Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa

164
N ASIONALISME DAN PEMBENTUKAN N EGARA BANGSA Disediakan Oleh Cikgu Adnan Bin Mohd Rafi SMK. Sandakan, Sabah

description

 

Transcript of Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa

Page 1: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa

NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSADisediakan OlehCikgu Adnan Bin Mohd RafiSMK. Sandakan, Sabah

Page 2: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa
Page 3: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa

NASIONALSIME

• Definisi Nasionalisme

• Definisi Negara bangsa

Page 4: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa

NASIONALISME

• Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

• Nasionalisme adalah satu ideologi yang mencipta dan mempertahankan kedaulatan sesebuah negara (dalam bahasa Inggeris "nation") dengan mewujudkan satu konsep identiti bersama untuk sekumpulan manusia.

• Para nasionalis menganggap negara adalah berdasarkan beberapa "kesahihan politik" (political legitimacy). Ia berpunca dari teori romantisme iaitu "identiti budaya", hujah liberalisme yang menganggap kesahihan politik adalah berpunca dari kehendak rakyat, atau gabungan kedua-dua teori.

• Dalam zaman moden ini, nasionalisme merujuk kepada amalan politik dan ketenteraan yang berlandaskan nasionalisme secara etnik serta keagamaan, seperi yang dinyatakan di bawah. Para saintis politik biasanya menumpukan penyelidikan mereka kepada nasionalisme yang ekstrim seperti nasional sosialisme, pengasingan dan sebagainya.

Page 5: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa

• Negara bangsa ialah satu konsep atau bentuk

kenegaraan yang memperoleh pengesahan politiknya dengan menjadi sebuah entiti berdaulat bagi satu-satu bangsa sebagai sebuah (unit) wilayah yang berdaulat. "Negara" (atau negeri) ialah entiti politik dan geopolitik, manakala "bangsa" ialah entiti budaya dan/atau etnik. Istilah "negara bangsa" menandakan bahawa kedua-duanya (negara dan bangsa) sebagai sama, dan ini membezakannya dengan bentuk kenegaraan yang lain, yang telah wujud sebelumnya. Jika berjaya dilaksanakan, ia menandakan bahawa rakyatnya berkongsi satu bahasa, budaya dan nilai - yang bukan merupakan ciri-ciri negara yang telah wujud sebelumnya. Sebuah dunia dengan negara-negara bangsa juga akan melaksanakan tuntutan terhadap penentuan nasib sendiri dan autonomi bagi setiap bangsa, yang menjadi fokus utama fahaman nasionalisme.

• Akibat kekaburan dalam perkataan "negara", istilah "negara bangsa" kadangkala disalahguna untuk merujuk kepada mana-mana negara berdaulat, samada sempadan politiknya menyamai sempadan-sempadan etnik mahupun budayanya. Penggunaan ini dikatakan timbul sebagai percubaan membezakan "negara bangsa" daripada "negara" (negeri) yang menganggotai sesebuah sistem persekutuan, seperti Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah.

Page 6: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa

• Pada zaman moden ini, hanya wujud beberapa negara yang boleh dikelaskan sebagai negara bangsa tanpa dipertikaikan. Negara-negera tersebut ialah:

• Portugal: walaupun dikelilingi oleh negeri-negeri dan bangsa-bangsa lain, negara (bangsa) Portugis ini telah bertapak dalam bentuk yang lebih kurang sama sejak 900 tahun yang lalu.

• Iceland: walaupun penduduknya boleh dikaitkan dengan etnik Scandinavia yang lain, budaya dan bahasa kebangsaannya hanya terdapat di pulau ini dan tiada kumpulan etnik minoriti merentas sempadan. Malah, tanah daratan yang terdekat terletak jauh beribu-ribu batu.

• Jepun: merupakan contoh tradisi yang menunjukkan sebuah negara bangsa dalam amalan, walaupun Jepun mengandungi beberapa kumpulan etnik minoriti yang

Page 7: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa

Reaksi Orang China Terhadap Perluasan Kuasa Barat

Pengenalan• Menjelang pertengahan abad ke-19, China

berdepan dengan dasar penjajahan @ imperialisme Barat. China memandang rendah orang Barat dan tidak mahu tunduk kepada kuasa Barat. China juga sentiasa curiga dengan kehadiran kuasa Barat. Terdapat beberapa isu yang mengeruhkan hubungan antara China dengan Barat.

Page 9: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa

1. Isu Perdagangan

• Pedagang Barat [British] tidak berpuas hati dengan dasar tutup pintu @ dasar pemencilan @ isolasi yg diamalkan oleh China. Pemerintah China mengenakan pelbagai peraturan ke atas pedagang asing / Barat. Contoh peraturan yg dikenakan ke atas pedagang barat;

i. Hanya boleh berdagang di Canton.• ii. Hanya boleh berurus niaga dengan pedagang China yg dikenali sebagai Co-hong.• iii. Tidak dibenarkan membawa wanita @ keluarga dan dilarang berkahwin dengan wanita tempatan.• iv. Kapal perang & senjata tidak dibenarkan dibawa masuk.• v. Hanya dibenarkan berdagang menggunakan wang emas dan perak sahaja.

• Pemerintah Dinasti Ching bimbang penentang mereka iaitu penyokong Ming akan mendapatkan bantuan & sokongan daripada pedagang Barat.

Page 10: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa

2. Isu Candu

• Pedagang British tidak berpuas hati kerana;• i. Peraturan yg dikenakan menguntungkan China• ii. Gagal menjadikan China sebagai pasaran barangan keluaran

kilang mereka.• iii. Gagal mendapatkan teh dan sutera China yg mendapat

permintaan tinggi di Eropah.• Oleh itu, pedagang British mencari jalan untuk menembusi pasaran China

dengan membawa masuk candu. Candu mendapat sambutan masyarakat China sehingga jumlah dagangannya melebihi jumlah dagangan teh dan sutera China. Ekonomi China terjejas sehingga memaksa Maharaja Tao Kuang mengharamkan perniagaan candu.

• • Lin Tsu-hse dilantik sebagai Pesuruhjaya Canton bagi memastikan candu

tidak diniagakan. Berlaku insiden tegang dengan Penguasa Perniagaan British di Canton iaitu Kapten Charles Elliot hingga berakhir dengan Perang Candu 1 [Perang Inggeris-China 1].

Page 11: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa

3. Isu Perundangan

• Ketegangan hubungan China – Barat dari segi perundangan berpunca daripada percanggahan prinsip.

• Prinsip keadilan China: “ seseorang yg dituduh melakukan jenayah dianggap bersalah sehinggalah kebenaran dapat dibuktikan” [Guilty until proven innocent]

• Prinsip keadilan Barat:” seseorang yg dituduh melakukan kesalahan dianggap tidak bersalah sehinggalah kesalahan dapat dibuktikan dengan jelas” [Innocent until proven guilty]

• Falsafah undang2 China: hukuman adalah “Tanggungjawab berkumpulan”

• Falsafah Undang2 Barat: hukuman adalah “ Tanggungjawab individu”

Page 12: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa

4. Isu Penyebaran Agama Kristian dan Teknologi Barat

• China tidak berpuas hati dengan mubaligh kristian yang berjaya menyebarkan agama Kristian dalam kalangan masyarakat China. Kebudayaan dan tradisi nenek moyang, ajaran Confucius dan Taoisme mulai terancam. Oleh itu, China telah bertindak;

• Paderi, rahib dan pegawai Barat di Tientsin dibunuh.• Membakar gereja.• Kedatangan pedagang Barat turut membawa masuk

teknologi moden. Teknologi ini mengancam guna tenaga di China sehingga berlaku peningkatan pengangguran. Sebagai contoh, teknologi perlombongan.

Page 13: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa

5. Isu Petempatan Orang Asing

• Kemasukan pedagang asing menyebabkan munculnya . Petempatan asing di sekitar pelabuhan. Petempatan ini boleh dibahagikan mengikut negara pedagang antaranya Britain, Perancis, Jerman, Jepun dan Rusia. Petempatan asing ini mempunyai sistem tersendiri [bebas dari kawalan China]. Orang asing yg tinggal dipetempatan tersebut hanya perlu membayar pajakan kepada pemerintah China. Pemilikan petempatan oleh orang asing ini merupakan satu bentuk pencerobohan yang tidak disukai oleh orang China.

Page 14: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa

Kesimpulan

• Isu yang timbul di antara kedua-dua belah pihak telah menimbulkan rasa tidak puas hati yang menebal. Ketegangan yang timbul kemudiannya telah mencetuskan Perang Inggeris-China I ataupun Perang Candu I. Konflik yang berterusan menyebabkan beberapa siri perjanjian ditandatangani. Kesannya, British semakin berkuasa di China.

