Nota Muzik

5
NOTA MUZIK BEBERAPA FAKTA TENTANG BUNYI Semua bunyi yang kita dengar terhasil daripada sesuatu getaran. Getaran bergerak menerusi udara sebagai gelombang bunyi. dan berkembang ke semua arah secara serentak. Bunyi itu tadi akan memb kesan terhadap bahagian kulit yang sensitif di dalam gegendang telinga. Getaran akan bertukar m 'nervous impulse' dan dihantar ke otak. Otak seterusnya akan mengenalpasti jenis bunyi tersebut Bunyi yang tersusun dan enak didengar akan diterima oleh otak sebagai bunyi muzik ( mempunyai jarak dan pic yang tertentu. !anakala bunyi yang tidak tersusun dipanggil bunyi bisi Bunyi mempunyai beberapa karakter iaitu" #. Pic ($itch % &inggi atau rendah not muzik. . Laras Bunyi ( olume)*ntensity % +uat atau lembut bunyi. ,. Warna Ton (&imbre % +ualiti atau ciri%ciri khas bunyi. PIC $ic bergantung pada frekuensi atau bilangan getaran per saat. Semakin tinggi frekuensi- maka se tinggi jugalah pic sesuatu not muzik. ika kita memetik tali gitar- kita dapat lihat dan merasa terhasil. Seterusnya- bunyi yang terhasil daripada getaran bergantung pada kepanjangan- ketebal ketegangan (tension tali tersebut. pendek Semakin kecil)nipis tali menyebabkan getaran semakin cepat dan menghasilkan pic tegang yang tinggi. G/!01/2 !uzik Gamelan berasal dari *ndonesia dan diba3a ke !alaysia melalui penghijrahan oran orang a3a pada abad ke%#4. &erdapat dua tradisi muzik Gamelan di !alaysia iaitu Gamelan ohor (Gamelan a3a dan Gamelan &erengganu (Gamelan !elayu atau Gamelan $ahang. Set alat muzik Gamelan diperbuat daripada perunggu atau besi dan kayu. 5alam bahasa a3a- gamelan bermaksud ditabuh atau dipukul . /lat muzik gamelan diklasifikasikan sebagai alat idiofon yang diketuk dan dipalu. !uzik Gamelan ohor atau Gamelan a3a dimainkan oleh kaum keturunan a3a yang datang ke &anah !alayu untuk mengiringi 3ayang kulit- tarian atau instrumental dan pa majlis%majlis perkah3inan- berkhatan dan sebagainya. *a berfungsi sebagai muzik rakya dan tidak terhad untuk persembahan di istana sahaja.

description

nota muzik

Transcript of Nota Muzik

NOTA MUZIKBEBERAPA FAKTA TENTANG BUNYI

Semua bunyi yang kita dengar terhasil daripada sesuatu getaran. Getaran bergerak menerusi udara sebagai gelombang bunyi. dan berkembang ke semua arah secara serentak. Bunyi itu tadi akan memberi kesan terhadap bahagian kulit yang sensitif di dalam gegendang telinga. Getaran akan bertukar menjadi 'nervous impulse' dan dihantar ke otak. Otak seterusnya akan mengenalpasti jenis bunyi tersebut.

Bunyi yang tersusun dan enak didengar akan diterima oleh otak sebagai bunyi muzik ( not muzik mempunyai jarak dan pic yang tertentu). Manakala bunyi yang tidak tersusun dipanggil bunyi bising.

Bunyi mempunyai beberapa karakter iaitu:

1. Pic(Pitch) - Tinggi atau rendah not muzik.2. Laras Bunyi(Volume/Intensity - Kuat atau lembut bunyi.3. Warna Ton(Timbre) - Kualiti atau ciri-ciri khas bunyi.

PIC

Pic bergantung pada frekuensi atau bilangan getaran per saat. Semakin tinggi frekuensi, maka semakin tinggi jugalah pic sesuatu not muzik. Jika kita memetik tali gitar, kita dapat lihat dan merasai getaran yang terhasil. Seterusnya, bunyi yang terhasil daripada getaran bergantung pada kepanjangan, ketebalan, dan ketegangan (tension) tali tersebut.

pendekSemakin kecil/nipis tali menyebabkan getaran semakin cepat dan menghasilkan pic tegang yang tinggi.GAMELAN

Muzik Gamelan berasal dari Indonesia dan dibawa ke Malaysia melalui penghijrahan orang-orang Jawa pada abad ke-14. Terdapat dua tradisi muzik Gamelan di Malaysia iaitu Gamelan Johor (Gamelan Jawa) dan Gamelan Terengganu (Gamelan Melayu atau Gamelan Pahang). Set alat muzik Gamelan diperbuat daripada perunggu atau besi dan kayu. Dalam bahasa Jawa, gamelan bermaksudditabuhataudipukul. Alat muzik gamelan diklasifikasikan sebagai alat idiofon yang diketuk dan dipalu.

