NOR AZIEHAN BINTI AHMAD ADNAN - fp.utm.my Skrin Maklum Balas Jawapan Berformat 62 power point 4.13...

25
PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK ‘ACIDS AND BASES’ KIMIA TINGKATAN EMPAT NOR AZIEHAN BINTI AHMAD ADNAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcript of NOR AZIEHAN BINTI AHMAD ADNAN - fp.utm.my Skrin Maklum Balas Jawapan Berformat 62 power point 4.13...

Page 1: NOR AZIEHAN BINTI AHMAD ADNAN - fp.utm.my Skrin Maklum Balas Jawapan Berformat 62 power point 4.13 Contoh ... ICT - Information ... Sijil Pelajaran Malaysia WWW - World Wide World

PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE

BERTAJUK ‘ACIDS AND BASES’ KIMIA TINGKATAN EMPAT

NOR AZIEHAN BINTI AHMAD ADNAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: NOR AZIEHAN BINTI AHMAD ADNAN - fp.utm.my Skrin Maklum Balas Jawapan Berformat 62 power point 4.13 Contoh ... ICT - Information ... Sijil Pelajaran Malaysia WWW - World Wide World

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS I

JUDUL: PEMBANGTINAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLEBERTAJUK 1CID,SIND BISE^'' KIMIA TINGKATAI\EMPAT

SESIPENGAJIAN: 2008/2009

Saya: NOR AZIEIIAN BINTI AHMAD ADNAN( HURUF BESAR)

mengakumembenarkantesis(PS]\{/@*inidisimpandiPerpustakaan

Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalahhakmilikUniversiti Teknologi Malaysia.

2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tingg.

4. ** Sila tandakan ("2 )

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatanSULIT atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di

dalam akta rahsia rasmi 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telahditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikandijalankan)

TIDAK TERHADDisahkan oleh

4a1vL(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap:NO. 13-B, JLN INTAN, KG.PLANG, TN. HJ. MEOR IBRAHIM BIN33320 GERrKPERAK.

Tarikh: 24 APRIL 2009

KAMARUDDIN

(Nama Penyelia)Tarikh: 24 APRIL 2009

(TANDATANGAN PENULIS)

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan** Jika tesis ini SULIT atau TERIIAD, sila lampirkan surat daripada

pihak berkuasa/ organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dantempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

I Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjanasecara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus danpenyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda @SM)

Page 3: NOR AZIEHAN BINTI AHMAD ADNAN - fp.utm.my Skrin Maklum Balas Jawapan Berformat 62 power point 4.13 Contoh ... ICT - Information ... Sijil Pelajaran Malaysia WWW - World Wide World
Page 4: NOR AZIEHAN BINTI AHMAD ADNAN - fp.utm.my Skrin Maklum Balas Jawapan Berformat 62 power point 4.13 Contoh ... ICT - Information ... Sijil Pelajaran Malaysia WWW - World Wide World

i

PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE

BERTAJUK ‘ACIDS AND BASES’ KIMIA TINGKATAN EMPAT

NOR AZIEHAN BINTI AHMAD ADNAN

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2009

Page 5: NOR AZIEHAN BINTI AHMAD ADNAN - fp.utm.my Skrin Maklum Balas Jawapan Berformat 62 power point 4.13 Contoh ... ICT - Information ... Sijil Pelajaran Malaysia WWW - World Wide World

"Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiaptiap satunya telah saya jelaskan sumbernya"

Tandatangan :

Ngu Penulis :

Tarih :

NOR AZIEHAN BINTI AHMAD ADNAN

z+ qPGtL 2oo9

Page 6: NOR AZIEHAN BINTI AHMAD ADNAN - fp.utm.my Skrin Maklum Balas Jawapan Berformat 62 power point 4.13 Contoh ... ICT - Information ... Sijil Pelajaran Malaysia WWW - World Wide World

iii

DEDIKASI

Istimewa untuk ibu dan abah tersayang…

Ahmad Adnan bin Abdullah dan Roziah bt Md Nor

Jasamu memberi dorongan, pengorbanan dan tunjuk ajar yang tidak

ternilai harganya…

Abang-abang dan juga adik-adikku yang dikasihi,

Mohd Helmi, Mohd Hafiz, Mohd Faez, Mohd Faried dan Mohd Faisal…

Terima kasih di atas nasihat, doa dan sokongan moral yang diberikan.

