Nota Kembara Amira

12
Amira Amira ialah seorang pelajar dan berkawan baik dengan Jacinta. Ibunya ialah Profesor Zaidah, iaitu pensyarah universiti dalam bidang arkeologi. Semasa cuti sekolah yang panjang, Amira dan Jacinta pergi ke kawasan emaknya yang sedang menjalankan kerja lapangan iaitu mencari gali artifak di Desa Karpus. Dia seorang anak tunggal yang berani dan tabah menghadapi rintangan dan dugaan. Sebagai contohnya, dia berani untuk pergi ke gua Gajah untuk menggerakkan usaha menyelamatkan Malique yang hilang. Amira tabah menghadapi dugaan walaupun mengalami peristiwa pahit iaitu dia hampir mati lemas akbiat tergelincir dan dihanyutkan oleh air sungai yang deras. Amira juga suka menolong orang yang sedang memerlukan bantuan, contohnya Amira menggerakkan usaha untuk menolong Malique dengan mendapatkan bantuan daripada Itai untuk mengesannya. Selain itu, dia bersahabat baik dengan Jacinta yang berketurunan Tionghua. Amira menghormati orang yang lebih tua daripadanya terutamanya ibunya, Pak Lias dan Dr. Zawawi. Sebagai contohnya, dia mengucapkan salam kepada ibunya pada suatu pagi selepas Jacinta ditemui dalam keadaan pengsan. Selain itu, dia merupakan seorang pelajar yang pintar untuk membuat keputusan. Sebagai contohnya, Amira diminta oleh ibunya untuk membuat keputusan tentang Tau dengan Malique dan Ipah. Dia kuat semangat ketika cuba melawan arus dan tangannya cuba memeluk batu-batu yang terdapat di sepanjang sungai tetapi gagal kerana batu-batu itu licin. Amira seorang yang prihatin, contohnya dia prihatin akan Jacinta yang baru sedar daripada pengsan dengan menyuapkan kawannya sup. Walau bagaimanapun, dia seorang yang nakal, contohnya kadang-kadang dia berbuat sesuatu tindakan yang tidak dijangka oleh ibu dan ayahnya. Namun begitu, dia seorang anak yang baik, contohnya dia tidak cerewet dan tidak pernah merungut dalam sebarang hal. Selain itu, Amira juga seorang yang penyayang, buktinya dia memicit bahu ibunya yang cedera perlahan-lahan dengan penuh kasih sayang. Amira taat akan agama iaitu dia dengan segera mengqada solat Subuh yang tidak dapat ditunaikan semasa di dalam kereta api. Amira seorang yang bertanggungjawab, contohnya dia rasa bersalah dan tidak berhenti menangis kerana dia yang menyebabkan Jacinta hilang. Dia cuma berhenti menangis apabila Jacinta berjaya ditemui oleh Tau. Watak Sampingan Jacinta Jacinta ialah seorang pelajar yang berbangsa Cina yang berkulit putih dan gebu serta menjadi kawan baik Amira. Ibunya sudah meninggal dunia, dan ayahnya sekarang berkahwin dengan seorang perempuan lain. Dia tidak suka akan ibu tiri yang baru dikahwini oleh ayahnya itu. Dia mengikut Amira pergi ke tapak kerja lapangan atau tapak cari gali artifak tinggalan manusia pada zaman silam yang sedang dijalankan oleh ibu Amira dengan pelajar-pelajarnya tahun akhirnya. Dia telah beberapa kali mengikut Amira dalam melakukan kerja-kerja dalam bidang arkeologi. Jacinta diselamatkan dan diusung oleh Tau ke Desa Karpus. Dia dalam keadaan pengsan ketika dijumpai oleh Tau di celah banir pokok balak yang besar. Jacinta menyukai Dr. Zawawi iaitu pensyarah muda dan pembantu Profesor Zaidah.

description

komsas

Transcript of Nota Kembara Amira

AmiraAmira ialah seorang pelajar dan berkawan baik dengan Jacinta. Ibunya ialah Profesor Zaidah, iaitu pensyarah universiti dalam bidang arkeologi. Semasa cuti sekolah yang panjang, Amira dan Jacinta pergi ke kawasan emaknya yang sedang menjalankan kerja lapangan iaitu mencari gali artifak di Desa Karpus. Dia seorang anak tunggal yang berani dan tabah menghadapi rintangan dan dugaan. Sebagai contohnya, dia berani untuk pergi ke gua Gajah untuk menggerakkan usaha menyelamatkan Malique yang hilang. Amira tabah menghadapi dugaan walaupun mengalami peristiwa pahit iaitu dia hampir mati lemas akbiat tergelincir dan dihanyutkan oleh air sungai yang deras. Amira juga suka menolong orang yang sedang memerlukan bantuan, contohnya Amira menggerakkan usaha untuk menolong Malique dengan mendapatkan bantuan daripada Itai untuk mengesannya. Selain itu, dia bersahabat baik dengan Jacinta yang berketurunan Tionghua.

