nota full

download nota full

of 88

Transcript of nota full

1.0 PENDAHULUAN Pelbagai sistem tulisan yang pernah digunakan oleh bahasa Melayu sepanjang riwayat hidupnya. Ini dapat dibuktikan daripada tinggalan sejarah dalam bentuk paleografi dan juga epigrafi. Namun begitu, sistem tulisan Jawi adalah yang paling lama dan luas digunakan oleh bahasa Melayu. Tulisan Jawi telah digunakan dalam manuskrip Melayu sejak abad kesepuluh Masihi sehingga kini. Tulisan Jawi merupakan tulisan rasmi bagi Negara Brunei dan digunakan meluas di Malaysia, Filipina dan Indonesia.Jawi amat sinonim dengan empat elemen penting iaitu orang Jawi, bangsa Jawi, bahasa Jawi dan tulisan Jawi yang setiap satunya membawa maksud orang Melayu, umat Melayu, bahasa Melayu dan tulisan Jawi sendiri. Dari segi pengertian istilah pula, Jawi merujuk kepada perkataan Al-Jawah di dalam bahasa Arab yang juga merupakan suatu kawasan di Sumatera. Selain itu, terdapat juga beberapa pengertian mengenai istilah Jawi yang dikemukakan oleh R.J Wilkinson di dalam kamusnya iaitu merujuk kepada pokok jejawi, beras Jawi dan Marsden pula mengambil keterangan daripada Raffles yang memberi pengertian kacukan di antara bapa keling dengan ibu Melayu. Bentuk skrip Jawi merangkumi 29 abjad Arab dan lima abjad tambahan seperti cha, nga, pa, gha, dan nya yang menyamai kaedah paleografi pada Batu Bersurat Terengganu. Pada tahun 1986, Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) telah menambah satu lagi abjad iaitu wau bertitik atas yang mewakili huruf v melalui Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan (PEJYD).Tulisan Jawi telah mengalami beberapa tahap pensisteman dalam sejarah perkembangannya. Tulisan ini bersumberkan tulisan Arab tetapi ditambah lima abjad baru untuk melambangkan lima bunyi bahasa Melayu yang tidak ada dalam bahasa Arab. Oleh itu, tulisan Jawi mengandungi 29 abjad Arab dan lima abjad ciptaan Melayu sehingga menjadi 34 abjad semuanya. Pada tahun 1986 telah ditambah satu lagi abjad untuk melambangkan bunyi v yang berasal dari Eropah. Penyesuaian dan pembaikan masih lagi difikirkan bagi sistem ejaan Jawi yang disempurnakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.

Etimologiadalah cabang ilmulinguistikyang mempelajari asal-usul suatukata (Chaer,2008:7). Misalkan kataetimologisebenarnya diambil daribahasa Belanda etymologieyang berakar daribahasa Yunani tymos(erti sebenarnya adalah sebuah kata) danlgos(ilmu). Pendeknya, kata etimologi itu sendiri datang dari bahasa Yunani (tymos, erti kata) dan (lgos, ilmu). Katasinonimberasal dari bahasa Yunanisynyang ertinya dengan dan kata bahasa YunaniOnomayang bermaksud nama. Contoh lain katasekaten(dalam bahasa Jawa) berasal dari bahasa Arabsyahadatainya itu ucapan dua kalimat syahadat.Berdasarkan bahan rujukan Kamus Dewan Edisi Keempat, etimologi merupakan cabang ilmu linguistik yang mengkaji asal usul dan perkembangan sesuatu kata. Konsep bahasa purba dan salasilah bahasa, yakni konsep yang asasi dalam perkembangan ilmu linguistik moden hanya tercapai dengan menerapkan pendekatan etimologi. Etimologi juga menjelaskan mengenai bahasa-bahasa yang sudah lama untuk memungkinkan mendapatkan informasi langsung mengenai bahasa tersebut (seperti tulisan) untuk diketahui. Dengan membandingkan kata-kata dalam bahasa yang saling bertaut, seseorang dapat mempelajari mengenai bahasa kuno yang merupakan generasi yang lebih lama. Dengan cara ini, akar bahasa yang telah diketahui yang dapat menelusuri jauh ke belakang kepada asal-usul bahasa.

2.0 SISTEM TULISAN JAWI 2.1 Sistem Tulisan Jawi Kitab Pengetahuan BahasaTulisan Jawi ( ) adalah satu seni penulisan telah wujud berabad-abad lamanya di Nusantara kemunculannya berkait secara langsung dengan kedatangan agama Islam ke Nusantara. Tulisan Jawi berasal dari tulisan Arab dan merupakan huruf-huruf Arab yang dimasukkan ke dalam sistem penulisan Bahasa Melayu. Tulisan Jawi adalah tulisan rasmi bagi negara Brunei dan digunakan meluas di Malaysia, Filipina dan Indonesia.Tulisan Jawi adalah antara tulisan terawal yang pernah ditemui. Tulisan ini telah berkembang sejak Zaman kerajaan Islam Pasai. kemudian disebarkan ke kerajaan Melaka dan Johor dan juga Aceh abad ke-17. Bukti kewujudan tulisan ini di Malaysia adalah dengan terjumpanya Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 702H atau 1303M manakala tulisan rumi yang paling awal ditemui adalah pada akhir kurun ke-19. Ini menunjukkan tulisan Jawi telah sampai ke negara ini lebih awal berbanding tulisan rumi. Tulisan Jawi merupakan tulisan rasmi bagi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu semasa penguasaan British. Kini tulisan ini digunakan dalam urusan agama Islam dan adat istiadat Melayu yang kebanyakannya Johor, Kedah , Kelantan, Perlis dan Terengganu.Hubungan antara bangsa Arab dengan umat Melayu telah bermula sejak sebelum kedatangan Islam lagi menerusi aktiviti perdagangan. Sesudah Islam menjadi agama pegangan orang Melayu, hubungan itu menjadi semakin erat. Orang Arab yang datang bermukim di Alam Melayu bertambah ramai. Setengahnya datang untuk berniaga manakala yang lain untuk berdakwah. Demikian juga orang Melayu yang pergi ke Tanah Arab; kebanyakan mereka bertujuan untuk mengaji agama (Hamdan 1999: 1).

Pada asasnya bahasa ialah ujaran yang dikeluarkan oleh organ pertuturan manusia yang secara arbitrari melambangkan maknanya dan digunakan oleh satu masyarakat bahasa untuk perhubungan (Hashim Musa:205). Tulisan pula lahir apabila manusia mengetahui bagaimana hendak menyampaikan fikiran dan perasaannya melalui tanda-tanda tampak atau visual dalam bentuk yang bukan hanya dimengerti sendiri tetapi oleh orang lain juga.Sistem ejaan yang digunakan dalam tulisan Melayu berhuruf Arab yang dikenali juga sebagai ejaan Jawi. Tulisan Jawi digunakan oleh orang Melayu sejak orang Melayu memeluk agama Islam. Orang Arab menggelar orang Melayu sebagai Jawah atau Jawi. Hal ini disebabkan pada zaman dahulu, daerah Asia Tenggara terkenal sebagai Javadwipa. Di Malaysia, sistem ejaan Jawi bukanlah sistem tulisan rasmi tetapi diajar sebagai satu subjek dalam pengajaran di sekolah manakala di Indonesia pula, sistem ini hanya dikenali oleh para pengkaji naskhah Melayu lama.Sebelum Bahasa Melayu menerima mana-mana pengaruh, bahasa itu sudah mempunyai sistem tulisannya yang tersendiri walaupun tidaklah begitu sempurna. Aksara rencong ialah huruf Melayu tua yang lebih tua daripada aksara Jawa kuno (tulisan Kawi). Sisa tulisan ini dapat kita lihat dalam tulisan Rencong yang digunakan di Sumatera Selatan, di daerah Bangka hulu dan Palembang di sebelah hulu, manakala tulisan Kawi di Jawa. Masyarakat yang memiliki tulisan kebiasaannya dianggap telah memiliki peradaban yang lebih tinggi berbanding dengan yang lain.Hingga abad ke-14, Bahasa Melayu telah mengalami pengaruh daripada tiga bahasa, iaitu Bahasa Sanskrit, Bahasa Jawa dan Bahasa Arab. Pengaruh pertama terhadap Bahasa Melayu ialah Bahasa Sanskrit yang dibawa oleh pedagang-pedagang India atau pedagang Melayu yang berurusan dengan negara India. Akibatnya pengaruh indianisasi berkembang dalam budaya Melayu. Para sarjana berpendapat pengaruh Hindu masuk ke alam Melayu sekitar abad ke-14, iaitu zaman kemuncaknya pengaruh Hindu di kepulauan Melayu. Bahasa Sanskrit dianggap asas kepada Bahasa Melayu yang hidup hingga pada hari ini. Tulisan Bahasa Melayu yang asal, iaitu huruf Rencong tersisih tetapi kosa katanya bertambah kaya. Namun begitu, muncul pula tulisan yang dikenali sebagai tulisan Jawi. Didapati bahawa menerusi tulisan inilah Bahasa Melayu terus maju dalam pelbagai bidang. Kebanyakan mubaligh dan golongan cendekia Melayu mengenal pasti bunyi Bahasa Melayu yang tidak terdapat dalam Bahasa Arab. Kekurangan abjad ini telah menyebabkan mereka memilih huruf Parsi dan huruf lain yang mereka cipta sendiri dengan menambah tanda pada huruf Arab yang sedia ada.

