NEGERI SABAH [ Bil. JKM: C.102/28/Pt.2/54 ] PEKELILING ... · PDF file"Kursus" ertinya...

10
NEGERI SABAH [ Bil. JKM: C.102/28/Pt.2/54 ] PEKELILING PERKHIDMATAN NEGERI SABAH BIL. 1/1989 ELAUN DAN BAYARAN SEMASA BERKURSUS KECUALI KURSUS PRA-PERKHIDMATAN 1. TUJUAN 1.1 Pekeliling ini adalah dikeluarkan untuk menetapkan elaun dan bayaran kepada seseorang pegawai semasa berkursus mengikut PANS. 57 dan PANS. 17, Bahagian B. 1.2 Pekeliling ini juga bertujuan untuk menjelaskan syarat dan kadar bayaran elaun bagi seseorang pegawai yang dibenarkan menghadiri sesuatu seminar yang bercorak latihan di bawah Pekeliling Perkhidmatan Negeri Sabah Bil. 5/1985. 2. TAFSIRAN 2.1 Melainkan sesuatu itu terjadi maksudnya di dalam Pekeliling ini, tafsiran di bawah ini hendaklah diikuti: (a) "Dalam Negeri" ertinya Malaysia. Walau bagaimanapun bagi maksud pemakaian Pekeliling ini Singapura, Brunei, Kalimantan dan Selatan Thailand (Phuket dan ke Selatan) adalah dianggap sebagai "Dalam Negeri". (b) "Ibu Pejabat" ertinya tempat biasa seseorang pegawai melaporkan diri untuk bertugas dan jaraknya ialah: (i) 25 km jika boleh dihubungi oleh jalanraya; (ii) 16 km jika boleh dihubungi oleh jalan Tanah yang boleh dilalui oleh kenderaan bermotor. (iii) 8 km jika boleh dihubungi oleh jalan basikal atau sungai. (c) "Kadar bertugas rasmi" ertinya kadar elaun dan bayaran bagi seseorang pegawai yang dikehendaki bertugas rasmi mengikut pekeliling yang sedang berkuatkuasa. (d) "Kajian Luar" ertinya sebarang aktiviti yang diarahkan oleh pusat pengajian semasa berkursus di luar pusat pengajian sama ada untuk membuat sesuatu penyelidikan ataupun disangkutkan di sesuatu Jabatan termasuk lawatan yang diadakan dalam tempoh berkursus. (e) "Keluarga Pegawai" ertinya pegawai, isteri atau suami dan anak-anaknya. Dimana ada disebutkan tentang tuntutan-tuntutan yang boleh dibuat bagi keluarga seorang pegawai, hanya anak-anak yang ditanggung sepenuhnya oleh pegawai yang belum mencapai usia 21 tahun atau jika masih terus menuntut di sesuatu pusat pengajian,

Transcript of NEGERI SABAH [ Bil. JKM: C.102/28/Pt.2/54 ] PEKELILING ... · PDF file"Kursus" ertinya...

Page 1: NEGERI SABAH [ Bil. JKM: C.102/28/Pt.2/54 ] PEKELILING ... · PDF file"Kursus" ertinya sebarang kursus atau latihan yang berupa ... Penggunaan perkhidmatan pengangkutan awam selain

NEGERI SABAH

[ Bil. JKM: C.102/28/Pt.2/54 ]

PEKELILING PERKHIDMATAN NEGERI SABAH BIL. 1/1989

ELAUN DAN BAYARAN SEMASA BERKURSUS KECUALIKURSUS PRA-PERKHIDMATAN

1. TUJUAN

1.1 Pekeliling ini adalah dikeluarkan untuk menetapkan elaun dan bayaran kepada seseorangpegawai semasa berkursus mengikut PANS. 57 dan PANS. 17, Bahagian B.

1.2 Pekeliling ini juga bertujuan untuk menjelaskan syarat dan kadar bayaran elaun bagiseseorang pegawai yang dibenarkan menghadiri sesuatu seminar yang bercorak latihan dibawah Pekeliling Perkhidmatan Negeri Sabah Bil. 5/1985.

