Nota 1

14
Perancangan merupakan satu proses untuk mengenal pasti keperluan bagi pelaksanaan sesuatu aktiviti atau pertubuhan. Ianya juga merupakan proses yang pertama memerlukan tumpuan khusus dan kemahiran bagi memastikan kesemua aspek diteliti. Oleh itu, sebelum menyediakan premis prasekolah, semestinya kita perlu membuat perancangan yang sesuai sebagai langkah bijak. Langkah yang utama adalah menyediakan kertas kerja. Berikut merupakan contoh format kertas kerja penubuhan prasekolah dan isu-isu utama yang saling berkait dengan penubuhan. KERTAS KERJA PENUBUHAN PRASEKOLAH 1.0 LATAR BELAKANG >Menyatakan keperluan pendidikan pra dalam negara Malaysia >Kepentingan pendidikan prasekolah kepada kanak-kanak -Pendidikan Asas (seimbang & harmoni) -Persediaan fizikal, mental, sosial, emosi sebelum persekolahan formal 2.0 RASIONAL >Mengapa peru menubuhkan prasekolah? Contoh:-Pendidikan kurikulum tambahan lain daripada lain. -Kurikulum selaras kehendak negara dan pembangunan modal insan -Yuran yang rasional dsb >Apa signifikan prasekolah yang hendak ditubuhkan? 3.0 NAMA, VISI & MISI PRASEKOLAH >Memberi nama prasekolah yang bermakna (pemberian nama prasekolah mempunyai syarat-syarat tertentu) *Nota akan disediakan di lain waktu :)* >Visi: Matlamat Jangka Panjang > Misi: Pernyataan yang lebih terinci dalam menjayakan visi

Transcript of Nota 1

Page 1: Nota 1

Perancangan merupakan satu proses untuk mengenal pasti keperluan bagi pelaksanaan sesuatu aktiviti atau pertubuhan. Ianya juga merupakan proses yang pertama memerlukan tumpuan khusus dan kemahiran bagi memastikan kesemua aspek diteliti. Oleh itu, sebelum menyediakan premis prasekolah, semestinya kita perlu membuat perancangan yang sesuai sebagai langkah bijak. Langkah yang utama adalah menyediakan kertas kerja.

Berikut merupakan contoh format kertas kerja penubuhan prasekolah dan isu-isu utama yang saling berkait dengan penubuhan.

KERTAS KERJA PENUBUHAN PRASEKOLAH

1.0 LATAR BELAKANG>Menyatakan keperluan pendidikan pra dalam negara Malaysia

>Kepentingan pendidikan prasekolah kepada kanak-kanak

-Pendidikan Asas (seimbang & harmoni)

-Persediaan fizikal, mental, sosial, emosi sebelum persekolahan formal

2.0 RASIONAL>Mengapa peru menubuhkan prasekolah?

Contoh:-Pendidikan kurikulum tambahan lain daripada lain.

-Kurikulum selaras kehendak negara dan pembangunan modal insan

-Yuran yang rasional dsb

>Apa signifikan prasekolah yang hendak ditubuhkan?

3.0 NAMA, VISI & MISI PRASEKOLAH>Memberi nama prasekolah yang bermakna (pemberian nama prasekolah mempunyai syarat-syarat tertentu) *Nota akan disediakan di lain waktu :)*

>Visi: Matlamat Jangka Panjang

> Misi: Pernyataan yang lebih terinci dalam menjayakan visi

4.0 OBJEKTIF PENUBUHAN>Pecahan-pecahan jangkaan atau harapan bagi menjelaskan tujuan penubuhan prasekolah

5.0 LOKASI>Berikan alamat penuh premis (Juga terdapat lokasi yang sesuai dan tidak sesuai untuk penubuhan prasekolah)*Nota akan disediakan di lain waktu :)*

6.0 PELAN LANTAI>Draf lukisan menunjukkan skala betul & tepat

Page 2: Nota 1

>Usaha penggunaan komputer

>Bahagian dalaman: Tampak dengan jelas pembahagian kawasan P&P, meja kanak-kanak, sudut P&P, dapur, tandas dan kemudahan lain.