Rajah 2.1: Tulisan Jawi digunakan di Batu Bersurat TerengganuBatu bersurat di atas memperlihatkan pengaruh Bahasa Arab mula menjalar masuk ke dalam Bahasa Melayu. Batu bersurat di Kuala Berang memperlihatkan satu perubahan radikal terhadap Bahasa Melayu. Tulisan pada batu bersurat tersebut memperlihatkan penggunaan huruf-huruf yang dikatakan tulisan Jawi. Tulisan Jawi yang terdapat pada Batu Bersurat Kuala Berang memperlihatkan bahawa tulisan ini telah mengenal abjad Bahasa Melayu dengan agak lengkap. Misalnya, abjad yang terdapat dalam perkataan yang tertulis pada batu bersurat tersebut. Antaranya ialah a (ada), b (bagi), c (cucuku), r (rasul) dan lain-lain. Didapati juga bahawa keseluruhan wacana yang terdapat pada Batu bersurat Kuala Berang itu hanya huruf q,v,x, dan z sahaja yang tidak ditemui. Namun demikian, hal ini tidaklah mengatakan bahawa huruf q dan z tidak ada pada zaman tersebut kerana huruf tersebut sememangnya wujud dalam huruf Arab, iaitu Qaf dan Zai. Pada masa tersebut juga, penulisan kitab agama mahupun kesusasteraan berkembang dengan subur di Aceh. Ini disebabkan keutamaan yang diberikan oleh kerajaan Aceh tentang penulisan keagamaan dan kesusasteraan bercorak Islam. Para pujangga telah diberikan layanan istimewa. Oleh itu, kita dapati perkembangan tulisan Jawi, sedikit demi sedikit, mula mendapat tempat dalam kalangan masyarakat Melayu. Pada abad ke-13 merupakan zaman kegemilangan Islam ke alam Melayu. Perkembangan agama Islam telah meletakkan bahasa rasmi agama Islam ialah Bahasa Arab yang mulai mendapat tempat dalam kalangan penganut agama Islam di daerah ini. Bahasa Melayu Kuno yang menggunakan huruf-huruf India bertukar menggunakan huruf-huruf Arab disebut huruf Jawi. Perkataan Jawi ini bermaksud orang Jawa atau berasal dari tanah Jawa. Penulis-penulis Arab pada zaman klasik termasuk Ibn Batutah dalam bukunya al-Rehlah menggelarkan pulau Sumatera sebagai Al-Jawah. Oleh itu, orang Arab memanggil orang Melayu di Jawa sebagai Jawi dan tulisan Melayu yang menggunakan huruf Arab sebagai tulisan Jawi. Tulisan ini dicampur adukkan dengan tulisan Arab yang menggunakan 29 huruf dengan lima huruf tambahan bukan Arab yang dicipta oleh orang Melayu sendiri. Lima huruf bukan Arab yang terdapat dalam tulisan Jawi ialah Ca ( ), Nga ( ), Pa ( ), Ga ( ), dan Nya ( ). Huruf-huruf ini dicipta untuk melambangkan bunyi-bunyi yang lazim disebut pada lidah Melayu. Huruf-huruf baharu ini ditiru daripada huruf Arab yang seakan-akan sama bentuknya. Tulisan ini telah berkembang sejak zaman Kerajaan Islam Pasai kemudian disebarkan ke Kerajaan Melaka, Kerajaan Johor dan juga Aceh pada abad ke-17. Bukti kewujudan tulisan ini di Malaysia adalah dengan terjumpanya Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 702H atau 1303M manakala tulisan Rumi yang paling awal ditemui adalah pada akhir kurun ke-19. Ini menunjukkan tulisan Jawi telah sampai ke negara ini lebih awal berbanding tulisan Rumi. Tulisan Jawi merupakan tulisan rasmi bagi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu semasa penguasaan British. Kini tulisan ini digunakan dalam urusan agama Islam dan adat istiadat Melayu yang kebanyakannya di Johor, Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu. Pada zaman dahulu, tulisan Jawi memainkan peranan penting dalam masyarakat. Tulisan ini digunakan sebagai perantara penting dalam semua urusan pentadbiran, adat istiadat dan perdagangan. Contohnya digunakan dalam perjanjian-perjanjian penting antara pihak-pihak di Raja Melayu dengan pihak-pihak berkuasa Portugis, Belanda dan Inggeris. Selain itu, Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 bagi negara Malaysia antara lain juga tertulis dalam abjad Jawi (Wikipedia, 2008).Menurut Amat Juhari Moain (1996) tulisan Jawi telah digunakan oleh orang Melayu dalam berbagai-bagai jenis lapangan dan kegiatan penulisan. Bahkan untuk kesenian juga tulisan ini digunakan, iaitu pada seni khat bagi menghiasi mihrab, di dinding dalam masjid, batu nisan dan seumpamanya. Dalam sejarah yang lalu tulisan Jawi telah digunakan untuk beberapa perkara seperti prasasti atau batu bersurat. Contohnya prasasti Terengganu yang telah ditemui di Sungai Tersat, Kuala Berang, Hulu Terengganu.Selain prasasti, tulisan jawi juga digunakan pada batu hidup dan batu nisan. Tulisan jawi telah ditemui pada batu hidup di Pangkalan Kempas Negeri Sembilan. Manakala bagi batu nisan pula terdapat di berbagai-bagai tempat bekas berdirinya kerajaan-kerajaan Islam pada zaman silam. Penggunaan tulisan semakin meluas. Buktinya ialah pada mata wang. Tulisan jawi yang digunakan pada mata wang terutamanya wang emas dan perak. Pada mata wang ini diukir nama raja Melayu yang memerintah dengan menggunakan tulisan jawi seperti nama Sultan Muzaffar Shah, Mansur Shah dan lain-lain.Sehubungan itu, dari aspek perhubungan rasmi, tulisan jawi digunakan dalam penulisan surat rasmi. Contohnya ialah surat kiriman antara raja. Kaedah ini bukan sahaja dilakukan oleh raja Melayu tetapi juga raja-raja di tempat lain seperti raja Melayu dengan Portugal, raja Melayu dengan raja Inggeris atau raja-raja lain. Penggunaan tulisan jawi termasuklah dalam surat-surat perjanjian antara raja dan negara di Alam Melayu. Pada zaman dahulu kegiatan penulisan giat dijalankan. Buktinya ialah kewujudan kitab dan buku. Kitab dan buku yang ditemui kebanyakannya terdapat dalam bentuk manuskrip yang bertulis tangan dan cap batu.Berdasarkan sejarah sememangnya terbukti kedatangan para pedagang ke tanah Melayu. Bagi urusan perniagaan dan perdagangan ini bahasa dan tulisan yang digunakan adalah sama iaitu tulisan jawi. Bukti ialah beberapa catatan pemilikan dan perdagangan terutama di pelabuhan dan kapal-kapal perdagangan. Kedatangan para pedagang dan penjajah telah mengubah suasana di tanah Melayu. Antara ialah kemajuan yang telah dicapai berlandaskan pengaruh yang masuk ke tanah Melayu. Contohnya ialah pihak penjajah yang telah memperkenalkan teknologi mencetak. Dengan mengaplikasikan teknologi ini maka berkembanglah bahasa dan tulisan. Buktinya ialah banyak pencetakan surat khabar dan majalah seperti surat khabar Alamat Langkapuri, Majalah Bustan Arifin, surat khabar Jawi Peranakan dan majalah al-Imam.Raja Ali Haji juga turut meneliti manuskrip Bustan al-Katibin yang ditulis pada tahun 1267 H/1850 M. Dari segi seni khat, tulisan Jawi dalam Bustan al-Katibin mengingatkan kepada manuskrip Surat Sultan Perkasa Alam Johan Aceh (1615 M), Hukum Qanun Melaka (1761 M) dan Bustan al-Salatin (1815 M) yang mempunyai seni khat yang terindah antara manuskrip Jawi. Hal ini telah menggambarkan warisan pengajian dan persuratan Melayu tradisional yang wujud di kalangan golongan istana, pembesar dan para bijak pandai Melayu sehingga dewasa itu.Busan al-Katibin berkontemporar dengan Hikayat Abdullah yang mempunyai gaya bahasa dan sistem ejaan yang mirid kepada sistem bahasa Melayu lama. Dalam manuskrip tersebut, sistem vokal secara baris, iaitu tanpa penggunaan abjad vokal pada suku kata akhir terbuka dan pada suku kata tertutup sebagai warisan daripada sistem ejaan Jawi lama yang banyak digunakan dalam Bustan al-Katibin. Misalnya :Ejaan RumiPadanan Jawi

penghulu

agama

karana

Selain itu, Raja Ali Haji lebih gemar menggunakan abjad vokal. Hal tersebut dilakukan untuk mengelakkan kesamaran dan percanggahan seperti yang dianjurkannya dalam kaedah Jawinya sendiri. Beliau menamakan abjad alif, wau dan ya apabila digunakan untuk pemvokalan sebagai huruf-huruf alat. Contoh-contoh penggunaan abjad vokal pada suku kata akhir tertutup adalah seperti yang berikut :Ejaan RumiPadanan Jawi

orang

tidak

awan

Di samping itu, manuskrip ini juga terdapat ejaan yang aneh/menyimpang/berduplikasi/anakronistik. Misalnya :Ejaan RumiPadanan Jawi

dua

bau

tuntut

Hasil karya Raja Ali Haji yang berkaitan dengan bahasa Melayu ialah Kitab Pengetahuan Bahasa yang terkarang pada tahun 1275 H/ 1858 M di Riau. Namun begitu, karya ini telah dicetak di Singapura pada tahun 1348 H/ 1929 M oleh al-Ahmadiah Press. Walaupun percetakannya dibuat lebih kurang 70 tahun sesudah penulisannya, namun telah dikekalkan bentuk asalnya seperti yang dinyatakan oleh ketua syarikat percetakan tersebut. Kitab ini berjudul Kamus Loghat Melayu Johor, Pahang, Riau, Lingga, namun begitu dari segi kandungannya seperti kata Zaba (1940:143) lebih merupakan sebuah ensyclopedia of the authors general knowledge, opinion and impressions, set fortg under the words he professes to define.

Melalui penulisan kitab ini, abjad (ca) merupakan abjad keenam dalam Jawi adalah penamat pengisian dalam Kitab Pengetahuan Bahasa oleh Raja Ali Haji. Kitab ini merangkumi 465 halaman dan dalam 32 halaman awalnya mengandungi keterangan tentang tatabahasa Arab yang cuba diterapkan ke dalam bahasa Melayu. Pada umumnya, sistem ejaan Jawi dalam kitab ini menyamai sistem ejaan yang ada dalam manuskrip Bustan al-Katibin, kecuali ada beberapa gejala yang mungkin secara sengaja atau disengajakan terpengaruh bersama waktu percetakannya. Antaranya yang lebih ketara adalah seperti berikut :Ejaan RumiPadanan Jawi

kepada

buat

manusia

Penggunaan titik abjad (ga) yang lebih sempurna. Penggunaan titik (pa) iaitu tiga titik yang di dalam Bustan al-Katibin tidak dibezakan dengan titik (fa) iaitu dengan satu titik. Dalam Kitab Pengetahuan Bahasa, banyak abjad (qaf) bersilih ganti dengan abjad (hamzah) pada akhir kata. Berikut merupakan contoh-contoh perkataan:Ejaan RumiPadanan Jawi

ayak

elok

anak

Zaba (1940:143) telah mengatakan bahawa sistem ejaan Jawi yang digunakan oleh Raja Ali Haji merupakan a strange mixture of modern and his own apabila beliau menggunakan tanda irab (baris Arab secara terbalik atau diubahsuaikan untuk menandkan sebutan dalam bahasa Melayu). Dalam halaman 231-233 diperturunkan tiga halaman salinan foto Kitab Pengetahuan Bahasa oleh Raja Ali Haji berdasarkan terbitan al-Ahmadiah Press, Singapura pada tahun 1348 H yang tersimpan dalam bentuk mikrofilem di Perpustakaan Universiti Malaya. 2.2 Sistem Tulisan Jawi Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan DBPSistem tulisan dan ejaan Jawi dipengaruhi oleh Bahasa Arab dan Melayu. Unsur Arab dan Melayu mengalami dua tahap perkembangan. Pada tahap pertama, ejaannya menggunakan tanda baris sebagaimana yang terdapat dalam mashaf suci al-Quran. Penggunaan baris ini bertujuan mendapatkan bunyi yang betul tetapi mengambil masa yang lama untuk menulisnya kerana terlalu banyak tanda diakritik yang digunakan. Pada tahap kedua tanda baris tersebut dihilangkan. Walau bagaimanapun, bentuk ini sukar dibaca oleh mereka yang baharu belajar Jawi kerana memerlukan masa untuk menguasai dan menggunakannya. Oleh itu, tidak lama kemudian lahirlah huruf Jawi versi Melayu yang merupakan ejaan yang menggunakan huruf saksi atau huruf vokal, iaitu Alif, Wau dan Ya. Dalam buku William Marsden, A Dictionary of the Malayan language (1812) dan buku R.J. Wilkinson (1903), didapati bahawa terdapat ejaan yang bercampur dari segi pemilihan huruf. Oleh itu, pada tahun 1930-an, muncul ahli-ahli bahasa yang cuba menyusun ejaan Jawi secara berasingan. Antaranya ialah Mejar Dato Haji Mohd Said bin Haji Sulaiman daripada Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku-Buku Diraja Johor (P.Bm. P.B. DiRaja Johor) dan Zainal Abidin Wahid atau lebih dikenali dengan panggilan Zaba daripada Maktab perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim.Dua usaha penting pada peringkat awal penyempurnaan sistem tulisan dan ejaan Jawi ialah usaha yang dibuat oleh Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Diraja Johor (P. Bm. P. B) yang menerbitkan sistem ejaan Jawi pada tahun 1937, dan usaha yang dibuat oleh Allahyarham Zainal Abidin Bin Ahmad (seterusnya disebut Za'ba) pada tahun 1939. Tulisan Jawi yang terpakai di sektor pendidikan dan dalam pelbagai urusan sejak awal abad ini hingga tahun 1986 ialah Sistem Ejaan Jawi Za'ba (seterusnya disebut Jawi Za'ba) yang diasaskan pada tahun 1939.Sistem Ejaan P.Bm. P.B. Diraja Johor disusun dalam bentuk risalah yang berjudul Risalah Bagi Helaian P.Bm. P.B. Diraja Johor yang mengandungi 25 halaman dan diterbitkan pada tahun 1937 dengan menggunakan huruf Jawi. Sistem ejaan ini agak ringkas dan kata dieja mengikut bagaimana satu-satu suku kata dibunyikan. Kaedah ini juga mewujudkan huruf Alif ke belakang apabila wujud imbuhan pada kata dasar. Dalam panduan ini juga terdapat peraturan ejaan kata dalam bentuk gabungan kata yang digunakan dalam surat rasmi kerajaan Johor dan juga dalam Buku Katan Melayu. Sistem Ejaan Zaba pula dilengkapkan pada tahun 1938 dalam sebuah buku berjudul Daftar Ejaan Melayu (Jawi-Rumi). Sistem ini mempunyai persamaan dengan Sistem Ejaan P.Bm. P.B. Diraja Johor. Bezanya keterangan yang diberikan agak panjang. Sistem ini juga digunakan oleh guru pelatih di MPSI. Penggunaannya juga kemudian agak meluas dan sebahagiannya digunakan dalam penerbitan Utusan Melayu pada tahun 1939. Sistem ejaan ini diolah semula oleh Dewan Bahasa dan Pustaka untuk melahirkan Sistem Ejaan Jawi yang Disempurnakan. Penyempurnaan sistem ejaan Jawi bertujuan seperti berikut (Ismail Dahman, 1991): Untuk mewujudkan satu sistem tulisan dan ejaan Jawi yang kemaskini yang sekali gus menyelaraskan pelbagai kaedah ejaan Jawi yang tidak seragam dalam penggunaan (sebelum tahun 1986). Untuk memperbaiki atau membetulkan beberapa kelemahan atau kekurangan yang terdapat dalam sistem ejaan Jawi lama yang sedang digunakan, iaitu Sistem Ejaan Jawi Za'ba. Untuk memodenkan sistem ejaan Jawi (selaras dengan perkembangan ejaan Rumi) supaya dapat diperluas dan dipertingkatkan penggunaannya menjadi wahana penulisan Bahasa Melayu moden, tanpa menghapuskan ciri-ciri khusus sejarah dan budayanya, bagi menghadapi perkembangan bahasa, bangsa dan negara dalam merealisasikan wawasan tahun 2020 dan seterusnya.Pada tahun 1981, Jawatankuasa Mengkaji Penggunaan Bahasa Malaysia (yang dilantik oleh Y. B. Menteri Pendidikan) telah memperakukan supaya "Sistem Ejaan Jawi yang ada sekarang hendaklah dikaji semula dan diperkemas. Sebuah buku Daftar Ejaan Rumi-Jawi yang lengkap hendaklah diusaha dan diterbitkan dengan segera". Untuk melaksanakan perakuan tersebut, Dewan Bahasa dan Pustaka telah melantik sebuah Jawatankuasa Mengkaji Semula Sistem Ejaan Jawi pada bulan Februari tahun 1983 (seterusnya disebut Jawatankuasa Ejaan Jawi DBP). Jawatankuasa tersebut dianggotai oleh pakar-pakar sistem ejaan Jawi yang mewakili Pusat Perkembangan Kurikulum, Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia, dan Pusat-pusat Pengajian Tinggi Tempatan. Bidang tugas jawatankuasa ini ialah membuat kajian semula terhadap Sistem Ejaan Jawi Za'ba (Pelita Bahasa Melayu Penggal I [Permulaan Nahu Melayu] tahun 1941, dan Daftar Ejaan Melayu [Jawi-Rumi] tahun 1949) , Sistem Ejaan Jawi Dian (Majalah Dian) dan sistem ejaan Jawi yang digunakan dalam penerbitan-penerbitan Syarikat Utusan Melayu Sdn. Berhad, serta beberapa penerbitan Jawi yang lain.)Hasil kajian Jawatankuasa Ejaan Jawi DBP (1983) itu dibentangkan dalam Konvensyen Tulisan Jawi (Anjuran Yayasan Islam Terengganu, dan Dewan Bahasa dan Pustaka) yang diadakan pada 9-11 April 1984 di Terengganu. Konvensyen ini dihadiri oleh 150 orang pakar tentang ejaan Jawi, termasuk mereka yang fasih dalam Bahasa Arab dan ahli agama Islam, yang terdiri daripada wakil-wakil jabatan kerajaan, pusat pengajian tinggi, institusi dan badan sukarela di seluruh negara, serta beberapa perwakilan rasmi dari negara Indonesia, Brunei Darussalam, Singapura dan Thailand. Cadangan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Ejaan Jawi DBP telah diterima dengan baik oleh peserta konvensyen di Terengganu itu. Hasilnya telah dirumuskan dan disusun oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dalam tahun 1985, dan diterbitkan pada tahun 1986 dalam bentuk buku berjudul Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan (seterusnya disebut PEJYD).Pada tahun 1987, Jawatankuasa Ejaan Jawi DBP telah mengadakan pertemuan dan menerima pandangan daripada beberapa orang pakar serta bersetuju membuat sedikit pembaikan ke atas rumusan yang terkandung dalam PEJYD tahun 1986 itu. Kemudian, naskhah pedoman tersebut diperkemas dan diterbitkan sebagai edisi kedua dengan judul PEJYD yang sama pada tahun 1987.

