Nazarinna Binti Muhammad lwn. Mohd Idham Bin · PDF fileSharh al-Qawaid al-Fiqhiyyah. Mustafa...

7
1 Nazarinna Binti Muhammad lwn. Mohd Idham Bin Hassan [Dalam Mahkamah Tinggi Syariah Selangor di Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Permohonan No.: 10400-032-0661-2015, (Y.A Tuan Mohamed Fouzi Bin Mokhtar, S.M.S., HMTS) 28 Jamadilakhir 1437H bersamaan 06 April 2016] Undang-Undang Tatacara Mal - Kuasa Mahkamah Untuk Memberikan Perintah Interim - Seksyen 197 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003. Undang-Undang Tatacara Mal - Injunksi Seksyen 197 - Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003. Undang-undang Keluarga Islam Perintah Tegahan Melupuskan Harta Sepencarian - Seksyen 108 - Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003. Fakta Kes [1] Pemohon dan Responden telah bercerai pada 2 Julai 2015 di MRS Hulu Langat, Selangor melalui Saman No.: 10005-055-0552-2015. Pemohon telah memfailkan satu permohonan Injunksi Tegahan pada 18 Disember 2015. Permohonan Pemohon adalah untuk mendapatkan suatu perintah Injunksi terhadap Responden daripada menghalang Pemohon tinggal di rumah kelamin lakukan yang beralamat di No. XX, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan dan Responden hendaklah keluar dari rumah tersebut dalam tempoh tujuh (7) hari dari Perintah diputuskan. Sesalinan Notis Permohonan dan Afidavit telah diserahkan kepada Responden pada 23 Disember 2015. Seterusnya Responden telah memfailkan Afidavit Jawapan pada 22 Januari 2016 dan Pemohon memfailkan Afidavit Balasan pada 17 Februari 2016. Diputuskan

Transcript of Nazarinna Binti Muhammad lwn. Mohd Idham Bin · PDF fileSharh al-Qawaid al-Fiqhiyyah. Mustafa...

Page 1: Nazarinna Binti Muhammad lwn. Mohd Idham Bin · PDF fileSharh al-Qawaid al-Fiqhiyyah. Mustafa Ahmad al-Zarqa’ (edit.). Cetakan Kedua. Dimashq: Dar al-Qalam. Undang-Undang Yang Dirujuk

1

Nazarinna Binti Muhammad lwn. Mohd Idham Bin Hassan

[Dalam Mahkamah Tinggi Syariah Selangor di Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Permohonan

No.: 10400-032-0661-2015, (Y.A Tuan Mohamed Fouzi Bin Mokhtar, S.M.S., HMTS) 28

Jamadilakhir 1437H bersamaan 06 April 2016]

Undang-Undang Tatacara Mal - Kuasa Mahkamah Untuk Memberikan Perintah Interim -

Seksyen 197 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003.

Undang-Undang Tatacara Mal - Injunksi – Seksyen 197 - Enakmen Tatacara Mal Mahkamah

Syariah (Negeri Selangor) 2003.

Undang-undang Keluarga Islam – Perintah Tegahan Melupuskan Harta Sepencarian - Seksyen

108 - Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Fakta Kes

[1] Pemohon dan Responden telah bercerai pada 2 Julai 2015 di MRS Hulu Langat, Selangor

melalui Saman No.: 10005-055-0552-2015. Pemohon telah memfailkan satu permohonan

Injunksi Tegahan pada 18 Disember 2015. Permohonan Pemohon adalah untuk

mendapatkan suatu perintah Injunksi terhadap Responden daripada menghalang Pemohon

tinggal di rumah kelamin lakukan yang beralamat di No. XX, 43000 Kajang, Selangor

Darul Ehsan dan Responden hendaklah keluar dari rumah tersebut dalam tempoh tujuh (7)

hari dari Perintah diputuskan. Sesalinan Notis Permohonan dan Afidavit telah diserahkan

kepada Responden pada 23 Disember 2015. Seterusnya Responden telah memfailkan

Afidavit Jawapan pada 22 Januari 2016 dan Pemohon memfailkan Afidavit Balasan pada

17 Februari 2016.

Diputuskan

Page 2: Nazarinna Binti Muhammad lwn. Mohd Idham Bin · PDF fileSharh al-Qawaid al-Fiqhiyyah. Mustafa Ahmad al-Zarqa’ (edit.). Cetakan Kedua. Dimashq: Dar al-Qalam. Undang-Undang Yang Dirujuk

2

SETELAH MENELITI semua kertas kausa, keterangan dan hujahan, MAKA ADALAH

DIHAKIMKAN seperti berikut:

1. Mahkamah meluluskan Permohonan Pemohon berdasarkan Seksyen 108 Enakmen

Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

2. Mahkamah memerintahkan Pemohon dan Responden dilarang, ditegah daripada

melakukan apa-apa transaksi samada menjual, menggadai atau memindah milik hartanah

iaitu sebuah rumah yang beralamat di No. XX, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan;

3. Mahkamah memerintahkan Pemohon dan anak-anak hendaklah dibenarkan tinggal di

rumah tersebut manakala Responden hendaklah keluar dari rumah kelamin tersebut dalam

tempoh empat belas (14) hari mulai hari ini; dan

4. Mahkamah memerintahkan Perintah ini hendaklah berkuatkuasa serta merta sehingga

Saman No.: 10400-017-0660-2015 selesai diputuskan.

