nilai tambah seorang guru

65
Kemahiran belajar Definisi Kemahiran belajar adalah sistem sistematik dan teratur untuk memperoleh dan memproses maklumat dan ditakrifkan sebagai satu keupayaan dan kecekapan yang perlu dikuasai oleh pelajar untuk membolehkannya mengumpul, Elemen-elemen dalam Kemahiran Belajar Kemahiran Mendengar Kemahiran Membaca Kemahiran mencatat nota Kemahiran menulis Kemahiran menemu ramah Kemahiran membuat rujukan Kemahiran mengingat

description

artikel yang berkisar mengenai nilai yambah seorang guru dan beberapa maklumat mengenainya

Transcript of nilai tambah seorang guru

Page 1: nilai tambah seorang guru

Kemahiran belajar

1

Definisi

Kemahiran belajar adalah sistem sistematik dan teratur untuk

memperoleh dan memproses maklumat dan ditakrifkan

sebagai satu keupayaan dan kecekapan yang perlu dikuasai

oleh pelajar untuk membolehkannya mengumpul, memproses

dan merumus maklumat secara kendiri dan seterusnya

menuju ke arah pembelajaran sepanjang hayat.

Elemen-elemen dalam Kemahiran Belajar

Kemahiran Mendengar

Kemahiran Membaca

Kemahiran mencatat nota

Kemahiran menulis

Kemahiran menemu ramah

Kemahiran membuat rujukan

Kemahiran mengingat

Page 2: nilai tambah seorang guru

Kemahiran mendengar

Mendengar adalah salah satu kemahiran yang terpenting dalam kehidupan

seharian. Telinga adalah alat untuk seseorang itu mendengar. Sebab itulah kerajaan

telah menggubalkan kurikulum supaya kemahiran mendengar diterapkan dalam

pembelajaran dan pengajaran (P&P). Di sekolah pelajar lebih banyak menggunakan

deria dengar daripada deria lain.

2

Kepentingan kemahiran mendengar

Kemahiran asas yang

paling kerap digunakan

semasa berkomunikasi

dengan pelajar.

Guru memerlukan

menggunakan lisan

kerana terdapat banyak

fakta dan pengetahuan

yang perlu disampaikan

kepada pelajar.

Guru memberi kuliah

dan penjelasan

terutamanya isi pelajaran

yang abstrak dan

konseptual.

Page 3: nilai tambah seorang guru

Teknik latihan kemahiran mendengar dalam P&P

1. Jawapan kepada soalan murid jangan diulangi. Ini bermakna guru hanya

menyebut sekali sahaja jawapan kepada murid-murid dan tidak mengulanginya

buat kali kedua.

2. Lebihkan kegiatan lisan iaitu bertutur dan mendengar.

3. Aktiviti mendengar seharusnya diikuti dengan aktiviti bertutur, membaca dan

menulis.

4. Kekuatan pertuturan antara guru dan murid jangan terlalu kuat atau terlalu

rendah.

Jenis-jenis kemahiran mendengar

a) Mendengar secara pasif

Merupakan peringkat mendengar yang paling rendah.

Pendengar pada peringkat ini tidak berupaya menangkap keseluruhan

makna dalam sesuatu pertuturan atau percakapan yang didengarnya.

Bahan yang tidak menarik merupakan salah satu faktor yang

menyebabkan pendengar atau pelajar mendengar secara pasif.

b) Mendengar tanpa tindak balas.

Ini bermaksud pelajar-pelajar mendengar tetapi tidak membuat sebarang

tindakan selepas itu.

c) Mendengar secara membuak-buak

Jenis mendengar pada peringkat ini berlaku kepada pelajar bahasa

pertama.

Pelajar hanya memilih kata-kata atau rangkai kata yang didengar dan

mengambilnya untuk tujuan tertentu.

3

Page 4: nilai tambah seorang guru

Pada peringkat ini, kemahiran mendengar pelajar yang menuturkan

bahasa itu masih rendah.

d) Mendengar secara beremosi

Pada peringkat ini pendengar sudah mula mempunyai kemahiran dalam

bahasa yang dituturkan.

Ini kerana, pendengar dapat merasakan sesuatu sehingga

merangsangkan emosinya.

e) Mendengar secara berhati-hati

Mendengar di peringkat ini memerlukan seseorang itu mendengar dengan

teliti dan secara bersungguh-sungguh.

Tujuan mendengar dengan teliti setiap perkara yang dilafazkan itu adalah

untuk menentukan supaya butiran yang dituturkan itu dapat difahami

dengan tepat dan betul.

f) Mendengar secara kritikal

Mendengar secara kritikal biasanya berlaku setelah seseorang itu dapat

menguasai kemahiran berbahasa dengan baik.

Pada peringkat ini kemahiran mendengar itu telah mencapai tahap yang

tinggi dan menyebabkan pelajar itu dapat menentukan kesahihan fakta

yang didengar.

g) Mendengar secara pengamatan

Mendengar dengan pengamatan biasanya berlaku dalam kalangan pelajar

yang sudah boleh berfikir secara kritikal.

4

Page 5: nilai tambah seorang guru

Pengalaman pendengar merupakan proses yang bermakna dalam

peringkat mendengar ini.

5

Page 6: nilai tambah seorang guru

Kemahiran membaca

Kemahiran membaca adalah salah satu kemahiran yang penting dalam kehidupan dan

bukan setakat untuk pembelajaran sahaja. Memandangkan pelajar mempunyai cara

hidup yang tertentu iaitu belajar, maka untuk hidup berjaya sebagai seorang pelajar

adalah perlu mempunyai kemahiran membaca yang cekap.

6

Kemahiran yang digunakan semasa

membaca

a) Sebelum membaca: Menentukan bahan yang akan dibaca Menentukan cara bahan disusun Tujuan membaca

b) Semasa membaca

Mengenal pasti isi-isi penting Menghubungkan idea-idea Meramal apa yang akan

berlaku.

c) Selepas membaca

Menyoal soalan kritis. Menganalisis teknik dan

bahasa penulis.

Page 7: nilai tambah seorang guru

Jenis-jenis kemahiran membaca

Skimming/luncuran

Scanning/imbasan Bacaan intensif Bacaan laju

Definisi Membaca untuk

mendapatkan

maklumat secara

ringkas dan pantas

tetapi menyeluruh

tentang sesuatu

perkara atau

maklumat

daripada bahan

yang dibaca

Membaca untuk

mendapat

maklumat

berdasarkan

persoalan yang

dikemukakan.

Membaca untuk

mendapatkan

maklumat

terperinci teks

yang panjangnya

terhad dalam

masa yang

ditetapkan..

Membaca

dengan laju

dan lancar

dan

memahami

dengan

serentak.

Cara Membaca tajuk,

pendahuluan dan

rumusan sesuatu

dokumen atau

maklumat

Membaca

kandungan bab

dengan pantas

dan mencatat kata

kunci dan konsep.

Memberikan

tumpuan dan

fokus sesuatu

isu/permasalahan.

Menggunakan

masa tertentu.

7

Page 8: nilai tambah seorang guru

Kemahiran mencatat nota

Mencatat nota ialah mengambil isi-isi penting daripada apa yang disyarahkan. Isi-isi

penting ialah isi pokok jika tidak dicatat akan menyebabkan keseluruhan fakta tidak

lengkap atau tidak berkait.

8

Ciri-ciri nota yang baik

Mengandungi rangka kasar sahaja

Catatannya terang dan

boleh dibaca

Terdiri daripada isi-isi

penting sahaja

Menggunakan kata kunci,

simbol dan singkatan

yang mudah difahami

Mengandungi lakaran grafik

Page 9: nilai tambah seorang guru

Kemahiran menulis

Kemahiran menulis mempunyai dua bahagian iaitu:

Menulis cepat Menulis laporan

Menulis cepat

Menulis cepat ditafsirkan sebagai kemahiran menulis dengan kepantasan yang tinggi

dan tulisannya boleh dibaca dengan jelas oleh orang lain.

