Nota Imbangan Bahangan Internet

4
IMBANGAN BAHANGAN / HABA MATAHARI DI SISTEM BUMI A. Imbangan Bahangan Matahari/ Imbangan Haba Suria Konsep Imbangan haba merujuk kepadakeseimbangan yang berlaku antara bahangan matahari yang masuk ke sistem bumi (atmosfera) dengan jumlah bahangan bumi yang dibebaskan semula keangkasa. Imbangan haba merupakan perbandingan antara sinaran matahari yang masuk dengan sinaranmatahari yang keluar. Tidak semua jumlah tenaga sinaran matahari yang memasuki sistem atmosfera akan tiba ke permukaan bumi. Ada yang diserap, diserak, dipantul oleh pelbagai juzuk dan unsur dalam atmosfera tersebut. Begitu juga dengan sinaran bumi, bukan semua akan terlepas ke angkasa. Ia juga akan melalui proses yang sama dengan sinaran matahari. B. Proses Pemindahan Haba Terdapat 4 proses pemindahan haba iaitu: i) Proses Serakan - Partikel-partikel akan menyerak bahangan matahari secara mendatar apabila bahangan tersebut dipancarkan kepadanya. ii) Proses Serapan - Partikel-partikel di atmosfera dan stratosfera juga menjalani proses serapan.

description

Geo

Transcript of Nota Imbangan Bahangan Internet

IMBANGAN BAHANGAN / HABA MATAHARI DI SISTEM BUMI

A. Imbangan Bahangan Matahari/ Imbangan Haba SuriaKonsep

Imbangan haba merujuk kepadakeseimbanganyang berlaku antara bahangan matahari yangmasuk ke sistem bumi (atmosfera) dengan jumlah bahangan bumi yang dibebaskan semula keangkasa.

Imbangan haba merupakan perbandingan antara sinaran matahari yang masuk dengan sinaranmatahari yang keluar.

Tidak semua jumlah tenaga sinaran matahari yang memasuki sistem atmosfera akan tiba ke permukaan bumi. Ada yang diserap, diserak, dipantul oleh pelbagai juzuk dan unsur dalam atmosfera tersebut.

Begitu juga dengan sinaran bumi, bukan semua akan terlepas ke angkasa. Ia juga akan melalui proses yang sama dengan sinaran matahari.

B. Proses Pemindahan HabaTerdapat 4 proses pemindahan haba iaitu:

i)Proses Serakan- Partikel-partikel akan menyerak bahangan matahari secara mendatar apabila bahangan tersebut dipancarkan kepadanya.

ii)Proses Serapan-Partikel-partikel di atmosfera dan stratosfera juga menjalani proses serapan.

Bahangan Matahari ( Gelombang Pendek )

iii)Proses Pantulan- bahangan matahari apabila terkena partikel-partikel, sebahagiannya akan dipantulkan semula ke angkasa secara menegak ( vertikal).

iv)Proses Albedo-Ditakrifkan sebagai darjah keputihan atau kecerahan sesuatu permukaan bumi. Semakin cerahsesuatu permukaan maka semakin tinggi jumlah sinaran matahari yang akan dipantulkan. Tidak semua sinaran suria yang telah tiba ke permukaan bumi akan diserap dan diguna oleh hidupan. Sebahagian daripada sinaran suria akan dipantulkan pula oleh permukaan bumi secara langsung.

C. Taburan Suhu Secara MenegakKonsep

Taburan Suhu Menegak Mengikut Ketinggian

Merujuk kepada taburan suhu mengikut ketinggian muka bumi. Taburan suhu ini ditentukan oleh proses pemindahan haba oleh pergerakan udara menegak. Dari segi tenaga, proses ini belaku melalui pengeluaran haba pendam akibat pemeluwapan, penyejukan bahangan di udara dan juga alir lintang.

Faktor Penurunan mengikut tinggi (suhu jatuh mengikut ketinggiandalam atmosfera sehingga 8 km dari permukaan bumi).

Semakin tinggi kita naik suhu akan semkin turun secara bertentangan di sebabkan kandungan atmosfera semakin nipis pada kedudukan tinggi dari muka bumi. Penipisan atmosfera mengurangkan keupayaan atmosfera menyimpang haba.

D. Taburan Suhu Secara MendatarKonsep

Taburan Suhu Mendatar Mengikut Garis Lintang

Taburan tenaga suria mengikut kawasan atau ruang di permukaan bumi.Suhu sebenarnya terhasil melalui sinaran suria yang membekalkan tenaga haba yang menyebabkan persekitaran menjadi panas lalu indeks suhu sekitar meningkat. Pada umumnya, bumi merupakan satu kawasan "Sumber Haba" kecuali di kawasan yang terletak berhampiran dengan Kutub yang dikenali sebagai kawasan "Lekukan Haba". Di sekitar bahagian tengah bumi, iaitu di antara garislintang rendah hingga ke garisan lintang sederhana( 0ohingga ke 60oU/S ), terdapat satu kawasan "Sumber Haba" iaitu kawasan sumber haba berlebihan ( + imbangan haba). Di dalam kawasan ini, jumlah tenaga bahangan yang diterima daripada matahari (iaitu gelombang Bahangan Pendek) adalah sentiasa berlebihan jika dibanding dengan jumlah haba bahangan bumi yang dipancarkan keluar ke angkasa lepas pada waktu malam (iaitu gelombang bahangan panjang). Sebaliknya, di kawasan yang terletakdari( 60oU/S ke 90oU/S)terdapat dua kawasan yang dikenali sebagai "Lekukan Haba". Jumlah haba yang diterima di dalam bentuk bahangan gelombang pendek adalah sentiasa kurang daripada jumlah haba yang dipancarkan keluar oleh bumi ke angkasa lepas di dalam bentuk Gelombang Panjang.