Sistem tulisan dan ejaan Jawi yang digunakan sekarang ialah sistem yang termuat dalam bukuPedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakanyang diterbitkan secara rasmi oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1986 (edisi kedua. 1987; edisi ketiga, 1993). Sistem ini merupakan sistem ejaan Jawi yang digunakan, disempurnakan atau dimantapkan daripada Kedah Ejaan Jawi yang digunakan sebelumnya yang berasaskan Kaedah Ejaan Jawi Zaba (sebagaimana yang terdapat dalam bukuDaftar Ejaan Melayu Jawi-Rumi, 1949). Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan(1986) dihasilkan daripada rumusan Konvensyen Tulisan Jawi Peringkat Kebangsaan yang diadakan pada tahun 1984. Hasil Konvensyen tahun 1984 itu telah diselaraskan dan diperkemas dengan maklumat yang diperoleh daripada Konvensyen Tulisan Jawi anjuran Pusat Islam, Jabatan Perdana Menteri, pada tahun 1991 dan Seminar Tulisan Jawi Peringkat Kebangsaan pada tahun 1993. Semua maklumat tersebut disemak dan disahkan oleh Jawatankuasa Teknikal Ejaan Jawi Pusat Islam dan Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1993-1994. Pedoman Umum Ejaan Jawi Bahasa Melayu yang termuat dalam buku ini merupakan maklumat terkini tentang sistem ejaan Jawi yang disusun berdasarkan dokumen-dokumen pedoman ejaan Jawi yang telah diterbitkan oleh DBP, dan maklumat-maklumat pedoman ejaan Jawi yang diselaraskan selepas itu, khususnya daripada terbitan-terbitan yang berikut:a. Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Cetakan Pertama Edisi Ketiga, 1993.b. Daftar Ejaan Rumi-Jawi, Dewan Bahasa dan Pustaka, Cetakan Kedua, 1989.Tulisan Jawi ditulis dan dibaca dari kanan ke kiri seperti sistem tulisan Bahasa Arab. Sistem tulisan ini tidak mempunyai huruf besar atau huruf kecil seperti tulisan Rumi, tetapi perubahan bentuk huruf akan berlaku bagi beberapa huruf tertentu apabila dirangkaikan dengan huruf yang lain dalam penulisan sesuatu perkataan. Abjad Jawi Bahasa Melayu sekarang mengandungi 37 huruf bentuk tunggal yang tersusun seperti yang berikut :Huruf JawiNamaPadanan Rumi

alifa

bab

tat

ta marbutaht/h

sa [tha]s, (th)

jimj

cac

a],ha [h),h, (h

kha [khO]kh

dald

zal [dhal]z, (dh)

ra [rO]r

zaiz

sins

syinsy, (sh)

Od],sad [s),s, (s

Od],dad [d),d, (d

O],ta [t),t, (t

O],za [z),z, (z

ain [ain]awal: a, i, uakhir: k, ()

ghaingh

ngang

faf

paP

qafk, q, (q)

kafk

gag

laml

mimm

nunn

wauw, u, o

vav

hah

hamzahawal: gugurakhir: k, ()

yay, i, e taling

ye [ye]e pepet akhir

nyny

Jadual 2.2 : Abjad Jawi, Bahasa Melayu

Sistem tulisan Jawi yang digunakan sekarang ialah berdasarkan sistem yang terdapat dalam buku Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan (PEJYD) yang diterbitkan secara rasmi oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada tahun 1986 (edisi kedua 1987; edisi ketiga 1993). Hal ini dinyatakan dalam Daftar Kata Bahasa Melayu (2005) seperti berikut:

...Sistem ini merupakan sistem ejaan Jawi yang disempurnakan atau dimantapkan daripada Kedah Ejaan Jawi yang digunakan sebelumnya yang berasaskan Kaedah Ejaan Jawi Zaba (sebagaimana yang terdapat dalam buku Daftar Ejaan Melayu Jawi-Rumi, 1949). Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan (1986) dihasilkan daripada rumusan Konvensyen Tulisan Jawi Peringkat Kebangsaan yang diadakan pada tahun 1984. Hasil Konvensyen tahun 1984 itu telah diselaraskan dan diperkemas dengan maklumat yang diperoleh daripada Konvensyen Tulisan Jawi anjuran Pusat Islam, Jabatan Perdana Menteri, pada tahun 1991 dan Seminar Tulisan Jawi Peringkat Kebangsaan pada tahun 1993. Semua maklumat tersebut disemak dan disahkan oleh Jawatankuasa Teknikal Ejaan Jawi Pusat Islam dan Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1993-1994...

Rajah 2.2 (i): Daftar Kata Bahasa Melayu (2005)Terdapat arahan khusus daripada Kementerian Pendidikan Malaysia yang mengehendaki PEJYD ini digunakan di seluruh negara seperti yang dinyatakan dalam Petikan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1992 di bawah:...Mulai dari tarikh ini (22 Jan. 1992) Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (PEJYD) itu hendaklah digunakan di semua sekolah rendah, sekolah menengah, maktab-maktab perguruan, di dalam buku teks dan peperiksaan yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan dan Majlis Peperiksaan Malaysia serta dalam semua sektor dan masyarakat di seluruh negara...(Kementerian Pelajaran Malaysia)

Bagaimanapun PEJYD ini kemudiannya digantikan dengan Pedoman Umum Ejaan Jawi Bahasa Melayu (PUEJBM) yang disisipkan dalam buku Daftar Kata Bahasa Melayu (2005). Ia merupakan maklumat terkini tentang sistem ejaan Jawi yang disusun berdasarkan dokumen-dokumen pedoman ejaan Jawi yang telah diterbitkan oleh DBP, dan maklumat-maklumat pedoman ejaan Jawi yang diselaraskan selepas itu, khususnya daripada PEJYD (Edisi ketiga 1993) dan Daftar Ejaan Rumi-Jawi (1989). Oleh sebab PUEJBM dianggap sebagai pedoman ejaan Jawi terkini, maka kajian ini akan menjadikan buku ini sebagai panduan asas.

KepastianRamai PenggunaEkonomiOleh sebab PUEJBM adalah lanjutan daripada sistem ejaan Jawi Zaba, maka prinsip ejaan Jawi Zaba perlu diberi perhatian dalam usaha memantapkan sistem ejaan Jawi sekarang. Pada dasarnya, sistem ejaan Zaba ini berasaskan kepada tiga prinsip seperti yang berikut :

Ejaan ini menggunakan seminimum bilangan huruf seperti perkataan maka, pada, daripada, kepada dan sebagainya.Jika satu perkataan itu terdapat kelainan ejaan dan ramai penggunanya serta tidak menimbulkan sebarang kesamaran, kedua-dua ejaan tersebut boleh diterima pakai.Ejaan yang menimbulkan kesamaran sebutan, hendaklah diubah suai ejaannya seperti menambah huruf saksi supaya lebih jelas bunyinya serta dapat mengurangkan kesamarannya.

Rajah 2.2 (ii) : Tiga prinsip Sistem Ejaab Zaba

Huruf hamzah yang berada di tengah perkataan ditulis di sebelah atas rumah yang disediakan sebagai penyambung antara huruf-huruf yang ada sebelumnya dengan yang selepasnya. Contoh-contohnya adalah seperti yang berikut :Ejaan JawiPadanan Rumi

masalah

malaikat

Huruf hamzah ditulis tanpa rumah di tengah garisan apabila diapit oleh dua huruf vokal atau dua bunyi vokal. Contohnya :Ejaan JawiPadanan Rumi

pais

aib

aur

paus

Huruf hamzah ditulis tanpa rumah di tengah garisan apabila diapit oleh huruf alif dengan huruf ya (diftong ai) atau huruf alif dengan wau (diftong au) atau huruf alif-wau dengan huruf ya (diftong oi) yang mewujudkan diftong sebagai satu suku kata. Misalnya: Ejaan JawiPadanan Rumi

aising

kuau

audit

automatik

aileron

Kata atau istilah serapan daripada bahasa Arab yang mengandungi huruf hamzah ditulis seperti kedudukannya dalam bahasa sumber. Contohnya :Ejaan JawiPadanan Rumi

wuduk

imlak

ikhfak

anbia

makmum

Huruf hamzah digunakan sebagai pengganti huruf alif yang kedua apabila terdapat urutan bunyi dua vokal [a] atau bunyi vokal [a] dengan vokal yang lain di tengah kata. Misalnya :Ejaan JawiPadanan Rumi

setiausaha

iaitu

tatausaha

karaoke

2.2.1 Pelambangan vokalDalam sistem ejaan jawi sekarang, terdapat empat huruf vokal dan dua gabungan huruf vokal (digraf) yang digunakan bagi melambangkan enam fonem vokal atau bunyi vokal baku, iaitu [a], [e], [i], [o] dan [u]. Huruf-huruf tersebut adalah alif, ya, ye (ya tanpa titik) dan wau serta gabungan huruf alif-ya dan alif-wau. Vokal [a] dilambangkan dengan dua cara seperti yang berikut :a) vokal [a] dilambangkan dengan huruf alif apabila membuka suku kata atau terletak suku kata terbuka.b) vokal [a] tidak dilambangkan dengan huruf alif apabila hadir di suku kata tertutup.Di samping itu, vokal [i] pula dilambangkan dengan dua cara yang berikut :

a) vokal [i] dilambangkan dengan huruf alif-ya apabila hadir di awal kata. Contohnya:ikan-isi-isteri-

b) vokal [i] dilambangkan dengan huruf ya apabila hadir di suku kata terbuka atau suku kata tertutup. Contohnya:sisi-titi-mimpi-

Vokal [] taling dilambangkan dengan dua cara yang berikut : vokal [] taling dilambangkan dengan huruf alif-ya apabila hadir di awal kata. vokal [] taling dilambangkan dengan huruf ya apabila hadir di suku kata terbuka atau suku kata tertutup.

i) vokal [e] pepet dilambangkan dengan huruf alif apabila hadir di awal kata.ii) vokal [e] pepet tidak dilambangkan dengan apa-apa huruf apabila hadir di suku kata terbuka sebelum akhir atau suku kata tertutup.iii) vokal [e] pepet dilambangkan dengan huruf ye (huruf ya tanpa titik) apabila hadir di suku kata akhir terbuka.Vokal [e] pepet dilambangkan dengan tiga cara yang berikut :

