Nota - Nota Tingkatan 2: Kemahiran Hidup Tingkatan...

download Nota - Nota Tingkatan 2: Kemahiran Hidup Tingkatan 2nota-afnan-tingkatan2.blogspot.my/2011/02/kemahiran...Nota - Nota Tingkatan 2 Friday, 25 February 2011 Kemahiran Hidup Tingkatan

If you can't read please download the document

Transcript of Nota - Nota Tingkatan 2: Kemahiran Hidup Tingkatan...

Nota - Nota Tingkatan 2: Kemahiran Hidup Tingkatan 2

Nota - Nota Tingkatan 2

Friday, 25 February 2011

Kemahiran Hidup Tingkatan 2

REKA BENTUK DAN PENGHASILAN PROJEKA. Faktor reka bentuk1. Fungsi berfungsi dengan baik dan memenuhi kehendak pengguna2. Rupa Bentuk mempunyai konsep dan rupa menarik, stabil dan praktikal ketika menggunakannya3. Kesesuaian Bahan menggunakan bahan yang mudah didapati dan mudah dipasang sesuai dengan kos yang perlu dibayar4. Ketahanan Kukuh Jika digunakan diluar mesti tahan cuaca dan serangan serangga Tidak mudah rosak5. Kos Produk Berpatutan dengan kos pembuatan dan mampu dibeli dan dimiliki pengguna6. Keselamatan Tidak mendatang bahaya kepada pengguna dan kesan buruk terhadap alam sekitar7. Nilai Komersial Memenuhi cita rasa masa kini dan mampu dipasarkan serta menepati kehendak pasaran

B. Jenis bahan1. Aluminiuma. Dihasilkan daripada bauksitb. Ciri-ciri Pengalir elektrik yang baik selepas tembaga Pengalis haba yang baik Ringan dan mudah dibentuk Mudah dipotong berkilatc. Kegunaan Membina badan kapal terbang membuat kabel elektrik voltan tinggi membuat tin minuman dan pekakas dapur2. Keluli Lembut. terhasil daripada campuran besi dan karbona. Ciri-ciri : Sejenis logam ferus (mengandungi besi) Mudah dibentuk dan dikerjakan Boleh dibengkokkan Mudah bekaratb. kegunaan : Membuat paku Membuat pagar dan gril3. Perspek. Sejenis plastik keras dan berkilata. Ciri-ciri Tahan lama dan tidak mudah musnah Mudah terbakar Mudah pecah dan tergores Ringan dan ada yang lutsinar Permukaan rata dan licinb. kegunaan Membuat bekas air Membuat plat nombor dan papan kenyataan Membuat menutup model Membuat prototaip4. PVC (Polivinil klorida). Ciri-Ciri Terdapat dalam bentuk paip Ringan mudah pecah Tidak tahan panas dan mudah terbakar Tahan lamaa. Kegunaan Membuat paip dan sambungan paip

C. Jenis Pengikat1. Ribet

Ribet. Riveter

Digunakan untuk memasamg ribet pada kepingan logam dan kayu.2. Glu panas

. Mesin Glu Panas

Digunakan untuk memanaskan rod glu.3. Staple

Dawai kokot. Staple Gun

Digunakan untuk merekat fabrik,kanvas dan kulit

D. Alatan tangan dan mesin I. Pemotong Perspek

Digunakan untuk memotong prespek II. Gandin Getah

Digunakan untuk mengetuk logam atau kepingan logam III. Penebuk Pusat

Digunakan untuk membuat tanda pada pada permukaan logam sebelum kerja menggerudi IV. Mesin Gergaji jig

Digunakan untuk memotong papan dan kayu nipis, papan lapis, jubin , kepingan logam nipis. Digunakan juga untuk memotong lengkung V. Mesin pemutar skru tanpa wayar (Cordless screwdriver)

Digunakan untuk memasang dan melonggarkan skru VI. Mesin pengelas (Sander)

Digunakan untuk melicinkan dan meratakan permukaan kayu

E. Proses kerja . Rekakan beberapa bentuk projek

Idea 1 Idea 2

Idea 3 Idea 4

I.