Muzik Gamelan Johor atau Gamelan Jawa dimainkan oleh kaum keturunan Jawa yang datang ke Tanah Malayu untuk mengiringi wayang kulit, tarian atau instrumental dan pada majlis-majlis perkahwinan, berkhatan dan sebagainya. Ia berfungsi sebagai muzik rakyat dan tidak terhad untuk persembahan di istana sahaja.

Muzik Gamelan Terengganu bermula di istana Pahang pada abad ke-19 apabila menerima set Gamelan dari Riau-Lingga. Ensembel ini juga dikenali sebagai Gamelan Pahang. Muzik ini pertama kali dimainkan sempena perkahwinan kerabat di Raja Pahang dan Lingga pada tahun 1811 dan mula berkembang di negeri Pahang. Walau bagaimanapun, popularitinya semakin merosot setelah kemangkatan Sultan Ahmad. Muzik Gamelan ini kemudiannya dibawa ke istana Terengganu apabila puteri Sultan Ahmad berkahwin dengan Tengku Zainal Abidin dari Terengganu. Dari segi tradisi, muzik Gamelan Terengganu adalah tradisi istana sebagai hiburan kerabat di Raja dalam upacara istana.

Tan Sri Moben Sheppard telah bertanggung jawab memperkenalkan muzik Gamelan di luar istana pada tahun 1970-an. Sejak itu, beberapa pengubahsuaian dalam ciri kemelayuannyatelah berlaku terhadap muzik ini. Kini ia dikenali sebagai Gamelan Melayu khasnya apabila dipersembahkan dalam majlis rasmi meraikan pembesar, pemimpin negara luar dan pelancong.

Set Gamelan Terengganu mengandungi tujuh jenis alat iaitu bonang, saron barung, saron penerus/pekin, gambang, kenung, gong dan gendang (jiblon). Set Gamelan Johor atau Gamelan Jawa pula terdiri daripada sembilan jenis alat iaitu bonang, demung, saron barung, saron penerus/pekin gambang dan gendang (jiblon, ketipung, bem).

KOMPANG

Kompang adalah sejenis alat muzik tradisional di Malaysia. Kompang mula diperkenalkan di Tanah Melayu oleh pedagang-pedagang Arab yang datang berdagang sekitar abad ke-13 masihi. Mereka menggunakannya untuk menarik perhatian pembeli seperti mana yang dilakukan oleh penjual ubat pada masa kini. Di sinilah kemungkinannya ahli-ahli masyarakat tempatan mencontohi permainan ini dan seterusnya berkembang hingga sekarang.Alat muzik kompang dipercayai berasal dari negara Timur Tengah berdasarkan dua alasan. Pertama, bentuk dan saiz kompang di Malaysia mempunyai ciri-ciri persamaan dengan alat seumpamanya yang dimainkan di Tanah Arab. Begitu juga dengan cara memegang dan memukulnya. Kedua, bahasa dan lagu-lagu yang dimainkan memperkuatkan lagi alasan bahawa kompang berasal dari Tanah Arab.

Kompang terbahagi kepada dua bahagian iaitu bingkai (baluh) dan muka (belulang). Baluh kompang biasanya diperbuat daripada kayu cengal, halban, nangka atau palau. Belulangnya pula diperbuat daripada kulit kambing betina kerana ia agak nipis dan dapat mengeluarkan bunyi yang nyaring dan bergema. Semasa proses membuatnya, kulit kambing itu akan direndam semalaman di dalam air kapur untuk menghilangkan baunya. Kemudian kulit itu dipakukan pada perentang supaya tegang dan dijemur sehingga kering sebelum dilakukan proses memasang kulit pada baluh.