Vokal [o] dilambangkan dengan dua cara yang berikut :a) vokal [o] dilambangkan dengan huruf alif-wau apabila hadir di awal kata. Contohnya :Ejaan JawiPadanan Rumi

orang

ombak

b) vokal [o] dilambangkan dengan huruf wau apabila hadir di suku kata terbuka atau suku kata tertutup. Misalnya :Ejaan JawiPadanan Rumi

kota

pidato

Vokal [u] dilambangkan dengan dua cara yang berikut :a) vokal [u] dilambangkan dengan huruf alif-wau apabila hadir di awal kata. Contohnya :Ejaan JawiPadanan Rumi

ubat

unta

b) vokal [u] dilambangkan dengan huruf wau apabila hadir di suku kata terbuka atau suku kata tertutup. Contohnya :Ejaan JawiPadanan Rumi

suku

kuntum

suluh

buntu

terumbu

2.2.2 Pelambangan diftongDiftong [ai] dilambangkan dengan dua cara yang berikut :i) Huruf alif-hamzah-ya digunakan apabila diftong [ai] berada di awal kata atau berdiri sebagai satu suku kata. Contoh :Ejaan JawiPadanan Rumi

aising

aileron

kiai

ii) Huruf alif-ya digunakan apabila diftong [ai] berada di tengah kata atau di akhir kata. Contohnya :Ejaan JawiPadanan Rumi

baiduri

kailan

serai

Diftong [au] dilambangkan dengan dua cara yang berikut :i) Huruf alif-hamzah-wau digunakan apabila diftong [au] berada di awal kata atau berdiri sebagai satu suku kata. Misalnya :Ejaan JawiPadanan Rumi

audio

automatik

audit

ii) Huruf alif-wau digunakan apabila diftong [au] berada di tengah kata atau di akhir kata. Misalnya :Ejaan JawiPadanan Rumi

saudara

baucar

tauge

Diftong [oi] dilambangkan dengan dua cara yang berikut :i) Huruf alif-wau-hamzah-ya digunakan apabila diftong [oi] berada di awal kata. Contohnya :Ejaan JawiPadanan Rumi

oidium

ii) Huruf wau-ya digunakan apabila diftong [oi] berada di tengah kata atau di akhir kata. Contohnya :Ejaan JawiPadanan Rumi

boikot

sekoi

kaloi

2.2.3 Pelambangan Konsonan Sejumlah 34 huruf (daripada 36 huruf - tidak termasuk alif dan ye serta wau dan ya yang berfungsi sebagai lambang vokal) dalam senarai abjad Jawi bahasa Melayu adalah huruf-huruf konsonan yang hampir semuanya menjadi lambang satu lawan satu antara huruf dengan fonem konsonan. Huruf (va) digunakan sebagai lambang fonem atau bunyi [v] yang terdapat dalam kata serapan daripada bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah yang lain. Misalnya :Ejaan JawiPadanan Rumi

variasi

video

universiti

Huruf (qaf) digunakan sebagai lambang bagi semua bunyi hentian glotis [] di akhir kata jati bahasa Melayu. Misalnya :Ejaan JawiPadanan Rumi

budak

naik

pokok

Hufur ta-marbutah iaitu (huruf ta simpul) dalam kata serapan daripada bahasa Arab melambangkan fonem [t] atau [h] sebagai kelainan sebutan sekiranya kelainan sebutan tersebut tidak membezakan makna. Contoh :Ejaan JawiPadanan Rumi

akibah/akibat

hidayah/hidayat

musibah/musibat

2.2.4 Pengejaan Kata Dasar EkasukuHuruf vokal alif, wau atau ya digunakan apabila mengeja kata dasar ekasuku yang berpola KV atau VK. Contohnya :JawiRumiJawi RumiJawiRumi

batawa

limisi

cuguru

Huruf vokal alif tidak digunakan sebagai lambang bagi bunyi [a] apabila mengeja kata dasar ekasuku yang berpola KVK. Contoh :Ejaan JawiPadanan Rumi

gah

jam

yang

Namun begitu, terdapat kekecualian bagi beberapa perkataan yang merupakan kata pinjaman daripada bahasa Arab yang sedia mengandungi huruf alif. Contoh :Ejaan JawiPadanan Rumi

am

bab

khas

hal

Huruf vokal ya atau wau digunakan apabila mengeja kata dasar ekasuku yang berpola KVK. Namun begitu, terdapat kekecualian bagi kata (bin). Contoh perkataan-perkataan ekasuku berpola KVK adalah:VokalEjaan JawiPadanan Rumi

[]sen

[i]tin

[o]bom

[u]nun

2.2.5 Pengejaan Kata Serapan daripada Bahasa ArabKata serapan daripada bahasa Arab yang berupa istilah khusus dieja seperti ejaan asal dalam bahasa Arab. Contohnya :Ejaan JawiPadanan Rumi

wuduk

wuquf

tayamum

sujud

zakat

hadis (hadith)

Kata umum daripada bahasa Arab yang sudah terserap dalam bahasa Melayu dieja dalam ejaan Jawi mengikut cara mengeja kata jati dalam bahasa Melayu. Contoh:Ejaan JawiPadanan Rumi

sabun

ahli

izin

kertas

Bunyi vokal [a], [i], atau [u] tanpa huruf vokal pada istilah agama ditulis dengan huruf alif, ya atau wa pada kata serapan yang digunakan dengan pengertian umum. Misalnya :Ejaan JawiPadanan Rumi

arif

al-Arif

hakim

al-Hakim

2.2.6 Pengejaan Kata Serapan daripada Bahasa InggerisKata serapan daripada bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa Eropah yang lain dieja menurut aturan pengejaan kata jati dalam bahasa Melayu. Huruf gugusan konsonan ditulis dalam ejaan Jawi dengan cara merangkaikan atau mendekatkan huruf-huruf yang berkenaan tanpa sisipan apa-apa huruf vokal. Contoh-contohnya adalah seperti yang berikut :i) Penulisan gugus konsonan di awal kata di awal suku kata :Ejaan JawiPadanan Rumi

klinik

psikologi

skrip

struktur

ii) Dua huruf Jawi yang membentuk gugus konsonan di akhir kata tidak dirangkaikan atau tidak ditulis bersambung. Contohnya :Ejaan JawiPadanan Rumi

golf

teks

bank

sains

iii) Apabila gugus konsonan di akhir kata ditambahi huruf vokal, maka gabungan huruf konsonan akhir dengan huruf vokal itu membentuk satu suku kata terbuka. Misalnya:Ejaan JawiPadanan Rumi

fakta (fact)

paradigma (paradigm)

nasionalisme (nationalism)

protoplasma (protoplasm)

Semua huruf g dalam ejaan Rumi kata serapan daripada bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah yang lain yang ditetapkan supaya dilafazkan [g] dalam bahasa Melayu dieja dengan huruf ga dalam ejaan Jawi. Contohnya :Ejaan JawiPadanan Rumi

agenda

gimnasium

teknologi

tragedi

Huruf konsonan k di suku kata akhir ejaan Rumi kata serapan daripada bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa Eropah yang lain dieja dengan huruf kaf dalam ejaan Jawi. Antara contoh-contohnya adalah seperti yang berikut :Ejaan JawiPadanan Rumi

trak

politik

subjek

blok

Huruf vokal u dalam ejaan Rumi kata serapan daripada bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa Eropah yang lain dieja dengan huruf alif-wau di awal kata, dan dieja dengan huruf wau di tengah kata atau di akhir kata. Contohnya :Ejaan JawiPadanan Rumi

subsidi

republik

industri

kurikulum

Ketiga-tiga kelompok ini mempunyai sistem ejaan yang tersendiri. Perbezaan yang agak ketara ialah pada pengejaan kata serapan Arab yang secara umumnya masih mengekalkan sistem ejaan daripada bahasa sumber. Bagaimanapun permasalahan homograf yang akan dibincangkan dalam makalah ini lebih tertumpu kepada ejaan kata Melayu jati.

2.3 Perbezaan sistem tulisan jawi Kitab Pengetahuan Bahasa Oleh Raja Ali Haji dan Pedoman Ejaan Jawi yang disempurnakan oleh Dewan Bahasa dan PustakaBilKitab Pengetahuan Bahasa Oleh Raja Ali HajiPerkaraPedoman Ejaan Jawi yang disempurnakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka

1.Menggunakan huruf [ ] dalam perkataan.

Contoh perkataan: Penggunaan huruf [ ] dan [ ]Menggunakan huruf [ ] dalam perkataan bagi menggantikan huruf [ ].

Contoh perkataan:

2.Menggunakan penulisan huruf [ ] yang mempunyai [ ] terhadap perkataan.

Contoh perkataan :

Kewujudan dan pengguguran huruf [ ] pada huruf [ ]Menggugurkan huruf [ ] pada huruf [ ] dan telah bertukar menjadi huruf [ ]

Contoh perkataan :

3.Penambahan huruf [ ] pada perkataan yang berakhir dengan suku kata terbuka.

Contoh perkataan :

Penambahan huruf [ ] pada perkataan yang berakhir dengan huruf vokal [ a ] ataupun pada suku kata terbuka.Menggugurkan huruf [ ] pada perkataan yang berakhir dengan huruf vokal [ a ] ataupun suku kata terbuka.

Contoh perkataan :

4.Menggunakan baris pada setiap perkataan atau ayat jawi yang dibaca.Contohnya :

Pengguguran baris ada perkataan.Menggugurkan penggunaan baris pada setiap perkataan atau ayat jawi yang dibaca.

Contohnya :

5.Terdapat huruf [ ] di atas huruf [ ] pada akhir perkataan tiga suku kata.

Contoh perkataan :

Pengguguran [ ] pada huruf [ ]Tiada penggunaan huruf [ ] di atas huruf [ ]

Contoh perkataan:

6.setiap hujung perkataan yang diakhiri dengan fonem t, akan ditulis dengan menggunakan huruf ta-marbutah pada setiap perkataan tersebut.

Contoh perkataan: Pertukaran [ ] kepada [ ] untuk perkataan Bahasa Melayupenggunaan huruf ta-marbutah, hanya digunakan dalam kata serapan daripada bahasa Arab yang melambangkan fonem t atau h pada hujung perkataan. Manakala semua perkataan bahasa Melayu akan menggunakan huruf yang melambangkan fonem t pada hujung perkataan

Contoh perkataan:

7.Menggunakan tanda baris sahaja pada perkataan diftong.

Contoh perkataan: Penggunaan diftong Menggunakan huruf [ ] untuk menggantikan tanda baris pada perkataan diftong.

Contohnya perkataan:

8.Menggunakan huruf [ ] pada perkataan yang berakhir dengan huruf [ k ]ataupun hentian glotis.

Contoh perkataan:

Penggunaan hentian glotis [ ] menggantikan [ ]Menggunakan huruf [ ] untuk menggantikan huruf [ ] pada hentian glotis.

Contoh perkataan:

9.Menggunakan huruf [ ] pada perkataan yang mempunyai suku kata tertutup.

Contoh perkataan:

Penggunaan [ ] pada suku kata tertutupMenggugurkan huruf [ ] pada perkataan yang mempunyai suku kata tertutup.

Contoh perkataan:

10.Tidak menggunakan huruf [ ] bagi transliterasi huruf rumi [ g ], sebaliknya beliau menggunakan huruf [ ] .

Contoh perkataan:

Penggunaan huruf [ ]Dalam ejaan jawi masa kini, penggunaan huruf [ ] bagi transliterasi huruf rumi ] g ] telah diwujudkan.

Contoh perkataan :

3.0PEMILIHAN ISTILAH BAHASA MELAYU DALAM KAMUS3.1Konsep EtimologiEtimologi secara umumnya bermaksud kajian asal usul dan sejarah sesuatu perkataan tersebut. Bagi kebanyakan kamus ekabahasa pemasukan unsur etimologi kadang kala bukanlah satu kemestian. Hal ini berlaku demikian kerana untuk menelusuri unsur serapan bahasa asing atau bahasa serumpun dalam bahasa asli, menuntut suatu penyelidikan yang rapi dan wawasan ilmu yang gigih. Berdasarkan bahan rujukan Mukadimah Ilmu Etimologi, kata etimologi sendiri berasal daripada bahasa Yunani ertinya ilmu yang mencari kebenaran. Pada zaman Yunani Kuno, dipercayai bahawa makna yang paling tua adalah makna yang benar, seakan-akan erti yang diberi pada sesuatu kata yang meleset daripada erti yang tepat. Anggapan kuno ini tidak diterima lagi kerana konsep falsafah yang digunakan sudah lenyap. Sejak tahun 1833, etimologi bermaksud sejarah sesuatu kata. Takrif etimologi menurut Bynon (1977) merupakan yang paling lengkap. Menurut beliau, etimologi ditakrifkan sebagai usaha menyusun sejarah bentuk dan makna kata. Sejarah formal dan semantik ini harus dikesan sepanjang peredaran zaman sehingga mencapai tahap nahu bahasa yang lebih tua. Nahu yang dicapai itu mesti mencakupi rumus-rumus yang dapat menerbitkan bentuk dan makna kata yang dikesan itu. Bagaimanapun unsur etimologi sebagai suatu unsur medan maklumat perkamusan mempunyai kedudukan yang penting dalam sesebuah kamus. Para penyusun kamus di rantau ini mengambil pendirian untuk memasukkan semaksimum mungkin unsuretimologi untuk kata-kata yang dapat menelusuri perkembangannya. Untuk berbuat demikian bukanlah sesuatu yang mudah. Terdapat tiga hambatan besar dalam soal ini. Pertama, terlalu banyak mengalami perubahan struktur sehingga sukarmencari identitinya. Kedua, kekerapan penggunaannya sangat besar sehingga tidak dirasakan lagi unsur serapan. Ketiga, bentuk kata atau unsur serapan wujud dalam dua bahasa yang berbeza (Tutshi Eddy 1986). Jika diperhatikan dalam kamus dewan, keterangan etimologi tidak diberi penerangan selengkapnya, tetapi hanya sekadar untuk menyatakan bahasa sumber sesuatu perkataan yangsudahmeresapmasukkedalamperbendaharaan katabahasa Melayu. Hal ini sama seperti daripada bahasa serumpun atau daripada bahasa asing. Manakala kamus umum bahasa Indonesia unsur etimologi merujuk ragam bahasa yang digunakan oleh warga Indonesia sepenuhnya, sama ada daripada bahasa serumpun atau daripada bahasa asing. Dalam tulisan ini tidak lengkap sekiranya tidak menelusuri proses penyerapan bahasa asing dalam bahasa Melayu. Para penyusun kamus ini mengambil pendekatan ini untuk membantu mengenal pasti asal usul kata yang bercambah sejak evolusi bahasa Melayu yang kaya dengan bahasa dan budaya sejak zaman berzaman.Maka, dapatlah disimpulkan bahawa etimologi merangkumi tiga persoalan utama seperti yang dijelaskan di dalam rajah di bawah:

Etimologi tidak mungkin menghasilkan cuma sebuah senarai kata.Etimologi tidak mungkin menghasilkan cuma sebuah senarai kata.Etimologi melibatkan masalah bentuk dan makna. Persoalan Etimologi

Etimologi tidak terbatas pada kajian kata pinjaman sahaja. Kajian kata pinjaman itu termasuk dalam etimologi tetapi etimologi lebih besar daripada itu. Secara umumnya, etimologi yang tulen memberi tekanan yang sama berat dua unsur iaitu kata asli dan kata asing. Segala senarai kata dan kata daftar kata asing masih belum mencukupi yakni belum menangani tugas etimologi. Perubahan bahasa merupakan sejenis proses yang hidup yang berakar pada masyarakat yang berubah-rubah (faktor yang mempengaruhi perubahan bunyi kata). Terdapat dua syarat yang menentukan etimologi yakni sejarah sesuatu kata: Syarat formal atau syarat bentuk (kesepaduan bunyi kata itu mestilah teratur).Syarat semantik atau syarat maknawi (perkembangan makna kata itu mesti munasabah).

3.1.1Prinsip Etimologi

Prinsip EtimologiTerdapat tiga prinsip iaitu keseimbangan bentuk dan makna, terjalinnya sejarah bahasa dan sejarah sosial serta bidang cakupan etimologi yang merangkumi kata warisan dan kata pinjaman.

321

Prinsip Kata Kembar Etimologi. Ditakrifkan sebagai pasangan kata dalam satu bahasa yang berasal daripada sumber yang sama. Bahasa sumber merupakan bahasa yang digolongkan dalam rumpun atau keluarga bahasa lain. Terdapat kata pinjaman antara dialek yang menghasilkan kata kembar etimologi. Contoh:kerja : karyakerja kegiatan melakukan sesuatu. Karya buatan atau ciptaan seni. Prinsip Etimologi RakyatSuatu usaha memberi peringatan baru pada sesuatu kata dengan merujuk kepada kata atau morfem yang sudah lazim.Kadangkala seseorang individu menciptakan etimologi untuk sesuatu kata dengan mereka-reka sejarah atau mempercayai persamaan palsu.Contoh:Kinabalu (Ada yang berpendapat kata itu berasal frasa balu Cina kerana kononnya dahulu ada orang Cina yang meninggal di sana). Prinsip HiperkoreksiKecenderungan membetulkan atau meningkatkan sesuatu kata sehinggakan pembetulan itu merupakan kesalahan. Sasaran pembetulan dilampaui iaitu pola pembetulan ditetapkan dalam lingkungan yang salah. Contoh:petai : petal (kata asalnya ialah petai, namun setelah vokal /i/ ditukarkan kepada /l/ maka bunyi bertukar menjadi petal. Berkemungkinan kata petal disebut oleh individu yang berasal dari Kedah)

3.2Cara Pemilihan Istilah Bahasa Melayu Dalam Kamus Berdasarkan Pendekatan Etimologi. Berdasarkan bahan rujukan yang bertajuk Mukadimah Ilmu Etimologi, menjelaskan bahawa sebelum penelitian etimologi dapat dilakukan beberapa prasyarat harus dipatuhi. Data yang dimaksudkan boleh dibahagikan kepada dua golongan iaitu terbitan atau naskhah yang memuatkan kata-kata yang hendak diteliti serta tulisan lain yang menampilkan teori tentang kesepaduan bunyi atau kajian etimologi tertentu. Berdasarkan penelitian etimologi tentang kata-kata Melayu, rujukan tertumpu pada terbitan dalam bahasa Melayu terutamanya tulisan purba. Telah diperkarakan bahawa lebih kurang 600 buah karya Melayu klasik baik dalam bentuk terbitan mahupun naskhah yang belum diterbitkan lagi. Selain itu, banyak tulisan dalam bahasa Melayu moden mesti dirujuk juga. Data yang sudah diterbitkan hendaklah dikumpul. Data yang belum terbit seharusnya diterbitkan secara bertahap atau berperingkat. Namun begitu, kekurangan yang sangat terasa dalam usaha etimologi adalah kekurangan data dialek. Pentingnya data dialek dalam menentukan etimologi sudah lama diketahui bagi menambah pengetahuan berbahasa. Jika dibandingkan dengan negara luar, kamus etimologi Inggeris telah mengumpul etimologi dialek berbanding di negara Malaysia. Tambahan lagi, belum ada usaha yang maksimum dijalankan bagi mengumpul dan menerbitkan naskhah-naskhah dialek. Oleh pihak-pihak berwajib hendaklah mengambil tindakan contohnya Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bagi menerbitkan etimologi dialek. Hal ini kerana Projek Kosa Kata yang dilaksanakan oleh DBP tidak berlandaskan kajian dialek dan boleh dianggap tidak munasabah. Selain itu, usaha etimologi lain merupakan data rujukan yang penting. Kamus-kamus lama serta catatan etimologi dahulu mestilah dihimpunkan bagi penelitian yang lebih lanjut. Walau bagaimanapun, di Malaysia masih tiada mana-mana perpustakaan yang menyimpan atau mempunyai koleksi kamus Melayu yang lengkap. Sekiranya data dan sumber rujukan sudah lengkap maka kaedah etimologi boleh diterapkan. Kaedah ini tidak lain daripada kaedah linguistik sejarah. Hal ini kerana ilmu linguistik komparatif memerlukan pemisahan kata pinjaman daripada kata asli dengan sendirinya etimologi merupakan sebahagian linguistik sejarah. Oleh itu dapatlah disimpulkan, cara pemilihan istilah bahasa Melayu dalam kamus berdasarkan etimologi boleh dibahagikan kepada beberapa aspek. Pertama, terbitan bahasa Melayu melalui tulisan purba dan yang kedua adalah data dialek. 3.2.1Pedoman Kaedah Linguistik Sejarah

511Dialek-dialek daerah merupakan sumber penting dalam etimologi (kata-kata purba dikekalkan dalam sesuatu dialek). Pedoman Kaedah Linguistik SejarahUmumnya, peranan metodologi linguistik sejarah merupakan asas kepada segala usaha etimologi. Terdapat enam pedoman yang dilihat mampu memberikan penjelasan atau melengkapi kaedah linguistik sejarah. Keenam-enam pedoman ini melibatkan aspek-aspek praktis dan teoretis.

Sebelum meneliti sesuatu etimologi, pastikan ketika atau masa kata itu muncul untuk pertama kalinya.

3Kesepaduan bunyi yang telah diketahui harus melandaskan usaha etimologi.

2

6Setiap unsur kata harus diterangkan (penjelasan sebahagian kata sahaja tidak meyakinkan). Sejarah dan geografi harus dipertimbangkan (kata-kata hanya dapat dipinjam melalui pertembungan sosial).

4

Tekanan harus diberi pada kata lisan (sebutan dapat menjelaskan percanggahan teks dan menyoroti etimologi yang betul).

Pedoman 1: Sebelum meneliti sesuatu etimologi, pastikan ketika atau masa kata itu muncul untuk pertama kalinya. Terdapat beberapa contoh yang boleh dikemukakan antaranya ialah kata beta iaitu kata ganti diri pertama agak sukar untuk dijelaskan. Asal bentuknya juga tidak dapat diterangkan atau belum ditentukan. Berkemungkinan kata ini berasal daripada gabungan ba+ita iaitu kata pinjaman daripada bahasa Hindi. Pada hari ini, kata ini hanya boleh diutarakan kepada golongan tertentu sahaja iaitu golongan diraja yang menggambarkan titah raja. Namun begitu, menurut naskhah-naskhah Melayu lama perkataan beta tidak terbatas pada raja tetapi dipakai oleh pedagang biasa. Oleh itu, dapatlah disimpulkan pada masa dahulu perkataan beta bererti saya (tidak formal). Contoh lain yang dilihat mampu menjelaskan tentang kenyataan bagi pedoman 1 ini adalah perkataan betek papaya. Perkataan ini merupakan kata pinjaman daripada bahasa Arab iaitu bittikh. Manakala perkataan papaya pula dibawa masuk ke Tanah Melayu pada abad ke-16 yang berasal daripada Amerika Tengah. Namun begitu, dalam bahasa Arab bittikh pula merujuk kepada sejenis tembikai. Sekali lagi, naskhah-naskhah Melayu diperlukan bagi mengesan masa atau waktu perkataan itu muncul. Kira-kira daftar kata yang disusun di Melaka antara tahun 1403 dengan 1511 merupakan sumber data yang paling tua untuk kata betek ini. Antara perkataan betek kemudian berubah daripada tembikai kepada papaya. Penggeseran semantik telah berlaku namun merujuk kepada buah yang asing dan memperlihatkan bentuk yang lebih kurang sama iaitu bulat dan besar. Pedoman 2: Sejarah dan geografi harus dipertimbangkan (kata-kata hanya dapat dipinjam melalui pertembungan sosial). Umumnya, bahasa Tagalog mengandungi banyak kata Arab. Tetapi secara dasarnya orang yang berbahasa Tagalog sekarang tidak beragama Islam manakala Pulau Luzon terletak jauh daripada Jazirah Arab. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa andaian bahawa pernah berlaku pertemuan antara kedua-dua bahasa tersebut iaitu Tagalog dan Arab. Sejarah telah membuktikan bahawa ketika orang Sepanyol sampai ke Kepulauan Filipina, seterusnya Manila dan pesisir Pulau Luzon menjadi daerah Islam di bawah naungan Brunei. Maka dapatlah dijelaskan bahawa pertemuan Arab-Tagalog terjadi dengan pengantaraan bahasa Melayu. Hal ini dapat dijelaskan berdasarkan fakta sejarah dan budaya yang menyokong bentuk fonetik kata-kata pinjaman itu. Terdapat juga beberapa cetakan awal dalam bahasa Melayu yang menunjukkan hubungan antara sejarah kata dan sejarah bahasa. Buktinya ialah banyak cetakan Melayu digunakan sebagai teks dan kitab agama Kristian kerana orang Belanda cepat menerapkan teknologi pencetakan kepada usaha penyebaran agama Kristian Protestan yang diperkenalkan di Nusantara pada abad ke-16. Contoh kitab yang terawal adalah buku terjemahan Genesis iaitu taurat Kristian. Pedoman 3: Kesepaduan bunyi yang telah diketahui harus melandaskan usaha etimologi. Berdasarkan beberapa rujukan didapati terdapat beberapa huruf yang boleh digabungkan atau disatukan bagi membentuk perkataan baharu. Contohnya dalam bahasa Melayu berdasarkan huruf /b/ dan /w/ antara dua vokal /a/ bersatu menjadi /w/ seperti [karban] menjadi [kawan]. Apabila timbul suatu pasangan yang bertentangan dengan aturan ini maka faktor yang menyebabkan penyimpangan itu harus dikemukakan. Kekecualian ini mungkin disebabkan kata pinjaman atau faktor lain. Kata Kembar Etimologi mempunyai perkaitan dengan ilmu linguistik Austronesia komperatif dirujuk bagi memperjelaskan hubungan antara dua patah kata Melayu. Contohnya datuk dan ratu. Segala kemusykilan boleh diatasi dalam kosa kata Melayu dapat diterangkan melalui penerangan prinsip kesepaduan bunyi. Berdasarkan bunyi Melayu asli /d/ sepadan dengan bunyi Jawa asli /r/ dan kedua-duanya diturunkan daripada bunyi dalam bahasa rumpun yang sama iaitu bahasa Austronesia Purba (BAP). Dengan landasan kesepaduan yang teratur ini, kata Melayu yang diwarisi dapat dibezakan secara jelas daripada kata Melayu yang diserapkan dalam bahasa Jawa.

