Nilai Murni Masyarakat Malaysia

11
Pengenalan Wawasan 2020 dengan yakin dan jelasnya akan berusaha mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu dengan masyarakat Malaysia yang mempunyai keyakinan diri dan mempunyai nilai-nilai moral dan etika yang utuh, hidup dalam masyarakat yang demokratis, liberal lagi bertolak ansur, penyayang, adil dan saksama ekonominya, progresif dan makmur dan sepenuhnya menguasai ekonomi yang mampu bersaing, dinamis, kukuh serta mempunyai daya ketahanan. Dengan kata lain, pemimpin negara berhasrat untuk mewujudkan Malaysia sebagai sebuah negara yang bertamadun tinggi melalui pencapaian status ekonomi yang berdaya maju serta nilai akhlak masyarakat yang tinggi melalui beberapa dasar termasuk Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam 1985. Perdana Menteri ada menyatakan “ Nilai-nilai Islam yang hendak diserapkan ialah nilai-nilai yang akan berjaya mendirikan sebuah kerajaan yang cekap dan berkemampuan mentadbir secara berkesan dari segi keamanan. Keselamatan dan pembangunan yang mampu menyaingi pemerintahan-pemerintahan lain”. 1 Definisi Nilai Murni Nilai murni dapat didefinisikan sebagai perlakuan yang baik, peradaban dan tatasusila individu manusia dalam hubungannya 1 Mahathir Mohamad, “ Penerapan Nilai-Nilai Islam”, dalam INTAN, Nilai dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam, 1991, ms 13,

description

asaimen

Transcript of Nilai Murni Masyarakat Malaysia

Page 1: Nilai Murni Masyarakat Malaysia

Pengenalan

Wawasan 2020 dengan yakin dan jelasnya akan berusaha mewujudkan sebuah negara

yang bersatu padu dengan masyarakat Malaysia yang mempunyai keyakinan diri dan mempunyai

nilai-nilai moral dan etika yang utuh, hidup dalam masyarakat yang demokratis, liberal lagi

bertolak ansur, penyayang, adil dan saksama ekonominya, progresif dan makmur dan

sepenuhnya menguasai ekonomi yang mampu bersaing, dinamis, kukuh serta mempunyai daya

ketahanan.

Dengan kata lain, pemimpin negara berhasrat untuk mewujudkan Malaysia sebagai

sebuah negara yang bertamadun tinggi melalui pencapaian status ekonomi yang berdaya maju

serta nilai akhlak masyarakat yang tinggi melalui beberapa dasar termasuk Dasar Penerapan

Nilai-Nilai Islam 1985.

Perdana Menteri ada menyatakan “ Nilai-nilai Islam yang hendak diserapkan ialah nilai-

nilai yang akan berjaya mendirikan sebuah kerajaan yang cekap dan berkemampuan mentadbir

secara berkesan dari segi keamanan. Keselamatan dan pembangunan yang mampu menyaingi

pemerintahan-pemerintahan lain”.1

Definisi Nilai Murni

Nilai murni dapat didefinisikan sebagai perlakuan yang baik, peradaban dan tatasusila

individu manusia dalam hubungannya sesama manusia, alam dan tuhan. Wan Mohd. Zahid

mentakrifkan nilai murni sebagai:

"Nilai-nilai murni merupakan tanggapan berkenaan perkara-perkara yang dihajati dan

pada masa yang sama juga menjadi kriteria atau ukuran. Nilai-nilai murni sesuatu masyarakat

biasanya diasaskan kepada agama. Memang menjadi tujuan semua agama, untuk membentuk

kehidupan penganutnya untuk menjadi baik dan berakhlak mulia"

(Wan Mohd. Zahid, 1988)

1 Mahathir Mohamad, “ Penerapan Nilai-Nilai Islam”, dalam INTAN, Nilai dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam, 1991, ms 13,

