NAZIHAH BINTI NASIRUDIN - fp.utm.my · PDF filemaqasid syariah dalam bab perkahwinan dari segi...
Transcript of NAZIHAH BINTI NASIRUDIN - fp.utm.my · PDF filemaqasid syariah dalam bab perkahwinan dari segi...
MAQASID SYARIAH DALAM BAB PERKAHWINAN DARI SEGI TANGGUNGJAWAB
NAZIHAH BINTI NASIRUDIN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
i
MAQASID SYARIAH DALAM BAB PERKAHWINAN DARI SEGI TANGGUNGJAWAB
NAZIHAH BINTI NASIRUDIN
Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana MudaSains serta Pendidikan (Pengajian Islam)
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
MEI 2011
ii
iii
DEDIKASI
Istimewa buat abah dan mama yang disayangi,
terima kasih diatas dorongan, nasihat dan bantuan
kalian berdua dari pelbagai segi terutama dari segi kewangan dan tenaga.
Khas buat adik-adik tersayang,
Terima kasih kerana banyak memberi sokongan dan dorongan
untuk menyiapkan kajian ini.
Semoga kalian juga akan mengikuti jejak langkahku dalam
mengejar cita-cita di puncak menara gading.
Buat penyelia, Prof. Selamat bin Hashim,
terima kasih yang tidak terhingga diatas bimbingan dan tunjuk ajar
yang diberikan. Sesungguhnya ia amat amat bernilai dan bermakna
pada diri ini.
Tidak lupa juga kepada rakan-rakan rapat dan rakan seperjuangan
yang banyak memberi pendapat, sokongan moral dan bantuan,
ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat kalian semua.
iv
PENGHARGAAN
Alhamdulillahirabbil’alamin, setinggi pujian dipanjatkan kehadrat Allah
S.W.T, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, para
sahabat, pengikut sahabat dan para salihin sehinggalah ke hari qiamat. Dengan
limpahan rahmat dan kurniaan inayahnya, akhirnya dapatlah saya menyiapkan laporan
penyelidikan yang telah diamanahkan kepada saya dengan jayanya meskipun terpaksa
melalui kesulitan dan kepayahan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga
kepada Prof. Selamat bin Hashim selaku penyelia saya, yang telah banyak memberi
dorongan bimbingan dan tunjuk ajar serta komen yang membina kepada saya
sepanjang tempoh saya menyiapkan laporan kajian ini.
Buat kepada abah dan mama serta keluarga, segala pengorbanan dan kasih
sayang yang kalian curahkan terhadap keinginan serta kemahuanku, kudoakan
semoga menjadi seribu kemenangan dan kejayaan buatmu di dunia dan di akhirat
sana. Semoga segala apa yang kita lakukan akan mendapat rahmat dan keredhaan dari
Allah S.W.T dan semoga hasil penulisan ini akan memberi manfaat yang besar di
dalam bidang penyelidikan dan pendidikan.
Akhir sekali, terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan dan semua pihak
yang terlibat secara langsung atau tidak langsung yang banyak membantu dan
memberi sokongan kepada saya untuk menyiapkan laporan kajian ini.
Wassalam…….
v
ABSTRAK
Islam membawa peraturan kepada umat manusia bertujuan untuk menjaga
kemaslahatan hidup mereka. Tujuan ini dikenali sebagai “Maqasid al-Syariah”.
Terdapat lima matlamat utama dalam perundangan Islam bagi menjaga kepentingan
syarak iaitu memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Dalam konteks
kekeluargaan, Islam memandang manusia dengan penuh kemuliaan dan kehormatan.
Oleh itu, zuriat dan keturunan mereka mestilah terpelihara nasabnya dengan cara
bermaruah. Kesan daripada perkara ini lahirlah syariat perkahwinan dan hukum
kekeluargaan. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui tentang maqasid syariah dalam
bab perkahwinan dari segi tanggungjawab dalam institusi kekeluargaan. Responden
dalam kajian ini melibatkan enam orang yang terdiri daripada pelbagai status iaitu
suami, isteri, anak dan kaunselor. Kaedah kualitatif yang digunakan bagi
memperolehi data dan maklumat dalam kajian ini adalah melalui kaedah kepustakaan
dan temubual. Dapatan kajian menunjukkan terdapat responden yang masih kurang
memahami apakah yang dikatakan dengan pelaksanaan tanggungjawab dalam
perkahwinan berlandaskan syariat Islam. Kesemua responden bersetuju dengan
kepentingan tanggungjawab dan kesan apabila mengabaikannya boleh mempengaruhi
kehidupan seharian mereka. Akhir sekali pengkaji menyatakan beberapa cadangan
untuk menambahbaikkan pembinaan sebuah keluarga berdasarkan kepentingan
maqasid syariah.
vi
ABSTRACT
Islam brought to humanity the rules in order to maintain the good of their
lives. The purpose of this is known as "Maqasid al-Shariah". There are five main
goals of Islamic law to protect the interests of preserving Islamic religion, life, mind,
decent and property. In the context of family, Islam views man with glory and honor.
