Neo Dan Konfusianisme

14
TUGASAN-TUGASAN FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UKM 2008/2011 1 Konfusianisme & Neo-Konfusianisme; Satu Perbandingan Al=Faqir Ibn El-Merg -PERBANDINGAN AGAMA-AGAMA TIMOR- Pendahuluan Konfusianisme merupakan suatu ajaran yang sangat berkesan dalam mendidik moral manusia. Ajaran itu terbentuk berserta dengan budaya cina ketika itu. Pengasasnya tidak membawa agama baru, hanyalah menyeru masyarakat kepada kebaikkan. Perbincangan ajarannya berlegar di dunia nyata yang mampu digarap oleh pancaindera. Walaupun demikian ia tidak bermaksud ajaran itu tidak mempercayai akan adanya kuasa asing yang berbentuk abstrak. Misalnya kepercayaan terhadap Langit dan penyembahan kepada nenek moyang. Ajaran Konfusianisme berteraskan kepada pembentukan moral, adab dan tingkah laku manusia dalam kehidupan. Ia tidak menyentuh mengenai persoalan roh, kematian, alam barzakh, syurga, neraka sebagaimana Buddhisme yang menekankan soal spiritual dan Taoisme yang menekankan persoalan keseimbangan kuasa alam. Kung mempercayai adanya Langit yang berkuasa dan adanya alam selepas mati namun hal-hal ini tidak menjadi fokus utama ajarannya. Kung pernah menyatakan bahawa; “Kita belum sempurna mempelajari kehidupan ini jadi bagaimana kita boleh mengetahui tentang kematian.” Hal ini menunjukkan bahawa fokus utama ajaran Konfusianisme adalah kepada tatatertib dalam kehidupan. Namun pada era Neo-Konfusianisme, dorongan tertentu dan tentangan daripada ajaran lain terhadap Konfusianisme menyebabkan berlaku perubahan pada ajarannya. Perubahan itu tidak berlaku pada dasar tetapi memerlukan skop perbincangan yang lebih relevan bagi memenuhi tuntutan kehidupan yang sentiasa berubah. Tugasan ini

description

TUGASAN-TUGASAN FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UKM 2008/2011Konfusianisme & Neo-Konfusianisme; Satu PerbandinganAl=Faqir Ibn El-Merg-PERBANDINGAN AGAMA-AGAMA TIMOR-PendahuluanKonfusianisme merupakan suatu ajaran yang sangat berkesan dalam mendidik moral manusia. Ajaran itu terbentuk berserta dengan budaya cina ketika itu. Pengasasnya tidak membawa agama baru, hanyalah menyeru masyarakat kepada kebaikkan. Perbincangan ajarannya berlegar di dunia nyata yang mampu digarap oleh pancaindera. Walaupu

Transcript of Neo Dan Konfusianisme

Page 1: Neo Dan Konfusianisme

TUGASAN-TUGASAN FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UKM 2008/2011

1

Konfusianisme & Neo-Konfusianisme; Satu Perbandingan

Al=Faqir Ibn El-Merg

-PERBANDINGAN AGAMA-AGAMA TIMOR-

Pendahuluan

Konfusianisme merupakan suatu ajaran yang sangat berkesan dalam mendidik moral manusia. Ajaran itu terbentuk berserta dengan budaya cina ketika itu. Pengasasnya tidak membawa agama baru, hanyalah menyeru masyarakat kepada kebaikkan. Perbincangan ajarannya berlegar di dunia nyata yang mampu digarap oleh pancaindera. Walaupun demikian ia tidak bermaksud ajaran itu tidak mempercayai akan adanya kuasa asing yang berbentuk abstrak. Misalnya kepercayaan terhadap Langit dan penyembahan kepada nenek moyang.

Ajaran Konfusianisme berteraskan kepada pembentukan moral, adab dan tingkah laku manusia dalam kehidupan. Ia tidak menyentuh mengenai persoalan roh, kematian, alam barzakh, syurga, neraka sebagaimana Buddhisme yang menekankan soal spiritual dan Taoisme yang menekankan persoalan keseimbangan kuasa alam. Kung mempercayai adanya Langit yang berkuasa dan adanya alam selepas mati namun hal-hal ini tidak menjadi fokus utama ajarannya. Kung pernah menyatakan bahawa; “Kita belum sempurna mempelajari kehidupan ini jadi bagaimana kita boleh mengetahui tentang kematian.” Hal ini menunjukkan bahawa fokus utama ajaran Konfusianisme adalah kepada tatatertib dalam kehidupan.

