara merreka. Tetapi, tiba-tiba salah seorang berkata: “Wahai kaumku, janganlah kalian saling bermusuhan kerana ini. Sebaiknya kita tunggu saja esok pagi, siapa yang pertama kali datang ke pintu Masjid ini, dialah yang berhak mengambil keputusan.”

Pagi-pagi keesokan harinya, kaum Quraisy mendapati bahawa orang yang pertama kali masuk ke pintu Masjid adalah Nabi Muhammad s.a.w. Maka bersoraklah mereka menyambutnya, kerana mereka yakin akan kejujuran Nabi Muhammad. Jadilah Nabi Muhammad s.a.w. sebagai hakim yang memutuskan perkara Hajar al-Aswad itu.

Nabi Muhammad s.a.w. kemudian menghamparkan kain surbannya di atas tanah dan meletakkan Hajar al-Aswad di atasnya. Lalu, kepada masing-masing ketua suku qabilah, beliau memerintahkan untuk memegang tiap-tiap penjuru kain itu dan mengangkatnya. Sampai diatas, beliau lalu mengangkat batu suci dengan tangannya sendiri, dan meletakkannya di tempatnya semula. Dengan cara itu, seluruh kaum Quraisy merasa puas, dan berseru: “Kami rela atas keputusan yang dibuat oleh orang yang dipercaya ini!”

Sejak itu, Nabi Muhammad s.a.w. mendapat gelar “Al-Amin”, ertinya “Yang Dipercaya”.

Page 7: Nabi Muhammad

WAHYU YANG PERTAMA

Pada usia 40 tahun, Nabi Muhammad sering bertahanus atau berkhalwah di Gua Hira. yaitu mendekatkan diri kepada Tuhan. Tepat pada tanggal 1-17 madhan datanglah Malaikat Jibril membawa wahyu yang pertama. Mula-mula Muhammad ketakutan, tubuhnya gemetar melihat kedatangan Malaikat Jibril. Jibril kemudian merangkulnya, ia makin ketakutan, tubuhnya menggigil. Sesudah dilepas Jibril berkata : bacalah!”

“Aka tidak pandai membaca!”JawabMuhammad

Jawapan itu diulang hingga tiga kali. Akhirnya ia berkata kepada Jibril : “Apa yang kubaca?”

Kemudian Jibril membacakan surah Al-Alaq dari ayat 1-5., Sesudah itu ia pulang ke rumah dengan tubuh gemetar. la disambut Istrinya Khadijah yang sangat setia dan memperhatikannya ia diselimuti oleh Khadijah dan dihibur degan kata-kata yang menentramkan jiwanya.

lalu Khadijah pergi berkonsultasi dengan anak pamannya yang bernama Waraqah bin Naufal. Warakah memberitahukan bahwa yang datang kepada Muhammad itu adalah Jibril yang  pernah datang kepada Musa. Jadi Muhammad akan diangkat menjadi seorang Nabi dan Rasul.

PENGANIAYAAN  TERHADAP RASULULLAH DAN PENGIKUTNYA

Melihat Rasulullah masih saja meneruskan dakwahnya dan terus menghina sesembahan mereka berupa patung berhala yang tak boleh gerak dan berbicara maka orang-orang kafir itu mulai tidak senang. Lebih lagi setelah mereka dapati makin ramai para pengikut Nabi Muhammad memeluk agama Islam. Maka mereka mulai menganiaya beliau.

Misalnya, ketika Nabi sedang solat dan bersujud. di Masjidil Haram, tiba-tiba saja Abu Jahal mengangkat batu besar dan hendak dtimpakan kepada Nabi. Tetapi niatnya tak kesampaian kerana Nabi dilindungi Allah yang mengirim malaikat Jibril. Tubuh Abu Jahal gemetar, ketakutan dan pucat lesi.

Nabi juga pernah dilempar najis unta di atas badannya. Ketika nabi pulang ke rumah ditaburi debu dan pasir pada mukanya. Yang keterlaluan adalah perbuatan Uqbah bin Abi Muith, ketika nabi sedang solat di masjidil Haram tiba-tiba orang kafir  itu menjerat leher nabi dengan serbannya sehingga nabi tidak berdaya untuk melepaskannya. Nasiblah pada ketika itu muncul Abu Bakar.

Beberapa pengikut beliau Yang mendapat disiksa dari orang kafir antara lain: Bilal bin Rabah, yaitu seorang hamba sahaya milik Ummayyah bin khalaf. Bilal ditelentangkan di atas terik matahari padang pasir,

Page 8: Nabi Muhammad

ditubuhnva ditindihkan batu besar. la dipaksa supaya meninggalkan Islam namun is tetap teguh dan imannya bertambah tebal.

Bilal akhimya dibebaskan oleh Abu Bakar yang membelinya dari Umayyah bin Khalaf.