Thus, their descendants must be preserved dignified manner. The effect of this was
existed the marriage and family law. This study aimed to find out about the objectives
of Islamic law in the chapter of the marriage in term of responsibilities. Respondents
in this study involved six peoples from different status of the husband, wife, children,
students and counselors. Qualitative methods used to get data and information in this
study through literature and interviews. The results showed that respondents who are
less familiar with what was said by the responsibilities of marriage based on Islamic
law. All respondents agreed with the importance of responsibility and can ignore the
impact on their personal lives. The study states several recommendations to improve
the construction of a family based on the objectives of Islamic law.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL i
PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI SINGKATAN viii
SENARAI LAMPIARAN xiv
BAB 1 PENGENALAN 1
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Kajian 4
1.3 Pernyataan Masalah Kajian 5
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 8
1.7 Skop Kajian 9
viii
1.8 Definisi Istilah 10
1.9 Penutup 10
BAB 2 SOROTAN KAJIAN 12
2.1 Pendahuluan 12
2.2 Maqasid Syariah 12
2.2.1 Definisi Maqasid Syariah 12
2.2.2 Matlamat Maqasid Syariah 14
2.2.3 Memelihara Kemaslahatan (Kebaikan)
Dan Menolak Mudarat (Keburukan) 15
2.2.4 Maslahah Mursalah 18
2.3 Konsep Perkahwinan Menurut Islam 20
2.3.1 Definisi Perkahwinan 20
2.3.2 Definisi Perkahwinan Menurut Islam 21
2.3.3 Dalil Pensyari’atan Perkahwinan 23
2.3.3.1 Menurut al-Quran 23
2.3.3.2 Menurut Hadis 24
2.3.4 Hukum Perkahwinan 25
2.3.5 Tujuan Perkahwinan 25
2.3.6 Hikmah Perkahwinan 28
2.4 Tanggungjawab Suami Dan Isteri Dalam
Sebuah Rumahtangga 30
ix
2.4.1 Tanggungjawab Suami 30
2.4.2 Tanggungjawab Isteri 33
2.4.3 Tanggungjawab Bersama Suami Dan Isteri 35
2.4.4 Tanggungjawab Ibu Bapa 37
2.4.5 Tanggungjawab Anak 38
2.5 Tanggungjawab Dan Maqasid Syariah 41
2.5.1 Matlamat Perundangan Islam
(Maqasid Syariah) Terhadap Pelaksanaan
Tanggungjawab Dalam Perkahwinan 41
2.5.2 Kesan Mengabaikan Tanggungjawab
Dalam Perkahwinan 41
2.6 Kajian Lepas 42
2.7 Penutup 43
BAB 3 METADOLOGI KAJIAN 44
3.1 Pendahuluan 44
3.2 Rekabentuk Kajian 45
3.3 Metod Pengumpulan Data 45
3.3.1 Metod Dokumentasi 46
3.3.2 Metod Deskriptif 46
3.3.3 Metod Penyelidikan Perpustakaan 46
3.3.4 Metod Temubual Semi Struktur 47
3.4 Tempat Kajian 48
x
3.5 Instrumen Kajian 49
3.6 Kaedah Kajian 49
3.7 Analisis Data 49
3.8 Penutup 50
BAB 4 ANALISIS DATA 51
4.1 Pendahuluan 51
4.2 Matlamat Perundangan Islam (Maqasid Syariah)
Terhadap Perkahwinan Dan Tanggungjawab Yang Perlu
Dilaksanakan 52
4.2.1 Matlamat Perundangan Islam (Maqasid Syariah) 52
4.2.2 Perkahwinan Menurut Islam 53
4.2.2.1 Konsep Asas Perkahwinan 53
4.2.2.2 Tujuan Disyariatkan Perkahwinan 55
4.2.3 Tanggungjawab Dalam Perkahwinan 59
4.3 Kepentingan Melaksanakan Tanggungjawab
Terhadap Perkahwinan Yang Dibina Dalam Membentuk
Sesebuah Keluarga Yang Berlandaskan Syariat Islam 61
4.3.1 Kepentingan Melaksanakan Tanggungjawab
Dalam Perkahwinan 61
4.3.2 Pelaksanaan Tanggungjawab Dan Perkaitan
xi
Maqasid Syariah Dalam Membentuk Sebuah
Keluarga Yang Berlandaskan Syariat Islam 64
4.4 Kesan Yang Akan Ditanggung Oleh Ahli Keluarga