Untuk insan yang teristimewa,

Terima kasih atas segala sokongan serta perkongsian kasih sayang

dan suka duka bersama.

Juga untuk teman-teman baikku yang tersayang,

Azila, Norziana dan Nurhidayah…

Terima kasih atas sokongan, harapan, dorongan dan pengorbanan kalian!

Page 7: NOR AZIEHAN BINTI AHMAD ADNAN - fp.utm.my Skrin Maklum Balas Jawapan Berformat 62 power point 4.13 Contoh ... ICT - Information ... Sijil Pelajaran Malaysia WWW - World Wide World

iv

PENGHARGAAN

Bismillahhirahmanirahim

Alhamdulillah… Dengan izin dan restuNya dapat saya menyiapkan Projek

Sarjana Muda (PSM) ini dengan jayanya. Ribuan terima kasih dan jutaan

penghargaan ditujukan kepada Tuan Haji Meor Ibrahim bin Kamaruddin selaku

penyelia sekaligus pembimbing yang banyak memberi bimbingan, tunjuk ajar serta

dorangan kepada saya sepanjang tempoh menjalankan projek ini. Kesanggupan dan

dedikasi beliau dalam memberikan bimbingan, nasihat serta cadangan sepanjang

proses penyempurnaan penulisan laporan PSM ini amatlah dihargai.

Tidak lupa juga penghargaan buat pensyarah-pensyarah yang mengajar dan

memberikan curahan ilmu tanpa batasan terutamanya sepanjang proses

pembangunan bahan-bahan e-pembelajaran untuk web portal ini. Juga terima kasih

buat seluruh warga Fakulti Pendidikan, kakitangan akademik, tenaga pentadbiran dan

tenaga sokongan yang banyak memberikan galakan dan terlibat secara langsung

mahupun tidak langsung.

Penghargaan juga ditujukan kepada ahli keluarga yang tercinta. Terima kasih

di atas segala sokongan dan doa yang diberikan kepada saya sepanjang proses

penyelidikan ini.

Terima kasih tidak terhingga dan semoga bantuan dan pertolongan yang

diberikan akan diberikan ganjaran oleh Allah S.W.T yang Maha Pemurah lagi Maha

Pengasihani dengan rahmat serta keberkatan di dunia dan akhirat. Salam hormat dan

terima kasih.

Page 8: NOR AZIEHAN BINTI AHMAD ADNAN - fp.utm.my Skrin Maklum Balas Jawapan Berformat 62 power point 4.13 Contoh ... ICT - Information ... Sijil Pelajaran Malaysia WWW - World Wide World

v

ABSTRAK

E-pembelajaran bukanlah sesuatu yang baru malah telah melalui

perkembangan yang pesat dalam dunia pendidikan. Pembelajaran berasaskan web

telah dilihat sebagai satu alternatif yang berkesan dalam pengajaran dan

pembelajaran kerana kaedah ini mampu mewujudkan pembelajaran secara individu

dan kendiri. Sehubungan itu, satu sistem pengurusan kursus yang dikenali sebagai

MOODLE telah dipilih memandangkan reka bentuknya yang menyokong prinsip

konstruktivisme sosial. Tujuan kajian ini adalah untuk menghasilkan web portal

bertajuk Acids and Bases berasaskan Moodle dan menilai kesesuaiannya terhadap

penggunaan pembelajaran, Model ADDIE digunakan bagi membantu dalam

perancangan dan pembangunan web portal. Bahan-bahan e-pembelajaran bertajuk

Acids and Bases disediakan dalam format power point dan juga HTML yang

merangkumi nota pengajaran guru dan juga nota pembelajaran pelajar. Selain itu,

web portal ini juga menyediakan aktiviti-aktiviti pembelajaran yang lain seperti Quiz,

Forum, Chat, Glossary dan Assignment berdasarkan objektif pembelajaran kimia

KBSM serta juga menggalakkan pembelajaran aktif di kalangan pelajar. Penilaian

sumatif telah dijalankan kepada 10 orang bakal-bakal guru Kimia, Universiti

Teknologi Malaysia. Dapatan pengujian ini menunjukkan kesesuaian web portal ini

adalah di tahap yang baik (min keseluruhan = 4.46). Diharapkan web portal ini dapat

digunakan secara meluas oleh guru dan pelajar supaya pembelajaran yang bermakna

dapat diwujudkan daripada persekitaran pembelajaran yang menyokong

konstruktivisme sosial. Beberapa cadangan lanjutan telah dikemukakan pada akhir

laporan.