Sahabat lain yang diseksa di luar batas perikemanusiaan adalah Amar bin Yasir beserta kedua orang tuanya. Mereka diseksa pada waktu Zuhur yaitu di saat teriknya matahari memanggang padang pasir. Ketika Nabi berjumpa yasir dan berkata kepada mereka: “Bersabarlah hai keluarga Yasir, yang dijanjikan untuk kalian adalah syurga”.

Sahabat Habab bin Arats juga di seksa lebih kejam, lagi. la ditusuk-tusuk dengan besi panas pada punggungnya agar meninggalkan Islam, namun ia tetap tabah dan memilih Islam sebagai agamanya.

TAHUN DUKA CITA

Hampir sepuluh tahun Islam tumbuh mekar di Mekkah. Baru saja kaum Muslimin terlepas dari segala celaaan dan kekajalan.Kini datang lagi dugaan berat dengan meninggalnya Khadijah dan disusuli kemudian oleh Abu Tolib. Padahal kedua orang itu adalah orang kuat pembela Islam.

Khadijah merupakan seorang isteri yang setia yang selalu mendampingi Rasul dalam menyebarkan agama Islam. la salah seorang bangsawan Quraisy yang disegani oleh kaumnya.

Demikian juga Abu Tolib, kewibawaanya dikalangan Quraisy sangat besar. Kini setelah dua orang itu meninggal dunia pihak kafir Quraisy seperti mendapat angin segar. Mereka tak segan-segan lagi mengadakan gangguan terhadap Rasul dan para pengikutnya.

Kerana kehilangan dua orang yang sangat dikasihi itu, maka tahunnya dinamakan Tahun Duka Cita.

HIJRAH KE YATSRIB (MADINAH)

Mekkah sudah tidak aman lagi bagi Rasulullah dan pengikutnya, sementara orang-orang Yatsrib setiap hari semakin banyak yang masuk islam dan merindukan beliau hadir di tengah-tengah mereka.

Maka Rasulullah memerintahkan para pengikutnya untuk hijrah ke Yatsrib. Berangkatlah para pengikut Nabi, secara diam-diam ke yatsrib, mereka ikhlas meninggalkan harta benda  dan rumah-rumah mereka demi memenuhi perintah Rasul. Sedang Rasulullah dan Abu Bakar akan menyusul di belakang hari.

Page 9: Nabi Muhammad

Kabar tentang hijrah itu segera tercium oleh kaum kafir Qurais mereka sepakat untuk membunuh Rasulullah. Namun rencana mereka gagal. Allah melindungi Rasul-Nya. Setelah melalui berbagai rintangan sampailah Rasulullah di desa Quba yaitu sebuah tempat jaraknya 10 Kilometer dari Yatsrib.

Di Quba beliau mendirikan masjid, maka hingga sekarang masjid tersebut dinamakan Masjid Quba. Inilah masjid yang pertama kali di bangun umat Islam.

Setelah empat hari beristirahat di Quba beliau meneruskan perjalanannya ke Yatsrib. Di sana beliau disambut dengan hangat oleh para pengikutnya yang telah lama merindukan kedatangannya.

KEMENANGAN UMAT ISLAM

Ternyata dari Yatsrib Inilah Rasulullah dapat menyusun kekuatan dan membina masyarakat Islam dengan sempunna. Yastrib kemudian diubah namanya menjadi Madinatun Nabawiatau kemudian disebut Madinah.

Di Madinah ini beliau membentuk angkatan perang dan membina strategi perang. Sejarah kemudian mencatat bahwa Muhamad strategi perang. hanya seorang Nabi dan Rasul tapi juga seorang Kepala Negara. ahli tata masyarakat, Panglima Perang yang tangguh dan seorang ayah yang pastas diteladani oleh putra-putrinya.

Sesudah terjadi Perang Badar, perang Uhud dan peperanglainnya. akhirya Mekkah pun jatuh dalam kekuasaan beliau. Dengan  jatuhnya Mekkah, maka hampir dekatlah tugas kerasulan beliau.

Sesudah melaksanakan haji wada’, pada tanggal 12 Maulud hari Senin tahun 11 Hijriyah beliau wafat meninggalkan umatnya. Dalam penanggalan Masehi bertepatan dengan tanggal 8 Juni 632 dalam usia 63 tahun.

Beliau dimakamkan di Madinah. Hingga sekarang makamnya selalu ramai diziarahi umat Islam dari seluruh dunia ketika mereka melaksanakan ibadah haji.

Beliua tidak meninggalkan warisan harta benda. Beliau hanya meninggalkan dua perkara yaitu Al-Qur’an dan As-SUnnah. Siapa pun umatnya jika tetap berpegang teguh pada Al-Qur’an dan Al-Hadits. maka la tidak akin tersesat selama-lamanya.