Unsur-unsur dalam menulis cepat

9

Kelajuan menulis

Tulisan yang boleh dibaca

Kandungannya mudah difahami

Page 10: nilai tambah seorang guru

Unsur-unsur dalam menulis laporan

10

Menyediakan kerangka

laporan

Menulis draf pertama dan

sumber yang diperolehi

Melengkapkan penulisan

dengan grafik dan jadual

Page 11: nilai tambah seorang guru

Kemahiran mengingat

Kemahiran mengingat ialah proses yang berkaitan dengan kefahaman dan

penggunaan deria dan lihat yang baik. Kemahiran ini juga berkaitan dengan proses

mengingat kembali dengan menyebut atau menulis fakta dan peristiwa yang berlaku

selepas beberapa lama.

Jenis-jenis ingatan

Ingatan jangka pendek

- Maklumat tersimpan sebentar sahaja

11

Page 12: nilai tambah seorang guru

Ingatan jangka panjang

- Maklumat yang tersimpan sebentar direkodkan

supaya kekal dalam kepala.

Cara-cara mengingat

1. Buat cerita

2. Cara irama

3. Gunakan alat mengingat

4. Membuat cerita

5. Cara keseluruhan

6. Dengan kefahaman

7. Lakonan

8. Gunakan apa yang dibaca

9. Senarai semak

10.Akronim

Kemahiran menemu ramah

Maklumat boleh didapati dengan menemu ramah individu seperti tokoh, pakat dalam

bidang tertentu. Kemahiran menemu ramah memerlukan persediaan pada peringkat

awal, semasa pelaksanaan dan selepas.

Persediaan menemu ramah

Sebelum menemu ramah Semasa menemu ramah Selepas menemu ramah

1. Kesesuaian tokoh

dengan apa yang

hendak dikaji.

1. Menepati masa

2. Soalan hendaklah

relevan

1. Telitikan maklumat

yang dicatat dan

bina kerangka.

2. Lengkapkan

12

Page 13: nilai tambah seorang guru

2. Menentukan tajuk

atau tugasan, masa

temu janji dan

soalan-soalan temu

ramah.

3. Merakamkan hasil

temu ramah

sekiranya perlu

maklumat yang

kurang lengkap

3. Tambahkan gambar,

grafik dan lakaran.

Konsep Pembelajaran Kontekstual

Menurut John Dewey (1916), pembelajaran kontekstual merupakan satu

keadaan di mana pelajar akan belajar dengan baik jika apa yang dipelajari berkaitan

dengan apa yang berlaku di persekitaran. Pembelajaran ini menekankan pada daya fikir

yang tinggi, pemindahan ilmu pengetahuan, pengumpulan dan penganalisis data, dan

pemecahan masalah-masalah tertentu samada secara individu atau berkumpulan.

Kontekstual dari ayat asalnya dalam Bahasa Inggeris (asal bahasa Latin con = with +

textum = woven) bermaksud mengikut konteks atau dalam konteks. Konteks pula

membawa maksud keadaan, situasi dan kejadian.

13

Page 14: nilai tambah seorang guru

Pembelajaran konteksual merupakan satu model dinamik dan terbuka. Strategi

ini dapat memastikan pelajar disediakan peluang untuk menjadikan pembelajaran

bermakna melalui pengalaman dan informasi, dan menggunakan pengalaman serta

informasi demi membina pengetahuan sendiri. Kaedah kontekstual adalah berasaskan

maksud kontekstual itu sendiri, di mana ia mampu membawa pelajar ke matlamat

pembelajaran isi dan konsep yang berkenaan. Ringkasnya, pembelajaran

kontekstualisme ialah satu kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan

dengan pengalaman harian, individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Pembelajaran

jenis ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti ‘hands-on’

dan ‘minds-on’.

14

Page 15: nilai tambah seorang guru

Kepentingan Pembelajaran Kontekstual Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Pendekatan kontekstual merupakan pendekatan yang menekankan kepada

dunia kehidupan sebenar murid-murid. Ini bermakna, pembelajaran adalah berkisar

kepada konteks kehidupan sebenar dan cara ini sudah tentu akan lebih mudah

memberi kefahaman kepada murid-murid tentang konsep-konsep berkaitan.

Selain itu, pembelajaran ini juga boleh dilaksanakan secara koperatif dan

melibatkan penggunaan bahasa. Pembelajaran sebagai aktiviti sosial ini amat

menggalakkan interaksi dan perbincangan sesama murid atau antara murid dan guru.

Dengan cara ini proses pembelajaran murid akan berlaku dengan lebih mudah. Ini

sudah tentu dapat memastikan objektif pelajaran yang telah ditetapkan dalam

perancangan pelajaran ini dapat dicapai dalam sesi praktik yang akan dilaksanakan

nanti.

Bagi guru pula, pendekatan pengajaran ini sudah tentu menggalakkan mereka

memilih dan membina persekitaran pembelajaran yang menggabungkan pengalaman-

pengalaman yang mereka lalui seberapa banyak yang boleh. Pengalaman-pengalaman

yang dilalui termasuklah dari aspek sosial, fizikal, psikologikal, ke arah mencapai hasil

pembelajaran yang diinginkan.

Berdasarkan persekitaran sedemikian, pelajar menemui perhubungan yang

bermakna antara idea abstrak dan aplikasi praktikal dalam konteks alam yang nyata.

Penghayatan konsep diperoleh melalui proses penemuan, pengukuhan dan

menghubungkaitkan.

15

Page 16: nilai tambah seorang guru

Kaedah Perlaksanaan Pembelajaran Secara Kontekstual

Dalam melaksanakan pembelajaran kontekstual, terdapat lima proses

pembelajaran yang perlu ada. Jika lima item ini tidak lengkap, maka pembelajaran

tersebut boleh dikira sebagai gagal untuk menjayakan kaedah pembelajaran

kontekstual ini. Proses-proses yang terdapat dalam kaedah pembelajaran ini dikenali

sebagai “REACT” yang mewakili maksud menghubungkait, mengalami, mengaplikasi,

bekerjasama, dan memindahkan dalam pembelajaran secara kontekstual.

Berikut merupakan penerangan kepada kaedah REACT tadi :

a) Menghubungkait (Relating):

Aktiviti ini melibatkan proses di mana pelajar menghubungkaitkan pengetahuan

baru dengan pengalaman hidup mereka sendiri. Dalam pembelajaran kontekstual,

pelajar akan dapat menumpukan perhatian kepada taakulan, peristiwa dan keadaan

harian. Kemudiannya, taakulan, peristiwa dan keadaan harian itu dipautkan dengan

maklumat baru untuk penyelesaian sesuatu masalah.

Contoh semasa di sekolah, pelajar belajar tentang cara-cara menjaga

kebersihan. Semasa pembelajaran tersebut, pelajar mungkin dapat mengaitkan

pengalaman mereka semasa di rumah, di mana pelajar sering diberitahu oleh ibu bapa

supaya membasuh tangan sebelum makan. Menerusi pengalaman ini pelajar akan

dapat mengaitkan aktiviti yang dilakukan oleh mereka di rumah dengan aktiviti

pembelajaran yang sedang berlangsung

b) Mengalami (Experiencing):

16

Page 17: nilai tambah seorang guru

Semasa pembelajaran, pelajar akan sedaya upaya menimba pengalaman

melalui aktviiti eksplorasi, penemuan dan reka cipta yang merupakan nadi

pembelajaran konteksual. Penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran seperti

video, naratif, atau aktiviti berasaskan teks, akan dapat membantu pelajar mengalami

sesuatu perkara atau peristiwa yang dipelajari.