Page 9: NOR AZIEHAN BINTI AHMAD ADNAN - fp.utm.my Skrin Maklum Balas Jawapan Berformat 62 power point 4.13 Contoh ... ICT - Information ... Sijil Pelajaran Malaysia WWW - World Wide World

vi

ABSTRACT

E-learning is no longer considered as new since it has been rapidly spread in

education. Web based learning is seen as an effective alternative in teaching and

learning since this medium can support individualized learning which is self access.

Therefore, a course management system, known as MOODLE was chosen due to its

design supporting in the principles of Social Constructivism. The purpose of this

study is to develop an Acids and Bases web portal by using Moodle and to evaluate

its flexibility towards learning. The ADDIE model was used to help in the planning

and developing the web portal project. The e-learning materials entitled Acids and

Bases was prepared in HTML and power point format which comprised teacher’s

note and student’s lesson. This web portal also provided a wide range of resources

and activity-based on learning objectives in KBSM such as Quiz, Forum, Chat,

Glossary and Assignment which can develop student’s active learning. Summative

evaluation was conducted on Chemistry student teachers of Universiti Teknologi

Malaysia. The result showed that the flexibility of this web portal was good (overall

mean = 4.46). It is hoped, this web portal will be widely used by teachers and

students so that a meaningful learning can be developed from an environment that

supports social constructivism. Several suggestions were recommended at the end of

this report.

Page 10: NOR AZIEHAN BINTI AHMAD ADNAN - fp.utm.my Skrin Maklum Balas Jawapan Berformat 62 power point 4.13 Contoh ... ICT - Information ... Sijil Pelajaran Malaysia WWW - World Wide World

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Penyataan Masalah 6

1.4 Objektif Pembangunan Projek 7

1.5 Kepentingan Projek 7

1.6 Skop Projek 9

1.7 Rasional Pemilihan Projek 10

1.8 Kerangka Teori Projek 11

1.9 Definisi Istilah 13

1.9.1 Teknologi Maklumat dan Komunikasi 13

Page 11: NOR AZIEHAN BINTI AHMAD ADNAN - fp.utm.my Skrin Maklum Balas Jawapan Berformat 62 power point 4.13 Contoh ... ICT - Information ... Sijil Pelajaran Malaysia WWW - World Wide World

viii

1.9.2 Portal 14

1.9.3 Web Portal Pendidikan 14

1.9.4 Pelajar 14

1.10 Penutup 14

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 16

2.2 Masalah dan Kesukaran Pembelajaran Kimia 17

2.2.1 Kelemahan Pelajar dalam topik

‘Acids and Bases’ 18

2.3 E-Pembelajaran 20

2.3.1 Definisi e-Pembelajaran 20

2.3.2 Ciri-ciri e-Pembelajaran 21

2.3.3 Kelebihan E-Pembelajaran 22

2.3.4 Kekangan dalam pelaksanaan

e-Pembelajaran 24

2.4 Perkembangan dan keberkesanan E-Pembelajaran 26

2.4.1 Keberkesanan e-pembelajaran

di luar negara 26

2.4.2 Keberkesanan e-pembelajaran

di Malaysia 27

2.5 Perisian Sumber Terbuka (Open Sources Software) 29

2.6 Kelebihan perisian sumber terbuka 29

2.7 MOODLE (Modular Object Oriented Dynamic

Learning Environment) 30

2.7.1 Pengurusan Kursus MOODLE 31

2.8 Teori Pembelajaran yang diaplikasikan

oleh MOODLE 32

2.8.1 Teori Pembelajaran Konstruktivisme 32

2.8.2 Teori Konstriktivisme Sosial 33

2.9 Penutup 35

Page 12: NOR AZIEHAN BINTI AHMAD ADNAN - fp.utm.my Skrin Maklum Balas Jawapan Berformat 62 power point 4.13 Contoh ... ICT - Information ... Sijil Pelajaran Malaysia WWW - World Wide World