Page 10: Nabi Muhammad

PENAKLUKKAN KOTA MAKKAH

Setelah Islam menjadi besar di kota Madinah, Rasulullah s.a.w. bersama sahabat-sahabat dan seluruh pengikutnya kembali ke kota Makkah, dan merebut kembali kota itu dari tangan kaum kafir Quraisy. Kedatangan kaum Muslimin di Makkah itu berte0atan dengan tanggal 10 Ramadhan tahun 8 Hijriah. Ketika itu, turunlah firman Allah SWT kepada Nabi Muhammad s.a.w. sebagaimana disebutkan di dalam Al-Qur’an:

“Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan, dan kamu lihat manusia masuk ke dalam agama Allah secara berbondong-bondong, maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Menerima Tobat”. (S. An-Nashr: 1-3)

Kemudian Nabi Muhammad s.a.w. bersama para pengikutnya menghancurkan berhala-berhala yang ada di seputar Ka’bah, se-bagaimana firman Allah: “Dan katakanlah: “Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap.” Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap”. (S. Al-Isra’: 81)

Dua tahun setelah penaklukkan Makkah, Nabi Muhammad s.a.w. beserta kaum Muslimin melaksanakan ibadah haji, yang disebut Haji Wada’ (Haji Perpisahan), karena setelah itu beliau meninggalkan umatnya untuk selama-lamanya. Di dalam kesempatan terakhir itu, Rasulullah s.a.w. mengucapkan pidato yang amat bernilai di hadapan seluruh kaum Muslimin di Padang Arafah. Pada saat itu, turunlah wahyu Allah yang terakhir, yang berbunyi:

“Pada hari ini telah Kusempurnakan untukmu agamamu, dan telah Kucukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah kurelakan Islam menjadi agamamu”. (S. Al- Ma’idah: 3)

ISTERI-ISTERI RASULULLAH S.A.W

1. Khadijah Binti Khuwailid2. Saudah Binti Zam’ah3. Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)4. Hafsah binti ‘Umar (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab)5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)7. Zainab Binti Jahsy8. Maimunah Binti Harith9. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab10.Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)

Page 11: Nabi Muhammad

ANAK-ANAK RASULULLAH S.A.W

1. Qasim2. Abdullah3. Ibrahim4. Zainab5. Ruqaiyah6. Ummi Kalthum7. Fatimah Al-Zahra’

Nabi Muhammad s.a.w juga mendapatkan gelaran Abu al-Qasim yang bererti "bapak Qasim", kerana Nabi Muhammad s.a.w pernah memiliki anak lelaki yang bernama Qasim iaitu anak baginda bersama Khadijah, tetapi ia meninggal dunia sebelum mencapai usia dewasa.

NABI MUHAMMAD WAFAT

Dengan penuh rasa syukur, Nabi Muhammad s.a.w. mengakhiri tugasnya sebagai seorang Rasul, dengan mengislamkan seluruh penducluk Makkah, Madinah, dan daerah-daerah lain di sekitar Jazirah Arabia. Setelah menderita sakit selama beberapa hari, pada tanggal 12 Rabi’ul Awwal tahun ke-11 Hijriyah, baginda berpulang ke rahmatullah dalam usia 63 tahun. Nabi Muhammad s.a.w. dimakamkan di kota Madinah. Sebelumnya, beliau sempat berpesan kepada keluarganya, para sahabatnya, aan seluruh kaum Muslimin dengan sabdanya yang termasyhur:

Telah kutinggalkan untuk kalian dua perkara yang apabila kalian berpegang teguh kepadanya, niscaya tidak akan tersesat untuk selama-lamanya, yakni: Kitabullah (Al-Quran) dan Sunnah Rasul-Nya.

Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

Page 12: Nabi Muhammad

ADAB MAKAN NABI

Baca doa sebelum makan

LمNهL XارUكS الل Xا ب Xن SمXا ل Xا فUي Xن قSت Xز Xا رX LارU عXذXابX وXقUن الن

Maksudnya : "Ya Allah berkatilah kami pada apa yang telah Engkau rezekikan kepada kami dan jauhkanlah kami dari azab neraka."

Gunakan tangan kanan (tangan kiri dilarang)

Dari Salamah bin al-Akwa' r.a., seorang lelaki sedang makan dengan tangan kirinya berhampiran dengan Rasulullah s.a.w. Maka Baginda berkata: "Makanlah dengan tangan kananmu". Lelaki itu berkata: "Aku tak boleh". Baginda menjawab, "Engkau tidak boleh!? Tidaklah yang menghalangnya kecuali sifat bongkak!! Kemudian tidak dapat diangkat tangannya ke mulut." (Hadith Riwayat Muslim)

Dari Jabir r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Jangan engkau makan dengan (tangan) kirimu, sesungguhnya syaitan itu makan dan minum dengan (tangan) kirinya." (Hadith Riwayat Muslim)

Makan garam secubit sebelum makan

Mengikut cara Rasulullah s.a.w, sebelum baginda makan, baginda s.a.w akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya, lalu Rasullah s.a.w akan menghisap garam itu.

