Nota Doc Iman

16
Mansur ibn Abi Amr 1-Mansur seorang pemerintah al-Andalus yang bersemangat tinggi dalam berjihad dan beliau banyak menghabiskan masa beliau dengan menyertai jihad melawan tentera Kristian. 2-Beliau juga sangat cintakan ilmu pengetahuan, beliau sentiasa memenuhi masa lapang dengan menghadiri majlis ilmu. 3-Harta rampasan perang di masa pemerintahan beliau sangat banyak. 4-Oleh kerana terlalu cintakan syahid, beliau telah mengumpulkan debu-debu yang melekat pada baju perang beliau untuk di tanam bersamanya ketika beliau wafat nanti, hal ini kerana beliau mahu debu tersebut menjadi bukti bahawa beliau telah keluar berjihad. 5-Berlakunya perkembangan pesat ilmu pengetahuan pada masa pemerintahan beliau. 6-Walaupun beliau telah menyertai lebih dari 53 peperangan, namun beliau meninggal dunia disebabkan sakit pada perut bukannya mati pada medan peperangan seperti yang di impikan oleh beliau.

description

opkjk

Transcript of Nota Doc Iman

Page 1: Nota Doc Iman

Mansur ibn Abi Amr

1-Mansur seorang pemerintah al-Andalus yang bersemangat tinggi dalam berjihad dan beliau

banyak menghabiskan masa beliau dengan menyertai jihad melawan tentera Kristian.

2-Beliau juga sangat cintakan ilmu pengetahuan, beliau sentiasa memenuhi masa lapang dengan

menghadiri majlis ilmu.

3-Harta rampasan perang di masa pemerintahan beliau sangat banyak.

4-Oleh kerana terlalu cintakan syahid, beliau telah mengumpulkan debu-debu yang melekat pada

baju perang beliau untuk di tanam bersamanya ketika beliau wafat nanti, hal ini kerana beliau

mahu debu tersebut menjadi bukti bahawa beliau telah keluar berjihad.

5-Berlakunya perkembangan pesat ilmu pengetahuan pada masa pemerintahan beliau.

6-Walaupun beliau telah menyertai lebih dari 53 peperangan, namun beliau meninggal dunia

disebabkan sakit pada perut bukannya mati pada medan peperangan seperti yang di impikan oleh

beliau.

Page 2: Nota Doc Iman

Buraidah bin al-Hashib (pemegang bendera islam)

Nama lengkapnya Buraidah bin al-Hashib bin Abdullah bin al-Harits bin al-'Aroj bin Sa'ad bin

Zarah bin Udwy bin Sahm bin Mazin bin al-Harits bin Salaman bin Aslam bin Afsha al-Aslamy.

Biasa dipanggil Abu Abdullah. Pendapat lain mengatakan Abu Sahl dan Abu Sasan.

Rasulullah telah memerintah kepada umat Islam untuk berhijrah ke Madinah, setelah

mendapatkan tekanan dan siksaan dari kafir Quraisy, memberikan anjakan penting bagi urusan

dakwah Islam. Hikmah perintah berhijrah adalah semakin banyak orang-orang yang memeluk

Islam dengan adanya sokongan dari kaum Anshar. Bukan tekanan dan siksaan sebagaimana

yang terjadi di Mekkah. Buraidah bin al-Hashib termasuk diantara para kaum Anshar yang

menyatakan diri untuk membela ajaran Islam yang dibawa Rasulullah. Beliau masuk Islam

sebelum peperangan Badr lagi, tetapi tidak turut serta dalam peperangan Badr. Beliau telah

bersama-sama Rasulullah semasa perjanjian Hudaibiyyah dan termasuk dari kalangan ahli bai’ah

ridhwan. Buraidah menetap bersama-sama Rasulullah dimadinah yang mana kemudian, beliau

keluar menyahut seruan berjihad ke Basrah sehingga sampai di Kharasan (Abzbejstan)