Amira menghormati orang yang lebih tua daripadanya terutamanya ibunya, Pak Lias dan Dr. Zawawi. Sebagai contohnya, dia mengucapkan salam kepada ibunya pada suatu pagi selepas Jacinta ditemui dalam keadaan pengsan. Selain itu, dia merupakan seorang pelajar yang pintar untuk membuat keputusan. Sebagai contohnya, Amira diminta oleh ibunya untuk membuat keputusan tentang Tau dengan Malique dan Ipah. Dia kuat semangat ketika cuba melawan arus dan tangannya cuba memeluk batu-batu yang terdapat di sepanjang sungai tetapi gagal kerana batu-batu itu licin. Amira seorang yang prihatin, contohnya dia prihatin akan Jacinta yang baru sedar daripada pengsan dengan menyuapkankawannya sup.

Walau bagaimanapun, dia seorang yang nakal, contohnya kadang-kadang dia berbuat sesuatu tindakan yang tidak dijangka oleh ibu dan ayahnya. Namun begitu, dia seorang anak yang baik, contohnya dia tidak cerewet dan tidak pernah merungut dalam sebarang hal. Selain itu, Amira juga seorang yang penyayang, buktinya dia memicit bahu ibunya yang cedera perlahan-lahan dengan penuh kasih sayang. Amira taat akan agama iaitu dia dengan segera mengqada solat Subuh yang tidak dapat ditunaikan semasa di dalam kereta api. Amira seorang yang bertanggungjawab, contohnya dia rasa bersalah dan tidak berhenti menangis kerana dia yang menyebabkan Jacinta hilang. Dia cuma berhenti menangis apabila Jacinta berjaya ditemui oleh Tau.

Watak Sampingan

JacintaJacinta ialah seorang pelajar yang berbangsa Cina yang berkulit putih dan gebu serta menjadi kawan baik Amira. Ibunya sudah meninggal dunia, dan ayahnya sekarang berkahwin dengan seorang perempuan lain. Dia tidak suka akan ibu tiri yang baru dikahwini oleh ayahnya itu. Dia mengikut Amira pergi ke tapak kerja lapangan atau tapak cari gali artifak tinggalan manusia pada zaman silam yang sedang dijalankan oleh ibu Amira dengan pelajar-pelajarnya tahun akhirnya. Dia telah beberapa kali mengikut Amira dalam melakukan kerja-kerja dalam bidang arkeologi. Jacinta diselamatkan dan diusung oleh Tau ke Desa Karpus. Dia dalam keadaan pengsan ketika dijumpai oleh Tau di celah banir pokok balak yang besar. Jacinta menyukai Dr. Zawawi iaitu pensyarah muda dan pembantu Profesor Zaidah.

Jacinta seorang yang tabah tetapi sentiasa tidak sabar, dan dia cepat merajuk apabila keluarganya menjadi topik perbualan. Dia suka menolong orang, contohnya dia bersama-sama dengan Amira, Itai, Pak Lias, Roslan, dan beberapa orang lagi dalam gerakan mencari Malique yang hilang. Dia sanggup membahayakan dirinya sendiri dalam usaha untuk menolong Amira yang dihanyutkan oleh air sungai yang deras.

Jacinta seorang yang bijak berkata-kata dan pandai berhujah, contohnya dia berhujah dengan OHara semasa mereka mencari Malique. Dia mengambil berat akan kebajikan rakannya, contohnya dia membawakan Amira makanan ke khemahnya pada suatu malam. Jacinta juga tidak pernah menyinggung perasaan sahabatnya, Amira walaupun mereka berlainan agama.