ix

3 PROSEDUR PEMBANGUNAN

3.1 Pengenalan 37

3.2 Kaedah Pelaksanaan 37

3.2.1 Analysis (Analisis) 38

3.2.2 Design (Rekabentuk) 40

3.2.3 Development (Pembangunan) 42

3.2.4 Implementation (Pelaksanaan) 44

3.2.5 Evaluation (Penilaian) 44

3.3 Penutup 46

4 HASIL PEMBANGUNAN DAN DAPATAN PENGUJIAN

4.1 Pengenalan 50

4.2 Web Portal Acids and Bases 50

4.3 Rekabentuk Web Portal 51

4.3.1 Login ke web portal 51

4.3.2 Penyusunan Struktur Bahan e-pembelajaran 53

4.4 Hasil Pembangunan Projek 55

4.4.1 Nota Pembelajaran (Lesson) 55

4.4.2 Penilaian (Assessment) 59

4.4.3 Aktiviti Pembelajaran 62

4.4.4 Tugasan (Assignment) 64

4.4.5 Forum 65

4.4.6 Perbincangan (Chat) 67

4.4.7 Glossari 67

4.5 Pengujian Sumatif Web Portal 69

4.6 Penutup 71

Page 13: NOR AZIEHAN BINTI AHMAD ADNAN - fp.utm.my Skrin Maklum Balas Jawapan Berformat 62 power point 4.13 Contoh ... ICT - Information ... Sijil Pelajaran Malaysia WWW - World Wide World

x

5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 72

5.2 Rumusan Projek 73

5.3 Kekuatan Web Portal 74

5.4 Masalah-masalah yang Dihadapi 75

5.5 Cadangan Projek Lanjutan 76

5.6 Penutup 78

RUJUKAN 79

LAMPIRAN 85

Page 14: NOR AZIEHAN BINTI AHMAD ADNAN - fp.utm.my Skrin Maklum Balas Jawapan Berformat 62 power point 4.13 Contoh ... ICT - Information ... Sijil Pelajaran Malaysia WWW - World Wide World

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Skala Likert berdasarkan Min Skor 47

3.2 Tahap Kesesuaian Web Portal berdasarkan

Min Skor 48

4.1 Min Skor Penilaian Sumatif 70

Page 15: NOR AZIEHAN BINTI AHMAD ADNAN - fp.utm.my Skrin Maklum Balas Jawapan Berformat 62 power point 4.13 Contoh ... ICT - Information ... Sijil Pelajaran Malaysia WWW - World Wide World

xii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

1.1 Kerangka Teori Projek 12

3.1 Fasa-fasa dalam model ADDIE 38

3.2 Skrin paparan ‘editting on’ 44

3.3 Skrin ‘upload file’ 44

4.1 Skrin Log in 52

4.2 Skrin Create new account 52

4.3 Skrin Paparan Menu Utama 54

4.4 Skrin Struktur Penyampaian Bahan 54

e-pembelajaran

4.5 Skrin Paparan Resources 56

4.6 Skrin Paparan Nota Pembelajaran berformat 57

power point

4.7 Skrin Muat Turun Nota Pembelajaran 57

berformat power point

4.8 Skrin Paparan Lesson dalam format HTML 58

4.9 Skrin Paparan Student’s Practice 60

bersertakan Maklumbalas

Page 16: NOR AZIEHAN BINTI AHMAD ADNAN - fp.utm.my Skrin Maklum Balas Jawapan Berformat 62 power point 4.13 Contoh ... ICT - Information ... Sijil Pelajaran Malaysia WWW - World Wide World

xiii

4.10 Skrin paparan pangkalan data Assessment 61

4.11 Skrin Penilaian berformat power point 61

4.12 Skrin Maklum Balas Jawapan Berformat 62

power point

4.13 Contoh Aktiviti Pembelajaran 63

(Game dan Crossword Puzzle)

4.14 Skrin Tugasan bagi topik Acids and Bases 64

4.15 Skrin Paparan Forum 65

4.16 Skrin Maklum Balas dalam Forum 66

4.17 Skrin Paparan Chat room 67

4.18 Skrin Glossary 67

4.19 Skrin Glossari dalam Format power point 68

Page 17: NOR AZIEHAN BINTI AHMAD ADNAN - fp.utm.my Skrin Maklum Balas Jawapan Berformat 62 power point 4.13 Contoh ... ICT - Information ... Sijil Pelajaran Malaysia WWW - World Wide World

xiv

SENARAI SINGKATAN

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

ICT - Information Communication and Technology

MOODLE - Modular Object Oriented Dynamic Learning

Environment

OSS - Open Office Software

HTML - Hypertext Markup Language

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

WWW - World Wide World

MSC - Multimedia Super Corridor

PBK - Pembelajaran Berbantukan Komputer

CAL - Computer Associated Learning

SPSS - Statistical Packages For The Social Science

SB - Sangat Baik

B - Baik

S - Sederhana

L - Lemah

SL - Sangat Lemah

Page 18: NOR AZIEHAN BINTI AHMAD ADNAN - fp.utm.my Skrin Maklum Balas Jawapan Berformat 62 power point 4.13 Contoh ... ICT - Information ... Sijil Pelajaran Malaysia WWW - World Wide World