>Bahagian luar: Tampak dengan jelas sudut permainan, sudut pasir/ air dan lain-lain.

7.0 KURIKULUM & PROGRAM PEMBELAJARAN>Mesti menggunakan kurikulum asas (Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, KSPK 2009)

>Menyediakan kurikulum tambahan

>Menyertakan jadual pembelajaran

>Menggunakan buku-buku khas/ alat bantu belajar yang digunakan

>Nyatakan jika ada program tambahan seperti majlis hari jadi, hari terbuka, majlis konvokesyen dan sebagainya.

8.0 ASPEK PEMAKANAN>Nyatakan prinsip-prinsip penyediaan makanan ( menunjukkan kualiti pemakanan kanak-kanak)

>Bagaimana bentuk penyediaan makanan. Bermasak? Ditempah?

>Menyertakan menu makanan harian dalam seminggu

>Menyatakan jika ada keistimewaan dalam menu makanan yang disediakan

9.0 ASPEK KEBERSIHAN & KESELAMATAN>Menyatakan langkah-langkah menjaga kebersihan kawasan prasekolah

>Langkah-langkah kebersihan: Panduan cuci tangan, menggosok gigi dll

>Langkah-langkah keselamatan: Kawasan persekitaran tiada benda tajam/ licin, pengawasan dari kawasan jalan raya dll.

10.0 KOS PENUBUHAN>Kos bangunan

>Kos penyediaan sudut-sudut pembelajaran (alat bantu mengajar)

>Kos taman permainan/ kawasan kanak-kanak memperoleh pengalaman

11.0 STAF>Menyatakan berapa orang staf

>Menyediakan carta organisasi staf

>Kelulusan pendidikan staf

Page 3: Nota 1

>Program pembangunan profesionalisme staf (kursus dll)

12.0 PENUTUP>Menyatakan harapan kertas kerja diangkat bagi kelulusan

>Menyatakan harapan sokongan daripada pihak yang dipohon

>Menyediakan aspek kepentingan pendidikan awal kanak-kanak kepada negara.

PRASEKOLAH YANG SELAMAT

LokasiSebuah tadika/prasekolah hendaklah berada di kawasan yang kondusif untuk pengajaran, pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak mengikut kriteria-kriteria berikut:

Tempat yang selamat daripada risiko kemalangan dan kecederaan dan terjamin keselamatan, Jauh dari pusat hiburan, Udaranya bersih dan nyaman, Tidak diganggu oleh pencemaran bunyi dan Mendapat kebenaran bertulis jiran terdekat jika premis di kawasan perumahan – jiran bersebelahan,

hadapan dan belakang (kiri dan kanan) premis

Premis Tiap-tiap premis hendakalah diperiksa dan disokong penggunaannya oleh pihak berkuasa tempatan yang

berkenaan khususnya, Jabatan Perancang dan Kawalan Bangunan Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Kesihatan.

Tingkat bawah adalah digalakkan tetapi bangunan bertingkat-tingkat boleh diperitmbangkan sekiranya ia memenuhi piawaian keselamatan berhubung dengan tangga, beranda dan pintu kecemasan dan apa-apa peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan yang berkenaan.

Bangunan tadika hendaklah di dalam keadaan baik, bersih, cantik dan dicat di luar dan di dalam supaya kelihatan menarik dan sesuai bagi perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak.

Syor pihak berkuasa tempatan mengenai bilangan kanak-kanak untuk setiap bilik darjah/kelas dipatuhi. Tiap-tiap tadika hendaklah mempunyai ruang yang mencukupi untuk sudut-sudut pembelajaran, pelbagai

jenis permainan dan sukan, kemudahan-kemudahan rehat dan tandas dengan mengambilkira bilangan dan umur kanak-kanak.