ItaiItai ialah anak Tau tetapi menjadi anak angkat kepada Ludin yang berketurunan suku Orang Asli Semai yang tinggal di kampung di sebelah anak bukit. Sebenarnya Itai ialah adik Malique dan emak mereka ialah Ipah atau Jennifer. Dia seorang anak muda yang hebat, pintar, berani dan memiliki keistimewaan seperti boleh mengenali tapak kaki, meneka jantina berdasarkan tapak kaki dan boleh menghidu bau yang dibawa oleh angin. Itai berkemahiran untuk menangkap ikan dengan tangan iaitu tanpa menggunakan alat menangkap ikan. Itai akan dilantik sebagai ketua kampung yang memahami alam di hutan itu, iaitu menggantikan ayah angkatnya Ludin yang sedang memegang jawatan ketua kampung itu. Itai juga merupakan pelajar yang pintar dan menjadi harapan sekolahnya. Itai berkawan dengan Amira dan Jacinta selepas peristiwa dia menyelamatkan Amira daripada mati lemas.

Itai suka menolong orang yang sedang memerlukan bantuan, contohnya Itai membantu Amira untuk mencari Malique yang hilang. Itai menghormati orang yang lebih tua daripadanya, contohnya dia menghormati Ludin dan Tau dan tidak membantah cakap mereka. Itai seorang yang murah hati, iaitu dia dan Amira sanggup meredah hutan untuk mengambil ketulan emas di sungai untuk dihadiahkan kepada Jacinta. Dia seperti hilang semangat selepas terlihat makhluk yang berbulu ketika bersama-sama dengan Amira di dalam hutan dan seterusnya dia disergah oleh Tau pada masa itu.

Profesor ZaidahBeliau seorang profesor dan pensyarah universiti dalam bidang arkeologi. Beliau kuat bekerja, contohnya Amira mengatakan memang tabiat ibunya suka memulakan kerja sejak awal pagi iaitu ketika orang lain masih tidur. Amira juga hairan dengan ibunya yang memiliki tenaga yang kuat untuk bekerja. Beliau merupakan ibu yang penyayang, contohnya walaupun sibuk dia masih ada masa untuk Amira, lebih-lebih lagi dia sedar akan kesalahannya yang mementingkan kerjanya selepas Amira . Beliau seorang yang penyabar, contohnya dia masih bersabar dan tidak memarahi Amira kerana kesilapannya yang menyebabkan Jacinta cedera.

Profesor Zaidah seorang ketua yang prihatin, contohnya dia mengambil beratkebajikan keluarga Pak Lias danbertanyakan perbelanjaan keluarganya sebelum dia meninggalkan mereka untuk bekerja di Bukit Mat Raya. Beliaupakar dalam bidang arkeologi, contohnya dia mengatakan bahawa setiap lapisan tanah yang berlainan warna mewakili satu tempoh masa yang kita sendiri tidak pasti, mungkin ratusan atau ribuan tahun. Beliau berpengalaman selama lebih kurang dua puluh lima tahun dalam bidang itu.PERWATAKAN WATAK UTAMA : AMIRA AMIR- Anak kepada Profesor Zaidah ,pensyarah arkeologi di sebuah university- Bapanya ialah jurutera komputer di sebuah syarikat multinasional.- Mudah mesra dengan sesiapa sahaja, tegas dalam segala hal, lasak, pintar,dan manja.- Baik hati : Dia berusaha menggembirakan hati Jacinta. Dia mengajak Jacinta menyertai kembara arkeologi ibunya kerana tidak mahu Jacinta melayan perasaan sedihnya.- Berani : Amira mengikut Itai meneroka hutan, mendaki gunung , masuk ke dalam gua dan mengharungi sungai. Kebanyakan aktiviti kembara bersama-sama Itai dilakukan tanpa pengetahuan ibunya.-. Jujur : Dia berterus-terang kepada Ludin dan Tau tentang emas yang diambilnya dari sungai. Dia juga memulangkan emas kepada Ludin.- Berhemah tinggi : Walaupun dia anak professor dan jurutera, dia tetap menghormati Pak Lias, pemandu ibunya. Dia juga menghormati Ludin dan Tau menyebabkan kedua-duanya menyenangi Amira- Berdikari : Amira bertindak mengajak Itai menyelamatkan Malique tanpa meminta bantuan ibu dan orang dewasa yang lain.PERWATAKAN WATAK SAMPINGAN : ITAI- Remaja lelaki Orang Asli suku Semai seusia dengan Amira.- Anak kedua kepada pasangan Ipah atau Jennifer atau Samantha dan Tau- Pelajar sekolah menengah yang pintar- Sedia membantu orang lain : Dia berusaha memujuk Jacinta yang merajuk kerana ditanyakan hal peribadi. Bersama-sama Amira, Itai mengambil emas dari sungai walaupun melanggar peraturan kaumnya untuk dihadiahkan kepada Jacinta.- Berani : Itai menyelamatkan Amira yang hampir mati lemas dibawa arus deras sungai. Itai juga membantu mencari Jacinta dan Malique yang hilang di hutan.- Rajin belajar : Apabila cuti sekolah, Itai kembali ke perkampungan dan belajar pelbagai ilmu tentang hutan daripada Tau.- Bertanggungjawab : Itai menjaga keselamatan Amira ketika meredah hutan untuk mengambil emas. Dia menutup mata Amira apabila makhluk berbulu itu melibas parang kea rah orang yang ditawannya.