Peguam Syarie

1. Peguam Pemohon : En. Roshdan Sujak Bin Rafie daripada Tetuan Roshdan Rafie &

Associates.

2. Peguam Responden : En. Hisyam Bin Yusof daripada Tetuan W.A. Wan Adnan &

Associates.

Kitab Yang Dirujuk

1. Abdul Wahab Qallaf. Al-Asbah Wa An-Nadhair Fi Qawaid Wa Furu’ie As-Syafie. Juzu’ 1.

Beirut; Dar Al-Kitab Al-Ilmiah.

2. Abi Husin Ali Bin Muhammad Bin Habibi Al-Basri Al-Baghdadi Al-Mawardi, 1997, Al-

Ahkam Al-Sultaniyah, Beirut, Lubnan : Maktabah Al-Islami.

3. Abi Ishak Ibrahim Bin Ali Bin Yusuf As-Syirazi, Al- Muhazzab Fi Fiqh Al-Imam As-

Syafie, Jilid 2, Beirut, Lubnan : Dar Al-Kutub Al-Ilmiah.

Page 3: Nazarinna Binti Muhammad lwn. Mohd Idham Bin · PDF fileSharh al-Qawaid al-Fiqhiyyah. Mustafa Ahmad al-Zarqa’ (edit.). Cetakan Kedua. Dimashq: Dar al-Qalam. Undang-Undang Yang Dirujuk

3

4. Mansur Ibn Yunus Al-Bahuti, Kashaf Al-Qana’, 1997, Jilid 6, Beirut, Lubnan: Dar Al-

Kutub Al-Ilmiah.

5. Abd Latif Muda & Rosmawati Ali. 2000. Perbahasan Kaedah-Kaedah Fiqh. Kuala

Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.

6. Syeikh Zainuddin al-Malibariy di dalam Kitab “Fathul Muin”, Cetakan Maktabah wa

Matba’ah Dar al-Ma’arib, Pulau Pinang.

7. al-Zarqa’, Ahmad bin Muhammad bin Uthman (1989M/1409H). Sharh al-Qawaid al-

Fiqhiyyah. Mustafa Ahmad al-Zarqa’ (edit.). Cetakan Kedua. Dimashq: Dar al-Qalam.

Undang-Undang Yang Dirujuk

1. Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 – s. 61.

2. Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 – s.200.

3. Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 – s. 2, s. 4 dan s. 108.

4. Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 - s.73

Kes Yang Dirujuk

1. Sharifah Laila binti Syed Shamsudin lwn. Abdul Latif bin Arshad (1994) JH 9 1 16.

2. Yang Chik lwn Abdul Jamal (1986) 6 JH 146.

Penghakiman Y.A Tuan Mohamed Fouzi bin Mokhtar, S.M.S., HMTS

Sama ada Mahkamah Ini Mempunyai Bidang kuasa.

[1] Mahkamah ini secara umumnya berpuashati bahawa Mahkamah ini berbidangkuasa untuk

mendengar dan memutuskan permohonan ini berdasarkan bidangkuasa umum Mahkamah

yang telah diperuntukkan di dalam subperenggan 61 (3) (b) (iii) Enakmen Pentadbiran

Agama Islam (Negeri Selangor) 2003. Secara umumnya, bidangkuasa Mahkamah untuk

mendengar permohonan injunksi telah diperuntukkan di dalam Seksyen 108 Enakmen

Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

[2] Pemohon dan Responden telahpun bercerai namun mereka masih lagi tinggal di alamat

No. XX, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan berdasarkan Afidavit Pemohon dan

Responden. Ini bersesuaian dan selari dengan peruntukan di bawah Seksyen 4 Enakmen

Page 4: Nazarinna Binti Muhammad lwn. Mohd Idham Bin · PDF fileSharh al-Qawaid al-Fiqhiyyah. Mustafa Ahmad al-Zarqa’ (edit.). Cetakan Kedua. Dimashq: Dar al-Qalam. Undang-Undang Yang Dirujuk

4

Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003. Keadaan ini bersesuaian

sebagaimana di dalam kes Sharifah Laila binti Syed Shamsudin lwn. Abdul Latif bin

Arshad [1994] JH 9 1 16, Mahkamah Rayuan Syariah Selangor telah menyatakan bahawa

perkataan mastautin tersebut hanya mensyaratkan seseorang itu tinggal tetap dalam sesuatu

kawasan dan tidak disyaratkan menjadi rakyat negeri kawasan ia berada.