Page 16: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa

Perjanjian China-Barat

• Pengenalan• Ketegangan hubungan China-Barat dapat

dilihat dalam beberapa siri peperangan yang tercetus. Walaupun perjanjian sudah dimeterai tetapi masih timbul rasa tidak puas hati antara kedua-dua pihak sehingga memaksa perjanjian baru ditandatangani.

Page 17: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa

• Perjanjian Nanking

• Semasa Perang Inggeris-China I [Perang Candu I], British berjaya menawan Nanking.

• Kedua-dua pihak kemudiannya bersetuju menandatangani Perjanjian Nanking.

Page 19: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa

• China tidak berpuas hati dengan Perjanjian Nanking. Penahanan kapal Lorcha Arrow yg dimiliki oleh pedagang China tetapi kaptennya berbangsa Inggeris oleh pihak berkuasa China dan bendera British dikoyakkan menyebabkan British marah. Peristiwa ini menyebabkan meletusnya Perang Candu II. China akhirnya terpaksa menandatangani Perjanjian Tientsin yg melibatkan British, AS, Perancis dan Rusia.

Page 21: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa

• Ketegangan hubungan antara China- Barat makin kronik meskipun perjanjian sudah ditandatangani. Tentera Bersekutu [negara-negara Barat] kemudian telan menyerang Istana Musim Panas Peking. Putera Kung akhirnya bersetuju menandatangani Konvensyen Peking [1860] dan bersetuju mengiktiraf Perjanjian Tientsin sekaligus menamatkan Perang Candu II.

Page 22: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa

• Kesimpulan• Kesungguhan China mempertahankan

kedaulatan negara dari dicerobohi kuasa asing menyebabkan China terjebak dalam kancah peperangan. China tidak berminat menjalinkan hubungan dengan barat sehingga akhirnya Barat menggunakan pelbagai cara bagi memastikan mereka dapat bertapak di China.

Page 23: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa

Reaksi Masyarakat India terhadap Perluasan Kuasa Barat

• Pengenalan• Revolusi Perindustrian yang berlaku di England

sekitar abad ke-18 telah menyebabkan mereka memerlukan bahan mentah untuk kilang-kilang mereka dan juga pasaran bagi memasarkan barang keluaran kilang mereka. Faktor inilah yang mendorong kepada penjelajahan oleh warga British sehingga mereka berjaya bertapak di negara seperti India. Walau bagaimanapun, kehadiran mereka di India tidak disenangi oleh masyarakat India

Page 25: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa

• Masyarakat India tidak berpuas hati terhadap pembaharuan dalam sistem sosial. Sebagai contoh;

• i. Penghapuskan amalan thugge dan sutte yang dianggap kejam.

• Masyarakat India yg beragama Hindu marah dengan tindakan Gabenor Jeneral British di India [Lord William Bentick] telah menghapuskan amalan thugge dan sutte. Tradisi Sutte merujuk kepada amalan balu akan dibakar bersama-sama mayat suami ketika upacara pengebumian. Amalan Thuggee ialah amalan merompak dan membunuh pengembara oleh kumpulan agama atas nama Dewi Kali.

Page 26: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa

• ii. Amalan membunuh bayi perempuan

• Masyarakat India juga tidak berpuas hati dengan penghapusan amalan membunuh bayi perempuan yg dianggap akan memalu dan menyusahkan keluarga kerana terpaksa menyediakan dowri perkahwinan anak perempuan mereka.

Page 27: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa

• iii. Penggubalan Akta Kahwin Semula oleh Lord Dalhousie.

• Undang2 ini dianggap bertentangan dengan tradisi masyarakat Hindu yg menetapkan isteri ‘mesti mati’ bersama-sama suami.

Page 28: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa

• 2. Diskriminasi kaum• Orang British memandang rendah masyarakat

India. Sebagai contoh, masyarakat India hanya boleh menaiki kereta api kelas ketiga [kelas pertama dan kedua dikhaskan untuk pegawai Inggeris]. Masyarakat India yg berkasta tinggi berasa marah kerana menganggap situasi tersebut mengancam sistem kasta yg mereka amalkan secara turun-temurun.

Page 29: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa

• 3. Cara British menguasai India• British menggunakan pelbagai cara untuk menguasai wilayah India.

Antaranya;• • Melancarkan serangan [untuk menawan wilayah Punjab].• Penguatkuasaan “Undang2 Lesap Waris” iaitu sesebuah wilayah

akan diserahkan kepada pihak Inggeris sekiranya pemerintah tempatan mangkat tanpa meninggalkan waris.

• Pihak Inggeris akan menguasai sesebuah wilayah yang dianggap bermasalah atas alasan ingin memastikan ‘pentadbiran lebih baik’

• Hal ini menyebabkan pemerintah tempatan tidak berpuas hati kerana mereka telah kehilangan kuasa.

Page 30: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa

• 4. Penghantaran tentera India ke luar negara• Tindakan ini dianggap mencemarkan imej kasta yg didukung selama ini. Hal

ini kerana, kasta mereka akan hilang bila melangkaui sempadan negara India. Masyarakat India yg berkasta tinggi seperti kaum Brahmin dan Rajput tidak berpuas hati kerana kehilangan kasta mereka.

• • Selain itu, timbul khabar bahawa minyak yg digunakan untuk membersihkan

senapang Rifle Royal Enfield dan pelurunya disaluti minyak lembu dan minyak khinzir. Orang India menganggap pihak Inggeris menghina agama Hindu dan Islam.

• • Berlaku juga diskriminasi dalam pemberian elaun dan kenaikan pengkat

dalam bidang ketenteraan. Semua faktor ini menyebabkan masyarakat India dari pelbagai genap lapisan semakin marah terhadap pihak Inggeris.

Page 31: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa

Tindak Balas Masyarakat IndiaRasa tidak puas hati masyarakat India diterjemahkan melalui Dahagi India [1857]. Sepoi [askar] India bertindak balas dengan; Membunuh pegawai InggerisMembakar kediaman pegawai InggerisMengisytiharkan Bhahadur Shah II [waris kerajaan Moghul] sebagai Maharaja Delhi.Menyerang tentera British di Allahabad.Dahagi India merebak ke seluruh India. Pihak Inggeris berasa terancam dan cuba melumpuhkan kebangkitan masyarakat India. Mereka mengepung Delhi selama 4 bulan sehingga berjaya menawanya semula. Maharaja Delhi berserta putera-puteranya ditangkap dan ditembak.Pada bulan Julai 1858, Dahagi India berjaya ditamatkan

Page 32: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa

KesimpulanDahagi India menjadi titik tolak permulaan semangat mengusir penjajah daripada tanah India. Walaupun usaha tersebut gagal tetapi ia telah menjadi detik terpenting dalam sejarah penentangan masyarakat India terhadap pihak Inggeris.

Page 33: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa

Transformasi Sosial, Ekonomi dan Intelektual di China

Page 34: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa
Page 35: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa

• Pengenalan• Kekalahan kepada kuasa Barat memberi kesan

besar kepada China iaitu menimbulkan kesedaran dalam kalangan pemimpin China untuk melindungi kedaulatan negara. Oleh itu, kerajaan China telah melaksanakan rancangan yg dikenali sebagai “Gerakan Menguatkan Diri”. Gerakan ini merupakan salah satu usaha pembaharuan ataupun pemodenan China.

Page 36: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa

Gerakan Menguatkan Diri

• Antara langkah yg dilaksanakan ialah melalui Gerakan Menguatkan Diri ialah;

• Mengamalkan dasar lebih terbuka dengan Barat.• Mempelajari kekuatan Barat khususnya dari segi

teknologi. Kerajaan China menggalakkan pegawainya mempelajari tamadun Barat. Selain itu beberapa orang pegawai kerajaan turut dihantar ke luar negara. Sekolah pendidikan sains barat juga turut ditubuhkan di Canton.

Page 37: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa

• Membuka maktab untuk mempelajari bahasa asing. Institusi pendidikan Tungwen Kuan telah dibina di Beijing pada tahun 1862. Profesor luar telah dibawa masuk untuk mengajar di Tungwen Kuan yg menekankan mata pelajaran sains dan teknologi.

• Putera Kung iaitu putera Maharaja Tung Shih telah membuka pejabat hal-ehwal luar dan kelas terjemahan bagi memantapkan lagi pengetahuan pegawai China. Persatuan Penterjemahan Shanghai, iaitu sebuah pusat penterjemahan persendirian telah ditubuhkan.

• Maktab2 juga turut didirikan di beberapa daerah lain seperti Shanghai, Foochow dan Canton.

• Sekolah-sekolah praktikal juga turut ditubuhkan di Tientsin, Taku dan Dairen.

• Sekolah-sekolah pelayaran dan pembinaan kapal turut ditubuhkan.