Kemudian barulah Rasulullah makan makanan tersebut. Mengapa?

Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 Jenis enzim, enzim yang ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan proses pertama penghadaman.

Mengapa menghisap garam?

Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua sentuhan garam dari jari kita itu adalah sama dengan satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita.

Kenapa garam? Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan. Mengikut Dr, di hospital-hospital, kaedah rawatan mula-mula bagi keracunan adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin mengganggu manusia.

Mula makan dari tepi .

Page 13: Nabi Muhammad

Dari Ibn Abbas r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Keberkatan terdapat di tengah-tengah makanan, maka mulakan makan dari tepi dan jangan mulakan makan dari tengah" (Hadith Riwayat Abu Dawud dan Tirmidzi)

Makan makanan yang paling hampir.

Sabda Rasulullah s.a.w.: "Dan makanlah dari apa-apa yang ada di dekatmu." (Muttafaq 'alaih)

Dari Umar bin Abi Salamah r.a. berkata, aku merupakan hamba di rumah Rasulullah s.a.w., dan pernah tanganku menjalar-jalar ke serata hidangan (ketika hendak makan). Maka Rasulullah s.a.w berkata: "Wahai budak, ucapkan 'Bismillah', makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah apa yang hampir denganmu." (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Galakan guna tiga jari.

Dari Ka'ab bin Malik r.a., "Aku melihat Rasulullah s.a.w. makan menggunakan tiga jari..(ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah)" (Hadith Riwayat Muslim)

Kunyah makanan banyak kali

Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproses makanan itu.

Larangan mencela makanan dan sunat memuji makanan

Dari Abu Hurairah r.a. berkata: "Tidak sekali-kali Rasulullah s.a.w mencela makanan. Jika Baginda menyukainya, maka Baginda makan. Jika Baginda tidak menggemarinya, maka Baginda tidak makan" (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari Jabir r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. meminta lauk pauk kepada keluarganya, lalu mereka berkata: "Tidak ada yang kita punyai melainkan cuka. Beliau s.a.w. lalu memintanya dan mulailah beliau makan serta bersabda: "Sebaik-baik lauk pauk ialah cuka, sebaik-baik Iauk pauk ialah cuka." (Riwayat Muslim)

Makruh bersandar ketika makan

Page 14: Nabi Muhammad

Dari Abu Juhaifah iaitu Wahab bin Abdullah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Aku tidak pernah makan sambil bersandar (muttaki')." (Hadith Riwayat Bukhari)

Al-Khaththabi berkata: Almuttaki' di sini ialah orang yang duduk sambil bersandar pada alas sandaran yang diletakkan di bawahnya." Katanya: "Orang itu bukannya berkehendak akan duduk di atas alas sandaran atau bantal-bantal seperti kelakuan orang yang menghendaki untuk memperbanyakkan makanan, tetapi dia duduk tegak lurus dan tidak bersandar, juga makannya itu secukupnya belaka. Inilah yang diucapkan oleh al-Khaththabi.

Dari Anas r.a., katanya: "Saya melihat Rasulullah s.a.w. makan kurma sambil duduk berjongkok." (Hadith Riwayat Muslim)

Almuq'i atau duduk berjongkok itu ialah merapatkan kedua punggungnya ke bumi dan mendirikan kedua betisnya.

Dari Anas r.a dia berkata, "Aku pernah menyaksikan Rasulullah s.a.w duduk bertinggung sambil makan kurma." (Hadith Riwayat Muslim)

Maka diperbolehkan makan sambil duduk bertinggung.

Kutip makanan yang terjatuh.

Dari Jabir r.a., Sabda Rasulullah s.a.w., "Apabila jatuh sebahagian (kecil) makanan seorang dari kamu, ambil dan buang bahagian yang terkena kotoran dan makanlah ia, dan jangan tinggalkan ia untuk syaitan, dan jangan dia menyapu tangannya dengan kain sehingga dia menjilat jarinya dahulu kerana dia tidak mengetahui pada makanannya, bahagian mana yang terdapat keberkatan" (Hadith Riwayat Muslim)

Jilat jari setelah selesai

Dari Ibn Abbas r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Apabila seorang daripada kamu telah selesai makan makanan, maka jangan disapu jari-jari sehingga dijilat (terlebih dahulu) atau menyuruh orang lain melakukannya" (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari Ka'ab bin Malik r.a., katanya: "Saya melihat Rasulullah s.a.w. makan dengan menggunakan tiga jari. Kemudian setelah beliau selesai lalu menjilatinya." (Riwayat Muslim)