Kegunaan kontena sebagai bilik darjah tidak dibenarkan. Kemudahan-kemudahan pendidikan khas diadakan jika ada kanak-kanak kurang upaya. Premis agama boleh dipertimbangkan tetapi ini tidak termasuk tempat khas beribadat. Premis tadika tidak boleh dijadikan tempat tinggal.

Keselamatan Bangunan tadika hendaklah dalam keadaan selamat dan bahan binaannya bukan daripada bahan mudah

baker. Hendaklah mengadakan sekurang-kurangnya 2 buah pintu keluar bangunan dan pintu tersebut hendaklah

mudah dibuka tanpa halangan. Jerajak besi yang dipasang di tingkap bilik hendaklah boleh dibuka jika berlaku kecemasan/kebakaran. Dapur hendaklah diasingkan, terutama apabila menggunakan LP Gas. Alat pemadam api hendaklah diadakan mengikut syor Jabata Bomba dan Penyelamat.

Page 4: Nota 1

Perabot, alat permainan dan bahan-bahan lain yang digunakan tidak membahayakan. Semua punca kunci elektrik hendaklah sama ada tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak atau dilindungi

secukupnya. Kolam renang atau tempat yang boleh menampung air hendaklah dalamnya mengikut ukuran yang

diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan. Kawasan tersebut berpagar.Kesihatan

Kawasan, bangunan dan lantai hendaklah bersih dan selamat. Bilangan tandas hendaklah mencukupi dan dalam keadaan bersih, selamat dan selesa untuk kanak-kanak. Ada kemudahan membasuh yang sesuai dan mencukupi. Ada peralatan pertolongan cemas yang lengkap. Tiap-tiap bilik hendaklah mempunyai pencahayaan dan pengudaraan yang mencukupi. Ada kemudahan pembuangan sampah yang sesuai dan mencukupi.

ISL MINGGU 8MENYENARAIKAN TUGAS-TUGAS ATAU AKTIVITI BULANAN DAN RUTIN HARIAN GURU DI PRASEKOLAH

Guru Prasekolah

Senarai Tugas (Bulanan/Harian) Bersama Guru Besar, GPK 1, GPK(HEM) dan penyelaras dalam pemilihan murid prasekolah. Menyediakan rancangan P&P dalam rekod pengajaran mengikut Sukatan Kurikulum Prasekolah. Waktu bertugas seperti guru kelas normal mengikut waktu yang ditentukan oleh sekolah. Waktu P&P bermula 7.30 pagi – 11.30 pagi. Bermula jam 11.30 pagi hingga waktu pulang perlulah digunakan sebaik-baiknya untuk menulis rancangan pengajaran hari esok, membuat ABM, mengadakan mesyuarat atau perbincangan mengenai keperluan pendidikan prasekolah. Melibatkan diri dalam semua aktiviti prasekolah di peringkat sekolah, JPWP atau Kementerian. Membuat penilaian terhadap murid. Melaksanakan tugasan dan arahan pihak sekolah, JPWP dan Kementerian Menyediakan dan melaksanakan rekod peribadi, rekod profil, senarai semak dan rekod Pentaksiran dan Perkembangan Murid. Menjadi AJK induk sekolah yang ditetapkan oleh pihak pentadbir. Menyediakan Rancangan Pengajaran Harian. Merancang dan melaksana program prasekolaha) Program Keibubapaanb) Program Lawatanc) Program Karnivald) Program Sukane) Program Hari Keluarga Mengemaskini sistem fail dengan sistematik. Merancang dan membina bahan bantu mengajar. Mengemaskini stok. Merancang dan menyediakan menu. Memastikan keceriaan luar dan dalam kelas.