Namun pada era Neo-Konfusianisme, dorongan tertentu dan tentangan daripada ajaran lain terhadap Konfusianisme menyebabkan berlaku perubahan pada ajarannya. Perubahan itu tidak berlaku pada dasar tetapi memerlukan skop perbincangan yang lebih relevan bagi memenuhi tuntutan kehidupan yang sentiasa berubah. Tugasan ini

Page 2: Neo Dan Konfusianisme

TUGASAN-TUGASAN FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UKM 2008/2011

2

membincangkan tentang perbandingan antara Konfusianisme dan Neo-Konfisianisme yang lahir selepasnya.

Riwayat Ringkas Kehidupan Tokoh Konfusianisme

Terdapat dua orang tokoh besar dalam pembentukan ajaran Konfusius, iaitu Kung Fu-Tze (Konfusius) dan Meng-Tze (Mencius). Berikut adalah riwayat ringkas tentang kehidupan mereka.

Kung Fu-Tze

Nama sebenar beliau ialah Chiu manakala Kung di nasabkan kepada nama keturunannya. Kung Fu-Tze dalam bahasa Latin disebut sebagai Konfusius. Beliau merupakan pengasas kepada ajaran Konfusianisme dan juga dikenali dengan gelaran Guru Yang Pertama (Saafroedin. 1985:188), Guru Agung (Ab.Salam. 2010:101), Nabi Yang Pertama dan Yang Dipertua Kung (Rahmat. 1979:85). Gelaran-gelaran yang diberikan ini sudah cukup untuk membuktikan bahawa Kung merupakan tunggak utama dan orang yang memainkan peranan penting dalam ajaran tersebut.

Terdapat sebahagian besar rujukan menyatakan bahawa Kungdilahirkan pada tahun 551 S.M, dan kematiannya diterima umum pada tahun 497 S.M dengan usia 73 tahun. Tempat kelahiran beliau adalah di daerah Lu yang kini berada dalam wilayah Shantung, timur laut negara China. Secara ringkasnya, ajaran Kung bukan suatu bentuk ajaran yang terbentuk secara drastik, ia mengalami proses perubahan secara berperingkat sebagaimana agama-agama lain. Permulaan ajaran Konfusius bermula pada dari hayat Kung sendiri ketika zaman pemerintahan Dinasti Zhou 1027-256 S.M dan berkembang hingga kini (Thomas & Hoobler. 1993:21).

Kehidupan Kung tidak begitu mewah walaupun beliau mempunyai darah bangsawan. Bapa beliau bernama Shu-Lian Heih dan ibunya bernama Yuan Zheng (Ab.Salam. 2010:102) atau Chiang Tsai (Rahmat.1979:84) merupakan isteri ketiga. Selepas kelahiran Kung, hubungannya dengan keluarga Shu menjadi renggang. Kung dibesarkan oleh ibunya di daerah Chu Fu. Bekerja sebagai petani dan penternak bagi menyara

Page 3: Neo Dan Konfusianisme

TUGASAN-TUGASAN FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UKM 2008/2011

3

kehidupan mereka (Ab.Salam. 2010:102). Ketika usia muda, beliau tidak mempunyai kedudukan dalam masyarakat serta beliau hidup dalam keadaan yang sederhana (Saafroedin. 1985:188).

Beliau berkahwin pada hujung usia 19 tahun dan bekerja sebagai penjaga tempat simpanan makanan. Disebabkan sikap dan reputasi yang baik ditunjukkan, beliau dilantik sebagai penjaga ladang-ladang di daerah itu. Walaupun demikian, beliau tidak melupakan tradisi kebiasaan masyarakat cina dengan mempelajari sajak, seni, sejarah dan sebagainya. Disamping dikenali sebagai seorang yang bijaksana, Kung dijadikan sebagai tempat rujukan bagi kenalan yang menghadapi masalah-masalah tertentu.

Pada usia 23 tahun, ibunya meninggal dunia. Bagi menghadapi saat dukacitanya beliau meninggalkan jawatan yang disandang beliau buat sementara waktu untuk meratapi permergian ibu kesayangannya, sebagaimana kebiasaan masyarakat cina ketika itu. Walaupun demikian, tempoh masa tersebut dimanfaatkan oleh Kung dengan mempelajari kesusateraan, sejarah dan falsafah cina dengan lebih dalam. Apa yang uniknya, setelah tamat tempoh dukacita tersebut, Kung tidak kembali semula ke jawatan tersebut malah mengambil keputusan untuk mengajar ilmunya kepada orang lain. Ajaran-ajaran Kung mendapat sambutan yang hebat, dikatakan pada usia 34 tahun beliau mempunyai pelajar seramai tiga ribu orang dan makin lama makin bertambah (Rahmat. 1979:87).