Nabi s.a.w. seorang yang optimis dan tidak pernah merasa sial kerana satu hal tertentu. Hal

demikian dibuktikan dari Abdullah bin Buraidah bercerita bahwa ayahnya bersama 70 orang dari

keluarganya dari bani Sahm melakukan suatu perjalanan. Kemudian berjumpa dengan Rasulullah

s.a.w. Rasulullah bertanya, “Kamu siapa?” beliau menjawab, “orang yang memeluk Islam

(waktu itu). “ Rasulullah berkata pada Abu Bakar, “Apakah kita terima” setelah itu Rasulullah

s.a.w. bertanya, “Dari bani mana?”. Beliau menjawab, “dari Bani Sahm”. Rasulullah berkata,

“Alangkah beruntungnya kamu”. Kemudian beliau berkata lagi, “Dari suku apa?” Dia

menjawab, “Suku Sahm.” (yang berarti sebahagian) Nabi s.a.w. berkata (kepada Abu Bakar),

“Kalau begitu, telah keluarlah Sahammu (bagian dari perolehan ghanimah uhud).”

Banyak sekali pengalaman dan kenangan manis selama bergaul dan berinteraksi dengan sahabat-

sahabat lain. Diantara sahabat yang paling dicintai adalah Ali bin Abu Tholib. Hidupnya

didekasikan untuk berjuang di jalan Allah. Beliau wafat pada masa khilafah Yazid bin

Muawwiyah. Menurut Ibn Sa'ad beliau berumur 63 tahun.

Page 3: Nota Doc Iman

kitab Terawal yang ditulis mengenai Sejarah Kota Madinah Karya Ibnu Zabalah dan

Ibnu Syabah

Pada mulanya, para sejarawan lebih menumpukan kepada penulisan sirah Nabi Muhammad

SAW dan hal yang berkaitan denganya. Lalu timbulah idea di kalangan mereka untuk menulis

bahan sejarah yang berkaitan dengan kota Madinah Al-Munawwarah, yang memuatkan

gambaran tentang tempat-tempatnya, peristiwa-peristiwa yang pernah terjadi di dalamnya, dan

juga hubung kait kota Madinah dengan Rasulullah SAW.

Tatkala timbul fenomena gerakan ilmiah di kalangan muslimin pada abad kedua Hijriyyah,

muncullah model baru dalam penulisan sejarah, yaitu penulisan sejarah kota-kota Islam,

terutama sejarah kota suci Makkah dan Madinah. Perhatian mereka banyak tertuju kepada

Makkah dan Madinah. Lalu lahirlah tokoh-tokoh terkemuka dalam penulisan sejarah Madinah,

seperti Muhammad bin Hasan Zabalah, Abu Ubaidah Muammar bin Al-Mutsanna, Ali Al-

Madaini, Zubair bin Bakkar, Umar bin Syabah, Yahya Al-Alawi, dan beberapa tokoh lainnya

yang memiliki sumber tersendiri dalam penulisan karya mereka.

Tokoh penulis sejarah Madinah terawal ini memiliki kedudukan yang tinggi di dalam karya-

karya mereka yang bermutu, yang telah menjadi sumber inspirasi bagi para sejarawan

selepasnya. Sayangnya, manuskrip-manuskrip kitab karya mereka tidak sampai kepada kita

kecuali satu kitab sahaja, yaitu kitab Tarikh al-Madinah, karya Ibnu Syabah, yang ditemui

melalui penelitian yang hanya wujud satu naskah sahaja dan telah dicetak dengan pentahqikan.

Adapun manuskrip-manuskrip lainnya pada periode awal itu, tidak diketemui naskah-naskahnya.

Namun begitu, banyak karya-karya pada periode awal itu dinukilkan oleh para sejarawan

selepasnya.