PERWATAKAN WATAK SAMPINGAN : JACINTA- Anak hartawan yang menjalankan pelbagai perniagaan di dalam dan di luarnegara- Berketurunan Cina dan berasal dari Pulau Pinang- Telah kematian ibu sejak empat tahun yang lalu- Mudah merajuk : Dia kerap tidak pulang ke banglonya di Batu Feringghi, Pulau Pinang pada musim cuti sekolah kerana dia berasa jauh hati setelah bapanya berkahwin lain.- Tidak tahan menghadapi cabaran : Jacinta berasa lemas ketika berada di dalam Gunung Gua Gajah. Dia tidak tahan bau busuk daripada najis kelawar.- Mementingkan diri sendiri : Jacinta tidak mahu bercuti ke Eropah walaupun bapanya telah mengirimkan tiket kapal terbang sebagai protes bapanya berkahwin lain. Dia tidak mempedulikan perasaan orang lain akibat perbuatannya.- Meminati seni hiasan dan kecantikan : Setelah tamat sekolah menengah, dia melanjutkan pelajaran dalam bidang rekaan fesyen di Paris. Dia juga tertarik dengan rantai batu kuarza milik Amira.PERWATAKAN WATAK SAMPINGAN : MALIQUE / SABI- Remaja lelaki berketurunan Inggeris dan Orang Asli suku Semai- berusia awal 20-an- Anak sulung Tau dan Ipah- bertubuh besar dan tegap- Sayang akan alam semula jadi : Walaupun Malique membantu OHara untuk menyimpan semua laporan dan data tentang emas di dalam system komputernya supaya pelabur-pelabur dapat maklumat terbaharu tentang projek cari gali emas di hutan itu.- Redha pada ketentuan Ilahi : Malique berusaha menerima Tau sebagai bapanya setelah mengetahui keadaan sebenarnya. Dia sanggup tinggal di dalam hutan sehingga kakinya sembuh dan enggan mengikut Jennifer pulang ke Melaka.- Taat kepada ibu : Malique mengikut OHara ke dalam hutan itu atas arahan ibunya walaupun dia tidak mengenali lelaki Inggeris itu. - Tidak lupa asal usul : Malique tidak membantah apabila dia dicalonkan untuk menjadi ketua kaumnya bagi menggantikan Ludin .Dia juga kembali ke kampungnya untuk berbakti kepada masyarakat kampong dan penduduk Dahan Hijau dengan projek literasi computer.

PERWATAKAN WATAK SAMPINGAN : TAU- Lelaki Orang Asli dari suku kaum Semai. Berusia dalam lingkungan 40-an- Bertubuh tegap, sasa dan berkulit hitam- Mahir mengesan sesuatu di dalam hutan.- Penyayang : Dia amat menyayangi anak-anaknya Sabi dan Itai. Ketika Sabi kecil, dia sering member Sabi makan daging bakar yang menjadi kegemarankanak-kanak itu.- Sanggup berkorban : Tau sanggup mengahwini adik angkatnya Ipah yang berketurunan Inggeris demi abangnya Ludin supaya abangnya berpeluang menjadi ketua masyarakat.- Baik hati : Dia bersusah payah selama empat jam mencari Jacinta yang hilang di dalam hutan.- Mengakui kesalahan : Tau meminta maaf daripada Pak Lias atas sikapnya yang ganas ketika dia dipengaruhi roh beruang dan hampie mencederakan Pak Lias.PERWATAKAN WATAK SAMPINGAN : PROFESOR ZAIDAH- Pakar arkeologi yang berasal dari Kedah.- Pensyarah di sebuah institusi pengajian tinggi- Berusia 40-an dan merupakan ibu Amira - Cekal : Walaupun menghadapi pelbagai cabaran dalam melaksanakan kerjanya, antaranya anaknya Amira hamper mati lemas, beliau tetap meneruskan projek mencari gali bahan arkeologi di hutan itu.- Bersikap professional dalam menjalankan tugas : Dia memasukkan maklumat penemuannya dalam sistem komputer. Beliau juga tenang berhadapan dengan sebarang masalah, sehingga tidak diketahui ahli kumpulannya.- Suka membantu : Beliau membantu MAlique mendapatkan sumber kewangan bagi menjayakan projrk teknologi komunikasi di kampong Orang Asli.- Tegas : Walaupun Amira dan Jacinta bukan pelajar university yang terlibat dalam kerja mencari gali, namun beliau tetap tegas supaya mereka juga mematuhi peraturan.