Permukaan kompang dilaras ketegangannya dengan menggunakan sedak yang berupa seutas rotan bersaiz kecil atau wayar. Sedak ini akan diselit di antara permukaan belulang dan baluh kompang di sebelah dalam dengan menggunakan penyedak. Penyedak diperbuat daripada kayu atau rotan bersaiz besar yang berbentuk tirus tetapi tidak tajam. Kompang mempunyai bermacam-macam ukuran. Ukuran tebalnya antara 2.5 hingga 5 inci manakala ukuran garis pusatnya antara 8 hingga 15 inci. Ia tergolong dalam kumpulan gendang atau diklasifikasikan dalam keluarga membranofon.

Permainan kompang dipersembahkan secara beramai-ramai dan boleh dimainkan sama ada secara duduk, berdiri atau berarak. Persembahan secara duduk biasanya dilakukan di rumah pengantin iaitu di malam berinai. Persembahan ini boleh berlanjutan hingga ke tengah malam bergantung kepada kehendak tuan rumah dan kesanggupan pemain-pemain itu sendiri.

Persembahan secara duduk sama ada bersila atau duduk di atas kerusi membolehkan pemain-pemainnya bermain dengan lebih selesa serta mampu memainkan lagu-lagu yang panjang dengan merujuk kepada kitab-kitab berzanji yang dibawa. Persembahan secara berdiri pula dibuat sekiranya majlis itu memerlukan perarakan dari satu tempat ke satu tempat yang lain seperti mengarak pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan atau mengiringi seorang pembesar dalam sesuatu majlis atau keramaian. Para pemain akan menyusun barisan dengan kemas dan teratur dan mempersembahkan permainan sambil menyanyi lagu-lagu yang sesuai atau boleh juga dimainkan secara instrumental.

Selain daripada majlis perkahwinan, persembahan kompang juga dimainkan dalam majlis-majlis bercorak keagamaan seperti menyambut hari keputeraan Nabi Muhamad s.a.w. Pada masa kini, fungsi permainan kompang telah diperluaskan dan tidak hanya dimainkan dalam majlis keagamaan dan perkahwinan sahaja tetapi juga telah dimainkan dalam majlis-majlis keramaian seperti mengiringi persembahan nyanyian solo atau nasyid, perarakan Hari Kebangsaan dan juga dimainkan untuk memberi semangat dan sokongan kepada pasukan pilihan semasa perlawanan atau permainan sukan. Jika dahulu permainan ini hanya terkenal di peringkat kampung sahaja, kini permainan kompang telah mula digemari secara menyeluruh sama ada di kampung mahu pun di bandar.

Perkembangan ini telah menimbulkan pembaharuan dalam persembahan muzik tradisional ini. Umpamanya jika dahulu rentak pukulannya hampir sama sahaja tetapi dengan pembaharuan yang dibuat maka telah wujud pelbagai rentak baru seperti joget, masri, zapin dan kuda kepang. Terdapat juga rentak-rentak tradisional yang telah diperbaharui dan diimprovisasikan bagi menyesuaikannya dengan selera dan kehendak masyarakat masa kini.

Kompang dimainkan dengan cara dipalu. Kompang menghasilkan dua jenistimbreiaitu bunyi pak dan bunyi bong. Bunyi pak dihasilkan apabila bahagian tengah permukaan kompang dipalu dengan tapak tangan. Kelima-lima jari hendaklah dalam keadaan terbuka dan paluan dibuat secara memantul (sembat). Kekuatan bunyinya datang dari pukulan tapak jari. Untuk menghasilkan bunyi yang padu, sentuhan tapak jari ibu dan jari anak mendahului jari-jari lain semasa memalu. Bunyi bong pula dihasilkan apabila bahagian tepi permukaan kompang dipalu dengan keadaan semua jari dirapatkan. Paluan ini juga dibuat secara memantul. Pukulan untuk bunyi pak mestilah lebih kuat daripada pukulan untuk bunyi bong.

Dalam sesebuah Ensembel Kompang, tiga kumpulan paluan digabungkan untuk menghasilkan bunyi berharmoni yang dinamakan rentak terhasil. Tiga kumpulan paluan tersebut adalah kumpulan melalu, menyilang (juga diistilahkan sebagaimenyelang) dan meningkah.

Pemain dalam kumpulan melalu akan memukul bit dasar (down beat). Kumpulan ini lazimnya mempunyai bilangan pemain yang paling ramai kerana pukulan melalu akan menjadi panduan kepada kumpulan menyilang dan juga meningkah. Pemain-pemain dalam kumpulan melalu akan membuat pukulan serentak dan berperanan untuk mengawal tempo lagu supaya sekata sepanjang persembahan lagu tersebut.

