Nota Guru

2
Imbuhan akhiran Imbuhan akhiran ada tiga bentuk. i) Akhiran –an : untuk membentuk kata nama. ii) Akhiran –kan : untuk membentuk kata kerja yang berupa suruhan orang. iii) Akhiran –i : untuk membentuk kata kerja. Latihan Imbuhan Akhiran: Letakkan akhiran –an atau –kan pada perkataan yang bergaris di bawah. 1. Adik suka menonton rancang kartun. 2. “Zainal, hantar buku-buku ke pejabat saya,” kata Cikgu Amran. 3. Cuci kakak sangat bersih. 4. Sewa bulan rumahnya ialah RM650. 5. Minah, tolong nasihat Lina supaya tidak malas lagi,” pesan Mak Cik Suri. Imbuhan Apitan · Penggabungan dengan kata dasar akan membentuk makna tertentu. · Terdiri daripada beberapa bentuk: Apitan meN......-kan dan meN............-i · Perkataan yang dihasilkan merujuk kepada: (a) sesuatu yang dilakukan untuk faedah orang lain (b) menyebabkan sesuatu hal itu terjadi (c) perbuatan Contoh : · membasuhkan , mengikatkan, merekodkan, · melayani, merawati, mengetuai Apitan ke-..............-an · boleh membawa beberapa maksud: (a) menerangkan sesuatu hal yang terdapat dalam kata dasar (b) tempat Contoh : · kesakitan, keletihan, kemuraman · kenakalan, kesempitan Contoh ayat: · Murid-murid digalakkan menguasai pelbagai bahasa. · Adik tertidur di ruang tamu kerana keletihan. · Acara perbarisan itu tamat pada pukul 1.00 petang. · Mangsa pembunuhan itu ditemui mati oleh jirannya. Imbuhan Pinjaman= imbuhan yang dipinjamkan daripada bahasa lain. 1.awalan : juru-, maha-, pra-, tata- , pro-, anti-, eka-, dwi-, tri

description

nota mengenai imbuhan apitan, imbuhan akhiran.. banyak ambil maklumat dari blog dan guru-gur lain.. sapa nak pakai download saja.. halal...

Transcript of Nota Guru

Page 1: Nota Guru

Imbuhan akhiranImbuhan akhiran ada tiga bentuk.  i)  Akhiran –an    :  untuk membentuk kata nama. ii)  Akhiran –kan  :  untuk membentuk kata kerja yang berupa suruhan orang.iii)  Akhiran –i       :  untuk membentuk kata kerja.

Latihan Imbuhan Akhiran:Letakkan akhiran –an atau –kan pada perkataan yang bergaris di bawah.

  1.  Adik suka menonton rancang kartun.

  2.  “Zainal, hantar buku-buku ke pejabat saya,” kata Cikgu Amran.

  3.  Cuci kakak sangat bersih.

  4.  Sewa bulan rumahnya ialah RM650. 

  5.  Minah, tolong nasihat Lina supaya tidak malas lagi,” pesan Mak Cik Suri.

Imbuhan Apitan

·         Penggabungan dengan kata dasar akan membentuk makna tertentu.

·         Terdiri daripada beberapa bentuk:

Apitan meN......-kan dan meN............-i

·         Perkataan yang dihasilkan merujuk kepada:

(a)    sesuatu yang dilakukan untuk faedah orang lain

(b)   menyebabkan sesuatu hal itu terjadi (c)    perbuatan

Contoh :

·         membasuhkan , mengikatkan, merekodkan,

·         melayani, merawati, mengetuai

Apitan ke-..............-an

·         boleh membawa beberapa maksud:(a)    menerangkan sesuatu hal yang terdapat

dalam kata dasar (b)   tempat

Contoh :

·         kesakitan, keletihan, kemuraman·         kenakalan, kesempitan

Contoh ayat:

·         Murid-murid digalakkan menguasai pelbagai bahasa.

·         Adik tertidur di ruang tamu kerana keletihan.

·         Acara perbarisan itu tamat pada pukul 1.00 petang.

·         Mangsa pembunuhan itu ditemui mati oleh jirannya.

Imbuhan Pinjaman= imbuhan yang dipinjamkan daripada bahasa lain.

1.awalan            : juru-, maha-, pra-, tata- , pro-, anti-, eka-, dwi-, tri2. akhiran           : -wan, -wati, -man, -ah , -is, isme,3. sisipan            : -el-, -em-, -in-

Akhiran wan : bermaksud pelaku atau pemilik. Contoh:

-wan MaksudAngkasawan Orang yang pergi

ke angkasa lepas.Bangsawan Orang yang

berbangsa atau keturunan mulia.

Budayawan Ahli dalam bidang kebudayaan (tamadun, peradaban)

Cendekiawan Orang atau golongan cerdik pandai, terpelajar, intelektual

Dermawan Orang yang suka menderma ( pemurah )

Jelitawan Gadis atau wanita yang jelita atau cantik

Jutawan Orang yang kaya

Page 2: Nota Guru

dan memiliki harta yang banyak

Hartawan Berharta , kayaKaryawan Penghasil karya,

pencipta atau penulis

Negarawan Orang yang mahir dengan cara pemerintahan Negara, orang yang memegang atau pernah memegangntampuk pemerintahan sesebuah negara.

Olahragawan Orang lelaki yang terlatih, mahir atau mengambil bahagian dalam olahraga.

Peragawan Lelaki yang mempamerkan atau memperagakan pakaian.

Pustakawan Orang yang mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang perpustakaan dan terlibat dalam pengurusan perpustakaan, ahli perpustakaan.

Rupawan Perempuan yang cantik.

sejarawan Ahli sejarahSukarelawan Orang lelaki yang

melakukan sesuatu dengan suka rela.

Usahawan Orang yang mengusahakan sesuatu perusahaaan,

pengusaha.Wartawan Orang yang menulis

berita atau rencana untuk media massa.

  

   Akhiran – man : bermaksud yang ahli atau pemilik sesuatu sifat. Contoh:-          man Maksud

Budiman Orang yang berbudi

Seniman Orang yang mempunyai bakat seni dan dapat mencipta hasil seni serta dapat memperagakan hasil seninya seperti pelukis, penyair, penyanyi.