Sekiranya Seseorang Itu Tidak Melaksanakan
Tanggungjawab Dalam Perkahwinan Dengan
Sebaik-Baiknya Seperti Yang Telah Ditetapkan
Oleh Syarak 66
4.4.1 Kesan Pengabaian Tanggungjawab Dalam
Perkahwinan 66
4.4.2 Pengabaian Tanggungjawab Dalam Konteks
Maqasid Syariah 68
4.5 Penutup 70
BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN 71
5.1 Pengenalan 71
5.2 Kesimpulan 71
5.2.1 Mengetahui Matlamat Perundangan Islam
(Maqasid Syariah) Terhadap Perkahwinan
Dan Tanggungjawab Yang Perlu Dilaksanakan 72
5.2.2 Menyatakan Kepentingan Melaksanakan
Tanggungjawab Terhadap Perkahwinan Yang
Dibina Dalam Membentuk Sesebuah Keluarga
xii
Yang Berlandaskan Syariat Islam 73
5.2.3 Menyatakan Kesan Yang Akan Ditanggung
Oleh Ahli Keluarga Sekiranya Seseorang Itu
Tidak Melaksanakan Tanggungjawab Dalam
Perkahwinan Dengan Sebaik-Baiknya Seperti
Yang Telah Ditetapkan Oleh Syarak 74
5.3 Cadangan 74
5.3.1 Ibu Bapa 75
5.3.2 Majlis Agama Negeri 75
5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 76
5.5 Penutup 77
SENARAI RUJUKAN 78
SENARAI LAMPIRAN 83
xiii
SENARAI SINGKATAN
PSI : Perpustakaana Sultan Ismail
PSZ : Perpustakaana Sultanah Zanariah
SAW : Sallallahu ‘alaihi wasallam
SPI : Sarjana Muda Pengajian Islam
S.W.T : Subhanahu wa ta'ala
UKM : Universiti Kebangsaan Malaysia
UTM : Universiti Teknologi Malaysia
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA
SURAT
A SURAT MEMOHON KEBENRAN
MENDAPATKAN MAKLUMAT 83
B SURAT TUGASAN PELAJAR 84
C SOALAN DAN JAWAPAN TEMUBUAL KAJIAN
KEPADA RESPONDEN 85
D KERATAN AKHBAR BERITA HARIAN 93
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Islam membawa peraturan kepada umat manusia bertujuan untuk menjaga
kemaslahatan hidup mereka. Tujuan ini dikenali sebagai “Maqasid al-Syariah”.
Terdapat lima matlamat utama dalam perundangan Islam bagi menjaga kepentingan
syarak iaitu memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta.
Dalam konteks kekeluargaan, Islam memandang manusia dengan penuh
kemuliaan dan kehormatan. Oleh itu, zuriat dan keturunan mereka mestilah
terpelihara nasabnya dengan cara bermaruah. Kesan daripada perkara ini lahirlah
syariat perkahwinan dan hukum kekeluargaan. Islam sangat melarang umatnya
melakukan perbuatan zina demi memelihara zuriat manusia dari tercemar dan maruah
mereka tergadai.
Perkahwinan merupakan tuntutan fitrah ke atas diri manusia yang hidup di
muka bumi sebagai hamba Allah S.W.T dan Islam mengiktiraf keinginan dan
kerperluan tersebut. Firman Allah S.W.T:
2
Maksudnya: “Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan
rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri
dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya,
dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas
kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang
menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.” (Surah ar-Ruum, 30: 21)
Manakala firman Allah S.W.T:
Maksudnya: “Wahai sekalian manusia! bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah
menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan
daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan
dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai dan
bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut
namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana
sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.”
