NNMTB

25
Zaman Sebelum Kemerdekaan Menghuraikan campur tangan British di Tanah Melayu Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu Dan Kesan-kesan terhadap ekonomi, politik dan sosial serta hubungkait dengan hala tuju dan wawasan negara.

Transcript of NNMTB

Page 1: NNMTB

Zaman Sebelum KemerdekaanMenghuraikan campur tangan British di Tanah

Melayu

Negeri-Negeri Melayu Tidak BersekutuDan

Kesan-kesan terhadap ekonomi, politik dan sosial serta hubungkait dengan hala

tuju dan wawasan negara.

Page 2: NNMTB

Negeri-

Negeri Melay

u Tidak

Bersekutu

(NNMTB)

Johor

Kelantan

Terengganu

Kedah

Perlis

Page 3: NNMTB

• NNMTB sebenarnya bukanlah satu entiti politik seperti NNS dan NNMB.

• Kumpulan ini tidak menggambarkan negeri-negeri tersebut sebagai satu entiti tetapi hanyalah terma untuk menerangkan tentang negeri-negeri Melayu berkenaan.

• Kelima-lima negeri kekal sebagai kerajaan Melayu yang merdeka dan berdaulat.

Page 4: NNMTB

Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB)

• Campur tangan British di Tanah Melayu diperluaskan lagi ke negeri-negeri melayu utara yang berada di bawah kekuasaan Siam.

• Keinginan tersebut didorong oleh beberapa perkembangan yang berlaku di rantau Asia Tenggara terutamanya persaingan daripada kuasa-kuasa Barat dan bekalan bahan mentah.

Page 5: NNMTB

Minat kuasa-kuasa Barat di Asia Tenggara antara tahun 1850 hingga 1890-an

• PERANCIS– Bercadang membina

sebuah terusan di Segenting Kra di selatan Siam dan menguasai Menam Chao Phraya.

• JERMAN– Berminat untuk membina

pangkalan perdagangan di selatan Siam, terutamanya di Pulau Langkawi.

• AMERIKA SYARIKAT– Ingin meluaskan

pengaruh di Terengganu dan pulau-pulau sekitarnya.

• RUSIA– Bercadang membina

pangkalan batu arang di Teluk Siam dan Ujong Salang.

Page 6: NNMTB

• British telah menandatangani beberapa perjanjian dengan Siam bagi menghalang perluasan pengaruh Siam dan kuasa-kuasa Barat yang lain ke negeri-negeri Melayu di utara. Perjanjian tersebut ialah:

Perjanjian Sulit 1897

Perjanjian Sempadan

Inggeris-Siam 1899

Perisytiharan British-Siam

1902

Page 7: NNMTB

Pemindahan Negeri-Negeri Melayu di Utara Kepada British

• Kerajaan Siam memutuskan untuk menyerahkan negeri-negeri Melayu di utara yang dianggapnya tidak menguntungkan kepada British manakala sebagai balasan Kerajaan Britain memansuhkan ‘hak wilayah asing’ di Siam.

Page 8: NNMTB

Perjanjian Bangkok, 9 Julai 1909

• Siam bersetuju menyerahkan negeri Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu kepada British.

• Siam memansuhkan hak-hak keistimewaan wilayah British dan Britain terpaksa melepaskan hak bagi mengadili rakyat British di Siam.

Page 9: NNMTB

• Siam bersetuju tidak akan menyewakan mana-mana wilayahnya kepada kuasa-kuasa lain, tanpa mendapat kebenaran dari British.

• Kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu bersetuju untuk menanggung segala hutang keempat-empat buah negeri yang diperolehnya dan meminjamkan wang sebanyak 4 juta pound kepada Siam untuk membina jalan kereta api dari sempadan Tanah Melayu ke Bangkok.

• Perjanjian Sulit Inggeris-Siam, 1897 dimansuhkan.

Page 10: NNMTB

• Selepas Perjanjian Bangkok, secara beransur-ansur negeri-negeri Melayu di utara menerima penasihat British melalui beberapa perjanjian rasmi yang ditandatangani secara berasingan.

Page 11: NNMTB

KELANTAN

• Penasihat Britisih, J.S Mason dilantik oleh kerajaan British menerusi perjanjian antara British dengan Sultan Kelantan.

• Ditugaskan untuk memberi nasihat dalam pentadbiran negeri kecuali berkaitan agama Islam dan adat istiadat Melayu Kelantan.

• Sebuah Majlis Negeri ditubuhkan dengan dipengerusikan oleh Sultan Kelantan.

Page 12: NNMTB

TERENGGANU

• Pada 1910, Sultan Zainal Abidin III menandatangani perjanjian dengan kerajaan British dan bersetuju menerima W.L Conlay untuk mengawal hubungan luar Terengganu.

• Selepas kemangkatan baginda, kerajaan British menandatangi satu lagi perjanjian dengan pengganti baginda, Sultan Muhammad Shah II pada 1919.

• Penasihat British J.L Humphrey dilantik menjadi Penasihat British pertama di Terengganu.

