nota isu dan trenda

3
TAJUK 1 : STRATEGI DAN PENEMPATAN PELAJAR 1 ISU INDIVIDU PENEMPATAN PERBEZAAN ANTARA INDIVIDU DAN PENYESUAIAN KESAN KECACATAN KEPADA INDIVIDU Murid pendidikan khas ditempatkan ke dalam kelas pemulihan khas kerana keengganan ibu bapa menempatkan anak mereka ke kelas pendidikan khas. Guru lambat membuat ujian saringan dan juga diagnostik dan Henson dan Eller (1999) : Perbezaan individu merujuk kepada ciri-ciri atau sifat-sifat manusia yang mempunyai potensi sama ada memajukan keupayaan seseorang atau membataskan keupayaan seseorang untuk belajar dalam persekitaran sekolah. Aspek-Aspek Perbezaan Individu -Jantina -Kesihatan -Fizikal -Sosial -Kognisi -Bangsa/bahasa -Personaliti -Gaya Kognitif -Gaya Belajar Faktor-Faktor Mempengaruhi Perbezaan Individu -Baka -Persekitaran Menangani Masalah Perbezaan Individu - Memahami perbezaan individu - Memahami tingkahlaku murid - Meramal tingkah laku murid - Mempelbagaikan BBM Peranan Guru Dalam Menghadapi Perbezaan Brennan (1974) Murid yang gagal menghadapi kerja normal sekolah untuk kumpulan sebaya mereka tetapi kegagalan mereka tidak boleh dianggap sebagai satu kegagalan hanya disebabkan oleh kecacatan. Mereka ini kadang kala juga diberi label pencapai rendah yang membawa erti bahawa murid-murid ini memperlihat taraf pencapaian yang tidak memuaskan berbanding dengan taraf pencapaian purata rakan-rakan sebayanya atau taraf pencapaian yang diharapkan bagi murid-murid pada peringkat persekolahan itu. Akibat daripada pelbagai kesulitan pembelajaran yang dialami, individu

description

pkp 3111

Transcript of nota isu dan trenda

Page 1: nota isu dan trenda

TAJUK 1 : STRATEGI DAN PENEMPATAN PELAJAR

1

ISU INDIVIDU

PENEMPATAN

PERBEZAAN ANTARA INDIVIDU DAN PENYESUAIAN

KESAN KECACATAN KEPADA INDIVIDU

Murid pendidikan khas ditempatkan ke dalam kelas pemulihan khas kerana keengganan ibu bapa menempatkan anak mereka ke kelas pendidikan khas.

Guru lambat membuat ujian saringan dan juga diagnostik dan menyebabkan murid lambat di tempatkan ke kelas pemulihan untuk dipulihkan.

Henson dan Eller (1999) : Perbezaan individu merujuk kepada ciri-ciri atau sifat-sifat manusia yang mempunyai potensi sama ada memajukan keupayaan seseorang atau membataskan keupayaan seseorang untuk belajar dalam persekitaran sekolah.

Aspek-Aspek Perbezaan Individu-Jantina -Kesihatan -Fizikal

-Sosial -Kognisi -Bangsa/bahasa

-Personaliti -Gaya Kognitif -Gaya Belajar

Faktor-Faktor Mempengaruhi Perbezaan Individu

-Baka -Persekitaran

Menangani Masalah Perbezaan Individu

- Memahami perbezaan individu- Memahami tingkahlaku murid- Meramal tingkah laku murid- Mempelbagaikan BBM

Peranan Guru Dalam Menghadapi Perbezaan Individu

1. Pengajaran dan pembelajaran individu2. Mempelbagaikan bentuk penilaian3. Mempelbagaikan strategi pengajaran dan

pembelajaran4. Mempelbagaikan bahan bantu mengajar5. Peneguhan positif

Brennan (1974)Murid yang gagal menghadapi kerja normal sekolah untuk kumpulan sebaya mereka tetapi kegagalan mereka tidak boleh dianggap sebagai satu kegagalan hanya disebabkan oleh kecacatan.

Mereka ini kadang kala juga diberi label pencapai rendah yang membawa erti bahawa murid-murid ini memperlihat taraf pencapaian yang tidak memuaskan berbanding dengan taraf pencapaian purata rakan-rakan sebayanya atau taraf pencapaian yang diharapkan bagi murid-murid pada peringkat persekolahan itu.