Contohnya pelajar dibawa ke bilik tayangan untuk menyaksikan demonstrasi

serta membuat latihan amali merawat kecederaan semasa bermain. Pengalaman ini

boleh digunakan semasa mereka berhadapan dengan situasi sebenar di luar bilik

darjah.

c) Mengaplikasi (Applying):

Ia melibatkan proses mengaplikasi konsep dan informasi dalam konteks untuk

digunakan dalam situasi yang lain. Dalam pembelajaran Pendidikan Kesihatan

misalnya, proses aplikasi ini boleh dilakukan dengan memberi peluang kepada pelajar

mengalami sendiri situasi atau perkara sebenar berdasarkan konteks yang dipelajari.

Contohnya, guru mungkin boleh membawa pelajar melawat kantin sekolah dan

melihat sendiri cara mengendalikan makanan dengan betul. Setelah itu, mereka akan

diberikan peluang melakukan latihan praktikal di bilik kemahiran hidup sekolah.

Pengalaman ini sudah tentu akan dapat diaplikasikan pula semasa mereka berada di

rumah kelak.

d) Bekerjasama (Cooperating):

Pembelajaran dalam konteks berkongsi, bertindak balas, dan komunikasi dengan

pelajar lain. Ia merupakan satu proses penting dalam pengajaran dan pembelajaran

konteksual. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, pelajar digalakkan

bekerjasama dalam pelbagai peringkat kumpulan untuk memberikan pengalaman

kepada mereka.

Contohnya pelajar bekerja dengan ahli kumpulan untuk melakukan amali

makmal. Penyelesaian amali makmal memerlukan delegasi, pemerhatian, cadangan

dan perbincangan.

17

Page 18: nilai tambah seorang guru

e) Memindahkan (Transferring):

Pembelajaran sesuatu isi dalam konteks pengetahuan yang sedia ada, atau

memindahkannya adalah berlandaskan apa yang telah diketahui pelajar. Pendekatan

ini menyerupai RELATING iaitu ia berasaskan perkara-perkara yang lazim dan

diketahui. Guru boleh membantu meningkatkan keyakinan pelajar dengan menyediakan

panduan yang dapat menghubungkan pengalaman pembelajaran baru dengan apa

yang telah diketahui pelajar.

Contohnya pelajar mempelajari cara untuk memilih menu sarapan yang sesuai.

Pelajar boleh memindahkan pengetahuan mereka itu dalam memilih dan menetapkan

menu sarapan mereka setiap hari semasa berada di rumah.

18

Page 19: nilai tambah seorang guru

Untuk memudahkan lagi pemahaman, berikut merupakan grafik bagi penerangan

untuk kelima-lima item dalam REACT:

Strategi Pelaksanaan Kaedah Pembelajaran Kontekstual

Dalam pendekatan kontekstual, pengajaran dan pembelajaran mesti memenuhi

keperluan strategi yang berikut:

19

R

E

A

C

T

(RELATING)

MENGHUBUNG KAIT

(EXPERIENCE)

MENGALAMI

(APPLYING)

MENGAPLIKASI

(COOPERATING)

BEKERJASAMA

(TRANSFERRING)

MEMINDAHKAN

Belajar menghubungkaitkan pengetahuan baru dengan pengalaman hidup.

Belajar dalam konteks penemuan, penerokaan, dan reka cipta.

Belajar untuk menggunakan pengetahuan dalam situasi yang berlainan.

Belajar dalam konteks bekerjasama, bermaklum balas dan berkomunikasi.

Belajar dalam konteks membina atau menggunakan daripada pengetahuan sedia ada.

Page 20: nilai tambah seorang guru

Motivasi

Segmen ini bertujuan untuk menarik minat dan

mencetuskan idea asas terhadap sesuatu tajuk yang

akan dibincangkan, contohnya :

Bidang Konsep Kotivasi

20

MOTIVASI Pengenalan Isu perbincangan Alat bantu

mengajar

PEMAHAMAN Penerangan

konsep danperbincangankelas

Bacaan danmelakukancontoh kajian

KEMAHIRAN

Aktiviti Hands- On

Penyelesaian masalah

PENILAIAN Ingat kembali

fakta utama Penilaian

kemajuan

Page 21: nilai tambah seorang guru

muzik Permainan gendang Tayangan video paluan gendang

sejarah Darurat Memasang bunyi rakaman tembak

menembak dan jeritan

Pemahaman

Kemahiran

21

Segmen ini merangkumi kemahiran murid yang berkaitan

dengan tajuk yang dipelajari. Kaedah penyampaian

maklumat harus dipelbagaikan agar dapat menarik minat

murid terhadap sesuatu konsep itu. Murid diberikan

kebebasan mengutarakan perkara-perkara yang berkaitan.

Page 22: nilai tambah seorang guru

Penilaian

22

Pengetahuan yang diperoleh murid dapat diaplikasi dengan cara

melakukan hands-on dan seterusnya dapat mencetuskan pemikiran

murid (minds-on). Dengan ini murid dapat mengaitkan pengetahuan

bilik darjahnya untuk menyelesaikan masalah harian. Guru boleh

menyediakan senario tertentu untuk membantu murid

menyelesaikan masalah. Sebagai contoh, selepas murid

mempelajari cara penggunaan ensiklopedia, guru mengutarakan

persoalan yang akan mendorong murid menggunakan ensiklopedia

sebagai rujukan.

Bidang kerjaya juga boleh dibincangkan oleh guru dalam segmen

ini. Guru mengaitkan isi kandungan pelajaran dengan bidang

kerjaya yang berkaitan. Kebolehan murid mengaplikasikan

pengetahuan sedia ada mereka dengan situasi sebenar dalam

kerjaya yang akan mereka ceburi merupakan aset utama yang

mereka peroleh hasil daripada pembelajaran secara kontekstual.

Menggulung fakta utama sesuatu tajuk dan menilai penguasaan

Page 23: nilai tambah seorang guru

Faedah Pembelajaran Kontekstual

Faedah pembelajaran kontekstual ini dapat dinikmati oleh tiga unit item iaitu

23

Menggulung fakta utama sesuatu tajuk dan menilai penguasaan

Page 24: nilai tambah seorang guru

MURID

• Dapat mengaitkan mata pelajaran dengan

pekerjaan atau kehidupan

• Dapat mengaitkan kandungan mata

pelajaran dengan pengalaman harian

• Boleh memindahkan kemahiran

• Boleh meneroka dan mendapatkan

bukti

• Boleh menguasai perkara abstrak

melalui pengalaman konkrit

• Dapat belajar secara kerjasama

GURU

• Dapat menjadikan pengajaran

sebagai satu pengalaman yang

berjaya.

• Dapat mengaitkan prinsip-prinsip mata

24

murid

guru

industri

Page 25: nilai tambah seorang guru

pelajaran dengan dunia pekerjaan.

• Dapat menjadi penghubung antara

pihak akademik dan vokasional atau

industri.

INDUSTRI

• Menerima tenaga kerja

yang berpotensi untuk

dilatih atau dilatih semula

secara berkesan mengikut

keperluan

• Menggerakkan industri ke

dalam pendidikan sebagai

rakan kongsi.

25

Page 26: nilai tambah seorang guru

Penutup

Pembelajaran secara kontekstual atau melalui pengalaman sebenar merupakan

antara kaedah yang paling berkesan untuk memahami sesuatu konsep. Ini kerana

murid pada umumnya telah mempunyai pengalaman dan idea mereka sendiri mengenai

suatu perkara atau fenomena yang berlaku di sekeliling mereka berdasarkan

pengalaman yang pernah dialami. Idea mereka mungkin betul, mungkin tidak tetapi isu

yang penting di sini ialah seseorang guru harus mampu menggunakan kekuatan yang

ada pada murid untuk membantu mereka belajar dengan lebih berkesan. Jadi dalam

soalan pengajaran, murid harus diberi peluang belajar memahami sesuatu perkara

melalui pengalaman sendiri. Setelah mengalami sesuatu perkara itu, mereka akan

dapat membuat rumusan apakah tindakan ke arah kebaikan yang patut mereka ambil.