Page 13: NNMTB

KEDAH

• British melantik William George Maxwel sebagai Penasihat British di Kedah tetapi kehadirannya tidak disenangi oleh kerabat diraja dan pegawai kerajaan sehingga menimbulkan perbalahan antara mereka yang berlarutan sehingga 1923.

• Perjanjian dibuat dan W. Peel diterima sebagai Penasihat British di Kedah.

Page 14: NNMTB

PERLIS

• British melantik Kapten Meadows Frost sebagai Penasihat British di Perlis.

• Pada tahun 1930 sau perjanjian ditandatangani bagi menentukan bidang kuasa penasihat British.

• Melalui perjanjian itu, L.A Allen diterima menjadi Penasihat British di Perlis.

Page 15: NNMTB

JOHOR

• Sejak tahun 1880-an, British bercita-cita untuk meluaskan pengaruh dan menguasai negeri Johor.

• British mengatur beberapa langkah untuk menguasai Johor antaranya bercadang membina jalan kereta api merentasi negeri Johor ke Singapura dan menyekat usaha kerajaan Johor mendapatkan khidmat nasihat daripada Lembaga Penasihat di London.

• Namun, rancangan tersebut dapat dihalang oleh Dato, Abdul Rahman bin Andak iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri Johor.

Page 16: NNMTB

• Selepas kemangkatan Sultan Abu Bakar pada 1895, Sultan Ibrahim menaiki takhta pada usia yang muda, 22 tahun. Dengan itu British beranggapan usaha untuk menguasai Johor menjadi mudah.

• Namun, Dato’ Abdul Rahman memainkan peranan pentingnya menasihati Sultan Ibrahim dalam pentadbiran hingga menyukarkan usaha British itu.

Page 17: NNMTB

• Pada Januari 1907, John Anderson berusaha menyingkirkan Dato, Abdul Rahman dengan menempatkan seorang wakil British di Johor.

• Menerusi bantuan Charles Burton Buckley, seorang peguam, Anderson mendesak Sultan Ibrahim menghantar Dato’ Abdul Rahman ke London. Pada 1909 beliau bersara dan diberi pencen 1000 pound setahun.

Page 18: NNMTB

• Sultan Ibrahim didesak menerima penasihat British. Pada Januari 1910, Douglas G. Campbell berkhidmat sebagai Penasihat Am.

• Pada 1914 Sultan Ibrahim menandatangani perjanjian dengan kerajaan British. Melalui perjanjian itu, kerajaan Johor dikehendaki meminta dan mematuhi nasihat Penasihat Am British.

• Susulan perjanjian, Douglas G.Campell dilantik sebagai Penasihat Pertama di Johor.

Page 19: NNMTB

Kesan-kesan terhadap ekonomi, politik dan sosial serta hubungkait dengan hala tuju dan wawasan negara.

Page 20: NNMTB

Kesan Politik

• Penubuhan NNMB mewujudkan keseragaman dan kecekapan pentadbiran di seluruh persekutuan.

• Pengenalan kepada sistem residen dan penasihat British.

• Penubuhan NNMB menyebabkan Residen Jeneral muncul sebagai orang paling berkuasa dalam pentadbiran.

• Penubuhan persekutuan menyebabkan Sultan, Residen dan Majlis Mesyuarat Negeri kehilangan kuasa.

Page 21: NNMTB

Kesan Ekonomi

• British menggunakan sepenuhnya kekayaan yang ada di NNMB daripada ekonomi sara diri kepada perdagangan dan eksport.

• Perkembangan ekonomi yang pesat dan kestabilan politik membawa kepada kestabilan ekonomi.

• Pembinaan sistem jalan raya dan jalan kereta api memajukan kegiatan ekonomi NNMB.

• Penubuhan NNMB memajukan perusahaan bijih timah dan getah.

• Di bawah perlindungan British, Perlis dapat menyelesaikan hutangnya dengan Kerajaan Siam.

Page 22: NNMTB

Kesan Sosial

• Penubuhan NNMB berjaya mewujudkan keamanan dan peraturan.

• Jaminan keselamatan dan persamaan hak di sisi undang-undang menggalakkan kedatangan imigran Cina dan India.

• Penubuhan persekutuan menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan bandar seperti Taiping dan Kuala Lumpur.

• Terdapat kemudahan sosial seperti perhubungan, kesihatan, pelajaran dan lain-lain.

Page 23: NNMTB

Hubungkait dengan Hala Tuju dan Wawasan Negara

• Penubuhan persekutuan tersebut merupakan titik tolak bermulanya kepada pentadbiran yang seragam di seluruh negeri seterusnya berlanjutan kepada sistem pemerintahan persekutuan negara masa kini.

• Kedatangan imigran mewujudkan masyarakat majmuk. Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan bagi membentuk halatuju pembangunan ekonomi negara yang mengambil kira agihan ekonomi yang seimbang antara kaum dan untuk membasmi kemiskinan.

Page 24: NNMTB

• Wujud sekolah mengikut kaum iaitu Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan.

• Peristiwa 13 Mei 1969 mejadi asas kepada perlunya sistem pendidikan yang berusaha memupuk perpaduan kaum.

Page 25: NNMTB

TamatTerima Kasih