Elemen Permohonan Injunksi

[3] Pemohon telah memfailkan suatu permohonan untuk mendapatkan suatu Perintah Tegahan

terhadap Responden daripada menganggu, mengasari, menceroboh berdasarkan peruntukan

Seksyen 197 dan Seksyen 200 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri

Selangor) 2003. Di dalam permohonan seperti ini, terdapat elemen-elemen tertentu yang

perlu dimasukkan dan dijelaskan untuk dipertimbangkan oleh Mahkamah ini sebagaimana

berikut:-

4.1. Pertama, adalah perlu untuk dinyatakan samada harta tersebut diperolehi di dalam

tempoh perkahwinan atau sebaliknya iaitu dengan menyatakan tarikh nikah pasangan

ini dan juga tarikh pemerolehan harta tersebut secara spesifik yang mungkin. Ini

adalah perlu memandangkan syarat utama injunksi yang dinyatakan di dalam

Seksyen 108 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003

yang menggunakan frasa ”memerintahkan mana-mana orang menahan dirinya dari

mengganggui atau menceroboh; dengan apa-apa cara pun ke atas suami atau isteri

atau bekas suami atau bekas isterinya”.

4.2. Kedua, perlu dinyatakan samada kes induk yang menjadi sandaran kepada

permohonan injunksi ini telah difailkan terlebih dahulu sebelum permohonan

injunksi secara inter-parte ini difailkan. Ini adalah bersandarkan kepada peruntukan

subseksyen 200 (2) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor)

2003 memperuntukkan bahawa permohonan di bawah seksyen ini tidak boleh dibuat

sebelum tindakan dimulakan. Mahkamaah berpuashati bahawa Pemohon telah

memfailkan kes induk harta sepencarian di Mahkamah ini melalui Saman No.:

10400-017-0660-2015. Pemohon telah memenuhi elemen ini sebagaimana arahan

Page 5: Nazarinna Binti Muhammad lwn. Mohd Idham Bin · PDF fileSharh al-Qawaid al-Fiqhiyyah. Mustafa Ahmad al-Zarqa’ (edit.). Cetakan Kedua. Dimashq: Dar al-Qalam. Undang-Undang Yang Dirujuk

5

yang dinyatakan di dalam Surat Pekeliling Untuk Penjelasan Lanjut Arahan Amalan

No. 11 Tahun 2003, perenggan 13 memperuntukkan:-

“Kes induk yang dimaksudkan di dalam Arahan Amalan No. 11

Tahun 2003 ialah kes yang sama jenis dengan kes permohonan ex-

parte atau ada hubung kait mengenainya. Sebagai contoh, jika kes

ex-parte ialah hadhanah, maka kes induk juga kes hadhanah .....”

Samada Injunksi Ini Wajar diluluskan.

[4] Pertimbangan yang perlu diambilkira oleh Mahkamah ini sebelum memutuskan samada

injunksi ini wajar dibenarkan adalah berdasarkan pertimbangan bahawa mahkamah

berpuashati bahawa injunksi itu patut diberikan berasaskan imbangan kesesuaian dan jika

terdapat persoalan serius untuk dibicarakan sebagaimana yang ditegaskan dalam kes

Hubbard vs Vosper (1977) 2 QB 84 CA dan dalam kes American Cynamid Co vs Ethicon

Ltd (1975) 2 All ER 505. Prinsip umum di dalam menentukan samada sesuatu perintah

injunksi secara inter-parte bagi harta sepencarian wajar diluluskan ataupun tidak cukup

dengan membuktikan bahawa harta tersebut termasuk di dalam tafsiran harta sepencarian

sebagaimana di tetapkan oleh undang-undang.

[5] Mahkamah berpuashati bahawa hartanah tersebut diperolehi di dalam tempoh perkahwinan

berdasarkan pengakuan pihak-pihak yang menyatakan rumah tersebut diperolehi dalam

tempoh perkahwinan selari tafsiran harta sepencarian itu sendiri sebagaimana Seksyen 2

Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003. Dengan itu, ”status

quo” hartanah tersebut wajar dikekalkan sehingga perbicaraan harta sepencarian

diputuskan bertepatan dengan prinsip siddu az-zarai’ dan kaedah fiqh sepertimana yang

dinyatakan dalam Kitab Al-Asbah Wa An-Nadhair Fi Qawaid Wa Furu’ie As-Syafie, Juz.