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Jadual Perancangan Projek 86

B Set Soal Selidik 88

C Instrumen Penilaian Sumatif 90

Page 19: NOR AZIEHAN BINTI AHMAD ADNAN - fp.utm.my Skrin Maklum Balas Jawapan Berformat 62 power point 4.13 Contoh ... ICT - Information ... Sijil Pelajaran Malaysia WWW - World Wide World

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Ledakan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) hari ini

telah mengubah paradigma masyarakat sekaligus mewujudkan suasana baru dalam

kehidupan masyarakat global. Teknologi telekomunikasi dan multimedia yang

menjadi tunjang kepada perubahan ini digunakan secara global dan revolusi ini telah

memberi impak positif dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat. Perkembangan

dunia teknologi dan telekomunikasi serta projek Multimedia Super Corridor (MSC)

telah menempatkan Malaysia dalam hubungan global antara negara-negara maju di

dunia. Pelbagai usaha telah dijalankan untuk memaksimakan penggunaan ICT dalam

mentransformasikan masyarakat Malaysia kepada masyarakat yang bermaklumat

(knowledge based society).

ICT dikatakan mampu menjadi penggerak utama ke arah mewujudkan

masyarakat yang bermaklumat sekaligus meningkatkan daya saing dan prestasi

ekonomi negara secara menyeluruh (Jamaluddin dan Zaidatun, 2003). Malaysia

sebagai salah sebuah negara membangun yang menetapkan sasaran tahun 2020 untuk

mencapai taraf negara maju sudah tentu tidak mahu ketinggalan dan ini dibuktikan

Page 20: NOR AZIEHAN BINTI AHMAD ADNAN - fp.utm.my Skrin Maklum Balas Jawapan Berformat 62 power point 4.13 Contoh ... ICT - Information ... Sijil Pelajaran Malaysia WWW - World Wide World

2

melalui MSC yang menjadikan Sekolah Bestari sebagai salah satu ‘flagship‟ yang

akan menghasilkan tenaga kerja mahir dalam teknologi maklumat dan multimedia.

Menurut Khairul Hamimah et al. (2006), sejak IT diletakkan pada mercu segala

teknologi, pendidikan maya, universiti maya dan e-pembelajaran menjadi simbol

status yang membanggakan.

Internet merupakan satu rangkaian komputer antarabangsa yang

menghubungkan berjuta komputer secara talian terus. Ianya bersifat global dan

menyediakan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan kepada pengguna seperti mel

elektronik dan laman web (Baharuddin, Mohamad Bilal dan Norah, 2003). Dalam

era teknologi maklumat ini juga, World Wide Web (WWW) telah menjadikan

internet mesra pengguna di mana penggunaan media grafik, animasi, teks, audio dan

video telah digabungkan bersama di dalam laman web. Pelaksanaan e-pembelajaran

adalah satu contoh cara pembelajaran yang memudahkan pelajar mengakses bahan

serta mempelajarinya mengikut keperluan dari segi teknik juga dalam keadaan tidak

formal.

Kurikulum pendidikan telah digubal dari semasa ke semasa seiring dengan

perubahan pesat teknologi yang berlaku di mana kurikulum baru mengandungi

literasi maklumat dan komunikasi dengan menggunakan sains dan teknologi serta

menekankan kepada pengetahuan, kemahiran, sikap saintifik serta nilai murni.

Dalam masa lima dekad kebelakangan ini, kurikulum kimia sekolah menengah di

Malaysia telah mengalami perubahan yang signifikan. Setiap perubahan kurikulum

kimia daripada bentuk tradisi kepada bentuk KBSM dilakukan secara terancang

berdasarkan perkembangan semasa yang memerlukan kefahaman kimia yang lebih

canggih dan mencabar.

