NOTA LISAN Gaya Hidup Sihat

4
NOTA LISAN GAYA HIDUP SIHAT Gaya Hidup Sihat Perlu Keseimbangan Rohani dan Jasmani Jun 4, 2007 Posted by MOHD IDZANEY ZAKARIA in Cara Hidup. Masyarakat negara kita sering terdedah dengan pelbagai masalah kesihatan yang kronik dan akhirnya mengundang kepada kematian. Ia adalah kesan daripada amalan gaya hidup yang tidak sihat dan ketidakseimbangan kesihatan rohani dan jasmani dalam kitaran hidup seharian. Kementerian Kesihatan kerap kali mengadakan kempen kesihatan untuk memberi kesedaran kepada awam tentang penjagaan kesihatan yang perlu dipupuk dalam budaya hidup kita malah perlu disemai sejak awal lagi agar kita tidak tergolong dalam kalangan yang mempunyai masalah kesihatan. Namun, adakah kempen gaya hidup sihat, Tak Nak Merokok , makanan berkhasiat dan kempen kecerdasan mampu mengubah pandangan masyarakat kita tentang peri pentingnya menjaga kesihatan sekaligus mengamalkan gaya hidup yang sihat? Mungkin ada sesetengah golongan menyedari akan hakikat ini dan ada juga segelintirnya yang menganggap kesihatan hanya perlu dijaga apabila sudah berusia ataupun ada sesetengah golongan merasakan usia muda menjadi tiket untuk mereka terus kekal sihat. Bagi golongan ini, apakah jaminan mereka? Usahkan menunggu sehingga umur tua, sedangkan yang masih kecil lagipun sudah menghidap pelbagai penyakit. Usia bukan jaminan untuk kita terus kekal sihat, tetapi usia boleh dijadikan satu pemangkin untuk kita menjaga kesihatan agar boleh menjalani hidup yang bermakna pada masa hadapan. Kesihatan merupakan suatu kekayaan. Walau sehebat manapun seseorang individu, sihat masih lagi menjadi agenda utama yang perlu dikekalkan. Secara umumnya, umur 40 tahun adalah tempoh yang paling ketara pelbagai penyakit dikesan tetapi jika kita menyedari akan kepentingan penjagaan kesihatan sejak dari awal lagi, pelbagai langkah pencegahan boleh diambil dan merupakan satu cara yang terbaik daripada kita mengubatinya. Peningkatan utama masalah kesihatan masyarakat di negara kita adalah kerana gaya hidup yang tidak sihat dan seimbang termasuklah kurangnya kesedaran dalam menjaga keseimbangan dan kesederhanaan dalam hidup. Gaya hidup yang berlebihan ini akan mengakibatkan tekanan dan akhirnya memberi kesan timbulnya pelbagai penyakit. Ruang lingkup keseimbangan rohani, jasmani, akli, dan sosial

Transcript of NOTA LISAN Gaya Hidup Sihat

Page 1: NOTA LISAN Gaya Hidup Sihat

NOTA LISANGAYA HIDUP SIHAT

Gaya Hidup Sihat Perlu Keseimbangan Rohani dan Jasmani Jun 4, 2007Posted by MOHD IDZANEY ZAKARIA in Cara Hidup.