Pilih satu rekabentuk terbaik II. Membuat lakaran kerja dan kertas projek yang dipilih III. Mengukur dan menanda Mengukur dan menanda panjang Mengukur dan menanda lebar Mengukur dan menanda tebal

Mengukur lebar

Menanda dan menggaris tepat

IV. Memotong Membelah

Membelah kayu dengan gergaji tangan Mengerat

Mengerat dengan gergaji

Memotong penjuru dengan mesin gergaji jig

V. Membentuk dan mencantum Menentukanjenis tanggamyang akan digunakan Mengukur dan memotong tanggam Memasang tanggam Menglu

Memaku adalah sebahagian proses mencantum

Menglu juga adalah sebahagian proses mencantum

F. Kemasan projek o Pilih Jenis kemasan yang paling sesuai

i. Cat Sembur (Spray) ii. Tona Kayu iii. Turpentine iv. Tepung Penyumbat v. Syelek vi. Cat Kilat

Kenali jenis kemasan dan cecair pelarut yang sesuai o Ratakan dan licinkan permukaan yang akan disapu kemasan o Gunakan Kaedah kemasan yang betul

Pilih kemasan sapu cat ,lekar atau syelek

Kemasan menggunakan cat sembur

G. H. Perancangan, Pembinaan dan Pengubahsuaian . Menentukan dan merancang pembinaan projek a. Menyediakan jadual kerja

Minggu Minggu 1 Minggu 2

Bil Aktiviti Waktu 1 2 3 4 1 2 3 4

1.0 Mengenal Pasti Masalah

1.1 - Mengumpul maklumat dan data

1.2 - Membuat lakaran idea dan memilih

2.0 Perancangan

2.1 - Menyenaraikan bahan

2.2 - Menyenaraikan alatan tangan

2.3 - Menyenaraikan mesin

3.0 Pembinaan

3.1 - Mengukur, menanda dan memotong

3.2 - Memasang

3.3 - Menguji dan menilai

3.4 - Mengubaisuai

3.5 - Membuat kemasan

4.0 Pendokumentasaian

4.1 - Mengumpul dan merekod maklumat

4.2 - Mengira kos pengeluaran

4.3 - Membuat Persembahan

b. Menyenarai bahan, alatan tangan dan mesin yang diperlukan c. Peminaan projek berdasarkan lukisan kerja yang dipilih d. Menguji dan menilai projek e. Mengubahsuai projek Untuk menambah nilai. mutu dan kualiti Untuk membuat penggantian bahan dan pembaikan kaedah pemasangan

I. Pendokumentasian . Mengumpul dan merekod maklumat projek Dokumen disimpan dalam fail mengikut urutan dan sistematik Dokumen dibuat dengan tulisan tangan atau ditaip Dokumen haruslah mengandungi Pernyataan masalah Lakaran projek Lakaran Projek yang dipilih Senarai bahan, alatan, dan mesin yang digunakan Jaduak kerja Pengujian dan penilaian maklumat pengubahsuaian Kos projek a. Mengira kos pengeluaran Kos Bahan Bil Bahan Kuantiti Kos Seunit Jumlah

1 Kayu Berketam Berlurah 10 x 45 x 200mm 1 kpg

2 Kayu Berketam Berlurah 10 x 45 x 110mm 2 kpg

3 Kayu Berketam Berlurah 10 x 35 x 90mm 1 kpg

4 Kayu Berketam 10 x10 x 105mm 2 kpg

5 Kayu Berketam 10 x 10 x 65mm 1 kpg

6 Bod MDF 3 x 200 x 150mm 1 kpg

7 Perspek Berwarna 2 x 70 x 55mm 1 kpg

8 PVC 4mm x 30mm 1 kpg

9 Kertas Las 1 kpg

10 Paku Panel 19mm 10 btg

11 Skru Benam Sendiri 6 btg

12 Glu Panas 4 btg

13 Cat Semburan Secukupnya

14 Semburan Lekar Jernih Secukupnya

15 Pelekat 1 kpg

Jumlah

Kos Upah =>Jumlah pekerja x masa x kadar upah sejam

= 1 orang x 3 jam x RM2.50

=RM7.50

Kos Overhead => Kos elektrik + Kos Air

= RM0.80 + RM0.50

=RM1.30

Kos Pengeluaran =>Kos Bahan + Kos Upah + Kos Overhead

= RM + RM + RM

= RM

b. Membuat persembahan projek

Tujuan membuat persembahan : Memperkenalkan idea projek Mendapat komen dan pandangan yang membina Membaiki kualiti projek

ELEKTRONIK Bateri

1. Bateri 9 Volt menghasilkan arus terusB. Diod Pemancar Cahaya - L.E.D.

1. Ia adalah sejenis diod2. Dikenali sebagai "Light Emiting Diod"3. Digunakan untuk mengeluarkan cahaya dan isyarat4. Digunakan di dalam alatan elektronik seperti radio, TV, permainan, pemain CD/DVD5. Ia mempunyai kaki berkutub - negatif (katod) dan positif (anod)6. LED tidak boleh dibekalkan voltan melebihi 3 volt