Hasil daripada pemesatan teknologi ICT yang pesat kini, pembelajaran

berbantukan komputer tidak lagi dinafikan kepentingannya dan menjadi perintis

kepada perkembangan ICT dalam pendidikan kimia. Ini selari dengan matlamat

KBSM kimia yang bukan sahaja menekankan kepada budaya sains dan teknologi

yang bersesuaian untuk membina konsep, menguasai dan mengaplikasikan

kemahiran yang berlandaskan sikap saintifik, menyelesaikan masalah dalam

kehidupan seharian, meneroka ilmu kimia bahkan ingin melahirkan pelajar yang

Page 21: NOR AZIEHAN BINTI AHMAD ADNAN - fp.utm.my Skrin Maklum Balas Jawapan Berformat 62 power point 4.13 Contoh ... ICT - Information ... Sijil Pelajaran Malaysia WWW - World Wide World

3

bersikap positif terhadap kimia dan menghargai kepentingannya untuk

menyelesaikan masalah harian (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001).

Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu

daya usaha ke arah menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif terhadap

perkembangan teknologi. Budaya persekolahan seharusnya diubah daripada sesuatu

yang berdasarkan memori kepada yang berpengetahuan, berpemikiran, kreatif,dan

penyayang dengan menggunakan teknologi terkini (Kementerian Pelajaran Malaysia,

2000). Atas alasan inilah pihak kerajaan melalui Kementerian Pendidikan berhasrat

untuk mewujudkan Sekolah Bestari yang sekali gus bertindak mengisi agenda

perancangan dan perlaksanaan Koridor Raya Multimedia. Perlaksanaan Sekolah

Bestari akan membuka ruang seluas-luasnya kepada teknologi komputer yang akan

membolehkan fleksibiliti dan kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan. Suasana

ini akan mengurangkan jurang peluang antara mereka yang berada dan berupaya

menggunakan teknologi terkini di rumah dengan mereka yang kurang berada (Razali,

2002).

1.2 Latar Belakang Masalah

Sektor pendidikan telah lama diterima sebagai tunggak pembangunan

ekonomi alaf baru kerana ia dilihat sebagai pemangkin kepada masyarakat yang

berilmu dan berakhlak mulia. Dalam konteks pendidikan, teknologi maklumat telah

membawa perubahan baru dalam suasana pembelajaran di mana ia digunakan

sebagai satu kaedah untuk menyebarkan maklumat kepada pendidik dan pelajar.

Kedatangan alaf baru yang disertai dengan ledakan teknologi maklumat dan

komunikasi memberi tekanan kepada perlunya perubahan radikal dalam dunia

pendidikan (Posiah, Hairani dan Janudin, 2006). Salah satu perkembangan terbaru

dalam bidang ini ialah teknologi multimedia.

Page 22: NOR AZIEHAN BINTI AHMAD ADNAN - fp.utm.my Skrin Maklum Balas Jawapan Berformat 62 power point 4.13 Contoh ... ICT - Information ... Sijil Pelajaran Malaysia WWW - World Wide World

4

Namun begitu, kekangan dan kelemahan yang terdapat dalam pengajaran dan

pembelajaran kimia sudah pasti akan membataskan dan menyukarkan objektif ini

dicapai. Sistem pendidikan tradisional yang lebih berpusatkan pelajar kurang relevan

untuk diaplikasikan pada masa kini dan ini sekaligus akan menjadikan suasana

pembelajaran kurang kondusif. Hal ini kerana proses pembelajaran secara tradisional

di dalam kelas adalah terhad. Pelajar yang mudah faham akan berasa bosan sekiranya

terpaksa mempelajari sesuatu topik kimia yang sama berulang-ulang kali sedangkan

pelajar yang lemah akan berasa sukar sekiranya guru mengajar pada kadar yang

terlalu pantas. Mohd Sofian (2006) dan Atan Long (1982) menyatakan bahawa

pembelajaran tradisional (kapur, buku teks dan percakapan) tidak akan menjamin

keberkesanan pengajaran kerana ia tidak menguji daya imaginasi pelajar.

Realitinya, ramai di kalangan pelajar yang kurang berminat untuk mendalami

ilmu sains ini kerana pada anggapan mereka subjek kimia sukar untuk dipelajari dan

memerlukan kajian serta daya pemikiran yang kreatif dan kritis. Guru yang kurang

kreatif dalam menyediakan medium untuk menyampaikan pengajarannya akan

memberi impak kepada pembelajaran pelajar-pelajarnya (Norjihan dan Nor

Imayanty, 2005). Pengajaran guru kimia tertumpu kepada penggunaan buku teks

semata-mata yang lebih kepada „content oriented‟ dan „exam oriented‟ menyebabkan

tiada perubahan bahan dan sumber maklumat kimia menjadi terhad. Menurut

Rozidah (2004), terdapat banyak kelemahan dalam pembelajaran berbantukan buku

teks semata-mata. Ini kerana, pembelajaran yang dijalankan dengan hanya

menggunakan buku teks sebagai bahan pelajaran boleh menimbulkan suasana

hambar dan seterusnya menimbulkan kebosanan di kalangan pelajar. Pelajar-pelajar

sukar untuk mendapat idea baru dan natijahnya akan membantutkan perkembangan

kognitif ke arah pemikiran yang kritis dan kritis.