Page 38: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa

• Perubahan turut berlaku dalam sektor ekonomi di China yg menyaksikan banyak perubahan berlaku. Antaranya;

• Penubuhan Syarikat Perkapalan Wap Saudagar-Saudagar China oleh Li Hung-chang.

• Li Hung-chang juga menubuhkan kilang tekstil iaitu Kilang Kain Kapas China.

• Pembinaan landasan kereta api pertama yg menghubungkan Shanghai dengan Wusung.

• Penubuhan syarikat perlombongan moden.• Pemasangan telegraf oleh Jabatan Pentadbiran Telegraf Diraja.•

Page 39: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa

• Antara tokoh intelek China ialah Kang Yu-wei dan Liang Chi-chao. Kedua-dua tokoh ini berperanan menyusun semula sistem sosial dan politik China berdasarkan model Barat.

• Walau bagaimanapun, usaha pembaharuan China kurang berjaya kerana;

• Hanya dilaksanakan oleh pemimpin di peringkat daerah manakala kerajaan China tidak telibat secara langsung.

• Pemimpin berketurunan Manchu tidak menyenangi golongan yg menyokong pembaharuan [majoritinya berketurunan China].

Page 40: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa

Kesimpulan

• Walaupun berusaha memajukan negara bagi menjamin kedaulatan wilayah, langkah memajukan China kurang berjaya. Kegagalan China dalam usaha pemodenan ini terbukti apabila mereka berjaya dikalahkan oleh negara kecil seperti Jepun dalam Perang China-Jepun 1895.

Page 41: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa

Transformasi Sosial, Ekonomi dan Intelektual di India

• Pengenalan

• Penduduk India majoritinya tinggal di kampung. Hubungan anggota masyarakatnya saling bergantung antara satu sama lain. Masyarakat India mengamalkan sistem jajmani iaitu kasta rendah berkhidmat kepada kasta atasan. Kedatangan Inggerish sedikit sebanyak memberi kesan kepada masyarakat India.

Page 43: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa

Kesan kedatangan Inggeris di India

• Kedatangan Inggeris yg memperkenalkan konsep ekonomi bebas menjadikan India sebagai pembekal bahan mentah dan pasaran bagi barangan Britain. Situasi ini menjejaskan pasaran produk tempatan.

• Kemunculan pasar2 telah menyebabkan penghijrahan penduduk dari desa ke bandar. Hal ini telah menjejaskan sistem jajmani dan menyebabkan berlakunya mobiliti sosial.

Page 44: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa

• Kemasukan Inggeris juga telah membawa kepada perkembangan dalam sistem pengangkutan, perhubungan, pendidikan dan idea-idea barat. Faktor ini telah melahirkan golongan intelektual di India yang akhirnya melahirkan golongan reformis. Contoh kumpulan reformis India: Brahmo Samar dan Arya Samaj.

Page 45: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa

• a. Gerakan Brahmo Saraj

• Raja Ram Mohan Roy merupakan tokoh reformis terkenal yang mengasaskan Brahmo Saraj. Beliau terkenal dengan idea liberalisme. Usaha beliau yang terkenal ialah;

• Menghapuskan amalan yang tidak bersesuaian dengan masyarakat India. Contohnya beliau telah menghapuskan amalan sutte yg dianggap tidak sesuai dengan masyarakat India. [bertindak berpandukan kitab agama Hindu]

• Menerima unsur atau pengaruh luar yg baik dan tidak bertentangan dengan kepercayaan masyarakat India.

Page 46: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa

• b. Gerakan Arya Saraj

• Diasaskan oleh Swami Dayananda Saraswati. Beliau berpegang teguh kepada tardisi veda dan menolak unsur agama lain. Antara usaha yg dijalankan oleh gerakan ini ialah;

• Menghindukan semula bekas penganut Hindu yg telah memeluk agama Kristian dan Islam.

• Menolak pengaruh Barat kerana berpendapat India pernah mempunyai tamadun yg kuat.

• Tindakan Arya Saraj mencetuskan ketegangan agama. Mubaligh Kristian menghadapi masalah untuk berdakwah. Golongan India Muslim juga berusaha mempertahankan agama mereka.

Page 47: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa

• c. Tokoh Reformis Islam

• Syed Ahmad Khan merupakan tokoh reformis India Muslim yang terkenal. Beliau berpendapat orang Islam wajar menerima pendidikan dan sokongan pihak Inggeris bagi mengelakkan mereka dikuasai oleh penganut Hindu. Antara usaha yang dilaksanakan oleh Syed Ahmad Khan ialah;

• i. Menubuhkan sekolah Inggeris di Mudarabad dan Ghazipur sekitar tahun 1860-an.

• Menubuhkan The Translation Society untuk menterjemahkan karya berbahasa Inggeris kepada bahasa Urdu.

• Menubuhkan Mohammedan Anglo-Oriental College [ Muslim University of Aligarh] seterusnya menubuhkan Mohammedan Educational Conference yg menjadi medan perbincangan cendikiawan Islam. Dengan adanya pusat persidangan @ perbincangan, perkembangan intelektual di India bertambah pesat.

Page 48: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa

• Kesimpulan

• Kedatangan Inggeris telah memberi kesan kepada masyarakat India sama ada dari aspek ekonomi, politik dan sosial. Perkembangan dalam bidang pengangkutan dan perhubungan, percetakan dan pendidikan telah melahirkan golongan cerdik pandai di India. Golongan ini muncul sebagai golongan reformis yang akhirnya berjaya membawa perubahan dalam masyarakat India.

Page 49: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa

KONFLIK ANTARABANGSA

• PERANG DUNIA PERTAMA• Faktor Perang Dunia Pertama

• Pengenalan• Perang Dunia Pertama ataupun The Great War tercetus

antara tahun 1914 hingga tahun 1918. Perang ini berlaku di antara negara-negara di Eropah. Walaupun hanya berlangsung dalam tempoh lebih kurang empat tahun, tetapi ia memberi kesan yang besar terutama kepada catatan sejarah dunia. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan perang ini tercetus.

Page 50: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa
Page 51: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa
Page 54: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa

• 1. Kegagalan Sistem Pakatan• Pakatan ini terbentuk selepas Prusia [Jerman] mengalahkan

Perancis pada tahun 1870. Kesannya, Eropah terbahagi kepada 2 blok iaitu;

• Perikatan Tiga Kuasa [Austria-Hungary, Itali, Turki ]• Pakatan Tiga Kuasa [Rusia, Perancis dan Britain]• Sistem Pakatan dibentuk bertujuan mewujudkan keseimbangan

kuasa dalam kalangan negara Eropah @ mengawal kuasa atau blok tertentu menjadi lebih kuat. Walau bagaimanapun, selepas 1900, Sistem Pakatan tidak berkesan kerana pergolakan politik di Eropah. Sebagai contoh;

• Keruntuhan empayar Turki Uthmaniah menyebabkan negara2 Eropah berlumba-lumba menguasai rantau Balkan.

• Keinginan Rusia untuk menguasai Selat Bosporous dan Istanbul.• Usaha Jerman memperkuatkan tentera lautnya menyebabkan

Britain berasa bimbang.

Page 55: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa

• 2. Faktor Ekonomi [Dasar Imperialisme Ekonomi]

• Tanah jajahan penting bagi negara2 Eropah seperti Britain dan Perancis. Tanah jajahan menjadi sumber ekonomi [pembekal bahan mentah dan pasaran barangan] dan kemakmuran negara.

• • Sehingga penghujung abad ke-19, Jerman dan Itali merupakan negara Eropah yg

belum memiliki tanah jajahan. Oleh itu, Jerman dan Itali berusaha mendapatkan tanah jajahan. Sebagai contoh;

• 1890-an: Jerman mula merampas tanah jajahan Portugal dan Perancis di Afrika.• Itali pula cuba menawan bekas jajahan empayar Turki Uthmaniah.• Tindakan Jerman tidak disenangi oleh musuh lamanya iaitu Perancis [Perancis

pernah menentang gerakan penyatuan Jerman]. Pada masa yang sama, Britain tidak menyenangi Jerman yg tindakan Jerman memperbesarkan tentera laut mereka. Britain juga tidak berpuas hati dengan tindakan Jerman menjual barangan mereka dengan harga yg murah di pasaran antarabangsa hingga menjejaskan pasaran barangan Britain. Pergolakan politik di Eropah bertambah teruk akibat persaingan kuasa besar seperti Rusia dan Austria-Hungary mendapatkan pengaruh politik.

Page 56: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa

• 3. Persaingan Ketenteraan dan Persenjataan• Persaingan ini wujud di antara Jerman, Perancis dan Britain.

Jerman berjaya memperbesar dan memperkuatkan angkatan lautnya. Britain cuba menyaingi Jerman dengan membina HMS Dreadnought, iaitu kapal perang terhebat pada masa itu.