Para sejarawan muslim menumpukan perhatian besar pada sejarah Madinah Al-Munawwarah

sejak awal. Periwayatan tentang sejarah Madinah secara lisan berlaku pada periode awal,

sebelum kemunculan penulisan-penulisan yang dibukukan. Di antara riwayat lisan yang

termasyhur ini adalah riwayat-riwayat Abdul Aziz bin Imran Az-Zuhri, yang dinukil para

muridnya, seperti Sulaiman (anaknya sendiri), Ali bin Muhammad Al-Madaini, Abu Ghassan

Page 4: Nota Doc Iman

Muhammad bin Yahya Al-Kattani, Abu Hudzafah Ahmad bin Ismail As-Sahmi Ibrahim bin Al-

Mundzir Al-Hazami, dan Abu Mush’ab Az-Zuhri. Ibnu Hajar Al-Asqalani menyebutkan mereka

dalam karyanya Tahdzib at-Tahdzib.

Ibnu Syabah meriwayatkan berita-berita lisan ini dari gurunya, Abu Ghassan Muhammad bin

Yahya Al-Kattani, yang kemudian ditulis dan dibukukannya. Tak ada catatan bahwa Abu

Ghassan menulis kitab, namun ia dikenal sebagai perawi yang tsiqah (terpercaya). Beliau

terkenal dengan ketepatannya dalam menyebutkan batasan wilayah-wilayah di Madinah dan

menyebutkan jarak antara batas wilayah-wilayah tersebut.

Nama-nama murid Abdul Aziz bin Imran Az-Zuhri yang telah disebut diatas, selain Abu

Ghassan, cukup terkenal sebagai ulama-ulama perawi hadits terkemuka di kalangan ulama-ulama

hadits bidang ilmu jarh wa ta’dil (ilmu yang membahas sifat tercela dan terpuji para perawi).

Ibrahim bin Al-Mundzir dan Abu Mush’ab Az-Zuhri adalah guru bagi Az-Zubair bin Bakkar,

salah satu penulis sejarah kota Madinah periode awal. Az-Zubair meriwayatkan berita-berita

lisan yang telah disampaikan oleh kedua gurunya dari Abdul Aziz Az-Zuhri.

Karya-karya sejarah kota Madinah paling awal ialah karya:

1 Karya Ibnu Zabalah, berjudul Akhbar al-Madinah

2 Karya Al-Waqidi berjudul Harb al-Aus wa al-Khazraj dan Waq’ah al-Harrah

3 Karya Al-Madaini berjudul Qudhah Ahl al-Madinah, Kitab al-Madinah, dan Hima al-

Madinah wa Jibaluha wa awdiyatuha

4 Karya Az-Zubair bin Bakkar yang berjudul Akhbar al-Aus wa al-Khazraj, Nawadir al-

Madaniyyin, dan Akhbar al-Madinah

5 Karya-karya Abu Zaid Umar bin Syabah, yang berjudul Akhbar al-Madinah an-Nabawiy-

yah dan Umara‘ al-Madinah

6 Karya Yahya bin Al-Hasan bin Ja’far Al-‘Alawi Akhbar al-Madinah

7 Karya Ali bin Ahmad bin Ali bin Muhammad bin Ja’far bin Abdullah bin Al-Hasan bin

Ali bin Abi Thalib, yang berjudul Bayn al-Masjidayn dan Al-Madinah

Page 5: Nota Doc Iman

Sebagaimana telah disebutkan sebelumnya, puluhan karya tersebut di atas tidak sampai kepada

kita di masa kini, kecuali hanya disebut-sebut dalam penukilan oleh beberapa penulis periode

setelah mereka. Namun ada satu kitab yang benar-benar didapati dan dihadirkan oleh para

peneliti sejarah, yakni karya Abu Zaid Umar bin Syabah yang berjudul Tarikh al-Madinah an-

Nabawiyyah. Memang disebutkan oleh para sejarawan bahwa Ibnu Zabalah adalah orang yang

pertama kali menulis kitab yang isinya menyeluruh tentang Madinah Al-Munawwarah, dan ia

dianggap sebagai sejarawan yang pertama kali mencetuskan genre penulisan sejarah tempatan

(tarikh mahalli), namun sayangnya kitabnya hilang tak ditemukan.