26

Page 27: nilai tambah seorang guru

KECERDASAN PELBAGAI

Definisi dan Konsep

Teori Kecerdasan Pelbagai ini telah diperkenalkan oleh Howard Gardner (1983).

Dalam kajiannya Howard Gardner mendapati `seven ways of knowing, preceiving and

understanding life’. Beliau telah membuat kajian terhadap pelbagai lapisan masyarakat

termasuklah kanak-kanak biasa dan juga kelompok penduduk yang mempunyai kriteria

yang istimewa (special population). Gardner juga mengatakan bahawa kecerdasan

bukanlah semata-mata diwarisi. Jika kedua-dua ibubapa dikategorikan sebagai bodoh

mengikut ukuran IQ tidak semestinya anak-anak mereka juga bodoh, begitulah juga

sebaliknya. Kajian terhadap kanak-kanak istimewa mendapati ada diantara murid-murid

yang lemah daya ingatannya adalah dilahirkan oleh ibubapa yang kedua-duanya adalah

profesional. Dr. Roger Sperry turut menyatakan kaitan kecerdasan dan fungsi otak

manusia yang berbeza-beza mengikut perkembangan usia dan jantina individu. Otak

kanan dan kiri mempunyai fungsi yang berbeza namun menurutnya manusia tidak

boleh dianggap menggunakan sebelah otak sahaja. Teori kecerdasan pelbagai

berkembang mengikut konteks penggunaannya.

Pelbagai kecerdasan ialah kecerdasan-kecerdasan yang ada pada setiap

manusia yang normal dan waras. Bagaimanapun, tahap-tahap kecerdasan ini adalah

berbeza-beza antara seorang dengan seorang yang lain. Jika tahap-tahap kecerdasan

yang ada pada diri seseorang adalah tinggi, maka bolehlah dikatakan 'hebat' atau

bagus.

Linda Campbell, Bruce Campble dan Dee Dickinson merumuskan definisi

Howard Gardner sebagai kebolehan menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam

kehidupan sebenar. Mereka juga membuat rumusan, kebolehan menjana masalah

baharu untuk diselesaikan. Rumusan terakhir mereka ialah kebolehan membuat

sesuatu atau menawarkan perkhidmatan yang bernilai dalam lingkungan sesuatu

budaya.

27

Page 28: nilai tambah seorang guru

David G.lazear telah mempermudahkan Teori kecerdasan pelbagai dengan

memperkenalkannya sebagai “Seven Ways of Knowing” . Beliau juga

memperkembangkan Teori Kecerdasan Pelbagai sebagai “Seven Pathways of

Teaching” dan seterusnya sebagai “Seven Pathways of Learning”.

Thomas Armstrong memberi tumpuan kepada jenis kecerdasan pelbagai

berdasarkan inventori iaitu inventori linguistik, logic-matematik, ruang, kinestetik-badan,

muzik, interpersonal dan intrapersonal. Armstrong juga kreatif menyesuaikan istilah

kecerdasan pelbagai sebagai “Armstrong’s Multiple Intelligences Pizza”iaitu pizza kata,

logik, gambar, badan, muzik, orang dan diri.

Elaine Winter pula menggunakan asas Teori kecerdasan Pelbagai dalam

konteks gaya atau cara pembelajaran dengan memberi tumpuan kepada indera

bermain seperti bermain dengan kata, bermain dengan soalan dan perkaitan, bermain

dengan gambar, bermain dengan muzik, bermain dengan pergerakan, bermain dengan

kegiatan sosial dan bermain sendirian.

Perkembangan diatas menunjukkan bahawa dimensi Teori Kecerdasan Pelbagai

sentiasa berkembang mengikut konteks penggunaannya yang merentas pelbagai

disiplin pendidikan atau mata pelajaran sama ada kecerdasan ini dilihat sebagai cara

atau gaya berkaitan.

28

Page 29: nilai tambah seorang guru

Jenis Kecerdasan Pelbagai

Kecerdasan Pelbagai merangkumi lapan aspek:

29

kecerdasan Pelbagai

Page 30: nilai tambah seorang guru

1) kecerdasan Verbal-Lingustik

Kebolehan menggunakan perkataan dan bahasa. Individu yang mempunyai kecerdasan

ini mempunyai kemahiran yang tinggi dalam mendengar dan biasanya ahli

syarahan/berucap yang baik. Mereka berfikir dalam perkataan dan bukannya

gambaran. Kemahiran mereka termasuklah mendengar, berucap, menulis, bercerita,

menerangkan, mengajar, berjenaka, memahami kesilapan dan maksud perkataan,

mengingati maklumat, menyakinkan orang lain melalui pandangannya, menganalisa

penggunaan bahasa serta bercakap tentang bahasa itu sendiri.

2) Kecerdasan Logik-Matematik

Kebolehan menggunakan sebab, lojik dan nombor. Individu yang mempunyai

kecerdasan ini berfikir secara konseptual dan corak numerikal serta membuat perkaitan

antara maklumat-maklumat yang ada. Dia sentiasa ingin tahu tentang keadaan

persekitaran, banyak soalan dan suka melakukan eksperimen. Kemahiran mereka

termasuk menyelesaikan masalah, mengelas dan mengkategorikan maklumat,

memahami konsep abstrak dan mengaitkannya dengan konsep-konsep lain, mampu

mengendalikan sebab musabab yang banyak atau panjang untuk mendapatkan

kemajuan, melakukan eksperimen yang terkawal, suka menyoal, ingin tahu lebih dalam

tentang kejadian-kejadian semulajadi di persekitaran, boleh menyelesaikan pengiraan

matematik yang kompleks.

3) Kecerdasan Visual-Ruang

Kebolehan membuat gambaran secara visual. Pelajar yang mempunyai kecerdasan ini

cenderung untuk berfikir secara visual dan perlu membina gambaran imej untuk

mengekalkan maklumat. Mereka seronok melihat peta, carta, gambar, video dan filem.

Kemahiran mereka termasuk menyelesaikan 'puzzle', membaca, menulis, memahami

carta dan graf, mudah mencari arah, melakar, mengecat dan mewarna, membina

30

Page 31: nilai tambah seorang guru

metafora visual dan analogi, memanipulasikan imej, membina, memasang dan

merekabentuk objek, dan mentafsir imej visual.

4) Kecerdasan Kenestetik

Kebolehan mengawal pergerakan tubuh badan serta mengendalikan objek dengan

baik. Individu ini boleh menyatakan idea, perasaan atau menyerlah diri melalui

pergerakan. Mereka mempunyai keseimbangan serta koordinasi mata-tangan yang

baik. Mereka mampu mengingati dan memproses maklumat melalui interaksi dengan

ruang di sekeliling. Kemahiran mereka termasuk menari, koordinasi fizikal, bersukan,

eksperimen, menggunakan bahasa isyarat, membuat kraf, berlakon, 'miming',

menggunakan tangan untuk mencipta atau membina, menyatakan perasaan melalui

tubuh badan.

5) Kecerdasan Muzik

Kebolehan menghasilkan dan menghargai muzik melalui bunyi, ritma dan corak.

Mereka dengan segera akan memberi reaksi sama ada menghargai atau mengkritik

apa yang mereka dengar. Kebanyakan mereka adalah sangat sensitif terhadap bunyi-

bunyi persekitaran seperti loceng, cengkerik, titisan air dan lain-lain. Kemahiran

termasuklah menyanyi, bersiul, bermain alat muzik, mengenali corak tone, menggubah

muzik, mengingati melodi, memahami struktur & ritma muzik.