• • Britain, Jerman, Rusia dan Austria-Hungary telah memberi

peruntukan yg besar kepada sektor ketenteraan. Menjelang tahun 1900, negara terbabit berjaya memperkuatkan ketenteraan masing2.

• • Rusia: memiliki 1.3 orang juta tentera• Jerman: mempunyai 900 000 orang tentera• Perancis: mempunyai 900 000 orang tentera.• Situasi ini telah mencetuskan ketegangan dan juga

memungkinkan berlakunya peperangan.

Page 57: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa

• 4. Perkembangan Pendidikan dan Ideologi• Sistem pendidikan yg diamalkan di beberapa negara

Eropah menekankan semangat patriotik. Sebagai contoh:

• Perancis: pendidikan sejarah di Perancis mengingatkan rakyatnya tentang kemungkinan berlakunya perang dan bersedia menghadapinya.

• Jerman: menekankan bahasa Jerman dan mengagungkan peperangan serta menganggap mereka yang mati sebagai wira sejati.

• Sistem pendidikan dan ideologi berteraskan semangat patriotisme dan menyanjungi peperangan banyak mendorong kepada berlakunya peperangan.

Page 58: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa

• 5. Peristiwa Pembunuhan Franz Ferdinand

• “Archduke Franz Ferdinand merupakan waris takhta Austria-Hungary. Archduke bersama isterinya tidak mengendahkan amaran anti-Austria oleh nasionalis Bosnia berketurunan Serb agar tidak melawat Bosnia. Akhirnya, ketika perarakan pada 28 Jun 1914 di Sarajevo, kedua-duanya ditembak ahli kongsi gelap Black Hand berketurunan Serbia”

• Peristiwa ini dijadikan alasan oleh Austria untuk menghapuskan kedaulatan Serb. Austria menuduh Serbia menghasut rakyat Austria berketurunan Serba untuk membebaskan diri dari Austria. Tindakan Austria disokong oleh sekutunya Jerman. Rusia yg juga merupakan sekutu Serbia pula bersedia menyerang Austria. Jerman cuba meminta Rusia membatalkan niatnya tetapi gagal. Akhirnya, Jerman mengisytiharkan perang terhadap Rusia dan sekutunya.

Page 60: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa

Kesimpulan

Perang Dunia Pertama memberikan impaks besar dalam sejarah dunia. Ia bukan sahaja menjejaskan politik negara terbabit tetapi turut menyebabkan berlakunya masalah ekonomi, jumlah kematian dan kemusnahan harta benda yang tinggi. Negara yang kalah seperti Jerman pula terpaksa menerima hukuman yang berat.

Page 61: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa

KESAN PERANG DUNIA PERTAMA

• Pengenalan• Perang Dunia Pertama yang berlangsung pada

tahun 1914 hingga tahun 1918 meninggalkan banyak kesan kepada negara-negara terlibat. Kesan PD1 boleh dibahagikan kepada 3 iaitu kesan politik, ekonomi dan sosial.

Page 66: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa

• 2. Kesan Ekonomi• Sebagai negara yang terlibat secara langsung di dalam PD1, Rusia , Jerman

dan Perancis menerima kesan yang buruk dalam bidang ekonomi. Ekonomi negara-negara terbabit terjejas ekoran masalah yang timbul.

• Rusia• Masalah 1: Pengeluaran hasil pertanian merosot.• Punca: kekurangan tenaga kerja akibat pengambilan 4 juta buruh sebagai

tentera.

• Masalah 2: Kelemahan tentera Rusia.• Punca: sistem pengangkutan tidak berfungsi sehingga bekalan makanan

dan bantuan tidak dapat dihantar.• Masalah 3: Perbelanjaan tidak seimbang• Punca: peruntukan yg besar terpaksa diberikan kepada bidang ketenteraan.• Pada tahun 1916, rakyat Rusia melancarkan mogok terhadap pemerintah

Tsar.

Page 67: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa

• ii. Jerman

• Masalah 1: Inflasi• Punca: kekurangan bekalan makanan [terpaksa

dicatu]. Rakyat marah sehingga berlakunya rusuhan antikerajaan.

• Masalah 2: Industri di Jerman terjejas• Punca: kemerosotan nilai mata wang Jerman [mark]

dengan teruk sehingga menjejaskan pengeluaran arang batu dan besi.

Page 68: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa

• iii. Perancis

• Masalah: dibebani hutang• Punca: peperangan yg meletus di utara Perancis

menyebabkan pengeluaran arang batu, besi dan keluli merosot teruk.

Page 69: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa

• 3. Kesan Sosial

• i. Banyak nyawa terkorban• PD1 meninggalkan kesan yg dahsyat. Sejumlah 8.5 juta tentera

telah terkorban manakala seramai 12.5 juta orang awam terbunuh.

• ii. Pencemaran udara dan bumi• Pencemaran udara dan bumi juga turut berlaku. hal ini kerana

penggunaan senjata kimia oleh negara yang terlibat untuk mengalahkan musuh masing-masing..

• iii. Kemusnahan harta benda• PD1 turut menyebabkan kemusnahan harta benda. Pengkalan

tentera, kilang industri, jambatan, sistem pengakutan dan perhubungan dan kilang senjata menjadi sasaran utama serangan.

Page 70: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa

• Kesimpulan• Jelas sekali bahawa PD1 telah meninggalkan impak

yang besar kepada sejarah dunia. Pelbagai kesan sama ada dalam aspek politik, ekonomi dan sosial telah dialami oleh negara-negara yang terlibat. PD1 bukan hanya menyebabkan keruntuhan sistem beraja di sesetengah negara, malah turut menjejaskan ekonomi dan kehilangan banyak nyawa.

Page 74: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa

• Pengenalan• Perang Dunia Kedua meletus pada tahun 1939 dan

berlarutan sehingga tahun 1945. PD2 bukan hanya melibatkan negara-negara di Eropah sahaja malah melibatkan negara di Asia dan Kepulauan Pasifik. Perang yang melibatkan dua kuasa utama iaitu Kuasa Berikat dan Kuasa Paksi ini dikatakan lanjutan daripada PD1 yang tercetus pada tahun 1914-1918. Terdapat beberapa faktor yang mendorong kepad tercetusnya PD2.

Page 75: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa

• 1. Perjanjian Versailles yang berat sebelah• Jerman yang kalah dalam PD1, menganggap syarat Perjanjian Versailles

berat sebelah. Jerman menganggap perjanjian tersebut merupakan satu hinaan kepada mereka.

• Oleh itu, setelah memerintah Jerman, Adolf Hitler telah mencabuli syarat Perjanjian Versailles. Beliau telah bertindak;

• i. Menubuhkan Tentera Udara Jerman• ii. Menghidupkan semula dasar kerahan tenaga bagi membentuk pasukan tentera.• iii. Menawan wilayah Rhineland dan Saar yang diserahkan kepada Perancis.• iv. Memasukkan Austria ke dalam Jerman• v. Menyerang dan berjaya menakluki Czechoslovakia• vi. Menyerang Poland• Tindakan Jerman menyerang Poland mendorong Perancis dan Britain

mengisytiharkan perang ke atas Jerman sekaligus mencetuskan PD2.

Page 76: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa

2. Pertentangan Ideologi (Demokrasi Vs Fasisme /Nazisme

Page 77: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa

• Kemunculan ideologi baru mencabar ideologi demokrasi yang diamalkan oleh negara2 di Eropah. Ideologi Fasisme dan Nazisme yang muncul sekitar tahun 1920-an telah menggugat kestabilan politik di Eropah.

• Sebagai contoh, Benito Mussolini tidak menghiraukan kecaman antarabangsa dengan menakluki Habsyah. Malah beliau bercita-cita menguasai Albania dan tanah jajahan Perancis di Afrika Utara. Beliau menggunakan kekerasan dan senjata kimia bagi menghadapi tentangan penduduk tempatan

Page 78: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa

3. Kemelesetan Ekonomi

Page 79: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa
Page 80: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa
Page 81: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa

• Peluang keemasan ini digunakan oleh Jerman untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai sebuah negara yang kuat di Eropah. Situasi ini dan juga dasar agresif yang dilaksanakan oleh Jerman merupakan ancaman kepada negara lain terutama Britain.

Page 82: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa

• 4. Dasar / Pendirian negara terlibat Dasar atau pendirian negara pada ketika itu banyak mendorong kepada tercetusnya PD2. Pada ketika itu, setiap negara cuba menonjolkan diri @ bersaing untuk mengatasi satu sama lain sama ada dari segi ekonomi mahupun politik. Situasi ini secara tidak langsung mencetuskan suasana tegang di antara negara terbabit.