Mang-Tze

Mang Tze atau Mancius dilahirkan pada tahun 372 S.M dan meninggal dunia pada tahun 289 S.M. Jika diamati, kita dapati bahawa Mang juga berada dalam pemerintahan Dinasti Zhou sebagaimana Kung. Namun masing-masing tidak bertemu antara satu sama lain (Thomas & Hoobler.1993:21).

Mang merupakan seorang pemuda yang mempunyai kebijaksanaan yang tinggi dan sangat cintakan ilmu pengetahuan. Beliau juga dilahirkan di daerah Lu, tempat asal kelahiran Kung. Mang merupakan seorang pengikut ajaran Kung Fu-Tze yang setia, beliau mempelajari ajaran Konfusius yang disebarkan oleh cucu Kung, Keigh. Beliau juga merupakan tokoh yang terkenal khususnya dalam

Page 4: Neo Dan Konfusianisme

TUGASAN-TUGASAN FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UKM 2008/2011

4

menyampaikan semula ajaran Kung dan mempunyai murid dan pengikut yang ramai. Beliau diiktiraf sebagai nabi yang kedua selepas Kung oleh pengikut ajaran Konfusius (Rahmat. 1979:111).

Keyakinan Mang terhadap ajaran Kung membuatkan beliau tekad untuk mengadap penguasa daerah Lu ketika itu dengan tujuan memberi saranan agar penguasa tersebut menggunakan ajaran Konfusius dalam pemerintahan. Namun saranan tersebut ditolak, oleh kerana itu beliau mengambil keputusan untuk mengembara ke daerah-daerah yang lain bersama pengikutnya dengan harapan akan ada penguasa yang akan menjadikan ajaran Konfusius sebagai panduan pemerintahan. Selama dua puluh tahun pengembaraan malangnya tidak ada penguasa yang mahu menerima ideologi ajaran Konfusius yang diteguhkan Mang.

Antara nilai tambah Mang terhadap ajaran Konfusius adalah pemikiran beliau terhadap moral manusia, katanya setiap manusia dilahirkan berserta Xing yang baik, fitrah semula jadi yang baik dan setiap manusia mempunyai kecenderungan secara semula jadi untuk menjadi baik (Rifai. 1976:122) bertepatan dengan ajaran moral yang ditekankan Kung dalam teori Wu Lun. Untuk mencapai kesejahteraan dan kebaikkan, cukup hanya manusia itu menjalani kehidupannya seadanya, menjalankan tanggungjawab secara haknya. Jika pemerintah, maka perlu berlaku adil dengan rakyat, manakala di pihak rakyat hanya perlu setia dan mentaati. Bertindak adil dan taat itu adalah Xing (sifat semula jadi) yang berserta manusia dan apa yang ditekankan Mang adalah manusia perlu mencari pendorong itu. Pemikiran beliau diteruskan oleh pengikut-pengikut Konfusius selepas kematiannya pada usia 83 tahun (Rahmat.1979:111).

Konfusianisme.

Pada peringkat awal pembentukan ajaran Konfusianisme, ia muncul pada zaman Dinasti Zhou (1027-256 S.M) yang dikenali sebagai zaman keemasan negara China (Rifai. 1976:125:), sebagaimana Yunani dan Islam yang mempunyai zaman keemasaan begitu juga di China. Pada zaman pemerintahan tersebut, muncul pelbagai bentuk aliran pemikiran yang tersebar di serata negara, antaranya Kung Fu-Tze yang membentuk ajaran Konfusius yang menekankan aspek keharmonian kehidupan sosial

Page 5: Neo Dan Konfusianisme

TUGASAN-TUGASAN FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UKM 2008/2011

5

dan Lao-Tze yang membawa aliran Taoisme yang menekankan aspek keharmonian dengan alam. Sehinggalah pada zaman pemerintahan Dinasti Tang, bibit-bibit perubahan mula berlaku dalam ajaran Konfusius, skop perbincangan mula diluaskan, idea-idea berupa kosmologi dan pengaruh Buddhisme dan Taoisme mula meresapi dan melengkapkan perbincangan Konfusianisme.

Selepas kematian Kung Fu Tze, pengikut-pengikutnya telah mengumpulkan usaha-usaha Kung yang diberi nama Lun Yu dan biasa diterjemahkan sebagai Analects. Kitab ajaran Konfusianisme yang utama adalah Empat Buku (Shi Shu) dan Lima Kitab (Five Classics atau Wu Ching). Empat Buku ajaran pokok yang ditulis oleh para pengikut Konfusius hanya sampai kepada kehidupan Mencius, manakala Lima Kitab yang lainnya berasal dari ajaran Konfusius sendiri (Ab.Salam. 2010:107).