Dari Jabir r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. menyuruh untuk menjilati jari-jari dan piring dan beliau bersabda: "Sesungguhnya engkau semua tidak mengetahui di makanan yang manakah terletaknya keberkahan itu." (Riwayat Muslim)

Membaca Doa selepas makan

Page 15: Nabi Muhammad

Dari Abi Umamah r.a., "Adalah Nabi s.a.w. apabila selesai makan menyebut, 'Alhamdulillahi katsiran toyyiban mubarakan fih, ghaira makfiyyin wa la muwaddi'in'. wa la mustaghnan 'anhu rabbana' " (Hadith Riwayat Bukhari)

NدSمXحS LهU ال Uل ا ل kيرU Xث kا ك pب kا طXي ك XارX SرX فUيهU مNب SفUيt غXي X مXك X مNوXدLعy وXال kى وXال XغSن ت SسNم NهS Xا عXن Lن ب Xر

Maksudnya : "Sebanyak-banyak pujian bagi Allah pujian yang elok lagi berkat, tiada yang lebih baik, tempat berserah yang paling baik, yang paling kaya daripadaNya iaitu Tuhan kami."

Makan beramai-ramai

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Makanan untuk dua orang itu dapat mencukupi tiga orang sedang makanan untuk tiga orang itu dapat mencukupi empat orang." (Muttafaq 'alaih)

Dari Jabir r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Makanan untuk seorang itu dapat mencukupi dua orang dan makanan dua orang itu dapat mencukupi empat orang, sedang makanan empat orang itu dapat mencukupi lapan orang." (Riwayat Muslim)

Galakan bercakap ( ttg perkara baik )

Dalam al-Adzkar, Imam Nawawi mengatakan, “Dianjurkan berbicara ketika makan. Berkenaan dengan ini terdapat sebuah hadits yang dibawakan oleh Jabir r.a. sebagaimana yang telah kami kemukakan dalam “Bab memuji makanan”. Imam Abu Hamid al-Ghazali dalam kitab al-Ihya mengatakan bahawa termasuk etika makan ialah membicarakan hal-hal yang baik sambil makan, membicarakan kisah orang-orang yang shalih dalam makanan.” (al-Adzkar hal 602, edisi terjemah cet. Sinar baru Algen Sindo)

Menurut al-Hafidz dan Syeikhul Islam Ibn al-Qayyim rh, pendapat yang benar ialah Nabi s.a.w bercakap dan berbual semasa makan. Dalam kitabnya alZaad (2/397), ada kalanya Nabi bertanya apakah menu pada hari ini dan memuji menu tersebut (Hadith Riwayat Muslim: 2052), ada kala Nabi s.a.w mengajar adab dan susila makan kepada kaum keluarganya (Hadith Riwayat alBukhari: 5061) dan ada ketika Nabi sentiasa menggalakkan tetamu beliau supaya menambah lauk-pauk dan minuman (Hadith Riwayat alBukhari 6087). Adalah tidak benar meja makan menjadi tempat yang kaku dan senyap sepi dari perbualan.

Tetapi, jangan sampai bercakap itu apabila makanan penuh di dalam mulut.

ADAB MINUM RASULULLAH 

Page 16: Nabi Muhammad

1. Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan 2. Bacalah " Bismillah" 3. Minum dengan tiga nafas 4. Minum dalam keadaan duduk 5. Jangan bernafas kedalam air. Setiap kali berhenti minum arahkan pernafasan ketempat lain. 6. Setiap kali berhenti minum (pada setiap penafasan) bacalah Alhamdullilah 7. Jika tidak ada tempat untuk duduk adalah diharuskan minum sambil berdiri 8. Minum dari baki air yang telah diminum oleh orang lain. Hadis menyatakan bahawa saki baki air minuman seseorang Islam adalah ubat untuk penyakit 9. Jangan terus minum setelah selesai mengerjakan kerja-kerja berat 

WARNA KESUKAAN RASULULLAH

Rasulullah ملسو هيلع هللا ىلص tidak pernah menetap dan menentukan sebarang warna untuk dipakai umatnya. Sebenarnya Baginda ملسو هيلع هللا ىلص turut menyukai warna hitam, putih (baidha’), kelabu dan pelbagai warna lain dalam urusan biasa.

Selain itu Rasul juga ternyata menyukai warna putih. Imam Al-Ghazali dalam Ihya’ Ulumiddin berkata : “Yang amat disukai oleh Nabi ملسو هيلع هللا ىلص ialah warna putih.”

Ketika beribadat Rasulullah ملسو هيلع هللا ىلص juga suka berpakaian putih, dan dalam urusan rasmi Baginda sering memakai pakaian hitam bagi menunjukkan kerendahan diri.