Page 2: Nilai Murni Masyarakat Malaysia

Secara keseluruhannya, ianya merupakan nilai yang positif yang boleh diterima oleh

pelajar dan masyarakat. Dalam pendidikan penerapan nilai yang pertama kali secara rasminya

diberi penekanan ialah melalui Laporan Kabinet (Laporan Mahathir 1979), 1989. Semasa Datuk

Sri Anwar Ibrahim menjadi pemimpin Kementerian Pendidikan beliau membuat penyataan

mengenai FPN & KBSM yang mana menyelitkan isu-isu nilai murni untuk diterapkan kepada

pelajar-pelajar dan guru-guru dalam melahirkan insan yang seimbang dan harmoni, bukan sahaja

dari segi intelek, tetapi juga emosi, rohani dan jasmani.

Nilai Murni Yang Terdapat Dalam Masyarakat Malaysia

Mengukuhkan nilai-nilai murni dalam kehidupan masyarakat Malaysia amat penting bagi

menangani pelbagai isu dan masalah yang dihadapi. Ketandusan nilai-nilai murni merupakan

salah satu sebab utama meningkatnya gejala keruntuhan moral dan krisis sosial yang begitu

meluas dan sukar dibendung. Walaupun terdapat banyak nilai murni yang menjadi amalan dan

tuntutan, namun terdapat beberapa nilai murni yang utama yang menjadi agenda penting kepada

pembangunan masyarakat dan negara. Antaranya ialah nilai hormat menghormati, nilai

berhemah tinggi, nilai kejujuran dan amanah, nilai berdikari serta nilai kerajinan dan daya usaha,

Hormat-menghormati merupakan nilai murni yang perlu dipupuk bagi menguatkan

hubungan dan kemesraan. Masyarakat yang bermoral dan berhemah ialah masyarakat yang

sentiasa menghargai nilai hormat-menghormati. Ini bercanggah dengan sikap angkuh,sombong,

dan kurang ajar yang boleh menjadikan aspek-aspek moral masyarakat itu rendah dan tidak dapat

menghargai pentingnya kemuliaan dalam kehidupan. Memuliakan orang lain dengan memberi

penghormatan tanpa mengira umur, kedudukan, status dan pengaruh menjadi lambang kekuatan

moral sesuatu masyarakat. Menghormati orang-orang yang penting dalam masyrakat seperti

profesor, guru, doktor, peguam, ibu bapa, tokoh agama, pegawai dan ahli politik merupakan satu

amalan yang perlu dipertahankan dalam masyarakat timur. Menghormati ibu bapa dan pemimpin

juga merupakan satu nilai murni yang dapat mengeratkan perasaan dan sentimen kasih sayang.

Nilai-nilai murni ini tidak boleh ditepikan kerana memuliakan orang lain dalam kehidupan

merupakan satu nilai murni yang perlu dihargai dan dipertahankan. Nilai hormat-menghormati

amat penting dalam masyarakat berbilang kaum yang mempunyai perbezaan dari segi

kebudayaan dan agama

Page 3: Nilai Murni Masyarakat Malaysia

Berhemah tinggi juga merupakan nilai murni yang terdapat dalam masyarakat Malaysia.

Nilai ini merupakan nilai peribadi atau nilai personal yang ada pada orang yang mempunyai cita-

cita dan perjuangan yang mulia. Nilai berhemah tinggi dapat menguatkan keazaman seseorang

untuk mengangkat diri menjadi terbilang dan disanjungi. Dengan idealisme dan nilai-nilai murni

yang dimiliki, seseorang dapat mengangkat diri ke mercu kejayaan dan kegemilangan.

Masyarakat yang berhemah tinggi mempunyai idealisme dan falsafah hidup untuk

membina kebaikan. Mereka berjuang ke arah kebaikan dan menolak sebarang kemungkaran atau

kejahatan. Pendidikan perlu membentuk individu supaya mempunyai nilai berhemah tinggi.

Orang yang berhemah tinggi mempunyai kualiti moral dan sahsiah yang baik.