Kitab-kitab Rujukan Konfusianisme

Di awal pembentukan Konfusianisme terdapat lima buah kitab yang dijadikan rujukan pengikut ajaran Kung, kitab-kitab tersebut dikenali dengan panggilan Wu Ching dalam bahasa cina. Sebagaimana berikut: pertama, Classic of Changes juga dikenali sebagai Kitab Perubahan (Yijingi/I Ching) yang mengandungi karya-karya mengenai ramalan. Kedua, Classic of History dikenali sebagai Kitab Sejarah (Shujing) mengandungi koleksi rekod dan kertas kerajaan yang bertarikh kira-kira 2000 tahun S.M. Ketiga, Classic of Poetry atau Classic of Songs, juga dikenali sebagai buku sajak (Shjing). Mengandungi puisi berjumlah 305 koleksi, iaitu 160 darinya adalah lagu-lagu tradisional, 105 lagu upacara-upacara tertentu dan 40 kalimat-kalimat penyembahan kepada Langit (Tien) dan nenek moyang yang bertarikh dari abad ke-11 S.M hingga abad ke-6 S.M. Keempat, Classic of Rite atau dikenali sebagai Kitab Upacara (Liji) mengandungi catatan tentang peraturan upacara istiadat di tempatawam dan peribadi yang banyak diambil semasa Dinasti Zhao. Kelima, Spring and Authumn Annals (Chunqiu) mengandungi catatan peristiwa yang berlaku di daerah Lu dari tahun 722 S.M hingga tahun 466 S.M(http://en.wikipedia.org/wiki/Four_Books_and_Five_Classics).

Pada zaman pemerintahan Dinasti Song (960 M-1279 M) Empat Buku (Shi Shu) muncul kemudiannya, namun ajaran Konfusianisme masih

Page 6: Neo Dan Konfusianisme

TUGASAN-TUGASAN FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UKM 2008/2011

6

tertakluk kepada ajaran asal Kung. Ia mengalami proses penyusunan semula kitab-kitab awal. Walaubagaimanapun, terdapat penambah-baikkan yang dilakukan terhadap beberapa aspek bagi mengikuti perkembangan zaman. Empat Buku itu adalah, pertama, The Great Learning atau dikenali sebagai Buku Jalan Besar (Da Xue) mengandungi kata-kata Kung mengenai politik (pemerintahan) dan moral. Kedua, The Doctrine of the Mean atau dikenali sebagai Buku Jalan Tengah (Zhong Yong), buku berkaitan keadaan semula jadi manusia dan hubungan manusia dengan syurga.

Ketiga, The Analects atau dikenali sebagai Buku Perbicaraan Konfusius (Lun Yu) berupa dialog antara Kung dan pengikutnya serta pengalaman hidup beliau. Keempat, The Book of Mencius atau dikenali sebagai Buku Pelajaran Mencius (Mang Tze) mengandungi tulisan Mang mengenai peraturan kerajaan, kualiti pemerintah yang baik dan nota mengenai kejadian manusia serta seumpamanya (http://en.wikipedia.org/wiki/Four_Books_and_Five_Classics).

Chun-Tze/Junzi (Manusia Agung/ Manusia Budiman)

Terdapat beberapa terjemahan yang diberikan kepada perkataan ini, iaitu manusia yang sebenarnya dan manusia yang berperibadi agung. Ia merupakan kata lawan kepada orang kecil. Chun-Tze bermaksud bererti memiliki sikap yang tetap, penuh rasa kasih sayang, mempunyai kesantunan, mempunyai hati yang terbuka dan ucapan yang sederhana dan tidak berlebih-lebihan. Seorang Chun-Tze tidak menonjolkan diri dan tidak bongkak atau sombong. Seorang Chun-Tze tidak pernah hilang penguasaan dirinya walau bagaimanapun keadaan. Ia tidak gentar menghadapi pelbagai cubaan berat. Chun-Tze tidak mendongak mukanya keatas dengan apa yang dicapai, dan tidak menundukkan mukanyadisebabkan kegagalan (Rahmat. 1979:97). Menurut Kung, hanya orang-orang seperti inilah yang mampu mendirikan asas-asas yang kuat bagi masyarakat yang beradab. Pandangan Kung tersebut mungkin lahir akibat desakan masyarakat yang ketika itu mengalami masalah keruntuhan moral walaupun kelihatan tidak. Misalnya kisah beliau berdialog dengan seorang perempuan tua yang tinggal di pedalaman hutan di Gunung Tai (Djohan. 1985:216)

Page 7: Neo Dan Konfusianisme

TUGASAN-TUGASAN FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UKM 2008/2011

7

Li (Kesusilaan)

Mempunyai dua pengertian khusus yang pertama ialah kesusilaan atau kesopanan, iaitu cara bagaimana seharusnya melakukan sesuatu perkara itu. Menurut Kung, jika seseorang harus memulai sesuatu dari awal, maka tidak banyak yang akan dapat dicapai dalam mencari kebaikkan. Oleh itu ia memerlukan contoh terlebih dahulu untuk menjadi teladan agar menjadi sesuatu yang baik. Li memberi erti yang sangat luas, namun hanya disimpulkan bagi pengertian yang pertama itu mencakupi Keserasian Nama, Ajaran Jalan Tengah (Chung Yung), Lima Hubungan Sosial (Wu Lun), Teladan Melalui Usia dan Kekeluargaan (Rahmat.1979:102).

