Nota KHAS Surah Al-Mulk

8
Seminar Ibrah Surah Al-Mulk 2016 MENGAPA SURAH MAKKIYAH USTAZ ? "Ustaz, susah nak membawa perubahan dalam negara ini kalau orang atas tidak berubah. Setiap kali berubah orang atas, berubahlah polisi. Manusia dah macam robot, bahan eksperimen penggubal polisi.", luah seorang ahli usrah. "Di sini duduknya tujuan surah-surah Makkiyah sahabatku. Bukanlah tidak disengajakan surah-surah Makkiyah ini mendominasi Kitabullah. Sering kali kita baca ada kisah Nabi yang dirakamkan dengan terperinci usaha gigihnya melakukan perubahan, namun tidak pula dirakamkan berapa yang berjaya masuk Islam di tangan mereka. Bahkan ada yang dirakamkan tiada seorang pun beriman melainkan seorang. Sering kali kita baca kisah Nabi pula, ucapan Nabi itu yang dirakamkan Allah dan bukannya respon kaumnya.", ujarku memimpin usrah pada malam itu. "Ada contoh tak ustaz dari surah mana?", soal seorang lagi ahli usrah. "Lihat surah Al-Mulk sendiri, surah ini sangat pelik kerana berakhir pun dengan soalan yang tiada jawapan. Bukan mudah nak bertemu surah yang berbentuk banyak soalan, dan berakhir pun dengan nada soalan. Tidak dirakamkan lagi selepas ayat itu sikap Quraisy selanjutnya selepas 29 ayat sebelumnya merakamkan hampir 5 ucapan biadap mereka kepada Rasulullah. Mengapa agaknya ? Cuba kalian fikirkan.", ujarku. "Soalan tanpa jawapan mungkin hikmahnya agar pembaca Al-Quran memfokuskan pada kaedah dakwah Rasulullah itu sendiri dan bukan pada jawapan Quraisy yang kita sudah sedia maklum.", jawap seorang ahli usrah. "Itulah definisi dakwah ya akhi. Allah memandang usaha kamu membawa perubahan, bukannya natijah dari usaha perubahan kamu. Musibah yang menimpa negara kita kini adalah hikmah untuk Allah beri kita pahala berfikir dan bekerja, bukan dosa mengeluh, merusuh dan meruntuh. Perubahan bermula dari diri kita sendiri dahulu sebelum kita bermimpi untuk mengubah negara.", ujarku menutup sidang usrah. www.akademisinergi.com Page 1 www.ibrahparadigm.com.my

Transcript of Nota KHAS Surah Al-Mulk

Page 1: Nota KHAS Surah Al-Mulk

Seminar Ibrah Surah Al-Mulk 2016

MENGAPA SURAH MAKKIYAH USTAZ ?

"Ustaz, susah nak membawa perubahan dalam negara ini kalau orang atas tidak berubah. Setiap kali berubah orang atas, berubahlah polisi. Manusia dah macam robot, bahan eksperimen penggubal polisi.", luah seorang ahli usrah.

"Di sini duduknya tujuan surah-surah Makkiyah sahabatku. Bukanlah tidak disengajakan surah-surah Makkiyah ini mendominasi Kitabullah. Sering kali kita baca ada kisah Nabi yang dirakamkan dengan terperinci usaha gigihnya melakukan perubahan, namun tidak pula dirakamkan berapa yang berjaya masuk Islam di tangan mereka. Bahkan ada yang dirakamkan tiada seorang pun beriman melainkan seorang. Sering kali kita baca kisah Nabi pula, ucapan Nabi itu yang dirakamkan Allah dan bukannya respon kaumnya.", ujarku memimpin usrah pada malam itu.

"Ada contoh tak ustaz dari surah mana?", soal seorang lagi ahli usrah.

"Lihat surah Al-Mulk sendiri, surah ini sangat pelik kerana berakhir pun dengan soalan yang tiada jawapan. Bukan mudah nak bertemu surah yang berbentuk banyak soalan, dan berakhir pun dengan nada soalan. Tidak dirakamkan lagi selepas ayat itu sikap Quraisy selanjutnya selepas 29 ayat sebelumnya merakamkan hampir 5 ucapan biadap mereka kepada Rasulullah. Mengapa agaknya ? Cuba kalian fikirkan.", ujarku.

"Soalan tanpa jawapan mungkin hikmahnya agar pembaca Al-Quran memfokuskan pada kaedah dakwah Rasulullah itu sendiri dan bukan pada jawapan Quraisy yang kita sudah sedia maklum.", jawap seorang ahli usrah.