1.  Daripada Ja’far bin Amr bin Huraits r.a., dia berkata: “Sesungguhnya Rasulullah ملسو هيلع هللا ىلص berpidato di hadapan umat, Baginda memakai serban hitam.”

2.  Ibnu Ady meriwayatkan dari Jabir r.a yang berkata: “Aku pernah melihat Nabi memakai ملسو هيلع هللا ىلص serban hitam yang dipakainya pada hari raya…”

.3.  Annas bin Malik mengatakan, “Warna yang paling disukai oleh Rasulullah ملسو هيلع هللا ىلص adalah hijau.”

4.  Ibnu Hajjar dalam Tanbih Al Akhbar mengatakan: “Pada hari raya kami disuruh memakai pakaian berwarna hijau kerana warna hijau lebih utama. Adapun warna hijau adalah afdhal daripada warna lainnya, sesudah putih.”

Page 17: Nabi Muhammad

5.  Al-Bukhari meriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a. dia berkata : “Pernah Nabi keluar dengan kepala yang dibalut sehelai kain yang berwarna ملسو هيلع هللا ىلص kelabu.”

6.  Al Baihaqi meriwayatkan hadis dari Jabir r.a katanya : “Pernah Rasulullah berpakaian yang bercorak ملسو هيلع هللا ىلص merah pada dua hari raya dan pada hari Jumaat.”

7.  Ada juga keterangan bahawa Nabi Muhammad ملسو هيلع هللا ىلص pernah memakai pakaian berwarna hitam, merah hati, kelabu dan warna campuran.

8.  Imam Bukhari meriwayatkan hadis dari Anas r.a, beliau pernah melihat : “Nabi ملسو هيلع هللا ىلص menutup kepalanya dengan kain biasa yang bercorak-corak warnanya.”

MUKJIZAT RASULULLAH

Mukjizat Nabi Muhammad SAWMukjizat Nabi Muhammad  adalah  kemampuan luar biasa yang diberikan Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW untuk membuktikan kenabiannya.  Dalam Islam , mukjizat terjadi hanya kerana izin Allah.  Antara mukjizat Nabi Muhammad adalah Isra’ dan Mi’raj.  Selain itu,  Nabi Muhammad SAW  juga pernah membelah bulan pada masa penyebaran Islam di Mekah, menerima wahyu dari Allah SWT dan sebagainya.

Irhas (Petanda)Dalam Islam banyak menceritakan bahawa pada masa kelahiran dan masa sebelum kenabian, Nabi Muhammad SAW sudah diliputi banyak irhasat atau pun petanda.

Nabi Muhammad dilahirkan pada 22 April 570M dalam kalangan keluarga bangsawan Arab, iaitu Bani Hasyim.  Ibnu Hisyam, dalam Sirah Nabawiyah menuliskan Nabi Muhammad memperoleh namanya daripada mimpi ibunya,  Aminah binti Wahab ketika mengandungkannya.

Aminah memperoleh mimpi bahawa beliau akan melahirkan “pemimpin umat”.  Mimpi itu juga yang menyuruhnya

mengucapkan, “Aku meletakkan dirinya dalam lindungan Yang Maha Esa dari segala kejahatan dan pendengki.” Kisah Aminah

dan Abdul Muthalib juga menunjukkan bahawa sejak kecil Muhammad adalah anak yang luar biasa.

Berikut ini adalah irhasat yang terjadi pada saat sebelum, sesudah kelahiran dan masa kecil  Nabi Muhammad :

Page 18: Nabi Muhammad

Sebelum dan Sesudah Kelahiran Nabi Muhammad SAW

    Aminah binti Wahab , ibu Nabi Muhammad pada saat mengandung Rasulullah tidak pernah merasa lelah seperti wanita-wanitalain pada umumnya,

    Raja Khosrow ( Empayar Sassanid dari Parsi) dan para pendita Majusi bermimpi yang menakutkan.

    –  Dinding istana Raja Khosrow tiba-tiba retak dan empat belas menara Dewan Empayarnya runtuh.

  –  Padamnya api yang disembah penganut agama Majusi secara tiba-tiba yakni api yang telah disembah bertahun-tahunlamanya.

   –   Terjadinya gempa yang merobohkan tempat ibadah di sekitar kerajaan Rum.

    –  Tasik mulai mengering.

    –  Saat melahirkan Nabi Muhammad, Aminah binti Wahab tidak merasa sakit seperti wanita-wanita lain.

    –  Nabi Muhammad dilahirkan dalam keadaan sudah berkhatan .

    –  Lahir dengan tali pusat juga sudah terputus.

Nabi Muhammad SAW Ketika Kanak-kanak

    Halimah binti Abi-Dhua’ib , ibu susuan Nabi Muhammad dapat menyusui kembali padahal sebelumnya air susunya telah punkering.  Selama dengan Halimah, Nabi Muhammad hidup secara nomad bersama Bani Saad di gurun Arab selama empat tahun.