2. TAFSIRAN

2.1 Melainkan sesuatu itu terjadi maksudnya di dalam Pekeliling ini, tafsiran di bawah inihendaklah diikuti:

(a) "Dalam Negeri" ertinya Malaysia. Walau bagaimanapun bagi maksud pemakaianPekeliling ini Singapura, Brunei, Kalimantan dan Selatan Thailand (Phuket dan keSelatan) adalah dianggap sebagai "Dalam Negeri".

(b) "Ibu Pejabat" ertinya tempat biasa seseorang pegawai melaporkan diri untukbertugas dan jaraknya ialah:

(i) 25 km jika boleh dihubungi oleh jalanraya;

(ii) 16 km jika boleh dihubungi oleh jalan Tanah yang boleh dilalui olehkenderaan bermotor.

(iii) 8 km jika boleh dihubungi oleh jalan basikal atau sungai.

(c) "Kadar bertugas rasmi" ertinya kadar elaun dan bayaran bagi seseorang pegawaiyang dikehendaki bertugas rasmi mengikut pekeliling yang sedang berkuatkuasa.

(d) "Kajian Luar" ertinya sebarang aktiviti yang diarahkan oleh pusat pengajian semasaberkursus di luar pusat pengajian sama ada untuk membuat sesuatu penyelidikanataupun disangkutkan di sesuatu Jabatan termasuk lawatan yang diadakan dalamtempoh berkursus.

(e) "Keluarga Pegawai" ertinya pegawai, isteri atau suami dan anak-anaknya. Dimanaada disebutkan tentang tuntutan-tuntutan yang boleh dibuat bagi keluarga seorangpegawai, hanya anak-anak yang ditanggung sepenuhnya oleh pegawai yang belummencapai usia 21 tahun atau jika masih terus menuntut di sesuatu pusat pengajian,

Page 2: NEGERI SABAH [ Bil. JKM: C.102/28/Pt.2/54 ] PEKELILING ... · PDF file"Kursus" ertinya sebarang kursus atau latihan yang berupa ... Penggunaan perkhidmatan pengangkutan awam selain

sehingga tamat peringkat ijazah pertama. Walau bagaimanapun bagi anak yang daifyang disebabkan oleh kelemahan otak atau jasmani, had-had umur ini tidak akandipakai. Istilah "anak" akan termasuk juga anak-anak tiri dan anak-anak angkatyang diiktiraf mengikut undang-undang atau adat. Bagi tujuan kursus panjang diluar negeri yang mana tempohnya melebihi 12 bulan, pegawai hanya dibenarkanmembawa anak-anak yang berumur 13 tahun ke bawah sahaja atas tanggunganKerajaan.

"Kursus" ertinya sebarang kursus atau latihan yang berupa akademik atau praktik,lawIatan sambil belajar atau seminar yang bercorak latihan. Bagi maksud ini,tempoh kursus di luar negeri atau di Semananjung Malaysia atau Sarawak selama 6hari atau kurang membolehkan pegawai menuntut elaun-elaun mengikut kadarbertugas rasmi.

(g) “Kursus Panjang” ertinya sebarang kursus yang tempohnya adalah melebihi 3 bulandan termasuk hari-hari hujung minggu dan kelepasan am.

(h) “Kursus Pendek” ertinya sebarang kursus yang tempohnya 3 bulan atau kurangtermasuk hari-hari hujung minggu dan kelepasan am.

(i) “Luar Negeri” ertinya negara-negara selain daripada Malaysia dan negara-negarayang tersebut di dalam perenggan (a) di atas.

(j) “Penganjur” ertinya badan yang membiayai sebahagian besar perbelanjaan kursus.

(k) “Pusat Pengajian” ertinya tempat di mana sebahagian besar sesuatu kursus itudijalankan dan bagi tempoh kursus itu Pusat Pengajian adalah ditakrifkan sebagaiIbu Pejabat.

(l) “Seminar” yang bercorak latihan ertinya sebarang seminar, bengkel, persidangan,kongress, atau simposium yang bercorak latihan. Bagi maksud ini, permohonanpermohonan menghadiri seminar seperti tersebut dalam Pekeliling PerkhidmatanNegeri Sabah Bil. 5/1985 hendaklah dikemukakan kepada Bahagian Latihan danKerjaya, Pejabat Perjawatan Negeri untuk kelulusan Setiausaha Kerajaan Negeri.

