Negara Bebas Pendatang Asing
-
Upload
zarfarie-aron -
Category
Documents
-
view
1.177 -
download
0
Transcript of Negara Bebas Pendatang Asing
1
Nama : Zarfarie Binti Aron
No. matrik : 195645
Jurusan : Ijazah Sarjana Muda Perakaunan
Negara Bebas Pendatang Asing
Di setiap kad pengenalan yang berwarna biru di Malaysia merupakan warganegara Malaysia,
tetapi adakah anda semua tahu apakah yang dimaksudkan dengan warganegara itu dengan lebih
jelas? Merujuk Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat warganegara merupakan
penduduk sesebuah negara yang terdiri daripada penduduk asli tempatan dan juga orang asing
yang diterima menjadi rakyat mengikut undang-undang. Setelah anda dikelaskan sebagai
warganegara di sesebuah negara, sudah tentu anda idamkan negara anda menjadi sebuah negara
yang terbaik dimata dunia. Begitu juga dengan saya dimana saya idamkan sebuah “Negara yang
Bebas Pendatang Asing”. (Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005).
Apakah itu pendatang asing? Sudah pasti semua rakyat Malaysia sudah jelas serta sedia
maklum akan perkataan ini, di dalam Kamus Pelajar Bahasa Melayu Edisi Kedua telah
menjelaskan maksud pendatang asing adalah orang yang memasuki sesebuah negara tanpa
kebenaran daripada pihak kerajaan (Kamus Pelajar Bahasa Melayu, 2008). Era kini negara kita
digemparkan dengan masalah lambakan pendatang asing di dalam negara. Jumlah pendatang
asing di dalam negara kita kini semakin hari semakin ramai jumlahnya, umpama
cendawan tumbuh selepas hujan. Menurut laporan berita MStar online, lebih 1.92 juta pekerja
asing yang sah berada di negara ini sehingga 31 Disember tahun lepas. Timbalan Menteri Dalam
2
Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata, “Jumlah yang direkod itu adalah berdasarkan
statistik Jabatan Imigresen Malaysia. Beliau berkata, daripada 1,918,146 pekerja asing itu,
Indonesia mencatat bilangan paling tinggi iaitu 991,940 orang, diikuti Bangladesh (319,020),
Nepal (182,668), Myanmar (139,731) dan India (122,382). (www.mstar.com.my, 5.6.2010,
3.34pm).
Setelah dikaji melalui beberapa isu yang sedang berleluasa dalam negara kita kini,
dapatlah kita lihat dengan lebih jelas bahawa pendatang asing merupakan pembawa pelbagai
masalah dan merupakan salah satu faktor peningkatan maslah sosial dalam negara kita. Justeru
itu, marilah kita sebagai warganegara Malaysia berganding bahu bagi mengatasi kesulitan yang
dihadapi oleh negara kita. Isu ini juga timbul di Dewan Rakyat yang diusul oleh Y.B. Dr. Tan
Seng Giaw meminta Menteri Sumber Manusia menyenaraikan segala dasar dan langkah-langkah
untuk menangani isu pendatang asing anpa izin (Dewan Rakyat, 2009).
Lambakan kedatangan pendatang asing dalam negara kita menyebabkan peluang
pekerjaan di dalam negara kita bagi penduduk tempatan amat terhad. Ini amat memeritkan
kehidupan bagi sesetengah pihak yang berpendapatan rendah. Merujuk hasil kajian yang
dilakukan oleh penganalisis sosial, Kamal Affendi Hashim berkata, jumlah pekerja asing yang
ramai menunjukkan kebergantungan negara terhadap mereka kerana rakyat tempatan tidak
berminat untuk mengisi kekosongan bagi pekerjaan tersebut (Surat khabar Utusan, 18 Februari
2010). Adakah rakyat Malaysia terlalu memilih pekerjaan? Bagi pendapat saya, rakyat tidaklah
terlalu memilih pekerjaan, namun tawaran upah yang diterima oleh sesetengah pekerjaan tidak
setimpal dengan pekerjaan yang mereka lakukan. Pendapat saya, majikan-majikan dalam negara
3
kita perlu perikemanusiaan dan pertimbangkan sewajarnya dalam menawarkan upah kepada
tenaga buruh masing-masing mengikut keadaan ekonomi semasa.