Pengertian Li yang kedua ialah, upacara atau ibadat. Merujuk kepada pengertian yang pertama dapat dibuktikan bahawa kehidupan manusia ini telah diatur, sehingga tidak ada yang tertinggal. Menurut Kung semua perbuatan yang kita lakukan mempunyai cara-cara yang tertentu. Daripada lapisan masyarakat yang paling atas hinggalah yang dibawah. Sebagaimana pertabalan raja baru untuk dijadikan sebagai Putera Langit perlu melalui upacara tertentu, sehinggalah upacara pernikahan.

Te (Kewibawaaan)

Bererti kewibawaan mengatur manusia (Rahmat. 1979:103). Fahaman ini bertujuan bagi menyangkal pandangan kaum realistik pada zamannya yang menganggap bahawa satu-satunya pemerintahan yang berkesan adalah pemerintahan yang menggunakan kekerasan fizikal melalui kekuatan tentera dan senjata. Zaman pemerintahan Dinasti Qin (221-202 S.M) menggunakan kekerasan dan kekuatan ketenteraan dalam pemerintahan, namun ianya tidak mampu bertahan lama, Dinasti Qin berjaya menakluk seluruh wilayah China ketika itu dalam tempoh hanya sembilan tahun. Merupakan dinasti yang pertama berhasil menyatukan seluruh China dan tempoh paling singkat mentadbir China (Djohan.1985:216).

Dapat dirumuskan bahawa mandat dan kepercayaan yang diberi harus digunakan selayaknya, antara pemerintah dan rakyat saling berhubung, pemerintah yang tidak berwibawa akan menghadapi kehancuran. Kung berkata didalam ajarannya yang merujuk kepada Te, ia

Page 8: Neo Dan Konfusianisme

TUGASAN-TUGASAN FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UKM 2008/2011

8

yang memerintah dengan kebajikannya (Te) seumpama bintang kutub utara yang berada ditempatnya dan semua bintang lain menuju kearahnya (Djohan. 1985:218).

Wen (Seni Pendamaian)

Wen mempunyai maksud yang berlawanan dengan seni perang, Wenjuga berkaitan dengan musik, seni lukis, puisi, rangkaian budaya. Menurut Kung kesenian itu adalah satu medium pendidikan moral (Rahmat. 1979:105). Misalnya nyanyian kepahlawanan ataupun rentak perang akan meransang pemikiran. Ia akan mendorong semangat diri dan menjadikan seseorang itu sentiasa berwaspada dan peka, sebagaimana seorang tentera dan perajurit perang.

Ideologi utama Kung sebenarnya bukan sekadar tertumpu kepada Wen sebagai medium yang mempengaruhi seseorang. Beliau lebih jauh menyatakan bahawa kejayaan sebenar sesuatu pemerintahan bukan semata-mata terletak pada kekuatan tentera atau tanah jajahan, bahkan perlu pada aspek Wen. Negara yang mampu mengembangkan Wen yang paling tinggi, peradaban yang paling mulia, keseniaan yang paling halus dan falsafah yang paling mulia maka itu adalah kehendak sebenar pemerintahan.

Chun-Tze, Li, Te dan Wen merupakan nilai-nilai kebaikkan yang ditekankan dalam ajaran Konfusianisme dan digunapakai para pengikutnya sehingga ke hari ini.