(Surah an-Nisaa’, 4: 1)
Perkahwinan dalam Islam juga merupakan suatu sunnah Rasulullah SAW
yang berbentuk qauliyyah dan fi’liyyah. Rasulullah SAW sangat menganjurkan
umatnya mendirikan perkahwinan berdasarkan hadis baginda SAW:
3
رشعا مول اهللا (صلى اهللا عليه وسلم) قال : " يسأن ر ودعسن ماب نع
أحصن والشباب من استطاع منكم الباءة فليتزوج فإنه اغض للبصر
للفرج، ومن لم يستطع فعليه بالصوم فإنه له وجاء."
Maksudnya: “Wahai para pemuda! Sesiapa yang mempunyai kemampuan di
kalangan kamu, maka hendaklah dia berkahwin. Ini lebih menundukkan pandangan
dan memelihara kemaluan. Sesiapa yang tidak berkemampuan maka mestilah dia
berpuasa kerana puasa itu adalah benteng baginya.” (hadis diriwayatkan oleh Imam
Bukhari dan Imam Muslim daripada Abdullah Ibn Mas’ud).
Islam sebagai suatu peraturan hidup yang lengkap dan sempurna dalam
pembentukan masyarakat yang sejahtera, telah menetapkan peraturan-peraturan
perkahwinan dan perjalanan keluarga dengan sempurna. Pembentukan ini bukan
sahaja berbentuk undang-undang tetapi menerusi pembentukan rasa tanggungjawab
dan menghormati nilai-nilai akhlak yang dibina berdasarkan kesedaran beragama
yang diterapkan melalui pendidikan. Rasa tanggungjawab dan menghormati nilai-nilai
akhlak itu hanya akan berkembang subur di kalangan orang-orang yang mempunyai
kesedaran keagamaan.
Perundangan Islam yang dibina berdasarkan sumber yang jelas iaitu al-Quran
dan as-Sunnah sebagai panduan dan suluhan tentang syariat Islam telah menyentuh
soal kekeluargaan bermula dari penubuhan rumahtangga, penceraian, pengisian dalam
sebuah keluarga yang berbentuk tanggungjawab sebagai suami, isteri, ibubapa dan
anak sama ada dalam bentul material (kebendaan) atau spiritual (dalaman)
sehinggalah kepada soal pendidikan yang sempurna yang boleh menyelamatkan zuriat
keturunan di dunia dan di akhirat.
4
1.2 Latar Belakang Kajian
Kajian ini adalah mengenai maqasid syariah dalam bab perkahwinan dari segi
tanggungjawab dalam institusi kekeluargaan. “Maqasid Syariah” adalah bermaksud
tujuan atau objektif suatu syariah atau hukum ditetapkan. Maqasid utama syariat
Islam ialah untuk memberi kemaslahatan kepada manusia sama ada menarik
maslahah (manfaat) tersebut atau menolak mudarat (keburukan) daripada manusia.
Oleh itu didapati semua hukum syarak bernaung di bawah konsep jaminan maslahah
kepada manusia bukan sahaja di dunia malah di akhirat.
Menurut Ahmad al-Raisuni dalam kitabnya “Nazariyyat al-Maqasid I'nda al-
Imam al-Syatibi” maqasid merupakan matlamat yang ingin dicapai dalam melakukan
sesuatu. Antara istilah popular yang digunakan ialah maqasid syariah, maqasid al-
Syari' (Allah) dan maqasid syara’ atau di dalam bahasa Arabnya maqasid al-syariah,
maqasid al-Syari' dan al-maqasid al- syar'iyyah.
Manakala menurut al-Syatibi, maqasid syariah mempunyai lima prinsip asas
Islam iaitu menjaga agama, jiwa, akal, keturunan dan harta. Kesemuanya prinsip ini
termasuk dalam perkara keperluan asas (daruriyyat). Malah pada pandangan al-
Syatibi, menururtnya segala apa yang disyariatkan tidak terlepas daripada maqasid ini
yang dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu kepentingan asas (daruriyyat), keperluan
biasa (hajiyyat) dan pelengkap (tahsiniyyat) (http://maqasid-syariah.blogspot.com
/2008_01_01_archive.htm
Perkahwinan merupakan hukum yang termasuk dalam perkara yang keempat
keperluan asas daruriyyat iaitu menjaga maruah dan keturunan. Dalam konteks
perkahwinan, syariat yang ditetapkan adalah untuk melindungi manusia dari fitnah,
menjauhkan manusia dari permasalahan keturunan seperti masalah tidak mengetahui
siapa bapa kerana perlakuan zina. Selain itu, dalam perkahwinan pula harus ada wali
dan saksi yang keduanya menjadi peneguh dan pembela jika kesalahfahaman berlaku.