Page 5: Nota 1

BIDANG TUGAS GURU PRASEKOLAHPengurusan Mata Pelajaran1. Memiliki, memahami dan boleh mentafsirkan serta menghuraikan kandyngan sukatan pelajaran dan huraian mata pelajaran yang berkenaan.2. Memahami dan mematuhi Pekeliling-pekeluiling dan arahan yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar serta menentukan dan menetapkan matlamat yang harus dicapai; iaitu dari segi pengetahuan, kebolehan dan kemahiran yang harus dicapai di akhir tiap penggal.3. Mempunyai sebuah buku rekod mengajar yang kemaskini dan menyerqahkan kepada Guru Besar pada masa yang ditetapkan.4. Menyediakan rancangan pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar dengan lengkap untuk tempoh setahun/sepenggal/seminggu/harian dan melaksanakan pengajaran mengikut rancangan pelajaran yang disediakan.5. Menyedia dan memberikan kerja-kerja latihan yang cukp, memeriksa buku latihan dan meulangkan semula secepat mungkin. Menyerahkan / menunjukkan buku latihan kepada Guru Besar atau wakilnya pada masa yang dikehendaki.\Mengesan kelemahan murid dan menjalankan kerja bimbingan.6. Menjadi ahli panitia mata pelajaran, menghadiri serta mematuhi dan melaksanakan keputusan mesyuarat panitia.7. Menyedari dan menggunakan buku panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran / Jabatan Pelajaran / Pejabat Pelajaran Daerah.8. Memastikan keselamatan murid-murid serta mengawasi penggunaan alatan.9. Menghadiri mesyuarat / taklimat mengenai mata pelajaran sama ada dikelolakan oleh Kementerian Pelajaran / Jabatan Pelajaran Negeri / Pejabat Pelajaran Negeri. Menyampaikan semula maklumat kepada guru lain yang mengajar mata pelajaran yang sama.10. Sentiasa mengikut perkembangan dan pembaharuan tentang teknik mengajar bagi meninggikan lagi prestasi dalam pengajaran dan pembelajaran.11. Menjaga keselamatan dan kebersihan alat-alat bantu mengajar yang digunakan, meastikan bahan-bahan tersebut digunakan secara meluas.12. Magadakan ruang-ruang pembelajaran di kelas.13. Menjalankan tugas sebagai seorang kaunselor dan seorang guru disiplin.14. Menjalankan tugas yang diarahkan dari masa ke semasa.

Pengurusan dan Organisasi Kelas1. Membentuk organisasi kelas.2. Menentukan perkara-perkara berikut ada di dalam kelasa) Jadual waktub) Perabot kelas dan semua peralatan diinventorikan.c) Motto kelasd) Alatan pembersihan.3. Menentukan peralatan eletrik dalam keadaan baik dan selamat digunakan.4. Melaporkan perabot dan alatan eletrik yang rosak kepada pihak pentadbiran.5. Membimibing organisasi kelas yang dilantik menjalankan tugas.

Jadual Kedatangan dan Kedatangan Murid1. Menanda jadual kedatangan harian selewat-lewatnya sebelum waktu kedua berakhir dan menyimpan buku daftar kedatangan di pejabat.

Page 6: Nota 1

2. Menentukan semua butir yang dikehendaki ada di dalam buku daftar kedatangan murid ditulis.3. Memastikan data terkini murid di dalam kelas.4. Memastikan kelas mempunyai buku kedatangan kedua dan diselenggara seprti yang diarahkan.a) Buku diambil dan dihantar pada waktu dan di tempat yang ditetapkan.b) Menjamin keselamatan buku tersebut.Masalah Pembelajaran, Kesihatan Diri dan Disiplin.1. Memberi galakan, motivasi dan merangsangkan minat murid terhadap akademik.2. Menggalakkan pertandingan yang berbentuk akademik danmemberikan hadiah (jika perlu).3. Sentiasa prihatin terhadap semua masalah murid.Pendaftaran Murid Baru1. Menerima kemasukan murid baru.2. Mendaftarkan murid baru ke dalam buku kemasukan murid dan mendapatkan nombor pendaftaran murid dari buku kemasukan murid daripada Penolong Kanan HEM.3. Mengambil butir-butir diri murid yang diperlukan.

