Nama: - Cikgu Azemi's Blog | Blog ini merupakan medan ... · Web viewJANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI...

12
Nama: ……………………………………………………………… Kelas: PMR 3 ………………. SULIT 02/1 Bahasa Melayu Kertas 1 Mei 2009 1 jam SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA, 16100 PENGKALAN CHEPA, KELANTAN. JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. 2. Jawab semua soalan. 3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi tiap-tiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Tandakan semua jawapan anda pada kertas jawapan objektif yang disediakan. 02/1 @ Hak cipta Azemi 1 PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN BAHASA MELAYU KERTAS 1 Satu Jam

Transcript of Nama: - Cikgu Azemi's Blog | Blog ini merupakan medan ... · Web viewJANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI...

Page 1: Nama: - Cikgu Azemi's Blog | Blog ini merupakan medan ... · Web viewJANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. 2. Jawab semua soalan.

Nama: ……………………………………………………………… Kelas: PMR 3 ……………….

SULIT02/1Bahasa MelayuKertas 1Mei20091 jam

SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA,16100 PENGKALAN CHEPA, KELANTAN.

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.

2. Jawab semua soalan.

3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi tiap-tiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Tandakan semua jawapan anda pada kertas jawapan objektif yang disediakan.

02/1 @ Hak cipta Azemi

1

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUNBAHASA MELAYU

KERTAS 1Satu Jam

Page 2: Nama: - Cikgu Azemi's Blog | Blog ini merupakan medan ... · Web viewJANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. 2. Jawab semua soalan.

Soalan 1 – 7Lengkapkan ayat-ayat berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1. Semenjak Cikgu Ali berpindah, tiada sesiapa pun yang ____________________ rumah tersebut sehingga halaman sekitarnya ditumbuhi lalang.

A memasuki B mewarisiC mendiami D duduk

2. Di dalam cahaya yang ____________________ , mata mereka bertentang tepat.

A sayup-sayup B jauh-jauhC kelam-kabut D samar-samar

3. Tujuan diadakan kaji selidik itu adalah untuk mendapatkan _________________ daripada masyarakat setempat.

A maklum balas B maklumbalasC maklumat lanjut D sokongan

4. Barang-barang bukti yang penting itu ada _________________ pihak pendakwa raya.

A di B padaC kepada D dengan

5. Pengalaman _________________ ketika zaman darurat masih segar dalam ingatan Pak Cik Dollah.

A jerih perih B susah senangC pahit getir D susah payah

6. Dalam keadaan yang __________________ itu, agak sukar bagi Ahmad mengecamkan suara adiknya.

A riuh B kalutC bingit D kacau

7. Persembahan drama itu ____________________ tema kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar.

A mengandungi B menampilkanC menjelaskan D merakamkan

02/1 @ Hak cipta Azemi

2

Page 3: Nama: - Cikgu Azemi's Blog | Blog ini merupakan medan ... · Web viewJANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. 2. Jawab semua soalan.

Soalan 8 – 14Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu meng-andungi kesalahan-kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.

8. Keempat beradik yang lama terpisah itu berpelukan ketika mereka dipertemukan dalam satu A B Cmajlis. Tiada kesalahan.

D

9. Hukuman berat perlu dikenakan terhadap orang yang melakukan kebakaran terbuka, terutamanya A B C

pada musim kemarau ini. Tiada kesalahan. D

10. Azim kesejukan kerana kehujanan semasa di dalam perjalanan pulang dari perpustakaan. Tiada A B C

kesalahan. D

11. Zainal menasihati rakannya agar melupakan akan tragedi yang menimpanya baru-baru ini. Tiada A B C D

Kesalahan (KLON PMR ’08)