Jujur dan amanah turut merupakan nilai murni yang amat penting dalam kehidupan

individu dan masyarakat. Masyarakat perlu menghargai dan mempertahankan nilai jujur dan

amanah supaya tidak timbul perbuatan dan tingkah laku yang tidak bermoral dan tidak berakhlak

seperti menipu, mencuri, pecah amanah, tidak boleh dipercayai dan tidak bertanggungjawab.

Masyarakat tidak boleh memandang ringan perbuatan keji yang melanggar nilai kejujuran dan

amanah. Golongan muda perlu dilatih supaya jujur dan amanah dalam semua urusan, pekerjaan,

hubungan dan tanggungjawab. Pengaruh kebendaan, perasaan tamak haloba dan keinginan cepat

kaya menyebabkan golongan peniaga sanggup melanggar etika dengan bersikap tidak jujur dan

tidak amanah dalam urusan perniagaannya. Nilai jujur dan amanah merupakan nilai etika yang

sangat penting dalam semua profesion yang perlu dipertahankan. Masyarakat dan negara akan

musnah sekiranya nilai kejujuran dan amanah tidak menjadi prinsip dalam membina kehidupan

dan menegakkan keadilan. Oleh itu, institusi pengurusan, kewangan dan institusi sosial lain yang

bertanggungjawab menjaga kepentingan orang ramai dan kepentingan negara perlu bertindak

berasaskan kepada lunas-lunas kejujuran dan amanah.

Selain itu, berdikari juga merupakan nilai murni yang menjadi asas untuk membentuk

individu dan masyarakat yang berdaya maju. Ianya merupakan kebolehan dan kesanggupan

seseorang melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain. Berdikari dalam konteks ini

membawa pengertian bertanggungjawab, berupaya bertindak sendiri serta yakin pada diri sendiri.

Page 4: Nilai Murni Masyarakat Malaysia

Bertanggungjawab merupakan kesanggupan seseorang untuk memikul tugas atau

kewajipan serta melakukannya dengan sempurna. Antara ciri-cirinya ialah menjalankan tugas

yang diamanahkan dengan kesungguhan dan kegigihan, mengutamakan keselamatan dan

kebajikan keluarga, bertanggungjawab pada diri sendiri, keluarga, masyarakat, agama dan negara

serta percaya kepada kemampuan diri sendiri. Dalam masyarakat membangun seperti Malaysia,

meningkatkan nilai tanggungjawab sosial sangat penting untuk menjadikan masyarakat Malaysia

lebih prihatin terhadap kepentingan menjamin keadilan, kebajikan dan perlindungan terhadap

dasar-dasar yang membri kesan buruk, sama ada kepada golongan tertentu atau masyarakat

umumnya.

Berupaya bertindak sendiri pula bermaksud seseorang itu sanggup dan boleh melakukan

sesuatu untuk diri sendiri tanpa mengharapkan orang lain. Antara ciri-cirinya ialah menunjukkan

daya kreativiti dan inisiatif, berpandangan jauh, menggunakan pengertahuan, pengalaman dan

kebolehan untuk menjalankan tugas serta menggunakan masa dengan berfaedah.

Selain itu, antara pengertian berdikari juga ialah yakin pada diri sendiri. Ianya bermaksud

percaya kepada kebolehan diri sendiri dan sanggup bertindak. Antara ciri-cirinya ialah suka

mencuba dan tidak meniru, bersikap ingin maju dan membawa perubahan kepada masyarakat

dan negara, cuba mengatasi masalah sebelum meminta bantuan orang lain, mempunyai azam dan

tekad serta mempunyai daya diri untuk meneruskan kerja yang kuat.

Disamping itu, nilai kerajinan dan daya usaha turut sama merupakan satu nilai murni

yang penting bagi masyarakat Malaysia. Hasrat bagi membangunkan Malaysia sebagai sebuah

negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020 antaranya bergantung kepada nilai kerajinan dan

daya usaha yang membolehkan produktiviti dan sumbangan yang tinggi individu kepada

pembangunan negara. Bangsa yang rajin dan berdaya usaha akan dapat menguasai pelbagai

kemahiran, sumber modal, peluang dan dapat meningkatkan taraf hidup bagi mencapai

kemakmuran dan kemewahan.