BIOGARAFI IBNU ZABALAH

Ibnu Zabalah bernama Muhammad bin Al-Hasan bin Abi Al-Hasan Al-Qurasyi Al-Makhzumi

Al-Madani, namun ia lebih dikenal dengan sebutan “Ibnu Zabalah”. Beliau termasuk dalam

jajaran ahli sejarah abad kedua Hijriyyah yang menjadi sumber inspirasi bagi sejarawan besar

yang datang setelahnya. Beliau dianggap sebagai penulis yang pertama kali menulis secara

lengkap mengenai sejarah kota Madinah.

Ibnu Hajar pula menganggapnya sebagai tokoh besar peringkat kesepuluh dalam jajaran Ashhab

Malikiyyah (ulama-ulama besar Madzhab Imam Malik bin Anas). Sayangnya tak ada data yang

jelas dan terperinci tentang biografinya. Namun yang jelas, penelitian dari namanya, ia seorang

keturunan dari keluarga Bani Makhzum di Makkah, yang kemudian hijrah ke Madinah untuk

menuntut ilmu dan tinggal di kawasan Zabalah yang terletak di pinggiran kota Madinah.

Pada zaman Ibnu Zabalah berlakunya berbagai peristiwa besar, di antaranya peralihan kekuasaan

Bani Umawi kepada Bani Abbasi, percobaan-percobaan pemberontakan di Madinah, revolusi

Muhammad An-Nafs Az-Zakiyyah dan pembunuhan atasnya, kepemimpinan Harun Ar-Rasyid

dan Al-Mahdi dari Bani Abbasi. Akan tetapi yang lebih menariknya pada zaman Ibnu Zabalah

ialah perhatian besar masyarakat terhadap ilmu dan ulama juga kemunculan ilmu-ilmu seperti

ilmu ar-rijal (ilmu tentang keadaan setiap perawi hadits) dan masa kodifikasi (penulisan dan

pembukuan) sirah Nabi SAW, hadits, dan sejarah.

Page 6: Nota Doc Iman

Tujuan Ibnu Zabalah ke Madinah selain menuntuk ilmu, beliau juga berhajat untuk bertemu

dengan ulama pada periode ini, baik ulama Madinah maupun ulama-ulama yang datang ke

Madinah, di antaranya kepada Imam Malik bin Anas. Beliau mengambil peluang ini dengan

menciduk ilmu-ilmu mereka, hingga kemudian beliau dikenal sebagai ulama (faqih), sejarawan,

ahli nasab, dan menjadi sandaran bagi para ulama sesudahnya.

Beberapa sumber menyebutkan, Ibnu Zabalah memiliki tidak kurang daripada tiga karya, yang

berjudul Kitab Azwaj an-Nabiyy, Kitab Matsalib al-Ansab, dan Kitab Akhbar al-Madinah. Tidak

ada satu pun karyanya yang sampai kepada kita dalam bentuk manuskrip, kecuali hanya

beberapa sumber yang menukilkan riwayatnya dari buku-buku beliau.

Berkaitan dengan kitabnya yang berjudul Akhbar al-Madinah, banyak yang menukilkan darinya.

Telah disebutkan oleh Ibnu An-Nadim dalam kitab Al-Fihris. As-Samhudi bahkan menyebutkan

bahwa Ibnu Zabalah orang yang pertama menulis sejarah Madinah dan karyanya itu ditulis pada

bulan Shafar tahun 199 H/814 M. Al-Baghdadi menyebutkan dalam kitabnya Hadiyyah

al-‘Arifin, karya Ibnu Zabalah berjudul Tarikh al-Madinah, sedangkan Haji Khalifah dalam

Kasyf azh-Zhunun menyebut karyanya dengan judul Akhbar al-Madinah.