Masyarakat negara kita sering terdedah dengan pelbagai masalah kesihatan

yang kronik dan akhirnya mengundang kepada kematian. Ia adalah kesan

daripada amalan gaya hidup yang tidak sihat dan ketidakseimbangan

kesihatan rohani dan jasmani dalam kitaran hidup seharian. Kementerian

Kesihatan kerap kali mengadakan kempen kesihatan untuk memberi kesedaran

kepada awam tentang penjagaan kesihatan yang perlu dipupuk dalam budaya

hidup kita malah perlu disemai sejak awal lagi agar kita tidak tergolong dalam

kalangan yang mempunyai masalah kesihatan. Namun, adakah kempen gaya hidup

sihat, “Tak Nak Merokok”, makanan berkhasiat dan kempen kecerdasan mampu

mengubah pandangan masyarakat kita tentang peri pentingnya menjaga

kesihatan sekaligus mengamalkan gaya hidup yang sihat? Mungkin ada

sesetengah golongan menyedari akan hakikat ini dan ada juga segelintirnya yang

menganggap kesihatan hanya perlu dijaga apabila sudah berusia ataupun ada

sesetengah golongan merasakan usia muda menjadi tiket untuk mereka terus kekal

sihat. Bagi golongan ini, apakah jaminan mereka? Usahkan menunggu sehingga

umur tua, sedangkan yang masih kecil lagipun sudah menghidap pelbagai penyakit.

Usia bukan jaminan untuk kita terus kekal sihat, tetapi usia boleh dijadikan satu

pemangkin untuk kita menjaga kesihatan agar boleh menjalani hidup yang bermakna

pada masa hadapan.

Kesihatan merupakan suatu kekayaan. Walau sehebat manapun seseorang

individu, sihat masih lagi menjadi agenda utama yang perlu dikekalkan. Secara

umumnya, umur 40 tahun adalah tempoh yang paling ketara pelbagai penyakit

dikesan tetapi jika kita menyedari akan kepentingan penjagaan kesihatan sejak dari

awal lagi, pelbagai langkah pencegahan boleh diambil dan merupakan satu cara

yang terbaik daripada kita mengubatinya. Peningkatan utama masalah kesihatan

masyarakat di negara kita adalah kerana gaya hidup yang tidak sihat dan seimbang

termasuklah kurangnya kesedaran dalam menjaga keseimbangan dan

kesederhanaan dalam hidup. Gaya hidup yang berlebihan ini akan mengakibatkan

tekanan dan akhirnya memberi kesan timbulnya pelbagai penyakit. Ruang lingkup

keseimbangan rohani, jasmani, akli, dan sosial perlu dirangkumkan agar ia dapat

diterjemahkan sebagai gaya hidup yang sihat. Oleh itu, penjagaan kesihatan

secara menyeluruh perlu dilaksanakan bagi setiap individu agar dapat

meneruskan amanah dan tanggungjawab masing- masing secara harmoni.

Page 2: NOTA LISAN Gaya Hidup Sihat

Kesihatan jasmani boleh dikekalkan melalui pengambilan makanan yang sihat

dan seimbang serta melakukan aktiviti fizikal seperti senaman. Kita juga perlu

menjauhkan diri daripada tabiat merokok yang boleh merosakkan kesihatan.

Kesihatan jasmani yang baik juga akan memberi kesan kepada kesihatan

rohani yang mantap. Makanan yang halal dan baik mampu melahirkan insan yang

berkualiti dari aspek rohani dan jasmani.

Kesihatan mental yang baik pula mempamerkan bahawa seseorang itu mampu

mengawal tekanan hidup yang dihadapi secara bijaksana dan bebas daripada

gangguan mental yang boleh mengubah keupayaan seseorang individu. Manakala

kesihatan sosial ialah, individu mampu menambah atau mengekalkan jaringan

hubungan antara masyarakat yang akhirnya dapat mengekalkan kesihatan diri

sendiri mahupun masyarakat umumnya. Gabungjalin antara kesemua unsur itu

perlu diamalkan bagi setiap individu dalam suasana hari ini agar tidak

mengundang pelbagai penyakit moden yang kini kian menular dalam

masyarakat kita.

Hasil kajian yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan tahun 2006 mendapati

bahawa amalan gaya hidup masyarakat di negara ini menyebabkan banyak masalah

kesihatan yang kronik. Apabila masyarakat terdedah dengan faktor risiko yang lebih

menjurus kepada amalan gaya hidup akan mengundang kepada penyakit berbahaya

seperti jantung, kencing manis, angin ahmar, kanser, darah tinggi, kegagalan

buah pinggang, kerosakan paru- paru dan penyakit tulang. Antara ciri yang

boleh mendatangkan risiko penyakit berbahaya yang tidak berjangkit adalah gaya

pemakanan yang tidak sihat di mana didapati seramai 8.7 juta (7.8 peratus)

daripada masyarakat kita tidak memakan sayur- sayuran dan buah- buahan.