"Itulah definisi dakwah ya akhi. Allah memandang usaha kamu membawa perubahan, bukannya natijah dari usaha perubahan kamu. Musibah yang menimpa negara kita kini adalah hikmah untuk Allah beri kita pahala berfikir dan bekerja, bukan dosa mengeluh, merusuh dan meruntuh. Perubahan bermula dari diri kita sendiri dahulu sebelum kita bermimpi untuk mengubah negara.", ujarku menutup sidang usrah.

www.akademisinergi.com Page �1 www.ibrahparadigm.com.my

Page 2: Nota KHAS Surah Al-Mulk

Seminar Ibrah Surah Al-Mulk 2016

KENALI IDENTITI SURAH AL-MULK

Surah ke : 67Juzuk : 29 (surah pertama dalam juzuk 29)Surah sebelum dalam mushaf : Al-Tahrim (Madaniah)Surah selepas dalam mushaf : Al-Qalam (Makkiyah)Turun selepas : Surah Al-ThurJumlah ayat : 30 Status : Makkiyah (awal Makkiyah ketika dakwah baru bermula)Nama lain : Tabaraka, Al-Waqiah, Al-Munjiyah, Al-Mujadilah (tafsir al-Alusi)

Hubungan dengan surah sebelum (Al-Tahrim) : Abi : "Fatihah dah baca Al-Mulk ?”

Fatihah : "Dah Abi. Tapi Fatihah ada soalan?"

Abi : "Silakan sayang."

Fatihah : "Abi, kenapa ada surah Al-Tahrim sebelum surah Al-Mulk ini ? Bukankah surah Al-Tahrim surah Madaniah ? Kenapa sekejap di Madinah, sekejap di Makkah ?"

Abi : "Fatihah. Makkiah atau Madaniah sesuatu surah, itu tidak penting sayang. Yang penting kaitan antara surah berkenaan. Fatihah ada perasan tak persamaan intipati antara surah Al-Mulk dan surah sebelumnya, Al-Tahrim ?"

Fatihah : "Tak tahulah Abi."

Abi : "Begini sayang. Kamu perasan tak ada babak rahsia merahsiakan dalam surah Al-Tahrim ?"

Fatihah : "Sebentar Abi...Ya betul Abi, ayat ketiga. Nabi mahu agar kata-katanya pada isteri baginda dirahsiakan, namun rahsia itu bocor, lalu Allah bongkarkan perbuatan rahsia isteri-isteri baginda itu pada Nabi."

Abi : "Bagus anak Abi. Sekarang kamu tengok surah al-Mulk yang kamu baca tadi. Cuba tengok dekat mana ada juga babak rahsia merahsiakan ?”

Fatihah : "Ayat 13 Abi. Perkataan sama berulang. Sirr. Subhanallah."

Abi : "Fatihah nak lagi ke Abi beritahu sayang?"

www.akademisinergi.com Page �2 www.ibrahparadigm.com.my

Page 3: Nota KHAS Surah Al-Mulk

Seminar Ibrah Surah Al-Mulk 2016

Fatihah : "Nak Abi. Please..."

Abi : "Fatihah perasan tak ayat-ayat pasal neraka dalam surah Al-Tahrim ? Banyak tak ayat-ayatnya Fatihah ?

Fatihah : "Sekejap Abi...Betul Abi. Dalam surah Al-Tahrim, perintah Allah agar jaga keluarga dari api neraka. Malaikat Zabaniah yang jaga Neraka sangat menggerunkan pula. Selepas itu Allah juga beritahu isteri Nabi Nuh dan isteri Nabi Luth akan masuk ke Neraka berkenaan."

Abi : "Cukup sayang. Sekarang kamu tahu siapa yang menjaga Neraka, apa bahan bakar api Neraka, siapa yang menghuni Neraka bukan ? Tapi kamu sudah tahu bagaimana mereka akan masuk ke dalamnya, apa yang mereka dengar ketika mahu dibaling, apa yang penjaga Neraka akan buat pada mereka sebelum dibaling ?"

Fatihah : "Rasa macam tahu je Abi bila baca surah Al-Mulk tadi. Alhamdulillah."