). Kesimpulannya, maqasid syariah ialah matlamat-matlamat
yang ingin dicapai oleh syariat demi kepentingan umat manusia.
5
Persetujuan wali juga menjadi simbol peralihan tanggungjawab seorang bapa
kepada seorang suami. Kemudian disunatkan pula membuat walimah walau hanya
dengan beberapa butir kurma dengan tujuan memberi tahu kepada masyarakat
keadaan mereka berdua yang telah menjadi suami isteri.
Memahami maqasid syariah akan banyak membantu kita menyelesaikan
permasalahan-permasalahan yang rumit. Ia juga membantu kita mencapai hikmah-
hikmah yang terkandung di dalamnya. Seseorang yang memahami maqasid syariah
akan melahirkan sebuah perkahwinan yang unik jika dengan perkahwinan tersebut
dapat memelihara aqidah atau jiwa atau maqasid-maqasid syariah yang lain. Ini
kerana menjaga aqidah adalah lebih penting dari perkahwinan yang sempurna.
1.3 Pernyataan Masalah Kajian
Kepincangan dan kebimbangan yang banyak berlaku dalam keluarga Islam
pada hari ini adalah disebabkan pembentukannya tidak memenuhi kehendak-
kehendak Islam. Kekurangan asas-asas keagamaan dalam diri setiap individu juga
menyebabkan pasangan suami dan isteri jahil tentang hukum-hukum yang berkaitan
dengan diri mereka dan tanggungjawab mereka kepada anak-anak.
Kesan daripada masalah inilah yang membawa pelbagai masalah kepada
masyarakat hari ini seperti keruntuhan akhlak dan moral anak-anak remaja yang
semakin sukar untuk dibendung. Ini dapat dilihat apabila setiap hari ada sahaja kes
pembuangan bayi yang dilaporkan, masalah yang berkaitan dengan jenayah zina di
kalangan remaja dan masalah sosial lain. Hal ini berlaku kerana terdapat segelintir ibu
bapa yang tidak melaksanakan tanggungjawab mereka mengikut syariat Islam.
Golongan ini terlalu bebas mengikut arus kehidupan hari ini. Mereka memanjakan
6
anak-anak tanpa batasan dan tidak mengikut kehendak yang Islam anjurkan dalam
membentuk dan membimbing akhlak anak-anak.
Manakala masalah yang wujud antara pasangan suami isteri yang tidak
melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dalam perkahwinan juga boleh
membawa kepada keruntuhan rumahtangga yang dibina sekiranya mereka tidak
memahami tugas dan peranan mereka.
Situasi permasalahan yang berlaku pada hari ini telah mendorong pengkaji
untuk membuat kajian berkaitan dengan “Maqasid Syariah dalam Bab Perkahwinan
Dari Segi Tanggungjawab”. Ini bertujuan untuk mengetahui matlamat perundangan
Islam terhadap perkahwinan dari segi pelaksanaan tanggungjawab supaya dapat
memelihara kebaikan rumahtangga dan melahirkan sebuah keluarga yang mengikut
kehendak syariat Islam.
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan berdasarkan objektif-objektif berikut:
1.4.1 Mengetahui matlamat perundangan Islam (maqasid syariah) terhadap
perkahwinan dan pelaksanaan tanggungjawab dalam perkahwinan.
1.4.2 Menyatakan kepentingan melaksanakan tanggungjawab terhadap perkahwinan
yang dibina dalam membentuk sesebuah keluarga yang berlandaskan syariat
Islam.
7
1.4.3 Menyatakan kesan yang akan ditanggung oleh ahli keluarga sekiranya
seseorang itu tidak melaksanakan tanggungjawab dalam perkahwinan dengan
sebaik-baiknya seperti yang telah ditetapkan oleh syarak.
1.5 Persoalan Kajian
Kajian ini akan cuba menjawab persoalan-persoalan berikut:
1.5.1 Apakah matlamat perundangan Islam (maqasid syariah) terhadap perkahwinan
dan pelaksanaan tanggungjawab dalam perkahwinan?
1.5.2 Apakah kepentingan melaksanakan tanggungjawab terhadap perkahwinan
yang dibina dalam membentuk sesebuah keluarga yang berlandaskan syariat
Islam?
1.5.3 Apakah kesan yang akan ditanggung oleh ahli keluarga sekiranya seseorang
itu tidak melaksanakan tanggungjawab dalam perkahwinan dengan sebaik-
baiknya seperti yang telah ditetapkan oleh syarak?