Page 83: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa
Page 84: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa

• 5. Gerakan nasionalisme yang melampau di Jepun• Kita Ikki merupakan seorang pelampau yang

mempelopori aliran baharu nasionalisme di Jepun. Beliau berpendapat pembentukan semula negara Jepun oleh tentera atas nama maharaja perlu dilakukan. Beliau menolak amalan demokrasi Barat dan Parlimen Jepun yang mudah terjebak dalam amalan rasuah. Aliran ini menyebabkan berlakunya pergeseran antara parti pemerintah dengan golongan tentera.

• Kemelesetan ekonomi dunia pada tahun 1929 menyebabkan golongan petani dan rakyat Jepun dibebani kemiskinan. Petani yang tidak berpuas hati dengan pemerintah akhirnya telah menyatakan sokongan kepada tentera. Pada tahun 1936, golongan tentera memberontak dan berjaya menguasai kerajaan. Kerajaan Jepun kemudiannya berusaha mempersiapkan diri untuk menghadapi peperangan.

Page 85: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa

• 6. Kepentingan Ekonomi• Dasar Pemodenan Meiji berjaya memacu ekonomi

Jepun sehingga menjadi negara industri yang kuat. Bagi mendapatkan bekalan bahan mentah dan pasaran, Jepun telah melaksanakan dasar imperialisme. China dan Manchuria menjadi sasaran Jepun. Belanda, Britain, AS dan Perancis bimbang dasar imperialisme Jepun ke kawasan lain seperti Indo-China dan Asia Tenggara menjejaskan kepentingan mereka.

Page 86: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa

• 7. Isu keselamatan negara Jepun• Kebangkitan Jepun sebagai kuasa ekonomi [penghujung abad ke-19]

dan dasar imperialisme yang dijalankan menyebabkan Jepun berdepan tekanan kuasa Barat seperti AS, Britain dan Rusia. Yoshida Shoin, iaitu tokoh intelek Jepun menegaskan bahawa Jepun perlu memperkukuhkan pertahanannya.

• Yamagata Aritomo iaitu salah seorang pemimpin kerajaan Meiji dan juga pengasas tentera Jepun moden mengetengahkan konsep garis kepentingan negara. Konsep garis kepentingan negara merujuk kepada kawasan bersempadanan @ berhampiran dengan Jepun dianggap mempengaruhi keselamatan Jepun. Oleh itu, garis kepentingan negara ini wajar diperkukuhkan.

• Penekanan ke atas konsep ini menyaksikan Jepun cuba meluaskan garis kepentingan negara dengan menyerang Rusia [1905], Korea [1910], China [1895 & 1937], Manchuria [1932], Indo-China dan Asia Tenggara [1941].

Page 87: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa

• Kesimpulan• Berbeza dengan PD1, PD2 melibatkan lebih banyak

negara dan kesan yang lebih dahsyat. Sikap saling curiga, nasionalisme yang melampau dan persaingan yang tidak sihat terutama dalam bidang politik dan ekonomi merupakan antara pencetus PD2. Terdapat negara seperti Jepun dan Jerman yang memang telah bersiap sedia dari awal untuk menghadapi sebarang peperangan. Faktor inilah yang menyebabkan sekali lagi sejarah perang besar dunia dicatatkan.

Page 88: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa
Page 89: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa
Page 90: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa
Page 91: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa

Bom Atom

Page 92: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa

Kesan Bom Atom

Page 93: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa
Page 94: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa

Kesan-kesan peperangan

Page 95: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa
Page 96: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa
Page 97: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa

Kesan Perang Dunia Kedua

Page 98: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa
Page 99: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa
Page 100: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa

PERANG DINGIN• Pengenalan• Perang Dingin merujuk kepada konflik antara dua

buah kuasa besar setelah PD2 berakhir iaitu;

• Blok Kapitalis [diketuai oleh AS]• Blok Komunis [diketuai oleh Soviet Union / Rusia]• Perang Dingin tidak melibatkan pertempuran

bersenjata @ secara langsung. Kedua-dua kuasa terbabit biasanya menjadi penyokong / dalang / ‘orang di belakang tabir’ kepada negara2 yang bertelagah @ berkonflik.

Page 102: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa

• F1. Perbezaan Ideologi [Kapitalisme vs Komunisme]

• Perbezaan ideologi juga menyumbang kepada meletusnya Perang Dingin. AS mendukung ideologi kapitalis manakala Soviet Union mengamalkan ideologi komunis. Hal ini menimbulkan persaingan dan konflik untuk mendapatkan pengaruh.

Page 103: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa

BLOK BARAT (BIRU), BLOK TIMUR MERAH , DAN WLAYAH YG DIPERTIKAIKAN (HIJAU)

Page 104: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa

• Sebahagian Tembok Berlin, suatu simbol perpecahan Eropah sewaktu era Perang Dingin.

Page 107: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa

• F2. Kegagalan 3 Siri Rundingan

• Sejak tahun 1943 - 1945, pemimpin Kuasa Berikat iaitu AS, Rusia, Perancis dan Britain mengadakan 3 siri pertemuan untuk membincangkan keadaan politik di Eropah lebih-lebih lagi ketika Jerman berada di ambang kekalahan. Perbincangan ini menyangkut hal konsesi Rusia di Eropah Tengah, pembahagian negara Jerman kepada 4 zon tentera, penguasaan Rusia ke atas Poland dan isu penguasaan ke atas Eropah Timur dan Eropah Tengah.

• Walau bagaimanapun, 3 siri perbincangan di Teheran, Yalta dan

Postdam ini tidak mencapai kata putus. Keadaan ini menyebabkan keretakan hubungan sehingga membawa kepada Perang Dingin. Lebih mengeruhkan keadaan, rakan dalam Kuasa Berikat curiga dengan tindak-tanduk Rusia yg dikuasai oleh komunis

Page 108: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa

• F3. Kemerosotan Ekonomi di Eropah

• Kesan daripada PD2, ekonomi di negara2 Eropah terjejas teruk. Ekonomi Britain, Perancis, Jerman, Itali dan Belanda terjejas berikutan sebahagian besar pendapatan negara diperuntukan membiayai PD2. Kelemahan ekonomi negara terbabit membolehkan AS menawarkan bantuan berupa dana dan sokongan bagi menghalang perluasan ideologi komunis. Pada tahun 1948, AS menubuhkan Rancangan Marshall bagi membangunkan semula ekonomi Eropah Barat selain mengekang pengaruh komunis.

• Rusia menolak Rancangan Marshall kerana beranggapan bahawa ia

adalah salah satu bentuk campur tangan AS. Rusia kemudian cuba mempengaruhi negara2 di Eropah Timur agar tidak menerima bantuan AS. Atas inisiatif Rusia, blok komunis [negara2 di Eropah Timur] telah menubuhkan satu pertubuhan ekonomi untuk mengimbangi pertubuhan ekonomi yang dianjurkan oleh AS.

Page 109: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa

• F4. Rusia Bimbang Ancaman Jerman • Rusia sentiasa bimbang ancaman Jerman. Oleh itu, Rusia

bercadang menguasai negara2 di Eropah timur untuk dijadikan sebagai ‘Zon Penampan’. Joseph Stalin iaitu pemerintah Rusia ketika itu bimbang sejarah Peristiwa Operasi Barbarossa berulang [ Adolf Hitler memimpin serangan besar-besaran selama 900 hari dan menggugurkan lebih 600 000 bom ke atas Rusia].

• Rusia berusaha melemahkan Jerman yg dianggap sebagai negara

terkuat dan agresif dengan menghalang Jerman bersatu di bawah kerajaan kapitalis. Oleh yang demikian, Jerman terbahagi 2 iaitu Jerman Timur [Komunis] dan Jerman Barat [kapitalis]. AS yang mengharapkan bantuan Rusia bagi menghadapi Jepun terpaksa membiarkan Rusia mengembangkan pengaruhnya sehingga semua negara di Eropah Timur dikuasai oleh komunis

Page 110: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa

Kesimpulan

• Perang Dingin yang tercetus di antara AS dengan Soviet Union memberi impak yang mendalam kepada negara-negara di Eropah khususnya dan seluruh dunia amnya. Beberapa peperangan yang tercetus di antara negara dikatakan didalangi oleh dua blok kuasa tersebut bagi tujuan meraih sokongan dan menguji senjata baru.

Page 112: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa

Dekolonisasi Dan Pengembalian Kedaulatan

• Pengenalan• Dekolonisasi merupakan usaha @ proses

membebas atau memberi kebebasan kepada tanah jajahan dengan cara memberikan kemerdekaan. Dekolonisasi mula berkembang selepas Perang Dunia Pertama dan bertambah rancak selepas Perang Dunia Kedua.