12. Ketua Panitia Bahasa Melayu sedang berbincang tentang program kecemerlangan panitia bersama A

ahli-ahli panitia di bilik ko-kurikulum. Tiada kesalahan. B C D

13. Anggota polis itu mengawal dengan ketat penjenayah berbahaya itu ketika dibawa keluar dari A B C

mahkamah. Tiada kesalahan. D

14. Dengan tergesa-gesa Ali pulang ke rumah setelah mendapat berita bahawa ibunya telah dipagut A B C

seekor ular tedung. Tiada kesalahan. D

Soalan 15 – 17Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

15 I Dompet adik gugur kerana saku seluarnya terkoyak.II Buah kelapa tua yang gugur itu hampir mengenai kereta saya.III Ramai askar yang telah gugur di medan peperangan.IV Kandungan wanita yang berusia dua bulan itu telah gugur.A I dan IIB II dan IVC I, III dan IVD II, III dan IV

02/1 @ Hak cipta Azemi

3

Page 4: Nama: - Cikgu Azemi's Blog | Blog ini merupakan medan ... · Web viewJANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. 2. Jawab semua soalan.

16. I Aliya tidak pernah menongkah perintah keluarganya.II Nelayan itu terpaksa menongkah arus untuk balik ke pangkalan.III Zali kerap menongkah dagu semasa guru sedang mengajar.IV Kanak-kanak sewajarnya tidak menongkah perbualan orang tua.A I dan IIB III dan IVC I, II dan IIID II, III dan IV

17. I Dia menghabiskan makanan itu tanpa meninggalkan basi.II Pelajar-pelajar itu keracunan makanan kerana termakan nasi basi.III Berita tentang perkahwinan Siti dengan Datuk K sudah basi.IV Doa orang yang tidak beriman biasanya basi sahaja.A I dan IIB III dan IVC I, II dan IIID II, III dan IV

Soalan 18 – 21Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.

18. Seorang dari calon PMR itu terpaksa menduduki ujian di wad hospital.A Seorang daripada calonB Seorang daripada calon-calonC Seorang dari calon-calonD Seorang dari calon

19. Peranan guru dalam mana masyarakat dianggap penting.A di dalam mana-mana masyarakatB di dalam mana masyarakatC dalam mana-mana masyarakatD dalam mana masyarakat

20. Majlis Sirih Pulang ke Gagang diadakan demi untuk mengeratkan hubungan antara murid, ibu bapa dengan guru.A demi mengeratkanB demi mempereratkanC demi untuk mempereratkanD demi untuk mengeratkan

21. Pelajar-pelajar Faris Petra bergotong-royong untuk memperindahkan landskap sekolah.A bergotong-royong untuk mengindahB bergotong royong untuk memperindahC bergotong-royong untuk memperindahD bergotong-royong untuk memperindahkan

02/1 @ Hak cipta Azemi

4

Page 5: Nama: - Cikgu Azemi's Blog | Blog ini merupakan medan ... · Web viewJANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. 2. Jawab semua soalan.

Soalan 22 – 24Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal.

22. Pemaju digesa agar membina rumah kos rendah dengan lebih banyak untuk keperluan golongan berpendapatan rendah. A Golongan pendapatan rendah biasanya mengharapkan pemaju membina rumah kos

rendah lebih banyak.B Golongan berpendapatan rendah memerlukan rumah kos rendah yang banyak dibina oleh

pemaju.C Rumah kos rendah dibina dengan lebih banyak untuk memenuhi keperluan golongan

berpendapatan rendah.D Untuk keperluan golongan berpendapatan rendah, pemaju diminta supaya banyak

membina rumah kos rendah.

23. “Pastikan anda dapat menuruti segala peraturan sepanjang kursus ini dijalankan,” kata Encik Azim kepada para peserta.A Sepanjang kursus, para peserta diberikan amaran agar mematuhi segala peraturan yang

ditentukan oleh Encik Azim.B Encik Azim mengingatkan semua peserta agar akur pada semua peraturan semasa kursus

itu dilaksanakan.C Segala peraturan ketika kursus berjalan hendaklah dipatuhi oleh para peserta,

termasuklah juga Encik Azim.D Para peserta dikehendaki oleh Encik Azim untuk menuruti peraturan yang terdapat dalam

kursus itu.