Akibat daripada pelbagai kesulitan pembelajaran yang dialami, individu yang mengalami kecacatan selalu gagal dalam ujian, dan ini seterusnya menyebabkannya mempunyai yakin diri dan konsep diri yang rendah. Kita tidak berasa hairan apabila murid yang mempunyai kecacatan ini kurang aktif dan kurang minat untuk menyertai kegiatan pelajaran bilik darjah.

Page 2: nota isu dan trenda

2

PENGAJARAN INDIVIDU PENGAJARAN BERKUMPULAN

Berpusatkan kepada guru Berpusatkan kepada murid

Guru memilih tajuk pembelajaran Tajuk pembelajaran adalah pilihan bersama (murid boleh

menentukan tajuk pembelajaran)

Tidak bersifat kolaberasi Bersifat kolaberasi

Galakkan pemahaman dan penguasaan konsep Galakkan pelajar menegeluarkan idea berkomunikasi

BBM bergantung kepada kecenderungan pelajar BBM bergantung kepada pelbagai kebolehan pelajar

Latihan penguasaan dan pemahaman Latihan berbentuk tugasan atau projek

Guru bertindak sebagai pembimbing sepenuhnya

terhadap pelajar

Guru bertindak sebagai fasilitator

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

KEMUDAHAN DAN PRASARANA

Peruntukan kewangan

Lokasi dan jenis Kemudahan-

kemudahan

Peralihan ke alam

pekerjaan

Dasar Sedia AdaDi bawah “Bantuan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling“(Pekeliling Kewangan Bil:2/91–KP1573/17/jld.8(78)bth.11 Feb.1991). Bertujuan untuk bimbingan pendidikan bagi membolehkan kanak-kanak menerima pendidikan yang sesuai dengan bakat, tahap kecerdasan dan kebolehannya.

Pihak sekolah boleh juga menggunakan peruntukan PCG mata pelajaran yang difikirkan sesuai. Peruntukan di bawah mata pelajaran Matematik dan Bahasa Malaysia boleh digunakan. (JPK sedang berusaha untuk mendapatkan peruntukan secara pukal khusus untuk program pemulihan khas).

Lokasi bilik / kelas untuk dijadikan Kelas Khas Pemulihan adalah sangat bergantung kepada keadaan kemudahan yang sedia ada serta kemampuan di sesebuah sekolah.

Kesesuaian seperti juga kelas-kelas biasa yang lain perlu diambil kira dari segi keselesaan ruang dengan bilangan murid, cahaya serta peredaran udara yang mencukupi, kerusi dan meja serta saiz dan susunan fizikalnya yang selaras dengan ukuran dan bilangan murid-murid yang terlibat.

Prinsip – prinsip yang terjalin dan dipraktikkan dalam penyusunan kelas seperti ini ialah suasana fizikalnya, sosial, emosi dan rasa hati yang selesa dan gembira untuk murid-murid; bidang dinamik kumpulan yang menyokong pembelajaran atau tugasan yang diberikan ;dan penyusunan perabot yang membantu rutin pengurusan.

Bagi mentadbirkan sesebuah kelas Pendidikan Pemulihan Khas, Guru Pemulihan Khas hendaklah menyediakan beberapa keperluan lain yang semestinya ada dalam kelas pemulihan. Di antaranya ialah :

Jadual waktu kelas / persendirian Carta alir Program Pendidikan Pemulihan Khas.

Runding cara dengan guru kelas / mata pelajaran tentang perkembangan murid kelas biasa.

Runding cara dengan Guru Besar untuk meningkatkan mutu pencapaian murid.

Selain daripada itu di dalam kelas pemulihan ini juga disediakan ruang – ruang pembelajaran mengikut kesesuaian dan keluasan bilik . Di antara ruang pembelajaran yang dicadangkan ialah ruang disiplin.

Page 3: nota isu dan trenda

3

KEBERKESANAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS

Murid pemulihan yang mendapatkan pendidikan pemulihan khas berjaya menguasai kemahiran 3M.

Terdapat guru pemulihan khas yang mempunyai ijazah dalam bidang pendidikan pemulihan khas yang khusus.

Banyak program yang dianjurkan oleh pihak sekolah berkaitan dengan pendidikan pemulihan seperti ceramah, kempen kesedaran ibubapa, dan sebagainya.