Setelah dikaji, dapat diketahui bahawa karya Ibnu Zabalah memuatkan beberapa hal tentang

sejarah Madinah, dianatarnay ialah nama-nama Madinah, kesuciannya, penghuni terawalnya,

sejarah Yahudi di Madinah, keluarga-keluarga Yahudi di Madinah, Aus dan Khazraj serta jalur

nasab keluarga mereka, peta perjalanan hijrah, paparan tentang Masjid Nabawi meliputi asal

mulanya, ukurannya, tanda-tandanya, dan bentuk-bentuk hiasannya, mimbarnya, bangunan

selasar dan serambinya, menara-menaranya, perluasan-perluasan yang dilakukan pada zaman

Khalifah Rasyidin sehingga Bani Abbasiyah, perkuburan Nabi SAW dan perkuburan para

sahabat, kamar Sayyidah Aisyah, pembuatan mimbar Nabi SAW, tempat-tempat minum dan

saluran air, adab-adad di masjid, lampu-lampu penerang dan pintu-pintu masjid, pasar-pasar

Madinah, mushalla, masjid-masjid yang pernah disinggahi Nabi SAW, Perkuburan Baqi, tanah-

tanah Madinah dan lingkungan sekitarnya.

Page 7: Nota Doc Iman

Sebagaimana disebutkan, Ibnu Zabalah telah memaparkan dengan terperinci Perkuburan Baqi,

posisi makam para putra-putri Nabi SAW, dan juga beberapa perkuburan kecil di sekitar kota

Madinah, tapi sayangnya tak disebutkan posisi makam Sayyidina Hamzah bin Abdul Muthalib

RA dan syuhada Perang Uhud lainnya.

Meskipun demikian, dari apa yang dapat dinyatakan itu, kita telah mendapat gambaran bahwa

apa yang dipaparkan oleh Ibnu Zabalah mengenai kota Madinah cukup luas dan terperinci.

Dengan ini beliau telah memudahkan para penulis sejarah Madinah setelahnya, seperti Ibnu An-

Najjar (Ad-Durrah ats-Tsaminah fi Akhbar al-Madinah), Az-Zain Al-Maraghi (Tahqiq an-

Nushrah bi Talkhish Ma’alim Dar al-Hijrah), As-Samhudi (Wafa‘ al-Wafa‘ fi Akhbar Dar al-

Mushthafa). Tanpa diragukan, pengetahuan yang menakjubkan ini merupakan sumber paling

terawal yang telah ditulis mengenai sejarah kota Madinah. Metode penulisan Ibnu Zabalah,

bersandar kepada pengamatan dan pandangan peribadinya ketika mengambarkan tempat-tempat

di Madinah. Namun begitu, beliau juga mengambil kira riwayat-riwayat para gurunya dan juga

warga kota Madinah pada masa itu

Manuskrip Mengenai Penulisan Kota Madinah yang Ditemui

Sebagaimana disebutkan, karya Ibnu Syabah adalah sumber penulisan tertua mengenai sejarah

kota Madinah Al-Munawwarah yang sampai kepada kita. Adapun karya Ibnu Zabalah hanya

dapat ditelusuri daripada karya-karya penulis setelahnya yang menukilkan daripada penulisan

beliau.

Karya Ibnu Syabah ini juga menjadi rujukan utama bagi penulisan sejarah karya Ath-Thabari

dan Al-Ashfahani pada kitab Al-Aghaninya. Kitab Ibnu Syabah adalah kitab yang tebal dan

padat berinformasi. Ibn Syabah juga, terkenal sebagai ahli hadits dan ahli sejarah. Lantaran itu

kitab tarikh Madinah ini juga dianggap sebagai kitab yang penting bagi para penuntut ilmu, yang

di dalamnya meliputi beberapa cabang ilmu, seperti sejarah, fiqih, hadits.

Misalnya, pengarang menceritakan satu peristiwa bersejarah yang bersumberkan dari

periwayatan hadits, disamping pemulis juga menyebutkan beberapa hukum fiqh yang berkaitan

dengan peristiwa itu.