Page 114: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa

Dekolonisasi China

• Kedatangan kuasa Barat pada abad ke-19 menyebabkan China banyak menerima pengaruh Barat. Selain kuasa Barat, Jepun juga turut menduduki China. Oleh yang demikian, pemimpin-pemimpin China berusaha membebaskan negara mereka dari cengkaman penjajah.

Page 115: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa

Usaha Dekolonisasi di China

• 1. Peranan Kang Yu-wei

• Kang Yu-wei merupakan tokoh terkenal di China. Pada tahun 1898, Kang Yu-wei memimpin Reformasi Seratus Hari. Beliau berusaha mewujudkan monarki berperlembagaan ala-Barat di China. Walaupun pada awalnya dihalang oleh golongan konservatif tetapi usaha beliau akhirnya diterima berikutan rakyat China sudah tidak dapat menerima dasar pemerintahan Dinasti Ching yang lebih condong kepada tradisi orang Manchu.

Page 116: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa

• 2. Peranan Dr. Sun Yat Sen

• Dr. Sun merupakan tokoh revolusi yang hebat. Beliau berperanan melancarkan revolusi bagi menyatakan ketidakpuasan hati terhadap sikap kerajaan China yang tidak bersungguh-sungguh dalam melaksanakan sistem pemerintahan berperlembagaan.

• Beliau mengemukakan Tiga Prinsip Rakyat iaitu;• Rakyat mempunyai hak bersuara dan memilih pemimpin• Rakyat China mesti menggulingkan kerajaan Ching dan

mengembalikan kedaulatan China• Rakyat mempunyai hak sama rata dalam pemilikan tanah

Page 117: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa

• Pada tahun 1905, Dr Sun Yat Sen menubuhkan Tung Meng Hui. Beliau memimpin beberapa siri revolusi dalam usaha menggulingkan Kerajaan Ching yang dikuasai oleh orang Manchu. Pada tahun 1911, revolusi pimpinan Dr Sun Yat Sen berjaya menumbangkan kerajaan dan membentuk kerajaan Republik China. Pada tahun 1912, Tung Meng Hui ditukar nama kepada Kuomintang [KMT] ataupun Parti Kebangsaan.

Page 118: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa

• Walau bagaimanapun, kerajaan Ching masih berusaha mengembalikan kekuasaan mereka.

• Kerajaan melantik Yuan Shih Kai mengetuai tentera bagi menghapuskan golongan revolusi yang dipimpin oleh Dr. Sun. Golongan revolusi bertindak bijak dengan mengadakan rundingan dengan Yuan Shih Kai dan melantik beliau sebagai presiden sementara.

Page 119: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa

• Semasa pilihanraya diadakan, KMT telah menang besar. Walau bagaimanapun, Yuan Shih Kai enggan meletak jawatan sebaliknya melantik dirinya sebagai mahajara China. Beliau mengamalkan pemerintahan diktator. Beliau telah mengharamkan KMT dan bertindak membunuh pemimpin KMT.

• Setelah Yuan Shih Kai meninggal dunia [1916], Dr. Sun Yat Sen yang berada di Jepun telah kembali ke China dan mengukuhkan semula kedudukan Kuomintang seterusnya menubuhkan kerajaan di Canton. Beliau berusaha menyatukan rakyat China.

Page 120: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa

• Usaha Dr. Sun tidak disenangi oleh kuasa Barat seperti Britain, Perancis dan AS. Memandangkan kuasa Barat tidak menyokong usaha tersebut, Dr Sun Yat Sen telah meminta bantuan Rusia. Pada tahun 1923, Parti Komunis China [PKC] telah bergabung dengan Kuomintang [KMT] dan membentuk Barisan Bersatu.

Page 121: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa

• Pada tahun 1925, Dr. Sun meninggal dunia. Ketiadaan beliau telah menyebabkan KMT berpecah kepada dua puak iaitu;

• Antikomunis yang mendukung aliran nasionalisme China

[dipimpin oleh Chiang Kai-shek]• Prokomunis yang mendukung aliran sosialisme-marxisme

[dipimpin oleh Wing Ching Wei] • Chiang Kai-shek berjaya melemahkan kumpulan prokomunis

sehinggalah munculnya Mao Tze Tung. Mao Tze Tung berjaya memulihkan sokongan rakyat kepada PKC dengan menekankan dasar mengusir penjajah dan hak sama rata ke atas pemilikan tanah. KMT dan PKC terus berbalah dan terjebak dengan beberapa siri perang saudara ekoran percanggahan dasar.

Page 122: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa

• Dengan sokongan padu penduduk luar bandar, PKC berjaya memenangi perang saudara menentang KMT. Pada tahun 1949, PKC berjaya membentuk kerajaan komunis yang dikenali sebagai Republik Rakyat China. Chiang Kai-shek dan penyokongnya yang tewas telah melarikan diri ke Taiwan dan menubuhkan kerajaan demokratik.

Page 123: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa

KesimpulanUsaha dekolonisasi di China menyaksikan berlakunya perpecahan dalam kalangan rakyatnya. Perpecahan akibat percanggangan ideologi ini turut mencetuskan perang saudara. Hal ini sedikit sebanyak telah memberi kesan ke atas usaha mengusir penjajah dari China. Walau bagaimanapun, kemunculan tokoh-tokoh berwibawa telah berjaya menyatukan sebahagian besar penduduk China sehingga akhirnya mampu mengusir penjajah Barat sekaligus mengembalikan kedaulatan di China.

Page 125: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa

• Penentangan Mahatma Gandhi• Pada tahun 1920-an, muncul seorang tokoh

berwibawa di India iaitu Mahatma Gandhi. Bermula tahun 1920 hingga 1939, Mahatma Gandhi memimpin Kongres Kebangsaan India (INC). Beliau menekankan prinsip swadesi, satyagraha dan ahimsa.

• Swadesi: menekankan semangat berdikari.• Satyagraha: berpegang kepada kebenaran.• Ahimsa: menolak kekerasan

Page 126: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa

• INC mendapat sokongan dari segenap lapisan masyarakat India sehingga menjadi sebuah parti yang kuat. Atasan desakkan orang India, kerajaan British telah menggubal Akta Majlis India dan Akta Montague-Chelmsford bagi mempersiapkan orang India ke arah berkerajaan sendiri. Walau bagaimanapun usaha ini gagal memenangi hati orang India.

Page 127: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa

• Tindakan British memonopoli pengeluaran garam sehingga menyebabkan harga garam melambung tinggi menambahkan kemarahan orang India. Sebagai tanda protes, Mahatma Gandhi telah memimpin Perarakan Garam @ Perarakan Dandi.

Page 128: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa

• British bertindak balas dengan mengharamkan INC dan pemimpin utama INC termasuk Mahatma Gandhi dipenjarakan. Mahatma Gandhi melancarkan mogok lapar di penjara ekoran tidak berpuas hati dengan tindakan British iaitu;

• British tidak bersungguh-sungguh dalam memberi kuasa kepada orang India untuk memerintah.

• British memperkenalkan Anugerah Perkauman iaitu orang India berkasta rendah diberi pilihan raya berasingan.

• British akhirnya mengalah kepada Mahatma Gandhi dengan membentuk Pakatan Poona iaitu mengagihkan 148 kerusi kepada kelas bawahan. Pada tahun 1935, British memperkenalkan Akta Kerajaan India yang antara lainnya memberikan peluang pilihan raya kepada penduduk India. Walau bagaimanapun, orang India masih tidak berpuas hati kerana Gabenor Jeneral dan Gabenor Wilayah [pegawai British] masih berkuasa penuh.

Page 129: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa

• Pada tahun 1937, INC menang besar dalam Pilihan Raya Umum India. Kekalahan Liga Islam menyebabkan pemimpinanya iaitu Muhamad Ali Jinnah menuduh INC hanya memperjuangkan kepentingan orang Hindu dan meminggirkan orang Islam. Muhamad Ali Jinnah kemudian bertindak menyeru penduduk Islam di Sind, Bengal dan Punjab bersatu di bawah Liga Islam. Tindakan ini merupakan titik tolak bermulanya idea penubuhan negara Pakistan.

Page 130: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa

• Pergeseran antara orang Hindu dengan orang Muslim menyebabkan Gabenor Jeneral India iaitu Lord Louis Mountbatten mengajak pemimpin INC dan Liga Islam berunding. Hasil rundingan memutuskan bahawa India mesti dibahagikan kepada 2 [India dan pembentukan negara baru iaitu Pakistan] bagi mengelakkan pertelingkahan berterusan. Usaha pemisahan ini telah mengorbankan ribuan nyawa.

Page 131: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa

• Pada bulan Ogos 1945, British memberikan kemerdekaan kepada kedua-dua negara. Muhamad Ali Jinnah kemudiannya dilantik sebagai Gabenor Jeneral yang pertama. Jawaharlal Nehru pula dilantik sebagai Perdana Menteri India yang pertama.