Mata pelajaran kimia merupakan subjek sains yang kurang difahami oleh

pelajar (Abu Hassan, 2001; Nakhleh dan Krajick, 1993). Pelajar kebiasaannya

cenderung menghafal nota tanpa memahami apa yang sebenarnya dipelajari di

sekolah. Noraini (2001) dalam kajiannya menyatakan bahawa bagi tajuk ‘Acids and

Bases‟, masalah utama yang dihadapi pelajar adalah pelajar tidak memahami konsep-

konsep asid dan bes, kaedah perhitungan kemolaran, kepekatan, pencairan dan

pentitratan. Semua konsep ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar manusia kerana

Page 23: NOR AZIEHAN BINTI AHMAD ADNAN - fp.utm.my Skrin Maklum Balas Jawapan Berformat 62 power point 4.13 Contoh ... ICT - Information ... Sijil Pelajaran Malaysia WWW - World Wide World

5

ia melibatkan konsep-konsep yang abstrak. Lantas mereka mencipta satu kerangka

alternatif atau idea mereka sendiri sebagai satu kefahaman baru tentang topik ‘Acids

and Bases‟. Keadaan ini seterusnya menimbulkan salah konsep di kalangan pelajar

dan menyebabkan pelajar terpesong daripada kefahaman yang sebenar. Kebanyakan

buku teks kimia yang berada di pasaran sekarang hanya ditulis untuk memberi

maklumat kepada para pembacanya, bukannya untuk memberikan program

pembelajaran yang menarik dan interaktif kepada pembacanya (Rozidah, 2004).

Penggunaan bahan bantu mengajar yang lebih interaktif juga kurang

diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran kimia. Ini kerana subjek kimia

bukanlah suatu subjek yang hanya memadai diterangkan dengan menggunakan

medium teks dan grafik sahaja. Ia sebenarnya memerlukan lebih daripada itu.

Menurut Mohd Yusri (2007), pelajar selalunya mengalami kesukaran dalam

memahami sesuatu konsep atau teori terutamanya apabila perkara yang disampaikan

itu sukar diberi gambaran secara kasar. Sekiranya pelajar ini berterusan didedahkan

dengan kaedah pembelajaran tradisional yang sedemikian, lama-kelamaan mereka

akan merasa bosan dan sekaligus mengurangkan minat mereka terhadap subjek kimia

ini. Kebanyakan guru tidak mengambil kira faktor kesediaan untuk belajar yang

berbeza di kalangan pelajar mahupun kecerdasan pelajar itu sendiri

Melalui pembelajaran secara tradisional, para pelajar terkongkong dalam

suatu situasi yang sempit di mana ruang dan masa telah ditetapkan oleh pihak

sekolah, ini secara tidak langsung membawa mereka ke arah satu gaya pemikiran

yang terhad dan tidak terbuka. Hasilnya, para pelajar ini tidak dapat mengaitkan

konsep yang dipelajari di dalam kelas dengan kehidupan seharian mereka di luar

kelas. Berbeza dengan sistem ini, e-pembelajaran mengimplementasikan teknologi

multimedia di mana semua elemen-elemen multimedia digabungkan untuk

menghasilkan satu kaedah pembelajaran interaktif yang lebih menarik dan efektif di

samping menyediakan para pelajar satu suasana pembelajaran yang tidak

membosankan. Di samping itu juga, ia membenarkan mereka meneroka ilmu-ilmu

baru tanpa kekangan masa dan keadaan serta membawa pelajar kepada satu kaedah

pembelajaran yang bersifat penemuan dan penerokaan (Norjihan dan Nor Imayanty,

2005).