Nilai kerajinan dan daya usaha perlu dipupuk dengan menggunakan kaedah yang

berkesan, teknologi yang memudahkan kerja dan dapat mempertingkatkan pengeluaran.

Golongan muda perlu mempunyai nilai kerajinan dan daya usaha bagi menentukan masa depan

Page 5: Nilai Murni Masyarakat Malaysia

dan kehidupan mereka lebih baik dan terjamin. Kemiskinan dan kemunduran yang mencengkam

kehidupan sebahagian masyarakat Malaysia boleh ditangani dengan berkesan sekiranya anggota

masyarakat mempunyai nilai kerajinan dan daya usaha. Bagi membangun dan mengubah nasib,

seseorang perlu gigih berjuang, rajin dan melakukan pelbagai daya usaha. Daya usaha

bermaksud ikhtiar dan mencari jalan yang berkesan untuk mengatasi dan menangani masalah

yang dihadapi. Tidak ada jalan singkat bagi seseorang untuk mencapai kejayaan demi kemajuan.

Kejayaan yang dicapai hasil daripada kerajinan dan daya usaha mempunyai nilai yang tinggi

kerana banyak pelajaran yang diperoleh bagi menghadapi cabaran dan rintangan.

Kepentingan Nilai-Nilai Murni Dalam Pembentukan Sahsiah Pelajar Universiti

Di Institusi Pengajian Tinggi, pembangunan sahsiah dan personalia tidak hanya tertumpu

kepada pencapaian dan perkembangan akademik semata. Kepentingan akademik harus

merangkumi kepentingan sikap, nilai-nilai murni, etika dan akauntabiliti terhadap diri, keluarga,

masyarakat, negara dan ummah.

Oleh itu, pendidikan di kuliah tidak hanya dalam batas ‘exam-oriented’. Pendidikan

dalam konteks yang mengambil kira pembangunan hati dan sahsiah agar kekuatan akliah sentiasa

dipandu. Pendekatan sebegini yang sepatutnya dituntut kerana cabaran kepimpinan dan

kepengikutan, cabaran profesionalisme, cabaran pengurusan dan penyelidikan menuntut

personalia yang mampu menghasilkan kecemerlangan. Oleh itu universiti sewajarnya dapat

melakukan integrasi antara keduanya.

Dalam menuntut ilmu, sikap hormat menghormati adalah sesuatu yang sangat dituntut.

Sikap ini juga sangat penting dalam pembentukan sahsiah pelajar universiti. Sebagai pelajar

universiti, kita bukan sahaja wajib hormat kepada ibu bapa, pensyarah-pensyarah malah kepada

rakan-rakan kita juga. Saling hormat-menghormati bermaksud kita bukan sahaja mengharapkan

orang lain menghormati kita, tetapi dalam masa yang sama juga kita perlu menghormati orang

lain. Kita perlu hormat pendapat orang lain walaupun pendapat itu tidak sama dengan kita.

Apabila kita saling hormat-menghormati, kita akan menjadi seronok untuk belajar. Pelajaran

juga mudah masuk ke dalam minda kita. Oleh itu, amalkan budaya hormat-menghormati supaya

hidup kita lebih ceria, gembira, seronok, mudah mempelajari ilmu, tidak ada musuh dan yang

paling penting hidup kita dirahmati Allah.

Page 6: Nilai Murni Masyarakat Malaysia

Di samping itu, sikap berhemah tinggi juga penting dalam pembentukan sahsiah pelajar

universiti. Sikap ini dapat menguatkan perpaduan di antara pelajar yang terdiri daripada pelbagai

kaum dan agama. Perpaduan merupakan perkara yang mustahak untuk mengekalkan

keharmonian dan kedamaian rakyat di Malaysia. Ianya juga dapat melahirkan pelajar universiti

yang mempunyai akhlak dan sahsiah terpuji. Pelajar yang berhemah tinggi akan menjaga adab

pergaulan dengan rakan-rakan mereka disamping beradab dengan para pensyarah.