24. Pemerintah akan melancarkan strategi baru yang lebih menyeluruh untuk meningkatkan industri padi dan beras negara. A Kaedah baru dilancarkan oleh pemerintah bagi memastikan industri padi dan beras

negara semakin baik.B Bagi meningkatkan industri padi dan beras negara, pemerintah baru melancarkan strategi

yang lebih meluas.C Strategi lain akan dilaksanakan oleh kerajaan untuk meningkatkan industri padi dan beras

tempatan secara menyeluruh.D Kerajaan berhasrat untuk melancarkan strategi lain yang lebih menyeluruh agar industri

padi dan beras negara bertambah baik.

Soalan 25 – 27Pilih ayat-ayat yang betul.

25. I Lutut Aliya kelihatan kebiru-biruan setelah terjatuh dari tangga rumahnya.II Kami berdoa semoga Allah mencucurkan kami semua dengan rahmat-Nya.III Rimbunan pokok-pokok di halaman rumahnya menjadi tempat berteduh binatang

peliharaannya.IV Pihak sekolah telah menyediakan kemudahan tempat rehat sama ada di kawasan sekolah

ataupun di asrama.A I dan IIB II dan IIIC III dan IVD I dan IV

02/1 @ Hak cipta Azemi

5

Page 6: Nama: - Cikgu Azemi's Blog | Blog ini merupakan medan ... · Web viewJANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. 2. Jawab semua soalan.

26. I Semua pelajar baru yang sedang mendaftarkan diri di meja urus setia.II Monyet-monyet liar itu sedang bergayut di dahan pohon ara.III Kerana malas berlatih, pemain senior itu telah disingkirkan daripada pasukan.IV Saya telah menemukan buku catatan yang hilang itu.A I, II dan IIIB II, III dan IVC I, II dan IVD I, III dan IV

27. I Janganlah kita terasa bila ada orang yang menegur kita.II Tidak termakan oleh saya makanan yang banyak itu.III Hutang itu belum saya jelaskan.IV Dengan ini dimaklumkan bahawa Kejotan ke-32 akan diadakan pada minggu depan.A I dan IIB II dan IIIC III dan IVD I dan IV

Soalan 28 – 30Pilih jawapan yang paling sesuai bagi penyataan-penyataan yang berkaitan dengan peribahasa di bawah ini.

28. Perbalahan adik-beradik itu hanyalah seketika sahaja.A air yang dicencang tidak akan putusB carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum jugaC cubit paha kanan, paha kiri pun sakit juaD menepuk air ke dulang

29. Musuh yang sukar dikenal pasti, tetapi amat berbahaya.A api di dalam sekamB seperti ular lidi di dalam lubangC lempar batu sembunyi tanganD rambut sama hitam, tapi hati lain-lain

30. Azran berjaya dengan cemerlang kerana usahanya yang gigih tanpa mengenal erti jemu.A berjagung-jagung dahulu sementara menunggu padi masakB diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkaratC kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunyaD betapa berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul

Soalan 31 – 35Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

PAK KHAMIS: Ayah tak melarang kaumain. Akal yang sihat itu ada dalam badan yang sihat. Tapi kalau sudah terlalu bermain, nanti buruk akibatnya.AHMAD: Katanya dulu nak jadi seorang pemain bola jaring yang ternama. Ternama di seluruh dunia.PAK KHAMIS: Termasyhurnya saja buat apa? Hidup zaman sekarang bukan boleh dengan termasyhursaja.MIDAH: Habis, ayah suruh Midah berhenti main bola jaring?AHMAD: Ayah tak kata gitu, tapi kaumesti hati-hati. Sebagai pelajar mesti pandai gunakan masa.(Murad hendak masuk. Apabila mendengar Midah sedang diberi nasihat, dia pun tergamam di muka pintu.tapi Ahmad dapat melihatnya)AHMAD: Ini seorang lagi ….. apa yang dibualkan di kedai tu tadi, entahlah. Asyik buang masa saja. Masaitu emas, tahu?MURAD: (Berjalan masuk perlahan-lahan.) Tak ada apa-apa, Bang Mat. Murad tadi er…… er…, berbual-bual fasal perkhemahan pengakap besok. Jadi nak ingatkan apa yang nak dibawa esok.

