naik lebih 30% belukar, sampah Kes kebakaran Sabtu, 18 ... filebagai kumpulan masyarakat, akar umbi,...

1
Oleh AZAHAR MOHD [email protected] ORANG ramai secara keseluru- hannya menyokong hasrat Pemerin- tah mahu melindungi golongan be- risiko tinggi daripada kesan negatif perjudian – seperti mengehadkan jumlah kunjungan ke kasino bagi penduduk setempat yang mempu- nyai masalah kewangan atau berisi- ko tinggi. Mereka juga menyokong lang- kah Pemerintah yang mahu memin- da Akta Kawalan Kasino dan me- mastikan resort bersepadu (IR) terus menyumbang kepada industri pelan- congan Singapura. Demikian antara maklum balas yang diterima mengenai semakan ke atas Akta Kawalan Kasino (Pin- daan) semalam. Perundingan selama empat ming- gu itu berakhir semalam. Keseluruhannya, lebih 40 surat telah dihantar ke Gerbang Reach. Pemerintah juga telah merang- kumkan pelbagai saranan dan pan- dangan yang dilaporkan di media se- lain maklum balas yang dihantar se- cara langsung kepada agensi-agensi Pemerintah. Sewaktu tempoh perundingan itu, Majlis Kebangsaan Terhadap Masalah Perjudian (NCPG) turut mengadakan empat sesi perunding- an tertutup dengan pihak-pihak yang berkepentingan daripada pel- bagai kumpulan masyarakat, akar umbi, agama dan khidmat sosial. Pemerintah juga mengadakan rundingan dengan pengendali IR se- tempat. Responden antara lain turut mela- hirkan keprihatinan mereka menge- nai kegiatan-kegiatan perjudian di luar kasino, peranan individu dan keluarga dalam menangani masalah perjudian, bagaimana sumbangan ekonomi IR perlu dinilai dan me- ningkatkan denda yang boleh dike- nakan ke atas pengendali kasino. Pemangku Menteri Pembangun- an Masyarakat, Belia dan Sukan, En- cik Chan Chun Sing, semalam me- rakamkan terima kasih kepada NCPG, selain pihak-pihak yang berkepentingan, yang melahirkan sokongan terhadap pindaan Akta Kawalan Kasino (Pindaan). Kasino: Niat Pemerintah lindungi warga disokong

Transcript of naik lebih 30% belukar, sampah Kes kebakaran Sabtu, 18 ... filebagai kumpulan masyarakat, akar umbi,...

Page 1: naik lebih 30% belukar, sampah Kes kebakaran Sabtu, 18 ... filebagai kumpulan masyarakat, akar umbi, agama dan khidmat sosial. Pemerintah juga mengadakan rundingan dengan pengendali

BAYANGKAN sebuah rumahyang dilengkapi dengan televisyenatau telefon bimbit bijak yang bolehmenghidupkan skrin sejurus merasa-kan kehadiran anda.

Bayangkan pula jika peti ais an-da mengenali bahan-bahan yang di-simpan di dalamnya dan menyaran-kan kepada anda apa yang boleh di-masak dengan bahan-bahan terse-but pada sebuah skrin.

Anda juga boleh memesan ma-kanan secara automatik daripada se-buah kedai pada skrin itu dan kemu-dian membuat bayaran menerusitelefon bimbit.

Idea-idea tersebut, yang kemung-kinan menjadi kenyataan pada ma-sa depan, dibentangkan di Simpo-sium Infocomm Technology Road-map 2012 yang keenam yang diada-

kan di Pusat Konvensyen dan ExpoThe Sands di Marina Bay Sands, se-malam.

Simposium yang dianjurkan Pe-nguasa Pembangunan Infokom(IDA) itu bertujuan membantu in-dustri infokom tempatan memben-tuk strategi-strategi perniagaan me-reka berdasarkan trend global yangtelah dikenal pasti oleh IDA semasaberunding dengan para veteran,penyelidik dan tokoh akademik tek-nologi maklumat (IT).

IDA telah meluangkan masa sela-ma setahun membangunkan tekno-logi peta perjalanan yang mengandu-ngi sembilan tema seperti ekonomidigital baru, media sosial dan antaramuka pengguna (user interface).

Sebagai contoh, di bawah temaantara muka pengguna, IDA mem-bincangkan keupayaan mengguna-

kan gerak isyarat seperti pergera-kan mata untuk mengawal sistem-sistem komputer.

Sebagai contoh, ekonomi digitalbaru membolehkan seseorang me-mesan dan membayar makananatau minuman menggunakan tele-fon bimbit dengan mengambil gam-bar barang-barang makanan yangterdapat pada sebuah skrin interak-tif di mesin layan diri.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)IDA, Encik Ronnie Tay, berkata:

“Teknologi Infokom terangkumdalam cara kita bekerja, hidup, bela-jar dan berinteraksi. Adalah pentingkita mengikuti pembangunan terki-ni teknologi-teknologi infokom danmenilai potensi mereka dengan ba-gaimana mereka boleh memberi ke-san ataupun menjejas hidup kita.” –Oleh IRMA KAMARUDIN.

