NASI AYAM

5
Bahan-Bahan:MEMBUAT NASI AYAM Bahan untuk ayam (direbus) : 1 ekor ayam dipotong 8 2 ulas bawang putih, ditumbuk halus 2 cm halia, ditumbuk halus 1 kiub ayam Bahan untuk ayam (diperap) : 1 sudu besar kicap pekat 1 sudu besar sos tiram 1 cm halia, ditumbuk halus 2 ulas bawang putih, ditumbuk halus 1 sudu besar kicap cair Sedikit madu untuk sapuan Bahan untuk nasi: 3 cawan beras 4 cawan air rebusan ayam 2 sudu besar butter

description

resepi nasi ayam

Transcript of NASI AYAM

Page 1: NASI AYAM

Bahan-Bahan:MEMBUAT NASI AYAM

Bahan untuk ayam (direbus) :

1 ekor ayam dipotong 8

2 ulas bawang putih, ditumbuk halus

2 cm halia, ditumbuk halus

1 kiub ayam

Bahan untuk ayam (diperap) :

1 sudu besar kicap pekat

1 sudu besar sos tiram

1 cm halia, ditumbuk halus

2 ulas bawang putih, ditumbuk halus

1 sudu besar kicap cair

Sedikit madu untuk sapuan

Bahan untuk nasi:

3 cawan beras

4 cawan air rebusan ayam

2 sudu besar butter

1 cm halia ditumbuk halus

3 ulas bawang putih ditumbuk halus

Page 2: NASI AYAM

Sedikit garam

2 bunga lawang*

4 buah pelaga*

1 kayu manis*

1 batang serai ketuk

2 helai daun pandan

Sedikit kunyit untuk warna dan aroma

Bahan untuk sos:

5 biji cili merah

3 ulas bawang putih

2 cm halia

1 sudu besar cuka

1 sudu teh garam

1 sudu teh gula

1/2 cawan air rebusan ayam

Bahan untuk sup:

Air rebusan ayam

1 biji bawang besar, dikisar

Rempah sup bunjut

Garam

Page 3: NASI AYAM

Daun sup dan daun bawang yg dihiris

Bahan untuk kuah kicap:

Kuah kicap perapan ayam di atas

Kicap manis cap kipas udang

Sedikit garam

Air rebusan ayam

Cara Penyediaan:

Cara untuk ayam:

Bersihkan ayam, toskan air dan lumurkan dgn 2 ulas bawang putih dan halia yg diketuk.

Rebus ayam bersama 1 kiub ayam sehingga empuk.

Angkat ayam dan perap dengan bahan perap selama 1/2 jam (rujuk bahan perap untuk ayam)

Kemudian goreng dalam kepanasan api sederhana seketika, angkat dan sapukan dengan madu.

Cara untuk memasak nasi:

Basuh beras dan tos air.

Panaskan butter lalu tumiskan rempah tumis(*), daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing. Masukkan beras dan masak seketika sehingga naik aroma

Page 4: NASI AYAM

dan bau. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kunyit secukupnya. Masak nasi seperti biasa.

Cara untuk memasak sup:

Rebus air rebusan ayam bersama rempah sup bunjut, bawang besar, dan masukkan garam secukup rasa. Taburkan dengan bawang goreng dan hirisan daun sup.

Cara untuk memasak sos:

Kisarkan semua bahan di atas.

Boleh juga dimasak sebentar untuk menaikkan aroma.

Cara untuk memasak kuah kicap:

Campurkan semua bahan untuk kicap dan masak seketika. Sejukkan sebelum dihidang.

Tips:

Pastikan ayam tidak direbus terlalu lama kerana nanti apabila di rebus terlalu lama isi ayam akan mudah hancur ketika menggoreng.