    Ternakan kambing Halimah menjadi gemuk-gemuk dan susunya pun bertambah,

   Pada usia baginda 5 bulan baginda sudah pandai berjalan, pada usianya 9 bulan pula baginda  sudah mampu bercakap dan padausia 2 tahun, baginda sudah mampu bersama anak-anak Halimah yang lain untuk menggembala kambing.

   Abdul Muthalib , datuk Nabi Muhammad menuturkan bahawa berhala yang ada di Kaabah tiba-tiba terjatuh dalam keadaanbersujud saat kelahiran Muhammad.

Ketika Nabi Muhammad berusia empat tahun,  baginda pernah dibedah perutnya oleh  malaikat. Sirah Nabawiyyah    memberikan gambaran bahawa malaikat “membelah dadanya, mengambil jantungnya, dan membukanya untuk mengelurkan darah kotor darinya. Lalu malaikat mencuci jantung dan dadanya dengan salji.”  Peristiwa yang sama turut berulang 50 tahun

Page 19: Nabi Muhammad

kemudian ketika Nabi Muhammad di Isra’kan ke Baitulmuqaddis lalu ke Sidratul Muntaha dari Mekah.

Nabi Muhammad Ketika Remaja

    Pendeta Bahira mengatakan bahawa beliau melihat tanda-tanda kenabian pada diri Nabi Muhammad. Menurutnya, NabiMuhammad ketika itu berusia 12 tahun sedang berehat di wilayah Bushra dari perjalanannya untuk berdagang bersama AbuTalib ke Syiria.Pendeta Bahira itu menceritakan bahawa kedatangan Nabi Muhammad saat itu diiringi dengan gumpalan awan yangmenutupinya dari cahaya matahari.

    Tanah yang dilalui oleh unta Nabi Muhammad dipendekkan jaraknya oleh Jibril AS, sebelah sisi kanan dijaga oleh Israfil dansisi kirinya dijaga oleh Mikail kemudian mendung menaunginya.

MukjizatBerikut adalah mukjizat-mukjizat yang diperoleh ketika Nabi Muhammad telah menerima wahyu ketika ia berusia 40 tahun.

Kelebihan Nabi Muhammad SAW

    Dapat melihat dengan jelas dalam keadaan gelap.     Wajah Nabi Muhammad memancarkan cahaya dikegelapan pada

waktu sahur.

    Dua orang sahabat Nabi Muhammad dibimbing oleh dua cahaya, setelah bertemu dengan baginda.

   Peluh yang keluar dari tubuh Nabi Muhammad mengeluarkan bau harum, jika Nabi Muhammad berjabat tangan denganseseorang maka aroma harum itu akan meninggalkan kesan selama beberapa hari di tangan orang tersebut.

    Tubuh Muhammad memancarkan petir ketika hendak dibunuh oleh Syaibah bin ‘Utsman pada Perang Hunain.

    Nabi Muhammad yang sanggup menghancurkan batu besar dengan tiga kali pukulan, ketika menjelang Perang Khandaq,padahal ketika itu Nabi Muhammad belum makan selama 3 hari.

Karisma dan Kewibawaan Baginda

    Renungan mata baginda Nabi Muhammad membuatkan Umar bin Al-Khattab dan Abu Jahm lari lintang-pukang, ketika merekamerancang untuk membunuh Nabi Muhammad pada malam hari.

Page 20: Nabi Muhammad

   Renungan mata baginda juga  menggetarkan hati Ghaurats bin Harits, iaitu seorang musuh yang pernah menghunus pedang kearah  leher Muhammad.

    Menjadikan tangan Abu Jahal kaku tidak bergerak.

   Jin yang bernama Muhayr bin Habbar membantu dakwah Muhammad, kemudian jin itu diganti namanya oleh NabiMuhammad menjadi Abdullah bin Abhar.

Mukjizat Nabi Muhammad Berkaitan Fenomena Alam Menghentikan gempa yang terjadi di Makkah dan Madinah,  dengan

cara menghentakkan kakinya dan memerintahkan bukit supaya tenang.

Menurunkan hujan dan meredakan banjir saat musim kemarau pada tahun 6 Hijriah di Madinah yang ketika itu mengalami musim kemarau .

 Berbicara dengan gunung untuk mengeluarkan air bagi Uqa’il bin Abi Thalib yang kehausan.

 Menahan matahari daripada terbenam.

Membelah bulan dua kali untuk membuktikan kenabiannya kepada penduduk Mekah.

Bumi menelan seorang Quraisy yang hendak membunuh Nabi Muhammad dan sahabat baginda Abu Bakar pada saat hijrah.

Mukjizat Berkaitan Makanan dan Minuman Paha kambing yang telah diracuni berbicara kepada Nabi

Muhammad setelah terjadi Perang Khaibar. Makanan yang dimakan oleh Nabi Muhammad mengagungkan nama

Allah .