Page 8: Nota Doc Iman

Kitab ini mengandungi 2395 hadits marfu’ (mempunyai sanad sampai kepada Nabi Muhammad

SAW), mawquf (sanad bersandar sampai pada sahabat), dan atsar (riwayat atau perkataan

sahabat), juga terdapat sejumlah bait syair, termasuk perkataan Ibnu Syabah sendiri. Metode

penulisan Ibnu Syabah hampir-hampir menyerupai metode penulisan Ibnu Zabalah pada

sebahagian material kitabnya, seperti adab di masjid, masjid-masjid dan tempat-tempat yang

pernah disinggahi Nabi SAW, makam Baqi, makam keluarga Bani Salamah, dan penentuan

makam-makam tokoh yang dikuburkan di Baqi, baik dari kalangan sahabat maupun ahlul bayt,

nama-nama lain bagi kota Madinah sehingga hampir-hampir dikatakan bab pertama dari kitab

Ibnu Syabah mirip dengan naskah-naskah yang dikumpulkan dari Ibnu Zabalah.

Akan tetapi tidak ditemui adanya faktor penukilan di antara kedua tokoh sejarawan Madinah ini.

Ibnu Syabah, yang wafat selepas Ibu Zabalah, tidak menyebutkan Ibnu Zabalah dalam

tulisannya, sebaliknya juga Ibnu Zabalah. Namun begitu, hal ini berkemungkinan kerana kedua

tokoh terbabit memiliki riwayat yang sama iaitu Abdul Aziz Az-Zuhri. Oleh itu, sekalipun

berbeza secara umum dalam penulisan, baik Ibnu Zabalah maupun Ibnu Syabah, Namun mereka

berdua telah muwafaqah (bersepakat dalam riwayat) untuk memberikan gambaran-gambaran

paling awal tentang kota Madinah dengan kepelbagaian jalur riwayat dan pandangan masing-

masing sebagaimana juga metode penulisan para sejarawan Madinah lainnya yang hidup pada

peringkat awal dan Metode penulisan para sejarawan terbabit menjadi sandaran riwayat bagi para

penulis sejarah Madinah yang terkemudian.

(PETIKAN DARI KITAB IBNU SYABAH)

Kaum munafiqin berusaha melagakan perpecahan antara kaum muhajirin dan anshar.

Berbeza dengan peperangan sebelumnya, kaum munafiqin ikut serta dalam perang bani

mustholiq bersama kaum muslimin, kerana mereka tahu dalam peperangan ini kemenangan

berada di pihak kaum muslimin serta mereka juga akan mendapatkan banyak ghonimah. Hal ini

berlaku ketika kaum muslimin berada di telaga muraisi’ yang mana kesempatan ini digunakan

oleh kaum manafiq untuk menyemarakan api perpecahan antara kaum muhajirin dan anshar.

Page 9: Nota Doc Iman

Diriwayatkan bahwa seorang pelayan Umar bin Kathab ra, bernama Jahja bin Sa‘id al-Ghifari

bertengkar dengan Sinan bin Wabr al-Jahni, pertengkaran ini terjadi di dekat telaga al-Muraisi

ketika nabi saw singgah di situ. Keduanya berusaha ingin saling membunuh sampai sinan bin

wabr al jahni berteriak “wahai kaum anshar“ sedangkan pelayan umar bin kathab juga berteriak