Abi : "Seperkara lagi sayang. Surah Al-Tahrim mengenai taubat nasuha di dunia manakala surah Al-Mulk mengenai taubat yang tidak diterima iaitu di hadapan azab. Satu lagi, surah Al-Tahrim berakhir dengan sebaik-baik makhluk wanita di atas muka bumi iaitu Maryam, maka surah ini bermula dengan sebaik-baik penciptaan Allah yang ada di langit. Sempurna tanpa sedikitpun kecacatan. Kesempurnaan pertama sudah berlalu dalam lipatan sejarah. Kesempurnaan kedua Fatihah masih boleh melihatnya sekarang."

Fatihah : "Subhanallah. Terima kasih Abi.”

Hubungan dengan surah selepas (Al-Qalam) :1. Surah ini berakhir dengan perintah Allah agar Nabi teruskan bersabar dan

menyantuni Quraisy dengan persoalan-persoalan yang logik meskipun Quraisy semua lari daripadanya, maka surah selepas bermula dengan penegasan Nabi mempunyai sebaik-baik akhlak dan sikap yang tidak boleh dinafikan oleh Quraisy.

2. Surah ini berakhir dengan soalan mengenai siapa yang mendatangkan air dan memberikan kehidupan, maka surah selepasnya membawa kisah para pemilik kebun yang lupakan Tuhan dan zalim kepada miskin telah dimusnahkan kebunnya oleh Allah.

www.akademisinergi.com Page �3 www.ibrahparadigm.com.my

Page 4: Nota KHAS Surah Al-Mulk

Seminar Ibrah Surah Al-Mulk 2016

KELEBIHAN SURAH AL-MULK BERDASARKAN HADIS-HADIS YANG SAHIH

روى الترمذي أيضا من طريق ليث بن أبي سليم ، عن أبي الزبير ، عن جابر : أن رسول اهلل - صلى اهلل عليه وسلم - كان ال ينام حتى يقرأ " الم تنزيل " سورة

السجدة ، و " تبارك الذي بيده امللك " “Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam tidak akan tidur

melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk.” (hadis disahihkan Al-Albani berdasarkan al-Silsilah Al-Sahihah 585)

عن أبي هريرة ، عن رسول اهلل - صلى اهلل عليه وسلم - قال : " إن سورة في القرآن

ثالثني آية شفعت لصاحبها حتى غفر له : " تبارك الذي بيده امللك " .ورواه أهل السنن األربعة ، من حديث شعبة به ، وقال

الترمذي : هذا حديث حسن .“Sesungguhnya di dalam al-Quran ada 30 ayat memberi syafaat kepada

pembacanya sehingga diberi keampunan untuknya iaitu surah al-Mulk.” (hadis direkodkan sebagai hasan “lighairihi” oleh Al-Tirmidzi (2891), Abu Daud (1400) dan Ibnu

Majah (3786), disahihkan oleh Al-Albani dalam “Sahih Ibnu Majah”)

روى الطبراني ، والحافظ الضياء املقدسي ، من طريق سالم بن مسكني ، عن ثابت ، عن أنس قال : قال رسول اهلل - صلى اهلل عليه وسلم - : " سورة في القرآن خاصمت عن صاحبها

حتى أدخلته الجنة : " تبارك الذي بيده امللك " .“Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka

dan memasukkannya ke dalam Syurga.” (hadis dihasankan Al-Albani dalam Sahih Al-Jame’ 3644)

Abdullah bin Mas’ud : Surah ini mencegah dari azab kubur dan dikenali sebagai Al-Mani’ah pada zaman Rasulullah

(Al-Nasaie 179 / 6 dan disahihkan al-Albani dalam Sahih Al-Targib wal Tarhib 1475)

Rujukan : Tafsir Ibnu Kathir

www.akademisinergi.com Page �4 www.ibrahparadigm.com.my

Page 5: Nota KHAS Surah Al-Mulk

Seminar Ibrah Surah Al-Mulk 2016

“STORYBOARD” SURAH AL-MULK

• Surah ini turun di awal perjuangan dakwah Nabi di Makkah iaitu sekitar tahun ke-3 atau 4 kenabian. Surah ini benar-benar menggambarkan sifat Makkiyah iaitu seruan kepada mengabdikan diri hanya kepada Allah dan tiada sebarang sekutu perantara dengan-Nya, percaya pada hari Akhirat sebagai hari pembalasan kepada segala sikap di dunia dan bermulanya hari itu dengan hari kehancuran alam yang sedia ada, jangan sekali kali mengambil sikap kaum terdahulu ketika kamu diberi lebih belas kasihan dari Allah (tidak diazab secara pantas sebagai orang terdahulu)

• Ayat 1 dan 2 : Ayat kunci kepada surah ini iaitu kebesaran kerajaan Allah ketika Quraisy mula memberi tentangan sengit kepada Rasulullah dan pernyataan tujuan penciptaan manusia sebagai sebaik-baik kejadian untuk melakukan sebaik-baik amal (ahsanu ‘amalan) dengan prinsip beriman pada pada wujudnya kematian (kehidupan pertama yang berkesudahan dengan kematian) dan kehidupan (kehidupan kedua yang tiada lagi kematian). Kekuasaan meniadakan apa yang ada dan mengadakan apa yang telah tiada adalah asas terpenting memahami maksud kerajaan dan kekuasaan Allah.