8
1.6 Kepentingan Kajian
Kajian ini difikirkan perlu dijalankan kerana pengkaji mendapati banyak
masalah yang melanda masyarakat hari ini seperti keruntuhan akhlak dan moral
remaja serta penceraian suami isteri ada hubungan dengan perlaksanaan
tanggungjawab dalam perkahwinan. Justeru, pengkaji merasakan perlu untuk
membuat kajian ini bagi mengetahui tujuan disyariatkan perkahwinan dan
kepentingan tanggungjawab terhadap perkahwinan seperti yang telah ditetapkan oleh
syariat Islam.
Dengan kajian ini juga adalah diharapkan:
(i) Dapat memberikan pendedahan kepada masyarakat tentang tujuan
sebenar perkahwinan dalam Islam dan kepentingan melaksanakan
tanggungjawab.
(ii) Dapat menjadi sumber rujukan dan panduan kepada masyarakat luar
terutama mereka yang ingin membina keluarga yang berlandaskan
syariat Islam.
(iii) Dapat menjadi sebagai salah satu bahan rujukan kepada pengkaji lain
dan pelajar.
9
1.7 Skop Kajian
Kajian ini dijalankan keatas enam orang responden yang terdiri daripada
pelbagai latarbelakang seperti suami, isteri, anak dan kaunselor dari Jabatan Agama
Daerah Johor Bahru. Pengkaji memilih responden tersebut kerana golongan telah
berkahwin dan mempunyai tanggungjawab yang mesti dilaksanakan bagi mencapai
tujuan sebenar perkahwinan. Selain memilih pasangan yang telah mendirikan
rumahtangga dan mempunyai anak sebagai responden, pengkaji juga memilih
golongan yang belum berkahwin sebagai responden. Ini kerana mereka juga tergolong
sebagai individu yang terlibat dalam pelaksaanan tanggungjawab terhadap keluarga
mereka. Kajian ini dilakukan di sekitar Johor Bahru kerana berdekat dengan rumah
dan tempat pengajian pengkaji .
Data dikumpul melalui kaedah temubual. Selain itu, pengkaji juga membuat
kajian perpustakaan bagi mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan kajian yang
dilaksanakan. Kajian ini mengupas tentang matlamat perundangan Islam (Maqasid
Syariah) dalam bab perkahwinan, pelaksanaan tanggungjawab, kepentingan
pelaksanaan tanggungjawab dan kesan pengabaian tanggungjawab dari sudut maqasid
syariah.
10
1.8 Definisi Istilah
1.8.1 Maqasid
Maqasid bererti tujuan. Menurut Kamus Dewan, tujuan bermaksud arah, hala,
haluan, yang dituju, matlamat, maksud atau tuntutan (Kamus Dewan,
2007:1724).
1.8.2 Syariah
Perkataan “syariah” berasal daripada perkataan bahasa Arab iaitu syar’ yang
bermaksud undang-undang. Bagi perkataan “syariah” pula bermaksud sesuatu
atau apa yang disyariatkan oleh Allah S.W.T sama ada pegangan atau hukum,
metod syariat dan undang-undang (Kamus Kontekstual Lengkap Al-Khalil,
2006:318). Manakala merujuk kepada Kamus Dewan pula, “syariah” adalah
bermaksud hukum Islam (Kamus Dewan, 2007:1559).
1.8.3 Perkahwinan
Merujuk Kamus Dewan, perkataan perkahwinan adalah bermaksud perihal
pernikahan atau penggabungan di antara dua unsur yang berlainan (Kamus
Dewan, 2007:655).
1.8.4 Tanggungjawab
Maksud tanggungjawab menurut Kamus Dewan adalah kewajiban yang
dipikul oleh seseorang (Kamus Dewan, 2007:1601).
11
1.9 Penutup
Setiap peraturan dan hukum yang disyariatkan oleh Islam mempunyai tujuan
dan matlamat iaitu menjaga kebaikan dan menolak keburukan. Ini termasuklah dalam
bab perkahwinan. Mempelajari konsep kekeluargaan yang sebenar adalah fardu ‘ain
bagi setiap umat Islam yang berada di gerbang perkahwinan kerana Islam telah
mengubah persepsi tentang kehidupan rumahtangga daripada adat dan kerutinan
kepada ibadat dan pengabdian serta nafsu dan mainan kepada amanah dan
tanggungjawab kepada manusia.