Pemain dalam kumpulan menyilang akan memukul bit yang berselang (up beat) di antara pukulan bit dasar. Pukulan menyilang juga tidak boleh serentak dengan pukulan melalu. Peranan kumpulan ini adalah untuk menambahkan kerancakan permainan kompang.

Kumpulan meningkah pula terdiri daripada seorang atau beberapa orang pemain yang membuat pukulan tingkah di antara pukulan-pukulan melalu dan menyilang. Peranan kumpulan ini adalah untuk menambahkan variasi corak irama yang dihasilkan. Peningkah biasanya merupakan pemain yang berpengalaman dan berkemahiran bagi menentukan corak tingkah yang sesuai dimainkan. Lazimnya seorang daripada pemain kumpulan meningkah juga bertindak sebagai ketua pasukan yang bertanggungjawab memula dan menamatkan permainan.

Umumnya terdapat dua jenis lagu dalam persembahan kompang. Pertama ialah lagu-lagu yang menggunakan senikata bahasa Arab yang kebanyakan seni katanya dipilih daripada Kitab Berzanji. Kedua ialah lagu-lagu yang menggunakan seni kata bahasa Melayu sama ada daripada lagu tradisional atau lagu-lagu ciptaan baru. Kadang kala terdapat juga lagu-lagu yang menggunakan seni kata campuran bahasa Arab dan Melayu. Nyanyian lagu-lagu dalam persembahan kompang akan dinyanyikan secara beramai-ramai dengan kuat dan nyaring supaya seni katanya dapat didengar dan tidak ditenggelami bunyi paluan kompang.

Kaedah-kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Muzik1. Edwin Gordon boleh dikatakan lebih diberi keutamaan keranamengunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secaraberperingkat atau sequential.2. Dalcroze menggunakan gerak geri tubuh badan untukmenanam kefahaman dan menimbulkan kepekaan atau sensitivititerhadap aspekaspek muzik.3. Pendekatan Carl Orff memberi penekanan kepada beranikajenis pengalaman muzikal.(i) Imitasi (Mengajuk Balik)(ii) Eksplorasi (Fasa Cari Sendiri)(iii) Improvisasi- Belajar dari asas ton . Skel pentatonik ialahskel yang mempunyai lima ton.(iv) Creation (Mencipta)- penciptaan dengan menggunakanbahan asas dari fasa-fasa.(v) Literasi menulis dan membaca nota muzik.

4)Suzuki-menamakan kaedahnya talent education ataupendekatan bakat.

5) Gordon mengutamakan prinsip sound before symbol dimanakeutamaan diberikan kepada pembelajaran permainan muziktanpa notasi dahulu sebelum simbol-simbol muzik diperkenalkan.

Jalinan Monofoni: Apabila muzik itu hanya pada melodi sahajaiaitu tanpa ada alat iringan atau hanya mempunyai satu bunyisahaja.

Jalinan Homofoni: Apabila melodi diringi oleh alat muzikal yangberharmoni yang mempunyai kod.

Jalinan Polifoni: Apabila satu atau dua melodi dibunyiikanberterusan dengan menggunakan alat iringan.

Tiga komponen besar dalam pendidikan muzik.- Kemahiran Muzikal Nyanyian- Kemahiran Muzikal Muzik dengan gerakan- Kemahiran muzikal Permainan alat muzik.

Bidang nyanyianmemberi penumpuan dan penegasan kepadaaspek postur, pendengaran, sebutan, pernafasan da eknikpengeluaran suara.

Muzikdengan pegerakan memberi peluang kepada pelajarmenggunakan tubuh badan sebagi respon kepada muzik.

Permainan alat muzikmelatih pelajar dalam kordinasi mata,pendengaran dan psikomotor melalui penglibatan pelajar dalamkegiatan permainan alat muzik.

GLOSARIMonofoni Apabila muzik itu hanya pada melodi sahaja iaitu tanpaada alat iringan atau hanya mempunyai satu bunyi sahaja. Tiadairingan (no accompaniment). Penggunaan satu alat muzik sahaja.Homofoni Apabila melodi diringi oleh alat muzikal yangberharmoni yang mempunyai kod. Seperti gitar, piano, organ dansebagainya.Polifoni Apabila satu atau dua melodi dibunyikan berterusandengan menggunakan alat iringan.Komposisi Kebolehan mengubah laguKemahiran ensemble Kemahiran bermain alat muzik secarakumpulan dengan pelbagai alat muzik.