WATAK UTAMA: AMIRA AMIR- Anak kepada Profesor Zaidah, pensyarah arkeologi di sebuah university. Bapanya seorang jurutera komputer di sebuah syarikat multinasional.- Mudah mesra dengan sesiapa sahaja, tegas dalam segala hal, lasak, pintar, dan manja.- Baik hati: Dia berusaha menggembirakan hati Jacinta. Dia mengajak Jacinta menyertai kembara arkeologi ibunya kerana tidak mahu Jacinta melayan perasaan sedihnya.- Berani: Amira mengikut Itai meneroka hutan, mendaki gunung , masuk ke dalam gua dan mengharungi sungai. Kebanyakan aktiviti kembara bersama-sama Itai dilakukan tanpa pengetahuan ibunya.- Jujur: Dia berterus-terang kepada Ludin dan Tau tentang emas yang diambilnya dari sungai. Dia juga memulangkan emas kepada Ludin.- Berhemah tinggi: Walaupun dia anak profesor dan jurutera, dia tetap menghormati Pak Lias, pemandu ibunya. Dia juga menghormati Ludin dan Tau menyebabkan kedua-duanya menyenangi Amira.- Berdikari: Amira bertindak mengajak Itai menyelamatkan Malique tanpa meminta bantuan ibu dan orang dewasa yang lain.

WATAK SAMPINGAN: ITAI- Remaja lelaki Orang Asli suku Semai seusia dengan Amira.- Anak kedua kepada pasangan Ipah atau Jennifer atau Samantha dan Tau- Pelajar sekolah menengah yang pintar. - Sedia membantu orang lain: Dia berusaha memujuk Jacinta yang merajuk kerana ditanyakan hal peribadi. Bersama-sama Amira, Itai mengambil emas dari sungai walaupun melanggar peraturan kaumnya untuk dihadiahkan kepada Jacinta.- Berani: Itai menyelamatkan Amira yang hampir mati lemas dibawa arus deras sungai. Itai juga membantu mencari Jacinta dan Malique yang hilang di hutan.- Rajin belajar: Apabila cuti sekolah, Itai kembali ke perkampungan dan belajar pelbagai ilmu tentang hutan daripada Tau.- Bertanggungjawab: Itai menjaga keselamatan Amira ketika meredah hutan untuk mengambil emas. Dia menutup mata Amira apabila makhluk berbulu itu melibas parang ke arah orang yang ditawannya.

JACINTA- Anak hartawan yang menjalankan pelbagai perniagaan di dalam dan di luar negara, berketurunan Cina dan berasal dari Pulau Pinang dan telah kematian ibu sejak empat tahun yang lalu.- Mudah merajuk: Dia kerap tidak pulang ke banglonya di Batu Feringghi, Pulau Pinang pada musim cuti sekolah kerana dia berasa jauh hati setelah bapanya berkahwin lain.- Tidak tahan menghadapi cabaran: Jacinta berasa lemas ketika berada di dalam Gunung Gua Gajah. Dia tidak tahan akan bau busuk daripada najis kelawar.- Mementingkan diri sendiri: Jacinta tidak mahu bercuti ke Eropah walaupun bapanya telah mengirimkan tiket kapal terbang sebagai protes bapanya berkahwin lain. Dia tidak mempedulikan perasaan orang lain akibat perbuatannya.- Meminati seni hiasan dan kecantikan: Setelah tamat sekolah menengah, dia melanjutkan pelajaran dalam bidang rekaan fesyen di Paris. Dia juga tertarik akan rantai batu kuarza milik Amira.