Page 24: NOR AZIEHAN BINTI AHMAD ADNAN - fp.utm.my Skrin Maklum Balas Jawapan Berformat 62 power point 4.13 Contoh ... ICT - Information ... Sijil Pelajaran Malaysia WWW - World Wide World

6

Walaupun latihan ICT telah diberikan kepada guru, namun hanya segelintir

guru sahaja yang mempraktikannya. Dengan perkembangan era teknologi maklumat,

sudah tentu komputer dapat digunakan dengan mudah untuk menyampaikan sesuatu

konsep yang abstrak dalam bentuk yang lebih konkrit dan lebih mudah difahami

(Ismail, 2002). Oleh itu, pembangunan e-pembelajaran berasaskan Modular Object

Oriented Dynamic Learning Environment (MOODLE) boleh menambah sumber e-

pembelajaran kepada pelajar terutamanya dalam pembelajaran kimia Tingkatan

Empat. Web portal yang dibangunkan ini boleh dijadikan sebagai alternatif bahan

bantu mengajar bagi meningkatkan penguasaan pelajar terhadap mata pelajaran

kimia dan menyediakan suasana pembelajaran yang mampu menarik minat pelajar

untuk mempelajari topik ini.

1.3 Penyataan Masalah

Perkongsian maklumat boleh berlaku dengan berkesan melalui teknologi ini

dalam pendidikan. E-pembelajaran walaupun bukan penyelesaian menyeluruh tetapi

adalah pilihan yang baik untuk merealisasikan pengajaran dan pembelajaran

menggantikan kaedah tradisi „chalk and talk‟ (Wahyu dan Yahya, 2005). Menurut

mereka lagi, sejajar dengan perkembangan pesat bidang teknologi komunikasi dan

komputer, pelajar sentiasa didedahkan kepada teknologi yang serba canggih. Oleh

itu, pelajar cenderung menggunakan alat dan bahan terkini dalam proses

pembelajaran mereka.

Penggunaan komputer yang meluas dalam bidang pendidikan menjadikan

pembelajaran lebih mudah dan menarik. Ini kerana komputer dapat dibangunkan

dengan pelbagai cara di bilik darjah. Tetapi ianya memerlukan kaedah yang sesuai

agar ia tidak lari dari objektif asal iaitu mempertingkatkan kualiti pengajaran guru

dan juga menjadikan pembelajaran pelajar lebih bermakna. Penggunaan elemen

grafik dan animasi dalam perisian ini akan menjadikan pembelajaran yang abstrak

Page 25: NOR AZIEHAN BINTI AHMAD ADNAN - fp.utm.my Skrin Maklum Balas Jawapan Berformat 62 power point 4.13 Contoh ... ICT - Information ... Sijil Pelajaran Malaysia WWW - World Wide World

7

dan masalah pemahaman atau salah konsep pelajar bertukar menjadi pembelajaran

serta pemahaman yang jelas dan baik (Junaidah dan Rasyidah, 2006).

Melalui web portal kimia ini, pelajar boleh menilai kemampuan diri mereka

dengan mencuba pelbagai latihan dan kuiz yang telah disediakan mengikut aras

Taksonomi Bloom. Peneguhan yang positif dan negatif juga berlaku di mana pelajar

diberi maklum balas segera setelah membuat latihan dan kuiz yang disediakan. Ini

secara tidak langsung akan meningkatkan motivasi dan minat mereka dalam subjek

kimia. Web portal ini menekankan kepada penilaian online yang lebih sistematik dan

ini akan memudahkan guru untuk menilai pelajar. Menurut Norazah et al. (2006),

penggunaan teknologi maklumat boleh menimbulkan suasana pembelajaran yang

lebih menyeronokkan, berkesan dan lebih bermakna kepada pelajar.

Justeru, web portal Acids and Bases yang berasaskan Moodle ini

dibangunkan dengan menggabungkan ciri-ciri multimedia dan pembelajaran kendiri.

Pembangunan web portal ini adalah satu alternatif bagi mengatasi permasalahan

dalam pengajaran dan pembelajaran kimia hari ini di samping mewujudkan

persekitaran pembelajaran yang mennyokong konstruktivisme sosial.

1.4 Objektif Pembangunan Projek

Projek ini membangunkan e-pembelajaran berasaskan perisian multimedia

yang diharapkan dapat memenuhi objektif pembangunan seperti:

i. Mereka bentuk dan menghasilkan web portal berasaskan Moodle yang

merangkumi tajuk Acids and Bases khusus untuk pelajar tingkatan

Empat berformatkan HTML dan power point.

ii. Menentukan kesesuaian web portal berasaskan Moodle bertajuk Acids

and Bases terhadap penggunaan pembelajaran.