KURSUS PENDEK DI DALAM NEGERI

3. Seseorang pegawai yang mengikut kursus pendek sepenuh masa layak menuntut elaun dan bayaran-bayaran lain mengikut kadar dan syarat seperti berikut:

3.1 Di luar Kawasan Ibu Pejabat

3.1.1 Elaun Makan dan Bayaran Sewa Hotel yang disokong dengan resit atau ElaunLojing mengikut kadar-kadar seperti di Lampiran A, sekiranya kemudahan makandan penginapan tidak disediakan.

3.1.2 Sekiranya salah satu kemudahan disediakan maka unsur yang tidak disediakan itusahaja layak dituntut. Sebagai misalan, sekiranya kemudahan penginapan sahajadisediakan maka pegawai layak menuntut Elaun Makan. Sekiranya hanyasebahagian daripada kemudahan makan disediakan pegawai layak menuntutbahagian makan yang tidak disediakan itu tertakluk kepada formula seperti berikut:

(i) Sarapan Pagi - 20% daripada Elaun Makan(ii) Makan Tengahari - 40% daripada Elaun Makan(iii) Makan Malam - 40% daripada Elaun Makan

Page 3: NEGERI SABAH [ Bil. JKM: C.102/28/Pt.2/54 ] PEKELILING ... · PDF file"Kursus" ertinya sebarang kursus atau latihan yang berupa ... Penggunaan perkhidmatan pengangkutan awam selain

3.1.3 Bayaran Sewa Hotel yang disokong dengan resit atau Elaun Lojing dan ElaunMakan/Elaun Harian bagi tempoh dua hari iaitu satu hari sebelum dan satu hariselepas berkursus mengikut kadar bertugas rasmi.

3.1.4 Elaun Perjalanan Kenderaan atau Tambang Pengangkutan Awam seperti berikut:

(a) Satu perjalanan dari rumah kediaman ke Pusat Pengajian dan balik, sekalisahaja.

(b) Satu perjalanan dari Pusat Pengajian ke Pejabat di mana seseorang pegawaiitu disangkutkan dan balik, sekali sahaja.

(c) Satu perjalanan dari Pusat Pengajian ke tempat membuat penyelidikan atasarahan Pusat Pengajian dan balik, sekali sahaja.

(d) Seseorang pegawai yang disangkutkan ke sesuatu pejabat dan diarahkanoleh Ketua Jabatan itu bagi menjalankan tugas-tugas rasmi layak menuntutElaun Perjalanan Kenderaan/Tambang Pengangkutan Awam mengikutkadar dan syarat sepertimana yang diperuntukkan di dalam PekelilingBertugas Rasmi yang berkaitan.

(e) Elaun Perjalanan Kenderaan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat

penggunaan kenderaan sendiri sepertimana yang diperuntukan di dalamPANS. II, Bahagian B.

(i) Kapal Terbang

Penggunaan perkhidmatan kapal terbang mengikut kelayakanpegawai dibenarkan di bawah PANS. 60, Bahagian B. CukaiLapangan Terbang layak dituntut.

(ii) Keretapi

Penggunaan perkhidmatan keretapi adalah dibenarkan mengikutkelayakan pegawai seperti di dalam PANS. 61, Bahagian B.

(iii) Lain-lain

Penggunaan perkhidmatan pengangkutan awam selain daripadayang dinyatakan di atas dibenarkan dan tuntutan dibuatberasaskan kepada tambang satu tempat duduk bagi satuperjalanan pergi dan balik sekali sahaja.

(g) Seseorang pegawai yang memilih untuk menggunakan kenderaan sendirilayak menuntut Tambang Gantian bagi satu perjalanan pergi dan baliksekali sahaja yang mana adalah sama nilainya dengan tambangperkhidmatan pengangkutan awam bagi satu tempat duduk yangsepatutnya dinaiki mengikut kelayakannya dengan syarat dinyatakan didalam baucar tuntutan yang ia telah menggunakan kenderaannya sendiri.