Dipetik daripada drama “Adik Berjasa”, Anak Bumi Tercinta, DBP

02/1 @ Hak cipta Azemi

6

Page 7: Nama: - Cikgu Azemi's Blog | Blog ini merupakan medan ... · Web viewJANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. 2. Jawab semua soalan.

31. ‘Hidup zaman sekarang bukan boleh dengan termasyhur saja’ bermaksudA kemasyhuran hanyalah untuk dinikmati sahajaB kemasyhuran semata-mata boleh menjamin kesejahteraan hidup pada masa iniC kemasyhuran semata-mata tidak menjamin kesejahteraan hidup pada masa iniD hanya kemasyhuran yang menjamin kesejahteraan hidup pada masa ini

32. Apakah persamaan antara Pak Khamis dengan Ahmad?A suka berleterB meminati sukanC sepakat dalam tindakanD mementingkan pelajaran dan masa

33. Antara nilai berikut terdapat dalam petikan kecualiA kesyukuranB bertanggungjawabC hormat-menghormatiD kasih sayang

34. Apakah perwatakan yang sesuai dengan watak Murad?A sedia dimarahi oleh bapa dan abangnyaB tidak mahu dimarahi oleh bapa dan abangnyaC bersimpati terhadap MidahD suka melepak dan membuang masa

35. Apakah klimaks drama ‘Adik Berjasa’?A Murad dan rakan membantu mangsa culikB Murad dan rakan terserempak dengan penjahatC Murad dan rakan berjaya menemukan gua tempat persembunyian penjahatD Murad dan rakan ditangkap penjahat

Soalan 36 – 40Baca puisi di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Wanita zaman initak berasa perlu bersuamitaraf kehidupan mereka kini sudah tinggimereka begitu mampu hidup berdikari.

Wanita zaman inilebih bahagia hidup sendiriperkahwinan bagi mereka membatasipergerakan diridan segala aktiviti peribadibahkan memperjudinasib diridi tengah kehidupan lelaki.

Aladin MohamadDipetik daripada Antologi Anak Bumi Tercinta, DBP

36. Wanita kini suka hidup sendirian kerana sebab-sebab berikut kecuali A mampu hidup berdikariB angkuh dan pentingkan diriC perkahwinan ialah penjara bagi wanitaD takut untuk bersuami

02/1 @ Hak cipta Azemi

7

Page 8: Nama: - Cikgu Azemi's Blog | Blog ini merupakan medan ... · Web viewJANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. 2. Jawab semua soalan.

37. Maksud ‘membatasi’ dalam petikan ialah ..A menjalaniB menodaiC mengehadkanD melarang

38. Antara berikut yang manakah nilai yang tidak terdapat dalam sajak di sebelah?A kerajinanB baik hatiC berdikariD ketabahan

39. Sajak ini ialah sajak berbentuk ….A terikatB bebasC distikhonD berkait

40. Berikut merupakan persoalan yang terkandung dalam sajak tersebut kecuali A kaum wanita hari ini mempunyai kedudukan yang tinggiB kaum wanita hari ini tidak mahu bergantung kepada lelakiC kaum wanita hari ini tidak menghormati suamiD kaum wanita hari ini boleh hidup berdikari

Selamat Menduduki Peperiksaan dan Selamat Maju Jaya

Disediakan oleh:Cikgu Azemi 04’09

02/1 @ Hak cipta Azemi

8

Page 9: Nama: - Cikgu Azemi's Blog | Blog ini merupakan medan ... · Web viewJANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. 2. Jawab semua soalan.

02/1 @ Hak cipta Azemi

9