Nilaikan pelaksanaan tanzimat oleh kerajaan turki uthmaniyah pada abad ke-19 M { sejarah STPM...

6
Nilaikan pelaksanaan tanzimat oleh kerajaan Turki Uthmaniyah pada abad ke-19 Masihi Pendahuluan Tanzimat berasal daripada perkataan tanzim sebuah perkataan Arab bermaksud mengatur,menyusun dan memperbaiki manakala dari segi sejarah pula bermaksud pembaharuan atau reformasi yang berlaku dalam kerajaan Uthmaniyah secara evolusi antara tahun 1839 hingga 1876 M. Tujuan tanzimat diperkenalkan untuk mengatasi kelemahan sistem pemerintahan dalam kerajaan Turki Uthmaniyah dengan memberi fokus terhadap masalah rakyat yang beragama Kristian supaya golongan tersebut tidak mendapatkan naungan daripada kuasa luar. Tanzimat yang diperkenalkan telah meninggalkan kesan mendalam pada masyarakat Turki khasnya dan umat Islam. Isi-isi a) Tanzimat dalam pentadbiran Membentuk kementerian-kementerian seperti kementerian kerja raya, kementerian pelajaran dan kementerian polis. Majlis Diraja diberi nama baru iaitu Majlis Tanzimat berperanan merangka segala pembaharuan serta mengelak amalan rasuah dalam kalangan pentadbir kerajaan. Ahli yang dipilih mempunyai pendidikan Barat dan perbincangan untuk mewujudkan amalan demokrasi. Pentadbiran yang dirangka bermodelkan pentadbiran Perancis.

Transcript of Nilaikan pelaksanaan tanzimat oleh kerajaan turki uthmaniyah pada abad ke-19 M { sejarah STPM...

Page 1: Nilaikan pelaksanaan tanzimat oleh kerajaan turki uthmaniyah pada abad ke-19 M { sejarah STPM penggal 2)

Nilaikan pelaksanaan tanzimat oleh kerajaan Turki Uthmaniyah pada abad

ke-19 Masihi

Pendahuluan

Tanzimat berasal daripada perkataan tanzim sebuah perkataan Arab bermaksud mengatur,menyusun dan memperbaiki manakala dari segi sejarah pula bermaksud pembaharuan atau reformasi yang berlaku dalam kerajaan Uthmaniyah secara evolusi antara tahun 1839 hingga 1876 M.

Tujuan tanzimat diperkenalkan untuk mengatasi kelemahan sistem pemerintahan dalam kerajaan Turki Uthmaniyah dengan memberi fokus terhadap masalah rakyat yang beragama Kristian supaya golongan tersebut tidak mendapatkan naungan daripada kuasa luar.

Tanzimat yang diperkenalkan telah meninggalkan kesan mendalam pada masyarakat Turki khasnya dan umat Islam.

Isi-isi

a) Tanzimat dalam pentadbiran

Membentuk kementerian-kementerian seperti kementerian kerja raya, kementerian pelajaran dan kementerian polis.

Majlis Diraja diberi nama baru iaitu Majlis Tanzimat berperanan merangka segala pembaharuan serta mengelak amalan rasuah dalam kalangan pentadbir kerajaan.

Ahli yang dipilih mempunyai pendidikan Barat dan perbincangan untuk mewujudkan amalan demokrasi.

Pentadbiran yang dirangka bermodelkan pentadbiran Perancis.

Kesannya, sistem pentadbiran kerajaan Turki Uthmaniyah menjadi sangat cekap kerana pentadbirannya bermodelkan pentadbiran Perancis, penjawat-penjawat awam memiliki kelayakan dan pendidikan yang baik,mereka ditekankan dengan prinsip tidak mengambil rasuah dan setiap kementerian bertanggungjawab terhadap bidang tugas masing-masing dan pentadbiran menjadi lebih sistematik.

b) Tanzimat dalam pendidikan

Page 2: Nilaikan pelaksanaan tanzimat oleh kerajaan turki uthmaniyah pada abad ke-19 M { sejarah STPM penggal 2)

Dirangka mengikut aliran akedemik yang terpisah dengan keagamaan.

Bermula dari sekolah rendah hingga ke peringkat universiti. Kurikulum diperkenalkan merangkumi mata pelajaran

berasaskan ilmu aqliah dibawah selengaraan Akedemik Pelajaran.

Penekanan terhadap mata pelajaran sekular,pengetahuan para pelajar Islam tentang agama Islam berkurang sehingga mereka hilang identiti

Madrasah semakin ketinggalan berbanding sekolah-sekolah professional bercorak awam dan militer(tentera).

Kesannya, hasil pendidikan di Turki semakin terpisah dengan pendidikan kerohanian walaupun sistem pendidikannya lengkap dari peringkat rendah hingga ke universiti. Para pelajar dibekalkan dengan ilmu bercorak duniawi, berpengetahuan barat tetapi mengabaikan aspek sahsiah dan agama. Pendidikan agama semakin terpinggir kerana sistem pendidikan dari barat mendominasi pendidikan di Turki. Hal ini menimbulkan ketidakpuasan golongan ulama dan golongan berpendidikan agama di Turki.

c) Tanzimat dalam Perundangan

Shaykh al-Islam diwujudkan sebagai pemegang kuasa yang terdiri daripada undang-undang syariat dan undang-undang sekular.

Peraturan berhubung jenayah,tanah,perniagaan dan pelayaran diubah suai berdasarkan undang-undang Perancis.