Neo-Konfusianisme

Neo-Konfusianisme merupakan penjenamaan semula Konfusianisme berdasarkan ajaran asal, namun terdapat beberapa perkara baru yang dibincangkan. Zaman kemunculan Neo-Konfusius adalah pada zamanpemerintahan Dinasti Tang (618-907 M), menurut Russell, lebih tepat dikatakan pada kurun ke-9 masihi. Perintis kepada pemikiran Neo-Konfusius ialah Han Yu (768-829 M) dan Li Ao (772-833 M). Dengan kelebihan sebagai penguasa kerajaan pada Dinasti Tang, terdapat golongan penguasa Konfusius menyerang Buddhisme dan Taoisme. Pada

Page 9: Neo Dan Konfusianisme

TUGASAN-TUGASAN FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UKM 2008/2011

9

kurun ke-9 tersebut, seorang pegawai kerajaan yang bernama Han Yu menunjukkan kebencian terhadap Buddhisme dan Taoisme dengan lantang (Thomas & Hoobler. 1993:47). Di jelaskan lagi dengan pada tahun 841-845 M, kerajaan telah melancarkan kempen anti-Buddha. Mereka merampas tokong, dan menjadikan sami-sami sebagai pelarian agama. Dianggarkan kira-kira 4600 tokong dirampas, 40000 kubur dimusnahkan dan 260000 orang sami Buddha menjadi pelarian (Thomas & Hoobler. 1993:48).

Bibit-bibit munculnya pemikiran Neo-Konfusius bermula dengan penentangan terhadap ajaran Buddhisme dan Taoisme di dalam masyarakat cina. Mereka memasukkan prinsip-prinsip Konfusianisme dalam bentuk yang baru, namun dalam masa yang sama mereka mensintesiskan ajaran Buddhisme dan Taoisme ke dalam ajaran Konfusius bagi memenuhi keperluan tertentu. Lama-kelamaan terbentuk pembaharuan ajaran Konfusius bermula dari Dinasti Tang hingga Dinasti Qing atau Manchu (1644- 1912 M)

Menurut Russell lagi antara tokoh Neo-Konfusianisme yang terkenal mengikut dinasti, pada awal Dinasti Song pemikiran Neo-Konfusius didokong oleh Shao Yung (1011-1077 M), Chou Tun-I (1017-1073 M), Chang Tsai (1020-1077 M), Cheng Hao (1032-1085 M). Pada pertengahan Dinasti Song, Zhu Xi (1130-1200 M) dan Lu Hsiang Shan juga dikenali sebagai Lu Chiu Yuan (1139-1193 M). Pada zaman Dinasti Ming Chen Pai Sha (1428-1500 M), Wang Yang Ming (1472-1529 M) dan Kao Pan-Lung (1562-1626 M). Manakala mutakhir Dinasti Qing (Manchu) tokoh Neo-Konfusius yang terkenal ialah, Ku Yen-Wu (1613-1682 M), Tai Chen (1723-1777 M) dan Kang Yu-Wei (1858-1927 M).

Perbandingan Konfusianisme Dan Neo-Konfusianisme

Teks Berkanun atau Sumber Rujukan kepada ajaran Konfusius

Satu persamaan antara Konfusianisme dan Neo-Konfusianisme ialah mempunyai sumber rujukan atau teks agama yang sama. Lima Klasik (Wu Ching) yang dikatakan disunting sendiri oleh Kung, Kitab Puisi (Shijing), Kitab Sejarah (Shujing), Kitab Upacara (Liji), Kitab Perubahan (Yijing) dan Spring and Autumn Annals (Chunqiu). Kitab keenam, Book of Music (Yuejing) tidak lagi wujud. Walaupun Zhu Xi (Chuhsi), ahli falsafah Neo-

Page 10: Neo Dan Konfusianisme

TUGASAN-TUGASAN FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UKM 2008/2011

10

Konfusius yang terkenal merumuskan satu senarai berkanun Four Books (Si shu) – Lun Yu (Analects), Mengzi (Mencius), Da Xue (Buku Jalan Besar) dan Zhongyong (Buku Jalan Tengah) untuk digunakan dalam peperiksaan perkhidmatan awam China dari tahun 1313 hingga 1905 M, namun tidak dapat dikenalpasti secara mutlak sejauhmana Wu Ching dan Shi Shu ini diinterpretasikan dengan cara ajaran dan tafsiran yang sebenarnya. Ini menyebabkan kemunculan pelbagai sumber kreatif dan tafsiran-tafsiran asing yang mempengaruhi ideologi ajaran, semuanya mendakwa menghuraikan kesemua buku ini berlandaskan ajaran yang terawalnya (Tan. 2003:95).

Persoalan Kewujudan

Topik perbincangan Konfusianisme dan Neo-Konfusianisme ialah mengenai soalan-soalan agama yang menjurus kepada nilai-nilai kemanusiaan yang membentuk kehidupan manusia: “Apakah maksudnya menjadi manusia, berbanding dengan golongan yang tidak bertamadun ataupun binatang?” “Apakah yang membuat hidup ini berbaloi menjadi seorang manusia?” “Apakah unsur-unsur dan tabiat-tabiat baik yang diperlukan untuk menginspirasikan semua orang daripada golongan maharaja hinggalah ke petani supaya sebuah kehidupan harmoni dapat dibentuk berbanding dengan kehidupan yang huru-hara dan kemusnahan?” “Di manakah pengajaran dan pemahaman tabiat-tabiat baik ini dapat dijumpai?” Penumpuan berlegar pada aspek kehidupan.