6) Kecerdasan Interpersonal

Kebolehan berhubung dan memahami orang lain. Individu ini boleh melihat perkara-

perkara melalui pandangan orang lain dalam usaha untuk memahami bagaimana

mereka befikir dan rasa. Mereka kadang-kadang mampu untuk merasai perasaan, niat

31

Page 32: nilai tambah seorang guru

dan memberikan motivasi kepada orang lain. Mereka adalah baik dalam

mengorganisasi, walaupun kadang-kadang mereka memanipulasi orang lain. Secara

umum, mereka mampu untuk mengekalkan keamanan dan keharmonian dalam

kumpulan serta menggalakkan kerjasama. Mereka menggunakan verbal (bercakap) &

bukan verbal (bahasa badan, hubungan mata) untuk memulakan komunikasi dengan

orang lain. kemahiran mereka termasuk melihat perkara dari perspektif berbeza,

mendengar, menggunakan empati, memahami mood dan perasaan orang lain,

kaunseling, bekerjasama dalam kumpulan, bermotivasi, mampu berkomunikasi secara

verbal dan bukan verbal, mewujudkan kepercayaan, menyelesaikan konflik secara

aman, mewujudkan perhubungan yang postitif dengan orang lain.

7) Kecerdasan Intrapersonal

Kebolehan merefleksi diri dan menyedari tentang keadaan dalam orang lain. Individu ini

mampu memahami perasaan dalaman, impian, perhubungan dengan orang lain,

kekuatan dan kelemahan diri. Kemahiran termasuk mengenalpasti kekuatan dan

kelemahan diri, merefleksi dan menganalisa diri, menyedari perasaan dalaman,

keinginan dan impian, menilai corak pemikiran, memahami peranan dalam

perhubungan dengan orang lain.

8) Kecerdasan Naturalis

Kebolehan mengenali dan mengklasfikasikan tumbuh-tumbuhan, galian, dan binatang,

termasuklah rumput, batuan serta pelbagai flora dan fauna. Ia juga merupakan

kebolehan untuk mengenali artifak budaya dari segi pakaian dan makanan.

32

Page 33: nilai tambah seorang guru

Kepentingan Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran.

1. Menyokong pembelajaran bersepadu yang menyeluruh selaras dengan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah

(KSSR).

Di samping melahirkan insane atau murid yang seimbang dari segi roh

dan jasad, iaitu rohani dan jasmani, Teori Kecerdasan Pelbagai

membantu murid memperoleh apa yang perlu untuk hidup pada abad

yang akan datang. Kemahiran berfikir aras tinggi atau High Order Thinking

Skill (HOTS) dan Taksonomi Bloom disepadukan dengan Teori

Kecerdasan Pelbagai. Aktiviti refleksi dan pemikiran reflektif merupakan

kemahiran intrapersonal yang mampu melahirkan murid yang

mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat. Berupaya menyelesaikan

masalah bukan sekadar pencapaian tinggi dalam ujian setara. Mempunyai

kemahiran berkomunikasi dan kolaboratif yang mendokong prinsip usaha

kolaboratif dan menekankan kemahiran interpersonal. Murid juga akan

lebih mencintai dan menjaga alam sekitar.

2. Menerima persamaan dan perbezaan antara individu dengan menginsafi bahawa

setiap insan dan murid adalah unik dan belajar dengan cara yang berbeza.

Teori Kecerdasan Pelbagai membantu guru memahami minat dan

motivasi murid serta kepentingan menggunakan pelbagai cara untuk

mengajar agar murid dapat belajar dan menunjukkan kefahaman mereka

terhadap apa yang dipelajari. Murid akan lebih berminat dan bermotivasi

untuk belajar dengan cara yang selesa. Guru perlu mempelbagaikan

strategi pengajaran dan pembelajaran supaya lebih ramai murid yang

akan berminat dan boleh belajar. Hal ini disebabkan bukan semua murid

boleh belajar dengan cara yang sama.

33

Page 34: nilai tambah seorang guru

3. Meningkatkan kecerdasan pelbagai seseorang murid dan menyedari bahawa

potensi murid-murid tidak terbatas dan harus dikembangkan dari semasa ke

semasa.

Teori Kecerdasan Pelbagai membantu guru memahami pengaruh budaya

terhadap kecerdasan murid. Kecerdasan dipupuk dan dipengaruhi oleh

faktor pengalaman budaya dan motivasi. Murid mengetahui bagaimana

mengenal pasti minat mereka dan bagaimana mereka belajar dengan

lebih berkesan.

4. Meningkatkan harga diri, kreativiti dan motivasi melalui pengajaran dan

pembelajaran yang menarik, mencabar dan menyeronokkan.

Kajian menunjukkan bahawa guru yang mengamalkan Teori Kecerdasan

Pelbagai dalam pengajaran dan pembelajaran mendapati guru dan murid

akan lebih seronok ke sekolah dan kadar ponteng kelas menurun. Masa

mengajar sesuatu mata pelajaran dapat dikurangkan dan prestasi tetap

meningkat dan skor pencapaian meningkat walaupun bagi ujian setara.

Harga diri dan moral murid meningkat menyebabkan kes salah laku atau

gangguan kelas berkurangan atau tiada sama sekali. Murid yang

menghadapi masalah pembelajaran dan lembam dapat meningkatkan

pencapaian mereka.

5. Meningkatkan profesioanlisme guru dan menggalakkan inovasi dan penyelidikan

baharu dalam pengajaran dan pembelajaran.

penerapan Teori Kecerdasan Pelbagai dalam pengajaran dan

pembelajaran akan menghasilkan guru yang mempunyai tanggungjawab

dan akauntibiliti sepenuhnya dalam proses dan isi kandungan pengajaran.

Meningkatkan kualiti latihan guru yang bukan hanya sekadar

menyebarkan pengetahuan dan maklumat tetapi menyuntik semangat

baharu terhadap terhadap profesion keguruan. Ia juga dapat

34

Page 35: nilai tambah seorang guru

menggalakkan inovasi dan penyelidikan baharu dalam pengajaran dan

pembelajaran.

6. Mewujudkan suasana kolaboratif dan kejelikitan antara warga sekolah.

Teori Kecerdasan Pelbagai mewujudkan sekolah yang menerima dan

menghargai perbezaan kecerdasan dalam kalangan murid dan guru. Oleh

hal yang demikian guru akan merancang secara kolaboratif dengan

menggunakan kerangka Teori Kecerdasan Pelbagai untuk menyediakan

rancangan pengajaran dan pembelajaran yang penuh dengan ransangan

dan pengayaan. Menghargai sumbangan yang berbeza oleh setiap guru

dari segi perancangan, organisasi dan pelaksanaan kurikulum. Mengambil

tanggungjawab secara kolaboratif terhadap pembelajaran murid.

7. Mempelbagaikan cara penilaian dengan memberi penekanan kepada penilaian

secara holistik.

Penilaian akan lebih bersifat adil kerana mengambil kira semua

kecerdasan pelbagai dan tidak hanya tertumpu kepada dua kecerdasan

sahaja iaitu kecerdasan intelek dan kecerdasan emosi. Murid mendapat

peluang menunjukkan kefahaman mereka tentang sesuatu isi kandungan

atau kemahiran dalam pelbagai cara. Melalui penilaian yang dibuat guru

akan dapat mengetahui kekuatan dan kelemahan murid. Oleh hal yang

demikian, guru dapat merancang pengajaran dan pengajaran dengan

lebih berkesan.

8. Menerima hakikat bahawa setiap insan dan murid mempunyai kekuatan dan

kelemahan diri serta minat dan bakat yang berbeza yang wujud sejak dilahirkan

lagi.

9. Guru perlu kreatif dan inovatif serta proaktif untuk menghadapi cabaran

globalisasi dalam pendidikan khususnya murid zaman maklumat.

35

Page 36: nilai tambah seorang guru

Langkah pelaksanaan Teori Kecerdasan Pelbagai dalam pengajaran dan

pembelajaran.