Bahagian LED

Simbol LED

C. Perintang Tetap Karbon

1. Dibuat daripada karbon dan tanah2. Digunakan untuk mengurangan arus dan voltan3. Dibina dalam beberapa unit sukatan dan ditanda dengan kod warna

perrintang tetap karbon

ditandakan dengan 4 jalur warna

Simbol perintang tetap karbon

4. Kod Warna Nombor Warna Jalur Pertama/Kedua Bilangan Sifar Toleransi

Hitam 0

0

Perang/Coklat 1

1 0

Merah 2

2 00

Oren/Jingga 3

3 000

Kuning 4

4 0000

Hijau 5

5 00000

Biru 6

6 000000

Ungu 7

7 0000000

Kelabu 8

-

Putih 9

-

Emas

- 5%

Perak

- 10%

Tiada warna

- 20%

5. Lagu Kod Perintang

HajiPakMatJagaKampungHanyaBeliUbiKayuPutihD. Membaca Kod Perintang

Kod Warna M M H

E

1 2

2

2

3

0

4

5%

Nilai Rintangan 2 2 - Ohm 5%

E.

Kod Warna M M O

E

1 2

2

2

3

3

4

5%

Nilai Rintangan 2 2 000 Ohm 5%

22K Ohm

F. Perintang Boleh Laras1. Digunakan untuk mengubah rintangan dalam arus2. Sering digunakan dalam radio, tv dan unit pembesar suara

Perintang boleh laras

Simbol resistor

G. Kapasitor1. Digunakan untuk menyimpas cas elektrik2. Jenis. Terdapat dua jenis Kapasitor berkutub

Simbol Kapasitor Berkutub

Kapasitor tanpa kutub

Simbol kapasitor tanpa kutub

H. Transistor1. Digunakan untuk meninggikan dan merendahkan arus. Berfungsi juga sebagai suis2. Jenis. Terdapat 2 jenis transistora. Transistor NPN

Binaan

Simbol Transistor NPN

b. Transistor PNP

Binaan : N = Bahan Negatif ; P = Bahan Positif

Simbol Transistor PNP

3. 4. Transistor mempunyai 3 kaki i. C = Pemungut (Collector) ii. B = Tapak (Base) iii. E = Pemancar (Emitter)

I. Buzzer

Simbol Buzzer

1. Digunakan untuk menghasilkan bunyi berfrekuansi tinggi2. Digunakan dalam litar penggeraJ. Suis togel

Simbol suis togel

1. Dikenali sebagai suis satu kutub satu arah2. Digunakan untuk membuka dan menutup litarK. Suis tekan

Simbol Suis tekan Hidup

Simbol Suis Tekan Tutup

1. Terdapat dua jenis , suis tekan tutup, dan suis tekan on2. Suis tekan tutup tidak membenarkan arus mengalir ketika butang (punat) ditekan.3. Suis tekan hidup (on) hanya akan membenarkan arus mengalis ketika butang (punat) ditekan.L. Suis Mikro

ALATAN TANGAN ELEKTRONIKA. Playar Muncung Tirus

- Digunakan untuk memegang komponen kecil dan membengkokkan kaki komponenB. Pemotong Sisi

- Digunakan untuk memotong lebihan kaki komponenC. Penjalur Wayar

Penjalur Wayar Mudah

Penjalur Wayar Spring

D.

- Digunakan untuk memotong dan menjalur wayarE. Pemutar Skru

Pemutar Skru rata

Pemutar Skru Philips

F.

- Digunakan untuk mengetatkan dan melonggarkan skruG. Alat Pematri Elektrik

- Digunakan untuk mencairkan timah patri dan mengikat kaki komponen elektronikH. Stesen Pematri

- Digunakan untuk meletakkan pematri yang panas dan mengawal suhunyaI. Penyedut Patri

- Digunakan untuk menyedut patri yang berlebihan atau membuang patri untuk pematrian semulaBAHAN PEMATRI10. Timah Patri . Dibuat daripada campuran timah dan plumbum a. Gred timah patri ditentukan oleh peratusan campuran timah dan plumbum b. Gred timah patri yang biasa digunakan ialah 60:40 iaitu timah 60% dan plumbum 40%

11. Fluks . Dipanggil juga sebagai bahan lakur. a. Digunakan untuk menghindarkan oksida pada bahagian pematrian dan membantu menghasilkan pematrian yang kukuh.