Reaksi daripada soalan-soalan tersebut, Konfusius dan pengikut ajarannya merumus dan mendedahkan satu pemahaman yang dinamik dimana di dalam aliran pimikiran China ‘mengetahui’ adalah tidak semestinya membawa kepada kebenaran dan kefahaman mengenai perkara abstrak dan konsep menyeluruh tentang alam semula jadi. Sebaliknya, ‘mengetahui’ bagi Konfusius dan pengikutnya adalah berkenaan mengetahui bagaimana untuk menjadi cekap dalam satu hubungan dengan lainnya, bagaimana untuk memanfaatkan kemungkinan muncul dari hubungan-hubungan ini, dan bagaimana untuk amanah dalam hubungan-hubungan dan sekaligus menjadikannya sebagai asas kehidupan untuk keharmonian sosial dan keluarga. Maka, ‘mengetahui’ bagaimana untuk menjadi seorang raja atau seorang ibu bapa bukanlah terletak berdasarkan mengetahui sifat-sifat kelakuan dan

Page 11: Neo Dan Konfusianisme

TUGASAN-TUGASAN FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UKM 2008/2011

11

peranan yang sesuai yang mentakrifkan seorang raja ataupun ibu bapa, tetapi mengetahui bagaimana untuk menjalankan tanggungjawab di dalam peranan mereka sekaligus membina kepercayaan dan keselesaan untuk hidup bersama (Tan. 2003:96).

Pengikut Konfusianisme dan Neo-Konfusianisme tidak pernah memulakan pencarian mereka untuk mengenalpasti sebuah kehidupan yang tulen berdasarkan “ex nihilo” atau sebagainya, tetapi bergantung kepada inovatif, satu cara baru, iaitu melalui pemahaman rakyat terdahulunya, ikutan nenek moyang dan tradisi-tradisi yang ditingalkan, dan tradisi-tradisi Former Kings “bekas raja-raja” (XianWang), pendeta legenda Yao, Shundan Yu , dan tiga raja-raja awal dinasti Zhou, Wen, Wu dan Zhou Gong (Pembesar Zhou) sekaligus dengan ini menyediakan jawapan-jawapan yang sesuai untuk setiap peringkat umur. Konfusius and Neo-Konfusius cekap menambah tafsiran makna bagi istilah klasik daripada mencipta sistem yang benar-benar baru yang sesuai dengan kehidupan sekarang (Tan. 2003:96).

Perbahasan Metafizik

Pada era Neo-Konfusianisme ramai sarjana Konfusius menggabungkan unsur-unsur metafizik dan spiritual yang terdapat pada ajaran Buddhisme dan Taoisme ke dalam ajaran Konfusianisme. Mereka tidak menganggap tindakan-tindakan itu sebagai memutar-belitkan dan mengkhianati ajaran asal. Sebaliknya inovasi dan penggabungan itu dapat mengukuhkan kedudukan Konfusius yang mana sering diancam dua ajaran yang menjadi pesaing ideologi itu. Zhou Dunyi (Chou Tun-I) dan Shao Yongtelah menafsir semula ajaran Taoisme berkaitan metafizikal untuk dijadikan satu teori kosmologi dan metafizikal untuk diserap masuk kedalam Konfusianisme. Sementara, Chang Tsai membentuk satu fahaman atau teori material yang disebut qi (chi, “tenaga”) sebagai daya pembentukan segala sesuatu misalnya semangat, aura dan tenaga yang terdapat dalam alam semesta. Manakala, dua bersaudara Cheng Hao dan Cheng Yi merumuskan teori “prinsiple” (li) sebagai sejagat dan asal kemungkinan di mana semua hidupan adalah telah diperintah atau ditetapkan (Tan. 2003:97).

Page 12: Neo Dan Konfusianisme

TUGASAN-TUGASAN FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UKM 2008/2011