Makanan sedikit yang boleh dimakan sebanyak 800 orang pada Perang Khandaq.

Roti sedikit cukup untuk orang yang ramai.

Sepotong hati kambing cukup untuk 130 orang.

Makanan yang dimakan tidak berkurang  tetapi bertambah tiga kali ganda.

Menjadikan beras merah sebanyak setengah kwintal yang diberikan kepada orang Badwi Arab tetap tidak berkurang selama berhari-hari.

Ikan al Anbar menjadi hidangan bagi 300 pasukan perang Nabi Muhammad.

Page 21: Nabi Muhammad

Air memancar dari celah-celah jari baginda.  Kemudian air itu digunakan untuk berwudhuk oleh 300 orang sahabat hanya dengan semangkuk air.

Bekas selalu penuh dengan air, walau sudah dituangkan hingga habis.

Mengeluarkan air dari telaga yang ada di tengah-tengah gurun pasir, ketika Khalid bin Walid pada saat itu masih menjadi musuhnya.

Mengeluarkan mata air baru untuk bapa saudaranya Abu Talib yang sedang kehausan.

Semangkuk susu yang boleh dibahagi-bahagikan kepada beberapa orang-orang Shuffah, Abu Hurairah dan Nabi Muhammad.

Susu dan kencing unta boleh menyembuhkan penyakit orang Urainah.

Begitulah Allah SWT memelihara Nabi Muhammad SAW.

Menghidupkan Orang Mati

    Menghidupkan anak perempuan yang telah mati lama dikuburannya.

Hal  Ghaib dan Rukyah     Mendapatkan bantuan dari Malaikat Jundallah ketika dalam

Perang Badar .     Mengetahui kejadian yang tidak dilihat olehnya.

    Mengetahui apa yang telah terjadi, sedang terjadi, yang akan terjadi.

    Dapat melihat dan mendengar apa yang ada di langit dan di bumi.

    Dapat mengetahui isi hati sahabat dan lawannya.

    Mengetahui yang apa terjadi di dalam kubur.

    Mengetahui ada seorang Yahudi yang sedang diseksa dalam kuburnya .

    Meramalkan Abdullah bin Abbas akan menjadi “bapa para khalifah “yang terbukti pada keturunah Abdullah bin Abbas yangmenjadi raja-raja kekhalifahan Abbasiyah selama 500 tahun.

    Meramalkan umatnya akan terpecah belah menjadi 73 golongan.

Mukjizat Terbesar Nabi Muhammad

Page 22: Nabi Muhammad

    Isra’ dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa , lalu Mi’raj dari Baitul Maqdis ke Sidratul Muntaha, untuk menerima perintah solatdalam tempoh tidak sampai satu malam.

    Menerima firman  Allah SWT melalui wahyu yang kemudian dijadikan naskah lengkap dengan nama Al-Qur’an .

Ujian Kesakitan Pada Nabi Muhammad SAWWalaupun baginda dikurnaikan Allah SWT dengan pelbagai mukjizat namun baginda juga tetap mengalami kesakitan seperti manusia lain. Keadaan-keadaan yang dialami oleh Nabi Muhammad seperti terluka kerana pukulan, mata pedang, bahkan rasa sakit akibat demam atau pun sakit kepala turut dirasai oleh baginda.  Kesakitan baginda melebihi daripada manusia lain.Ketika sakit kepala yang kuat, baginda Nabi Muhammad SAW pernah membalut kepada dengan kain untuk mengurangkan kesakitan yang dialaminya.

Dalam sejarah Islam,  beberapa kali Nabi Muhammad terluka dan mengalami kesakitan akibat peperangan dengan musuhnya, di antaranya ketika terjadinya Perang Uhud. Dalam keadaan yang sangat kritikal itu, ‘Utbah bin Abi Waqqash membaling ke arah Nabi Muhammad dengan batu sehingga baginda terjatuh, menyebabkan gigi dan bibir bawah mulut Nabi Muhammad terluka.

Seterusnya, Abdullah bin Syihab Al Zuhry tiba-tiba mendekati Nabi Muhammad dan memukul hingga keningnya terluka, tidak hanya itu saja datang pula Abdullah bin Qami’ah seorang penunggang kuda mengayunkan pedang ke bahu Nabi Muhammad dengan pukulan yang keras,  walau bagaimana pun pukulan pedang itu tidak sampai menembus dan merosakkan baju besi yang dipakai oleh baginda.

Marilah kita menanamkan rasa cinta dan sayang kita kepada Nabi Muhammad SAW kerana baginda ialah kekasih Allah SWT, penghulu segala Nabi-nabi dan Rasul yang wajib kita tinggikan darjatnya.  Jom…sering-seringlah berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.