Sejak 2008 sehingga kini, kita sedia maklum Negara kita telah berlakunya inflasi yang
amat teruk sehingga pelbagai kilang swasta mengalami kerugian dan seterusnya terpaksa
mengambil keputusan yang pintas dengan membuang staf yang ramai bagi mengurangkan kos
pengilangan. Gara-gara inflasi ini, rakyat terpaksa mencari dan menerima pekerjaaan yang
seadanya dalam pasaran mahupun upah yang diterima itu rendah bagi menampung kos
kehidupan mereka dan keluarga. Rentetan perkara itu, kita dapati pendapatan perkapita Negara
menurun dengan mendadak walhal sesetengah pendatang asing berada dalam kewangan yang
stabil. Adakah ini adil bagi rakyat Malaysia, ketika kami warganegara mengalami krisis
kewangan, mereka berada di tahap kewangan yang selamat.
(http://mazlan66.wordpress.com/2008/02/28/kesan-kesan-kemasukan-pendatang-asing-tanpa-
izin-kepada-negara-ini/ 18 Februari 2010, 4.32petang)
Kehadiran pendatang asing ini juga akan mengakibatkan keselamatan sosial kita juga
terancam. Keselamatan yang dimaksudkan di sini adalah keselamatan negara dan juga rakyat
jelata. Isu baru-baru ini yang hebah diperkatakan di dada depan akhbar Utusan Malaysia pada 18
Februari 2010, mengenai 9 warga asing ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)
kerana terlibat dengan kegiatan keganasan akan diekstradisi ke negara asal secepat mungkin
merupakan pengganas di negara asal. Jelaslah di sini, tanpa diduga betapa bahayanya pendatang
asing yang memasuki negara kita. Beberapa langkah yang bijak perlu diambil oleh pihak
berkuatkuasa mahupun kerajaan bagi mengatasi masalah ini secepat mungkin kerana dibimbangi
4
negara kita akan berlakunya keganasan rentetan perluasan kemasukan pengganas tanpa disedari
oleh Malaysia. Seharusnya Malaysia lebih prihatin dan berjaga-jaga agar isu-isu seperti ini tidak
berulang lagi. (Utusan Malaysia, 18 Februari 2010)
Langkah utama yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan bagi mengurangi kebergantungan
terhadap pekerja asing adalah melahirkan modal insan kelas pertama. Dalam Rancangan
Malaysia Kesembilan (RMK-9), tumpuan yang lebih besar diberi kepada usaha membangunkan
modal insan yang holistik, lengkap dengan pengeahuan dan kemahiran serta mempunyai nilai
moral dan etika yang utuh. Modal insan adalah aset penting dan penentu kepada ‘survival’
sesebuah negara. Pembangunan modal insan adalah penentu bagi meningkatkan daya saing dan
produktiviti negara. Seterusnya, negara Malaysia mampu berdiri sendiri dalam mencapai
matlamat negara iaitu Wawasan 2020 tanpa bergantung tenaga buruh pendatang asing (Soijah
Binti Likin, Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, USM. Pulau Pinang)
Merujuk akhbar Utusan Malaysia pada 18 November 2009, kerajaan bercadang
mewujudkan satu jabatan khusus bagi menangani isu pekerja asing termasuk memantau
kedudukan mereka semasa bekerja di negara ini selepas tamat tempoh visa. Timbalan Perdana
Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, jabatan berkenaan juga berfungsi untuk mengatasi
lambakan pekerja asing di negara ini yang didapati menimbulkan banyak masalah sosioekonomi
kepada negara. Tan Sri Muhyiddin berkata, pada masa ini, tiada jabatan khusus yang memantau
kedudukan dan pergerakan pekerja asing terbabit apabila tempoh visa mereka tamat. Sehubungan
itu, beliau mahu pengurusan terhadap pekerja asing diperkemaskan kerana jika tiada sistem
5
pemantauan yang rapi dan cekap, ia akan membawa kesan yang tidak baik kepada rakyat dan
negara.(Utusan Malaysia, 18 November 2009).
Tan Sri Muhyiddin berkata, warga asing yang ingin datang ke Malaysia, perlu
menjalani proses saringan di negara asal masing-masing supaya tidak timbul masalah selepas
mereka berada di negara ini. Misalnya baru-baru ini, isu 9 warga asing ditahan ISA kerana
terlibat dengan kes pengganasan di Negara asal. Setelah isu ini berlaku, siapakah yang harus
dipertanggungjawabkan? Adakah Jabatan Imigresen, majikan atau Negara asal pendatang asing
tersebut? Itu adalah satu persoalan yang sentiasa bermain diminda kita. Justeru itu, langkah
saringan merupakan langkah terbaik bagi memastikan permasalahan tidak berulang kali berlaku
di Negara kita mahupun Negara lain. (Utusan Malaysia, 18 November 2009).