Manakala sebanyak 7.2 juta (60.1 peratus) rakyat tidak menjalankan aktiviti

fizikal yang sepatutnya. Dan juga ciri gaya hidup yang lain seperti merokok, minum

arak, kegemukan, buncit juga mendatangkan risiko kesihatan. Jika diteliti hasil

kajian ini, menunjukkan bahawa pemakanan secara seimbang dan aktiviti fizikal

tidak dititikberatkan dalam gaya hidup masyarakat Malaysia. Sebab itulah

pesakit kanser, jantung, diabetes dan darah tinggi adalah antara golongan yang

paling banyak menerima rawatan di hospital kerajaan sepanjang tahun 2006

(Kementerian Kesihatan) di mana penyakit tersebut adalah penyakit yang

disebabkan oleh faktor pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat.

Oleh itu, kita seharusnya melihat bahawa arus penyakit pada hari ini lebih menjurus

kepada unsur pemakanan dan gaya hidup walaupun mungkin terdapat juga faktor

persekitaran dan lahiriah yang menyumbang kepada masalah penyakit tersebut.

Sepatutnya, kita perlu ada kesedaran di dalam diri untuk menggiatkan lagi

Page 3: NOTA LISAN Gaya Hidup Sihat

penjagaan kesihatan walaupun di usia muda kerana pengabaian kesihatan

menyebabkan kita seolah- olah menyimpan bom yang akan meletup bila- bila

masa sahaja apabila sampai kepada tahap kronik. Oleh itu, seharusnya kita

berwaspada.

Masalah kesihatan di dunia kini mengalami revolusi di mana jika dahulu

kebanyakan masyarakat mengalami masalah kekurangan zat galian dan

vitamin tetapi hakikat hari ini telah berubah di mana masyarakat mengalami

masalah kesihatan disebabkan terlebih makan dan seterusnya berlanjutan kepada

masalah lebihan kolesterol, lebihan gula dan kegemukan. Penyakit yang wujud

dalam masyarakat sekarang adalah kerana manusia tidak mengikut peraturan yang

telah disusun oleh Allah SWT dan mengikut Sunnah yang telah diajarkan oleh

Rasulullah SAW. Ia berlaku akibat kelalaian dan kealpaan manusia itu sendiri kerana

tidak menjaga keseimbangan dalam hidup. Keseimbangan adalah penting untuk

kita mengekalkan kesihatan yang optimum. Namun, disebabkan kegagalan inilah

menyebabkan mereka mendapat pelbagai penyakit. Sepertimana yang termaktub

dalam surah ar- Ruum ayat 41 di mana Allah mengingatkan kita bahawa kerosakan

di muka bumi ini adalah akibat daripada perbuatan manusia itu sendiri dan mereka

perlu bertanggungjawab dan merasakan akibat daripada perbuatan tersebut.

Nyata hari ini, masyarakat kurang menyayangi diri mereka dengan tidak

mengamalkan pemakanan halal dan sihat, gaya hidup yang tidak sihat,

terdedah kepada tekanan yang juga menjadi akar umbi kepada masalah

kesihatan dan juga tidak menitikberatkan soal kesihatan rohani. Agama Islam

melarang manusia mementingkan diri sendiri tetapi kita bertanggungjawab untuk

menjaga diri dan seharusnya ia dijadikan penggerak untuk memperbaiki mutu

kesihatan diri kita. Oleh itu, sudah sampai masanya masyarakat muhasabah

kembali kesilapan dan memperbetulkannya serta perlu menjadikan kesihatan

sebagai satu amalan penting dalam hidup tidak kira semua lapisan umur. Gaya

hidup yang sihat memerlukan kita menjaga keseimbangan antara rohani dan

jasmani bagi mengelakkan pelbagai serangan penyakit moden kini dan seterusnya

kita boleh meneruskan kehidupan ini dengan kekal sihat dan teratur.