• Ayat 3 hingga 5 : Mengukuhkan mesej kewujudan alam Akhirat dengan penerangan wujudnya 6 petala langit (unseen world) yang dibina di atas langit dunia (seen world). Pada masa yang sama, ayat 3-5 menjelmakan model “ahsanu amalan” dari Allah Azza Wa Jalla itu sendiri melalui kesempurnaan penciptaan langit tanpa kecacatan.

• Ayat 6 hingga 12 : Huraian lebih lanjut pada konsep kehidupan kedua selepas kehidupan pertama dengan mengambil kisah penghuni Neraka yang sangat mengerikan. Pada masa yang sama, segmen ayat 6 hingga 12 menjawap kebiadapan pertama Quraisy yang menuduh Rasulullah sesat dan tidak diturunkan apa-apa wahyu (yang membatalkan amalan syirik mereka selama ini).

• Ayat 13 hingga 18 : Menjawap kebiadapan kedua Quraisy tidak pun mempedulikan ayat-ayat Neraka dari Rasulullah, bahkan mula berbisik-bisik secara rahsia untuk melakukan sabotaj pada rencana dakwah Rasulullah. Bagaimana mereka boleh berani merencana kejahatan kepada Rasulullah sedangkan Allah boleh dengan mudahnya merencana kemusnahan mereka di bumi dan membalas secara langsung perbuatan jahat mereka tanpa mereka sedari. Pendekatan “lihat di depan” (langit,

www.akademisinergi.com Page �5 www.ibrahparadigm.com.my

Page 6: Nota KHAS Surah Al-Mulk

Seminar Ibrah Surah Al-Mulk 2016

bumi, angin) dan “lihat di belakang” (sejarah kaum terdahulu) selepas “lihat di atas” (wahyu mengenai Neraka) sebagai uslub dakwah seterusnya surah ini yang tidak menatijahkan apa-apa perubahan pada Quraisy.

• Ayat 19 hingga 24 : Menjawap kebiadapan ketiga Quraisy yang mengatakan Rasulullah akan dimusnahkan sendiri oleh berhala-berhala mereka dan sebaliknya berhala-berhala ini akan terus menerus memberikan rezeqi kepada mereka. Sungguh mereka lupa bahawa nikmat keamanan dan kemajuan rezeqi yang mereka perolehi sekarang di Makkah sekalipun sebenarnya berpunca dari burung-burung yang diutuskan Allah sebagai tentera menyelamatkan Makkah dari Abrahah. Sungguh Quraisy sengaja memilih untuk berjalan seperti binatang, mematikan fungsi akal mereka dan memperbodohkan diri untuk terus menyembah berhala.

• Ayat 25 hingga 27 : Menjawap kebiadapan keempat Quraisy yang terus menerus mencabar Rasulullah mendatangkan segera kematian (Kiamat) kepada mereka bagi menjustifikasi kemahuan mereka untuk menuduh Rasulullah pendusta dan pengada-adakan cerita.

• Ayat 28 hingga 30 : Selepas episod jawap menjawap segala kebiadapan Quraisy dengan “kesabaran” Allah dan Rasul-Nya, maka Quraisy memilih untuk mengatakan kepada Rasulullah dan para Sahabah “pergi mati kalian semua”. Inilah kemuncak penolakan mereka kepada mesej kebenaran yang logik dan selari dengan fitrah dari Rasulullah. Ayat 29 menyatakan jika itulah pilihan nekad dilakukan Quraisy, maka urusan masa depan Quraisy akan diserahkan Rasulullah kepada Allah sendiri. Ayat 30 menutup surah al-Mulk dengan persoalan yang membabitkan Quraisy disentak sekali lagi dari mana-manakah asal usul tanah Makkah yang dahulunya lembah kematian yang kering kontang.

www.akademisinergi.com Page �6 www.ibrahparadigm.com.my

Page 7: Nota KHAS Surah Al-Mulk

Seminar Ibrah Surah Al-Mulk 2016

MUKMIN PROFESIONAL DARI SURAH AL-MULK

Apakah itu أحــــــــــسن عــــــــــمال ? Selain merujuk hadis-hadis yang sahih mentafsirkan dua kalimah ini, kita sendiri boleh belajar dari "cara kerja" Allah Azza wa Jallah.