12

Li yang dimaksudkan oleh tokoh Neo-Konfusianisme tidak merujukkan kepada Li (Kesusilaan) yang diajarkan oleh Kung. Ia memberi pengertian yang berbeza. Zhu Xi (1130-1200 M) merupakan salah seorang tokoh Neo-Konfusius zaman Dinasti Song yang berjaya menggabungkan konsep-konsep metafizik yang diketengahkan oleh tokoh sebelumnya. Isu yang dibincangkan oleh beliau adalah berkaitan Li, secara muktamadnya Li mempunyai maksud yang luas, bagi memudahkan penjelasan, Zhu Xiterpengaruh dengan ideologi Mang yang menyatakan asal kejadian manusia adalah bersifat baik, namun jika tidak dididik kearah kebaikkan maka ia akan menjadi jahat. Berdasarkan itu, Zhu Xi merumuskan Li(prinsip asas atau Kuasa Universal) dapat digambarkan dan dijelaskan dengan potensi-potensi Qi (Chi atau tenaga) dalam membentuk kehidupan. Zhu Xi mendakwa Li (prinsip) adalah kebaikkan, dan kejahatan timbul bukan dari Li (prinsip) tetapi akibat daripada Qi atau Chi (tenaga yang buruk), Tujuan pendidikan ialah untuk memperolehi pengetahuan tentang bagaimana memperolehi Li (Tan. 2003:98).

Kesimpulan

Walaupun pada awalnya Konfusianisme merupakan ajaran moraliti dan pemangkin Humanistik. Perkara yang didiamkan tidak bermaksud ajaran itu tidak menerimanya, semuanya berbalik kepada motif ajaran itu sendiri. Ajaran Kung sangat menekankan aspek kehidupan yang baik melalui nilai-nilai yang diajarkan, boleh dikatakan mungkin ketika itu pengajaran atau perbahasan tentang hal abstrak tidak diperlukan. Dalam masa yang sama Kung juga merupakan darah keturunan cina yang sejak zaman berzaman lagi mengamalkan sembahan-sembahan kepada perkara metafizika. Hal ini cukup membuktikan bahawa pengasas ajaran Konfusianisme juga mempercayai perkara-perkara metafizik.

Zaman terus berubah menyebabkan ajaran Konfusianisme memerlukan suatu yang baru mengikut kehendak zaman, maka dengan itu idea-idea baru perlu diterapkan dalam ajaran, tidak lagi halnya terhadap moral, tatatertib, pendidikan dan pemerintahan. Persoalan tentang metafizik juga telah dibahaskan dengan berkonsep pada era Neo-Konfusianisme. Perkara tersebut mampu menjadikan ajaran Konfusianisme sebagai sebuah ‘agama’ yang lahir dari budaya

Page 13: Neo Dan Konfusianisme

TUGASAN-TUGASAN FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UKM 2008/2011

13

masyarakat, kerana sebagaimana jelas diketahui bahawa ciri-ciri sebuah agama adalah, mencakupi hal akidah, syariah dan akhlak.

Secara ironinya terdapat sedikit perbezaan antara Konfusianisme dan Neo-Konfusianisme pada persoalan-persoalan tertentu, namun harus diingatkan bahawa ia adalah proses perkembangan sesebuah agama, ia perlu melalui tahap-tahap tertentu bagi menjawab persoalan kehidupan secara menyeluruh.

Rujukan

al-QuranAbdul Salam Yussof. 2010. Idea-Idea Pendidikan Berkesan Al-Ghazali &

Konfusius. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.Djohan Effendi. 1985. Agama-Agama Manusia. Jakarta: Yayasan Obor

Indonesia.http://en.wikipedia.org/wiki/Four_Books_and_Five_Classics.12/01/11.

12:27amJoyce. M.H. 2006. Kamus DwiBahawa Oxford Fajar. Selangor:

Oxford Fajar Sdn. Bhd.Mary P.F. 2008. Living Religions 7th Ed. New Jersey: Pearson

Education Inc.Mohd Rafai. 1976. Perbandingan Agama. Jakarta: P.T Jayamurni.Rahmat S.H. 1979. Dari Adam Sampai Muhammad. Kota Bharu:

Pustaka Aman Press.Tan. J.Y. New Catholic Encyclopedia, 2nd. Ed. (2003), Vol. 4, pp. 95-99.

CONFUCIANISM AND NEO-CONFUCIANISM JOURNAL. Thomas & Hoobler.D. 1993. Confucianism World Religion. New York:

Brown Publishing. Waley.A. 1971. The Analects of Confucius. London: George Allen &

Unwin Ltd.Zimmermann. A.W & Meade. M &. 1966. Religions of The World.

Edinburgh: Holmes McDougall Ltd.

Nukilan ini dibuat semasa penulis mula berkenalan dengan alam ilmu. Oleh sebab itu ia masih tertakluk kepada salah dan benar. Seandainya ada kesilapan harap dibetulkan. Dan penulis menyeru kepada saudara /ri yang membaca agar tidak hanya menerima mentah setiap tulisan, sila rujuk pada rujukan yang berautoriti dan bertanya kepada orang yang lebih mengetahui. Cintailah ilmu. Assalamualaikum.

Page 14: Neo Dan Konfusianisme

TUGASAN-TUGASAN FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UKM 2008/2011

14