MALIQUE / SABI- Remaja lelaki berketurunan Inggeris dan Orang Asli suku Semai, berusia awal 20-an.- Anak sulung Tau dan Ipah, bertubuh besar dan tegap.- Sayang akan alam semula jadi: Walaupun Malique membantu OHara untuk menyimpan semua laporan dan data tentang emas di dalam sistem komputernya supaya pelabur-pelabur mendapat maklumat terbaharu tentang projek cari gali emas di hutan itu.- Redha pada ketentuan Ilahi: Malique berusaha menerima Tau sebagai bapanya setelah mengetahui keadaan sebenarnya. Dia sanggup tinggal di dalam hutan sehingga kakinya sembuh dan enggan mengikut Jennifer pulang ke Melaka.- Taat kepada ibu: Malique mengikut OHara ke dalam hutan itu atas arahan ibunya walaupun dia tidak mengenali lelaki Inggeris itu. - Tidak lupa asal usul: Malique tidak membantah apabila dia dicalonkan untuk menjadi ketua kaumnya bagi menggantikan Ludin. Dia juga kembali ke kampungnya untuk berbakti kepada masyarakat kampung dan penduduk Dahan Hijau dengan projek literasi komputer.

TAU- Lelaki Orang Asli dari suku kaum Semai. Berusia dalam lingkungan 40-an, bertubuh tegap, sasa dan berkulit hitam dan mahir mengesan sesuatu di dalam hutan.- Penyayang: Dia amat menyayangi anak-anaknya, Sabi dan Itai. Ketika Sabi kecil, dia sering memberi Sabi makan daging bakar yang menjadi kegemaran kanak-kanak itu.- Sanggup berkorban: Tau sanggup mengahwini adik angkatnya, Ipah yang berketurunan Inggeris demi abangnya, Ludin supaya abangnya berpeluang untuk menjadi ketua masyarakat.- Baik hati: Dia bersusah payah selama empat jam mencari Jacinta yang hilang di dalam hutan.- Mengakui kesalahan: Tau meminta maaf daripada Pak Lias atas sikapnya yang ganas ketika dia dipengaruhi roh beruang dan hampir mencederakan Pak Lias.

PROFESOR ZAIDAH- Pakar arkeologi yang berasal dari Kedah.- Pensyarah di sebuah institusi pengajian tinggi berusia 40-an dan merupakan ibu Amira. - Cekal: Walaupun menghadapi pelbagai cabaran dalam melaksanakan kerjanya, antaranya anaknya, Amira hampir mati lemas, beliau tetap meneruskan projek mencari gali bahan arkeologi di hutan itu.- Bersikap profesional dalam menjalankan tugas: Dia memasukkan maklumat penemuannya dalam sistem komputer. Beliau juga tenang berhadapan dengan sebarang masalah, sehingga tidak diketahui ahli kumpulannya.- Suka membantu: Beliau membantu Malique mendapatkan sumber kewangan bagi menjayakan projek teknologi komunikasi di kampung Orang Asli.- Tegas: Walaupun Amira dan Jacinta bukan pelajar universiti yang terlibat dalam kerja mencari gali, namun beliau tetap tegas supaya mereka juga mematuhi peraturan.Watak dan Perwatakan Novel Kembara Amira WATAK UTAMA :AMIRA

Pelajar sekolah swasta.

Anak Profesor Zaidah.

Ayahnya bekerja sebagai jurutera IT.

Seorang yang berani. Contohnya Amira berani mengikut Itai untuk mendaki Gunung Gua Gajah walaupun berbahaya.

Seorang yang penyayang. Contohnya Amira amat menyayangi Jacinta dan dia menangis apabila Jacinta tidak sedarkan diri kerana sesat di hutan.

Seorang yang mudah mesra. Contohnya Amira cepat menyesuaikan diri bersama pelajar-pelajar ibunya.

Seorang yang penyabar. Contohnya Amira sabar dalam usaha menjalankan kerja lapangan yang memerlukan tahap kesabaran yang tinggi.

WATAK SAMPINGAN

JACINTA

Berkulit cerah.

Berbangsa Cina.

Rakan sebilik Amira di sekolah swasta.

Anak seorang jutawan.