(h) Seseorang pegawai yang menuntut Tambang Gantian tidak layak menuntutapa-apa tambang atau apa-apa bayaran tambahan yang bersabit denganperjalanan bas, keretapi, teksi seperti tambang dari rumah ke stesenkeretapi atau bas, bayaran tol dan sebagainya.

3.2 Di Dalam Kawasan Ibu Pejabat

Page 4: NEGERI SABAH [ Bil. JKM: C.102/28/Pt.2/54 ] PEKELILING ... · PDF file"Kursus" ertinya sebarang kursus atau latihan yang berupa ... Penggunaan perkhidmatan pengangkutan awam selain

3.2.1 Bayaran sebanyak $5.00 sehari untuk hari-hari berkursus sahaja dengan syarat:

(i) Kemudahan makan tidak disediakan, dan

(ii) Kursus itu diadakan di luar bangunan/kompleks tempat biasa pegawaibertugas.

Jika sebahagian daripada kemudahan makan disediakan maka pegawai layak menuntutbahagian makan yang tidak disediakan itu mengikut formula seperti di perenggan 3.1.2 diatas.

3.2.2 Elaun Perjalanan Kenderaan atau Tambang Pengangkutan Awam seperti diPerenggan 3.1.4 (a) hingga (h) di atas.

KURSUS PANJANG DI DALAM NEGERI

4. Seseorang pegawai yang mengikuti kursus selain daripada kursus yang diiktiraf sebagai kursusDiploma/Ijazah Pertama/Ijazah Lanjutan adalah layak menuntut elaun seperti berikut:4.1 Di Luar Kawasan Ibu Pejabat

4.1.1 Elaun Sara Hidup sebanyak $10.00 sehari bagi sepanjang tempoh kursus tertaklukkepada syarat-syarat seperti berikut:

(a) Pegawai tidak menerima Arahan Pertukaran, dan

(b) Kemudahan makan dan penginapan tidak disediakan.

4.1.2 Sekiranya salah satu kemudahan sahaja disediakan maka elaun yang tidakdisediakan itu layak dituntut di mana pecahan unsur elaun ialah 50% untukpenginapan dan 50% untuk makan. Jika sebahagian daripada kemudahan makandisediakan maka pegawai layak menuntut bahagian makan yang tidak disediakanitu mengikut formula seperti di Perenggan 11.2 di atas.

4.1.3 Sekiranya Pusat Pengajian mengarahkan seseorang pegawai mengikuti kajianluar/latihan amali atau disangkutkan dipejabat di luar Pusat Pengajian pegawailayak menuntut elaun-elaun mengikut kadar dan syarat seperti di Perenggan 3.1.1.Di dalam tempoh ini pegawai tidak layak menerima Elaun Sara Hidup seperti diPerenggan 4.1.1.

4.1.4 Bayaran Sewa Hotel yang disokong dengan resit atau Elaun Lojing dan ElaunMakan/Elaun Harian bagi tempoh dua hari iaitu sehari sebelum dan sehari selepasberkursus mengikut kadar bertugas rasmi.

4.1.5 Elaun Perjalanan Kenderaan atau Tambang Pengangkutan Awam seperti syarat diPerenggan 3.1.4 di atas.

4.2 Di Dalam Kawasan Ibu Pejabat

4.2.1 Elaun Sara Hidup sebanyak $5.00 sehari bagi sepanjang tempoh kursus tertaklukkepada syarat-syarat seperti berikut:

(a) Pegawai yang berkursus di dalam kawasan Ibu Pejabat atau

(b) Pegawai dari luar kawasan lbu Pejabat yang menerima Arahan Pertukaran,

(c) Kursus itu diadakan di luar bangunan/kompleks tempat biasa pegawaibertugas, dan

Page 5: NEGERI SABAH [ Bil. JKM: C.102/28/Pt.2/54 ] PEKELILING ... · PDF file"Kursus" ertinya sebarang kursus atau latihan yang berupa ... Penggunaan perkhidmatan pengangkutan awam selain

(d) Kemudahan makan tidak disediakan.

Jika sebahagian daripada kemudahan makan disediakan maka pegawai layakmenuntut bahagian makan yang tidak disediakan itu mengikut formula seperti diPerenggan 3.1.2 di atas.