Selain itu, nilai kejujuran dan amanah juga sangat penting dalam pembentukan sahsiah

pelajar universiti. Kejujuran sangat penting dalam kehidupan. Ianya merupakan salah satu nilai

dasar yang menjadi penentu kepada kesempurnaan iman. Dalam konteks pelajar universiti, para

pelajar yang mengamalkan sifat amanah ini akan sentiasa berusaha untuk mencapai kejayaaan

yang cemerlang dalam hidup kerana merasakan tanggungjawab sebagai seorang pelajar itu

adalah suatu amanah yang besar dalam hidup mereka. Ianya juga akan mewujudkan suasana

pembelajaran yang meletakkan nilai kejujuran itu di tempat tertinggi. Jadi tidak akan timbul isu

meniru hasil kerja rakan dalam menyiapkan tugasan yang diberi oleh pensyarah dan dapat

mengelakkan berlakunya kes meniru dalam peperiksaan. Di samping itu, pelajar juga tidak akan

menyalahgunakan biasiswa atau wang yang diberikan oleh ibu bapa pada perkara yang tidak

berfaedah.

Sikap berdikari turut memainkan peranan yang penting dalam pembentukan sahsiah

pelajar universiti. Sikap ini akan membentuk sikap yang seimbang sama ada dari segi fizikal

mahupun mental. Pelajar akan sentiasa bersikap sedia bagi menghadapai sebarang risiko dan

menangani masalah dengan sebaik mungkin. Sebagai contoh, pelajar universiti memerlukan

wang yang banyak bagi menampung perbelanjaan di universiti. Jadi bagi pelajar yang

mempunyai sikap berdikari, mereka akan mencari sumber kewangan sendiri seperti bekerja

secara sambilan.

Bagi pelajar yang mengamalkan sikap berdikari juga, mereka tidak akan teragak-agak

untuk membuat pilihan. Ini kerana mereka yakin terhadap kemampuan mereka sendiri dalam

melakukan sesutau pekerjaan. Sikap ini akan menjadikan seseorang itu kreatif serta berupaya

menghasilkan kerja yang berkualiti. Mereka juga akan sentiasa berfikir untuk menaik taraf hidup

Page 7: Nilai Murni Masyarakat Malaysia

dan berusaha memperbaiki diri sendiri.Kesimpulannya, sikap berdikari amat penting dalam diri

setiap manusia untuk memantapkan diri dan menyediakan kekuatan diri dalam menghadapi

pelbagai cabaran hidup.

Kerajinan dan daya usaha juga menyumbang ke arah melahirkan pelajar universiti yang

mempunyai sahsiah yang tinggi. Nilai ini sangat penting bagi mewujudkan budaya ilmu yang

cemerlang di universiti. Ianya juga dapat mewujudkan persaingan yang sihat di antara pelajar di

samping dapat meningkatkan taraf akademik di universiti. Para pelajar yang mengamalkan sikap

rajin ini akan menggunakan masa terluang dengan melakukan aktiviti yang berfaedah serta dapat

menangani budaya melepak di kalangan remaja.

Kesimpulan

Nilai-nilai murni masyarakat Malaysia perlu dipupuk bagi membentuk masyarakat

Malaysia yang berdaya maju dan harmoni. Pada umumnya, nilai-nilai murni mengalami

perubahan dan penyesuaian dan dalam sesetengah keadaan, nilai-nilai murni semakin pupus

kerana masyarakat tidak komited untuk mempertahankan nilai-nilai tersebut. Dilema nilai

berlaku disebabkan pertembungan nilai-nilai murni mengikut perspektif dan motif yang berbeza.

Kesimpulannya, memang benar kecemerlangan akademik adalah ukuran terhadap

pencapaian,namun pencapaian itu akan lebih bermakna lagi sekiranya kecemerlangan akademik

seiring dengan upaya kepimpinan, sikap yang dinamik, budaya tinggi yang menjadi prasyarat

kepada kecemerlangan yang sebenar-benarnya.