Nota Pelaporan Penyelidikan Tindakan

download Nota Pelaporan Penyelidikan Tindakan

of 2

description

PENYELIDIKAN TINDAKAN

Transcript of Nota Pelaporan Penyelidikan Tindakan

Nama: Safiah Atikhah binti Alang Ahmed Tarikh: 6/5/2015 @Safiatikhah ahmed

Nota: Format Penulisan Laporan Kajian Tindakan

1. Latar belakang kajian2. Fokus kajian / mengenal pasti masalah kajian3. Sumber literatur4. Pelan tindakan5. Strategi pengumpulan data6. Analisis data7. Refleksi8. Langkah seterusnya9. Sumber rujukan

I.Latar belakang kajian

Memberi penerangan tentang senario, isu-isu dan perkembangan yang berkaitan dengan penyelidikan yang akan dijalankan. Di bahagian ini juga penyelidik perlu menyatakan justifikasi dan rasional mengapa kajian perlu dijalankan. Di samping itu penyelidik juga harus menerangkan kepentingan kajian yang akan dijalankan.

II. Fokus kajian / mengenal pasti masalah kajian

Memberi penerangan tentang isu atau masalah yang dikaji, bagaimana isu itu ditemui. Dalam bahagian ini penyelidik juga perlu menerangkan dengan jelas masalah yang dikaji, menganalisis masalah dengan mendalam sehingga boleh mencadangkan tindakan yang paling sesuai untuk menangani masalah tersebut. Salah satu faktor yang mempengaruhi kejayaan tindakan yang diambil ialah apabila penyelidik dapat mentafsir masalah dengan tepat, mengenali punca dan mengaitkannya dengan pengalaman yang lepas. Kesemua perkara ini haruslah dilaporkan dalam bahagian ini.

III.Sumber literatur

Dalam bahagian ini penyelidik harus menulis dan merumuskan bahan-bahan literatur yang berkaitan dengan teori dan dapatan kajian-kajian yang lepas. Bahan-bahan sumber literatur harus ditulis semula dalam ayat sendiri dalam subtopik yang selari dengan objektif kajian. Melalui pendekatan ini penyelidik akan dapat menulis sumber literatur dengan baik dan releven dengan dapatan kajian yang akan dibahaskan.

IV.Pelan tindakan

Dalam bahagian ini penyelidik haruslah membincangkan dengan terperinci langkah-langkah yang dirancang ketika melaksanakan tindakan. Antara pekara yang perlu diterangkan ialah perincian tindakan yang diambil, prosedur menjalankan tindakan, data yang perlu dikumpul dan instrumen yang digunakan dalam pengumpulan data.

V.Strategi pengumpulan data

Dalam bahagian ini penyelidik haruslah menerangkan dengan jelas kaedah, teknik dan strategi yang telah digunakan dalam pengumpulan data.

VI.Analisis data

Dalam bahagian ini penyelidik harus memaparkan data yang dikumpul dalam bentuk jadual, carta, graf dan sebagainya. Penyelidik perlu menerangkan jenis analisis data yang telah digunakan sama ada penggunaan statistic deskriptif atau pendekatan analisis kandungan. Seterusnya keputusan analisis data diterangkan dengan jelas dan dirumuskan. Kesimpulan dibuat terhadap objektif penyelidikan sama ada ianya tercapai atau tidak.

VII.Refleksi

Dalam bahagian ini penyelidik membuat refleksi kepada keputusan penyelidikannya dan apa yang dipelajari daripada pengalaman menjalankan penyelidikan. Di bahagian ini penyelidik harus mengaitkan dapatan kajian dengan tindakan yang telah diambil dalam aspek kekuatan dan kelemahan tindakan. Di samping itu penyelidik juga harus membincangkan usaha-usaha penambahbaikan terhadap amalannya dalam pengajaran dan pembelajaran.

VIII.Langkah seterusnya

Dalam bahagian ini penyelidik perlu menerangkan apakah usaha yang akan dilakukan seterusnya berdasarkan dapatan kajiannya. Apakah tindakan akan diteruskan dalam kitaran seterusnya dengan penambahbaikan atau dia perlu mengenalkan tindakan baru atau menamatkan tindakan sekiranya masalah telah dapat diatasi. Seterusnya penyelidik perlu menerangkan implikasi dapatan kajiannya dan memberi cadangan penyelidikan yang seterusnya yang perlu dijalankan.

IX.Sumber rujukan

Dalam bahagian ini penyelidik menyenaraikan senarai rujukan yang telah digunakan dalam penyelidikannya. Format rujukan APA digunakan sebagai tatacara penulisan rujukan yang standard.

1