“wahai kaum muhajirin”. Mendengar kejadian ini, abdullah bin ubay bin salul berang dan

berkata kepada orang-orang munafiq yang mengelilinginya “Apakah mereka (Muhajirin) telah

lakukan? mereka telah menyaingi jumlah kita di negeri kita sendiri. Demi Allah, antara kita dan

orang-orang quraisy ini (kaum muslimin dari quraisy) tak ubahnya seperti apa yang dikatakan

orang “mengemukkan anjingmu agar menerkammu.“ Demi Allah, jika kita telah sampai di

madinah nanti, orang yang mulia pasti akan mengusir kaum yang hina(Muhajirin). Di antara

orang yang mendengar ucapan abdullah bin ubay bin Salul ini adalah zaid bin arqam. Beliau

kemudiannya melaporkan berita tersebut kepada Rasulullah SAW, pada saat itu umar berada di

samping Rasulullah saw, lalu berkata wahai Rasulullah, “perintahkan saja Ibbad bin Bisyir untuk

membunuhnya”, rasulullah SAW menjawab “Bagaimana wahai Umar, jika orang-orang

berbicara bahwa muhammad telah membunuh sahabatnya? tidak!”. Kemudian Rasulullah SAW

segera memerintahkan kaum muslimin agar cepat-cepat berangkat. Padahal kebiasaanya

Rasulullah SAW tidak berangkat pada waktu seperti itu. Lalu kaum muslimin pun berangkat

mematuhi perintah.

Mendengar zaid bin arqom telah melaporkan berita tersebut kepada Rasulullah SAW maka

Abdullah bin ubay bin salul menemui rasulullah SAW dan berkata “demi Allah aku tidak

mengatakan hal itu” salah seorang dari kaum anshar membela Abdullah bin ubay dengan

mengatakan “ barangkali pemuda(Zaid bin Arqom) itu telah salah berbicara atau tidak hafal

perkataanya.

Kemudian Rasulullah bertemu usaid bin hudhair, lantas ia mengucapkan salam dan berkata “

wahai nabi Allah aku telah selesai istirahat beberapa saat dan aku tidak pernah beristirahat

seperti ini, maka rasulullah menghampirinya “ apa kamu tidak mendengar apa yang di katakana

oleh sahabatmu ? “ usaid menjawab “ sahabat yang mana wahai rasulullah ?”, beliau berkata “

Abdullah bin ubay “ usaid berkata “ apa yang telah beliau katakan ?”, rasulullah menjawab “

Page 10: Nota Doc Iman

jika kita telah sampai di madinah nanti, orang yang mulia pasti akan mengusir kaum yang hina”,

usaid membalas “ apakah engkau ingin keluar darinya?, dia yang hina engkaulah yang mulia”.

Pada hari itu juga nabi SAW dan kaum Muslimin meneruskan perjalanan sehingga

keesokan harinya. Rasulullah SAW sengaja melakukan hal ini (mengajak berjalan sehari

semalam) agar para sahabat melupakan ucapan yang telah diucapkan oleh Abdullah bin Ubay bin

Salul. Kemudian turunlah surat al-Munafiqin, membenarkan laporan zaid bin arqam tentang

ucapan abdullah bin ubay bin salul yang telah didengarnya itu. Allah berfirman :"Mereka berkata

“sesungguhnya jika kita telah kembali ke Madinah, benar-benar orang yang kuat akan mengusir

orang-orang yang lemah daripadanya.“ Padahal kekuatan itu hanyalah dan bagi orang-orang

Mukmin , tetapi orang-orang munafiq itu tiada mengetahui.”. Abdullah bin Abdullah bin ubay

( anak Abdullah bin ubay bin salul ) menemui rasulullah SAW dan berkata “ wahai rasulullah

telah sampai berita kepadaku bahwa engkau ingin membunuh Abdullah bin ubay, jika memang

hal itu benar maka perintahkan kepadaku untuk membunuhnya dan aku akan membawakan

kepalanya kepadamu, demi Allah aku mengetahui ada suku khozroj yang bapaknya lebih baik

dari pada bapakku, dan aku takut engkau akan menyuruh orang lain selainku untuk membunuh

bapakku, jangan engkau biarkan diriku melihat pembunuh Abdullah bin ubay berjalan di antara

manusia kemudian aku membunuhnya sementara aku membunuh orang mu’min dan aku masuk

neraka “ maka rasulullah SAW menjawab “ tidak bahkan kami akan bergaul dan bersahabat

dengan baik selama masih di antara kami”.