Kagan (1998) telah mencadangkan tiga visi bagi mendidik kecerdasan pelbagai iaitu:

a) Padanan

b) Peluasan

c) Penilaian

Pusat Perkembangan Kurikulum Malaysia mencadangkan bahawa terdapat tiga

peringkat dalam mengaplikasikan teori kecerdasan ini iaitu:

a) Padanan

b) Percubaan

c) Peningkatan.

a) Padanan

Pada peringkat ini, guru atau pendidik perlu merancang strategi pengajaran yang

strategik dengan mengenal pasti isi pelajaran dan hasil pembelajaran yang ingin dicapai

supaya bersesuaian dengan kecerdasan pelbagai murid-murid mereka. Terdapat empat

elemen penting dalam peringkat ini iaitu:

1) Matlamat

- Memaksimumkan pencapaian akademik.

36

Page 37: nilai tambah seorang guru

2) Kaedah

- Memadankan strategi pengajaran dengan kecerdasan murid.

3) Kesan

- Transformasi pengajaran kepada aksi dan realiti.

4) Visi

- Guru mengurangkan atau menghapuskan kegagalan dengan mengajar secara

menyesuaikan kecerdasan murid.

Murid lebih cenderung dalam sesuatu kecerdasan mempunyai kegemaran tertentu.

Lantaran itu, guru boleh mengambil kesempatan dan melakukan beberapa aktiviti khas

yang berpadan dengan kecerdasan murid. Peringkat padanan dalam mengaplikasikan

Kecerdasan Pelbagai ini dapat memberi faedah kepada guru untuk menyusun strategi

pengajaran untuk disesuaikan dengan kecerdasan murid. Selain itu, padanan ini juga

berperanan sebagai jambatan dan resipi dalam mencapai matlamat kurikulum yang

sama untuk semua murid dan akhir sekali dapat memberi guru peluang mengajar

dengan pelbagai kaedah bagi meningkatkan kecerdasan pelbagai serta membuka

ruang belajar untuk semua.

b) Percubaan

Kanak-kanak mampu memperkembangkan potensi diri secara maksima dengan cara

membantu murid tersebut membina kecerdasan pada tahap yang lebih baik. Percubaan

kurikulum yang bersesuaian dengan kecerdasan murid bukan sekadar kaedah

pengajaran, tetapi apa yang penting adalah kurikulum itu sendiri perlu mengambil kira

aspek pelbagai. Antara elemen penting dalam percubaan ini iaitu:

1) Matlamat

- Memaksimumkan semua jenis kecerdasan.

2) Kaedah

37

Page 38: nilai tambah seorang guru

- Guna strategi dan kurikulum yang dapat mengguna dan membina semua

kecerdasan

3) Kesan

- Diubahsuai.

4) Visi

- Guru menjadikan setiap murid cerdas dalam pelbagai kecerdasan.

Dalam mencuba beberapa aktiviti tertentu, terlebih dahulu guru boleh mencuba

beberapa aktiviti tertentu dalam kecerdasan yang belum pernah dicuba dalam

pengajaran dan pembelajaran. Langkah yang boleh diambil dalam melaksanakan

Peringkat Percubaan ini ialah:

38

Page 39: nilai tambah seorang guru

c) Peningkatan

Pada peringkat ini, guru lebih mahir dan berpengalaman menggunakan Teori

Kecerdasan Pelbagai dalam pengajaran dan pembelajaran. Di sini, guru boleh

merancang dan menjalankan pelajaran dengan menggunakan teori ini untuk

mempertingkatkan kemahiran berfikir murid, terutamanya dalam penyelesaian masalah

dan mereka cipta. Perancangan juga boleh dijalankan untuk mempertingkatkan

kemahiran berfikir bagi murid yang berkebolehan tinggi. Antara elemen penting dalam

percubaan ini iaitu:

1) Matlamat

- Memahami dan menghargai keunikan diri sendiri dan keunikan orang lain.

39

Guru mula memikirkan bagaimana teori ini dapat diaplikasikan ke dalam pengajaran dan pembelajaran seharian.

Perancangan

Guru memikirkan cara memaksimumkan potensi persekitaran terutama sekali keadaan di dalam bilik darjah.

Persekitaran

Guru mempunyai beberapa pilihan menggunakan teori kecerdasan pelbagai merentasi kurikulum.ProsesGuru boleh menggunakan cara yang berbeza mengendalikan penilaian dengan cara yang dicadangkan dalam teori kecerdasan pelbagai.

Penilaian

Page 40: nilai tambah seorang guru

2) Kaedah

- Murid menemui teori kecerdasan melalui proses berfikir metakognisi dan

perkongsian pengalaman.

3) Kesan

- Memahami diri dan orang lain dipindahkan atau diubahsuai

sebagai proses pembelajaran yang lebih bermakna.

4) Visi

- Menghargai dan meraikan keunikan sendiri dan orang lain. Hal ini dapat

meningkatkan kesedaran memberi penghargaan daripada guru kepada murid

dan dalam kalangan murid sendiri serta meningkatkan perasaan saling

memahami. Aktiviti ini menyediakan ruang murid meluaskan lagi kefahaman dan

bekerja dengan pelbagai cara bagi menyelesaikan tugas. Pelaksanaan

Kecerdasan Pelbagai boleh dibahagikan kepada tiga tahap iaitu:

1) Strategi penyelesaian masalah.

2) Peluasan kemahiran berfikir.

3) Perkembangan kognitif Bloom.

40

Page 41: nilai tambah seorang guru

Panduan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran

Verbal linguistik Membaca, menulis

dan bercerita

Menggunakan

tatabahasa yang

baik dan luas

perbendaharaan

kata.

Bermain permainan

bahasa, teka teki,

teka kata dan

bermain dengan

kata-kata.

Menyediakan

permainan bahasa,

teka silang kata dan

mencari perkataan

.

Mengalakkan pelajar

bermain dengan kata-

kata dan kiasan.

Memupuk minat

pelajar berbincang dan

yakin memperkatakan

pendapat seperti

dalam perbahasan

atau pidato.

Mempelbagaikan

projek bacaan seperti

Kempen Bacaton.

Mengajar kawan atau

ahli keluarga membaca

Merakamkan

percakapan, ucapan

dan pidato untuk

didengari semula

sebagai proses menilai

kebolehan sendiri.

Logik matematik Suka bekerja dalam

situasi yang

memerlukan

penyelesaian yang

tepat.

Suka bertanya

tentang logik.

Menyedia aktiviti

memerhati dan

membuat catatan

berdasarkan ukuran dan

bilangan.

Mengalakkan pelajar

merekod maklumat

dalam graf dan carta.

Melibatkan diri dalam

aktiviti urusan jual beli di

dalam proses

pengajaran dan

pembelajaran di dalam

kelas.

41

Page 42: nilai tambah seorang guru

Mengadakan aktiviti

permainan strategi

Kinestetik Meminati kerja kraf

tangan dan projek

mekanikal.

Suka bersukan,

menari dan

berlakon.

Merancang aktiviti

berbentuk sukan dan

rekreasi.

Memberi peluang main

peranan dalam berlakon

dan menari.

Melibatkan aktiviti

kecekapan motor halus

dan kasar seperti

bertukang, menjahit

atau kraf tangan.

Menggayakan sesuatu

watak yang ada di dalam

sebuah cerita di dalam

kelas.

Muzik Suka menyanyi,

bergerak mengikut

muzik.

Berminat bermain

alat muzik.

Mengajar bermain alat-

alat muzik.

Mengalakkan pelajar

belajar muzik dan lagu-

lagu tradisional.

Memberi peluang

kepada pelajar untuk

menunjukkan bakat

mereka ketika mengajar

mata pelajaran bahasa

Melayu yang melibatkan

pengunaan muzik.

Visual Ruang Suka menyusun

gambar dan teka

silang kata.

Mencipta gambar 3-

Memberi peluang

kepada pelajar melukis

mural dan memimpin

aktiviti visualisasi.

Menjalankan projek

hiasan dalaman,

mencipta taman rekreasi

dan membina model 3-

D.

42

Page 43: nilai tambah seorang guru

D, melukis dan

mewarnai. Mencari dan mentafsir

gambar yang abstrak.