1. Bermula dengan menjemput keberkatan. Bacalah bismillah agar meraih تـــــــــــبارك yang berganda-ganda.

2. Bekerjalah seperti mati akan datang pada malam ini atau tidak lama lagi. خـــــــــلق املوت والحياة

3. Lakukan kerja yang sama berkali-kali sehingga kita menjadi pakar yang kompeten dalam sesuatu bidang. سبع سماوات

4. Selepas siap sesuatu kerja, ulang pandang hasil kerja supaya tiada sedikitpun kesilapan berlaku. Jangan bekerja seperti melepaskan batok di tangga. فارجع البصر !

5. Berikan nilai tambah berbentuk keindahan yang menarik minat orang untuk melihat hasil kerja kita dengan lebih dekat. ولقد زينا

6. Jaga-jaga dari sebarang elemen kerosakan dan kecacatan. Selalu lakukan "maintainence" agar hasil kerja menjadi legasi jangka panjang. رجوما للشياطني

7. Jaga hati dari penyakit hati berbahaya selepas hasil kerja menjadi kebanggaan ramai. وللذين كفروا

APA SELEPAS SEMINAR INI ?

1. Baca dengan tartil / perlahan-lahan agar mendapat pahala dan keberkatan

2. Ambil tahu terjemahan sebenar (tingkatkan perbendaharaan perkataan, jangan hanya bergantung dengan “typical translation”)

3. Fahami tafsiran setiap ayat (aspek ruh dan “batin”) dan yakini setiap ayat dihadapkan kepada kita

4. Baca sekali lagi (sedaya upaya menghafaz mana yang mampu dan membacanya dalam solat)

5. Sebarkan keindahan kalam Allah kepada manusia yang lain

www.akademisinergi.com Page �7 www.ibrahparadigm.com.my

Page 8: Nota KHAS Surah Al-Mulk

Seminar Ibrah Surah Al-Mulk 2016

RUJUKAN IBRAH SURAH AL-MULK

Bahan Bacaan1. ’Abdul Malik Abdul Karim Amrullah. 1984. Tafsir Al-Azhar Juzuk 29-30. Surabaya:

Yayasan Latimojong

2. Ibnu Katsir. 2015. Tafsir Ibnu Katsir. Cetakan Pertama. Jilid 10. Jawa Tengah : Penerbit Insan Kamil

3. Hudzaifah Ismail. 2012. Kerajaan Al-Quran. Cetakan Pertama. Jakarta : Almahira

4. Musthafa Al-‘Adawi. 2012. Al-Bayan ; Kamus Kosakata Al-Quran. Indonesia : Penerbit Zam Zam

5. Muhammad Al-Tayyib Al-Ibrahim. I’rab Al-Quran Al-Karim Al-Muyassar. Lubnan : Darul Al-Nafaes

6. Syed Qutb. 1992. Tafsir Fi Dzhilalil Quran. Cetakan Pertama. Jilid 11. Jakarta : Gema Insani.

Bahan Online1. Tafsir Al-Maraghi https://ar.wikisource.org/wiki/تفسير_املراغي/سورة_امللك

2. Syekhul Azhar Tantawi, Tafseer al-Waseeth, http://quran.ksu.edu.sa/tafseer/waseet/sura14-aya1.html

3. Fakhruddin Al-Razi, Tafsir Mafatihul Ghaib, http://www.al-eman.com//تفسير%20الرازيs67&t14&p22/امللك

4. Tafsir Al-Biqaie http://www.al-eman.com/تفسير%20البقاعي/امللك/s67&t26&p22

5. Tafsir Al-Tahrir wal Tanwir, Ibnu Asyur http://quran.ksu.edu.sa/tafseer/tanweer/sura1-aya1.html

6. Maududi, Tafheemul Quran, http://www.englishtafsir.com/Quran/14/index.html

7. Nouman Ali Khan, Tafsir Surah Al-Mulk, Bayyinah TV.Com

8. M. Quraisy Syihab, Tafsir Al-Mishbah, Quraisy Syihab, Youtube Metro TV

www.akademisinergi.com Page �8 www.ibrahparadigm.com.my