Nota Ibnu Sina

10
IBNU SINA BAPA PERUBATAN DUNIA

description

Menerangkan riwayat hidup, pendidikan, sumbangan dan lain2..

Transcript of Nota Ibnu Sina

Page 1: Nota Ibnu Sina

IBNU SINA

BAPA PERUBATAN DUNIA

Page 2: Nota Ibnu Sina

BIODATA IBNU SINA Nama sebenar: Al- Husain bin Abdullah bin Al- Hassan bin Ali binSina Dikenali sebagai Ibnu Sina di Timur dan Avicenna di Barat. Dilahirkan pada tahun 370 H/ 980 M di Afsyanah,

Bukhara, Turkistan. Beliau adalah berketurunan Turki. Bapa beliau ialah seorang penguasa Kharmaisan, Bukhari. Pada tahun 390 H/ 1000 M setelah bapanya meninggal

dunia, Ibnu Sina berpindah ke Khawarizm, Jorjan, Rai dan Hamazan.

Beliau pernah bertugas sebagai pakar perubatan di wilayah Rai dan penasihat agung Amir Ala Ad Daulah di Asfahan.

Beliau meninggal dunia di Hamazan pada tahun 428 H/ 1037 M ketika berusia 57 tahun.

Page 3: Nota Ibnu Sina

KEPERIBADIAN IBNU SINA Tokoh mempelajari ilmu

Ibnu Sina pernah membaca buku berkenaan Metafizik karangan Aristotle sebanyak 40 kali.

Taat beragamaIbnu Sina sering berdoa kepada ALLAH terutama apabila beliau menghadapi kebuntuan. Beliau sering pergi ke masjid untuk memohon petunjuk daripada ALLAH S.W.T.

PintarIbnu Sina berjaya menguasai pelbagai ilmu Nakliah ketika berusia lapan belas tahun.

BerinovatifIbnu Sina sering melakukan penyelidikan dan menghasilkan karya dalam pelbagai bidang ilmu terutama perubatan.

Page 4: Nota Ibnu Sina

PENDIDIKAN IBNU SINA

Mula mempelajari Al- Quran Al- Karim semenjak berusia 5 tahun

Menghafaz Al- Quran Al- Karim ketika berumur 10 tahun.

Mempelajri ilmu Fikah dan Tasawuf daripada Ismail Az- Zahid

Mempelajati ilmu Hisab dan Prinsip- prinsip Geometri daripada

Muhammad Al- Massah Mempelajari ilmu Falsafah daripada Abu Abdillah

An- Natili Mempelajari ilmu Sains dan Astronomi daripada

Al- Biruni. Semasa berusia 16 tahun, beliau dapat

menguasai ilmu perubatan.

Page 5: Nota Ibnu Sina

KETOKOHAN IBNU SINA DALAM BIDANG

PERUBATAN Kesarjanaan Ibnu Sina dalam bidang perubatan

mendapat pengiktirafan dunia. Kepakaran beliau pernah digunakan untuk

merawat:1. penguasa Bukhara iaitu Nuh Bin Mansur, 2. penguasa Jorjan iaitu Al- Amir Syams Al- Ma’ali

Qabus bin Wasyamkir, 3. penguasa Hamazan, Al- Amir Syamsul Daulah4. penguasa Asfahan, Al- Amir A’la Ad Daulah.

Page 6: Nota Ibnu Sina

KARYA- KARYA IBNU SINA DALAM

BIDANG PERUBATAN Al- Qanun Fit Tib Al- Adawiyah Al- Qalbiah Al- Afiah At- Tibbiah Karya tersebut diterjemahkan ke dalam

bahasa Latin, Hebrew dan Inggeris. Karya tersebut digunakan sebagai rujukan

utama dalam bidang perubatan di seluruh pusat pengajian barat termasuklah Universiti Frankfurt di Jerman, Universiti Oxford di Ensland dan Universiti Paris di Perancis.

Page 7: Nota Ibnu Sina

PENEMUAN BARU IBNU SINA DALAM BIDANG

PERUBATAN1. Penemuan penyakit baru dan puncanya

- Pengaruh kuman dalam penyakit- Jangkitan virus seperti TB dan sebagainya- Penyakit seperti Rubella, alahan, Cacar, penyakit jiwa dan sebagainya.

2. Penemuan dalam bidang farmasi- Menghasilkan ubat dan preskripsi mujarab untuk pelbagai penyakit- Menghasilkan ubat bius

3. Membangunkan teknologi perubatan- Mencipta benang utuk menjahit luka pembedahan- Mencipta picagari

Page 8: Nota Ibnu Sina

SUMBANGAN INBU SINA DALAM BIDANG

PERUBATAN Menghasilkan Al- Qanun Fit Tib yang dijadikan

bahan rujukan pelajar perubatan. Menyenaraikan tidak kurang 360 jenis penyakit

dan cara mengubatinya. Memperkenalkan kaedah baru menggunakan

peralatan canggih seperti x- ray dan ultra sound bagi mengesan sesuatu penyakit atau kecederaan dengan lebih cepat.

Menghasilkan ubat bius Menghasilkan benang untuk menjahit luka

pembedahan. Mencipta picagari dll.

Page 9: Nota Ibnu Sina

KESAN PENIGGALAN IBNU SINA DALAM PERUBATAN Memperkenalkan kaedah pemerhatian dan

analisis Hasil penulisan beliau mempengaruhi

perkembangan ilmu perubatan Penulisan dan penyelidikan beliau menggilap

kembali bidang perubatan yang kian malap

Page 10: Nota Ibnu Sina

SUMBANGAN IBNU SINA DALAM BIDANG

PEMIKIRAN Mengahsilkan 116 karya dalam pelbagai

bidang seperti falsafah, mantiq, matematik, astronomi, kimia, fizik, biologi dan sains politik

Tahun 1950, buku- buku tersebut diterjemahkan dalam Bahasa Arab dan dinamakan Muallaf Ibnu Sina ( Karya- karya Ibnu Sina)

Jasanya dihargai sehingga sebuah universiti pendidikan di Hungary telah mengambil nama sempena nama beliau iaitu Avicenna College.