Oleh AZAHAR [email protected]

ORANG ramai secara keseluru-hannya menyokong hasrat Pemerin-tah mahu melindungi golongan be-risiko tinggi daripada kesan negatifperjudian – seperti mengehadkanjumlah kunjungan ke kasino bagipenduduk setempat yang mempu-nyai masalah kewangan atau berisi-ko tinggi.

Mereka juga menyokong lang-kah Pemerintah yang mahu memin-da Akta Kawalan Kasino dan me-mastikan resort bersepadu (IR) terusmenyumbang kepada industri pelan-congan Singapura.

Demikian antara maklum balasyang diterima mengenai semakan

ke atas Akta Kawalan Kasino (Pin-daan) semalam.

Perundingan selama empat ming-gu itu berakhir semalam.

Keseluruhannya, lebih 40 surattelah dihantar ke Gerbang Reach.

Pemerintah juga telah merang-kumkan pelbagai saranan dan pan-dangan yang dilaporkan di media se-lain maklum balas yang dihantar se-cara langsung kepada agensi-agensiPemerintah.

Sewaktu tempoh perundinganitu, Majlis Kebangsaan TerhadapMasalah Perjudian (NCPG) turutmengadakan empat sesi perunding-an tertutup dengan pihak-pihakyang berkepentingan daripada pel-bagai kumpulan masyarakat, akarumbi, agama dan khidmat sosial.

Pemerintah juga mengadakanrundingan dengan pengendali IR se-tempat.

Responden antara lain turut mela-hirkan keprihatinan mereka menge-nai kegiatan-kegiatan perjudian diluar kasino, peranan individu dankeluarga dalam menangani masalahperjudian, bagaimana sumbanganekonomi IR perlu dinilai dan me-ningkatkan denda yang boleh dike-nakan ke atas pengendali kasino.

Pemangku Menteri Pembangun-an Masyarakat, Belia dan Sukan, En-cik Chan Chun Sing, semalam me-rakamkan terima kasih kepadaNCPG, selain pihak-pihak yangberkepentingan, yang melahirkansokongan terhadap pindaan AktaKawalan Kasino (Pindaan).

Oleh IRMA [email protected]

JUMLAH kes kebakaran yang ber-punca daripada kawasan belukar dansampah di ruang terbuka telah ber-tambah lebih 30 peratus dalam sepa-ruh pertama tahun ini.

Kes kebakaran kawasan belukarmeningkat sebanyak 36.8 peratus,daripada 76 kes tahun lalu kepada104 kes tahun ini, disebabkan musimkering yang melanda dari Januarihingga Mac.

Kebakaran yang berpunca daripa-da sampah di ruang terbuka pula ber-tambah sebanyak 35.5 peratus daripa-da 76 kes kepada 103 kes.

Perangkaan tersebut didedahkanPasukan Pertahanan Awam Singapu-ra (SCDF) semasa taklimat media diibu pejabat SCDF di Ubi Avenue 4,semalam.

Bagaimanapun, jumlah keseluru-han kes kebakaran mencatat parasterendah dalam tempoh lebih sede-kad meskipun terdapat beberapa ke-jadian kebakaran besar sejak kebela-ngan ini.

Terdapat 2,191 kes, terutamayang berlaku di kawasan kediaman,dengan kejadian berkurangan seba-nyak 0.3 peratus daripada 2,197 kespada separuh pertama tahun lalu.

Laporan tersebut juga menyenarai-kan sampah, barang-barang yang di-

buang dan api memasak yang terbiarsebagai tiga punca utama kebakarandi kawasan kediaman.

Kes kebakaran berpunca daripadaelektrik bagi separuh pertama tahunini bertambah daripada 86 kes kepa-da 99 kes, manakala kes kebakarankenderaan pula menjunam sebanyak13.9 peratus daripada 100 kes kepa-da 87 kes.

Kes kebakaran yang berpuncadaripada pembuangan bahan-bahanmenyala secara sembarangan turun11.4 peratus daripada 1,133 kes kepa-da 1,004 kes, namun ia kekal menja-di sebab utama kebakaran.

Jumlah mangsa yang cedera aki-bat kebakaran pula meningkat seban-yak 38.4 peratus, manakala jumlahmereka yang terkorban berkurangansebanyak 66.7 peratus.

Jumlah Notis Bahaya Kebakaran(FHAN) yang dikeluarkan berkura-ngan sebanyak 28.3 peratus – daripa-da 1,577 pada separuh pertamatahun lalu kepada 1,131 dalam tem-poh yang sama tahun ini.

Jumlah Notis Kesalahan Kebaka-ran (NFSO) pula bertambah 6 pera-tus – daripada 1,214 kepada 1,282.

Pada masa yang sama, jumlahpanggilan kecemasan meningkat se-banyak 8.1 peratus kepada 67,485panggilan pada separuh pertamatahun ini, manakala panggilan tidakcemas pula berkurangan sebanyak11.4 peratus kepada 1,119 panggilan.

