Nota Kemahiran Hidup Tahun 4 Bab 10

download Nota Kemahiran Hidup Tahun 4 Bab 10

of 6

Transcript of Nota Kemahiran Hidup Tahun 4 Bab 10

  • 8/6/2019 Nota Kemahiran Hidup Tahun 4 Bab 10

    1/6102

    Perniagaan dan KeusahawananB A B

    Unit

    10 MENGURUS JUALAN

    Pengenalan

    1. Peniaga sebagai pengurus jualan hendaklah mengendalikan perniagaan dengan teratur danbersistematik.

    2. Peniaga mestilah sentiasa menunjukkan muka yang manis dan ceria serta melayanpelanggan dengan baik dan cekap.

    1 Melayan Pelanggan

    Menunjukkan Cara Layanan yang Baik dan Cekap

    1. Peniaga haruslah bijak melayan pelanggan dengan ikhlas dan jujur.

    2. Sikap ramah yang ditunjukkan semasa melayan pelanggan juga dapat menarik hatipelanggan untuk membeli barangan.

    3. Semasa menguruskan jualan, peniaga mestilah:a. menerima pesanan pembeli dengan betul.

    b. menyediakan barang yang dipesan dengan cepat dan betul.

    c. memastikan jumlah harga yang dikira betul.

    d. menyerahkan barang dan wang baki dengan sopan.e. mengucapkan terima kasih dengan ikhlas dan senyum ceria.

    Ucapkan kata-kata yang baik semasa melayan pelanggan

  • 8/6/2019 Nota Kemahiran Hidup Tahun 4 Bab 10

    2/6103

    Mengira dengan Cepat dan Tepat

    1. Peniaga mestilah mempunyai kemahiran mengira dengan pantas dan tepat.

    2. Pengiraan dapat dilakukan dengan bantuan mesin kira.

    3. Pemulangan wang baki pula perlu dilakukan dengan sopan.

    4. Pengiraan yang tidak betul akan menyebabkan pelanggan salah faham dan dapat

    menghilangkan kepercayaan mereka terhadap peniaga.5. Langkah-langkah untuk mengira harga barang yang dijual adalah seperti yang berikut:

    a. kenal pasti barang yang dibeli oleh pelanggan.

    b. ambil barang satu per satu dengan cermat dan pastikan harganya.

    c. jumlahkan harga barang dengan tepat.

    d. masukkan barang yang sudah dikira ke dalam bungkusan.

    6. Untuk mengira wang baki, peniaga haruslah menggunakan rumus yang berikut:

    Wang baki = wang yang diberi - jumlah harga barang

    Etika Jualan

    1. Peniaga hendaklah mengamalkan etika di bawah terhadap pelanggan ketikamenjalankan urusan jual beli, iaitu:

    a. memberikan layanan yang terbaik kepada pelanggan.b. bersikap jujur.

    c. ramah terhadap pelanggan.

    d. menghormati pelanggan.e. menghargai pelanggan.

    f. memberi senyuman yang ikhlas.

    g. pandai mengambil hati pelanggan.

    h. tidak lupa mengucapkan terima kasih.

    2. Dalam masa yang sama, penjual perlulah menghindari amalan-amalan yang tidaksihat terhadap pelanggan.

    3. Antara amalan yang tidak sihat yang dimaksudkan adalah seperti menaikkan hargabarang sesuka hati, memberi layanan yang istimewa atau diskaun khas kepadapelanggan yang tertentu sahaja, menipu timbangan, dan sebagainya.

    4. Setiap peniaga haruslah bersedia untuk mendengar rungutan atau cadangan daripadapelanggan dengan hati terbuka kerana rungutan atau cadangan itu mungkin akan dapatmamajukan lagi perniagaannya.

    5. Selain itu, perkhidmatan selepas jualan juga amat penting untuk memberi kepuasanyang maksimum kepada pelanggan.

    6. Contoh perkhidmatan selepas jualan adalah seperti menyediakan khidmat penghantaranbarang-barang yang dibeli ke tempat tinggal pelanggan dan perkhidmatan membaik pulihbarang jika belaku kerosakan.

  • 8/6/2019 Nota Kemahiran Hidup Tahun 4 Bab 10

    3/6104

    Datangesok!Sila datang

    lagi!

    Ini produkterbaru!

    Carilahsendiri!

    Boleh sayabantu?

    X

    X

    X

    I Tandakan pada etika melayan pelanggan yang betul dan X padayang salah 2.4 (a) Aras 2

    1. 2.

    3. 4.

    5. 6.

  • 8/6/2019 Nota Kemahiran Hidup Tahun 4 Bab 10

    4/6105

    II Kira jumlah harga barang yang dibeli dan wang baki yang perlu dipulangkan kepadapelanggan yang berikut. 2.4 (a) Aras 2

    Bil. Barang yang Dibeli Bayaran yang Wang Baki yang

    (RM) Diberi Dipulangkan

    1. a. Pen 3.60

    b. Sayur 5.20

    c. Minyak 7.00

    Jumlah 15.80

    2. a. Udang 14.50b. Telur 3.10

    c. Kicap 2.70

    d. Sos cili 1.90

    Jumlah 22.20

    3. a. Penadol 3.00

    b. Baju 22.00

    c. Kain 11.00

    Jumlah 36.00

    4. a. Ayam goreng 19.60

    b. Air berkarbonat 3.95

    c. Salad buah 4.50

    d. Pencuci mulut 7.20Jumlah 34.65

    5. a. Kasut 28.00

    b. Kemeja T 15.00

    c. Stoking 5.00

    d. Raket 30.00

    Jumlah 78.00

    RM20.00 - RM15.80= RM4.20

    RM30.00 - RM22.20= RM7.80

    RM50.00 - RM36.00

    = RM14.00

    RM100.00 - RM34.65= RM65.35

    RM100.00 - RM78.00= RM22.00

  • 8/6/2019 Nota Kemahiran Hidup Tahun 4 Bab 10

    5/6106

    III Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul. 2.4 (a) Aras 2

    senyuman menghormati ramah terima kasih jujur

    1. Seseorang penjual mestilah bersikap ______________ terhadap para

    pelanggannya ketika melayan mereka.

    2. Peniaga yang baik sentiasa berwajah ceria dengan mengukir ______________yang ikhlas.

    3. Peniaga harus bersikap ______________ dalam menguruskan jualan denganmenjauhi segala bentuk penipuan.

    4. Sikap peniaga yang tahu ______________ pelanggannya dapat membantumelariskan jualan kerana disenangi oleh mereka.

    5. Sebelum pelanggan beredar, ucapkanlah ______________ walaupun merekatidak membeli apa-apa kerana ucapan itu akan membuatkan mereka berasasenang dan tertarik untuk datang lagi.

    IV Lengkapkan peta minda di bawah dengan sikap yang perlu adapada diri seseorang penjual. 2.4 (a) Aras 2

    senyuman

    menghormati

    ramah

    terima kasih

    jujur

    Sikap penjual terhadappelanggan

    7.

    1.

    6.

    5.

    2.

    4.

    3.

    jujur

    ramah

    hormat

    senyumcekap

    cepat

    tepat

  • 8/6/2019 Nota Kemahiran Hidup Tahun 4 Bab 10

    6/6