Merujuk akhbar Utusan Malaysia 6 Februari 2010, Menteri Sumber Manusia Datuk Dr
S.Subramaniam berkata, jumlah pekerja asing di negara telah menurun daripada 2.2 juta kepada
kira-kira 1.6 juta sejak awal tahun lepas. Kerajaan telah mengambil langkah dengan
menggalakan sektor-sektor tertentu mengambil tenaga buruh dikalangan warganegara Malaysia
bagi membantu meningkatkan taraf hidup rakyat jelata. Tindakan ini perlu dilakukan secara
beransur-ansur kerana permintaan syarikat untuk mengambil pekerja asing semakin meningkat
apabila mereka perlu meningkatkan pengeluaran berikutan pemulihan ekonomi. Beliau berkata,
beliau akan melakukan pemindaan undang-undang tertentu berkaitan guna tenaga, kesatuan
sekerja, keselamatan sosial, hubungan industri dan kurikulum serta skop latihan industri supaya
sejajar dengan model ekonomi baru yang akan diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Tun Razak tidak lama lagi (Utusan Malaysia, 6 Februari 2010).
6
Berdasarkan Belanjawan 2010 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Dato’Sri
Najib Tun Abdul Razak, pada Oktober tahun lalu, salah satu matlamat yang digariskan untuk
dicapai oleh kerajaan adalah memacu negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi yang
berasaskan inovasi, kreatif, dan nilai tambah yang tinggi sebagai strategi pembangunan negara
dan sekali gus keluar dari kelompok negara pendapatan sederhana. Sasaran bagi meletakkan
Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi mendorong kerajaan mengambil langkah berani
dengan mengumumkan untuk meningkatkan pendapatan per kapita rakyat Malaysia lebih dua
kali ganda menjelang tahun 2020. Ini adalah satu langkah yang terbaik bagi mengatasi masalah
kos hidup rakyat Malaysia kini. Apabila kerajaan telah melaksanakan belanjawan ini, rakyat
akan memenuhi semua sektor-sektor pekerjaan yang ditawarkan oleh pasaran buruh kelak.
Justeru itu, majikan tidak perlu lagi mengupah pendatang asing bagi memenuhi tawaran yang
ditawarkan. Seterusnya, pendatang asing dapat dikurangkan dalam negara kita (Dewan Ekonomi,
2010).
Kesimpulannya, saya yakin tanpa pendatang asing Malaysia mampu mencapai
wawasan dan matlamat negara dengan menggunakan modal insan tempatan yang dilahirkan oleh
negara kita sendiri. Malaysia juga mampu berdiri sendiri sebagai negara yang membangun yang
sedang berusaha menuju ke arah negara maju dengan usaha kita sendiri tanpa pendatang asing.
Percayalah kita mampu melakukannya. Bak kata pepatah, “usaha tangga kejayaan” dan segala
masalah negara haruslah kita tangani bersama bagai pepatah Melayu berkata,”berat sama dipikul
ringan sama dijinjing”. Justeru itu, pihak kerajaan dan berkepentingan haruslah mengambil
tindakan segera bagi mengawal kemasukan pendatang asing bagi mengatasi masalah yang
dihadapi oleh Malasyia hari ini dan akan datang.
7
Rujukan
Internet
(http://mazlan66.wordpress.com/2008/02/28/kesan-kesan-kemasukan-pendatang-asing-tanpa-izin-kepada-negara-ini/ 18 Februari 2010, 4.32petang)
(www.mstar.com.my, 5.6.2010, 3.34pm)
(http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0825&pub=utusan_malaysia&sec=forum&pg=fo_01.htm&arc=hive&arc=hive / 21 Februari 2010, 11.00 pagi)
(http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1119&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_06.htm&arc=hive / 19 Februari 2010, 2.54pagi)
Surat Khabar
Utusan Malaysia, 18 November 2009
Utusan Malaysia, 6 Februari 2010
Utusan Malaysia, 18 Februari 2010
Majalah Berjilid
Harris, H. (2010). Perlumbaan Memintas Negara Lain. In P. H. Ali, Dewan Ekonomi (Vol. 17, pp. 4-10). Hulu Kelang: Dawama Sdn. Bhd.
Kamus
Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka,(Edisi Keempat), (2005), Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamus Pelajar Bahasa Melayu, (Edisi Kedua), (2008), Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka
Jurnal
Zakaria Mohd Yusof, (2005), Kearah Pengurangan Kebergantungan Tenaga Buruh Asing Di Sektor Binaan,7(2), pp 72-84
8
Penyelidikan
Soijah Binti Likin, (2005), Pekerja asing di Malaysia,keperluan atau pembaziran modal insan tempatan, pp 1-14