12. Bod Litar 0. Bod litar bercetak 1. Verobod

Bahagian Atas

Bahagian Bawah

KAEDAH MEMATRI13. Sebelum Mematri . Bersihkan hujung bit pematri dengan kertas las a. Panaskan alat pematri b. Celupkan hujung bit pematri di dalam bekas fluks c. Sentuhkan hujung bit pematri kepada sedikit timah pematri

14. Semasa mematri . Condongkan pematri sehingga 30 darjah a. Sentuhkan hujung bit pematri kepada kaki komponen b. Sentuhkan bahan pematri ke kaki komponen c. Apabila timah mencair dengan baik jauhkan hujung bit pematri dan timah patri daripada kaki komponen

Hasil pematrian yang baik

bahan patri berlebihan

bahan patri sangat berlebihan

15. Selepas Mematri . Jika di dapati terdapat lebihan timah patri, cairkan dengan hujung pematri dan sedut dengan menggunakan penyedut patri a. Hujung kaki komponen yang telah siap dipatri bolehlah dipotong dengan menggunakan playar pemotong sisi

MEMBACA DAN MENTERJEMAH LUKISAN LITAR SKIMATIKTrek dalam litar verobod di bawah sengaja diperlihatkan disebelah atas supaya pelajar lebih memahami sambungan litar.

Dalam keadaan sebenar trek berada di bawah16. Contoh litar 1

Litar Bergambar

Bateri 9V

Perintang Tetap Karbon

L.E.D.

Wayar Pelompat

17.

Lukisan Skematik Litar 1

18. Contoh litar 2

Litar Bergambar

Bateri 9V

Perintang Tetap Karbon

L.E.D.

Wayar Pelompat

Buzzer

19.

Lukisan Skematik Litar 2

20. Contoh litar 3

Litar Bergambar

Bateri 9V

Suis Togel

Perintang Tetap Karbon

L.E.D.

Wayar Pelompat

Buzzer

21.

Lukisan Skematik Litar 3

22. Contoh litar 4

Litar Bergambar

Bateri 9V

Suis Togel

Kapasitor

Perintang Tetap Karbon

L.E.D.

Transistor

Wayar Pelompat

Buzzer

Lukisan Teknik Alatan Lukisan Teknik

1. Pensil Pensil sesuai digunakan ialah bergred 2H, HB, dan 2B Hujung mata pensil hendaklah sentiasa tajam

Pensil keras (2H,4H)

Pensil sederhana (H,B)

Pensil lembut (2B)

Pensil Mekanikal2. Pemadam Dibuat daripada getah lembut. Digunakan untuk memdam garisan dan tanda yang tidak dikehendaki

3. Pembaris Digunakan untuk memindahkan ukuran Jenis yang biasa digunakan iaialah bersengatan 300mm/12inci.

4. Kertas Lukisan kertas lukisan terbahagi kepada 3 jenisa. Kertas lukisan biasa

- digunakan untuk melukis lukisan prespektik, lukisan ortografik, lukisan oblik dan lukisan isometrikb. Kertas gred

- digunakan untuk asas melukis lukisan oblik kabinet dan oblik kavilierc. kertas isogred

- digunakan untuk asas melukis lukisan isometrik

Kertas Lukisan

Kegunaan kertas lukisan

5.

Kertas isogred

Kegunaan kertas isogred

6.

Kertas gred

Kegunaan kertas gred

7. Papan Lukisan Digunakan untuk meletakkan kertas lukisan

8. Sesiku T Digunakan membina garisan lurus mendatar Digunakan juga sebagai tapak untuk membina garisan tegak dan serong/condong dengan set sesiku

9. Set sesiku

sesiku 30/60

Sesiku 45

10. Jangka tolok Digunakan untuk memindahkan jarak daripada pengukur ke atas garisan di atas kertas

11. Jangka lukis Digunakan untuk melukis bulatan dan garisan lengkok Membina berbagai-bagai jenis sudut

B. Jenis Garisan1. Garisan mendatar Garis mendatar ialah garisan yang selari dengan panjang kertas

Cara melukis garis mendatar2. Garisan menegak Garis mendatar ialah garisan yang selari dengan lebar kertas

Cara melukis garis menegak3. Garisan bersudut Garis mendatar ialah garisan yang condong dan mempunyai sudut-sudut tertentu Garisan bersudut 45 , 30 dan 60 boleh dihasilkan dengan menggunakan set sesiku