Interpersonal Bekerja dalam

kumpulan dengan

berkesan.

Menjadi ketua,

memimpin dan

berkongsi dengan

orang lain.

Mudah mesra dan

empati.

Meminati aktiviti

koperatif.

Merancang aktiviti

secara koperatif dan

kolaboratif.

Membimbing pasukan

menjalankan projek dan

menyelesaikan masalah

Aktif dalam aktiviti di

dalam kelas secara

berkumpulan.

Berinteraksi dengan

semua pelajar di dalam

kelas.

Intrapersonal Boleh belajar melalui

pemerhatian dan

mendengar.

Boleh mengawal

emosi dan

menguruskan

dengan baik.

Merancang dan

memberikan projek

secara individu yang

berbentuk arahan

kendiri.

Mengalakkan pelajar

mencatat diari dan

menulis jurnal serta

refleksi.

Menulis autobiografi

tentang diri sendiri.

Melatih diri pelajar

merenung secara

mendalam dan membuat

refleksi kendiri.

Naturalis Suka aktiviti luar Mengalakkan pelajar Melibatkan diri dalam

43

Page 44: nilai tambah seorang guru

seperti bersiar dan

kembara.

Gemar mendengar

bunyi haiwan dan

alam semula jadi.

menjalankan ekspedisi

luar di samping memberi

tugasan.

aktiviti memelihara alam

sekitar seperti berkebun

dan memelihara

ternakan.

44

Page 45: nilai tambah seorang guru

RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN

BAHASA MELAYU TAHUN 3

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu

Tahun : 3 Merah

Tarikh : 5 April 2011 ( Selasa )

Masa : 60 minit ( 7.40 am – 8.40 am)

Bilangan Murid : 30 orang

Tajuk : Alam Sekitar ( Alam Bersih Hidup Selesa)

Objektif : Pada akhir pelajaran , murid dapat:

1. Menggunakan kata dan ayat yang sesuai untuk

menyatakan sesuatu permintaan.

2. Menyatakan ayat topik yang jelas tentang sesuatu isi.

3. Membaca perkataan, frasa, ayat, dan peribahasa yang

terdapat dalam teks.

4. Membina ayat topik yang jelas tentang sesuatu isi.

HASIL PEMBELAJARAN:

Fokus Utama

45

Page 46: nilai tambah seorang guru

1.4 Menyatakan permintaan secara berterus terang dan meyakinkan dengan

mengunakan intonasi dan paralinguistik yang sesuai untuk menguatkan permintaan.

Aras : 1 i) Memilih dan menggunakan kata dan ayat yang sesuai untuk menyatakan

permintaan

ii)Menyatakan sesuatu sebab untuk menyokong permintaan

Fokus Sampingan :

8.4 . Membina dan menulis ayat topik dan ayat huraian berdasarkan sesuatu perkara.

Aras : 1 i) Membina ayat topik yang jelas tentang sesuatu isi.

ii)Menyatakan dan menghuraikan isi utama dengan menggunakan ayat yang

gramatis.

SISTEM BAHASA

Tatabahasa : Kata tunggal, Kata bilangan, Kata adjektif, Kata sendi, Imbuhan

Kosa Kata : Urus setia, deklamasi, senario, strategik, toksik, diksi, sistematik,Akuatik

Sebutan dan Intonasi : Pantun, Intonasi ayat Bahasa Melayu.

Peribahasa : Umpama aur dengan tebing.

46

Page 47: nilai tambah seorang guru

PENGISIAN KURIKULUM

i. Ilmu : Pendidikan Sivik, Sains, Kajian Tempatan

ii. Nilai Murni : Keberanian, Kebersihan, Kerajinan, Kerjasama,Semangat

Bermasyarakat

iii. Kemahiran Nilai Tambah

Kemahiran Berfikir : Mencirikan, Mengumpul Maklumat, Membuatn analogi

Kecerdasan Pelbagai : Verbal Linguistik

Kontesktual : Menghubungkaitkan dan mengalami.

kemahiran Belajar cara belajar: kemahiran membaca

PENGETAHUAN SEDIA ADA

Pernah dan tahu

- Mengenai kebersihan alam sekitar

- Membezakan ayat topik dan ayat huraian

- Mengetahui maklumat asas tentang alam sekitar

BAHAN BANTU BELAJAR

- Buku Teks

- Lembaran Kerja

47

Page 48: nilai tambah seorang guru

Masa Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan

pembelajaran

Catatan

Set Induksi

( 5 Minit)

i. Petikan

Pantun

Sayangi Alam

Sekitar.

( Rujuk Buku Teks

m/s 43)

Murid dipilih secara

rawak untuk

mendeklamasikan

Pantun Sayangi Alam

melalui bimbingan guru.

BBM :

Petikan

Pantun

Sayangi Alam

Sekitar

Verbal

Linguistik

Langkah 1

( 25 Minit)

i. Poster Alam

Bersih Hidup Sihat

( Rujuk Buku Teks m/s

44)

ii. Aktiviti

berdasarkan buku

teks:

a. Kegiatan dalam

kempen tersebut.

b. Cara meminta

penduduk

Murid diminta membaca

secara mekanis poster

tentang Kempen Alam

Bersih Hidup Sihat.

Murid berbincang

secara berpasangan

perkara yang

dinyatakan didalam

buku teks.

Murid diminta

menyenaraikan perkara

penting yang terdapat

dalam poster tersebut.

Murid membina ayat

topik daripada perkara

penting yang

BBM :

Buku Teks

KB :

Mengumpul

maklumat

KP :

48

Page 49: nilai tambah seorang guru

menyertai

kempen ini

c. Sebab atau

alasan yang

menyokong

permintaan.

disenaraikan. Verbal

Linguistik

KBCB:

Kemahiran

membaca

Langkah 2

(25 Minit)

Petikan dialog

( Rujuk Buku Teks m/s

45)

Contoh peribahasa di

dalam dialog:

i. Umpama aur

dengan tebing,

ii. Ringan tulang,

iii. Ringan tangan

Murid dikehendaki

duduk bersama

pasangan yang

ditentukan oleh guru.

Setiap pasangan

dikehendaki membaca

dialog yang diberikan.

Secara berpasangan,

murid dikehendaki

menyenaraikan dan

menyatakan maksud

peribahasa yang

terdapat di dalam

petikan dialog itu.

Murid diminta untuk

mentafsir dengan lebih

lanjut maksud

peribahasa yang

disenaraikan.

KBKK

BBM :

Buku teks

KB :

Mentafsir

Nilai :

Kerjasama.

49

Page 50: nilai tambah seorang guru

Penutup

( 5 Minit)

Penutup kognitif :

Apakah yang telah kamu

pelajari sebentar tadi?

Apakah tanggungajawab

kamu sebagai seorang

pelajar kepada alam

sekitar?

Murid diminta

menyatakan perkara-

perkara yang telah

dipelajari.

Murid dikehendaki

menyatakan apakah

tanggungjawab mereka

pada alam sekitar.

Kerja rumah : Guru

memberi lembaran

kerja.

Nilai Murni :

Menjaga

kebersihan

alam sekitar

50

Page 51: nilai tambah seorang guru

REFLEKSI

Berdasarkan pengajaran yang berpandukan pada rancangan pengajaran harian

bertarikh 5 April 2012, terdapat beberapa objektif yang telah digariskan sebagai matlamat

pengajaran saya pada hari tersebut. Antara objektifnya ialah menggunakan kata dan ayat yang

sesuai untuk menyatakan sesuatu permintaan, menyatakan ayat topik yang jelas tentang

sesuatu isi, membaca perkataan, frasa, ayat, dan peribahasa yang terdapat dalam teks dan

membina ayat topik yang jelas tentang sesuatu isi.