Guru Bertugas Harian / Mingguan1. Datang sekurang-kurangnya 15 minit sebelum persekolahan bermula dan pulang sekurang-kurangnya 15 minit setelah sekolah berakhir.2. Memastikan bilik-bilik darjah telah disapu, sampah sarap telah dibuang serta lampu dan kipas / tingkap telah ditutup setelah tamat persekolahan.3. Mengawasi disiplin murid di luar waktu belajar seperti waktu rehat dan waktu sebelum loceng pertama dibunyikan, sekitar kawasan sekolah dan mengambil tindakan yang segera dan munasabah jika perlu.4. Mengawasi kebersihan bilik-bilik darjah, tanda, kantin, bilik-bilik khas dan kawasan sekolah.5. Memeriksa kebersihan makanan yang dijual di kantin sekolah.6. Menguruskan rawatan murid yang sakit an menghantar mereka ke hospital / ke rumah.7. Mengeluarkan surat kebenaran ke hospital dan merekodkan nama mereka yang memohon.8. Mengawasi murid menepati waktu datang dan pulang ke sekolah, masa rehat dan masa pertukaran guru.9. Menguruskan hal-hal bersabit dengan kehilangan barang.10. Menentukan keselamatan murid di sekitar kawasan sekolah serta mengawasi harta benda sekolah.11. Mencatatkan kegiatan-kegiatan sekolah seperti sukan, persatuan, unit beruniform dan aktiviti lain yang dijalankan.12. Membuat catatan mengenai perkara-perkara penting yang berlaku sepanjang hari / minggu persekolahan ke dalam Buku Laporan Bertugas, antara perkara yang dicatat ialah:a) kedatangan murid, guru dan staf sokonganb) murid ponteng, tidak hadir atau sakitc) lawatan / pelawatd) ucapan/ pengumuman dalam perhimpunane) laporan hari Isnin ditulis dalam buku khas mengenai perhimpunan13. Membuat laporan di dalam Buku Laporan Bertugas yang disediakan dan kalau perlu dilaporkan terus kepada Guru Besar supaya tindakan segera dapat diambil.14. Perhimpunan14.1 Memastikan semua guru dan murid-murid menghadiri perhimpunan.14.2 Memastikan bendera-bendera, pembesar suara dan tempat duduk guru telah disediakan.

Page 7: Nota 1

14.3 Memastikan murid-murid telah beratur dengan kemas.

ISL MINGGU 8MENYENARAIKAN TUGAS-TUGAS ATAU AKTIVITI BULANAN DAN RUTIN HARIAN GURU DI PRASEKOLAH

Guru Prasekolah

Senarai Tugas (Bulanan/Harian) Bersama Guru Besar, GPK 1, GPK(HEM) dan penyelaras dalam pemilihan murid prasekolah. Menyediakan rancangan P&P dalam rekod pengajaran mengikut Sukatan Kurikulum Prasekolah. Waktu bertugas seperti guru kelas normal mengikut waktu yang ditentukan oleh sekolah. Waktu P&P bermula 7.30 pagi – 11.30 pagi. Bermula jam 11.30 pagi hingga waktu pulang perlulah digunakan sebaik-baiknya untuk menulis rancangan pengajaran hari esok, membuat ABM, mengadakan mesyuarat atau perbincangan mengenai keperluan pendidikan prasekolah. Melibatkan diri dalam semua aktiviti prasekolah di peringkat sekolah, JPWP atau Kementerian. Membuat penilaian terhadap murid. Melaksanakan tugasan dan arahan pihak sekolah, JPWP dan Kementerian Menyediakan dan melaksanakan rekod peribadi, rekod profil, senarai semak dan rekod Pentaksiran dan Perkembangan Murid. Menjadi AJK induk sekolah yang ditetapkan oleh pihak pentadbir. Menyediakan Rancangan Pengajaran Harian. Merancang dan melaksana program prasekolaha) Program Keibubapaanb) Program Lawatanc) Program Karnivald) Program Sukane) Program Hari Keluarga Mengemaskini sistem fail dengan sistematik. Merancang dan membina bahan bantu mengajar. Mengemaskini stok. Merancang dan menyediakan menu. Memastikan keceriaan luar dan dalam kelas.