Cara melukis garis bersudut 30

Cara melukis garis bersudut 454. Garisan tepi Garisan yang dikenali sebagai garisan sempadan Dilukis dengan pensil H atau B

5. Garisan benda Garisan yang tebal dan hitam, digunakan untuk menunjukkan garisan objek/benda

6. Garisan Lakaran Garisan yang halus, digunakan untuk asas membina objek

7. Garisan tersembunyi Garisan yang dipusutkan garis-garis pendek Digunakan untuk menunjukkan garisan objek yang tidak boleh kelihatan

8. Garisan tengah Garisan yang diputuskan oleh titik-titik Digunakan untuk menunjukan bahagian tengah objek

9. Garisan keratan Garisan yang menunjukkan kawasan keratan sesuatu objek Ia dilukis condong 45 dan selari di antara satu sama lain

10. Garisan dimensi Garisan yang halus dan mempunyai anak panah dihujungnya Digunakan untuk menunjukkan panjang, lebar dan tinggi sesuatu objek

C. Bentuk Geometri1. Bulatan Dilukis dengan menggunakan jangka lukis

Diameter dan jejari bulatan

Melukis bulatan dengan jangka lukis

2. Segi tiga Dilukis dengan menggunakan jangka lukis dan set sesiku

Segi tiga sama

Segi tiga tepat

Segi tiga dua sama

3. Segi empat Dilukis dengan menggunakan jangka lukis dan set sesiku

Segi empat tepat

Segi empat sama

D. Jenis Lukisano Lukisan teknik terbahagi kepada 2 :

a. Lukisan 2 dimensi - Lukisan ortografik

b. Lukisan 3 dimensi - Lukisan oblik , lukisan isometrik dan lukisan prespektif2. Lukisan Isometrik Lukisan isometrik adalah lukisan 3 dimensi Lukisan isometrik terbina di atas paksi isometrik Paksi isometrik terdiri daripada

- satu garisan mendatar

- satu garisan tegak

- dua garisan condong/serong bersudut 30

Lukisan isometrik di atas paksi isometrik

Isometrik

Pelan

3. Lukisan Oblik Lukisan oblik adalah lukisan 3 dimensi Lukisan oblik terbahagi 2

- Oblik kabinet

- Oblik kavilier Lukisan oblik terbina di atas paksi oblik Paksi oblik terdiri daripada

- satu garisan mendatar

- satu garisan tegak

- satu garisan condong/serong bersudut 45

Lukisan oblik di atas paksi oblik4. Lukisan Ortografik Lukisan ortografik adalah lukisan pelan Lukisan ortografik terbina di atas paksi ortografik Paksi ortografik terdiri daripada

- satu garisan tegak dan satu garisan mendatar yang bersilang antara satu sama lain

- satu garisan condong/serong yang bermula daripada titik silang garisan tegak dan garisan mendatar

Melukis unjuran ortografik di atas kertas lukisan

Melukis unjuran ortografik di atas kertas gred5. Mendimensi lukisan Mendimensi bermaksud memberikan ukuran kepada garisan lukisan Digunakan untuk menunjukkan saiz sesuatu projek supaya mudah dibina Semua garisan dimensi dilukis halus dengan pensil 2H Setiap garisan dimensi dilukis kepala anak panahBeberapa cara dimensi yang betulGaris yang panjang

atauGaris yang pendek

Contoh Mendimensi Ortografik ; Tinggi, lebar dan bulatan /separa bulatan

MASAKANA. Perancangan Menu1. Maksud satu senarai hidangan lengkap untuk sesuatu sajian2. Tujuan merancang menu i. Menyediakan sajian yang diperlukan ii. Menjimatkan masa, tenaga dan bahan iii. Menyediakan sajian yang enak, menarik dan berkhasiat iv. Menyediakan sajian yang menepati anggaran belanjawan3. Faktor penentu Menu . Tujuan sajian - tentukan majlis formal atau tidak formal i. Kegemaran - tentukan jenis menu yang digemari atau yang dipesan. Kenal pasti pelanggan ii. Kepelbagaian - hidangan mengandungi variasi dari segi kaedah memasak, bahan yang digunakan , warna dan rasa. iii. Kemudahan fizikal - bergantung kepada peralatan dan kemudahan yang ada iv. Keperluan - bergantung kepada keperluan , keadaan fizikal dan kesihatan tetamu v. Sumber tenaga dan masa - makanan dapat disiapkan dengan sempurna seperti yang dirancang vi. Bilangan tetamu - bilangan tetamu harus diketahui lebih awal mengelakkan makanan yang tidak mencukupi atau mengelakkan pembaziran vii. Perbelanjaan - Menu mestilah berdasarkan peruntukkan yang ditentukan viii. Sumber makanan - boleh didapati dengan mudah , segar dan berkualitiCara memasak dan menyediakan makanan Masak Tanpa Minyak Masak dengan sedikit minyak Masak dengan banyak minyak