Mahkamah sekular mengendalikan dan menjalankan undang-undang baru

1847, mahkamah campuran didirikan bagi mengendalikan kes jenayah dan sivil dengan dihakimi sama ada hakim berbangsa Eropah atau beragama Islam.

Piagam Hatt-i Shariff Gulhane dilancarkan pada tahun 1939 M yang menekankan hak yang sama kepada semua warganegara dan keharmonian masyarakat dengan jaminan keselamatan nyawa,kehormatan dan harta benda.

1856 M, Piagam Hatt-i Humayun diperkenalkan. Keistimewaan bagi masyarakat Kristian juga disahkan manakala semua bentuk penindasan. Golongan ini serta bukan Islam yang lain juga dijamin kebebasan beragama.

Page 3: Nilaikan pelaksanaan tanzimat oleh kerajaan turki uthmaniyah pada abad ke-19 M { sejarah STPM penggal 2)

Kesannya, perlaksanaan tanzimat ini dilaksanakan tanpa penglibatan para ulama terutamanya dalam menggubal undang-undang telah menukar fungsi mahkamah syariah kepada mahkamah sivil dalam semua hal perundangan kerana sistem perundangan diubah suai berdasarkan undang-undang dari Perancis meliputi hal-hal jenayah ,urusan tanah,urusan perniagaan dan pelayaran. Mahkamah sekular dan mahkamah campuran yang baru mengenepikan fungsi mahkamah syariah. Sistem pengadilan dijalankan tanpa mengira sama ada sesorang itu beragama Islam atau tidak dan hakim yang dilantik juga tidak semestinya beragama Islam. Hal ini telah mengenepikan peranan ulama tradional.

d) Tanzimat dalam Ketenteraan

Latihan dan aspek ketenteraan dikendalikan mengikut model barat.

Individu yang mempunyai hubungan keluarga serta rapat dengan istana dan penghuni bandar diberikan peluang berkhidmat dalam tentera darat dan tentera laut.

Pegawai-pegawai muda memainkan peranan penting dalam melancarkan gerakan merampas kuasa dengan menggulingkan institusi kesultanan

Sistem pemilihan tentera secara teratur juga diwujudkan supaya menjamin keadilan.

Kesannya, semasa zaman Turki Uthmaniyah latihan dan aspek ketenteraan dikendalikan mengikut model barat. Dalam usaha memperkemas dan memperkukuhkan angkatan tentera,individu yang mempunyai hubungan keluarga serta serta rapat dengan istana dan penghuni bandar diberikan peluang berkhidmat dalam tentera darat dan tentera laut. Munculnya pegawai-pegawai muda yang memainkan peranan penting dalam melancarkan gerakan merampas kuasa dengan menggulingkan institusi kesultanan yang mengakibatkan institusi kesultanan beransur-ansur lemah dan lenyap. Sistem pemilihan tentera juga dijalankan secara teratur supaya menjamin keadilan Negara Turki Uthmaniyah.

e) Tanzimat dalam Ekonomi

Page 4: Nilaikan pelaksanaan tanzimat oleh kerajaan turki uthmaniyah pada abad ke-19 M { sejarah STPM penggal 2)

Zaman Turki Uthmaniyah, tanzimat dalam bidang ekonomi tidak diberi keutamaan. Kuasa barat telah merancang agar kerajaan Turki Uthmaniyah meminjam wang atau modal yang menyebabkan kerajaan terpaksa berhutang dengan pemodal-pemodal asing.Kerajaan Turki Uthmaniyah terpaksa bergantung kepada barat bagi mendapatkan bekalan makanan,peralatan dan modal bagi perbelanjaan pembangunan. Antara pembaharuan dalam bidang ekonomi ialah penubuhan bank asing,pengenalan undang-undang baru,kemasukan pelaburan dan modal dari Negara Eropah serta penerimaan orang bukan Islam dalam dewan perundangan.Contoh, Piagam Hatt-i Sharif Gulhane telah memperkenalkan sistem pungutan dan agihan cukai yang tetap dan adil dan cukai pertanian dan kerahan tenaga yang ditindas dihentikan.Cukai yang dipungut diagih-agihkan untuk membawa manfaat kepada rakyat dan negara.

Kesannya, ekonomi Turki berada dalam keadaan yang kritikal dan sistem perbankan tidak berlandaskan syariah. Kuasa barat telah merancang agar kerajaan Turki Uthmaniyah yang meminjam wang atau modal yang menyebabkan kerajaan ini terpaksa berhutang dengan pemodal-pemodal asing. Kerajaan Turki Uthmaniyah terpaksa bergantung kepada barat bagi mendapatkan bekalan makanan, peralatan dan modal bagi perbelanjaan pembangunan. Antara pembaharuan dalam bidang ekonomi ialah penubuhan bank asing, pengenalan undang-undang baru, kemasukan pelaburan dan modal dari Negara Eropah serta penerimaan orang bukan Islam dalam dewan perundangan.

Kesimpulan

ᴥ Tanzimat yang berlaku dalam kerajaan Turki Uthmaniyah untuk memodenkan kerajaan tersebut namun masih menimbulkan impak negatif disebabkan pembaharuan yang dilaksanakan dicondong ke arah pemupukan sekularisme, manakala Islam mula diketepikan sedikit demi sedikit.

ᴥ Akhirnya, kejatuhan kerajaan ini kepada tangan individu yang berfikiran secular dan keruntuhan institusi khalifah di Turki.