4.2.2 Elaun Perjalanan Kenderaan atau Tambang Pengangkutan Awam seperti syarat diPerenggan 3.1.4 (a) hingga (h) di atas.

KURSUS PENDEK DI LUAR NEGERI

5. Seseorang pegawai layak menuntut elaun dan bayaran-bayaran lain mengikut kadar dan syarat sepertiberikut:

5.1 Elaun Makan dan Bayaran Sewa Hotel yang disokong dengan resit mengikut hadmaksimanya atau Elaun Lojing seperti di Lampiran B sekiranya kemudahan makan danpenginapan tidak disediakan.

5.2 Sekiranya salah satu kemudahan sahaja disediakan maka hanya unsur yang tidak disediakanitu layak dituntut. Sekiranya hanya sebahagian daripada kemudahan makan disediakanpegawai layak menuntut bahagian makan yang tidak disediakan itu tertakluk kepada formulaseperti di perenggan 3.1.2 di atas.

5.3 Elaun Pakaian Panas sebanyak $600 mengikut syarat-syarat sepertimana yang diperuntukandalam PANS. 24, Bahagian B.

5.4 Bayaran Sewa Hotel yang disokong dengan resit atau Elaun Lojing dan Elaun Makan bagitempoh dua hari iaitu sehari sebelum berkursus dan sehari selepas tamat kursus mengikutkadar bertugas rasmi.

5.5 Tambang Pengangkutan Awam seperti berikut:

(a) Satu perjalanan dari tempat kediaman ke lapangan terbang dan balik, sekali sahaja.

(b) Satu Perjalanan dari lapangan terbang ke Pusat Pengajian atau tempat penginapandan balik, sekali sahaja.

(c) Satu perjalanan dari Pusat Pengajian ke tempat penyelidikan atas arahan PusatPengajian dan balik, sekali sahaja.

(d) Seseorang pegawai yang menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam layakdibayar Tambang Pengangkutan Awarn seperti berikut:

(i) Kapal terbang

Penggunaan perkhidmatan kapal terbang mengikut kelayakan pegawai sepertiberikut:

Tingkatan Tertinggi "C" dan ke atas - Kelas SatuPegawai-pegawai lain - Kelas Ekonomi

(ii) Keretapi

Penggunaan perkhidmatan keretapi mengikut kelayakan pegawai sepertiberikut:

Kumpulan A dan B - Kelas SatuKumpulan C - Kelas Dua

Page 6: NEGERI SABAH [ Bil. JKM: C.102/28/Pt.2/54 ] PEKELILING ... · PDF file"Kursus" ertinya sebarang kursus atau latihan yang berupa ... Penggunaan perkhidmatan pengangkutan awam selain

Kumpulan D - Kelas Tiga

(iii) Lain-lain

Penggunaan perkhidmatan pengangkutan awam selain daripada yangdinyatakan di atas dibenarkan dan tuntutan dibuat berasaskan kepada tambangsatu tempat duduk bagi satu perjalanan pergi dan balik, sekali sahaja.

6. KURSUS PANJANG DI LUAR NEGERI

Seseorang pegawai yang mengikuti kursus yang diiktiraf sebagai kursus diploma/ijazahpertama/ijazah lanjutan layak menuntut elaun-elaun mengikut kadar dan syarat yang akan ditetapkandari semasa ke semasa oleh Kerajaan.

7. PERUNTUKAN AM

Sekiranya kemudahan makan, penginapan dan pengangkutan bagi mengikuti kursus-kursuspendek/panjang di dalam/luar negeri disediakan pegawai tidak layak lagi menuntut sebarang elaun.

8. TARIKH KUAT KUASA

Pekeliling ini berkuatkuasa mulai 1 Mei, 1989.

9. PINDAAN

Pindaan yang sewajarnya kepada PANS. 57, Bahagian B, Perintah Am Negeri Sabah, 1982 akandibuat dengan kuatkuasa kebelakang mulai tarikh kuatkuasa pekeliling ini.

10. PEMBATALAN

Kesemua perenggan 6.9 di dalam Pekeliling Perkhidmatan Negeri Sabah Bil. 4/1982 adalahdibatalkan mulai tarikh kuatkuasa Pekeliling ini.