Mengukus

Menggril

Membakar Menggoreng dengan sedikit minyak Menggoreng

B. Menyedia dan Penyajian Hidangan1. Hidangan sepinggan lengkap . Maksud

Hidangan seimbang yang mengandungi semua nutrien yang diperlukan oleh tubuh i. Ciri-ciri hidangan sepinggan lengkapa. Mudahb. Ringkasc. Berkhasiatd. Cepat disediakan

Piramid makananii. Contoh hidangan sepinggan lengkapa. Bihun gorengb. Nasi goreng

c. Kuetiau gorengd. Burger

e. Pizzaf. Sandwich

g. Kebab

h. Nasi kerabui. Lontongj. Bubur nasi

k. Roti canai dengan kuah dal2. Alatan dan kelengkapan dapurAlatan Menyedia

Landas cincang

Camca besar

Mangkuk adunan

Pisau sayur

Jag Penyukat

Pisau daging

Pisau roti

Alatan Memasak

Periuk

Dapur gas

Kuali

Lesung batu dan anak lesung

Pan Penggoreng

Penapis

Pengukus

Sudip

Cerek

Senduk sup

Alatan Menyaji / menghidang

Mangkuk telur

Camca

Teko teh

Garpu

Cawan dan piring

Pisau mentega

Pinggan makan

Senduk nasi

Kain Dapur

Jenis kain Kegunaan

1 Kain pengelap Mengelap pinggan mangkuk dan kutleri

2 Kain pencuci Mencuci pinggan mangkuk dan perkakas dapur

3 Tuala Tangan Mengesat dan mengeringkan tangan yang basah

4 Kain Maslin Menutup makanan yang telah dimasak atau yang belum dimasak

5 Kain Pengelap lantai Mengelap cecair yang tumpah di atas lantai

6 Sarung Tangan Ketuhar Mengangkat alatan panas dari dapur atau ketuhar

. Dapur yang baik haruslaha. Mempunyai ruang kerja yang selesa untuk bergerak dan meletakan alatan dan bahanb. Mengandungi alatan penjimat masa seperti pengisar, ketuhar dan lain-lainc. Mengandungi alatan makanan seperti pinggan, camca, garpu, cawan dan sebagainyad. Terdapat alatan pembersih dan kain pembersihe. Meja kerja dan alatan yang bersihf. Mengandungi peranggu meja yang bersesuaian dengan jenis sajian

Dapur mestilah kemas dan bersih3. Penyediaan Makanan . Sediakan semua alatan dan bahan yang diperlukan i. Bersihkan bahan mentah yang perlu ii. Gunakan alat penjimat masa iii. Gunakan masa dan tenaga sebaik-baiknya iv. Berjimat ketika menggunakan bahan masakan dan bahan api v. Aturkan meja kerja dengan menggunakan bekas-bekas yang sesuai vi. Jangan sepahkan bahan-bahan di atas meja vii. Gunakan alatan yang betul dengan cara yang betul dan cermat viii. Pastikan setiap masakan cukup rasa dan menepati cita rasa ix. Tetapkan masa untuk menyediakan masakanAlat Penjimat Masa

Ketuhar

Pembakar roti

Pengisar

Periuk Nasi Elektrik

4. Menghias dan menyajikan makanan

Hidangan ala barat5. Membuat pengiraan kos

Pengiraan Kos Untuk Nasi Goreng

A. Pengiraan Kos Bahan

Bahan Kuantiti Kos seunit

(RM) Harga

1 Bahan kering

Bawang Merah 2 ulas

2 Bawang putih 1 ulas

3 Udang kering 2 Camb.

4 Kicap Secukup rasa

5 Minyak masak 2 Camb.

6 Garam mengikut rasa

7 Serbuk lada sulah Mengikut rasa

8 Bahan basah

Nasi 2 cawan

9 Kacang panjang 4 batang

10 Lobak Merah 1/2 batang

11 Daun bawang 2 helai

12 Cili Merah 1 biji

13 Timun 3 hiris

JUMLAH

B. Pengiraan Kos UpahBilangan pekerja x Masa x Kadar upah sejam

= 1 orang x 1/2 jam x RM3.00= RM1.50

C. Pengiraan Kos Overhead i Air RM0.20

ii Gas RM0.40

Jumlah RM0.60

Jumlah Keseluruhan Kos

Kos bahan + Kos Upah + Kos Overhead

RM XX.XX + RM1.50 + RM0.60 = ............Pelajar digalakkan memasukan angaran kos berdasarkan harga semasa dan jumlahkan.