Telah kematian ibunya empat tahun lalu.

Seorang yang memendam rasa. Contohnya Jacinta tidak berpuas hati dengan ayahnya yang berkahwin lain tetapi Jacinta tidak cuba untuk berterus terang.

Seorang yang sensitif. Contohnya Jacinta cepat merajuk apabila isu keluarganya diungkit.

Seorang sahabat yang setia. Contohnya Jacinta sentiasa bersama-sama dan menemani Amira dalam apa-apa jua keadaan.

ITAI

Berkulit gelap.

Berbadan tegap.

Anak orang asli yang bersekolah di bandar.

Anak kepada Tau.

Bakal ketua kampung.

Seorang yang tahu selok belok hutan. Contohnya setelah belajar daripada Tau, akhirnya Itai berjaya mengenal selok belok hutan. Sebagai contoh, dia berjaya menyelamatkan Amira daripada dihanyutkan oleh arus deras.

Seorang yang prihatin. Contohnya apabila mengetahui Jacinta mahu memiliki batu Kuartza seperti Amira, Itai berusaha memujuk Jacinta dengan mendapatkan emas untuk dijadikan loket.

Seorang yang berani. Contohnya, Itai berani untuk berlawan dengan makhluk berbulu yang amat digeruni oleh semua masyarakat orang asli.

Seorang yang mempunyai keistimewaan deria keenam. Contohnya Itai dianugerahkan kelebihan deria keenam iaitu dapat mengenali tapak kaki, meneka jantina berdasarkan tapak kaki dan boleh menghidu bau yang dibawa oleh angin.

PROFESOR ZAIDAH

Wanita pertengahan usia

Ibu kepada Amira

Pensyarah universiti

Meminati bidang arkeologi

Seorang yang penyayang contohnya, sebagai ibu Prof. Zaidah membelai dan memeluk Amira ketika Amira bersedih kerana Jacinta tidak sedarkan diri ketika sedang mencari Amira yang dihanyutkan oleh arus.

Seorang yang tegas. Contohnya sebagai pengarah projek di Desa Karpus, Prof Zaidah tegas dalam memberi arahan kepada setiap gerak kerja yang akan dilakukan.

Seorang yang tidak mudah berputus asa. Contohnya, Walaupun Prof Zaidah dihujani dengan pelbagai cabaran dan dugaan seperti keretanya pernah disabotaj sehingga terbabas, namun beliau bertegas untuk meneruskan projek cari gali tersebut.

TAU

Seorang yang tinggi lampai.

Berbadan tegap.

Bapa kepada Malique dan Itai.

Bekas suami kepada Ipah (Jennifer).

Adik kepada Ludin.

Seorang yang bersifat prejudis. Contohnya, Tau tidak menyenangi kehadiran orang luar ke kawasan Bukit Mat Raya walaupun tanpa mengetahui tujuan mereka.

Seorang yang sanggup berkorban. Contohnya Tau sanggup menggantikan abangnya Ludin untuk berkahwin dengan Ipah agar abangnya dapat menjadi ketua kampung.

Seorang yang prihatin. Contohnya, pada setiap malam, Tau sanggup berada di Desa Karpus untuk menjaga keselamatan pelajar-pelajar Prof Zaidah tanpa pengetahuan mereka.

MALIQUE (SABI)

Berkulit gelap.

Berambut kasar.

Anak Tau dengan Ipah.

Abang kepada Itai.

Seorang yang mahir dalam bidang IT. Contohnya, Ohara menyuruh Malique menyiapkan laporan menggunakan kemahiran IT yang dimilikinya.

Seorang yang mencintai alam sekitar. Contohnya, Malique sanggup mencipta virus sendiri dalam laporan yang disiapkan semata-mata untuk menggagalkan projek mencari emas Ohara yang boleh memusnahkan hutan tersebut.

Seorang yang bersopan-santun. Contohnya, semasa melawat Amira di Desa Karpus, sikap Malique yang beradap telah menambat hati Prof. Zaidah.

Watak Utama-Amira Pelajar sekolah swasta. Anak Profesor Zaidah. Ayahnya bekerja sebagai jurutera IT. Seorang yang berani. Contohnya Amira berani mengikut Itai untuk mendaki Gunung Gua Gajah walaupun berbahaya. Seorang yang penyayang. Contohnya Amira amat menyayangi Jacinta dan dia menangis apabila Jacinta tidak sedarkan diri kerana sesat di hutan. Seorang yang mudah mesra. Contohnya Amira cepat menyesuaikan diri bersama pelajar-pelajar ibunya. Seorang yang penyabar. Contohnya Amira sabar dalam usaha menjalankan kerja lapangan yang memerlukan tahap kesabaran yang tinggi.