Page 133: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa

• KesimpulanPeranan besar yang disumbangkan oleh Mahatma Gandhi melalui INC telah membuka jalan kepada kemerdekaan India. Dasar anti-kekerasan yang diamalkan oleh Mahatma Gandhi menjadikan British tidak mempunyai alasan kukuh untuk menolak perjuangan kemerdekaan orang India. Usaha dekolonisasi di India juga menyaksikan berlakunya perpecahan dalam kalangan pejuang kemerdekaan sehingga membawa kepada terbentuknya negara Pakistan.

Page 134: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa
Page 135: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa

4.3 PERHUBUNGAN LUAR

• Pertbubuhan Bangsa-bangsa Bersatu• Nato• Komanwel• Nato

Page 136: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa

Kerjasama Amerika syarikat dan Rusia Dalam PBB

Page 137: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa
Page 138: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

• Sejarah Penubuhan PBB• Perang Dunia Pertama meninggalkan kesan besar dalam

sejarah dunia. Jumlah korban dan kemusnahan harta benda yang besar mencetuskan kesedaran masyarakat antarabangsa untuk membentuk sebuah pertubuhan bagi menjamin keamanan dunia. Oleh itu, Liga Bangsa telah ditubuhkan. Walau bagaimanapun, Liga Bangsa gagal menjalankan tanggungjawab yg diamanahkan. Kegagalan Liga Bangsa terbukti apabila Perang Dunia Kedua meletus.

Page 139: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa

• Pada bulan Ogos 1941, Winston Churchill dan Franklin D. Roosevelt mengisytiharkan Piagam Atlantik yang kemudiannya menjadi asas kepada penubuhan PBB. Januari 1942, pemimpin utama dari AS, Britain, Rusia dan China telah menandatangani dokumen yang dikenali sebagai Perisytiharan Bangsa-Bangsa Bersatu [United Nations]. AS, Britain, Rusia, Perancis dan China dilantik sebagai anggota tetap Majlis Keselamatan dan diberikan kuasa veto.

Page 143: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa

• Kuasa veto merujuk kepada hak yang diberi kepada seseorang atau sesuatu kumpulan untuk menolak sebarang keputusan undang-undang yang diluluskan oleh beberapa ahli yang lain (Kuasa pembatal). Sumber: Wikipedia.org

Page 145: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa

Isu-isu Antarabangsa

Isu-isu antarabangsa

Isu Zon Ekonomi

Ekslusif(ZEE)

Isu Alam Sekita

Isu Antartika

Isu Apartied

Page 146: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa

SOALAN

1. Huraikan matlamat dan dasar penubuhan pertubuhan bangsa-bangsa bersatu (PBB)

2. Bincangkan peranan organisasi yang terdapat dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

3.

Page 147: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa

SKEMA 1• Pendahuluan:• Pertubuhan bangsa-bangsa bersatu bertujuan mengekalkan perdamaian di dunia dengan cara perundingan, bermuafakat dan

bertukar-tukar fikiran dengan Negara anggota. Persidangan Dumbarton Oaks mencadangkan supaya dibentuk 4 cawangan PBB ; iaitu Perhimpunan Agung , Mahkamah Keadilan Antarabangsa , Jabatan Setiausaha dan Majlis Ekonomi dan Kemasyarakatan.

• Cara mengundi dalam Majlis Keselamatan diputuskan 5 kuasa besar; Amerika Syarikat , Russia , Britain , Perancis , dan China. Ditubuhkan pada 24 oktober 1945, 51 buah Negara telah menandatangani pengisytiharan PBB di San Francisco dan dianggap sebagai ahli asal pertubuhan ini.

• Isi-isi penting:• Negara-negara anggota pertubuhan ini harus akur dengan piagam PBB, iaitu satu perjanjian antarabangsa yang menggalurkan

prinsip-prinsip asas hubungan antarabangsa.Terdapat empat matlamat piagam PBB,iaitu Menjamin keamanan dan keselamatan dunia, Menggalakkan hubungan berbaik-baik antara Negara-negara anggota.Bekerjasama dalam menyelesaikan masalah antarabangsa dan melindungi hak asasi manusia tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit. PBB boleh menggalakkan kemajuan kemasyarakatan dan memperbaiki taraf hidup manusia.

• Dasar-dasar yang menjadi pegangan PBB dan negara-negara anggotannya ialah PBB didasarkan kepada persamaan taraf dan kedaulatan semua negara anggotannya.Setiap negara anggota akan mematuhi kewajipannnya mengikut piagam PBB.

• Semua negara anggota akan menyelesaikan pertelingkahan antarabangsa dengan perasaan dan semangat dan keyakinan yang tinggi tanpa menggugat keamanan, keselamatan, dan keadilan sejagat.

• Negara-negara anggota tidak boleh menggunakan kekerasan atau ugutan terhadap kawasan atau kemerdekaan sesebuah Negara ataupun dengan cara yang tidak sesuai dengan semangat PBB.

• Negara-negara anggota diminta memberi bantuan dalam apa sahaja tindakan yang diambil oleh PBB dan dikehendaki tidak memberi kerjasama kepada mana-mana pihak yang dikenakan tindakan oleh PBB.PBB akan memastikan supaya Negara-negara yang tidak menyertai pertubuhan ini mematuhi dasar-dasar PBB setakat yang perlu bagi memelihara keamanan dan keselamatan antarabangsa.

• PBB tidak akan mencapai mencampuri urusan dalaman sesebuah Negara yang berkaitan dengan bidang perundangan. Dasar ini akan diketepikan apabila tindakan terpaksa diambil untuk menghadapi ugutan yang mengancam keamanan dan keselamatan dunia.

• Penutup:• PBB merupakan pertubuhan antarabangsa yang mempunyai hubungan saling bergantungan antara satu sama lain dalam

menjalankan usaha memelihara keamanan dan keselamatan antarabangsa.

Page 148: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa

SKEMA 2• Pendahuluan:• PBB melaksanakan tanggungjawab bagi merealisasikan matlamat dan objektif yang digariskan. PBB mewujudkan enam organisasi. Organisasi tersebut ialah

Perhimpunan Agung, Majlis keselamatan, Majlis Ekonomi dan Sosial, Mahkamah Keadilan Antarabangsa, Majlis Amanah, dan Sekretariat.• Isi-isi penting:• Majlis Perhimpunan Agung merupakan badan PBB• Perhimpunan Agung berperanan melantik ahli Majlis Sosial dan Ekonomi, ahli biasa Majlis Keselamatan, dan ahli Majlis Amanah . Majlis ini mempunyai hak melantik

hakim Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Perhimpunan Agung merupakan satu-satunya badan yang diwakili oleh semua negara anggota dan setiap negara mempunyai satu undi. Antara tugas-tugas Perhimpunan Agung ialah menimbang serta membuat syor tentang dasar kerjasama antarabangsa dalam usaha memelihara keamanan dan keselamatan dunia.Mengambil langkah mengkaji dan membuat syor bagi menggalakan kerjasama antarabangsa dalam bidang politik. Menggalakkan kesedaran terhadap hak dan kebebasan asasi manusia. Mengawas dan membuat syor berhubung dengan kawasan-kawasan amanah.Membuat syor untuk menyelesaikan sebarang masalah secara damai. Menimbang dan meluluskan perbelanjaan PBB.

• Majlis Keselamatan• Majlis Keselamatan bertanggungjawab secara langsung dalam hal-hal berkaitan keamanan dan keselamatan dunia. Sehingga tahun 1965, majlis ini mempunyai 11 ahli

dan enam ahli biasa yang dilantik setiap dua tahun.tindakan yang boleh diambil oleh Majlis keselamatan dalam menyelesaikan sebarang pertelingkahan. Meminta semua Negara anggota PBB memutuskan hubungan diplomatik dengan negara yang ingkar itu. Meminta semua anggota PBB memutuskan perhubungan kereta api, laut, udara, perhubungan pos dan telegram, radio atau sebarang bentuk komunikasi. Meminta semua negara anggota PBB memutuskan perhubungan ekonomi dengan Negara tersebut dan mengambil tindakan ketenteraan terhadap Negara tersebut sama ada melalui sekatan darat, laut atau udara.

• Majlis Ekonomi• Majlis Ekonomi dan Sosial bertanggungjawab menyelaras dan mengarahkan aktiviti PBB dalam bidang ekonomi, social, kemanusian dan kebudayaan. Majlis ini bersidang

sekurang-kurangnya dua kali setahun dan bertanggungjawab terus kepada Perhimpunan Agung. Tugas majlis ini ialah membuat kajian, laporan, dan syor dalam bidang ekonomi, kemasyarakatan, kebudayaan, pelajaran, kesihatan dan sebagainnya. Agensi-agensi yang turut membantu majlis ini termasuklah Food and Agriculture Organization (FAO), United Nations Educational, Scientific and Cultural Organisation (UNESCO),International Labour Organisation (ILO), United Nations Conference on Trade and Development(UNCTAD), International Bank for Reconstruction and Development( IBRD) dan International Monetary Fund (IMF).