11. PERLANJUTAN PEMAKAIAN

Pekeliling ini adalah juga dilanjutkan pemakaiannya kepada pegawai-pegawai dalam perkhidmatanBadan-Badan Berkanun dan Kuasa-Kuasa Tempatan.

12. KEMUSYKILAN

Jika terdapat apa-apa kemusykilan berkenaan Pekeliling ini maka penjelasan lanjut hendaklahdiperolehi daripada Bahagian Gaji, Elaun dan Pencen, Pejabat Perjawatan Negeri, Jabatan KetuaMenteri.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA DENGAN BERSIH, CEKAP DAN AMANAH"

(DATUK SIMON P. SIPAUN)Setiausaha Kerajaan Negeri)

JABATAN KETUA MENTERI88502 KOTA KINABALU.

Tarikh: 17 April, 1989

Page 7: NEGERI SABAH [ Bil. JKM: C.102/28/Pt.2/54 ] PEKELILING ... · PDF file"Kursus" ertinya sebarang kursus atau latihan yang berupa ... Penggunaan perkhidmatan pengangkutan awam selain

s.k. Bendahari Negeri,Perbendaharaan,88595 KOTA KINABALU.

Pengarah Audit,88990 KOTA KINABALU.

Fail C401/261

Diedarkan Kepada : Semua Setiausaha Tetap

Semua Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan

Semua Pengurus Besar, Badan-Badan Berkanun Negeri

Semua Ketua Kuasa-Kuasa Tempatan Negeri

Page 8: NEGERI SABAH [ Bil. JKM: C.102/28/Pt.2/54 ] PEKELILING ... · PDF file"Kursus" ertinya sebarang kursus atau latihan yang berupa ... Penggunaan perkhidmatan pengangkutan awam selain

LAMPIRAN “A”

Nama-nama Negeri Elaun Makan Bayaran MaksimaSewa Hotel

Elaun Lojing (TanpaResit)

SEMENANJUNG MALAYSIA, KALIMANTAN DAN SELATAN THAILAND

KUMPULAN A

Tingkatan Tertinggi A dan ke atasTingkatan Tertinggi D hinggaTingkatan Tertinggi BTingkatan Tertinggi G hinggaTingkatan Tertinggi ETingkatan KananPegawai-pegawai Lain

KUMPULAN B

Tingkatan Kanan, Khas dan TinggiPegawai-pegawai Lain

KUMPULAN C

Tingkatan Kanan, Khas dan TinggiPegawai-pegawai Lain

KUMPULAN D

Tingkatan Kanan, Khas dan TinggiPegawai-pegawai Lain

$55.00

40.00

30.0020.0020.00

15.0015.00

10.0010.00

10.0010.00

$155.00

110.00

70.0060.0050.00

30.0030.00

25.0025.00

25.0025.00

$55.00

50.00

40.0036.0028.00

18.0016.00

15.0014.00

12.0012.00

SABAH, SARAWAK, SINGAPURA DAN BRUNEI

KUMPULAN A

Tingkatan Tertinggi A dan ke atasTingkatan Tertinggi D hinggaTingkatan Tertinggi BTingkatan Tertinggi G hinggaTingkatan Tertinggi ETingkatan KananPegawai-pegawai Lain

KUMPULAN B

Tingkatan Kanan, Khas dan TinggiPegawai-pegawai Lain

KUMPULAN C

Tingkatan Kanan, Khas dan TinggiPegawai-pegawai Lain

KUMPULAN D

Tingkatan Kanan, Khas dan TinggiPegawai-pegawai Lain

60.00

50.00

40.0030.0025.00

20.0020.00

15.0015.00

15.0015.00

160.00

120.00

80.0070.0060.00

40.0035.00

30.0030.00

30.0030.00

60.00

50.00

45.0040.0035.00

22.0018.00

16.0015.00

13.0012.00

Page 9: NEGERI SABAH [ Bil. JKM: C.102/28/Pt.2/54 ] PEKELILING ... · PDF file"Kursus" ertinya sebarang kursus atau latihan yang berupa ... Penggunaan perkhidmatan pengangkutan awam selain

LAMPIRAN “B”

Nama-nama NegeriElaunMakan

KadarMaksima

Sewa Hotel

ElaunLojing

Algeria ... ... ... ... ...

