Negar Aku

1
Negaraku, lagu kebangsaan lagu kebanggaan negara. Lagu yang kebiasaannya menjadi permulaan sesebuah majlis rasmi. Setiap kali lagu ini dimainkan, yang berada disekitar terutamanya rakyat Malaysia akan bersemangat menyanyikannya. Lagu kebangsaan ini sememangnya sebuah lagu yang penuh dengan kata-kata yang boleh melahirkan perasaan patriotisme dalam setiap naluri yang mendengar dan juga yang menyanyi. Lihat sahaja ketika perlawanan bolasepak misalnya ketika perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2010 ketika lagu Negaraku dimainkan, kesemua hadirin dengan penuh semangat menyanyikan lagu ini. Di sekolah pula, ia adalah lagu wajib setiap kali permulaan perhimpunan hari Isnin dan juga majlis-majlis rasmi sekolah. Namun di peringkat institusi pengajian tinggi, tradisi ini tidak diteruskan kerana mungkin atas faktor tiada perhimpunan mingguan seperti di sekolah. Tapi wajar jika kerajaan boleh mewajibkan nyanyian lagu Negaraku setiap kali sebelum bermulanya kuliyyah (lecture) pada hari Isnin kerana kebiasaannya sesebuah kuliyyah akan disertai ramai pelajar. Bagi memastikan semangat patriotisme dapat lahir setiap kali menyanyikan lagu Negaraku, seseorang itu seharusnya memahami senikata yakni lirik lagu tersebut agar mampu bernyanyi dengan lebih semangat. Para guru misalnya wajar memastikan anak-anak muridnya bersemangat setiap kali menyanyi lagu Negaraku. Selain lagu Negaraku, lagu-lagu patriotik yang lain seperti lagu Jalur Gemilang, Keranamu Malaysia dan Malaysiaku Gemilang adalah baik jika kerajaan melalui Kementerian Komunikasi dan Multimedia dapat mewajibkan setiap pusat membeli-belah mendendangkan lagu ini sepanjang bulan kemerdekaan. Ini kerana, pelbagai lagu perayaan sering didendangkan apabila menjelang musim perayaan tetapi ia tidak sehebat ketika menjelang tanggal 31 Ogos.

description

m,m,

Transcript of Negar Aku

Page 1: Negar Aku

Negaraku, lagu kebangsaan lagu kebanggaan negara. Lagu yang kebiasaannya menjadi permulaan sesebuah majlis rasmi. Setiap kali lagu ini dimainkan, yang berada disekitar terutamanya rakyat Malaysia akan bersemangat menyanyikannya.

            Lagu kebangsaan ini sememangnya sebuah lagu yang penuh dengan kata-kata yang boleh melahirkan perasaan patriotisme dalam setiap naluri yang mendengar dan juga yang menyanyi. Lihat sahaja ketika perlawanan bolasepak misalnya ketika perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2010 ketika lagu Negaraku dimainkan, kesemua hadirin dengan penuh semangat menyanyikan lagu ini.

            Di sekolah pula, ia adalah lagu wajib setiap kali permulaan perhimpunan hari Isnin dan juga majlis-majlis rasmi sekolah. Namun di peringkat institusi pengajian tinggi, tradisi ini tidak diteruskan kerana mungkin atas faktor tiada perhimpunan mingguan seperti di sekolah. Tapi wajar jika kerajaan boleh mewajibkan nyanyian lagu Negaraku setiap kali sebelum bermulanya kuliyyah (lecture) pada hari Isnin kerana kebiasaannya sesebuah kuliyyah akan disertai ramai pelajar.

            Bagi memastikan semangat patriotisme dapat lahir setiap kali menyanyikan lagu Negaraku, seseorang itu seharusnya memahami senikata yakni lirik lagu tersebut agar mampu bernyanyi dengan lebih semangat. Para guru misalnya wajar memastikan anak-anak muridnya bersemangat setiap kali menyanyi lagu Negaraku.

            Selain lagu Negaraku, lagu-lagu patriotik yang lain seperti lagu Jalur Gemilang, Keranamu Malaysia dan Malaysiaku Gemilang adalah baik jika kerajaan melalui Kementerian Komunikasi dan Multimedia dapat mewajibkan setiap pusat membeli-belah mendendangkan lagu ini sepanjang bulan kemerdekaan. Ini kerana, pelbagai lagu perayaan sering didendangkan apabila menjelang musim perayaan tetapi ia tidak sehebat ketika menjelang tanggal 31 Ogos.