BAPMelayuJawaContoh Kata Kembar Melayu

*dDrdatuk/ratu

*jDrbelida/belira

*RRurat/otot

*ZJdjarum/pedoman

Rajah 3.2.1: Kesepaduan empat konsonan BAP dalam bahasa Melayu dan Jawa.Pedoman 4: Tekanan harus diberi pada kata lisan (sebutan dapat menjelaskan percanggahan teks dan menyoroti etimologi yang betul). Menurut Beg iaitu salah seorang pengkaji bahasa berpendapat bahawa perkataan kecil berasal daripada kata Parsi kucek. Sememangnya tidak ragam Melayu yang menyebut /l/ pada akhir kata kecil. Bahasa Melayu baku telah dipengaruhi dengan ejaan memang menyebut /l/, tetapi bahasa lisan menggunakan // atau /t/ pada posisi tersebut. Maka kata lisan ini dilihat berpihak kepada pandangan Beg. Banyak dialek Melayu lain yang tidak memperlihatkan kata seperti [kcil] misalnya dialek Brunei didapati perkataan damit bermaksud kecil. Pedoman 5: Dialek-dialek daerah merupakan sumber penting dalam etimologi (kata-kata purba dikekalkan dalam sesuatu dialek). Umumnya, peranan dialek sebagai khazanah kosa kata Melayu. Meskipun bahasa Melayu di Malaysia tidak mengekalkan kata purba [buSk] yakni rambut, sekurang-kurangnya dua dialek Melayu memperlihatkan bentuk turutannya. Oleh itu, tanpa maklumat daripada sumber dialek Melayu, berbagai-bagai tafsiran yang salah akan disuarakan. Tambahan lagi, dalam dialek Melayu Brunei terdapat bentuk seperti adinta iaitu adik kita dan dalam dialek Melayu Bacan rumanta bermaksud rumah kita. Perkataan [-ta] dalam dua dialek Melayu ini tetap berfungsi sebagai tanda kata ganti nama diri pertama (tanda milik diri pertama) jamak iaitu tambahan huruf [-n-] sesudah vokal. Oleh yang demikian, maklumat dialek Melayu menunjukkan rekonstruksi yang tepat untuk morfologi bentuk milik Melayu. Pedoman 6: Setiap unsur kata harus diterangkan (penjelasan sebahagian kata sahaja tidak meyakinkan). Sepintas lalu, pada tahun 1996 telah berlaku salah faham di antara birokrasi bahasa dan ahli linguistik dengan pihak kerajaan atau kabinet, disebabkan penggunaan kata kecapaian dalam tema Hari Kebangsaan Malaysia. Hal ini kerana perkataan tersebut merupakan perkataan yang diambil dalam bahasa Indonesia yang membawa maksud kelelahan atau keletihan. Fenomena ini boleh dikaji dari pelbagai aspek antaranya ialah morfologi, sosiolinguistik, perancangan bahasa dan politik bahasa. Punca masalah ini boleh terjadi berpunca daripada tafsiran etimologi yang tidak tepat iaitu tafsiran yang tidak mengendahkan setiap unsur kata.

Etimologi bukan suatu usaha yang semata-mata mengumpulkan bahan lama (koleksi antik atau pameran muzium).3.2.2Etimologi dan Perancangan Bahasa Melayu

Etimologi bertujuan menyoroti sejarah kata tetapi hasil penyorotan dapat dimanfaatkan sehingga ke hari ini.

Hasil kajian asal usul kata dapat disalurkan kepada perancangan bahasa.

Etimologi memberi sumbangan terhadap tiga bidang perancangan bahasa iaitu perkamusan, penciptaan istilah dan penyelarasan ejaan.

Rajah 3.2.2: Etimologi dan Perancangan Bahasa Melayu

3.2.3Pemilihan dan Penciptaan IstilahUmumnya, hal peristilahan ini sangat berkaitan dengan perkamusan. Secara ringkasnya, kamus etimologi bertugas sebagai landasan atau titik tolak untuk kamus umum. Justeru itu, dikatakan bahawa salah satu syarat mutlak untuk pembakuan bahasa adalah kamus etimologi iaitu kamus yang menjelaskan sejarah setiap kata dalam bahasa itu. Oleh itu, dengan kewujudan kamus etimologi ini penentuan dan pemilihan istilah menjadi tugas yang lebih mudah. Umpamanya, akhir-akhir ini kita menyaksikan beberapa istilah fizik, biologi dan matematik yang diubah. Sesungguhnya, banyak istilah yang ditetapkan dahulu tidak sesuai kerana istilah itu membawa erti yang salah atau kabur. Definisi istilahIstilah adalah kata atau gabungan kata yang dengan cermat mengungkapkan konsep, proses, keadaan, atau sifat yang khas dalam bidang tertentu dan memberikan suatu pengertian.

Tata istilah dan tata namaTata istilah ialah perangkat peraturan pembentukan istilah dan kumpulan istilah yang dihasilkannya. Tata nama istilah ialah perangkat peraturan penamaan beberapa cabang ilmu seperti kimia, dan biologi serta kumpulan nama yang dihasilkannya.

Istilah umum dan istilah khususIstilah umum adalah istilah yang berasal dari bidang tertentu yang karena dipakai secara luas menjadi unsur kosa kata umum. Istilah khusus adalah istilah yang maknanya terbatas pada bidang tertentu saja.

Tatacara Pemilihan dan Pembentukan Istilah Bahasa Melayu:

Kata dalam bahasa Melayu yang sudah tidak lazim digunakan.Kata dalam bahasa Melayu yang lazim digunakan.

Kata dalam bahasa serumpun yang lazim digunakan.

Kata dalam bahasa Inggeris.Kata dalam bahasa serumpun yang sudah tidak lazim digunakan.

Pilihan sumber yang terbaik iaitu antara pilihan (1-5).

Rajah 3.2.3: Tatacara Pemilihan dan Pembentukan Istilah Bahasa Melayu

wakilejenmunasabahDengan mengecualikan kata-kata yang sudah diserap tanpa petunjuk untuk menentukan kata yang diserap itu maka masalah sistem ejaan sudah timbul. Kekacauan ini mulai kelihatan dalam Daftar Ejaan Rumi (Dewan Bahasa dan Pustaka 1981). Namun begitu, daftar tersebut telah menghasilkan banyak kata kembar etimologi baru. Contoh-contohnya adalah seperti berikut:

logik

agenPelaku (linguistik)ilmu manik

Rajah 3.2.3 (a): Kata Kembar Etimologi BaruTerdapat juga beberapa petunjuk baru berdasarkan bahan rujukan Dewan Bahasa dan Pustaka 1981. Huruf /q/ digunakan sebagai padanan kepada huruf Jawi qaf untuk mengeja kata istilah agama atau kata yang mengenai agama yang berasal daripada bahasa Arab. Contoh-contoh kata kembar etimologi:

daya, keupayaan kadarkeputusan Tuhan qadar

arah ke Kaabah qisas

kiblatpembalasan

arah, mata angin kisas

Rajah 3.2.3 (b): Kata Kembar Etimologi Padanan Huruf Jawi qafSejak dahulu bahasa Melayu telah membezakan istilah agama daripada istilah umum yang kebetulan berasal daripada kata Arab yang sama. Pasangan seperti yang berikut menunjukkan kecenderungan tersebut:petuanasihat, petunjuk

fatwakeputusan agama yang diberikan oleh alim ulama atau mufti

perluharus, mesti

fardukewajipan yang ditentukan agama

Rajah 3.2.3 (c): Kecenderungan Membezakan Istilah Agama dengan Istilah Umum Daripada Kata Arab yang Sama

Setelah merujuk kepada dialek-dialek Melayu, terdapat banyak lagi kata kembar etimologi yang berlainan sebutan menurut klasifikasi sebagai istilah agama atau istilah umum. Berikut merupakan contoh kata kembar etimologi menurut sumber bahasa Arab:dajalnakal, jahat

al-Dajjalsyaitan yang turun ke dunia pada hampir hari kiamat

dikirnyanyian dengan berpantun ramai-ramai

zikirmengingati Allah dan menyebut kalimat tertentu

Rajah 3.2.3 (d): Kata Kembar Etimologi Yang Berlainan Sebutan Menurut Klasifikasi Sebagai Istilah Agama atau Istilah UmumPasangan kata Melayu lain juga ada memperlihatkan perbezaan antara makna agama dan makna sekular. Contohnya, perkataan syok yang digunakan dalam satu program hiburan iaitu M-TV Asia sudah lama menggunakan perkataan tersebut sebagai tajuk utama. Program ini juga turut menyiarkan video lagu pop Malaysia. Maka jelaslah bahawa rancangan ini telah memanfaatkan kata Melayu yang membawa maksud sangat tertarik hati. Namun begitu, perkataan ini tidak terdapat dalam Kamus Dewan Indonesia tiada tersenarainya perkataan tersebut. Di Indonesia perkataan ini digunakan sebagai bahasa percakapan sahaja. 3.2.3.1 Perkembangan Peristilahan Bahasa MelayuIstilah Melayu juga diwariskan daripada Bahasa Austronesia Purba seperti bini, inang, (b)apa dan (per)empu(an) sudah kekal selama 6000 tahun. Contoh lain seperti aku dan kau, kami dan kita boleh dicatat juga dalam senarai kata yang sudah ribuan tahun berlanjutan dalam keluarga Austronesia hingga kosa kata Melayu sekarang terbina. Selain itu, setiap istilah dalam Daftar 20 terdapat juga kata pinjaman daripada bahasa Inggeris walhal istilah dan tatanama kata telah dilihat utuh yang saling terikat yang kini berfungsi dalam bahasa Melayu bukan dengan bahasa Inggeris. Dapat diperhatikan bahawa kerangka tutur yang mendukung peristilahan itu sudah berubah dan ketika ini bahasa Melayu menduduki posisi unggul dalam bidang perkamusan dan yang paling berwibawa dalam hampir setiap bidang di Malaysia. Maka dapatlah dijelaskan bahawa kerangka sesuatu kata adalah berasal daripada asal usul berbeza yang tetap namun istilah dan tatanamanya boleh berubah serta berkembang. Berikut merupakan beberapa istilah pra-DBP yang dilihat berubah setelah beberapa tahun. Tahun 1948Tahun1998

Chawangan PelajaranBahagian Pendidikan

Chawangan Pejabat Juru KiraBahagian Perakaunan

Chawangan IktisadBahagian Ekonomi

Chawangan SiasahBahagian Politik

Rajah 3.2.3 (a): Istilah Pra-DBP yang Dilihat Berubah Setelah Beberapa TahunSenarai di bawah merupakan beberapa istilah sains yang mengalami perkembangan di Malaysia. Kata AsalPilihan 60-anPilihan 80-an

biologyKAJIHAYATbiologi

archaeologyKAJIPURBAarkeologi

cytologyKAJISELsitologi

ornithologyKAJIBURUNGornitologi

Rajah 3.2.3 (b): Istilah Sains yang Mengalami Perkembangan Di MalaysiaKesimpulannya, bidang perkamusan dan peristilahan tidak dapat dipisahkan. Hal ini kerana apabila sesuatu istilah telah diterima pakai dalam sistem penulisan dan pertuturan rasmi maka perlulah dikumpulkan dan dimuatkan dalam satu buku yang boleh dijadikan sebagai bahan rujukan ilmiah.

4.0 KAEDAH PROSES TERJEMAHANMenurut Kamarudin Hj. Husin dalam bukunya Pedagogi Bahasa Perkaedahan kaedah ini selalu dinamakan kaedah klasik. Ini mungkin kaedah yang digunakan sebelum kaedah-kaedah lain. Oleh sebab dahulunya para sarjana dikelilingi oleh bahan-bahan sastera bertulis dan oleh sebab kemahiran menulis itu dijadikan tujuan yang penting maka itulah yang menjadi objektif dalam kaedah tersebut.Kaedah ini dirancangkan untuk memberi kemahiran menulis dan bukan kemahiran bertutur. Oleh itu ia tidak mementingkan fonetik. Kaedah ini menekankan kepada ejaan dan penulisan dalam bahasa tersebut. Kaedah ini menentukan perbendaharaan kata diberi di pangkal pelajaran. Terjemahan adalah difikirkan sebagai satu cara yang penting dalam mempelajari perbendaharaan kata. Kata-kata itu diberi dalam bentuk terasing daripada konteks. Kata-kata disusun dalam ayat melalui hukum tatabahasa dan hukum-hukum ini dihafaz sebagai cara mengatasi bahasa itu. Menurut Abdullah Hassan, 1976 dalam buku Pedagogi Bahasa, isu atau kefahaman tidak dipentingkan sangat, hanya sebagai latihan tatabahasa yang menggunakan terjemahan ke dalam bahasa ibu. Ayat mungkin tidak berhubung antara satu dengan yang lain.

