Nota kata ganti nama

7
Kata Ganti Nama Disediakan oleh : Ko Yee Ling

Transcript of Nota kata ganti nama

Page 1: Nota kata ganti nama

Kata Ga n t i Nama

Di s e d i ak a n o l eh : Ko Yee L i n g

Page 2: Nota kata ganti nama

Pedoman Tatabahasa

Kata ganti nama ialah kata yang

digunakan

untuk menggantikan kata nama. Setiap kata

ganti nama mempunyai fungsi yang

berlainan. Ada yang membawa makna satu

dan ada yang membawa makna jamak , iaitu

lebih daripada satu.

Page 3: Nota kata ganti nama

Kata gant i nama bo leh d ibahagikan kepada t iga go longan :

a. Kata ganti nama diri pertama

b. Kata ganti nama diri kedua

c. Kata ganti nama diri ketiga

Page 4: Nota kata ganti nama

Kata Gant i Nama Dir i PertamaContoh Penggunaan Contoh Ayat

a. Aku Menggantikan diri orang yang bercakap dengan kenalan yang sangat rapat.

Aku akan menelefon kamu pada petang ini.

b. Saya

Merujuk kepada diri sendiri apabila bercakap dengan kenalan baru atau dalam suasana yang rasmi.

“Saya baru pulang dari Pulau Langkawi,” kata Tan kepada pengurusnya.

c. Patik

Digunakan oleh rakyat yang bercakap dengan sultan atau raja.

“Patik berjanji akan melaksanakan tugas itu dengan sempurna,” kata panglima kepada sultan.

d. Beta

Digunakan oleh raja atau sultan apabila bertitah kepada rakyat.

“Beta akan berangkat ke London esok pagi,”kata sultan kepada rakyatnya.

e. Hamba

Merujuk kepada diri sendiri apabila hamba bercakap dengan tuannya pada zaman dahulu.

“Hamba memohon maaf atas kesalahan itu,” kata orang tua itu kepada tuannya.

f. Kita Merujuk kepada orang yang bercakap serta orang yang mendengarnya.

Kita akan meraikan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos setiap tahun.

g. Kami

Merujuk kepada diri sendiri serta temannya apabila bercakap dengan orang lain.

Kami akan pergi ke perpustakaan awam pada pukul 2.00 petang nanti.

Page 5: Nota kata ganti nama

Kata Gant i Nama Dir i PertamaContoh Penggunaan Contoh Ayat

a. Awak Digunakan untuk diri orang kedua yang rapat dengan kita.

Awak mesti menyiapkan kerja-kerja itu sekarang juga.

b. Anda Digunakan untuk diri orang kedua yang tidak berhadapan dengan kita.

Saya berharap anda sihat walafiat semasa bercuti dio negeri Pahang.

c. Engkau Digunakan untuk rakan sebaya yang rapat hubungannya dengan kita.

Engkau jangan cuba tipu aku.

d. Tuanku Digunakan ketika ber\cakap dengan sultan atau raja.

“Ampunilah patik, tuanku’”sembah bendahara kepada raja.

e. Cik / Encik

Digunakan untuk diri orang dewasa

Encik hendak pergi ke mana?

f. Puan/Tuan

Digunakan untuk diri orang yang dihormati

Bilakah tuan akan bertolak ke Indonesia?

g. Saudari/Saudara

Digunakan untuk diri orang kedua yang sebaya atau rakan kita

Saudari Noni sahabat pena saya sejak lima tahun yang lalu.

h. Kamu Digunakan untuk diri orang kedua yang sebaya atau kepada orang yang lebih muda

Kamu perlu membersihkan bilik darjah pada waktu rehat.

i. Kalian Digunakan beberapa orang yang diajak bercakap

“Kalian perlu bersatu padu untuk menentang musuh,”kata penghulu kepada anak-anak buahnya.

Page 6: Nota kata ganti nama

Kata Gant i Nama Dir i PertamaContoh Penggunaan Contoh Ayat

a. Dia Digunakan untuk diri orang ketiga.

Dia pengawas yang mampu menjalankan tugasnya dengan baik.

b. Ia Digunakan untuk diri orang ketiga.

Ia meminta maaf daripada Amin atas kesalahannya.

c. Beliau Digunakan untuk diri orang ketiga yang dihormati.

Beliau merupakan guru besar yang dihormati dan disegani oleh murid-muridnya.

d. Baginda

Digunakan untuk sultan atau raja.

Baginda akan melawat ke Zoo Negara pada hujung minggu ini.

e. –nya Digunakan untuk diri orang ketiga.

Saya meminjam buku-bukunya di dalam almari.

f. Mereka Digunakan untuk diri orang ketiga yang banyakj bilangannya.

Mereka bertiga akan menziarahi Halim yang sakit di hospital.

Page 7: Nota kata ganti nama

Sekian ,Terima Kasih !