Nota Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia

download Nota Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia

of 1

Transcript of Nota Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia

  • 7/29/2019 Nota Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia

    1/1

    KOD TADBIR URUS KORPORAT

    MALAYSIA (SEMAKAN 2007)

    Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia (Kod) kali pertama dikeluarkan pada bulan Mac2000. Pematuhan terhadap Kod ini bukan mandatori. Bagaimanapun, di bawah Keperluan

    Penyenaraian Bursa Malaysia, syarikat-syarikat tersenarai dikehendaki membentangkandalam laporan tahunan mereka, mengenai bagaimana mereka telah menggunakan prinsip-

    prinsip dan amalan terbaik yang digariskan dalam Kod ini, serta mengenal pasti dan

    memberikan sebab bagi perkara-perkara yang tidak mematuhi Kod tersebut bersama-samadengan amalan alternatif yang digunakan, jika ada.

    Selaras dengan pengumuman Belanjawan 2008 oleh Perdana Menteri, Kod semakan ini

    mengandungi pindaan utama yang bertujuan untuk mengukuhkan peranan dantanggungjawab ahli lembaga pengarah dan jawatankuasa audit, dan memastikan bahawa

    mereka melaksanakan tugas dengan berkesan.

    Secara khusus, Kod semakan ini menggariskan kriteria kelayakan bagi pelantikan pengarah,

    komposisi ahli lembaga pengarah dan peranan ahli jawatankuasa pencalonan . Pengarah

    bukan eksekutif bebas diharap dapat memberikan fungsi pemantauan yang lebih bererti danbebas.

    Jawatankuasa pencalonan, sebagai pengawal kepada pelantikan dan pelantikan semula

    pengarah, diharapkan dapat menilai profesionalisme dan integriti pengarah yangdicadangkan, selain memastikannya memiliki keperluan asas iaitu kemahiran, pengetahuan,

    kepakaran dan pengalaman dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai ahlilembaga.

    Bagi memastikan supaya jawatankuasa audit bertindak sebagai pemeriksa yang berkesan

    terhadap pengurusan syarikat, Kod semakan ini memperincikan komposisi ahli jawatankuasaaudit, kekerapan mesyuarat dan keperluan bagi ahli jawatankuasa audit menghadiri latihan

    berterusan supaya seiringan dengan pembangunan yang relevan dalam bidang kewangan dan

    dalam bidang-bidang lain yang berkaitan. Selain itu, pengarah eksekutif tidak lagi dibenarkanmenjadi ahli jawatankuasa audit bagi memelihara kebebasan jawatankuasa tersebut.

    KOD TADBIR URUS KORPORAT MALAYSIA

    (SEMAKAN 2007) (pdf - 87KB)

    (Nota: Anda memerlukan Acrobat Reader untuk melihat fail pdf. Jika anda tidak mempunyai

    Acrobat Reader, anda boleh muat turun terlebih dahulu.)

    http://www.sc.com.my/eng/html/cg/cg2007.pdfhttp://www.sc.com.my/eng/html/cg/cg2007.pdfhttp://www.adobe.com/products/acrobat/readstep.htmlhttp://www.adobe.com/products/acrobat/readstep.htmlhttp://www.sc.com.my/eng/html/cg/cg2007.pdfhttp://www.sc.com.my/eng/html/cg/cg2007.pdf