Argentina ... ... ... ... ...

Australia:

(i) Canberra ... ... ... ...

(ii) Sydney ... ... ... ...

(iii) Melbourne dan tempat-tempat lain ... ...

Austria ... ... ... ... ...

Bangladesh ... ... ... ... ...

Belgium ... ... ... ... ...

Brazil ... ... ... ... ...

Canada ... ... ... ... ...

China ... ... ... ... ...

Denmark ... ... ... ... ...

Dubai ... ... ... ... ...

Egypt ... ... ... ... ...

Finland ... ... ... ... ...

France ... ... ... ... ...

Ghana ... ... ... ... ...

Holland:

(i) Hague ... ... ... ...

(ii) Amsterdam ... ... ... ...

Hong Kong ... ... ... ... ...

Hungary ... ... ... ... ...

India ... ... ... ... ...

Indonesia (kecuali Kalimantan) ... ... ...

Ireland ... ... ... ... ...

Italy ... ... ... ... ...

Japan ... ... ... ... ...

Jerman Barat ... ... ... ... ...

Korea Selatan ... ... ... ... ...

Kuwait ... ... ... ... ...

Libya ... ... ... ... ...

Morocco ... ... ... ... ...

$

50.00

40.00

50.00

50.00

50.00

50.00

30.00

50.00

40.00

50.00

30.00

40.00

50.00

50.00

40.00

60.00

40.00

40.00

50.00

40.00

40.00

40.00

40.00

40.00

50.00

60.00

50.00

40.00

50.00

50.00

40.00

$

100.00

70.00

60.00

80.00

70.00

110.00

80.00

120.00

100.00

90.00

50.00

90.00

150.00

80.00

90.00

120.00

90.00

100.00

120.00

110.00

70.00

70.00

100.00

90.00

130.00

140.00

110.00

90.00

170.00

70.00

60.00

$

50.00

35.00

30.00

40.00

35.00

55.00

40.00

60.00

50.00

45.00

25.00

45.00

75.00

40.00

45.00

60.00

45.00

50.00

60.00

55.00

35.00

35.00

50.00

45.00

65.00

70.00

55.00

45.00

85.00

35.00

30.00

Page 10: NEGERI SABAH [ Bil. JKM: C.102/28/Pt.2/54 ] PEKELILING ... · PDF file"Kursus" ertinya sebarang kursus atau latihan yang berupa ... Penggunaan perkhidmatan pengangkutan awam selain

LAMPIRAN “B” – (samb.)

Nama-nama NegeriElaunMakan

KadarMaksima

Sewa Hotel

ElaunLojing

New Zealand:

(i) Wellington ... ... ... ...

(ii) Auckland ... ... ... ...

Nigeria ... ... ... ... ...

Norway ... ... ... ... ...

Pakistan ... ... ... ... ...

Philippines ... ... ... ... ...

Poland ... ... ... ... ...

Portugal ... ... ... ... ...

Saudi Arabia ... ... ... ... ...

Spain ... ... ... ... ...

Sri Lanka ... ... ... ... ...

Sweden ... ... ... ... ...

Switzerland ... ... ... ... ...

Taiwan ... ... ... ... ...

Turkey ... ... ... ... ...

Thailand (kecuali Selatan Thailand) ... ... ...

United Kingdom ... ... ... ... ...

United States:

(i) Washington ... ... ... ...}(ii) San Francisco ... ... ... ...}(iii) New York ... ... ... ...}(iv) Tempat-tempat lain ... ... ... ...

U.S.S.R ... ... ... ... ...

$

40.00

40.00

40.00

40.00

40.00

40.00

40.00

40.00

60.00

40.00

40.00

40.00

60.00

30.00

50.00

40.00

60.00

60.00

60.00

40.00

$

60.00

70.00

100.00

90.00

80.00

60.00

80.00

60.00

120.00

80.00

70.00

100.00

140.00

50.00

70.00

80.00

140.00

100.00

80.00

70.00

$

30.00

35.00

50.00

45.00

40.00

30.00

40.00

30.00

60.00

40.00

35.00

50.00

70.00

25.00

35.00

40.00

70.00

50.00

40.00

35.00