1, hlm. 51 menjelaskan :

األصل بقاء ما كان على ما كان

“Bermaksud: Asal sesuatu itu kekal keadaannya sebagaimana yang

asal.

Page 6: Nazarinna Binti Muhammad lwn. Mohd Idham Bin · PDF fileSharh al-Qawaid al-Fiqhiyyah. Mustafa Ahmad al-Zarqa’ (edit.). Cetakan Kedua. Dimashq: Dar al-Qalam. Undang-Undang Yang Dirujuk

6

[6] Mahkamah juga berpendapat sebarang kemudaratan hendaklah dihilangkan iaitu

kemudaratan yang bakal berlaku kepada Pemohon dan anak-anak hendaklah dihilangkan

bersesuaian dengan pandangan Abd Karim Zaydan menyatakan dalam kitabnya Majmuah

Buhuth Fiqhiyyah, hlm. 25 bahawa ia adalah selaras dengan kata-kata imam al-Shatibiy

“Sesungguhnya syariat itu diasaskan untuk membawa kemaslahatan kepada manusia” dan

pandangan Ibn Nujaym dalam Kitab Al-Ashbah wa al-Naza’ir ala Madhhab Abi Hanifah

al-Nu’man, hlm. 92 dan al-Zarqa’ dalam Kitab Sharh al-Qawaid al-Fiqhiyyah, hlm.

179.ada menyatakan:

الضرر يزال

“Bermaksud: Kemudaratan hendaklah dihilangkan.

[7] Selain itu, Pemohon juga memohon dibenarkan untuk terus tinggal di rumah kelamin

tersebut yang beralamat di No. XX, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan dan Responden

pula hendaklah diarahkan keluar dari rumah tersebut dalam tempoh tujuh (7) hari dari

Perintah diputuskan dengan alasan berikut:

7.1. Responden masih lagi tinggal di rumah kelamin tersebut walaupun telah habis

tempoh iddah Pemohon dan tiada sebarang rujuk telah berlaku di sepanjang tempoh

iddah tersebut;

7.2. Responden telah membenarkan Pemohon untuk terus tinggal di rumah tersebut

berdasarkan Perenggan 4.3. Perintah Persetujuan yang dikeluarkan melalui Saman

No.: 10005-055-552-2015 sebagaimana berikut:-

4.3. Mahkamah merekodkan nafkah bulanan tersebut tidak termasuk nafkah tempat

tinggal di mana Defendan bersetuju membenarkan Plaintif dan anak-anak tinggal

di rumah kelamin sekarang yang mana bayaran ansuran bulanan diteruskan oleh

Defendan sebanyak RM 4068.00 sebulan.

Page 7: Nazarinna Binti Muhammad lwn. Mohd Idham Bin · PDF fileSharh al-Qawaid al-Fiqhiyyah. Mustafa Ahmad al-Zarqa’ (edit.). Cetakan Kedua. Dimashq: Dar al-Qalam. Undang-Undang Yang Dirujuk

7

[8] Dakwaan Pemohon itu diakui oleh Responden di dalam Afidavit Jawapannya namun

menyatakan bahawa persetujuannya itu hanya untuk sepanjang tempoh iddah Pemohon

sahaja manakala anak-anak dibenarkan untuk terus tinggal di rumah kelamin tersebut

walaupun tempoh iddah Pemohon telah tamat. Namun jika dilihat kepada terma perintah

4.3 di atas, jelas sekali ianya berlawanan dengan maksud yang dinyatakan oleh Responden

kerana kebenaran yang diberikan adalah dengan lafaz umum tanpa had masa yang terhad

kepada tamatnya tempoh iddah Pemohon. Justeru itu, permohonan Pemohon itu wajar

dibenarkan bagi mengelakkan kemudharatan kepada kedua-dua pihak dan mengelakkan

daripada salah faham masyarakat.

Keputusan

SETELAH MENELITI semua kertas kausa, keterangan dan hujahan, MAKA ADALAH

DIHAKIMKAN seperti berikut:

1. Mahkamah meluluskan Permohonan Pemohon berdasarkan Seksyen 108 Enakmen

Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

2. Mahkamah memerintahkan Pemohon dan Responden dilarang, ditegah daripada

melakukan apa-apa transaksi samada menjual, menggadai atau memindah milik hartanah

iaitu sebuah rumah yang beralamat di No. XX, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan;

5. Mahkamah memerintahkan Pemohon dan anak-anak hendaklah dibenarkan tinggal di

rumah tersebut manakala Responden hendaklah keluar dari rumah kelamin tersebut dalam

tempoh empat belas (14) hari mulai hari ini; dan

6. Mahkamah memerintahkan Perintah ini hendaklah berkuatkuasa serta merta sehingga

Saman No.: 10400-017-0020-2015 selesai diputuskan.