6. Sanitasi makananMaksud - kawalan kebersihan dalam penyediaan makananTujuan - supaya makanan tidak mudah rosak, tercemar dan beracunPeringkat sanitasi : sebelum, semasa dan selepas menyedia dan memasak makanan Sebelum Semasa Selepas

Utama kebersihan diri Dapur hendaklah kelihatan bersih dan kemas

Muka dan tangan mestilah kelihatan bersih Rambut kemas atau diikat Ambil makanan dengan penyepit, sudu atau garpu Gunakan kain bersih untuk mengelap Semua alatan yang digunakan hendaklah dibasuh dan dikeringkan Simpan ditempat yang sesuai Rebus kain dapur dan basuh dengan pembasmi kuman bila perlu Sisa makanan hendaklah dibungkus dengan kemas dan dibuang

C. Etika Makan1. Maksud etika Makan

Adab dan sopan semasa makan2. Beberapa etika Makan . Duduk dengan selesa dan rapatkan kaki a. jangan menundukkan badan dan meletakkan siku di atas meja b. Duduk bersimpuh atau bersila jika makan di bawah c. Tunggu semua orang hadir d. Jemput tetamu atau orang yang lebih tua makan dahulu e. Ambil makanan yang paling hampir dahulu f. Minta orang yang berdekatan dengan makanan untuk menghulurkan makanan g. Kunyah makanan dengan perlahan h. Jangan minum minuman dalam keadaan panas i. Kumpulkan sisa makanan dihujung pinggan atau dalam piring j. Gunakan kutleri dengan senyap dan betul

Kutleri k. Minta izin dahulu jika ingin meninggalkan tempat makan l. Jangan mencungkil gigi dihadapan orang lainPeranggu Meja

Peranggu meja ialah susun atur meja hidanganAdab Makan

Orang Melayu dan India

terkenal dengan makan bersila

Orang Inggeris

terkenal dengan makan dimeja

TANAMAN HIASANA. Pemasuan Semula1. Kelebihan menanam tanaman dalam pasu i. Tanaman mudah dialihkan ii. Tidak memerlukan kawasan yang luas iii. Boleh disusun dengan susunan yang menarik2. Kekurangan menanam tanaman dalam pasu i. Terhad kepada beberapa jenis tanaman kecil sahaja ii. untuk tanaman jangka masa singkat sahaja iii. perlu pemasuan semula apabila tanaman kurang subur3. Sebab-sebab pemasuan semula i. Pasu retak atau pecah ii. Pasu terlalu padat dengan akar tanaman iii. Tanaman terlalu besar atau terlalu merimbun iv. Tanaman tidak lagi subur akibat kekurangan nutrien v. Tanaman kurang segar dan berpenyakit

Pasu retak hendaklah ditukar

Tanaman hiasan terlalu merimbun

Akar keluar daripada lubang saliran

4. Menyediakan Medium Pemasuan i. Medium memasu terdiri dari i. Tanah loam ii. Bahan Organik iii. Pasir Sungai ii. Nisbah medium memasu ialah Tanah Loam Bahan Organik Pasir Sungai

3 2 1

iii. Semua bahan medium hendaklah ditapis agar menjadi lebih halus dan tidak mengandungi bahan asing. iv. Sukat bahan medium dengan nisbah 3:2:1 atau 7:3:2

Campuran medium memasu v. Gaulkan sehingga rata5. Alatan Pemasuan Semula Baldi

Baldi

Penapis

Baldi

Skop

Penyiram

B. Memilih Pasu i. Pasu boleh dibeli atau menggunakan semula pasu sedia ada ii. Di pasaran terdapat beberapa jenis pasu

Pasu tanah liat

Pasu plastik

Pasu seramik

iii. Pasu boleh didapati dalam pelbagai saiz , kecil, besar leper dab gantungC. Menyediakan Pasu . Pilih jenis pasu yang sesuai dengan tanaman dan kedudukan letak pasu tersebut i. Pilih pasu yang lebih besar daripada pasu asal ii. Jika menggunakan pasu baru , rendam semalaman dalam air iii. Jika menggunakan pasu terpakai, rendam dalam larutan formalin semalaman untuk membunuh bakteria iv. Tutup lubang pasu dengan serpihan pasu atau dengan batu kelikir untuk menggelakkan medium keluar ketika menyiramD. Langkah-langkah Pemasuan Semula . Lembabkan medium tanaman