SCDF baru-baru ini telah mem-perkenalkan penggunaan alat meka-nikal bantuan pernafasan kecemasan(CPR) pada ambulans dan meleng-kapkan alat Automated ExternalDefibrillation (AED) pada motorbomba bagi mempertingkatkan tem-poh respons kecemasan dan memulih-kan denyutan jantung mereka yangmengalami serangan jantung dengancara yang lebih berkesan.

Simposium ketengah idea ‘rumah bijak’

Oleh SHAMSUL [email protected]

PENYEPADUAN antara pelba-gai kaum dan masyarakat berbi-lang agama di Singapura akan te-rus menjadi fokus Kumpulan Pe-mulihan Keagamaan (RRG).

Menekankan bahawa fokustersebut telah menyumbang kepa-da keamanan negara yang dinik-mati kini, Pengerusi BersamaRRG, Ustaz Haji Ali Haji Moham-ed, berkata ia sejajar dengan kon-sep cinta sesama manusia dalam Is-lam, tanpa kira latar belakangkaum, bahasa mahupun budaya.

Berucap di satu majlis iftar ber-sama Timbalan Perdana Menteri,Encik Teo Chee Hean, di MasjidKhadijah anjuran RRG semalam,Ustaz Haji Ali menjelaskan baha-

wa rasa cinta yang sedemikian“membuat seorang Muslim akanmembantu sesiapa sahaja semanamampu”.

“Justeru dalam kita menerimahakikat bahawa kita adalah berbe-za, kita akan meraih lebih banyakmanfaat jika kita mahu bersatudan mengamalkan sikap yang le-bih terangkum,” kata Ustaz HajiAli.

Melangkah ke hadapan, beliaumendedahkan RRG dan MasjidKhadijah sedang meluaskan usahamenyemai sikap mendakap kepel-bagaian dan keharmonian yangdinikmati Singapura, di kalanganlebih ramai anggota masyarakat,terutama golongan muda.

“Salah satu perkara pentingyang RRG fikirkan ialah semuawarga Singapura tidak harus

mengambil remeh perpaduankaum dan kewujudan bersama dikalangan masyarakat berbilangkaum dan agama di Singapura.

“Semua agama percaya padafahaman moral yang menggalaksikap baik, belas kasihan, beramalkebajikan, rendah diri, tolak an-sur dan kasih sayang. Nilai-nilaiini, jika didakap sepenuhnya,akan dapat membantu kitamengekalkan keharmonian yangtelah kita nikmati sejauh ini, danmembantu kita bergerak ke hada-pan,” kata Ustaz Haji Ali.

Beliau selanjutnya berkata ber-latarbelakangkan keamanan terse-but, Singapura telah berjaya me-ngekalkan kemakmuran dan ber-gerak ke tangga atas ekonomi.

“Ia merupakan kisah kejayaanyang mustahil jika diukur padamana-mana piawaian. Tetapi jauh

di dalam hati kita, kita tahu ia ten-tunya tidak mungkin dapat dilaku-kan tanpa keamanan yang telah ki-ta nikmati sepanjang empat dekadlalu,” kata beliau.

Acara iftar semalam turut diser-tai Menteri Penerangan, Perhu-bungan dan Kesenian yang jugaMenteri Bertanggungjawab bagiEhwal Masyarakat Islam, Dr Yaa-cob Ibrahim; Menteri Negara Kan-an (Ehwal Dalam Negeri merang-kap Ehwal Luar), Encik MasagosZulkifli Masagos Mohamad; Ang-gota Parlimen bagi GRC MarineParade, Profesor Madya FatimahLateef; Presiden Majlis Ugama Is-lam Singapura (Muis), Haji MohdAlami Musa; dan Pengerusi Bersa-ma RRG dan Presiden PersatuanUlama dan Guru-guru Agama Is-lam Singapura (Pergas), UstazMohd Hasbi Hassan.

Penyepaduan pelbagai kaum terus jadi tumpuan RRG

Kasino: Niat Pemerintah lindungi warga disokong

Kes kebakaranbelukar, sampahnaik lebih 30%

MENIKMATI JUADAH BERBUKA: Encik Teo Chee Hean (berkemeja hijau) menikmati juadah berbuka bersama-sama dengan (dari kiri) Dr Yaacob Ibrahim, UstazHaji Ali Haji Mohamed, Ustaz Mohd Hasbi Hassan, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad (terlindung) dan Haji Mohd Alami Musa. – Foto KHALID BABA

TIDURLAH DI ATAS AIR!Tilam air bermaksud peredaran darah yanglebih baik semasa anda tidur – menjadikanluka katil perkara yang tidak wujud lagi.

LUKA KATIL?

FANTASY WATERBEDS SLEEP CENTRE#01-39 The Furniture Mall

10 Toh Guan Road Tel: 6469-1381www.fantasywaterbeds.com

SCDF: Jumlahkeseluruhan keskebakaran di parasterendah dalamlebih sedekad

2 Berita Harian2 Sabtu, 18 Ogos 2012 DALAM NEGERI