• Majlis Amanah• Majlis Amanah dipertanggungjawabkan menyelia wilayah yang diamanahkan di bawah pentadbiran PBB.wilayah itu harus ditadbir oleh kuasa antarabangsa sebagai satu

amanah sehingga wilayah itu mampu membentuk pemerintahan sendiri. Selepas tahun 1945, terdapat 11 wilayah amanah yang diambil alih dari jerman,itali, dan jepun. Contoh kawasan-kawasan yang pernah diletakkan sebagai kawasan amanah ialah New Guinea ditadbir oleh Austrialia.Samon Barat ditadbir oleh New Zealand Cameroon, Tanganyika dan togoland ditadbir oleh Britain akhirnya mencapai kemerdekaan pada awal tahun 1960-an.

• Mahkamah Keadilan Antarabangsa• Mahkamah Keadilan Antarabangsa terletak di Hague, Belanda. Mahkamah ini mempunyai 15 hakim yang dipilih bersama oleh Perhimpunan Agung dan Majlis

Keselamatan. Terdiri daripada warganegara yang berlainan dan berkhidmat selama 9 tahun dan berhak untuk dilantik semula. Memberi nasihat atas permintaan Perhimpunan Agung atau Majlis Keselamatan dan mengendalikan sebarang kes yang dibawa kepadanya. Mahkamah ini tidak ada ejen penguatkuasa keputusan yang dibuatnya.

• Sekretariat PBB• Sekretariat PBB diketuai oleh Setiausaha Agung yang dipilih oleh Majlis Perhimpunan Agung PBB atas cadangan dan sokongan Majlis keselamatan.Sekretariat ini beribu

pejabat di New York. Setiausaha Agung merupakan pentadbir tertinggi dan keberkesanan Sekretariat bergantung kepada kewibawaan. Setiausaha Agung melantik kakitangan jabatannya bertanggungjawab memimpin dan mengawal pentadbiran PBB yang terdiri lebih daripada 3000 pegawai dan kakitangan.

• Penutup:• PBB mewujudkan enam organisasi bagi merealisasikan matlamat dan objektif yang digariskan dalam memastikan organisasi ini terus memainkan peranan penting dalam

isu-isu sejagat.• PBB harus terus menjaga keamanan dan kesejahteraan negara-negara di dunia tanpa diselubungi oleh kuasa-kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat, Britain,

Perancis, Rusia dan China yang mempunyai kuasa veto dalam memutuskan apa jua keputusan dalam menjalankan peranannya.

Page 150: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa

Sejarah Penubuhan

• Komanwel ditubuhkan pada tahun 1931 hasil idea Lord Rosebury. Pertubuhan ini merupakan pertubuhan negara-negara yang pernah dijajah oleh Britain. Sekitar tahun 1930-an, British masih lagi berkuasa ke atas bekas negara-negara jajahannya yang sudah dibebaskan sehinggalah terbentuknya Statue of Westminstern.

• • Menjelang tahun 1950-an, banyak negara jajahan British

mencapai kemerdekaan dan bersetuju menyertai Komanwel. Negara-negara yang menyertai Komanwel ini menerima Perisytiharan Prinsip-Prinsip Komanwel sebagai asas hubungan memandangkan Komanwel tidak mempunyai perlembagaan rasmi.

Page 151: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa

Sejarah Penubuhan

• Kuasa tertinggi adalah berdasarkan keputusan yang ditetapkan di dalam Persidangan Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel [ CHOGM]. CHOGM diadakan dua kali setahun dan dihadiri Perdana Menteri atau Presiden negara anggota. Persidangan CHOGM ini bertujuan melaksanakan rancangan kerjasama untuk kepentingan bersama dan menyelesaikan isu yang ditimbulkan.

Page 152: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa

Keanggotaan Komanwel

• 1. Keahlian mesti dipohon [bukan automatik walaupun negara terbabit merupakan bekas jajahan British]

• 2. Negara2 anggota boleh menarik diri bila-bila masa.• • 3. Negara2 anggota perlu menerima Queen sebagai

simbol perpaduan dan Ketua Komanwel.• 4.Negara-negara anggota mesti bersedia untuk

berkerjasama antara satu sama lain demi kepentingan bersama

Page 154: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa

• Faedah menyertai Komanwel• 1. Pemindahan teknologi antara negara anggota

terutama dari negara maju seperti Britain.• 2. Meningkatkan perkembangan ekonomi

melalui kerjasama antara negara anggota: contoh, Rancangan Colombo yang dianjurkan oleh UK.

• 3. Membantu menaikan taraf pendidikan melalui Jawatankuasa Perhubungan

• Pelajaran Komanwel.

Page 155: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa

Sukan Komanwel yang diadakan sekali dalam 4 tahun merupakan lambang perpaduan

negara-negara anggota Komanwel.

Page 156: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa

• Info Tambahan...• • CHOGM• CHOGM adalah sidang kemuncak dwitahunan yang disertai

semua ketua-ketua kerajaan dari negara-negara Komanwel. Biasanya Ratu Elizabeth II yang menjadi Ketua Kerajaan Komanwel akan merasmikan mesyuarat tersebut. CHOGM yang pertama diadakan pada 1971.

• • Mesyuarat CHOGM biasanya membincangkan perkara-perkara

berkaitan isu semasa atau yang sedang berlangsung yang melibatkan negara ahli. Antaranya CHOGM membincangkan isu dasar aparteid di Afrika Selatan.

• Sumber: Wikipedia.org•

Page 157: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa

• • Faedah Malaysia Menyertai Komanwel• • · i. Malaysia dapat memeterai perjanjian pertahanan dengan Britain yang juga

melibatkan Australia dan New Zealand. Ketiga-tiga negara (Britain, Australia, New Zealand) membantu Malaysia semasa konfrantasi Indonesia.

• · ii. Malaysia menyertai Perjanjian Pertahanan Lima Negara. Melalui perjanjian ini Britain secara automatik akan membantu Malaysia jika diserang musuh.

• · iii. Negara Britain banyak menanam modal di Malaysia dalam sektor ekonomi perlombongan dan perladangan.

• · iv. Melalui Rancangan Colombo pelajar Malaysia mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke Britain, Australia dan New Zealand.

• Sumber: http://pmr.penerangan.gov.my• • · • ***Walaupun British telah memberi kemerdekaan kepada sesetengah

negara jajahannya tetapi Parlimen Britain masih berkuasa ke atas hal-ehwal negara berkenaan. Statute of Westminster yang diluluskan pada tahun 1931 adalah simbol berakhirnya penguasaan Parlimen British di negara-negara yang sudah diberi kebebasan.

Page 158: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa

NATO

• Pengenalan• NATO merujuk kepada North Atlantic Treaty

Organization [Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara]. NATO merupakan sebuah pakatan bercorak ketenteraan yang menekankan sistem pertahanan bersama antara negara anggota.

Page 161: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa

• AS, UK dan NATO• United Kingdom [UK] berpendapat kuasa besar seperti Amerika

Syarikat [AS] perlu dilibatkan dalam sesebuah pertubuhan. Britain percaya bahawa pengelibatan AS penting bagi memastikan NATO muncul sebagai pertubuhan yang kuat. AS akhirnya menjadi tunjang kekuatan dan kestabilan NATO.

• • Kesungguhan UK menjadikan hubungan antara Britain dan AS semakin

rapat sehingga terjalinnya pelbagai kerjasama seperti;• Perundingan diplomatik• Kerjasama dalam bidang ketenteraan• Kerjasama dalam bidang perisikan [FBI, CIA dan SIS]•

Page 162: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa

• Walau bagaimanapun, hubungan AS-UK sedikit renggang apabila AS memperkenalkan Atomic Energy Act of 1946. Akta ini menghalang sebarang bentuk kerjasama pembangunan nuklear antara AS dengan mana-mana negara bagi mengekang perlumbaan pembangunan senjata nuklear oleh negar-negara lain. UK kecewa dengan pendirian AS lantas membangunkan senjata nuklearnya sendiri.

Page 163: Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa

Kesimpulan

• Peranan AS dalam NATO tidak dapat dinafikan sehingga Rusia menganggap AS adalah NATO dan NATO adalah AS. NATO muncul sebagai pertubuhan yang kuat dalam memelihara keamanan dan kesejahteraan sejagat. Tentera NATO ditempatkan di beberapa buah negara bergolak seperti di Afghanistan dengan tujuan mengekang peperangan berlarutan.