Medium disiram untuk melembabkannya i. Pangkas / buangkan akar yang terkeluar daripada lubang saliran ii. Pegang pangkal pokok dan tarik keluar tanaman daripada pasu iii. Jika tidak berjaya , tunggingkan pasu dan ketuk perlahan-lahan iv. Apabila telah keluar ,pangkas /buang dahan-dahan yang tidak diperlukan v. Buang 1/3 daripada medium yang lama

Buang medium dengan sudip tangan vi. Gunakan pasu baru yang lebih besar atau basuh dan bersihkan pasu. vii. Masukan medium baru 1/3 dalam pasu. viii. Masukan tanaman hiasan tersebut

Masukan tanaman hiasan ke dalam pasu yang disediakan ix. Tambahkan medium sehingga 2.5 cm daripada bibir pasu. x. Siram dan letakkan ditempat yang teduh

Memasu juga adalah proses memindahkan anak pokok daripada beg poli ke dalam pasuE. Penjagaan tanaman Menyiram

Menyiram o Penyiraman dilakukan pagi dan petang o Gunakan alat penyiram yang mempunyai muncung halus o air siraman akan melarutkan nutrien dan membantu proses fotosintisis Membaja

Membaja o Membaja akan membolehkan pokok terus hidup dan subur o Gunakan baja organik atau baja kimia

Merumput

Merumput o Merumput bermaksud membuang rumput rumpai o Rumput rumpai adalah tumbuhan yang tidak diperlukan oleh tanaman di dalam pasu o Rumput rumpai adalah pesaing tanaman untuk mendapatkan nutrien , air dan ruang o Rumput rumpai boleh dibuang dengan menggunakan tangan atau serampangan tangan Mengembur

Mengembur o Menggembur bermaksud aktiviti meloggarkan medium o medium yang telah digembur dan loggar akana. Memudahkan air mengalirb. Memudahkan akar menembusi mediumc. Membaiki pengudaraan

F. Mengawal serangan musuh i. Musuh tanaman hiasan adalah seperti serangga perosak, siput babi dan penyakit ii. Serangga perosak dikawal dengan menyembur tanaman dengan racun serangga iii. Siput babi dikawal decngan umpan beracun

Posted by

Amirul Afnan

at05:02

Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

13 comments:

Vinnan Rao23 September 2013 at 16:49

Thanks..............

ReplyDelete

thanes spoil10 September 2014 at 05:16

thanks

ReplyDelete

lee mervyn11 October 2015 at 08:58

This comment has been removed by the author.

ReplyDelete

Shen Han8 May 2016 at 07:19

very helpful

ReplyDelete

Unknown21 May 2016 at 20:01

uuhhhhh, yeah but no idk

ReplyDelete

Panda Nancy23 May 2016 at 05:05

It's ........ good? But I can't see any pic,just only see many blanks there. but the note is helpful to me. thanks.

ReplyDelete

Saser Serefina16 August 2016 at 04:26

where's the pics??

ReplyDelete

nur hafizah Abshah2 October 2016 at 22:25

thanks

ReplyDelete

Zulaikha Jasni13 November 2016 at 12:18

Alhamdulillah...Thanks for the notes!!

ReplyDelete

raja sharikee7 January 2017 at 18:25

thanks

ReplyDelete

raja sharikee7 January 2017 at 18:25

thanks

ReplyDelete

Anak Seluwang Manong25 April 2017 at 20:28

wauuu...hebat..terbaik bro...mohon tumpang share. jazakallahukhairan kasiiro

ReplyDelete

dreamwalk dreamfire16 May 2017 at 02:18

thanks

ReplyDelete

Add comment

Load more...

Older Post

Home

Subscribe to:Post Comments (Atom)

Total Pageviews

Followers

Blog Archive

2011

(2)

February

(2)Kemahiran Hidup Tingkatan 2Nota Geografi Tingkatan 2

About Me

Amirul Afnan

View my complete profile

There was an error in this gadget

There was an error in this gadget

Simple theme. Powered by Blogger.