4.1 Konsep TerjemahanTerdapat pelbagai takrif terjemahan yang diberikan oleh orang yang terlibat dalam hal ini. Catford (1965: 20; 1996: 24) mengatakan bahawa penterjemahan ialah penggantian bahan teks dalam satu bahasa (BS) dengan bahan teks yang sepadan dalam bahasa lain (BT). Menurut Nababan (1999: 20), takrif ini lemah kerana seorang penterjemah tidak akan mungkin dapat menggantikan teks bahasa sumber dengan teks bahasa sasaran. Ini kerana struktur kedua-dua bahasa itu adalah berbeza antara satu sama lain. Bahan teks bahasa sumber juga tidak pernah dapat digantikan dengan bahan teks bahasa sasaran, bahkan dalam penterjemahan, ditekankan agar teks bahasa sasaran tetap setia dengan isi teks bahasa sumber. Akan tetapi dengan pendekatan strukturalnya, Catford menyedarkan kita bahawa dua bahasa yang terlibat, iaitu bahasa sumber dan bahasa sasaran ini selalu mempunyai hubungan timbal balik walaupun hubungan itu tidak selalunya harus simetri. Dengan lingkungan budaya, persekitaran dan geografi yang berbeza, sudah tentu kedua-dua bahasa itu mempunyai padanan terjemah, walaupun ada kemungkinan sesetengah perkataan tidak mempunyai padanan terjemah dalam bahasa sasaran. Dalam buku mereka The Theory and Practice of Translation, Nida dan Taber memberikan takrif penterjemahan seperti yang berikut:Translating consists in reproducing in the receptor language the closest natural equivalent of the source language message, first in terms of meaning and secondly in terms of style.Takrif ini menyarankan agar kita mencari padanan terjemah yang paling hampir atau yang paling sejadi dengan teks asal, pertamanya dari segi makna dan keduanya dari segi gaya. Dalam buku ini juga, Nida dan Taber memperkenalkan kepada kita konsep atau cara baru menterjemah. Kalau sebelum ini kita diajarkan agar memberi penekanan kepada bentuk pesan atau mesej, tetapi mengikut cara baru, kita disarankan agar lebih memberi tumpuan kepada respons atau tindak balas pembaca sasaran atau penerima mesej. Ini bermakna, terjemahan boleh dikatakan baik sekiranya ia boleh difahami dengan mudah oleh pembaca sasaran. Makna dan gaya yang terdapat dalam teks sasaran juga hendaklah tidak menyimpang daripada gaya dan makna yang terdapat dalam teks sumber. Oleh sebab itu, Nida mengemukakan konsep " the closest equivalent of the source language, first in terms in meaning and secondly in terms of style". Akan tetapi, perlu diperhatikan agar padanan itu sesuai atau sepadan dengan lenggok atau idiom bahasa sumber.Takrif yang dikutip daripada Bell (1991: 5) pula berbunyi:Translation is the expression in another language (or target language) of what has been expressed in another, source language, preserving semantic and stylisic equivalences.Mengikut takrif ini, terjemahan ialah mengungkapkan semula semua perkara yang telah diungkapkan dalam bahasa sumber ke dalam bahasa lain/kedua dengan memelihara/mengekalkan padanan semantik dan stilistik. Jadi, takrif ini juga menekankan aspek padanan, bukan sahaja dari segi semantik bahkan juga dari segi stilistik atau gaya.Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa terjemahan adalah satu proses yang kreatif. Maksudnya, penterjemah perlu ada kreativiti sendiri apabila menterjemahkan sesebuah teks. Dia bebas mentafsir bahasa sumber dan kemudiannya menggunakan daya kreativitinya untuk mencari padanan terjemah yang paling sesuai di antara sekian banyak padanan terjemah yang terdapat dalam bahasa sasaran itu. Pendapat ini boleh dilihat dalam takrif yang dikemukakan oleh Levy (1967) yang mengatakan bahawa terjemahan ialah "... a creative process which always leaves the translator a freedom of choice between several approximately equivalent possibilities of realizing situational meaning."Kalau dilihat pada semua takrif ini, didapati bahawa ia menyangkut terjemahan secara umum. Walau bagaimanapun, ia juga turut boleh diterima pakai untuk terjemahan sastera kerana selain aspek makna, takrif-takrif itu turut memberi penekanan pada aspek gaya (stilistik) dan seperti yang diketahui, aspek bentuk amat penting dalam karya sastera.Takrif yang dikemukakan oleh af Khal (2000: 14) juga turut menitikberatkan lafaz, makna dan gaya. Ia boleh dilihat dalam kenyataan berikut:

" ". Takrif ini mengatakan bahawa terjemahan ialah satu seni yang indah. Ia memindahkan perkataan, makna dan gaya daripada satu bahasa ke bahasa yang lain, dan penerima atau pembaca teks sasaran pula hendaklah dapat memahami dan menghayati teks itu dengan mudah dan jelas sebagaimana yang dinikmati oleh pembaca teks asal. Jelas bahawa takrif yang dikemukakan oleh Khal ini berkait dengan terjemahan sastera.Muhammad Ini juga mengaitkan terjemahan sastera sebagai satu seni. Beliau mengatakan bahawa terjemahan sastera ialah satu fann ta (seni/sains gunaan). Perkataan fann di sini digunakan dengan makna umum, iaitu terjemahan merupakan satu kerja yang tidak akan tercapai melainkan dengan latihan dan pengalaman, di samping bakat dan minat. Ia juga meliputi aspek keindahan dan aspek ibd (kreatif). Maksudnya, seseorang itu tidak mungkin dapat menghasilkan satu karya terjemahan yang baik walau bagaimana bagus sekalipun penguasaan bahasanya, sama ada bahasa sumber mahupun bahasa sasaran, mahupun pengetahuan kesusasteraannya sekiranya dia tidak menjalani latihan yang panjang atau tidak berpengalaman dalam bidang penterjemahan. Ringkasnya, tidak ada jalan pintas untuk menjadi seorang penterjemah yang baik (1994: 2). Daripada beberapa takrif yang dikemukakan tadi, dapatlah kita simpulkan bahawa terdapat beberapa perkara penting yang perlu diberi perhatian, iaitu terjemahan melibatkan dua bahasa (bahasa sumber dan bahasa sasaran), mesti ada bahan atau teks yang akan diterjemahkan dan yang paling penting ialah padanan terjemah (akan dibincangkan dalam 2.4.2 nanti). Jadi, sebagai kesimpulan, bolehlah dikatakan bahawa terjemahan adalah satu proses. Ia melibatkan pengalihan pesan atau mesej yang terdapat dalam teks sumber, merangkumi makna dan gaya bahasa dengan padanan terjemah yang paling wajar dan sejadi dalam bahasa sasaran.

4.2 Proses dan PenterjemahanPenterjemahanadalah proses pertukaran teks penulisan atau pertuturan bahasa sumber kepada teks penulisan atau pertuturan bahasa sasaran yang berpadanan.Tujuan asas penterjemahanadalah untuk menghasilkan semula berbagai-bagai jenis teks, meliputi teks kesusasteraan, agama, saintifik, kefalsafahan dsb dalam bahasa lain dan oleh yang demikian membuatkan mereka boleh digunakan kepada pembaca yang lebih luas, untuk para pembaca sasaran yang lebih banyak dan untuk merapatkan dunia.Walau bagaimanapun penterjemahan bukanlah sesuatu tugas yang mudah.Andai kata bahasa hanyalah satu pengelasan bagi satu set konsep umum atau sejagat, sudah tentu ia akan menjadi sangat mudah untuk menterjemah dari satu bahasa sumber kepada bahasa sasaran. Tetapi penterjemahan bukan sahaja merangkumi penterjemahan perkataan demi perkataan,akan tetapi banyak juga faktor-faktor lain yang diambil kira.Secara keseluruhannya konsep sesuatu bahasa mungkin berbeza daripada yang lain-lain. Ini adalah kerana setiap bahasa mempunyai artikulasi atau mengatur perkataan secara berbeza. Semakin besar jurang antara bahasa sumber dengan bahasa sasaran, proses penterjemahan menjadi semakin sukar.Perbezaan di antara dua bahasa dan perbezaan dalam kebudayaan menjadikan proses penterjemahan betul-betul mencabar. Faktor yang sukar sekali termasuk penterjemahan seperti tatacara, gaya, makna, peribahasa, simpulan bahasa, dan sebagainya. Prosedur penterjemahan boleh dibahagikan kepada dua kumpulan:1. Prosedur teknikal:Ini melibatkan analisis bahasa sumber dan sasaran dan satu kajian lengkap mengenai teks bahasa sumber sebelum menterjemahkannya.2. Prosedur organisasi:Ini melibatkan penilaian semula hasil terjemahan yang dilakukan. Termasuk juga perbandingan penterjemahan yang sedia ada dengan penterjemahan teks yang sama oleh penterjemah yang lain. Prosedur organisasi juga meneliti keberkesanan berkomunikasi terjemahan teks dengan meminta pandangan para pembaca bahasa sasaran untuk menilai ketepatan dan keberkesanannya dan meneliti reaksi mereka.Selain itu Proses penterjemahan melibatkan seluruh proses bagaimana penterjemah menghasilkan kesamaan di antara teks atau sebahagian dari teks ke dalam bahasa yang lain. Proses penterjemahan boleh digambarkan sebagai:Penyahkodan makna teks sumber, dan Pengekodan semula atau perterjemahan makna ini dalam bahasa sasaran. Di sebalik proses mudah ini terdapat berbagai-bagai aktiviti seperti penyemakan tatabahasa, sintaksis, simpulan bahasa, semantik, dan yang keserupaan dengan bahasa sumber dan juga kebudayaan penuturnya. Penterjemah memerlukan pengetahuan mendalam dalam penyahkodan dan kemudian pengekodan semula yang makna dalam bahasa sasaran. Dalam kebanyakan kes, pengetahuan penterjemah dalam bahasa sasaran adalah lebih penting berbanding daripada pengetahuannya dalam bahasa sumber. Berikut adalah proses yang pada kebiasaannya diikuti oleh semua penterjemah, untuk memastikan penulisan yang baik, penterjemahan dengan tepat:1. Dokumen yang hendak diterjemahkan diberikan kepada orang yang mempunyai pengalaman yang baik dengan bahasa ibunda yang mana dokumen hendak diterjemahkan.2. Dokumen tersebut disunting oleh orang yang fasih dalam kedua-dua bahasa sasaran dan sumber. Kejituan, tatabahasa, ejaan dan stail penulisan semuanya disemak semasa peringkat penyuntingan.3. Dokumen tersebut di Baca pruf oleh orang siapa fasih dalam kedua-dua bahasa. Ia juga perlu menyemak ejaan dan tataletak.4. Akhirnya, sebelum dokumen tersebut sampai ke pelanggan, dokumen tersebut disemak semula dengan lebih lanjut untuk memastikan bahawa penterjemahan adalah tepat, tidak terdapat teks yang tertinggal dan tata letaknya sempurna. Penterjemahan merupakan satu proses. MengikutKamus Dewan edisi ketiga, proses bermaksud satu siri tindakan yang dilakukan untuk membuat, menghasilkan, atau mencapai sesuatu (1994: 1058) Daripada takrif tersebut, kita boleh membuat kesimpulan bahawa proses ialah sesuatu perbuatan yang dilakukan dengan sengaja. Jadi, proses penterjemahan ialah beberapa perkara yang dilakukan oleh penterjemah ketika dia memindahkan maklumat atau apa sahaja yang terdapat dalam teks sumber ke bahasa sasaran. Ia juga boleh dinamakan sebagai satu sistem kegiatan dalam aktiviti menterjemah. Oleh sebab itu, ketika melakukan kerja-kerja penterjemahan, seseorang penterjemah itu perlu berhati-hati dan berwaspada kerana kesilapan yang dilakukan pada satu-satu peringkat itu akan menimbulkan kesilapan pada peringkat yang lain pula. Apabila perkara ini berlaku, dibimbangi terjemahan yang dihasilkan nanti akan mengandungi banyak kesilapan dan kesalahan.Dalam model terjemahannya, Nida & Taber (1982:33) menyatakan bahawa proses penterjemahan meliputi tiga peringkat, iaitu i) analisis, mesej yang terkandung dalam teks asal (A) akan dianalisis dari segi a) hubungan gramatikal dan b) makna setiap perkataan dan makna yang dibawa oleh gabungan perkataan; ii) pemindahan, perkara-perkara yang dianalisis tadi akan dipindahkan daripada bahasa sumber (A) ke dalam bahasa sasaran (B); dan iii) penstrukturan semula, bahan yang dipindahkan akan distruktur semula mengikut struktur sasaran agar mesej yang disampaikan boleh diterima oleh pembaca sasaran.Jadi, setiap teks yang akan diterjemahkan perlu melalui tiga peringkat asas, iaitu peringkat analisis, peringkat pemindahan dan peringkat penstrukturan semula. Proses analisis biasanya berlaku dalam fikiran atau ingatan penterjemah. Penterjemah akan membaca, menganalisis dan memahami teks sumber itu dalam fikirannya. Setelah itu, barulah teks asal akan dipindahkan semula ke bahasa sasaran dan proses pemindahan ini juga biasanya berlaku dalam fikiran penterjemah. Oleh kerana itu, proses analisis dan proses pemindahan ini dipanggil proses batin atau proses mental.Setelah ketiga-tiga proses itu diselesaikan, maka tamatlah kerja-kerja penterjemahan. Akan tetapi, hasil terjemahan itu masih belum boleh diterbitkan atau diedarkan kepada orang ramai. Ini kerana ia perlu melalui tiga lagi proses penting, iaitu proses pemeriksaan, penyemakan dan penyuntingan. Proses-proses penterjemahan ini akan diperincikan seperti yang berikut:i.AnalisisSebelum sesuatu teks diterjemahkan, teks itu perlu dibaca berulang kali agar ia dapat difahami. Dalam proses pembacaan inilah, analisis teks dilakukan dan dalam usaha memahami teks tersebut, pembaca atau penterjemah akan cuba mentafsir apa yang dimaksudkan oleh penulis teks itu. Proses mencari maksud ini merupakan dialog antara pembaca atau penterjemah dengan penulis. Dalam mentafsir teks tersebut, mula-mula sekali pembaca atau penterjemah akan mencari makna setiap perkataan yang terdapat dalam teks tersebut. Penterjemah boleh mencari makna perkataan itu dalam kotak memorinya sendiri, tetapi andainya ingatannya tidak dapat membantu, dia perlu mendapatkan bantuan daripada mana-mana kamus yang sesuai. Untuk benar-benar memahami sesebuah teks itu, penterjemah bukan sahaja perlu mencari makna bagi setiap perkataan secara individu, bahkan dia perlu mengaitkan perkataan itu dengan perkataan-perkataan lain yang ada di sekelilingnya. Perkara ini perlu dilakukan untuk mendapatkan makna keseluruhan ayat, malah keseluruhan wacana. Untuk menjelaskan perkara ini, kita akan melihat contoh-contoh yang berikut:

1- 2- 3-

4- 5- 6- Perkataan dalam enam ayat tadi mempunyai makna yang berbeza antara satu sama lain. Dalam ayat (1), ia bermaksud asal kejadian (manusia berasal daripada tanah), dalam ayat (2), ia bermaksud keturunan (si polan itu berketurunan mulia), dalam ayat (3), ia bermaksud akar atau umbi (petani itu menebang kayu itu daripada umbinya), dalam ayat (4), ia membawa maksud asas atau tapak (rumah itu runtuh daripada asasnya), dalam ayat (5), ia membawa maksud asal (pengurus menulis surat asal dan salinan) dan dalam ayat (6), ia bermaksud sama sekali (pelajar itu tidak datang sama sekali). Daripada contoh-contoh itu tadi, akan timbullah lebih daripada satu tafsiran dan biasanya, ia akan diterjemahkan mengikut tafsiran penterjemah.Dalam proses analisis ini juga, pembaca/penterjemah akan menemui pelbagai ciri istimewa yang dimiliki oleh bahasa sumber, seperti idiom dan peribahasa. Idiom dan peribahasa ini mempunyai makna tersirat yang jauh bezanya daripada makna rujukan. Maknanya sudah menjadi norma bahasa berkenaan, iaitu ia tidak berubah, malah ia sedia difahami begitu. Kadang kala penterjemah akan menemui ayat-ayat yang panjang, yang sukar difahami. Untuk mengatasi masalah ini, ayat-ayat tersebut boleh dipecahkan kepada beberapa ayat yang pendek.Kesimpulannya, penterjemah perlulah mampu menguasai bahasa sumber dengan baik agar dia dapat membuat analisis yang betul. Analisis teks juga membolehkan penterjemah mengetahui mood dan kesan yang hendak disampaikan oleh penulis kepada pembaca, memastikan kaedah penterjemahan mana yang perlu digunakan, dan ia juga boleh membantu penterjemah untuk menentukan leksikon dan gaya bahasa yang akan digunakan agar ia sesuai dengan peringkat pembaca terjemahan nanti.ii. PemindahanSetelah penterjemah membaca, menganalisis dan memahami teks yang akan diterjemahkan itu, dia akan mula memindahkan mesej, isi, makna, warta dan sebagainya yang terkandung dalam teks sumber itu ke dalam bahasa sasaran. Langkah ini merupakan langkah yang paling penting dalam proses penterjemahan. Pada tahap ini, penterjemah dituntut agar menemukan padanan terjemah yang paling sesuai atau paling sejadi dengan bahasa sasaran. Proses ini juga merupakan proses batin kerana ia berlaku dalam fikiran penterjemah. Hanya penterjemah yang tahu bagaimana isi teks asal itu hendak dipindahkan ke bahasa sasaran mengikut bentuk-bentuk bahasa itu. Mungkin akan berlaku sedikit perbincangan erti dan konotasi ketika proses pemindahan dilakukan, tetapi penterjemah perlu menjaga kesamaan reaksi, agar ia sama dengan yang ada pada teks asal.iii. Penstrukturan semulaSetelah proses menganalisis dan memindahkan selesai, isi teks yang hendak disampaikan itu hendaklah distrukturkan semula ke dalam bahasa sasaran. Dalam hal ini, gaya memainkan peranan yang penting. Ini kerana penstrukturan semula bergantung kepada kepelbagaian gaya bahasa yang dianggap sesuai, ciri-ciri utama yang ada pada gaya bahasa itu dan kaedah yang boleh digunakan untuk menghasilkan gaya yang dikehendaki. Gaya bahasa yang digunakan hendaklah memudahkan pembaca memahami terjemahan. Struktur ayat hendaklah mudah dan ringkas agar jalan cerita mudah difahami dan tidak membosankan. Ayat hendaklah jelas dan tanda baca juga perlu digunakan dengan betul untuk memudahkan pembaca memahami terjemahan itu dan untuk memudahkan mereka berhenti di tempat tertentu. Kelemahan dalam bahasa seringkali berlaku dalam menstrukturkan semula. Penterjemah lebih cenderung mengekalkan struktur bahasa asal. Sebagai contoh: diterjemahkan menjadi telah makan oleh budak itu akan epal. Kaedah penterjemahan yang digunakan ialah penterjemahan kata demi kata. Struktur bahasa sumber dikekalkan dalam struktur ayat bahasa sasaran. Terjemahan sebegini tidak memuaskan langsung kerana struktur yang digunakan bukan struktur ayat sasaran. Oleh itu, ia tidak sejadi lagi. Terjemahan yang sepatutnya ialah Budak itu makan sebiji epal.iv. PemeriksaanProses memeriksa boleh dibuat sendiri oleh penterjemah. Andainya teks itu lebih sukar dan rumit, penterjemah perlu memeriksa teks itu dari awal hingga akhir. Perkara ini perlu dilakukan untuk mengesan kesilapan, bukan sahaja kesilapan menaip malah kenyataan-kenyataan yang taksa dan mengelirukan, serta untuk memastikan bahawa kesemuanya dibetulkan sebelum teks akhir diserahkan. Pemeriksaan tambahan juga boleh dilakukan dengan membaca teks itu secara lantang, sebaik-baiknya di hadapan orang lain untuk memastikan keseragaman gaya bahasa, laras bahasa, istilah, ejaan dan sebagainya (John D. Graham 1995: 75).Dalam model terjemahan, Bathgate (dipetik daripada John D. Graham 1995: 77) mengemukakan satu kaedah pemeriksaan yang amat baik untuk penterjemah dan juga pengguna. Beliau mencadangkan agar penterjemah bersemuka dengan pakar bidang, walaupun tindakan ini ada masalahnya. Akan tetapi, cara ini dikatakan pasti dapat memberi pengesahan atau/dan inspirasi. Di samping itu, sistem pemeriksaan secara bersemuka dengan orang lain juga dapat dilakukan. Biasanya cara ini dilakukan semasa terjemahan itu berada pada tahap yang masih boleh dibetulkan, iaitu sebelum ia diserahkan kepada pihak penerbit.Teks terjemahan itu, khususnya yang diterjemahkan oleh penterjemah baru yang masih kurang pengalamannya akan tetap diperiksa oleh orang lain, kecuali kalau teks-teks itu merupakan teks-teks ringan yang tidak penting. Pemeriksa akan melihat jika ada kesilapan-kesilapan yang biasanya dilakukan oleh penterjemah-penterjemah baru, dan yang kurang berpengalaman. Biasanya teks itu akan diperiksa dari segi ketepatan terjemahan, bukannya penggunaan istilah kerana biasanya mereka akan dibekalkan dengan senarai istilah sejak awal-awal lagi.Tugas memeriksa karya terjemahan sebenarnya satu tugas yang paling sukar. Sekiranya pemeriksa itu juga seorang penterjemah, dia akan turut merasakan betapa sukarnya apa yang dilakukan oleh penterjemah, serta merasakan sukarnya menerima apa yang dilakukan oleh penterjemah. Dalam hal ini, pemeriksaan secara bersemuka dengan penterjemah itu sendiri dapat mempercepatkan lagi proses pemeriksaan itu.

v. PenyemakanSetelah proses memeriksa itu selesai, teks terjemahan itu akan melalui proses penyemakan pula. Biasanya penyemak terdiri daripada orang yang memiliki pengalaman yang perlu dalam bidang-bidang yang berkenaan dan mempunyai bakat-bakat yang dikehendaki. Akan tetapi, tugas pemeriksa dan penyemak kerap kali bertindan dan kedua-dua tugas itu besar kemungkinan akan dilakukan oleh orang yang sama dalam satu operasi gabungan (John D. Graham 1995: 80).Di peringkat penyemakan, teks itu bukan lagi dianggap sebagai satu terjemahan, tetapi sudah menjadi teks tersendiri dalam bahasa sasaran, dan harus berupaya menjalani proses penelitian sebagai bahan siap, terasing daripada teks asal. Hanya penyemak yang merupakan ahli bahasa yang berkemungkinan merujuk semula teks asal, itupun sekadar untuk memeriksa ataupun untuk mendapatkan pengesahan.Ringkasnya, penyemakan merupakan usaha untuk menyesuaikan seelok-eloknya teks terjemahan itu dengan kehendak pembaca sasaran. Dari itu, penyemak hendaklah mengetahui dengan sepenuhnya kehendak dan kelemahan pembaca sasaran. Dia juga sepatutnya berupaya memastikan bahawa pembaca sasaran mendapat istilah-istilah yang digemari atau yang lebih disukainya seberapa yang dapat.

vi. PenyuntinganSetelah itu, teks tersebut perlu melalui proses penyuntingan. Walaupun penyuntingan bukanlah sebahagian daripada proses terjemahan, tetapi ia perlu dilakukan. Teks perlu dicantas bagi menghapuskan bahan yang berlebihan dan keterlaluan atau membuang bahan yang tidak berkaitan. Di samping itu, jika teks tersebut terdiri daripada beberapa bahagian dan diterjemahkan pula oleh beberapa orang penterjemah, maka penyuntingan perlu dilakukan untuk mewujudkan satu gaya yang seragam bagi keseluruhan teks itu. Selain itu, keseragaman pembahagian kata juga biasanya diambil kira dalam proses penyuntingan ini, terutamanya apabila ruang terbatas. Dalam keadaan ini, ada kata-kata yang terpaksa dibelah dua di hujung baris bagi menyempurnakan imbangan kiri dan kanan halaman. Jadi, penyunting perlu mengetahui peraturan pembahagian kata bagi setiap bahasa yang terlibat, sama ada bahasa sumber mahupun bahasa sasaran. Dalam banyak hal, perkara ini tidak menjadi masalah lagi kerana kebanyakan perisian pemprosesan kata mempunyai keupayaan untuk mengawal pembahagian kata dengan cara yang tertentu.Setelah selesai menjalani semua proses tersebut, teks ini sudah boleh menjalani kehidupan baru, dengan memakai bahasa sasaran dan dibaca pula oleh pembaca sasaran. Jika ia tidak diterjemahkan, sudah tentu pembaca sasaran tidak dapat menghayati dan menikmati karya asal itu. Jadi, proses pemeriksaan, penyemakan dan penyuntingan yang dilakukan terhadap terjemahan itu bolehlah dianggap sebagai penjamin kualiti bagi faedah dan kegunaan pembaca sasaran dan juga menjadi penyelamat kepada penterjemah sendiri.

4.2.1 Tujuan Kaedah TerjemahanRajah 4.2.1 : Tujuan Kaedah Terjemahan

4.2.2 Cara mengajar

Rajah 4.2.2 (i) : Cara Mengajar Kaedah Terjemahan

KebaikanKelemahan

Tidak menggunakan masa yang panjang dalam kelas Tidak memerlukan pembiayaan yang begitu banyak Guru yang tidak begitu fasih dalam bahasa itu masih boleh mengajar bahasa tersebut. Kurang membebankan guru dalam menyediakan alat-alat bantu dan keperluan lain. Latihan intensif yang berjam-jam tidak diperlukan. Tidak mengehadkan saiz kelas Pelajar boleh belajar sendiri tanpa bimbingan guru. Kaedah ini menghadapi beberapa kesulitan semasa membuat penterjemahan. Struktur dalam dua bahasa selalunya berbeza. Contohnya, pisau dan knife. Konsep yang boleh dibentuk dalam satu kata dalam bahasa Inggeris mungkin tidak dapat dibuat begitu dalam bahasa Melayu. Kaedah ini berkemungkinan memberikan tanggapan yang salah di kalangan pelajar terhadap pembelajaran bahasa tersebut.

4.2.3 Perbezaan Menurut Abdullah Hassan, 1976 dalam buku Pedagogi Bahasa

4.3 Teknik Proses TerjemahanKaedah adalah cara mengelola dan menggunakan teknik-teknik pengajaran, isi kandungan, dan bahan bantuan mengajar oleh gu