Pada bahagian set induksi ataupun bahagian ransangan bagi murid-murid, saya

menggunakan petikan pantun pada buku teks muka surat 43. Saya memilih beberapa orang

murid untuk menyampaikan pantun tersebut. Saya berpendapat bahawa selain menjadi

rangsangan bagi memulakan pelajaran, saya juga dapat memastikan pelajar dapat

menyampaikan pantun tersebut dengan intonasi dan nada yang betul akan tetapi masih

terdapat kelemahan yang perlu diatasi iaitu kawalan murid. Ramai murid menawarkan diri

mereka untuk menyampaikan pantun tersebut dan kelas menjadi bising seketika.

Setelah 5 minit berlalu, langkah 1 dimulakan iaitu menggunakan buku teks sebagai

bahan utama pembelajaran. Pertamanya, murid diminta membaca secara kuat atau mekanis

kandungan poster tersebut. Kekuatan pada aktiviti ini ialah murid dapat menambahbaik

kemahiran bertutur mereka di samping semua murid dapat melibatkan diri dalam aktiviti

pembelajaran. Setelah tamat pembacaan tersebut, saya meminta murid pergi kepada pasangan

yang telah ditentukan oleh saya sendiri untuk berbincang mengenai perkara yang telah

dinyatakan di dalam buku teks ( Rujuk RPH).

Terdapat sedikit kelemahan ketika aktiviti ini sedang berlangsung di mana pada awalnya

murid mahu menentukan pasangan kerja mereka sendiri, tetapi akhirnya saya dapat mengawal

keadaan tersebut.

Setelah selesai aktiviti tersebut, murid diminta pula menyenaraikan perkara-perkara

penting yang terdapat pada poster itu. Seterusnya daripada perkara-perkara penting yang telah

mereka dapati, mereka perlu membina ayat topik daripada apa yang mereka perolehi sebentar

51

Page 52: nilai tambah seorang guru

tadi. Aktiviti ini membolehkan saya mengetahui tahap kefahaman murid mengenai ayat topik.

Jika mereka gagal menyenaraikan ayat-ayat topik daripada poster itu, ini bermakna mereka

masih gagal memahami maksud ayat topik dan daripada itu saya dapat membaiki kelemahan

mereka.

Langkah 1 telah selesai dalam lebih kurang 25 minit dan kini beralih kepada langkah 2.

Dalam langkah 2, saya menggunakan petikan dialog pada buku teks muka surat 45 sebagai

sumber pengajaran saya. Pada masa ini, murid masih duduk bersama dengan pasangan kerja

masing-masing dan kesinambungan daripada itu, mereka diminta untuk membaca dialog

tersebut bersama pasangan masing-masing. Sekali lagi, kelas menjadi riuh seketika akibat

pembacaan kuat mereka.

Setelah selesai sesi membaca, saya meminta murid menyenaraikan peribahasa yang

terkandung di dalam dialog tersebut. Melalui aktiviti ini, saya dapat mengesan ada pelajar yang

masih gagal membezakan peribahasa dengan ayat yang lain. Apabila murid dapat mengenal

pasti peribahasa daripada petikan dialog itu, murid dikehendaki menyatakan maksud

peribahasa itu tadi. Bagi mengakhiri langkah 2 yang berjalan dalam tempoh 25 minit, saya

meminta murid mentafsir dengan lebih lanjut maksud yang mereka nyatakan sebentar tadi.

Setelah 55 minit sesi pembelajaran berlalu, kini sampai kepada sesi penutup

pembelajaran. Saya menggunakan kaedah penutup kognitif untuk mengakhiri pengajaran

pada hari ini. Saya bertanya kepada murid-murid apakah yang telah dipelajari pada hari ini dan

tidak lupa juga bertanya kepada mereka apakah tanggungjawab mereka kepada alam sekitar.

Murid memberi respon yang baik kepada soalan-soalan tersebut. Sebelum meninggalkan kelas,

saya memberi latihan berdasarkan buku teks.

Refleksi tugasan Individu

52

Page 53: nilai tambah seorang guru

Nama : Danial Bin Mohd Ridzuan

No. Kad pengenalan : 920327-03-6083

Alhamdulillah, syukur terhadap Allah S.W.T kerana limpah kurnianNya dapat

juga saya dan ahli kumpulan dapat menyiapkan tugasan BMM 3101 Pengajian sukatan

pelajaran Bahasa Melayu Sekolah rendah. Banyak suka dan duka yang harus kami lalui

sepanjang menyiapkan tugasan ini. Segala pengalaman banyak kami kutip dan boleh

diaplikasikan dalam kehidupan yang sebenar.

Pada mulanya saya agak pening untuk memilih ahli kumpulan kerana pada

mulannya seorang rakan mengajak saya menyertai ahli kumpulannya. Namun apabila

berfikir panjang saya menolaknya kerana saya mahukan ahli kumpulan saya yang

begitu rapat dengan saya. Sengaja saya memilih kawan rapat untuk membuat tugasan

kerana kami mudah untuk berkolaborasi bersama. Saudara nasrul dan Saudara

Armaan menjadi pilihan saya. Lagipun bilik antara kami hanyalah bersebelahan sahaja.

jadi mudah untuk kami berbincang.

Pertama sekali kami duduk berbincang untuk menyiapkan terlebih dahulu soalan

pertama iaitu kemahiran bernilai tamabah. Kata sepakat telah dicapai dan saya

ditugaskan untuk mencari maklumat tentang Kemahiran Belajar cara Belajar. Kami

terpaksa berbincang dengan awal kerana kami akan menjalani PBS selepas ini.

Sebelum pulang menjalani PBS saya sempat merujuk beberapa buah buku di pusat

sumber untuk dijadikan panduan kepada saya. Setelah penat mencari buku akhirnya

satu buku yang bertajuk kemahiran belajar telah saya jumpai lantas meminjam buku

tersebut untuk dibawa pulang. Walaupun sibuk menjalani PBS saya tetap komited untuk

menyiapkan tugasan ini dengan penuh bertoleransi. Selain buku tersebut saya terpaksa

melayari internet untuk mebuat rujukan. Alhamdulilah Allah permudahkan urusan saya

akhirnya banyak maklumat yang saya perolehi. Segala maklumat tersebut telah

dimasukkan di dalam isi tugasan ini.

53

Page 54: nilai tambah seorang guru

Selepas tamat menjalani PBS saya pulang ke Institut dengan membawa tugasan

yang saya telah siap. Saya hanya mengharapkan rakan saya sudah menyiapkan

tugasan yang diamanahkan. Ternyata harapan saya sudah pun tercapai kerana dua

orang rakan saya telahpun menyiapkan tuagasan masing-masing. Kesilapan kami

kerana kami tidak menyiapkan lagi RPH kerana pensyarah sudah pun meminta kami

membuat RPH dan menghantar kepada beliau. Kami terpaksa buat secara cincai

sahaja. Saya tahu bahawa banyak kesalahan yang kami lakukan ditambah lagi dengan

kesibukan persiapan jubli Perak ketika itu. Kami bertiga terlibat dengan persembahan

jubli Perak menyebabkan kami menghadapi kekangan masa untuk berjumpa pensayrah

untuk membaiki kesalahan RPH kami. Semua kumpulan sudah pun berjumpa denga

pensyarah tetapi kumpulan kami tidak sempat untuk berjumpa. Manakan tidak kami

terpaksa berlatih dari pagi sampai ke petang kadang-kadang bawa ke malam pula.

Itulah kami terpaksa demi kampus kita. Kami menghulur seribu kemaafaan kepada

Puan hajjah Ramlah atas kesilapan kami.

Akhir kata, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat

secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan tugasan kami ini, terutama

sekali kepada kedua rakan saya saudara Armaan dan Nasrul. Tidak lupa juga kepada

pensyarah yang tersayang atas kesudian menunjuk ajar kepada kami. Segala salah

silap kami memohon kemaafan. Kami insane yang masih belajar. Segala kesalahan

saya terima dengan hati yang terbuka. Sekian, Terima kasih.

54