BIDANG TUGAS GURU PRASEKOLAHPengurusan Mata Pelajaran1. Memiliki, memahami dan boleh mentafsirkan serta menghuraikan kandyngan sukatan pelajaran dan huraian mata pelajaran yang berkenaan.2. Memahami dan mematuhi Pekeliling-pekeluiling dan arahan yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar serta menentukan dan menetapkan matlamat yang harus dicapai; iaitu dari segi pengetahuan, kebolehan dan kemahiran yang harus dicapai di akhir tiap penggal.3. Mempunyai sebuah buku rekod mengajar yang kemaskini dan menyerqahkan kepada Guru Besar pada masa yang ditetapkan.

Page 8: Nota 1

4. Menyediakan rancangan pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar dengan lengkap untuk tempoh setahun/sepenggal/seminggu/harian dan melaksanakan pengajaran mengikut rancangan pelajaran yang disediakan.5. Menyedia dan memberikan kerja-kerja latihan yang cukp, memeriksa buku latihan dan meulangkan semula secepat mungkin. Menyerahkan / menunjukkan buku latihan kepada Guru Besar atau wakilnya pada masa yang dikehendaki.\Mengesan kelemahan murid dan menjalankan kerja bimbingan.6. Menjadi ahli panitia mata pelajaran, menghadiri serta mematuhi dan melaksanakan keputusan mesyuarat panitia.7. Menyedari dan menggunakan buku panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran / Jabatan Pelajaran / Pejabat Pelajaran Daerah.8. Memastikan keselamatan murid-murid serta mengawasi penggunaan alatan.9. Menghadiri mesyuarat / taklimat mengenai mata pelajaran sama ada dikelolakan oleh Kementerian Pelajaran / Jabatan Pelajaran Negeri / Pejabat Pelajaran Negeri. Menyampaikan semula maklumat kepada guru lain yang mengajar mata pelajaran yang sama.10. Sentiasa mengikut perkembangan dan pembaharuan tentang teknik mengajar bagi meninggikan lagi prestasi dalam pengajaran dan pembelajaran.11. Menjaga keselamatan dan kebersihan alat-alat bantu mengajar yang digunakan, meastikan bahan-bahan tersebut digunakan secara meluas.12. Magadakan ruang-ruang pembelajaran di kelas.13. Menjalankan tugas sebagai seorang kaunselor dan seorang guru disiplin.14. Menjalankan tugas yang diarahkan dari masa ke semasa.

Pengurusan dan Organisasi Kelas1. Membentuk organisasi kelas.2. Menentukan perkara-perkara berikut ada di dalam kelasa) Jadual waktub) Perabot kelas dan semua peralatan diinventorikan.c) Motto kelasd) Alatan pembersihan.3. Menentukan peralatan eletrik dalam keadaan baik dan selamat digunakan.4. Melaporkan perabot dan alatan eletrik yang rosak kepada pihak pentadbiran.5. Membimibing organisasi kelas yang dilantik menjalankan tugas.

Jadual Kedatangan dan Kedatangan Murid1. Menanda jadual kedatangan harian selewat-lewatnya sebelum waktu kedua berakhir dan menyimpan buku daftar kedatangan di pejabat.2. Menentukan semua butir yang dikehendaki ada di dalam buku daftar kedatangan murid ditulis.3. Memastikan data terkini murid di dalam kelas.4. Memastikan kelas mempunyai buku kedatangan kedua dan diselenggara seprti yang diarahkan.a) Buku diambil dan dihantar pada waktu dan di tempat yang ditetapkan.b) Menjamin keselamatan buku tersebut.