Watak Sampingan 1. Jacinta Berkulit cerah. Berbangsa Cina. Rakan sebilik Amira di sekolah swasta. Anak seorang jutawan. Telah kematian ibunya empat tahun lalu.Seorang yang memendam rasa. Contohnya Jacinta tidak berpuas hati dengan ayahnya yang berkahwin lain tetapi Jacinta tidak cuba untuk berterus terang.Seorang yang sensitif. Contohnya Jacinta cepat merajuk apabila isu keluarganya diungkit.Seorang sahabat yang setia. Contohnya Jacinta sentiasa bersama-sama dan menemani Amira dalam apa-apa jua keadaan.2.Itai Berkulit gelap.Berbadan tegap. Anak orang asli yang bersekolah di bandar.Anak kepada Tau.Bakal ketua kampung. Seorang yang tahu selok- belok hutan. Contohnya setelah belajar daripada Tau, akhirnya Itai berjaya mengenal selok -belok hutan. Sebagai contoh, dia berjaya menyelamatkan Amira daripada dihanyutkan oleh arus deras.Seorang yang prihatin. Contohnya apabila mengetahui Jacinta mahu memiliki batu Kuartza seperti Amira, Itai berusaha memujuk Jacinta dengan mendapatkan emas untuk dijadikan loket.Seorang yang berani. Contohnya, Itai berani untuk berlawan dengan makhluk berbulu yang amat digeruni oleh semua masyarakat orang asli.Seorang yang mempunyai keistimewaan deria keenam. Contohnya Itai dianugerahkan kelebihan deria keenam iaitu dapat mengenali tapak kaki, meneka jantina berdasarkan tapak kaki dan boleh menghidu bau yang dibawa oleh angin. 3.Profesor Zaidah Wanita pertengahan usiaIbu kepada AmiraPensyarah universitiMeminati bidang arkeologiSeorang yang penyayang contohnya, sebagai ibu Prof. Zaidah membelai dan memeluk Amira ketika Amira bersedih kerana Jacinta tidak sedarkan diri ketika sedang mencari Amira yang dihanyutkan oleh arus. Seorang yang tegas. Contohnya sebagai pengarah projek di Desa Karpus, Prof Zaidah tegas dalam memberi arahan kepada setiap gerak kerja yang akan dilakukan.Seorang yang tidak mudah berputus asa. Contohnya, Walaupun Prof Zaidah dihujani dengan pelbagai cabaran dan dugaan seperti keretanya pernah disabotaj sehingga terbabas, namun beliau bertegas untuk meneruskan projek cari gali tersebut.4. Tau Seorang yang tinggi lampai.Berbadan tegap.Bapa kepada Malique dan Itai.Bekas suami kepada Ipah (Jennifer).Adik kepada Ludin. Seorang yang bersifat prejudis. Contohnya, Tau tidak menyenangi kehadiran orang luar ke kawasan Bukit Mat Raya walaupun tanpa mengetahui tujuan mereka.Seorang yang sanggup berkorban. Contohnya Tau sanggup menggantikan abangnya Ludin untuk berkahwin dengan Ipah agar abangnya dapat menjadi ketua kampung. Seorang yang prihatin. Contohnya, pada setiap malam, Tau sanggup berada di Desa Karpus untuk menjaga keselamatan pelajar-pelajar Prof Zaidah tanpa pengetahuan mereka.5. Malique(Sabi) Berkulit gelap.Berambut kasar.Anak Tau dengan Ipah. Abang kepada Itai.Seorang yang mahir dalam bidang IT. Contohnya, Ohara menyuruh Malique menyiapkan laporan menggunakan kemahiran IT yang dimilikinya.Seorang yang mencintai alam sekitar. Contohnya, Malique sanggup mencipta virus sendiri dalam laporan yang disiapkan semata-mata untuk menggagalkan projek mencari emas Ohara yang boleh memusnahkan hutan tersebut.Seorang yang bersopan-santun. Contohnya, semasa melawat Amira di Desa Karpus, sikap Malique yang beradap telah menambat hati Prof. Zaidah.