Masalah Pembelajaran, Kesihatan Diri dan Disiplin.1. Memberi galakan, motivasi dan merangsangkan minat murid terhadap akademik.2. Menggalakkan pertandingan yang berbentuk akademik danmemberikan hadiah (jika perlu).

Page 9: Nota 1

3. Sentiasa prihatin terhadap semua masalah murid.

Pendaftaran Murid Baru1. Menerima kemasukan murid baru.2. Mendaftarkan murid baru ke dalam buku kemasukan murid dan mendapatkan nombor pendaftaran murid dari buku kemasukan murid daripada Penolong Kanan HEM.3. Mengambil butir-butir diri murid yang diperlukan.

Pembelajaran Koperatif

PENGENALAN

Pendidikan prasekolah adalah pendidikan asas yang penting bagi kanak-kanak sebelum memasuki sekolah. Pendidikan prasekolah merupakan pendidikan awal dalam perkembangan hidup seseorang individu selepas pendidikan di rumah. Ia merupakan pendidikan awal yang dapat menarik minat dan dapat menyemai bibit cintakan ilmu pengetahuan dan sukakan sekolah terhadap kanak-kanak. Oleh sebab itu guru prasekolah perlu mempunyai pengetahuan yang luas mengenai pendidikan prasekolah yang merangkumi aspek-aspek perkembangan kanak-kanak, strategi pengajaran dan pembelajaran, pentadbiran pusat prasekolah dan aspek-aspek lain yang berkaitan dengan pendidikan prasekolah.

Dalam Pendidikan Prasekolah juga, pembelajaran koperatif turut dijalankan. Pembelajaran koperatif merupakan salah satu kaedah yang digunakan oleh guru praskeolah untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran koperatif merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan murid dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama (Slavin, 1982). Sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain. Lima unsur asas dalam pembelajaran koperatif adalah:

1. saling bergantung antara satu sama lain secara positif,2. saling berinteraksi secara bersemuka,3. akauntabiliti individu atas pembelajaran diri sendiri,4. kemahiran koperatif, dan5. pemprosesan kumpulan

Ganjaran diberi kepada individu dan kumpulan dalam pelaksanaan kaedah ini. Individu dalam kumpulan dikehendaki menunjukkan kefahaman masing-masing dan memainkan peranan berbeza bergilir-gilir. Kemahiran sosial dan pemprosesan kumpulan digalakkan.

Beberapa cara pembelajaran koperatif telah diperkembangkan oleh tokoh-tokoh pendidikan, misalnya Jigsaw, TGT (teams-games-tournaments), STAD (Students Teams- Achievement Division), Belajar Bersama (Learning together), Permainan Panggil Nombor (Numbered Heads), dan Meja Bulat (Round Table).

Page 10: Nota 1

Pengajaran sebaya memainkan peranan yang sangat penting menurut cara Jigsaw. Dalam cara ini, pembahagian tuigas diagihkan di kalangan murid dalam kumpulan pelbagai kebolehan. Bahan pembelajaran dipecahkan kepada topik-topik kecil. Setiap murid diagihkan tugas untuk mempelajari satu topik kecil. Setelah menguasai topik kecil sendiri, murid akan mengajar rakan-rakan lain dalam kumpulannya sehingga semua ahli kumpulan menguasai semua topik kecil itu. Selepas itu satu aktiviti dijalankan untuk menguji sama semua ahli kumpulan berjaya memahami dan menyempurnakan tugasan yang diberi. Jigsaw merupakan cara pengajaran berpusatkan murid. Kemungkinan besar bahan baru dapat dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada dan membantu penstrukturan semula idea.

Pembelajaran koperatif menggalakkan murid berinteraksi secara aktif dan positif dalam kumpulan. Ini membolehkan perkongsian idea dan pemeriksaan idea sendiri dalam suasana yang tidak terancam, sesuai dengan falsafah konstruktivisme.